pengajian ilmu qiraat di malaysia -...
Post on 18-Feb-2018
334 Views
Preview:
TRANSCRIPT
JURNAL PENGAJIAN ISLAM, AKADEMI ISLAM KUIS
ISSN 1823-7126 BIL 8, ISU 3 (EK):2015
69
KEPERLUAN APLIKASI AL-DIRAYAH DALAM
PENGAJIAN ILMU QIRAAT DI MALAYSIA
Ikmal Zaidi bin Hashim
ABSTRAK
Pengajian qiraat di Malaysia masih memberikan
tumpuan pada matan-matan dan syarahnya serta
masih dalam batas al-Riwāyah. Akibatnya signifikan
ilmu qiraat dan hubungannya dengan ilmu-ilmu lain
tidak dapat diterokai selagi ia tidak dipelajari dan
diperbahaskan dalam konteks al-Dirāyah. Untuk itu
artikel ini ditulis bagi menghuraikan kepentingan ilmu
Tawjih al-Qirā’āt dan keperluannya dalam pengajian
qiraat di Malaysia. Fokus kajian kepustakaan dan
kualitatif ini tertumpu kepada menjawab beberapa
persoalan penting terutamanya mengenai peranan
ilmu Tawjih al-Qirā’āt dalam memperlihatkan
kepentingan dan signifikan mempelajari ilmu qiraat
yang berkonsepkan al-Dirāyah khasnya di peringkat
Diploma dan Ijazah Dasar. Pengajian ilmu Tawjih al-
Qirā’āt diharapkan dapat memungkinkan integrasi
ilmu antara bidang qiraat dengan bidang-bidang ilmu
Islam yang lain seperti tafsir, hadith, syariah, bahasa
Arab dan lain-lain.
Kata kunci: al-Dirāyah, Qiraat, Malaysia
ABSTRACT
Qiraat Study in Malaysia focusing solely on studies of
al-Mutun and still within al-Riwayah. As a result the
significance of qiraat and its relationship to other
sciences cannot be discovered unless it was studied
and debated in the context of al-Dirayah. Therefore,
this article is written to explain the importance of
JURNAL PENGAJIAN ISLAM, AKADEMI ISLAM KUIS
IKMAL ZAIDI HASHIM
70
Tawjih al-Qirā’āt in qiraat study in Malaysia. The
concentration of this qualitative and literature study
focused on several important issues, particularly the
role of Tawjih al-Qirā’āt in the importance and
significance of studying the concept of al-Dirayah
especially at Diploma and Undergraduate Degree .
Ultimately it will allow the integration of qiraat as a
science with other fields of Islamic sciences such as
tafsir, hadith, jurisprudence, Arabic and others.
Keywords: al-Dirāyah, Qiraat, Malaysia
PENDAHULUAN
Kepentingan satu-satu ilmu hanya akan tercerna apabila kita melihat
dari perspektif al-Riwāyah dan al-Dirāyah sebagai epistemologi1 ilmu
tersebut. Para ulama hadis termasuklah Dr. Yasir Muhammad Shahatah
(2001:67) mendefinisikan al-Riwāyah sebagai ilmu yang berfungsi bagi
mengetahui hakikat periwayatan dan syarat-syarat yang berkaitan
dengannya. Manakala al-Dirāyah pula didefinisikan oleh beliau sebagai
ilmu yang membicarakan tentang makna dan maksud yang difahami
daripada lafaz-lafaz hadis berobjektifkan pengamalan terhadap segala
tuntutan al-Sunnah sama ada yang bersifat suruhan mahu pun tegahan.
Kesimpulannya ilmu al-Riwāyah berkonsepkan pencarian dan perincian
sumber dan metodologi pemerolehan fakta dalam memastikan
kebenaran dan ketepatan fakta tersebut seterusnya keabsahan dan
kebolehpercayaannya. Manakala ilmu al-Dirāyah pula berorentasikan
penganalisaan fakta yang menatijahkan suatu bentuk teori dan gagasan
1Epistemologi bermaksud teori tentang pengetahuan, terutamanya yang berkaitan
dengan kajian kritis tentang kesahihan, kaedah dan skop sesuatu pengetahuan. Lihat
Hajah Noresah bt. Baharom.et.al (2005) Kamus Dewan Edisi Keempat. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Hlm. 398.
JURNAL PENGAJIAN ISLAM, AKADEMI ISLAM KUIS
ISSN 1823-7126 BIL 8, ISU 3 (EK):2015
71
pemikiran yang mampu diaplikasi dan diimplimentasikan dalam dunia
nyata.
Dalam konteks ilmu qiraat pula, al-Riwāyah merupakan unsur
yang terpenting dalam bahkan mendasari setiap perbahasan yang
terkandung di dalamnya. Setiap Imām atau Qāri’ mempunyai sanad
yang bersambung hingga kepada Rasulullah S.AW. Mereka tidak
membaca dengan satu-satu bacaan melainkan berdasarkan bacaan guru
yang diambil secara Musyāfahah dan Talaqqi. Diriwayatkan dalam
Kitāb al-Sab‘ah karya Abū Bakr ibn Mujāhid (m. 314H) daripada
‘Umar ibn al-Khattāb, Zayd ibn Thābit, ‘Urwah ibn al-Zubayr,
Muhammad ibn al-Munkadir, ‘Umar ibn ‘Abd al-‘Aziz dan ‘Āmir al-
Sha‘biyy bahawa mereka pernah berkata, “...al-Qirā’āt itu adalah satu
sunnah yang diambil oleh golongan yang terkemudian daripada
golongan yang terdahulu maka bacalah kamu sepertimana kamu
mendapatinya”. (Ibn Mujāhid 1988: 49-52). Berkata Abū ‘Amr al-
Dāniyy (m.444 H): “ Para Imam dalam kalangan qurrā’ apabila
mengambil bacaan Al-Quran tidak bergantung kepada yang tersohor
dalam penggunaan bahasa Arab, tetapi mereka berdasarkan yang paling
sahih dan thābit dalam periwayatan dan pemindahan (al-Naql). Ia tidak
boleh disanggah oleh qiyās bahasa Arab kerana qiraat merupakan
sunnah muttaba‘ah yang wajib diterima dan diikuti”. Kita dilarang
mengambil satu-satu bacaan daripada orang yang tidak bertalaqqi
dengan guru dan hanya membaca melalui mushaf sahaja. Mereka
disebut sebagai al-Muṣhafiyyūn. Abū Amr ibn al-‘Alā’,seorang ahli
bahasa terkenal pernah berkata : “ Jika tidak kerana aku hanya boleh
membaca (Al-Quran) dengan apa yang telah dibaca (sepertimana
diriwayatkan) maka aku akan baca begini dan begitu.
JURNAL PENGAJIAN ISLAM, AKADEMI ISLAM KUIS
IKMAL ZAIDI HASHIM
72
Unsur al-Dirāyah dalam pengajian ilmu qiraat pula bermatlamat
menerangkan segala pengertian dan tafsiran yang terhasil sebagai
implikasi daripada perbezaan-perbezaan qiraat. Ia meliputi empat
perkara :
Perbezaan dari sudut Nahu / Sintaksis (al-Nahwiyyah).
Perbezaan dari sudut Saraf / Morfologi (al-Sarfiyyah).
Perbezaan dari sudut suara / Fonologi (al-Sawtiyyah).
Perbezaan dari sudut makna (al-Dalāliyyah).
Maka sebarang ilmu berkaitan qiraat yang memperincikan mana-mana
perkara di atas dikategorikan sebagai berkonsepkan al-Dirāyah seperti
ilmu Tawjih al-Qirā’āt, I‘rāb al-Qur’ān wa Sarfuh, Al-Lahajāt al-
Qur’āniyyah wa al-Aṣwāt danAl-I‘jāz al-Balāghi fi al-Qur’ān.
Ilmu Tawjih al-Qirā’āt
Ilmu ini merupakan ilmu yang sangat dominan dalam pengajian qiraat
yang berorentasikan al-Dirāyah. Menurut al-Zarkasyiyy: “... Ianya
(ilmu Tawjih al-Qirā’āt) bukanlan suatu yang bersifat riwāyah dan
bercirikan talqin (diambil dan disampaikan secara lisan) yang tiada
unsur ‘aqliyy maka ia adalah dirāyah bukan riwāyah.” (al-Zarkasyiyy
1957:2/324). Ia juga dinamakan sebagai ilmu al-Ihtijāj, ilmu Ma‘āni al-
Qirā’āt dan ilmu ‘Ilal-al-Qirā’āt. Ia membincangkan tentang
penjelasan terhadap pelbagai bentuk bacaan qiraat dari sudut hujah,
sebab, ‘llah dan lain-lain yang bertujuan menonjolkan justifikasi
terhadap kepelbagaian bacaan tersebut di samping memberikan faedah
yang sangat banyak khususnya dalam bidang Tafsir.
JURNAL PENGAJIAN ISLAM, AKADEMI ISLAM KUIS
ISSN 1823-7126 BIL 8, ISU 3 (EK):2015
73
Dr. Muhammad Salamah (1999:13) menjelaskan bahawa suatu
yang perlu difahami ialah ilmu ini tidak bermaksud untuk menjadikan
sesuatu bacaan itu mutawātir atau shādhdh tetapi ia lebih kepada
menjelaskan kepelbagaian makna (al-Dalālāt) yang tersurat dan tersirat
di sebalik kepelbagaian bacaan tersebut. Ilmu ini bermula dengan
menjadi sebahagian daripada penerangan dalam karya-karya ilmu nahu
dan tafsir. Ulama Nahu terkenal, Sibawayh turut memuatkan dalam al-
Kitāb beberapa persoalan tentang al-Ihtijāj. Kitab terawal yang
memuatkan ilmu ini secara khusus ialah karangan Hārūn ibn Mūsā al-
A‘war (m.170 H) berjudul Wujūh al-Qirā’āt. Selain karya tersebut
terdapat sekurang-kurangnya 69 buah karya lain. Di samping al-Qirā’āt
al-Mutawātirah, ilmu ini turut melibatkan al-Qirā’āt al-Shādhdhah.
Salah satu karya terkenal dalam memberikan tawjih kepada al-Qirā’āt
al-Shādhdhah bertajuk al-Muhtasab fi Tabyin Wujūh Shawādh al-
Qirā’āt wa al-‘Idāh ‘anhā tulisan Abū al-Fath ‘Uthmān ibn Jinniyy
(m.392 H).
Kepentingan Ilmu Tawjih al-Qirā’āt dalam Membuktikan
Keabsahan Qiraat
Ini tidak bermaksud menerima satu qiraat dan menolak qiraat yang lain.
Semua qiraat merupakan wahyu daripada Allah S.W.T lebih-lebih lagi
qiraat yang diklasifikasikan oleh ulama sebagai mutawātirah. Tawjih
berfungsi sebagai penyokong dan penguat hujah kepada setiap qiraat
yang pelbagai itu. Ia menunjukkan bahawa setiap qiraat itu ada alasan
dan hujahnya dalam aplikasi bahasa Arab walau pun berbeza seperti
dalam i‘rāb dan taṣrif .Manakala qiraat yang shādhdhah pula
JURNAL PENGAJIAN ISLAM, AKADEMI ISLAM KUIS
IKMAL ZAIDI HASHIM
74
sebahagian besar ulama berpandangan ia tidak harus dibaca namun
harus dipelajari dan difahami maknanya. Bahkan terdapat ulama yang
berpendapat bahawa qiraat shādhdhah harus dijadikan hujah dalam
masalah fekah dan hukum (‘Abd al-Halim Qābah 1999 : 211).
Contoh tawjih yang menunjukkan perbezaan i‘rāb adalah Firman Allah
dalam Sūrah al-Baqarah (2):38:
كم من هدى فمن تبع هداي ٱهبطوا قلنا تينا يأ فإم منها جيعا
٣٨عليهم ول هم يزنون فل خوف
Pada perkataan terdapat dua bacaan iaitu manṣūb ghayr
munawwan خوف dan marfū‘ munawwan خوف.2 Pada bacaan pertama ال
Nāfiyah li al-Jins yang bermaksud penafian terhadap segala jenis
ketakutan (al-Khawf). Manakala bacaan kedua ia di-i‘rāb sebagai
mubtada’.
Contoh tawjih yang menunjukkan perbezaan taṣrif :
Firman Allah dalam Sūrah al-Baqarah (2):10:
رض فزادهم ف قلوبهم م بما كنوا ٱلل لم
ولهم عذاب أ مرضا
١٠ يكذبون 2Qiraat pertama ialah bacaan ImamYa‘qūb dan bacaan kedua merupakan bacaan para
Imam selain beliau. Lihat Muhammad Fahd Kharūf (1995:7).
JURNAL PENGAJIAN ISLAM, AKADEMI ISLAM KUIS
ISSN 1823-7126 BIL 8, ISU 3 (EK):2015
75
Terdapat dua qirā’āt pada perkataan bergaris iaitu
dan ذ ك ي ن ب و . Kedua-dua bacaan ini mempunyai perbezaan taṣrif sekali
gus memberi kesan kepada makna kerana الكذب berbeza dengan
.التكذيب
Kepentingan Ilmu Tawjih al-Qirā’āt dalam Membuktikan
Keindahan Bahasa Al-Quran.
Keindahan bahasa Arab yang ada dalam Al-Quran dapat dilihat dengan
memahami al-Tawjih al-Balāghiy y(ilmu Balaghah). Contoh aplikasi
salah satu bahagian daripada ilmu Balaghah iaitu al-Ma‘āni di dalam
Al-Quran : Firman Allah Surah Āli ‘Imrān (3):36:
ا نث و فلم
أ وضعتها قالت رب إن وضعتها علم بما ٱلل
وضعت أ
...اآلية
Di antara perbahasan dalam ilmu al-Ma‘āni ialah berkenaan
yang bermatlamatkan memberitahu kepada pendengar apa yang (اخلرب)
tidak diketahuinya atau pun memaklumkan kepada pendengar bahawa
dia (pemberitahu) tahu mengenai apa yang diberitahu. Dalam ayat di
atas ibu Sayyidatina Maryam tidak bermaksud memberitahu Allah
dengan berkata (رب إىن وضعتها أنثى) kerana Allah Maha Mengetahui,
JURNAL PENGAJIAN ISLAM, AKADEMI ISLAM KUIS
IKMAL ZAIDI HASHIM
76
juga tidak bermaksud memaklumkan pengetahuannya, tetapi tersirat
makna majāzi atau simbolik iaitu menyatakan keresahan dan
kebimbangannya kerana bayinya seorang perempuan sedangkan ia
inginkan anak lelaki untuk menjadi khadam di Bayt al-Maqdis.
(Dr.’Abd.al-‘Azim Ibrāhim al-Mat‘aniyy. et.al. 2003: 446,512,55).
Wajah ini diperkukuhkan dengan dua qiraat pada ( وهللا أعلم بما وضعت )
iaitu ( وضعت ) dengan membaca sukun pada huruf tā atau dammah (
Bacaan sukūn menunjukkan bahawa kata-kata tersebut adalah .( وضعت
daripada Allah S.W.T. Manakala bacaan dengan dammah menunjukkan
kata-kata tersebut daripada ibu Maryam (Ibn Muhammad al-Syirāziyy
2001:368). Kedua-dua bacaan ini memperlihatkan betapa resahnya ibu
Maryam di atas kelahiran anaknya namun tetap reda di atas ketentuan
Allah mengurniakannya anak perempuan bukan anak lelaki sepertimana
yang diharapkan.
Kepentingan Ilmu Tawjih al-Qirā’āt dalam Menonjolkan
Kemukjizatan Al-Quran
Selain keindahan bahasa, melalui tawjih al-Qirā’āt juga terbukti
kebenaran Al-Quran. Antaranya ialah berkenaan tembok pemisah yang
dibina oleh Zionis Israel di Tebing Barat, Palestin. Tembok setinggi
lapan meter yang dibina bermula pada tahun 2002 sehingga 2006
panjangnya ialah 402 kilometer dan jika siap sepenuhnya akan
mencapai 703 kilometer dan memisahkan hampir 34% kawasan Tebing
Barat. Allah berfirman dalam surah al-Hashr (59):14:
JURNAL PENGAJIAN ISLAM, AKADEMI ISLAM KUIS
ISSN 1823-7126 BIL 8, ISU 3 (EK):2015
77
راء ل و من و
نة أ ص يقتلونكم جيعا إل ف قرى مح سهم جدربأ
هم قوم ل ن
ذلك بأ بينهم شديد تسبهم جيعا وقلوبهم شت
١٤يعقلون
Maksudnya: (orang-orang Yahudi dan orang-orang munafik) dengan
keadaan bersatu padu sekalipun, tidak berani memerangi kamu
melainkan di kampung-kampung yang berbenteng kukuh, atau dari
sebalik tembok. (Sebabnya): permusuhan di antara mereka sesama
sendiri amatlah keras; Engkau menyangka mereka bersatu padu,
sedang hati mereka berpecah belah (disebabkan berlainan kepercayaan
mereka). Yang demikian itu, kerana mereka adalah kaum yang tidak
memahami (perkara yang sebenarnya memberi kebaikan kepada
mereka).
Dalam ayat ini terdapat dua qiraat pada perkataan جدر iaitu
secara ifrādجدار dan jam‘د ر Bacaan secara ifrād merupakan qiraat . ج
Ibn Kathir dan Abu ‘Amr sementara bacaan secara jam‘ merupakan
qiraat Imam-imam yang lain. Ayat ini menceritakan tentang pakatan
palsu antara golongan Yahudi Bani Nadir dengan golongan Munafik
dalam menentang Rasulullah S.A.W dan orang Mukminun. Ayat
menyatakan bahawa ketakutan dan kebimbangan mereka disebabkan
sifat pengecut yang ada pada diri mereka sehingga mereka tidak berani
berhadapan dengan orang Mukminun dalam peperangan secara
berdepan namun mereka lebih gemar berperang dengan cara
JURNAL PENGAJIAN ISLAM, AKADEMI ISLAM KUIS
IKMAL ZAIDI HASHIM
78
bersembunyi di dalam kawasan yang berbenteng dan berkepung dan di
belakang dinding dan perisai. Realiti ketika itu menunjukkan bahawa ia
memerlukan dinding atau perisai yang banyak. Ini yang terkandung
dalam bacaan secara jam‘ iaitu dengan kata jamak. Walau
bagaimanapun qiraat secara ifrād yang bermaksud satu dinding sahaja
terbukti kebenarannya pada kurun ke-21 dengan pembinaan tembok
pemisah Israel di Palestin.
Kepentingan Ilmu Tawjih al-Qirā’āt dalam Memperlihatkan
Kehujahan Qiraat sebagai Sumber Hukum
Melalui tawjih al-Qirā’āt, kita memahami betapa kepelbagaian bacaan
itu memberi kesan kepada hukum. Antaranya Firman Allah dalam surah
al-Nisa’ (4):43:
ن ... نكم م حد م
و جاء أ
سفر أ و لع
رض أ لغائط ٱإون كنتم م
و
موا صعيدا طيبا ف ٱلنساء لمستم أ ٱمسحوا فلم تدوا ماء فتيم
يديكم إن
بوجوهكم وأ را ٱلل ا غفو ٤٣كن عفو
Pada perkataan terdapat dua qiraat iaitu tanpa alif ( لمستم)
iaitu qiraat Imam Hamzah, al-Kisa’iyy dan Khalaf al-‘Ashir di samping
bacaan dengan alif ( المستم) iaitu qiraat Imam-imam yang selebihnya.
Imam Al-Mawardiyy (m. 450H) dalam al-Nukat wa al-‘Uyūn
JURNAL PENGAJIAN ISLAM, AKADEMI ISLAM KUIS
ISSN 1823-7126 BIL 8, ISU 3 (EK):2015
79
menyatakan tawjih bagi kedua-dua qiraat ini. Kata beliau: Terdapat dua
pendapat bagi املالمسة (kata terbitan daripada المس) iaitu: 1- Jima’ atau
persetubuhan. Ini merupakan pendapat Sayidina Ali, Ibn Abbās, al-
Hasan, Qatādah dan Mujāhid. 2- Menyentuh dengan tangan pada mana-
mana bahagian jasad (kulit). Ini merupakan pendapat Ibn Mas‘ūd, Ibn
‘Umar, al-Nakha‘iyy dan lain-lain termasuklah Imam al-Shāfi‘iyy. (al-
Māwardiyy t.th: 1/301). Pendapat kedua ini disokong dengan adanya
qiraat tanpa alif membawa maksud sentuhan atau اللمس. Al-Mawardiyy
juga mengatakan bahawa qiraat ( المستم) menunjukkan kewajiban
berwudhuk dikenakan ke atas kedua-dua pihak iaitu yang menyentuh
dan disentuh sedangkan qiraat ( لمستم) menunjukkan ia hanya
dikenakan kepada yang menyentuh dan bukan yang disentuh.
Di samping qiraat mutawātirah, qiraat shādhdhah turut memberi
kesan kepada perbahasan hukum. Antaranya firman Allah dalam surah
al-Ma’idah (5):89:
رته ... وسط ما تطعمون ۥ فكف
كني من أ مس ة إطعام عش
م و ترير رقبة فمن ل
و كسوتهم أ
هليكم أ
فصيام ثلثة يد أ
ام ي
اآلية...أ
JURNAL PENGAJIAN ISLAM, AKADEMI ISLAM KUIS
IKMAL ZAIDI HASHIM
80
Dalam ayat ini terkandung hukum kifarah / kaffārah bagi orang
yang melanggar sumpah. Bagi yang tidak mampu memberi keperluan
makanan dan pakaian kepada sepuluh orang miskin serta tiada hamba
yang hendak dibebaskan maka dikehendaki berpuasa selama tiga hari.
Imam al-Shāfi‘iyy, Malik dan Ahmad (dalam satu riwayat)
berpendapat bahawa puasa selama tiga hari itu tidak disyaratkan
berturut-turut. Imam Abū Hanifah dan Ahmad (dalam riwayat lain) pula
berpendapat bahawa berturut-turut atau التتابع merupakan syarat bagi
puasa tersebut. Hujah mereka ialah qiraat shādhdhah yang
bersumberkan Ubayy ibn Ka‘ab dan ‘Abd Allāh ibn Mas‘ūd iaitu
(al-Tabariyy 2000 : 7/30) (فصيام ثالثة إيام متتابعات )
Kesimpulannya ilmu Tawjih al-Qirā’āt mempunyai peranan
yang signifikan dan penting dalam membuktikan kebenaran Al-Quran
dan kemukjizatannya walaupun ia dibaca dengan pelbagai cara bacaan.
Kepelbagaian yang mempunyai pelbagai hikmah dalam berfungsi
sebagai hidayah kepada umat Islam.
Metode Pengajian Qiraat di Malaysia
Secara umum di Malaysia, metode pengajaran dan pembelajaran qiraat
di institusi-institusi pendidikan formal3berobjektifkan perkara-perkara
berikut:
3Iaitu institusi-institusi yang menjadikan ilmu Qiraat sebagai bidang utama pengajian
mereka seperti Darul Quran JAKIM, Maahad-maahad Tahfiz Negeri dan Institusi-
JURNAL PENGAJIAN ISLAM, AKADEMI ISLAM KUIS
ISSN 1823-7126 BIL 8, ISU 3 (EK):2015
81
1. Penghafalan matan-matan qiraat. Pelajar dikehendaki
menghafal sebelum memperdengarkan hafalan matan tersebut
atau tasmi‘ di hadapan guru atau pensyarah. Antara matan-
matan yang menjadi sukatan ialah Hirz al-Amāni wa Wajh al-
Tahāni fi al-Qirā’āt al-Sab‘bagi qiraat tujuh yang dikarang oleh
al-Shātibiyy di samping matan al-Durrah al-Mudi’ah karya Ibn
al-Jazariyybagi qiraat tiga menjadi pelengkap kepada matan al-
Shātibiyy menjadi al-Qirā’āh al-‘Asharah al-Sughrā (qira’at
sepuluh yang kecil).
2. Penghuraian matan-matan qiraat iaitu komentar kepada matan-
matan di atas menggunakan kitab-kitab seperti al-Wafi fi Sharh
al- Shātibiyyah karya ‘Abd al-Fattah al-Qādiyy dan al-
Zubaydiyy fi Sharh al-Durrah. Subjek ini penting kerana ia
mendedahkan pelajar kepada teori cara-cara dan kaedah
penuturan dan pembacaan kalimah Al-Quran sama ada dalam
bentuk kaedah-kaedah umum (al-Uṣūl al-Muttaridah) mahu pun
perkataan-perkataan tertentu (al-Hurūf al-Munfaridah / Farsh
al-Hurūf dengan menisbah dan menyandarkan bacaan-bacaan
tersebut kepada Imām dan Rāwi. Dalam bahagian uṣūl terdapat
pelbagai bab yang disusun oleh para ulama dan mengandungi
kaedah-kaedah umum yang biasanya akan berulang-ulang
penggunaannya ketika membaca Al-Quran. Manakala bahagian
Farsh al-Hurūf menerangkan tentang perkataan-perkataan
tertentu ( sama ada berulang atau tidak ) yang mengandungi
pelbagai bentuk bacaan mengikut surah-surah dalam Al-Quran
institusi Pengajian Tinggi yang menawarkan program-program Diploma dan Ijazah
Sarjana Muda dalam bidang Qiraat secara khusus.
JURNAL PENGAJIAN ISLAM, AKADEMI ISLAM KUIS
IKMAL ZAIDI HASHIM
82
bermula dengan surah al-Baqarah. Biasanya subjek atau kursus
ini diberinama Qirā’āt ‘Ilmiyy atau Nazariyy.
3. Pelaksanaan bacaan Al-Quran dengan pelbagai qira’at atau
dipanggil Qirā’āt ‘Amaliyy. Ia merupakan praktikal kepada ilmu
sebelum ini. Ia mengandungi syarat-syarat dan langkah-langkah
yang menuntut penguasaan seseorang Qāri’ tentang Uṣul al-
Qirā’āt dan Farsh al-Hurūf. Dari segi sejarah, bacaan secara
ifrād lebih dahulu diamalkan berbanding secara jam‘. Ifrād
bererti membaca mengikut setiap riwayat satu persatu bagi
setiap kali bacaan atau khataman. Ia memakan masa yang lama
kerana terdapat 20 bacaan yang perlu dikhatamkan satu persatu.
Bacaan secara jam‘ yang dipelopori oleh qurrā’ terkemudian.
Menurut Ibn al-Jazariyy (1999:15), ia bermula sekitar kurun
kelima bertujuan menjimatkan masa kerana kesemua riwayat
diselesaikan dengan sekali khatam sahaja. Metode pelaksanaan
terhadap ilmu ini ialah secara al-Samā‘, al-Talaqqi dan al-
Mushāfahah semata-mata. Ini bermakna satu-satu wajah bacaan
itu hanya dikira sah apabila dibaca tepat sebagaimana bacaan
guru dan diperakui olehnya.
4. Pengajian ilmu-ilmu tertentu yang berkaitan dengan qiraat
seperti Al-Rasm al-‘Uthmāniyy dan Dabt al-Qur’ān. Ilmu ini
berkenaan penulisan Al-Quran. Ia menyentuh tentang teknik
penulisan Al-Quran yang membabitkan pembentukan huruf-
huruf Al-Quran (perbahasan ilmu al-Rasm) dari zaman
Rasulullah SAW dan sahabat khususnya zaman Sayyidina
‘Uthmān sehingga zaman selepas itu yang menyaksikan
perkembangan penulisan Al-Quran dari sudut penciptaan baris
dan titik (perbahasan ilmu al- Dabt).Terdapat sekurang-
JURNAL PENGAJIAN ISLAM, AKADEMI ISLAM KUIS
ISSN 1823-7126 BIL 8, ISU 3 (EK):2015
83
kurangnya 64 buah karya muktabar dalam ilmu al-Rasm dan
karya yang dianggap paling lengkap ditulis oleh Dr. Ghānim
Qadūriyy al-Hamad yang bertajuk Rasm al-Muṣhaf Dirāsah
Lughawiyyah Tārikhiyyah.Ilmu Dabt al-Qur’ān pula sangat
penting terutamanya dalam memastikan setiap bacaan tidak
terkeluar daripada tulisan Al-Quran bahkan menjadi salah satu
syarat penerimaan satu-satu bacaan. Ilmu ini juga merupakan
pelengkap kepada ilmu Al-Rasm al-‘Uthmāniyyberperanan
dalam mempermudahkan umat Islam membaca Al-Quran. Di
antara karya yang terkenaldalam ilmu ini ialah al-Mursyid al-
Amin fiDabt Kitāb al-Mubin karya Dr. Muhammad Sālim
Muhaysin.
5. Ilmu al-Fawāsil iaitu ilmu mengenai pengiraan bilangan ayat-
ayat dalam setiap surah dalam Al-Quran. Terdapat perbezaan
yang ketara dalam kalangan ulama mengenai bilangan ayat Al-
Quran kesan daripada perbezaan pendapat mereka mengenai
tempat berhenti (waqf) pada hujung ayat (ra’s al-‘Ayah).
Ringkasnya pengajaran dan pembelajaran qiraat di Malaysia lebih
berbentuk al-Riwāyah. Ia berdasarkan silibus pengajian qiraat yang
digunapakai di negara-negara Arab khususnya di Mesir. Di Mesir
terdapat tiga peringkat pengajian qiraat di Ma’had Qiraat iaitu
Marhalah al-Tajwid, al-‘Aliyah dan al-Takhassus. Pengajian qiraat di
Malaysia boleh dikatakan setaraf dengan peringkat al-‘Aliyah di Mesir.
Kajian oleh Zainora Daud (2015:113-140) membuktikan bahawa
sehingga kini masih tiada kursus qiraat yang berbentuk al-Dirayah
dimasukkan dalam sukatan kurikulum pengajian qiraat di Darul Quran
dan Ma’ahad Tahfiz Al-Quran di Malaysia.
JURNAL PENGAJIAN ISLAM, AKADEMI ISLAM KUIS
IKMAL ZAIDI HASHIM
84
Ilmu Tawjih al-Qirā’āt sebagai satu subjek dalam pengajian qiraat
di Malaysia
Penulis berpendapat bahawa ilmu Tawjih al-Qirā’āt wajar dimasukkan
dalam sukatan pengajian qiraat di institusi-institusi pendidikan di
Malaysia4yang menjadikan qiraat sebagai bidang utama mereka. Ini
disebabkan kepentingan dan signifikan pengajian ilmu ini iaitu:
1. Meluaskan skop pengajian qiraaat daripada hanya bersifat
riwāyah kepada dirāyah. Ini akan memperkayakan pengetahuan
pelajar dalam bidang qiraat daripada hanya menjawab persoalan
apa, siapa dan bagaimana kepada persoalan mengapa satu-satu
qiraat itu dibaca sedemikian. Tidak mempelajari ilmu ini akan
menyebabkan pelajar qiraat tertanya-tanya akan hikmah di
sebalik segala perbezaan bacaan yang sangat banyak itu.
2. Mengetahui rahsia di sebalik kepelbagaian qiraat merupakan
subjek yang menarik untuk dipelajari. Ia mampu menarik minat
pelajar untuk menceburi bidang qiraat khususnya bagi yang
telah menghafal 30 juzuk Al-Quran. Motivasi amat diperlukan
bagi mereka yang menceburi bidang qiraat kerana ia memakan
masa yang lama terutamanya dalam menghafal matan-matan
yang mempunyai ribuan bait.
3. Mendedahkan pelajar kepada kaedah memahami Tawjih al-
Qirā’āt yang kebanyakannya melibatkan perbahasan Bahasa
4Setakat ini penulis mendapati hanya tiga IPT yang menawarkan subjek Tawjih al-
Qirā’ātdi peringkat Sarjana Muda iaitu Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor
bagi Program Sarjana Muda Al-Quran dan al-Qiraat, Kolej Universiti Insaniah bagi
program Sarjana Muda Pengajian Tahfiz Al-Quran dan Al-Qiraat dan Universiti
Sultan Zainal Abidin bagi program Sarjana Muda Al-Quran dan Al-Sunnah (Qiraat).
JURNAL PENGAJIAN ISLAM, AKADEMI ISLAM KUIS
ISSN 1823-7126 BIL 8, ISU 3 (EK):2015
85
Arab seperti Nahu dan Saraf. Ini akan membantu pelajar
meningkatkan kemampuan mereka dalam bahasa Al-Quran ini.
4. Qiraat yang pelbagai mempunyai implikasi yang besar dalam
pentafsiran Al-Quran. Faktor ini yang menyebabkan
kebanyakan karya Tafsir yang muktabar memuatkan qiraat
dalam karya mereka. Para fuqaha’ juga tidak ketinggalan dalam
menjadikan qiraat sebagai hujah mereka dalam melakukan
istinbat hukum. Pendedahan perkara-perkara seumpama ini akan
menjadikan pelajar qiraat berkemampuan dalam merujuk karya-
karya utama khususnya dalam ilmu Tafsir. Ini mampu menjadi
nilai tambah kepada mereka.
5. Penyelidikan dan kajian dalam bidang qiraat di Malaysia masih
belum boleh dibanggakan (Sabri Mohamad t.t : 27). Diharapkan
dengan pengajianTawjih al-Qirā’ātyang didedahkan di
peringkat Diploma dan Sarjana Muda mampu menjadi
pemangkin kepada penghasilan kajian dan penyelidikan
akademik dengan lebih pesat khususnya pada peringkat Sarjana
dan Doktor Falsafah.
KESIMPULAN
Memahami Al-Quran dengan qiraat yang pelbagai merupakan usaha
yang telah diterokai oleh para ulama silam dan mesti diteruskan. Untuk
itu kesinambungan disiplin ilmu qiraat perlu diambil perhatian
khususnya bagi mendedahkan bahawa qiraat bukan sekadar untuk
dipersembahkan di majlis-majlis tertentu bagi mencipta kelainan tetapi
bagi difahami dan dihayati maksud di sebalik kelainan tersebut. Untuk
JURNAL PENGAJIAN ISLAM, AKADEMI ISLAM KUIS
IKMAL ZAIDI HASHIM
86
itu pengajian Qiraat yang menggabungkan unsur al-Riwayah dan al-
Dirayah perlu dilaksanakan. Natijahnya diharapkan agar akan sentiasa
ada golongan yang akan menceburi bidang qiraat dengan bersungguh-
sungguh dan mampu memberi sumbangan kepada umat Islam.
RUJUKAN
‘Abd al-‘Azim Ibrāhim al-Mat‘aniyy, Prof.Dr.et.al.al-Mawsū‘ah al-
Qur’āniyyah al-Mutakhaṣṣiṣah. Kaherah : al-Majlis al-A‘lā li al-Syu’ūn
al-Islāmiyyah. 2003
Abū al-Khayr Shams al-Din Muhammad ibn Muhammad ibn
Muhammad ibn al-Jazariyy, Munjid al-Muqri’inwa Mursyid al-Tālibin.
Beirut : Dār al-Kutub al-‘Ilmiyyah.1999.
Al-Imām Nadr ibn ‘Ali ibn Muhammad al-Shirāziyy,al-Mūdah fi Wujūh
al-Qirā’āt wa ‘Ilalihā.Kaherah : Maktabah al-Taw‘iyah al-
Islāmiyyah.2001.
Hajah Noresah bt. Baharom.et.al ,Kamus Dewan Edisi Keempat. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. 2005.
Hamad, Ghānim Qaddūriyy al-, Rasm al-Muṣhaf : Dirāsah
Lughawiyyah Tārikhiyyah. Baghdad: al-Lajnah al-Wataniyyah.1982.
Ibn Jinniyy, Abū al-Fath‘Uthman, al-Muhtasab fi Tabyin Wujūh
Shawādh al-Qirā’āt wa al-‘Idāh ‘anhā, 2 j. Beirut: Dār al-Kutub al-
‘Ilmiyyah.1998.
Ibn Mujāhid, Kitāb al-Sab‘ah fi al-Qirā’āt. Dr. SyawqiDif (sunt.), c. 3.
Kaherah: Dār al-Ma‘ārif. 1988.
Mawardiyy, Abū al-Hasan ‘Ali ibn Muhammad ibn Habib, al-, al-Nukat
wa al-‘Uyūn, 6j.Beirut: Dār al-Kutub al-‘Ilmiyyah. (t.t).
JURNAL PENGAJIAN ISLAM, AKADEMI ISLAM KUIS
ISSN 1823-7126 BIL 8, ISU 3 (EK):2015
87
Muhammad al-Habash Dr., al-Qirā’āt al-Mutawātirah wa Atharuhā fi
al-Rasm al-Qur’āni wa al-Ahkām al-Shar‘iyyah.Beirut: Dār al-Fikr al-
Mu‘āṣir.1999
Muhammad Fahd Kharuf, al-Muyassar fi al-Qira’at al-Arbacah
cAsharah, Beirut: Dār Ibn Kathir.1995.
Muhammad Salāmah, Dr.,al-Futūhat al-Ilāhiyyah fi Tawjih al-Qirā’āt
al-Qur’āniyyah. Tanta : Fakulti al-Qur’ān al-Karim li al-Qirā’āt wa
‘Ulūmihā, Universiti al-Azhar al-Syarif.1999.
Muhammad ‘Umar ibn Sālim Bazamūl,Dr.,al-Qirā’āt wa Atharuha fi al-Tāfsir wa al-Ahkām. Riyadh : Dār al-Hijrah.1996.
Qābah, ‘Abd al-Halim ibn Muhammad al-Hādi, al-Qirā’āt al-
Qur’āniyyah : Tārikhuhā, Thubūtuhā, Hujjiyyatuhā wa Ahkāmuhā.
Beirut: Dār al-Gharb al-Islāmiyy.1999.
Sabri Mohamad, “Perkembangan dan Senario Penyelidikan dan
Penulisan Ilmu Qira’at di Malaysia”, Jurnal Pendididkan dan
Penyelidikan Qiraat, Jil.1: 1-32.t.t.
Tabariyy, Muhammad ibn Jarir ibn Yazid ibn Kathir,al- Jāmi‘ al-Bayān
fi Ta’wil al-Qur’ān. 24 j. Beirut: Mu’assasah al-Risālah.2000.
Yāsir Muhammad Shahātah, Dr. Fathal-Kabir al-Muta‘āl fi ‘Ilm al-
Muṣtalah wa al-Rijāl.,Tanta : Fakulti Usuluddin dan Dakwah.
Universiti al-Azhar al-Syarif. 2001.
Zainora, Dr., Penilaian Pelaksanaan Kurikulum Qiraat di Darul Quran
dan Maahad Tahfiz Al-Quran di Malaysia. Tesis Kedoktoran. Jabatan
Al-Quran dan al-Hadith, Akademi Pengajian Islam, Universiti
Malaya.2015.
BIOGRAFI
Nama: Ikmal Zaidi bin Hashim
Universiti: Calon Ijazah Doktor Falsafah Islamiyyat KUIS.
Emel: ikmalzaidi@kuis.edu.my
JURNAL PENGAJIAN ISLAM, AKADEMI ISLAM KUIS
IKMAL ZAIDI HASHIM
88
Jawatan: Pensyarah Jabatan Tahfiz Al–Quran dan Qiraat , Akademi
Islam Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor.
Alamat Pos: Akademi Islam, Kolej Universiti Islam Antarabangsa
Selangor
Tel:03-89117000 (off.) , 019-2848624 (h/set)
Fax: 603-89254402
top related