pengurusan grafik
Post on 26-Jul-2015
622 Views
Preview:
TRANSCRIPT
PENGURUSAN GRAFIK
PENGENALAN . Pengurusan membawa erti perihal mengurus dan mentadbir sesuatu yang
berkaitan tanggungjawab dan selok-belok kerja.(Kamus Dewan:1529) Manakala grafik
pula bererti maklumat atau paparan yang terdiri daripada lukisan,gambar rajah, simbol dan
seumpamanya untuk menyatakan atau menyampaikan idea. Selain itu juga, grafik adalah
lukisan-lukisan pada susunan halaman dalam majalah (buku, surat khabar dan sebagainya).
(Kamus Dewan:413).
Menurut Listrom (1994), grafik ialah ilustrasi dan gambar berupaya bercerita, menarik
perhatian dan menggambarkan orang, tempat atau benda. Beliau juga mengulas bahawa
grafik boleh ditunjukkan menggunakan teknik carta, graf atau rajah dengan menyediakan
dimensi maklumat kepelbagaian secara visual.
Rockley (1994), menyatakan bahawa grafikmenunjukkan maklumat terperinci. Ia
bergambar dan berfungsi sebagai ikon yang mewakili sesuatu. Dapatlah difahami bahawa
pengurusan grafik membincangkan kaedah-kaedah atau perihal mengurus sesuatu kerja
yang melibatkan teknik mengolah, memaparkan, mencipta, mencetak dan menghasilkan
imej atau lukisan (lukisan, gambar rajah, simbol dan seumpamanya) (Kamus Dewan:413)
Pengurusan grafik merupakan alat yang boleh membantu kita dalam mentadbir
maklumat yang kita terima dan dapat diolah ke dalam bentuk visual yang lebih menarik. Ia
merupakan suatu bentuk ilustrasi atau lakaran yang digunakan sama ada untuk merancang,
mengurus, meneliti, menganalisis atau menghasilkan sesuatu idea, pemikiran dengan lebih
sistematik, jelas dan berkesan. Grafik merupakan sebuah lukisan, pencetakan , gambar atau
huruf dengan menggunakan pelbagai media samada secara manual atau teknik komputer.
Teknik ini dapat menampakkan atau menvisualkan sesuatu imaginasi seseorang pada skrin
komputer.
Di antara contoh-contoh pengurusan grafik ialah :
1) Pengurusan Grafik Membanding dan Membeza.
2) Pengurusan Grafik Membuat Kategori.
3) Pengurusan Grafik Meneliti Bahagian-bahagian Kecil.
1
4) Pengurusan Grafik Menerangkan Sebab.
5) Pengurusan Grafik Membuat Ramalan.
6) Pengurusan Grafik Mengusul Periksa Andaian.
7) Pengurusan Grafik Membuat Keputusan.
8) Pengurusan Grafik Menyelesaikan Masalah.
9) Pengurusan Grafik Urutan Peristiwa
Contoh-contoh pengurusan grafik
PG dan Fungsih
Menerangkanhg bg
Membanding beza
Mengklafikasigghnh
Mengikut urutan
Sebab akibat
Membuat keputusan
PGRantinghjhjhgh ghhhh ghhgghghgh bghn
Sumbangsaran hgghhghhg hghghgghgggh hgh hghgh hghhh
Diagram Dua Selhghgh hghghghhhhg hghghghh ghghhghghgh
Diagram Hierarki
Diagram Kajian Pusingan
Sistem Folder Desktop
Jaringan Tupaihgh ghhghgh ghhhg hghgghghg
Peta Konsep Peta Konsep
Matriksh g hhghg hh ggh
Diagram VennMatriks Perbandingan
KWLHn g h
Grid Mindakj h hnnhnhn hhnh
Carta Alirhh hg
Sistem Folder Desktop
Aliran Linearhh
PRINSIP DALAM PENGURUSAN GRAFIK.
1) PENGSTRUKTURAN PROGRAM.
Setiap program yang dirancang hendaklah mempunyai struktur pelaksanaan yang
konsisten kerana pengstrukturan program dapat membantu individu dalam menyelesaikan
pelbagai masalah. Begitu juga dalam pengurusan grafik. Kebanyakan pengurusan grafik
melibatkan hal-hal saintifik dan memerlukan kepada kajian bahan yang tepat. Mengikut
konsep German yang dikenali sebagai “Pas Ein” yang membawa erti “terdapatnya
kecacatan”, proses ini memerlukan pengurusan grafik yang lebih sempurna yakni
2
mengstrukturkan program supaya tidak terdapatnya kecacatan. Pembinaan program yang
melibatkan pengurusan grafik tidak sama dengan perancangan mereka bentuk sesuatu
objek yang nyata.
2) PENAMBAHAN DAN PENGUASAAN ILMU.
Pada abad ke-14, William of Ockham, ahli kaji bumi British, menegaskan bahawa emas
pasti dapat dicipta dengan menggunakan formula kimia yang juga di kenali Occam Razor.
Walaupun usahanya gagal. Beliau tetap berusaha untuk mencapai matlamatnya.
Hasilnya, berlakunya penambahan ilmu pengetahuan dan penguasaan orang Eropah ke atas
ilmu kimia. Pengurusan grafik juga berlandaskan kepada prinsip penambahan ilmu
pengetahuan dan penguasaan kemahiran seseorang dalam mencipta satu program grafik
yang baru.
3) KETABAHAN DAN KETEKUNAN.
Seseorang yang menempah kehidupannya dengan kejayaan, sebelum mencapainya, dia
sentiasa tabah dan tekun dalam menuntut ilmu pengetahuan. Pengurusan grafik juga
tertumpu kepada sejauh mana seseorang berusaha mendapatkan hasil yang lebih baik.
Ketabahan dan ketekunan pastinya membuahkan hasil yang memuaskan. Berusaha
bersungguh-sungguh dapat mengatasi masalah terutamanya yang berkaitan masalah grafik
seperti pengiraan arithmetik.
TIP PENGURUSAN GRAFIK.
1) Berfikiran terbuka.
2) Menguasai kemahiran matematik.
3) Optimis dalam mendapatkan data.
4) Bersedia menghadapi risiko.
5) Mengetahui program yang dijalankan.
6) Berhati-hati dan mengikuti prosedur yang ditetapkan.
7) Buat dahulu yang mudah.
8) Berusaha dan bekerja kuat.
9) Cekap dan berdikari.
3
PROSEDUR MENGGUNAKAN PENGURUSAN GRAFIK.
Pengurusan grafik digunakan untuk membantu kita dalam mengurus dan menyusun
pemikiran supaya lebih sistematik dan berkesan. Sebenarnya pengurusan grafik dapat
dicipta mengikut kesesuaian masing-masing. Sentiasalah berlatih dalam pengurusan grafik
kerana ia akan memberi kemudahan semasa mengambil nota dan menyusun fakta serta
berhujah mengikut turutan yang betul.
Pengurusan grafik tidaklah semudah yang kita sangkakan. Sebarang tugasan yang
diberikan memerlukan kepada pemerhatian, mengumpul data, menganalisis data dan
akhirnya membuat rumusan berkaitan tajuk yang diberikan. Beberapa perkara yang perlu
diketahui sebelum melakukan sebarang tugasan ialah:
a) Tajuk.- Dapatkan tajuk yang menarik dan sesuai. Apabila mendapat tajuk, biasanya
kita mendapat gambaran untuk mendapatkan maklumat. Mulakan dengan
pembacaan buku-buku ensaiklopedia atau buku berkaitan tajuk tersebut. Gunakan
kemudahan internet atau berbincang dengan rakan dan pensyarah. Jika perlu tajuk
tersebut diubah, jumpalah pensyarah berkaitan. Sebelum menentukan tajuk, eloklah
melontarkan idea melalui pengurusan grafik peta minda.
Pengurusan grafik peta minda: Lontarkan idea sebelum menulis sesuatu tugasan.
4
b) Kecilkan Tajuk- Tajuk “Perindustrian Di Malaysia” mungkin terlalu besar untuk
dibuat kajian atau penyelidikan. Kita boleh memikirkan tentang tajuk-tajuk dengan
membuat beberapa pertanyaan mudah seperti “ Bagaimana di perindustrian di
negara kita?”, “Apa yang diperlukan negara?” atau “Siapakah yang terlibat dalam
sektor perindustrian”. Dengan adanya persoalan sedemikian, kajian kita pasti lebih
menarik dan kita lebih berminat untuk mengkajinya. Seterusnya, dapatlah dibina
Carta Piramid berdasarkan tajuk.
Pengurusan grafik carta piramid berdasarkan tajuk.
c) Penjadualan tugasan- Ambillah masa untuk merancang tugasan anda. Mulakan
dengan merangka satu borang senarai semak berkaitan tugasan. Sila ikut sebaik
mungkin senarai semak yang dibuat. Lekatkan senarai semak pada dinding. Kita
boleh mengubah mana-mana item dalam senarai semak mengikut kesesuaian.
Contoh borang senarai semak:
Pengurusan grafik contoh senarai semak jadual tugas.
TUGASAN JANGKA MASA SIAP TARIKH SIAP
Cari tajuk 15 Jan - 17 Jan
Pembacaan awal 20 Jan- 25 Jan
Buat kad sumber 25-Jan
Merangka penulisan 28 Feb - 14 Mac
Menyediakan bahan 28 Mac
Menulis draf awal 04-Apr
Tarikh hantar tugasan 13 April 19 April
5
d) Membuat Rujukan dan Pembacaan Terhadap Kajian- Bahan bacaan kita boleh
dapati di kedai atau perpustakaan. Mulakan tugasan mancari bahan dengan
membuat rujukan dan pembacaan. Menggunakan internet sama juga dengan
menggunakan ensaiklopedia. Cuma, melalui internet, bahan yang hendak dicari
lebih mudah ditemui dan banyak pilihan. Dengan menggunakan perpustakaan kita
dapat meningkatkan kemahiran mencari maklumat dan pembacaan. Di sini juga,
banyak maklumat baru yang berkaitan tugasan yang diberikan. Sesetengah
perpustakaan menyediakan perkhidmatan internet, indeks berskala, radio dan
seumpamanya. Selain itu juga, rujukan boleh dilakukan melalui temubual dan
cacatan sumber. Dengan menggunakan kaedah temubual, kita pasti memperolehi
maklumat dan sumber bukti untuk tugasan yang dilakukan. Cacatan sumber pula
diperolehi melalui buku, majalah, akhbar, internet dan temubual.
e) Persoalan Dalam Penulisan- Persoalan amat penting dalam sesuatu kajian.
Dengan menggunakan kaedah persoalan, kita dapat menghuraikan maklumat
dengan lebih berkesan.
Pengurusan grafik senarai persoalan untuk penulisan
APA DI MANA BILA MENGAPA SIAPA BAGAIMANA KENAPAApa yang di maksudkan dengan perindustrian
Di manakah pusat perindustrian Malaysia
f) Mengumpul Data- Mengumpul data merupakan satu proses yang sistematik
untuk mendapatkan maklumat, membuat pertimbangan dan seterusnya
membolehkan seseorang itu membuat keputusan. Maklumat yang dikumpulkan
itu dipanggil data. Terdapat dua jenis maklumat iaitu maklumat kuantitatif dan
kualitatif. Maklumat yang berunsur kuantitatif ialah maklumat yang diperolehi
melalui alatan ukuran. Data kualitatif pula ialah data yang diperolehi melalui
temubual dengan responden atau data-data yang merupakan dokumen-dokumen
yang dianalisis.
6
g) Paparan Data- Data boleh dipersembahkan melalui pelbagai cara. Antaranya:
Contoh graf gambar bagi makanan kegemaran penduduk X.
Makanan Kegemaran Penduduk X
1 2 3 4 5 6
Burger
Piza
Daging
Ayam
Roti canai
Nasi lemak
Graf digunakan untuk menunjukkan perubahan kepada pembolehubah. Graf
membolehkan kita melihat corak perubahan tersebut. Graf juga merupakan satu cara
mewakili semua jenis maklumat secara kuantitatif. Terdapat beberapa graf sesuai dalam
pendidikan antaranya graf gambar.
7
Paparan Data Jenis
Graf Graf gambar
Carta Carta pai
Carta bar
Carta aliran
Carta klasifikasi
Carta tulang ikan
Carta jaringan
Carta Perbandingan
Histogram Histogram selanjar
Jadual
Rajah Rajah Venn
Peta Minda
Contoh carta pai menunjukkan tempat belajar yang berkesan kepada para pelajar.
Tempat Belajar Berkesan Belajar
Carta pai digunakan apabila data diskrit ditujukan dalam bentuk pecahan atau peratusan.
Carta pai di atas menunjukkan tempat belajar yang berkesan bagi pelajar.
Contoh histogram
Histogram biasanya dibina dari jadual frekuensi. Histogram seakan-akan sama
dengan graf bar tetapi perbezaannya ialah kolum di dalam graf bar dipisahkan oleh
jarak-jarak yang kecil manakala graf di dalam histogram bercantum di antara satu sama
lain. Histogram mengandungi beberapa segi empat tepat dan setiap segi empat ini
mewakili kekerapan skor bagi setiap selang kelas skor. Data-data di dalam histogram
kebiasaannya selanjar. Kepentingan histogram adalah memudahkan seseorang
membuat perbandingan antara data-data yang diperolehi.
8
Contoh jadual
1 2 3 4 5 6Ahad kelas kelas R Isnin kelas kelas E kelas Selasa kelas kelas L kelas kelas Rabu kelas kelas A
Khamis kelas K Jumaat kelas S
Kebanyakan perkara atau bahan yang dilihat seakan-akan sama sahaja. Ini menyukarkan
kita untuk membuat pilihan. Satu cara terbaik adalah dengan menggunakan kaedah
penjadualan. Di antara tujuan membuat jadual ialah membantu kita membuat keputusan,
membuat pengelasan dan membuat sesuatu generalisasi.
Contoh rajah Venn
Terlalu banyak maklumat dan bahan yang kita perolehi. Maklumat ini sudah tentu
tidak tersusun dan mungkin bercampur aduk di antara satu sama lain. Perlulah dibuat
penilaian untuk menyusun data-data yang diperolehi samada data-data tersebut
mempunyai persamaan atau tidak. Rajah Venn menekankan kepada persamaan yang
terdapat di dalam data-data.
9
Contoh peta minda
Peta minda adalah permulaan idea dalam membentuk satu tugasan yang lengkap.
Idea utama, konsep atau topik, soalan dikumpulkan dan dibuat suatu jaringan kepada
idea-idea yang lain yang berkaitan. Kembangkan idea dari tengah seperti sebatang
pokok dengan ranting. Apabila tiba dipenghujung ranting, bolehlah menambah ranting
baru kepada idea baru.
KEBERKESANAN PENGURUSAN GRAFIK.
1. Dapat memotivasikan para pelajar dan pengajar.
2. Menggalakkan perkembangan sosial.
3. Penjanaan ekonomi dan pendidikan dalam keluarga.
4. Pelaksanaan kurikulum yang berkesan.
PENDEKATAN DALAM PENGURUSAN GRAFIK.
1. Sentiasa membuat latih tubi.
2. Mendapat bimbingan tutorial.
3. Mengadakan demonstrasi.
4. Simulasi.
5. Permainan pendidikan.
6. Rekreasi dalam pengurusan grafik.
10
RUJUKAN
Kamus Dewan, edisi ketiga (2002). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Ramlan Hamzah dan Lily Mastura Harun Dr (2005). Kemahiran Belajar untuk Kursus
Persediaan Ijazah Sarjana Pendidikan, Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman.
Pengurusan grafik dilayari pada 25 Ogos 2006 di URL http:// www.citacita.tripod.com/nota/ multimedia.htm.
21
INSTITUT PERGURUAN TUN HUSSEIN ONN
KEMAHIRAN BELAJARPENGURUSAN GRAFIK
Nama : MOHAMMAD SYAHIR BIN SA’ALODIN
Unit : PPSIMP Prasekolah.
No. Kad Pengenalan: 880717-06-5417.
Nama Pensyarah : Encik Zaharudin b. Mohd Talib
.
Syukur kepada Allah kerana tugasan ini, di bawah tajuk Kemahiran Belajar:
Pengurusan Grafik telah dapat diselesaikan. Buku skrap ini merangkumi
sebahagian daripada teknik pembelajaran.
Sebagaimana yang kita sedia maklum, Kemahiran Belajar merupakan salah
satu subjek pembelajaran yang penting kerana subjek ini merangkumi
berbagai-bagai kaedah tertentu yang dapat memudahkan pengurusan kita
ketika menimba ilmu pengetahuan.
Saya juga ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada pensyarah saya,
Encik Zaharudin bin Mohd Talib yang banyak membantu saya dalam mengurus
dan memproses bahan yang berkaitan dengan pengurusan grafik.
Semoga kerjasama yang diberikan ini dapat diteruskan demi membangun
institusi pendidikan negara. Saya juga berhutang budi kepada rakan-rakan
yang telah memberi sokongan dan bantuan kepada saya.
Akhir kata, saya mengucapkan ribuan terima kasih di atas segala bantuan
yang diberikan. Semoga Allah memberkati usaha kita bersama. Insya’ Allah.
Sekian, wassalam.
MOHAMMAD SYAHIR BIN SA’ALODIN
PPSIMP PRASEKOLAH.
i
ISI KANDUNGAN
PENGHARGAAN i KANDUNGAN ii SOALAN TUGASAN iii PENGENALAN KEMAHIRAN BELAJAR
a) Pengenalan ivb) Konsep Kemahiran Belajar vc) Proses Kemahiran Belajar vi
PENGURUSAN GRAFIK Pengenalan 1 Prinsip Dalam Pengurusan Grafik 2 Tip Pengurusan Grafik 3 Prosedur Menggunakan Pengurusan Grafik 4 Keberkesanan Pengurusan Grafik 10 Pendekatan Dalam Pengurusan Grafik 10
KESIMPULAN 11LAMPIRAN 12RUJUKAN 21
ii
PENGENALAN KEMAHIRAN BELAJAR
PENGENALAN KEMAHIRAN BELAJAR.
Dalam proses pendidikan, belajar merupakan kegiatan yang paling utama.
Terlaksana atau tidaknya pendidikan bergantung kepada bagaimana proses belajar itu.
Menurut pendapat Ford (1992), kejayaan seseorang itu bukan hanya boleh diusahakan
oleh seseorang itu sahaja malah kejayaan kejayaaan di dalam pendidikan adalah
merupakan hasil usaha sokongan dari pelbagai pihak.
Dua orang pelajar berada di dalam kelas yang sama, belajar perkara yang sama,
mempunyai umur yang sama tetapi salah seorang dari mereka lebih cemerlang dalam
peperiksaan. Vollmeyer dan Rheinberg (2000) menyatakan bahawa salah satu sebab
mengapa terdapatnya perbezaan antara dua pelajar adalah disebabkan pelajar yang
cemerlang bermula dengan strategi belajar yang baik dan tahu bagaiman mencari
keperluan untuk menjawab soalan dan berpotensi memberi jawapan yang tepat.
Di sini dapatlah disimpulkan bahawa kemahiran belajar merupakan asas kepada
penentuan kejayaan seseorang. Ini kerana kemahiran belajar mengajar dan mendidik
pelajar dalam merancang bagaimana hendak menjadi seorang yang cemerlang dari
pelbagai sudut terutamanya dalam menghadapi proses pendidikan. Kemahiran dan
pengaturan masa merupakan item yang penting dalam pengurusan kemahiran belajar.
Selain itu, persiapan mental dan fizikal juga memainkan peranan penting dalam
penentuan kejayaan seseorang.
Kemahiran belajar tidaklah menumpukan hanya dalam bidang pendidikan semata-
mata. Tetapi ia juga berkaitan dengan perhubungan sosial seseorang. Kaedah
kemahiran belajar dapat dipraktikkan dalam kehidupan harian kita .
iv
KONSEP KEMAHIRAN BELAJAR.
Terdapat banyak pendapat mengenai konsep belajar. Ada pendapat mengatakan bahawa
belajar itu adalah kegiatan menghafal dan membuat latih tubi. Ada juga mengatakan belajar
itu mendapatkan maklumat dan membuat rujukan. Semun pendapat tersebut adalah benar.
Akan tetapi pengertian tersebut tidaklah meliputi keseluruhan mengenai proses belajar.
Belajar ialah satu proses tindakan yang dilakukan oleh seseorang untuk mendapatkan
suatu perubahan tingkah laku yang baru secara keseluruhan, sebagai hasil pengalaman
individu itu sendiri dalam intreksi dengan persekitarannya. Perubahan yang dimaksudkan
ialah proses belajar.
Menurut Woolfolk (2001), belajar ialah apabila berlakunya perubahan dari segi
pengetahuan dan tingkah laku seseorang secara tekal. Perubahan ini mungkin disengajakan
atau tidak. Mengikut kamus Inggeris-Melayu Dewan (1992) perkataan belajar diertikan
sebagai memperoleh ilmu pengetahuan dan kemahiran. Proses belajar berlangsung dalam
beberapa peringkat iaitu:
1. Adanya rangsangan-rangangan.
2. Pemilihan rangsangan yang sesuai oleh organ deria.
3. Pemikiran makna sesuatu rangsangan di dalam otak.
4. Membentuk pengalaman atau ilmu pengetahuan.
5. Mengamal dalam situiasi yang sepadan
6. Perubahan tingkah laku.
Ciri-ciri berlakunya proses belajar :
1. Perubahan yang berlakunya berlaku secara sengaja.
2. Perubahan secara berterusan dan tetap.
3. Perubahan bersifat aktif dan ositif.
4. Perubahan bermatlamat.
5. Perubahan tngkah laku secara keseluruhan.
v
Kemahiran belajar merupakan satu proses yang memerlukan perhatian sacara
berterusan. Terdapat beberapa konsep yang utama dalam kemahiran belajar iaitu:
a) Gaya belajar- Setiap orang mempunyai gaya tersendiri. Kefahaman tentang gaya
amat penting kerana kefahaman ini kita dapat merancang aktiviti, memeloh kaedah
dan teknik pengajaran. Terdapat beberapa gaya belajar iaitu Gaya Belajar Visual,
Cara Belajar Audiotori dan Cara Belajar Kinestik.
b) Sumber manusia- Sumber manusia adalah sumber rujukan yang dibuat kepada
orang-orangyang mepunyai kepakaran tertentu. Mereka benar-benar arif,
berpengetahuan luas dan berpengalaman dalam sesuatu bidang.
c) Sumber media elektronik.
d) Sumber media bercetak- terdapat tiga bentuk media cetak iaitu:
- Hiburan atau mengisi masa lapang. Contoh filem dan majalah.
- Sumber maklumat. Contoh surat khabar dan jurnal.
- Sumber pengajaran pembelajaran. Contoh buku teks dan buku kerja.
e) Sumber persekitaran.
PROSES KEMAHIRAN BELAJAR.
Belajar tidak diperolehi melalui nasib, ia perlu diusahakan secara bersungguh-sungguh.
Abigail Adam (1744-1818)
Untuk mendapatkan ilmu pengetahuan, terdapat beberapa proses yang mesti dilalui oleh
setiap individu. Proses ini tidaklah secara semulajadi. Akan tetapi usaha yang dilakukan
dapat membuahkan hasil yang terbaik. Secara ringkas, teknik-teknik yang dikemukakan
dapat membantu untuk mencapai kecemerlangan dalam pembelajaran.
a) Kemahiran Memperoleh Maklumat- Terdapat 2 jenis bahan rujukan iaitu buku
dan bukan buku. Buku terdiri daripada pelbagai kategori antaranya kamus, jurnal
dan majalah. Carta, model, cakera padat dan kaset pula dikategorikan sebagai bahan
rujukan bukan buku.
b) Kemahiran Memproses Maklumat- Kemahiran ini sama juga dengan membuat
penyeliikan. Maklumat yang hendak diproses seharusnya dikaji, diselidiki, diproese
vi
secara teliti, analitik dan saintifik. Seseorang pengkaji perlu mempunyai daya
kemahiran berfikir kritis dan kreatif. Apabila berfikir secara kritis dan kreatif,
seseorang itu sentiasa bersifat ingin tahu, membuat pemerhatian yang objektif,
mengkaji sesuatu dengan teliti ketika membuat sesuatu keputusan.
c) Teknik-teknik Meningkatkan Ingatan- Ingatan merujuk kepada kepelbagaian
proses dan struktur yang melibatkan penerimaan, penyimpanan dan penggunaan
maklumat ke dalam otak. Terdapat beberapa jenis teknik mengingat iaitu teknik
Chunking dan teknik Mnemonik
vii
KESIMPULAN.
Alhamdulillah, dengan berbesar hati saya mengucap syukur kepada Allah Taala kerana
telah memberi ruang kepada saya untuk menyiapkan kerja kursus yang diberikan dengan
tajuk Kemahiran Belajar: Pengurusan Grafik. Kemahiran Belajar: Pengurusan Grafik
merupakan salah satu cabang bidang ilmu yang penting dalam bidang pendidikan
terutamanya zaman ini. Dengan bersumberkan buku-buku yang berkaitan dengan
kemahiran belajar, saya telah cuba mengolah dan membentuk satu data baru yang lebih
mudah untuk difahami dalam bentuk buku skrap. Saya juga berharap dengan adanya buku
skrap ini, dapatlah membantu para pelajar terutamnya bakal guru di institut perguruan ini.
Walaupun usaha ini tidaklah seberapa, akan tetapi buku skrap yang saya telah
mengolahnya ini berasal daripada hasil tangan orang yang arif dalam bidang Kemahiran
Belajar yang terdiri daripada Encik Ramaln Hamzah dan Dr. Lily Mastura Harun. Buku
karangan beliau berdua mempunyai banyak info dan contoh serta cara penyampaian yang
konsisten dan berkesan.
Tidak lupa juga, saya ingin merakamkan sekalung penghargaan buat pensyarah saya,
Encik Zaharudin bin Mohd Talib yang banyak memberi bantuan, sokongan dan tidak jemu
melayan kerenah anak bimbingannya dari opsyen PPSIMP Prasekolah tahun 2006. Terima
kasih juga buat kedua-dua ibu bapa saya dan rakan taulan yang banyak memberi bimbingan
sehingga terhasilnya buku skrap ini.
Dengan adanya subjek Kemahiran Belajar: Pengurusan Grafik, saya berharap agar
subjek ini menjadi salah satu subjek dapat membantu para pelajar dalam mengembangkan
idea dan buah fikiran baru yang lebih kreatif, kritis dan inovatif.
11
LAMPIRAN
12
top related