penilaian pelaksanaan program tunas bistari … · v abstrak kajian ini bertujuan untuk menilai...
Post on 30-Jun-2019
230 Views
Preview:
TRANSCRIPT
PENILAIAN PELAKSANAAN PROGRAM TUNAS BISTARI DALAM
PEMBANGUNAN BUDAYA KEUSAHAWANAN DI SEKOLAH-SEKOLAH
MENENGAH DAERAH PONTIAN JOHOR
HASLIZAH BINTI ROHMAN
Laporan projek ini dikemukan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat
penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan
(Kemahiran Hidup)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Pendidikan
April, 2009
ii
”Saya akui karya adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang
tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”
Tandatangan : ......................................................................
Nama Penulis : HASLIZAH BINTI ROHMAN
Tarikh : .......................................................................
iii
DEDIKASI
Buat bonda yang sangat disayangi
Pn Patimah Bt Jabar
Terima kasih atas curahan kasih sayang buat diriku yang tidak putus-putus.
Pengorbananmu tidak ternilai dengan apa jua sekalipun berlian untuk menjadikan
anakmu ini seorang yang berjaya. Doa dan restumu sentiasa mengiringi setiap detik
perjalanan hidupku. Ku doakan semoga Tuhan memberkati bonda
selalu.Amin......................
Buat abah tersayang
En.Rohman B.Salimin
Anakmu ini berbangga mempunyai abah sepertimu seorang yang penyayang dan sabar
melayan kerenah anakmu ini dan sanggup bekerja keras mencari rezeki demi melihat
anakmu memanjat menara gading. Terima kasih abah atas segalanya dan semoga
hidupmu dilindungi dan diberkati Tuhan.Amin............
Buat teman yang istimewa
Doronganmu selama ini menguatkan semangatku untuk menempuh segala kesukaran
yang kuhadapi.Kesabaranmu selama ini menjadikan aku lebih tabah.Semoga Tuhan
memberkatimu.Amin.....
Buat teman seperjuangan yang dikasihi
Terima kasih yang tidak terhingga buat kalian semua yang telah banyak membantu
sahabatmu ini sepanjang menyiapkan projek ini. Semoga Tuhan memberkati kalian
semua. Amin......
TERIMA KASIH TIDAK TERHINGGA BUAT SEMUA
iv
PENGHARGAAN
Segala puji-pujian hanya kepunyaanMu, Tuhan Yang Maha Esa. Bersyukur di
atas rahmat dan kasihMu dengan menganugerahkan kesihatan, kesabaran, keyakinan
dan kekuatan ke atas diriku sepanjangmelaksanakan projek ini sehingga sempurna.
Di kesempatan ini, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih
buat Pn.Hanim Bt Sulaiman dan Prof.Madya Dr.Mohd Hassan B. Mohd Osman di atas
segala ilmu, usaha, prihatin, bimbingan, bantuan, nasihat dan tunjuk ajar yang telah
dicurahkan sepanjang saya menyiapkan projek ini.
Terima kasih juga buat ayahanda dan bonda dan bonda tercinta, ahli keluarga
yang lain serta teman istimewa kerana sentiasa memberikan sokongan dan semangat
sepanjang saya menyiapkan projek ini.
Penghargaan juga ditujukan kepada pelajar-pelajar serta guru Program Tunas
BISTARI kerana telah memberikan kerjasama yang baik dalam kajian ini. Terima
kasih juga ditujukan kepada rakan seperjuangan kerana banyak memberi teguran,
pandangan, perkongsian maklumat serta idea-idea yang bernas.
Akhir sekali, saya ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga
kepada semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam
menyempurnakan projek ini.
”Semoga Tuhan memberkati kalian semua”
v
ABSTRAK
Kajian ini bertujuan untuk menilai pelaksanaan Program Tunas BISTARI
dalam pembangunan budaya keusahawanan di sekolah menengah. Tinjauan
dekskriptif digunakan bagi mencapai objektif kajian. Seramai 45 orang pelajar dan 6
orang guru dari 3 buah sekolah di Daerah Pontian telah dipilih secara rawak sebagai
sampel kajian. Kajian dijalankan dengan menggunakan satu set soal selidik yang
diedarkan kepada pelajar dan menjalankan temubual bagi guru-guru berkenaan.
Analisis data adalah dengan menggunakan perisian Statistical Package for the Social
Science for window version 11.5 (SPSS). Aspek-aspek yang dikaji adalah dari segi
pengurusan program latihan Tunas BISTARI, kemudahan-kemudahan latihan yang
disediakan, cara penyampaian penceramah dan juga pengaplikasian ilmu oleh pelajar.
Hasil kajian didapati pelajar dan guru yang mengikuti Program Tunas BISTARI
berpuas hati dengan cara pengurusan program latihan di mana pelajar mengatakan
bahawa Program Tunas BISTARI diuruskan dengan baik. Begitu juga dengan
kemudahan-kemudahan latihan, pelajar amat berpuas hati dengan kemudahan-
kemudahan latihan yang disediakan di dalam program. Dari segi penyampaian
penceramah, majoriti pelajar mengutarakan kepuasan mereka dengan kualiti
penyampaian penceramah dan pelajar menyatakan bahawa mereka telah mengaplikasi
ilmu pengetahuan, pengalaman hasil daripada mengikuti program tersebut. Akhir
sekali, cadangan yang bernas dikemukan bagi meningkatkan lagi Program Tunas
BISTARI yang dianjurkan oleh Pihak Johor Corporation (JCorp).
vi
ABSTRACT
The purpose of this study is to evaluate the Tunas BISTARI program in
entrepreneurial culture development at secondary school. A descriptive survey was
carried out in order to achieve the objectives of the study. Forty five students and six
teachers from three schools in Daerah Pontian have been randomly chosen to
participate in this research. A set of questionnaire have been distributed to these
selected students and an interview was carried out to selected teachers. The data
obtained was analyzed by Statistical Package for the Social Science for window
version 11.5 (SPSS). The aspects that were focused on by the study include the
management of the Tunas BISTARI training program, training facilities that were
provided, the speakers’ presentation style and the students’ application of their
knowledge from the program. The study also indicates that the students were very
satisfied with training facilities. Majority of the students were satisfied with the
delivery style of the speakers. The result also showed that the students are able to
apply the knowledge that they obtained from the training program. Several
suggestions in improving the Tunas BISTARI the Tunas BISTARI program have also
been included.
vii
KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT
PENGESAHAN STATUS TESIS
PENGESAHAN PENYELIA
JUDUL i
PENGAKUAN ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL xii
SENARAI RAJAH xiii
SENARAI ISTILAH xiv
SENARAI LAMPIRAN xv
I PENDAHULUAN 1
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 2
1.3 Pernyataan Masalah 4
1.4 Objektif Kajian 5
viii
1.5 Persoalan Kajian 5
1.6 Kepentingan Kajian 6
1.6.1 Individu 6
1.6.2 Guru 7
1.6.3 Jabatan Pelajaran Negeri 7
1.6.4 Kementerian Pelajaran Malaysia 8
1.6.5 Johor Corporation 8
1.7 Batasan Kajian 9
1.8 Skop Kajian 9
1.9 Definisi Istilah 10
1.9.1 Keusahawanan 10
1.9.2 Program Tunas BISTARI 10
1.9.3 Pelajar Tingkatan 2 dan Tingkatan 4 11
1.10 Rumusan 11
2 SOROTAN KAJIAN 12
2.1 Pengenalan 12
2.2 Takrif Usahawan 13
2.3 Takrif Keusahawanan 16
2.4 Ciri-ciri Keusahawanan 18
2.5 Pembudayaan Keusahawanan 22
2.6 Program-program Usahawan 24
2.6.1 Program Keusahawanan Remaja 25
2.6.2 Program Pembangunan Usaha Siswa (PPUS) 25
2.6.3 Program Keusahawanan Siswazah Berwibawa 26
2.6.4 Penceramah Program 26
2.7 Kepentingan Kajian 27
2.7.1 Kepentingan Usahawan Kepada Diri Sendiri 28
ix
2.7.2 Kepentingan Usahawan Kepada Masyarakat 29
2.7.2 Kepentingan Usahawan Kepada Negara 30
2.8 Kajian-kajian Lepas 30
2.9 Rumusan 31
3 METODOLOGI KAJIAN 32
3.1 Pengenalan 32
3.2 Reka Bentuk Kajian 33
3.3 Prosedur Kajian 33
3.4 Populasi dan Persampelan Kajian 36
3.5 Instrumen Kajian 37
3.5.1 Kandungan Soal Selidik 38
3.5.1.1 Bahagian A 38
3.5.1.2 Bahagian B 39
3.5.2 Kaedah Temubual 40
3.6 Tatacara Kajian 41
3.7 Kajian Rintis 41
3.8 Analisis Data 42
3.9 Rumusan 45
4 ANALISIS DATA 46
4.1 Pengenalan 46
4.2 Keputusan dan Analisis Latar Belakang Responden (Bahagian A) 47
4.2.1 Taburan Responden Berdasarkan Jantina 47
4.2.2 Taburan Responden Berdasarkan Bangsa 48
4.2.3 Taburan Responden Berdasarkan Umur 49
x
4.2.4 Taburan Responden Berdasarkan Tingkatan 49
4.2.5 Taburan Responden Berdasarkan Jenis Sekolah 50
4.2.6 Taburan Responden Berdasarkan Cita-cita 51
4.3 Keputusan dan Analisis Persoalan Kajian 1 53
4.3.1 Pengurusan program latihan Tunas BISTARI 53
4.4 Keputusan dan Analisis Persoalan Kajian 2 56
4.4.1 Kemudahan-kemudahan latihan Program Tunas BISTARI 56
4.5 Keputusan dan Analisis Persoalan Kajian 3 59
4.5.1 Kualiti penyampaian penceramah dalam Program 60
Tunas BISTARI
4.6 Keputusan dan Analisis Persoalan Kajian 4 63
4.6.1 Pengaplikasian pelajar dari Program Tunas BISTARI 64
4.7 Analisis Data Keseluruhan Persoalan Kajian 67
4.8 Maklumbalas Temubual Guru Pembimbing Program 70
Tunas BISTARI
4.9 Rumusan 70
5 RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN 72
5.1 Pengenalan 72
5.2 Perbincangan Dapatan Kajian 73
5.2.1 Latar Belakang Responden 73
5.2.2 Persoalan Kajian1: Adakah pengurusan program latihan 74
Tunas BISTARI sesuai, baik dan teratur?
5.2.3 Persoalan Kajian 2: Adakah kemudahan- kemudahan 76
latihan yang disediakan dalam Program Tunas BISTARI
sesuai dan lengkap?
xi
5.2.4 Persoalan Kajian 3: Adakah pelajar berpuas hati dengan 77
cara penyampaian penceramah dalam Program Tunas
BISTARI?
5.2.5 Persoalan Kajian 4: Adakah Program Tunas BISTARI 79
dapat diaplikasi oleh pelajar?
5.3 Dapatan Kajian Berdasarkan Temubual Guru Pembimbing 80
Program Tunas BISTARI
5.4 Rumusan Dapatan Kajian 81
5.5 Cadangan 84
5.5.1 Guru Pembimbing Tunas BISTARI 84
5.5.2 Pihak Sekolah 85
5.5.3 Pihak Johor Corporatioan (JCorp) 85
5.5.4 Jabatan Pelajaran Negeri 86
5.6 Cadangan Kajian Lanjutan 86
5.7 Rumusan 87
RUJUKAN 88
LAMPIRAN 91
xii
SENARAI JADUAL
NO JADUAL TAJUK MUKA
SURAT
3.1 Taburan dan jumlah item set soalan selidik Bahagian B 39
3.2 Skala Likert 40
3.3 Skala pemeringkatan Likert lima mata yang telah dikecilkan kepada tiga 43
3.4 Tahap penilaian responden berdasarkan min 44
4.1 Taburan responden berdasarkan jantina 47
4.2 Taburan responden berdasarkan bangsa 48
4.3 Taburan responden berdasarkan umur 49
4.4 Taburan responden berdasarkan tingkatan 50
4.5 Taburan responden berdasarkan jenis sekolah 51
4.6 Taburan responden berdasarkan cita-cita 52
4.7 Analisis kekerapan, peratusan dan min bagi pengurusan program latihan 54
Tunas BISTARI
4.8 Analisis kekerapan, peratusan dan min bagi kemudahan-kemudahan 57
latihan yang disediakan dalam Program Tunas BISTARI
4.9 Analisis kekerapan, peratusan dan min bagi kualiti penyampaian 61
penceramah dalam Program Tunas BISTARI
4.10 Analisis kekerapan, peratusan dan min bagi pengaplikasian pelajar dari 65
Program Tunas BISTARI
4.11 Analisis kekerapan, peratusan dan min setiap item bagi keseluruhan 68
persoalan kajian
xiii
SENARAI RAJAH
NO RAJAH TAJUK MUKA
SURAT
3.1 Prosedur kajian 35
4.1 Graf menunjukkan peratus keseluruhan bagi persoalan kajian 1 55
4.2 Graf menunjukkan peratus keseluruhan bagi persoalan kajian 2 59
4.3 Graf menunjukkan peratus keseluruhan bagi persoalan kajian 3 63
4.4 Graf menunjukkan peratus keseluruhan bagi persoalan kajian 4 66
4.5 Graf menunjukkan peratus keseluruhan bagi keempat-empat persoalan 69
kajian
xiv
SENARAI ISTILAH
ABM - Alat bantu mengajar
DEB - Dasar Ekonomi Baru
JCorp - Johor Corporation
MeCD - Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi
MPPB - Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian
KPM - Kementerian Pelajaran Malaysia
JPN - Jabatan Pelajaran Negeri
xv
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT
A Maklumat Latar Diri Responden dan Soal selidik 91
Penilaian Pelaksanaan Program Tunas BISTARI Dalam
Pembangunan Budaya Keusahawanan Di Sekolah-Sekolah
Menengah Daerah Pontian Johor
B Pengesahan Item-Item Soal Selidik 99
C Pengesahan, kelulusan dan kebenaran pelajar menjalankan 102
kajian Projek Sarjana Muda
BAB 1
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Malaysia akan menjadi negara yang maju apabila Wawasan 2020 tercapai.
Bagi membantu mencapai wawasan tersebut, negara kita memerlukan lebih ramai
usahawan terutamanya usahawan Bumiputera. Ini ada tertulis dalam Rancangan
Malaysia Ke-9, dimana kementerian dipertanggungjawab dalam membangunkan
usahawan Bumiputera yang berdaya saing. Oleh itu, kerajaan berusaha mewujudkan
Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera (MPPB).
Pada 8 Mei 1995, tertubuhnya Kementerian Pembangunan Usahawan untuk
mewujudkan Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera (MPPB).
Objektif utama Kementerian ini adalah untuk mewujudkan dan membangunkan
usahawan yang berdaya maju, berdaya tahan dan berdaya saing dalam sektor ekonomi
yang berkembang dan berpotensi di samping memupuk budaya keusahawanan di
kalangan masyarakat Malaysia merupakan negara yang mampu melahirkan usahawan
yang berkualiti dan beretika. Misi Kementerian Pembangunan Usahawan ialah
2
membantu mewujudkan Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera,
manakala visinya adalah untuk mewujudkan masyarakat Bumiputera yang akan
menjadi teras kepada pencapaian Wawasan 2020.
Program-program latihan keusahawanan adalah amat penting untuk melahirkan
usahawan di negara kita terutama bagi kaum Bumiputera. Fokus utama adalah
pembudayaan keusahawanan di kalangan generasi muda terutama pelajar sekolah
menengah dan Institusi Pengajian Tinggi (IPT). Program yang dilaksanakan melalui
Kelab Tunas Bistari bagi pelajar sekolah menengah yang ditaja oleh Perbadanan
Kemajuan Ekonomi masing-masing dan Pembangunan Usahawan Muda (PUM) yang
dijalankan di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) yang ditaja oleh Kementerian
Pembangunan Usahawan dan universiti-universiti tempatan.
1.2 Latar Belakang Masalah
Peristiwa rusuhan kaum yang berlaku pada 13 Mei telah mendedahkan
manifestasi sebenar perasaan tiga etnik yang terbesar di Malaysia. Apabila negara
mencapai kemerdekaan, kita dapati orang melayu tertinggal dari segi penguasaan
ekonomi. Pada tahun 1970, terbentuklah Dasar Ekonomi Baru (DEB), di mana
matlamat utama DEB adalah untuk mengurangkan dan membasmi kemiskinan serta
mempercepatkan proses menyusun semula masyarakat Malaysia supaya
ketidakseimbangan dalam ekonomi dapat diperbetulkan. Bagi mencapai matlamat
tersebut, kerajaan telah mengambil beberapa langkah yang positif untuk meningkatkan
penglibatan kaum Bumiputera dalam bidang perdagangan dan perindustrian.
3
Walaubagaimanapun penglibatan kaum Bumiputera dalam bidang perdagangan dan
perindustrian masih tidak membanggakan.
Pada tahun 1990, Dasar Ekonomi Baru dibubarkan dan digantikan dengan
Dasar Pembangunan Nasional (DPN) yang dilancarkan oleh Y.A.B. Dato’ Seri Dr.
Mahathir Mohamad. Dasar Pembangunan Nasional (DPN) banyak memberi
keutamaan terhadap langkah-langkah menyemai dan membentuk budaya
keusahawanan di kalangan kaum Bumiputera terutama dari aspek pendidikan dan
perlaksanaan program usahawan muda di sekolah-sekolah menengah di seluruh
Malaysia. Pada tahun 1995, Kementerian Pembangunan Usahawan telah di tubuhkan.
Tujuan penubuhannya adalah untuk menguruskan hal-ehwal pembangunan usahawan
dalam negara. Objektif utama Kementerian ini ialah menyediakan persekitaran yang
dapat membantu dan menggalakkan pembentukan usahawan tulen yang berkualiti,
berdaya maju, berdaya tahan dan berdaya saing dalam semua sektor dan industri
perniagaan.
Sehubungan dengan itulah, maka Johor Corporation (JCorp) mengambil
langkah memperkenalkan program keusahawan peringkat sekolah yang dinamakan
Tunas BISTARI. Program Tunas BISTARI telah dilancarkan oleh Johor Corporation
pada tahun 1992 dan terbuka kepada semua sekolah menengah di negeri Johor.
Program ini dijalankan dengan kerjasama Jabatan Pelajaran Negeri Johor (JPNJ).
Melalui program tersebut, JCorp berusaha memupuk, menyemai dan melahirkan
budaya keusahawanan dan melatih pelajar di dalam bidang perniagaan. Pendedahan
awal ini diberikan dengan harapan jika pelajar ini memilih kerjaya sebagai usahawan,
mereka akan lebih bersedia menghadapi pelbagai cabaran dan persaingan di bidang
berkenaan kelak. Dengan itu, matlamat untuk melahirkan usahawan yang berkualiti
dan berdaya maju menjelang tahun 2020 akan dapat direalisasikan.
4
Pada awal pelancaran program ini, pada Mac 1992 hanya tiga buah sekolah
menengah sahaja terlibat dan sehingga tahun 2008 terdapat 64 buah sekolah di negeri
Johor telah menyertai program berkenaan. Program Tunas BISTARI ini terbuka
kepada pelajar-pelajar dari tingkatan 2 dan tingkatan 4 sahaja. Johor Corporation
(JCorp) telah meletakkan syarat, seramai 15 orang pelajar sahaja yang boleh
mengikuti program ini dalam sesebuah sekolah dan hanya untuk pelajar Bumiputera.
Dalam program ini, pelbagai aktiviti yang berkaitan dengan bidang pengurusan
perniagaan telah dianjurkan oleh Program Tunas BISTARI dengan tujuan untuk
memupuk, menyemai dan melahirkan keusahawanan di kalangan pelajar yang terlibat.
Sehubungan dengan itu, daripada aktiviti dan pendedahan berkaitan dengan bidang
keusahawanan dan perniagaan yang dijalankan ini diharap dapat memberi kesedaran
dan menimbulkan minat pelajar untuk menceburi bidang keusahawanan apabila tamat
persekolahan nanti.
1.3 Pernyataan Masalah
Berdasarkan latar belakang masalah yang dinyatakan, maka kajian ini
bertujuan untuk membuat penilaian pelaksanaan Program Tunas BISTARI dari
persepsi pelajar dan guru dari segi pengurusan program, kemudahan-kemudahan yang
disediakan dalam program, cara penyampaian penceramah serta aplikasi pelajar yang
telah mengikuti program tersebut.
5
1.4 Objektif Kajian
Objektif kajian ini adalah :
i- Mengenal pasti tahap pengurusan program latihan Tunas BISTARI sesuai,
baik dan teratur.
ii- Menentukan tahap kemudahan-kemudahan latihan yang disediakan dalam
Program Tunas BISTARI sesuai dan lengkap
iii- Menentukan tahap kepuasan pelajar dengan cara penyampaian
penceramah dalam Program Tunas BISTARI
iv- Menentukan tahap aplikasi pelajar yang mengikuti Program Tunas
BISTARI
1.5 Persoalan Kajian
Persoalan kajian ini ialah tentang penilaian pelaksanaan Program Tunas
BISTARI dalam pembangunan budaya keusahawanan di sekolah. Persoalan kajian
tersebut ialah berkaitan dengan:
i- Adakah pengurusan program latihan Tunas BISTARI sesuai, baik dan
teratur?
ii- Adakah kemudahan-kemudahan latihan yang disediakan dalam Program
Tunas BISTARI sesuai dan lengkap?
6
iii- Adakah pelajar berpuas hati dengan cara penyampaian penceramah dalam
Program Tunas BISTARI ?
iv- Adakah Program Tunas BISTARI dapat diaplikasi oleh pelajar?
top related