pjk rejam lembing
Post on 26-May-2015
7.890 Views
Preview:
TRANSCRIPT
OLAHRAGA/ REJAM LEMBING 1
REJAM LEMBING
OLAHRAGA : ACARA PADANGOLEH: MINGGU ANAK RICHARD
PPISMP BAHASA IBAN AMBILAN JUN 2012 SEMESTER 2
OLAHRAGA/ REJAM LEMBING 2
PENGENALAN
OLAHRAGA/ REJAM LEMBING 3
OLAHRAGA ITU APA???
Berasal daripada perkataan Greek ‘athlos’ yang bermaksud bertanding.
Terbahagi kepada dua kategori iaitu:Acara BalapanAcara Padang
OLAHRAGA/ REJAM LEMBING 4
OLAHRAGABalapan1. Larian
2. Lumba jalan kaki
Padang1. Lontaran
2. Lemparan
OLAHRAGA/ REJAM LEMBING 5
SEJARAH ACARA REJAM LEMBING
Rejam lembing (javelin) adalah acara olahraga yang tertua dan
dipercayai dimainkan sejak zaman purba lagi. Ketika itu
lembing digunakan untuk memburu dan sebagai senjata dalam
peperangan. Acara merejam lembing mula di pertandingkan
dalam Sukan Olimpik Moden pada tahun 1912. Sejak itu, acara
merejam lembing merupakan satu acara balingan dalam semua
acara sukan dunia. Acara ini juga dipertandingkan di peringkat
negeri, daerah atau sekolah.
OLAHRAGA/ REJAM LEMBING 6
Matlamat acara ini ialah merejam lembing sejauh yang
dapat dilakukan dengan mengikut peraturan dan di dalam
kawasan yang telah ditetapkan. Para pemenang akan
ditentukan menerusi rejaman atau balingan yang paling
jauh. Peralatan yang perlu bagi atlet acara ini ialah
lembing dan kawasan membuat rejaman iaitu padang.
OLAHRAGA/ REJAM LEMBING 7
PRINSIP ASAS MEREJAM LEMBING
Merejam lembing berbeza daripada aktiviti membaling
yang lain seperti melontar peluru dan melempar cakera. Ini
kerana terdapat perbezaan di antara bentuk alatan yang
digunakan dan juga kawasan untuk bergerak bagi ketiga-
tiga acara sukan itu. Dalam acara merejam lembing,
pelatih menggunakan aksi membaling yang lebih kurang
sama dengan tindakan membaling sebiji batu atau bola
tenis.
OLAHRAGA/ REJAM LEMBING 8
Selain itu, pelatih hendaklah mempelajari teknik menggunakan
keseluruhan badan mereka untuk menghasilkan tindakan yang
berkesan semasa merejam lembing.
Latihan ansur maju hendaklah dimulakan dengan mengajar para
pelatih tentang cara memegang lembing, berlari dengan lembing,
merejam dengan cara berdiri dan seterusnya sehingga mereka
dapat berlari sambil merejam lembing. Butiran seperti pentingnya
melenturkan badan sebelum merejam, langkah larian yang licin,
keadaan tangan yang lurus semasa membawa lembing dan
tindakan tumit untuk membantu pergerakan badan adalah perlu
kepada para pelatih.
OLAHRAGA/ REJAM LEMBING 9
KESELAMATAN PARA PELATIH Semasa membawa lembing
Jangan berlariMata lembing biarlah menghadap ke bawah
Semasa latihanPastikan tidak ada orang di kawasan merejam Perhatikan pergerakan orang lain di sekitar kawasan Para pelatih lain yang masih menunggu giliran mereka
mestilah berada di kawasan yang telah ditetapkan oleh jurulatih
Amalkan dasar semua memungut lembing setelah semua merejam.
OLAHRAGA/ REJAM LEMBING 10
BAHAGIAN-BAHAGIAN LEMBING
Lembing biasanya diperbuat daripada besi atau logam campuran. Bahagian-bahagian lembing terdiri daripada kepala, grip dan ekor.
Bahagian kepala yang panjang diperbuat daripada besi berukuran
25cm-33cm.
Bahagian pegangan (grip) panjangnya 15cm-16cm untuk acara kategori lelaki dan 14cm-15cm untuk kategori wanita dan lelaki bawah 18 tahun.
Grip terletak pada pusat graviti lembing. Berat minimum lembing
untuk kategori lelaki ialah 800g manakala untuk kategori wanita bawah 16 tahun pula ialah seberat 600g.
11OLAHRAGA/ REJAM LEMBING
BAHAGIAN-BAHAGIAN LEMBING
OLAHRAGA/ REJAM LEMBING 12
GAYA MEMEGANG LEMBING
Terdapat tiga teknik asas memegang lembing:Gaya AmerikaGaya FinnishGaya pegangan- U
OLAHRAGA/ REJAM LEMBING 13
Gaya AmerikaLembing dipegang di antara ibu jari dan jari
telunjuk serta disokong oleh tiga jari yang lain.
OLAHRAGA/ REJAM LEMBING 14
Gaya FinnishLembing dipegang di antara ibu jari dan jari
tengah.
OLAHRAGA/ REJAM LEMBING 15
Gaya Pegangan-ULembing dipegang di antara jari telunjuk dan jari
tengah.
OLAHRAGA/ REJAM LEMBING 16
GAYA REJAMANGaya rejaman dari atas bahu.
OLAHRAGA/ REJAM LEMBING 17
GAYA REJAMANGaya rejaman dari bawah bahu.
OLAHRAGA/ REJAM LEMBING 18
KAWASAN MEREJAM LEMBING
Kawasan rejaman hendaklah bebas daripada sebarang gangguan atau halangan serta tidak membahayakan keselamatan orang ramai.
Panjang kawasan larian tidak melebihi 36.5 m dan lebar 4 m, manakala kawasan rejaman yang dilebarkan pada sudut 29 – 30 darjah mempunyai jarak 8 m dari pusat lengkungan ke titik sudut.
Panjang kawasan ini tidak mempunyai had asalkan bersesuaian dengan taraf atau prestasi peserta.
OLAHRAGA/ REJAM LEMBING 19
Kawasan khas hendaklah disediakan untuk acara ini. Oleh sebab
acara ini memerlukan larian dan rejaman yang jauh maka
kawasan yang lebih luas atau besar daripada sebarang gangguan
atau halangan serta tidak menjejaskan keselamatan penonton
atau orang ramai yang menyaksikan acara itu dijalankan.
Biasanya kawasan khas ini disediakan di atas padang bola atau
stadium terbuka. Kawasan ini hendaklah ditandakan mengikut
garisan dan ukuran yang ditetapkan mengikut penetapan yang
diiktiraf IAAF.
OLAHRAGA/ REJAM LEMBING 20
Rajah Kawasan Rejaman
OLAHRAGA/ REJAM LEMBING 21
OLAHRAGA/ REJAM LEMBING 22
BERAT & PANJANG LEMBING
UNTUK LELAKI:2.60 meter800 gram
UNTUK PEREMPUAN:2.20 meter600 gram
OLAHRAGA/ REJAM LEMBING 23
TEKNIK REJAMAN LEMBING Terdiri daripada empat fasa utama iaitu:
Fasa Persediaan
Fasa Lari Landas
Fasa Rejaman
Fasa Ikut Lajak
OLAHRAGA/ REJAM LEMBING 24
FASA PERSEDIAAN Fasa ini memberi fokus kpada persediaan fizikal seperti
teknik memegang dan menentukan kedudukan lembing serta persediaan mental. Perkara yang perlu diberi perhatian ialah:Berdiri dengan keadaan postur badan yang tegak dan
selesaPegang lembing mengikut gaya pegangan yang dipilih
dengan kemas dan selesaLembing berada pada aras kepala dalam keadaan
bersudut 40 darjah Bahagian kepala lembing hendaklah menghala ke arah
kawasan rejamanPandang ke arah kawasan rejaman
OLAHRAGA/ REJAM LEMBING 25
FASA LARI LANDAS Fasa ini bertujuan untuk mewujudkan kelajuan
yang maksimum dan dalam keadaan terkawal. Perkara yang perlu diberi perhatian ialah:Mulakan larian sambil memegang lembing pada aras
kepala.Tingkatkan kelajuan mewujudkan daya pecut secara
terkawal Langkah terakhir lebih besar daripada langkah –
langkah sebelumnyaTumit kaki hadapan menekan kuat ke tanah semasa
memberhentikan larian supaya kuasa larian dipindahkan ke lembing sebelum memasuki fasa rejaman
OLAHRAGA/ REJAM LEMBING 26
FASA REJAMAN Fasa rejaman memerlukan pemindahan kuasa kaki ke
lembing untuk memberi kelajuan yang maksimum pada rejaman. Perkara yang perlu diberi perhatian ialah: Dalam keadaan tumit kaki hadapan menekan ke tanah,
kilaskan badan ke sisi Kilaskan badan ke sisi dan belakang dengan
menggunakan tangan bebas dan kuasa rotasi pinggang
Tolak lembing ke belakang dan tarik ke atas dan ke hadapan untuk melancarkan lembing
Perlakuan ini memerlukan rotasi di pinggang dan lentikan di belakang untuk menambahkan kuasa rejaman
OLAHRAGA/ REJAM LEMBING 27
FASA IKUT LAJAK Penyerapan daya dan stabilkan pergerakan
selepas merejam adalah penting. Perkara yang perlu diberi perhatian ialah:Sebaik sahaja lembing dilepaskan, langkah setapak
ke hadapan dan mendarat dengan sebelah kaki Imbangkan badan dengan kaki yang sebelah lagiRendahkan badan bagi mengimbang dan
menstabilkan kedudukan badanKawal pergerakan supaya tidak melepasi garisan
lengkungan bulatan
OLAHRAGA/ REJAM LEMBING 28
Inilah foto yang menunjukkan teknik rejaman yang digunakan oleh peserta semasa MSSD Bera 2009.
OLAHRAGA/ REJAM LEMBING 29
OLAHRAGA/ REJAM LEMBING 30
CARA ATAU TEKNIK MELAKUKAN REJAMAN
Merejam lembing merupakan satu-satunya acara lontaran yang di lakukan dalam kawasan bukan berbentuk bulatan seperti dalam acara lontaran lain.
Sebaliknya, rejaman dilakukan daripada lorong larian yang lurus yang memerlukan peserta membuat larian pada jarak lebih kurang antara 30 meter hingga 35 meter.
Teknik rejaman antara seorang peserta dengan peserta lain dibezakan menerusi cara membawa lembing, jumlah langkah atau larian yang dibuat dan cara membuat pelepasan lembing.
OLAHRAGA/ REJAM LEMBING 31
Selain daripada itu, peringkat atau aturan dalam melakukan rejaman umumnya adalah sama, sama ada lembing itu di rejam oleh peserta lelaki ataupun wanita.
Ada beberapa peringkat yang terdapat pada perlakuan rejaman lembing ini. Setiap peserta sama ada yang baru menceburi diri dalam acara ini ataupun mereka yang sudah berpengalaman, harus dapat memahirkan diri dalam setiap peringkat dengan penekanan perhatian diberikan kepada kelicinan perlakuan serta keberkesanan rejaman supaya mendapat jarak sejauh mungkin. Peringkat-peringkat itu adalah seperti berikut:
OLAHRAGA/ REJAM LEMBING 32
Cara memegang lembing Larian awal Peringkat rejaman lembing Peringkat pendaratan lembing dan
ikut lajak Peringkat mengundurkan diri.
OLAHRAGA/ REJAM LEMBING 33
CARA MEMEGANG LEMBING
Gaya FinnishGaya AmerikaGaya
Pegangan-U
OLAHRAGA/ REJAM LEMBING 34
LARIAN AWAL
Setelah peserta mendapatkan pegangan yang sesuai, bermakna
dia sudah bersedia untuk memulakan pergerakan membuat
rejaman pada lembing yang dipegangnya itu. Untuk itu peserta
berkenaan hendaklah dalam keadaan bersedia termasuk dari segi
mental juga. Peserta tidak seharusnya cuba melakukan
pergerakan secara tergesa-gesa kerana akan mengakibatkan
pergerakan menjadi kurang sempurna. Berikut adalah di antara
perkara yang boleh dijadikan panduan pada peringkat melakukan
larian awal ini.
OLAHRAGA/ REJAM LEMBING 35
Peserta hendaklah berdiri pada kedudukan sedia dengan merapatkan
kedua-dua belah kaki di dalam kawasan larian yang disediakan sambil
tangan memegang lembing mengikut cara pegangan yang telah
dipelajari.
Jika boleh pastikan jumlah langkah atau jarak larian yang bakal
dilakukan daripada lorong larian yang disediakan dengan cara
umpamanya membuat check-mark seperti dalam larian untuk lompat
jauh atau lompat kijang.
Peserta meletakkan lembing pada bahu dengan siku tangan yang
memegang lembing dibengkokkan ke hadapan. Jika peserta memegang
lembing pada bawah bahunya, dia hendaklah meluruskan tangannya
seakan-akan selari dengan lembing.
OLAHRAGA/ REJAM LEMBING 36
Jika bersedia, peserta boleh melakukan langkah
menggunakan mana-mana kaki mengikut jumlah langkah yang
akan dibuat dan pada kelajuan sederhana.
Peserta hendaklah menumpukan perhatian penuh terhadap
lembing yang bakal direjamkan, tanpa mempedulikan keadaan
sekitarnya.
Peserta melakukan larian hingga langkah terakhir mendarat
dibelakang penanda arc dengan menggunakan tumit atau
seluruh kaki hadapan. Ketika membawa lembing sambil
berlari, badan condong sedikit ke belakang.
OLAHRAGA/ REJAM LEMBING 37
PERINGKAT MEMBUAT REJAMAN Kini peserta akan menghadapi pergerakan penting dalam keseluruhan
acara merejam lembing ini. Jarak yang akan dicapai daripada rejaman
lembing akan ditentukan pada peringkat ini. Ini bermakna peserta
harus memberikan sepenuh perhatian pada peringkat ini.
Harus diingat bahawa peserta akan melakukan rejaman sambil dirinya
cuba memberhentikan keseluruhan badan supaya tidak melepasi
penanda arc.
Sering terjadi, peserta gagal mengimbangkan diri diperingkat ini
sehingga menyebabkan kakinya terpijak atau melepasi penanda itu.
Berikut adalah perkara-perkara yang perlu diberikan perhatian dalam
pergerakan peringkat ini.
OLAHRAGA/ REJAM LEMBING 38
Untuk melakukan langkah terakhir sebelum berhenti, peserta
hendaklah cuba membuka atau membuat langkah seluas mungkin
supaya keseimbangan badan diperoleh.
Peserta hendaklah mendarat pada kaki kanan berhampiran dengan
penanda arc tanpa menyentuh, melangkah atau melepasi garisan
tersebut. Peserta boleh juga membuat lompatan pada langkah akhir ini
sambil tangan membantu mendapatkan keseimbangan badan.
Peserta hendaklah melepaskan lembing pada sudut antara 35 hingga
40 daripada permukan padang, dengan menggunakan kekuatan yang
maksimum.
Tangan yang tidak memegang lembing hendaklah mengawal rejaman
dan kedudukan badan semasa larian sehingga membuat rejaman.
OLAHRAGA/ REJAM LEMBING 39
PERINGKAT PENDARATAN LEMBING DAN IKUT LAJAK
Walaupun peserta telah selesai melakukan rejaman, tetapi
pergerakan sebenar dalam acara ini masih belum selesai.
Langkah pertama yang harus dilakukan ialah dengan
memberhentikan keseluruhan badan di hadapan penanda arc,
tanpa kaki menyentuh atau melepasi penanda. Jika peserta
melepasi penanda ini atau terkeluar dari kawasan rejaman,
bermakna rejaman akan dibatalkan. Begitu juga jika peserta
terjatuh atau tangannya menyentuh kawasan selepas arc untuk
menggelakkan dirinya daripada terjatuh, juga akan dibatalkan.
OLAHRAGA/ REJAM LEMBING 40
Perkara-perkara berikut boleh dijadikan panduan pada
peringkat ini.
Peserta hendaklah memberhentikan diri di hadapan penanda arc
tanpa menyentuh atau melepasi penanda arc.
Peserta hendaklah menunggu di dalam kawasan rejaman sehingga
lembing mendarat atau terjatuh ke kawasan pendaratan yang
disediakan. Pegawai pertandingan akan menentukan sama ad
rejaman itu sah atau tidak berdasarkan cara lembing itu mendarat.
Peserta hendaklah menumpukan perhatian dan pandangan kepada
lembing yang baru dilontarnya sehingga lembing mendarat,
sekurang-kurangnya peserta dapat melihat tempat pendaratan.
OLAHRAGA/ REJAM LEMBING 41
PERINGKAT BERUNDUR DIRI Kini semua pergerakan dalam acara merejam lembing telah
selesai dan jarak rejaman juga dapat dilihat secara kasar oleh
peserta.
Tetapi, peserta tidak boleh terus meninggalkan kawasan
rejaman sesuka hati. Dia hendaklah beredar dari kawasan itu
ke belakang dari penanda arc, kerana undang-undang acara
ini akan membatalkan rejaman seseorang peserta yang
beredar dari kawasan rejaman melalui dan melepasi penanda
arc.
OLAHRAGA/ REJAM LEMBING 42
Akhirnya, peserta hendaklah kembali ke tempat peserta
menunggu untuk rejaman seterusnya mengikut giliran
yang ditetapkan.
Dengan demikian, tamat pusingan pertama peserta
merejam lembing. Pelakuan yang sama akan diulangi
untuk rejaman kedua, ketiga atau sehingga kali keenam.
Jika semua rejaman dilakukan dengan sempurna, maka
jarak terbaik daripada rejaman ini akan menentukan
kedudukan peserta itu dibandingkan dengan peserta
yang lain.
OLAHRAGA/ REJAM LEMBING 43
PERATURAN MEREJAM LEMBING
Setiap permainan mempunyai peraturannya yang tersendiri, begitu juga bagi acara rejam lembing.
Antara peraturan-peraturannya ialah:Peraturan-peraturan Am Rejam LembingPenggunaan KasutPita PengukurKesilapan Umum
OLAHRAGA/ REJAM LEMBING 44
PERATURAN-PERATURAN AM REJAM LEMBING
☻ Lembing hendaklah dipegang pada bahagían gripnya.
☻ Semasa membuat rejaman, peserta mesti berlari dalam
kawasan yang ditetapkan dan lembing yang direjam mestilah
mendarat kawasan yang
dibenarkan.
☻ Lembing yang direjam tidak semestinya terpacak di atas
padang, cukup sekadar kepaia lembing menyentuh tanah
dahulu.
☻ Peserta tidak dibenarkan meninggalkan kawasan rejaman
selagi lembing belum mendarat.
OLAHRAGA/ REJAM LEMBING 45
☻ Lembing yang patah sama ada semasa rejaman atau
berada di udara, rejaman adalah sah.
☻ Sarung tangan tidak dibenarkan.
☻ Setiap peserta diberi enam kali rejaman sekiranya
terdapat kurang daripada lapan orang peserta. Jika
bilangannya melebihi lapan orang, tiga rejaman akan
diberikan setiap peserta. Lapan peserta terbaik dengan
jarak rejaman paling jauh akan mara ke pusingan akhir.
Mereka akan diberi tiga rejaman.
OLAHRAGA/ REJAM LEMBING 46
PENGGUNAAN KASUT
Kasut yang paling sesuai digunakan dalam
acara ini ialah spike.
Jika menggunakan kasut getah, hendaklah
dipastikan kasut itu dalam keadaan baik
terutama pada bahagian tapaknya.
OLAHRAGA/ REJAM LEMBING 47
PITA PENGUKUR
Pita pengukur yang digunakan hendaklah
yang lebih panjang ukurannya.
Pengukuran dibuat dari tempat titik di
mana kepala lembing mendarat dengan
garisan penanda.
OLAHRAGA/ REJAM LEMBING 48
KESALAHAN UMUM Secara am, berikut adalah di antara kesilapan yang sering
dilakukan oleh peserta acara merejam lembing.
Peserta tidak memegang lembing pada bahagian atau yempat yang
dikhaskan.
Peserta melakukan larian awal di luar lorong atau kawasan yang
disediakan.
Peserta teragak-agak semasa melakukan larian dan semasa bersedia
untuk membuat rejaman.
Peserta tidak dapat menentukan jumlah langkah dan jarak yang sesuai
untuk melakukan larian, sehingga menyebabkan kakinya menyentuh atau
melepasi penanda arc.
OLAHRAGA/ REJAM LEMBING 49
Lembing yang direjam tidak memecah kawasan mendarat
pada bahagian kepalanya sehingga tiada kesan cecahannya.
Lembing mendarat di luar kawasan mendarat yang disediakan.
Peserta terus meninggalkan kawasan rejaman sebaik selesai
melakukan rejaman sebelum lembing mendarat.
Peserta meninggalkan kawasan rejaman melalui bahagian
hadapan melepasi penanda arc.
Peserta gagal melakukan rejaman bersih daripada
keseluruhan jumlah rejaman yang diberi kepadanya.
Peserta tidak mematuhi aturan dan undang-undang acara.
OLAHRAGA/ REJAM LEMBING 50
JAGUH ACARA REJAM LEMBING
Dato’ Nashatar Singh (Malaysia)
Ballang Lassung (Malaysia)
Norsham Yon (Malaysia- wanita)
Jan Zelezny (Czech)
Barbora Spotáková (Pemegang Rekod Dunia- wanita;
Republik Czech)
Maria Abakumova (Rusia)
OLAHRAGA/ REJAM LEMBING 51
DATO’ NASHATAR SINGH
OLAHRAGA/ REJAM LEMBING 52
Jaguh negara Malaysia seperti Nashatar Singh dan Ballang
Lassung adalah antara dua mutiara negara Malaysia yang
pernah menyinarkan pingat emas untuk Malaysia pada era 70-an
dan 80-an. Begitu juga jaguh wanita negara Malaysia iaitu
Norsham Yon turut menyinari acara ini di peringkat Sukan SEAP
pada masa yang lalu.
Dato’ Nashatar Singh bukan sahaja meninggalkan lapangan
Olahraga yang diceburinya dengan rekod pencapaian hebat dan
mengagumkan, malah merupakan antara sebilangan kecil atlet
olahraga yang pernah beraksi di setiap kejohanan bermula dari
Sukan SEAP hinggalah temasya paling berprestij Sukan Olimpik ,
yang menghimpunkan barisan bintang sukan ternama dunia.
OLAHRAGA/ REJAM LEMBING 53
Nashatar tampil beraksi dua kali pada Sukan Olimpik, Tokyo 1964
dan Mexico 1968 – pencapaian yang boleh disifatkan mustahil untuk
dilakukan oleh perejam lembing pada hari ini, malah hakikat bahawa
beliau satu-satunya atlet acara itu yang pernah beraksi di Olimpik,
kekal tidak terusik meskipun Ballang Lasung dan Yazid Imran
pernah cuba melakukannya pada era kegemilangan masing-masing.
Pencapaian terbaik Nashatar adalah ketika beliau memenangi dua
pingat emas di Sukan SEAP Kuala Lumpur 1965 dengan lontaran
lembing sejauh 71.56m (rekod Asia), dan kemudiannya
memecahkan rekod Sukan SEAP dalam acara lontar peluru dengan
lontaran sejauh 14.09m.
OLAHRAGA/ REJAM LEMBING 54
Tahun berikutnya, di Sukan Asia Bangkok, Nashatar terus
mempamer kejaguhan apabila meraih pingat emas Rejam
Lembing, dengan catatan 72.92m, sekaligus
memperbaharui rekod Asia miliknya sendiri.
Pencapaian hebat Nashatar tidak terhenti di situ, beliau
unggul dengan memenangi enam pingat emas berturut-turut
acara Rejam Lembing dari 1967-1975, dan juga emas
Lontar Peluru pada tahun 1967. Beliau bersara pada 1975,
dan beralih ke bidang kejurulatihan pada 1977 - 1994.
OLAHRAGA/ REJAM LEMBING 55
Spotakava & Abakumova
DAEGU – Atlet Rusia, Maria Abakumova berjaya mengatasi pemegang rekod dunia, Barbora Spotakova untuk menjuarai acara merejam lembing wanita di Kejohanan Olahraga Dunia.
OLAHRAGA/ REJAM LEMBING 56
Abakumova memenangi pingat emas dengan rekod
kejohanan 71.99 meter, catatan kedua terbaik
sepanjang zaman.
Atlet dari Republik Czech, Spotakova pula
merekodkan catatan terbaik musim ini 71.58m untuk
pingat perak, manakala atlet Afrika Selatan, Sunette
Viljoen memenangi gangsa dengan 68.38m.
Ini kali pertama dua atlet wanita berjaya melakukan
rejaman melebihi 71m dalam satu kejo- hanan yang
sama.
OLAHRAGA/ REJAM LEMBING 57
Info Ekstra…
Di peringkat dunia pula jarak terbaik pada tahun
1996 adalah 92.88m yang dibuat oleh Jan Zelezny
(Czech) semasa Grand Prix Jena (Jerman).
Sementara rekod bagi rejam lembing wanita dimiliki
oleh Barbora Spotáková yang dibuat pada tahun
2008 dengan jarak 72.28m yang dibuat semasa
IAAF / VTB Bank World Athletics Final at Stuttgart
(Jerman).
OLAHRAGA/ REJAM LEMBING 58
Jan Zelezny
OLAHRAGA/ REJAM LEMBING 59
Video: Rejam Lembing
OLAHRAGA/ REJAM LEMBING 60
OLAHRAGA/ REJAM LEMBING 61
Rujukan
1. http://ipgkkb.forumphpbb3.com/viewforum.php2. Artikel Penuh:
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2011&dt=0904&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_09.htm#ixzz2Gs8BpBK1
OLAHRAGA/ REJAM LEMBING 62
Tamat…
TERIMA KASIH
top related