pengajaran matematik kanak-kanak.docx
Post on 29-Nov-2015
680 Views
Preview:
DESCRIPTION
TRANSCRIPT
ISI KANDUNGAN
Bil. Perkara Muka Surat
1 PENGENALAN 3
2 RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN (SLOT) 4-7
3 PENILAIAN 8
Contoh Lembaran Kerja 9
4 Kesesuaian Pemilihan Kaedah 10
5 PENUTUP 11-12
6 BIBLIOGRAFI 13
TU 20003 Pengajaran Matematik Kanak-Kanak
PENGENALAN
Pendidikan Prasekolah di Malaysia memberi penekanan kepada usaha bagi
menyediakan kepada kanak-kanak yang berumur empat hingga enam tahun peluang
pembelajaran yang bermakna dan menyeronokkan. Kaedah utama dalam proses pengajaran
dan pembelajaran pada tahap ini ialah pembelajaran yang berpusatkan murid, menekankan
kepada konsep inkuiri penemuan, pendekatan pembelajaran secara bersepadu, bertema,
belajar melalui bermain, pembelajaran kontekstual dan berasaskan projek.
Segala perancangan dan pelaksanaan pembelajaran dalam kelas prasekolah ini perlu
mengambil kira kesesuaian dengan tahap perkembangan kanak-kanak dan perbezaan
pengetahuan sedia ada murid. Melalui pengalaman pembelajaran yang mereka alami di
sekolah, kanak-kanak ini diharapkan mampu untuk membuka minda mereka ke arah konsep
dan kemahiran yang lebih luas berbanding sebelum ini.
Sejajar dengan itu, Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pelajaran
Malaysia telah menggubal Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK) dan mula
dilaksanakan pada tahun 2010 di seluruh negara. Kurikulum ini digubal dengan memberikan
penekanan kepada standard kandungan dan standard pembelajaran yang perlu dipelajari dan
diaplikasikan oleh murid-murid.
Bagi pembelajaran matematik di dalam kelas prasekolah, pemahaman guru terhadap
psikologi perkembangan kognitif kanak-kanak dan aplikasinya di dalam pengajaran dan
pembelajaran guru adalah amat penting dalam pembelajaran matematik yang berkesan.
Murid-murid hanya dapat memahami konsep matematik melalui pengalaman konkrit. Oleh
yang demikian, guru perlu menumpukan perhatian terhadap perkembangan kanak-kanak
dalam peringkat operasi konkrit dan memahami kebolehan mereka dalam aktiviti
pembelajaran matematik di peringkat sekolah.
Aktiviti serta teknik pengajaran dan pembelajaran matematik kanak-kanak yang
hendak dijalankan mestilah dirancang dengan rapi mengikut langkah-langkah kecil untuk
membolehkan murid menguasai sesuatu konsep atau kemahiran. Aktiviti yang dirancangkan
hendaklah dijalankan untuk kumpulan kecil atau individu. Kesediaan amat penting jika kita
berkehendakkan pembelajaran secara efektif. Oleh itu, langkah-langkah kecil tertentu perlu
diambil kira untuk menyediakan kanak-kanak tersebut untuk langkah selanjutnya dengan
mengintergrasikan serta mengukuhkan pembelajaran yang lalu dengan tahap yang ada
sekarang.
2
TU 20003 Pengajaran Matematik Kanak-Kanak
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN (SLOT)
Hari : Isnin
Masa : 8.00 pagi – 9.00 pagi
Tunjang Utama : Sains dan Teknologi
Fokus : (ST 7.0) Konsep Nombor
Standard Kandungan : (ST 7.1) Memahami nombor 1-10
Standard Pembelajaran : (ST 7.1.5) Memadankan angka 1-10 dengan bilangan objek
yang betul.
Objektif Pelajaran : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat
memadankan objek dengan simbol 1 – 10.
Kemahiran Utama : Mengenal nombor dan simbol.
Kosa Kata : Satu, dua, tiga, empat, lima, enam, tujuh, lapan, sembilan,
sepuluh.
Alatan dan Bahan : Kad nombor dan kad gambar
3
4
TU 20003 Pengajaran Matematik Kanak-Kanak
LANGKAH PENGAJARAN
1. Guru menyanyikan lagu “Nombor” dengan murid
Nombor
(melodi Balik Kampung)
Nombor 1 mulakan mengira
nombor 2 inilah rupanya,
nombor 3, 1 tambah 2
nombor 4 jangan adik lupa....,
Nombor 5 juga nombor 6
nombor 7 juga nombor 8
nombor 9 juga 10
mari kira janganlah tak kira
ooooo nombor 1...
ooooo nombor 2.....
oooooo nombor 3.. 4...5......
oooooo nombor 6 ooooooo nombor 7
oooooo nombor 8.... 9... 10.
2. Guru menyebut nombor mengikut urutan 1-10.
3. PERMAINAN PERTAMA (Permainan “Cari Pasangan”)
3.1 Guru mengedarkan kad-kad nombor (1-10) dan kad gambar (1-10) seperti berikut
kepada murid;
4
TU 20003 Pengajaran Matematik Kanak-Kanak
3.2 Guru mengarahkan murid mencari padanan/pasangan mereka. Contohnya, murid
yang ada kad nombor 4 akan mencari kawan yang ada kad gambar yang mempunyai
bilangan gambar yang berjumlah 4.
3.3 Guru meminta murid dengan pasangan mereka untuk beratur mengikut urutan 1-
10.
3.4 Guru meminta murid untuk menyebutkan semula nombor mengikut urutan dan
menyanyikan semula lagu yang telah dipelajari.
4. PERMAINAN KEDUA (Permainan “Padan Dengan Betul”)
4.1 Selepas murid menyanyikan lagu “Nombor” pada akhir Permainan Pertama, guru
mengumpulkan kad gambar mengikut jenis haiwan di hadapan kelas seperti berikut;
5
TU 20003 Pengajaran Matematik Kanak-Kanak
4.2 Kemudian, guru meminta murid untuk melekatkan kad gambar tersebut di
bahagian tempat kosong pada kad nombor yang telah dilekatkan oleh guru di hadapan
kelas.
4.3 Langkah 4.2 tersebut diulang-ulang oleh murid yang berlainan (secara kerjasama)
sehinggalah mereka mendapat jawapan yang betul.
Kad nombor yang
mempunyai ruang kosong.
Kad nombor yang belum
tepat dengan bilangan
objek.
Kad nombor yang telah
sempurna dilekatkan
6
TU 20003 Pengajaran Matematik Kanak-Kanak
dengan bilangan objek.
PENILAIAN
Pendidikan prasekolah adalah peringkat terpenting bagi membentuk emosi, fizikal,
sosial, dan perkembangan pemikiran kanak-kanak yang berusia dalam lingkungan 4 hingga 6
tahun sebagai persediaan untuk melangkah ke sekolah rendah.. Semasa belajar di prasekolah
kanak-kanak memperoleh asas komunikasi, kemahiran sosial, dan kemahiran lain yang positif
dari aspek fizikal, kognitif, emosi, rohani dan nilai estetika. Oleh itu, penilaian adalah salah
satu aspek yang harus diberi penekanan oleh guru bagi menentukan pencapaian dan
perkembangan seseorang kanak-kanak sepanjang mereka mengikuti pembelajaran di
prasekolah.
Kementerian Pelajaran Malaysia (2003) menyatakan penilaian adalah sebahagian
daripada proses pengajaran dan pembelajaran dan dijalankan secara berterusan. Ianya adalah
proses pengumpulan maklumat tentang perkembangan dan kemajuan kanak-kanak dengan
menggunakan pelbagai kaedah. Penilaian ini bertujuan untuk mengenal pasti pelbagai
kecerdasan dan potensi untuk diberi pengukuhan dan dipertingkatkan. Penilaian yang
dijalankan hendaklah direkodkan dengan tepat dan jelas seperti yang termaktub dalam Akta
Pendidikan (1996) dan disebutkan lagi dalam Peraturan-peraturan Pendidikan (Kurikulum
Prasekolah) 1997, yang ditulis dalam perenggan:
“5. (1) Tiap-tiap tadika hendaklah membuat penilaian berterusan tentang perkembangan
murid-muridnya dalam domain kognitif, afektif dan psikomotor”.
Dalam aktviti pengajaran dan pembelajaran yang dirancang ini, kaedah penilaian
ataupun pentaksiran yang digunakan ialah dengan menggunakan lembaran kerja. Lembaran
kerja yang diberikan kepada murid ini adalah bagi memperkukuhkan lagi kefahaman murid
terhadap isi pelajaran yang telah mereka pelajari pada hari tersebut selain menguji tahap
kefahaman murid terhadap cara penyampaian dan kaedah yang digunakan oleh guru semasa
mengajar topik tersebut. Ini akan memudahkan guru untuk merancang aktiviti pemulihan dan
pengayaan yang seterusnya. Lembaran kerja yang diedarkan ini juga sesuai dengan peringkat
umur dan tahap perkembangan murid-murid. Mereka tidak akan rasa tertekan dan selesa
semasa menyiapkan tugasan tersebut. Guru juga bebas beredar dari satu murid ke satu murid
7
TU 20003 Pengajaran Matematik Kanak-Kanak
untuk membimbing semasa aktiviti ini berjalan. Berikut adalah contoh lembaran kerja yang
diedarkan oleh guru kepada murid:-
Nama : ..................................................................
Padankan nombor dengan bilangan objek dengan betul.
8
TU 20003 Pengajaran Matematik Kanak-Kanak
Kaedah pengajaran yang menggunakan permainan merupakan suatu kaedah yang
sangat efektif bagi mengajar murid-murid terutamanya kanak-kanak prasekolah. Apatah lagi
semasa guru mengajar matematik. Bermain adalah sesuatu yang sukar untuk kanak-kanak.
Sesuatu yang bagi orang dewasa mudah, bodoh dan comel mungkin sebaliknya kepada
kanak-kanak. Dengan bermain, kanak-kanak dapat meneroka keadaan sekelilingnya,
memahami sesuatu, membina fizikal, kognitif, emosi dan sosial skil bersama orang lain.
Dalam permainan “Cari Pasangan”, kanak-kanak akan dapat membina hubungan
dengan keadaan sekelilingnya dan orang-orang di sekelilingnya. Semasa mencari pasangan
yang betul, mereka akan dapat membina pola dan membina skema mereka sendiri. Mereka
akan dapat bergerak bebas dengan kedua-dua kakinya untuk meneroka keadaan sekeliling.
Terdapat dua aspek di dalam kemahiran fizikal iaitu kemahiran motor kasar dan kemahiran
motor halus. Kedua-dua ini tentu sekali dapat dimantapkan dengan permainan yang telah
dirancang ini. Contohnya kemahiran motor kasar dapat diperolehi daripada aktiviti-aktiviti
seperti berjalan atau berlari semasa mencari pasangan dan lain-lain lagi. Kemahiran motor
halus pula dapat dipertingkatkan semasa permainan “Padan Dengan Betul” yang menuntut
kemahiran koordinasi mata dan tangan kanak-kanak. Contoh aktiviti ini ialah menampal kad
gambar pada kad nombor dengan tepat. Kedua-dua kemahiran ini telah diseimbangkan agar
kemhiran fizikal kanak-kanak dapat berkembang dengan baik.
Aspek kognitif adalah satu penekanan yang semakin penting dewasa ini. Kanak-kanak
yang kurang diberikan pendedahan daripada aspek ini akan menyebabkan mereka kurang
daripada aspek pembelajaran kelak. Aspek kognitif yang ditekankan dalam kaedah ini adalah
pemikiran kritis dalam membuat pengiraan jumlah objek dengan simbol nombor yang betul.
Selain daripada aspek kognitif, kanak-kanak juga perlu dididik tentang emosi yang
stabil. Kanak-kanak perlu digalakkan untuk mengenalpasti perasaan orang lain, meluahkan
perasaan sendiri supaya ketegangan dan tekanan dapat dielakkan. Semasa mereka mencari
pasangan, mereka perlu berkomunikasi antara satu dengan yang lain bagi mencari objek yang
sama dengan objek yang mereka pegang. Kejayaan mereka amat bergantung kepada cara
berkomunikasi di antara mereka.
9
TU 20003 Pengajaran Matematik Kanak-Kanak
Oleh kerana kebanyakan kanak-kanak bermain dengan supervision yang minimal
daripada orang dewasa, kanak-kanak perlu digalakkan untuk bermain sesama sendiri supaya
mereka mengenal keperluan orang lain, bertolak ansur, bekerjasama dan membina nilai-nilai
murni daripada situ. Aktiviti-aktiviti dalam kaedah yang dirancang oleh guru ini amat
menggalakan murid untuk bermain sesama sendiri dan memupuk nilai-nilai murni.
PENUTUP
Perkembangan awal dalam bidang matematik telah mula dijalankan diperingkat bayi
lagi untuk melihat kebolehan mereka. Walaupun pelbagai kajian awal telah dijalankan
mengenai perkembangan awal kanak-kanak dalam kebolehan matematik tetapi masih tidak
jelas kalau kemahiran ini merupakan sebahagian daripada kemahiran konseptual atau
prosedur. Pengetahuan tentang bagaimana pengetahuan ilmu dalam bentuk konsep dan ilmu
dalam bentuk prosedur berinteraksi adalah penting dalam mengetahui bagaimana kanak-
kanak belajar membilang dan mengira. Pandangan bagaimana kedua-dua ilmu ini berinteraksi
telah menjadi perbahasan dalam perkembangan pengetahuan matematik awal kanak-kanak.
Sebagai contoh, ada pengkaji yang menyatakan bahawa kanak-kanak membina prosedur
untuk membilang dan mengira berdasarkan prinsip mengira yang mereka tahu (Gelman &
Gallistel, 1978; Gelman & Meck,1986).
Peringkat awal pemerolehan kemahiran matematik adalah penting, kerana ini akan
mempengaruhi persepsi dan sikap kanak-kanak terhadap pembelajaran matematik sepanjang
hayat mereka. Kanak-kanak prasekolah ini secara amnya belajar konsep-konsep informal dari
ahli keluarga, rakan, televisyen dan permainan mereka. Pengetahuan informal yang mereka
bawa ini akan mempengaruhi bagaimana mereka belajar dan memahami matematik formal
yang mereka akan pelajari di peringkat sekolah secara formal.
Secara ringkasnya, perkembangan kebolehan informal dalam matematik mempunyai
persamaan, tidak kira budaya, bangsa dan kelas sosial. Semua kanak-kanak dapat
mengembangkan kebolehan asas dalam pemikiran tentang matematik. Walaubagaimanapun,
tidak bermakna pemikiran dan perkembangan kanak-kanak adalah seiras tetapi ia
menunjukkan corak perkembangan pemikiran yang sama. Kesimpulan yang boleh dibuat
adalah, kanak-kanak daripada beberapa latar belakang yang berbeza memperolehi pemikiran
melalui proses yang sama.
Oleh itu, adalah salah kalau kita membuat tanggapan yang kanak-kanak akan belajar
matematik tanpa mengambilkira bagaimana persembahannya atau cara pengajarannya.
10
TU 20003 Pengajaran Matematik Kanak-Kanak
Kanak-kanak perlu membina atau mengkonstruk pengetahuan mereka sendiri. Cara ini akan
menolong kanak-kanak memahami dan menggunakan kemahiran matematik dalam konteks
bilik darjah dan di luar bilik darjah.
Kurikulum berdasarkan pengajaran bertema adalah menarik dan pelbagai. Dengan
adanya tema yang menyatukan sesuatu kurikulum, program atau aktiviti, bahan pengajaran
dan pembelajaran kanak-kanak dapat dipelbagaikan. Oleh itu, pendekatan bertema
membolehkan kanak-kanak melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti pengukuhan dan
pengayaan, di samping mendapat pengetahuan yang menyeluruh dan mendalam berkenaan
subjek ataupun idea utama. Guru juga tidak akan kekeringan idea bagi mencari aktiviti yang
berkaitan setiap kali merancang jadual aktiviti. Selain daripada menambahkan pengetahuan
kognitif kanak-kanak, pengajaran dan pembelajaran bertema ini juga menggalakkan ciri
kepimpinan, berkeyakinan diri, sikap saling membantu, bertoleransi dengan pendapat yang
berbeza dan bekerjasama antara kanak-kanak.
Pendekatan bertema yang memberi kanak-kanak peluang bekerja dalam kumpulan
bagi menyiapkan projek dapat meningkatkan kesedaran sosial serta pemahaman berkenaan
peranan sosial dan tanggungjawab sebagai ahli kumpulan.
Sebagai kesimpulan, pengalaman amat penting dalam sesebuah pembelajaran.
Mengikut Saunders (1992) pelajar mempunyai kebolehan dari segi kognitif dan mengadaptasi
diri dan mengubahsuai pengetahuan yang diperolehi dalam membina sesuatu pengetahuan
yang baru.
11
TU 20003 Pengajaran Matematik Kanak-Kanak
BIBLIOGRAFI
Bahagian Pembangunan Kurikulum. 2010. Dokumen Standard Kurikulum Prasekolah:
Kementerian Pelajaran Malaysia.
Fatimah Salleh,Khadijah Zon dan Zurida Ismail.1993/94. Kurikulum Pendidikan Awal: Ke
Arah Pendidikan Holistik. Pendidik dan Pendidikan 12, 33-44
Halimah Abdul Rahman. 1994. Pengajaran Bertema di Pusat Prasekolah.
Kuala Lumpur. Fajar Bakti Sdn. Bhd.
Haliza Hamzah, Joy N.Samuel, Rafidah Kastawi (2008). Perkembangan kanak-kanak untuk
Program Perguruan Pendidikan Rendah Pengajian Empat Tahun. Kuala Lumpur:
Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.
Mok Soon Sang. (1997). Matematik KBSR dan strategi pengajaran. Edisi ke 2. Selangor:
Kumpulan Budiman Sdn Bhd.
Nik Azis Nik Pa.(2008). Isu-isu kritikal dalam pendidikan matematik. KL: Universiti Malaya.
Rohani Abdullah (2004). Panduan Kurikulum Prasekolah. Kuala Lumpur: PTS
Publications & Distributors Sdn. Bhd.
Seow, Siew Hua.(1995). Pengajaran matematik KBSR. Selangor D.E.: Fajar Bakti Sdn Bhd.
12
top related