perjalanan acara 1 menampilkan pelajar pintar daripada ... filefeminisme, sistem ekonomi yang...
Post on 20-Jul-2019
224 Views
Preview:
TRANSCRIPT
Perjalanan acara 1st World Sama’ Fest bermula dengan alunan bacaan Al-Quran dan akan
menampilkan pelajar pintar daripada Sekolah Menengah Imtiaz Ulul Albab Melaka, Johan
As’ari bersama kumpulan Suara PERTAMA, Raihan, Khalwati Ushaqqi (Turki), Nur
Muhammadi (Morocco), Hassan Khurshid (Pakistan), Rabitah An Nur (Syria) dan Chicago
Mawleed Committee (USA). Tarian Darwish daripada Turki turut dipersembahkan di dalam
acara ini. Persembahan istimewa dari Datuk Nash & Datuk Hattan akan menjanjikan satu
persembahan yang menakjubkan .
Tiket 1st World Sama’ Fest boleh dibeli melalui www.tickethotline.com.my dengan harga
serendah RM 89.00 sehingga RM 489.00. Penyertaan adalah terbuka kepada semua lapisan
masyarakat.
Mari berhibur dalam ketaatan.
Haflah Zikir Perdana Sebagai Usaha Ke Arah Kebangkitan Peradaban
Islam
Tamadun yang berpaksi kepada zaman ini bermula dengan revolusi perindustrian sepatutnya
membawa lebih banyak kebaikan dan kesamarataan kekayaan kepada umat manusia. Statistik
menunjukkan dunia mempunyai hampir 7.5 billion manusia tetapi sesetengah daripadanya
mempunyai pendapatan hanya 2.5 us dollar sehari. Setengah daripada kekayaan dunia adalah
di dalam tangan 62 individu terkaya dunia. Malah umat manusia masih berhadapan dengan
peperangan yang berpanjangan, kebuluran dan penyakit-penyakit yang sepatutnya boleh diatasi
dengan mudah. Keadaan peradaban zaman ini menunjukkan umat Islam sebagai khalifah
dimuka bumi telah gagal memimpin peradaban dunia.
Islam bermaksud keselamatan dan kesejahteraan. Setiap hari umat Islam mendoakan antara
satu sama lain dengan perkataan Assalamu`alaikum yang membawa erti sejahtera keatas kamu.
Namun Islam kini dipandang negatif oleh dunia. Islam sering dikaitkan dengan perkara-perkara
yang salah dan serong. Hal ini berlaku kerana kecelaruan pemikiran dikalangan masyarakat
Islam disebabkan kurang keyakinan bahawa Islam itu syumul serta mempunyai kaedah-kaedah
yang menjamin kehidupan dan kemakmuran. Natijah daripada keadaan ini, membawa kepada
kerosakkan masyarakat Islam dari segi pemikiran dan kelakuan seperti fahaman liberal,
feminisme, sistem ekonomi yang berasaskan riba, kelakuan hedonisme dan lain-lain lagi.
Tambahan pula hari ini wujudnya hiburan yang secara langsungnya tidak menepati syariat yang
ditetapkan oleh Islam dan menjadi salah satu punca kecelaruan yang berlaku.
Malah realiti kehidupan sosial zaman ini ialah ketiadaan rasa malu dikalangan wanita
termasuklah wanita Islam dengan mendedahkan aurat dan bangga dengan kelakuannya, kes
zina berleluasa sehingga lahirnya ribuan anak luar nikah dalam tempoh setahun, kes penceraian
yang tidak berkesudahan, penyalahgunaan dadah dan banyak lagi. Masyarakat Islam kini lebih
terpesona dan tertarik untuk mengetahui tentang bola sepak berbanding majlis agama dan
tilawah al-Quran.
Arah tuju pembangunan perlu disusun semula mengikut landasan intelek, emosi dan
kerohanian seperti yang disarankan oleh pemimpin tertinggi Malaysia dalam dasar TN50.
Ketiga-tiga paksi ini bertepatan dengan asas pembangunan yang diajar dan diamalkan oleh
Rasulullah SAW. Pembangunan berpaksi kepada ketiga-tiga paksi ini adalah asas kepada
Rahmatan lil `alamin.
Penganjuran Haflah Zikir Perdana 2017
Penganjuran HZPS2017 buat kali ketiga ini diharap dapat melonjak Malaysia ke persada global
sebagai peneraju dan sekali gus mencetuskan kebangkitan peradaban Islam sedunia.
Pertubuhan Tarekat Muktabar Malaysia (PERTAMA) percaya dengan kekuatan dan sokongan
orang ramai pasti program ini mampu mencapai kebangkitan, kemakmuran dan keutuhan
peradaban Islam dalam pembangunan modal insan yang menjadi teras kepada kegemilangan
sesebuah masyarakat serta ekonomi negara yang mampan.
Penganjuran kali ini akan membawa beberapa komponen antaranya World Sama’ Fest, Majlis
Tafaqquh Fiddin, Persidangan Ulama Antarabangsa, Simposium Tarekat Tasawuf Nusantara,
Pertandingan Marhaban Piala YAB Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Majlis Zikir Perdana
Sedunia 2017, Asnaf Foodtruck, pelancaran World Sufi Centre dan Jurnal Tarekat Tasawuf
Antarabangsa.
Menyedari betapa perlunya mesej peradaban, keamanan, dan kemakmuran disampaikan secara
konsisten satu anjakan paradigma dengan mengadakan Persidangan Ulama Antarabangsa dan
Simposium Tarekat tasawuf Nusantara yang bakal mengumpulkan ulama-ulama terkemuka
dari seluruh pelusuk dunia bagi mewujudkan titik persefahaman dalam hal-hal perbezaan
dikalangan umat Islam dunia. World Sama’ Fest pula mengumpulkan kumpulan Hadra dari
beberapa negara dengan persembahan yang unik dan menyentuh rohani. Manakala juara
Pertandingan Marhaban Piala YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi yang telah diadakan
secara berperingkat demi menghidupkan semula budaya warisan Nusantara pula akan
membawa pulang piala.
Selain itu pihak PERTAMA turut melancarkan Tabung Infak Zikir Perdana sebagai satu usaha
untuk mengajak warga Malaysia untuk mencari saham akhirat dengan sama-sama
membangunkan usaha dan kebangkitan ini. Usaha ini amat wajar disokong oleh semua pihak
terutamanya warga Malaysia dan konsisten setiap tahun penganjuran.
Jika di Tongi, Bangladesh rakyat di sana berinfak semata-mata kerana ingin membiayai
pehimpunan Bishwa Ijtema yang mengumpulkan beribu-ribu rakyat Islam setiap tahun.
Alangkah indah jika rakyat di negara ini mampu mencontohi amalan yang dilakukan oleh
rakyat Bangladesh dalam usaha mencapai kebangkitan Islam melalui penganjuran majlis
agama bertaraf antarabangsa. PERTAMA sedang berusaha untuk menjadikan HZPS2017
bukan sahaja anjuran sesebuah organisasi malah menjadikan ianya milik warga Malaysia.
Kesimpulannya ialah hasrat sebagai khalifah Allah dimuka bumi, umat Islam diharapkan
membangunkan dan menghayati peradaban yang berasaskan kepada risalah Muhammad SAW
bukan sahaja dalam bentuk ilmu semata-mata tetapi perlu diaplikasikan dalam kehidupan yang
menzahirkan bahawa Islam itu adalah kedamaian. Kedamaian itu merangkumi kedamaian
antara insan dengan khaliq dan kedamaian antara Insan dengan semua makhluk dimuka bumi.
Oleh itu, satu kesedaran membangkitkan peradaban perlu disemai dalam masyarakat Islam
dunia dengan hasrat umat Islam memimpin peradaban dunia pada 2050.
top related