penerimaan mahasiswa upsi terhadap perubahan jadual dan tempat menunggu bas kitaran yang baru
Post on 08-Jul-2018
234 Views
Preview:
TRANSCRIPT
-
8/19/2019 Penerimaan Mahasiswa UPSI Terhadap Perubahan Jadual Dan Tempat Menunggu Bas Kitaran Yang Baru
1/25
1
1.0 PENGENALAN
1.1 Ringkasan Mengenai Isu
Perubahan menurut Atkinson (1987) dan Brooten (1978) adalah merupakan kegiatan
atau proses yang membuat sesuatu benda yang boleh menyebabkan perubahan pola
perilaku individu. Perubahan juga boleh diertikan ketidakpuasan terhadap keyakinan
lama kemudiannya percaya kepada yang baru. Perubahan adalah pergerakan dari
situasi sekarang ke masa depan, dari keadaan yang dikenal kepada keadaan yang
relatif tidak dikenal (Harigopal, 2006). Oleh yang demikian, kami telah memilih satu
kajian mengenai penerimaan mahasiswa dan mahasiswi Universiti Pendidikan Sultan
Idris tentang perubahan jadual dan tempat menuggu bas kitaran yang baharu. Tujuan
kajian ini dilakukan adalah untuk melihat penerimaan individu dan ketidakpuasan
terhadap sesuatu perubahan yang baharu.
Untuk pengetahuan semua, isu mengenai perubahan jadual dan tempat
menunggu bas kitaran yang baharu ini dilakukan adalah untuk menambahbaik
keadaan yang sedia ada untuk kepentingan semua pihak. Oleh itu, kajian ini dilakukan
bagi memastikan perubahan tersebut dapat memberikan impak yang positif kepada
mahasiswa mahasiswi Universiti Pendidikan Sultan Idris dan memberikan faedahkepada semua pihak yang terlibat. Perubahan tentang jadual dan tempat menunggu
bas yang baharu ini telah dirancang dan diusahakan oleh pihak pengurusan Universiti
Pendidikan Sultan Idris. Perubahan yang dilakukan ini telahpun mengambil kira
tentang faktor keselamatan, kemudahan dan keselesan pelajar. Sebelum sesuatu
perubahan itu dilaksanakan, sudah pasti pihak pengurusan Universiti Pendidikan
Sultan Idris telah merancang dengan rapi bagi memastikan perubahan yang dirancang
tersebut memberi keadaan yang lebih baik dari sebelumnya. Selari dengan pendapat
Lippit (1973) berkata, perubahan adalah satu usaha yang sistematik untuk menyusun
semula suatu organisasi dengan cara melakukan penyesuaian pada perubahan yang
berlaku. Fungsi berubahan adalah bertujuan untuk menyelesaikan masalah, membuat
proses kerja dengan lebih efisien dan bertujuan mengurangkan aktiviti yang tidak
penting. Perkara seperti ini seharusnya dipandang positif oleh semua pihak bagi
menyesuaikan dengan keselesaan dan kemudahan pelajar.
Walaubagaimanapun, setiap perubahan yang berlaku itu sudah pasti wujudnyaketidakpuasan dari sesetengah pihak. Hasil kajian yang diperolehi daripada borang
-
8/19/2019 Penerimaan Mahasiswa UPSI Terhadap Perubahan Jadual Dan Tempat Menunggu Bas Kitaran Yang Baru
2/25
2
soal selidik tersebut adalah negatif. Ramai pihak lebih selesa dengan jadual dan
tempat menuggu bas yang lama daripada perubahan jadual dan tempat menuggu bas
yang baharu. Selain itu, terdapat kesan-kesan sampingan yang perlu dihadapi oleh
pelajar hasil daripada perubahan yang telah dilakukan ini.
1.2 Isu-isu dan permasalahan yang dikemukakan
Setiap perubahan yang berlaku di dalam sesebuah organisasi ataupun institusi sudah
pasti akan wujudnya ketidakpuasan dari sesetengah pihak. Sebagai contoh, institusi
pendidikan di negara kita juga sering berlaku perubahan untuk mencapai tahap
kecemerlangan pendidikan bertaraf global. Menurut Jainabee & Jamelaa (2011),
perubahan adalah sesuatu yang semula jadi dan perubahan pendidikan akan berlaku
apabila terjadinya perubahan yang pesat dari aspek ekonomi, sosial, politik, dan
teknologi maklumat di dalam dunia. Sehubungan itu, bidang pendidikan perlu
bersedia dengan cabaran untuk menyediakan generasi muda masa kini bagi
menangani cabaran globalisasi terutamanya dalam persaingan dalam mencari ilmu
pengetahuan.
Seperti yang sedia maklum, kajian ini berkaitan tentang penerimaan
mahasiswa mahasiswa Universiti Pendidikan Sultan Idris terhadap perubahan jadualdan tempat menuggu bas kitaran yang baharu. Kajian ini dikemukan kerana terdapat
isu dan permasalahan yang telah dihadapi oleh pihak pengurusan Universiti
Pendidikan Sultan Idris terhadap perubahan ini. Antara masalah yang dihadapi adalah
apabila terdapat pelbagai rungutan dan aduan daripada mahasiswa mahasiswi UPSI
berkaitan perubahan tersebut. Hal ini terjadi kerana pelajar UPSI sudah terbiasa
dengan suasana dan persekitaran yang lama berbanding yang baharu. Pada
permulaannya, hanya berlaku perubahan tempat menuggu bas sahaja, tetapi apabila
terdapat aduan dan rungutan dari pelajar UPSI berkenaan perjalanan bas di sekitar
kampus. Oleh yang demikian, pihak pengurusan UPSI mengubah pula jadual
perjalanan bas kitaran tersebut agar lebih sistematik.
Untuk pengetahuan semua, punca berlakunya perubahan tempat menunggu
bas yang baharu ini adalah kerana tempat menunggu bas yang lama hanyalah tempat
menunggu sementara. Selain itu, persekitarannya tidak terjamin kerana terdapat
makmal kimia yang berhampiran dengan tempat menunggu bas yang lama. Tamabahn pula, tempat menunggu bas yang lama terdapat beberapa kekurangan seperti tidak
-
8/19/2019 Penerimaan Mahasiswa UPSI Terhadap Perubahan Jadual Dan Tempat Menunggu Bas Kitaran Yang Baru
3/25
3
mempunyai kemudahan surau, tandas dan kafeteria. Oleh sebab itu, pihak pengurusan
UPSI mengambil keputusan untuk menyediakan tempat menunggu bas yang kekal
dan selesa untuk semua pelajar UPSI.
Jadual dan tempat menunggu bas yang baharu ini bukanlah untuk
membebankan pelajar UPSI tetapi untuk memudahkan para pelajar untuk ke dewan
kuliah. Mungkin terdapat kekurangan dalam sistem yang baharu ini, tetapi masih
boleh dieprbaiki bagi memuaskan hati semua pihak yang terlibat. Oleh sebab itu,
kajian ini dilakukan untuk mengenalpasti penerimaan mahasiswa dan mahasiswa
UPSI terhadap perubahan jadual dan tempat menunggu bas yang baharu. Selain itu
juga, dapat menerima pandangan dan penambaikan daripada pelajar UPSI berkenaan
tentang isu ini.
1.3 Objektif Kajian
Kajian ini dijalankan untuk mencapai objektif-objektif berikut:
1. Mengenal pasti tahap penerimaan mahasiswa UPSI terhadap perubahan tempat
menunggu bas utama.
2.
Mengetahui persepsi pelajar terhadap isu perubahan tempat menunggu bas
utama.
3. Mengenal pasti cadangan dan penambahbaikan mengenai isu perubahan
tempat menunggu bas utama.
-
8/19/2019 Penerimaan Mahasiswa UPSI Terhadap Perubahan Jadual Dan Tempat Menunggu Bas Kitaran Yang Baru
4/25
4
2.0 METODOLOGI KAJIAN
2.1 Kumpulan Sasaran
Kajian ini dijalankan ke atas 30 orang mahasiswa/i di Universiti Pendidikan Sultan
Idris, Tanjong Malim, Perak. Responden adalah terdiri daripada fakulti yang
berlainan. Mahasiswa/i yang kerap menggunakan perkhidmatan bas untuk ke dewan
kuliah pada setiap hari dijadikan sebagai sampel kajian.
2.2 Instrumen Kajian
Kajian yang dijalankan adalah berbentuk kuantitatif di mana menggunakan kaedah
soal selidik. Borang soal selidik telah digunakan sebagai instrumen kajian. Sebanyak
30 borang soal selidik telah diedarkan kepada mahasiswa/i yang telah dipilih. Borang
soal selidik terdiri daripada dua bahagian iaitu di mana bahagian A meliputi maklumat
diri responden iaitu jantina, umur, bangsa, kelulusan akademik, fakulti dan semester.
Bahagian B pula meliputi faktor keselamatan, masa, persekitaran dan tempat serta
kemudahan di tempat menunggu bas yang baru. Bahagian ini memerlukan responden
menandakan ( / ) pada kotak jawapan yang terdiri daripada pilihan jawapan ‘Ya’ atau
‘Tidak’. Data bagi kajian ini dianalisis dengan menggunakan perisian Microsoft
Office Excel .
-
8/19/2019 Penerimaan Mahasiswa UPSI Terhadap Perubahan Jadual Dan Tempat Menunggu Bas Kitaran Yang Baru
5/25
5
Borang Kaji Selidik Tentang Penerimaan Mahasiswa Mahasiswa Universiti Pendidikan
Sultan Idris Terhadap Perubahan Jadual Dan Tempat Menuggu Bas Kitaran Yang
Baharu
BAHAGIAN A: LATAR BELAKANG RESPONDEN
SILA TANDA (√) DALAM RUANG YANG DISEDIAKAN
1.
Jantina Lelaki ( ) Perempuan ( )
2. Umur ________ tahun (Sila Nyatakan)
3.
Bangsa Melayu ( )Cina ( )
India ( )
Lain-lain ( )________________
4. Kelulusan akademik Ijazah Sarjana Muda ( )
Diploma ( )
Lain-lain ( ) ________________
5. Fakulti Pengurusan dan Ekonomi ( )
Sains dan Kejurulatihan ( )
Bahasa dan Komunikasi ( )Pendidikan dan Pembangunan Manusia ( )
Sains Kemanusiaan ( )
Sains dan Matematik ( )
Seni, Komputeran dan Industri Kreatif ( )
Pendidikan Teknik dan Vokasional ( )
Muzik dan Persembahan ( )
6.
Semester ______________ (Sila nyatakan)
-
8/19/2019 Penerimaan Mahasiswa UPSI Terhadap Perubahan Jadual Dan Tempat Menunggu Bas Kitaran Yang Baru
6/25
6
PANDUAN PENGISIAN :
SIMBOL KETERANGAN
Y YA
T TIDAK
BAHAGIAN B : SOALAN KAJIAN
BIL SOALAN JAWAPAN
Y T
BAHAGIAN 1 : KESELAMATAN
1. Adakah anda bersetuju bahawa tempat menunggu bas yang baharu
lebih selamat ?
2. Adakah terdapat kawalan keselamatan yang baik disekitar tempat
menunggu bas tersebut ?
3. Pada pendapat anda, adakah tempat menunggu bas tersebut selamat
pada waktu malam?
BAHAGIAN 2 : MASA
1. Adakah anda bersetuju dengan perubahan jadual perjalanan bas yang
telah ditetapkan oleh pihak Kiffah ?
2. Adakah bas tersebut bergerak tepat pada waktunya?
3. Adakah disebabkan perubahan jadual perjalanan bas tersebut
menyebabkan anda lewat hadir ke kuliah ?
4. Saya terpaksa menunggu bas lebih lama berbanding dengan jadual
perjalanan bas yang dahulu.
5. Saya berpendapat bahawa jarak perjalanan dari tempat menunggu
bas baharu ke dewan kuliah lebih jauh berbanding tempat menunggu
bas lama.6. Saya mendapati masa yang diambil untuk sampai ke kampus adalah
lebih lama berbanding dahulu.
BAHAGIAN 3 : PERSEKITARAN DAN TEMPAT
1. Adakah persekitaran tempat menunggu bas yang baharu lebih selesa ?
2. Adakah tempat menunggu bas yang baharu memudahkan para
pelajar bergerak ke dewan kuliah ?
3. Saya berasa tempat menunggu bas yang baharu ini lebih baik kerana
memudahkan pelajar untuk menaiki bas.
BAHAGIAN 4 : KEMUDAHAN
1. Adakah kemudahan yang disediakan di tempat menunggu bas yang
baharu selesa ?2. Pihak UPSI telah menyediakan tempat duduk yang selesa dan
mencukupi untuk pelajar UPSI.
3. Terdapat kemudahan seperti surau, tandas dan kafeteria di tempat
menunggu bas yang baharu.
Adakah anda bersetuju dengan tempat menuggu bas baharu berbanding yang lama.
__________________
Cadangan dan Penambahbaikan :
___________________________________________________________________________ ___________________________________________________________________________
-
8/19/2019 Penerimaan Mahasiswa UPSI Terhadap Perubahan Jadual Dan Tempat Menunggu Bas Kitaran Yang Baru
7/25
7
3.0 ANALISIS DATA
Bahagian A: Latar Belakang Responden
1. Jantina
Jantina Bilangan (orang)
Lelaki 10
Perempuan 20
Jumlah 30
Berdasarkan graf, bilangan lelaki adalah seramai 10 orang atau 33.33% daripada jumlah
keseluruhan iaitu seramai 30 orang responden. Manakala 66.67% responden yang lain adalah
berjantina perempuan atau seramai 20 orang.
2.
Umur
Umur (tahun) Bilangan (orang)
19 1
20 3
21 6
22 8
23 7
24 2
25 0
26 1
27 2
Jumlah 30
0
5
10
15
20
25
LELAKI PEREMPUAN
O R A N G
JANTINA
JANTINA RESPONDEN
JANTINA
-
8/19/2019 Penerimaan Mahasiswa UPSI Terhadap Perubahan Jadual Dan Tempat Menunggu Bas Kitaran Yang Baru
8/25
8
Berdasarkan graf, responden yang berumur 19 tahun adalah seorang atau 3.33% daripada
jumlah keseluruhan responden. Responden yang berumur 20 tahun pula adalah seramai 3
orang atau 10% daripada jumlah keseluruhan. 20% daripada keseluruhan responden adalah
berumur 21 tahun atau seramai 6 orang. 8 orang responden pula berumur 22 tahun atau
sebanyak 26.67%. Responden yang berumur 23 tahun adalah sebanyak 23.33% atau 7 orang
daripada keseluruhan responden. 6.67% atau sebanyak 2 orang responden berumur 24 tahun.
Tiada responden yang berumur 25 tahun. Responden yang berumur 26 dan 27 tahun seramai
1 dan 2 orang atau sebanyak 3.33% dan 6.67% daripada jumlah keseluruhan responden.
3.
Kaum
Kaum Bilangan (orang)
Melayu 28
Cina 0
India 2
Lain-lain 0
Jumlah 30
0
2
4
6
8
10
19 20 21 22 23 24 25 26 27
B I L A N G A N (
O R A
N G )
UMUR (TAHUN)
UMUR RESPONDEN
UMUR RESPONDEN
-
8/19/2019 Penerimaan Mahasiswa UPSI Terhadap Perubahan Jadual Dan Tempat Menunggu Bas Kitaran Yang Baru
9/25
9
Berdasarkan graf, seramai 28 orang atau 93.33% daripada jumlah keseluruhan responden
adalah kaum Melayu dan selebihnya yang berjumlah 2 orang atau 6.67% adalah kaum India.
Tiada responden dari kaum cina dan lain-lain.
4.
Kelulusan akademik
Kelulusan akademik Bilangan (orang)
Ijazah Sarjana Muda 0
Diploma 2
STPM 22
Matrik 6
Jumlah 30
Berdasarkan graf, tiada responden yang yang berkelulusan akademik tertinggi di peringkat
Ijazah Sarjana Muda. Seramai 22 orang responden mempunyai kelulusan akademik di
0
5
10
1520
25
30
Melayu CINA INDIA LAIN-LAIN
B I L A N G A N (
O R
A N G )
KAUM
KAUM
KAUM
0
5
1015
20
25
IJAZAH
SARJANA
MUDA
DIPLOMA STPM MATRIK B I L A N G A N (
O R
A N G )
KELULUSAN AKADEMIK
KELULUSAN AKADEMIK
KELULUSAN AKADEMIK
-
8/19/2019 Penerimaan Mahasiswa UPSI Terhadap Perubahan Jadual Dan Tempat Menunggu Bas Kitaran Yang Baru
10/25
10
peringkat STPM atau sebanyak 73.33%. 6 orang responden adalah berkelulusan Matrik atau
20%. Manakala sebanyak 6.67% adalah kelulusan diploma atau seramai 2 orang.
5. Fakulti
Fakulti Bilangan (orang)
Pengurusan dan Ekonomi 10
Sains Sukan dan Kejurulatihan 1
Bahasa dan Komunikasi 0
Pendidikan dan Pembangunan Manusia 3
Sains Kemanusiaan 4
Sains dan Matematik 2
Seni, Perkomputeran dan Industri Kreatif 6
Pendidikan Teknik dan Vokasional 4
Muzik dan Persembahan 0
Jumlah 30
Berdasarkan graf, majoriti responden adalah dari fakulti Pengurusan dan Ekonomi iaitu
seramai 10 orang atau 33.33%. Bilangan responden dari fakulti Sains Sukan dan
Kejurulatihan adalah seramai seorang atau 3.33%. Manakala responden dari fakulti
Pendidikan dan Pembangunan Manusia adalah seramai 3 orang atau 10%. Seramai 4 orang
responden atau 13.33% adalah dari fakulti Sains Kemanusiaan. 6.67% atau 2 orang
responden adalah dari fakulti Sains dan Matematik. Responden dari fakulti Seni
0
2
4
6
8
10
12
FPE FSSKj FBK FPPM FSK FSM FSKIK FPTV FMP
B I L A N G A N (
O R A N G )
JENIS FAKULTI
FAKULTI
FAKULTI
-
8/19/2019 Penerimaan Mahasiswa UPSI Terhadap Perubahan Jadual Dan Tempat Menunggu Bas Kitaran Yang Baru
11/25
11
Perkomputeran dan Industri Kreatif pula adalah seramai 6 orang atau 20% manakala dari
fakulti Pendidikan Teknik dan Vokasional adalah seramai 4 orang atau 13.33%. Tiada
responden dari fakulti Bahasa dan Komunikasi dan fakulti Muzik dan Persembahan.
6. Tahun Pengajian (semester)
Tahun Pengajian (semester) Bilangan (orang)
1 6
2 5
3 0
4 2
5 26 11
7 0
8 4
Jumlah 30
Berdasarkan graf, responden dari semester 1 dan 2 masing-masing adalah seramai 6 orang
atau 20% dan 5 orang atau 16.67% dari keseluruhan responden. Responden dari semester 4
dan 5 pula mempunyai jumlah bilangan yang sama iaitu seramai 2 orang atau 6.67%.
Responden dari semester 6 menjadi majoriti bagi soal selidik ini apabila mempunyai bilangan
yang paling ramai iaitu sebanyak 36.67% atau 11 orang. Semester 8 pula adalah seramai 4
orang atau 13.33%. Tiada responden dari semester 3 dan 7.
0
2
4
6
8
10
12
1 2 3 4 5 6 7 8
B I L A N G A N (
O R A N G )
SEMESTER
TAHUN PENGAJIAN (SEMESTER)
TAHUN PENGAJIAN
(SEMESTER)
-
8/19/2019 Penerimaan Mahasiswa UPSI Terhadap Perubahan Jadual Dan Tempat Menunggu Bas Kitaran Yang Baru
12/25
12
Bahagian B: Soalan Kajian
Bahagian 1: Keselamatan
1. Adakah anda bersetuju bahawa tempat menunggu bas yang baharu lebih selamat?
Jawapan Bilangan (orang)
Ya 10
Tidak 20
Jumlah 30
Berdasarkan graf, seramai 10 orang responden atau 33.33% bersetuju bahawa tempat
menunggu bas yang baharu lebih selamat berbanding 20 orang responden atau 66.67% tidak
bersetuju dengan pernyataan tersebut. Ini menunjukkan tempat baharu adalah kurang selamat
berbanding tempat lama.
2.
Adakah terdapat kawalan keselamatan yang baik di sekitar tempat menunggu bas
tersebut?
Jawapan Bilangan (orang)
Ya 8
Tidak 22
Jumlah 30
0
5
10
15
20
25
YA TIDAK
B I L A N G A N (
O R A N G )
JAWAPAN
Adakah anda bersetuju bahawa tempat menunggu
bas yang baharu lebih selamat?
-
8/19/2019 Penerimaan Mahasiswa UPSI Terhadap Perubahan Jadual Dan Tempat Menunggu Bas Kitaran Yang Baru
13/25
13
Berdasarkan graf, seramai 8 orang responden atau 26.67% bersetuju bahawa terdapat
kawalan keselamatan yang baik di sekitar tempat menunggu bas tersebut berbanding 22
orang responden atau 73.33% tidak bersetuju dengan pernyataan tersebut. Ini
menunjukkan kawalan keselamatan di tempat tersebut adalah longgar.
3.
Pada pendapat anda, adakah tempat menunggu bas tersebut selamat pada waktu malam?
Jawapan Bilangan (orang)
Ya 1
Tidak 29
Jumlah 30
Berdasarkan graf, seramai 1 orang responden atau 3.33% bersetuju bahawa tempat
menunggu bas tersebut selamat pada waktu malam berbanding 29 orang responden atau
73.33% tidak bersetuju dengan pernyataan tersebut. Ini menunjukkan tempat tersebut
tidak selamat pada waktu malam.
0
5
10
15
20
25
YA TIDAK
B I L A N G A N (
O R A N G
)
JAWAPAN
Adakah terdapat kawalan keselamatan yang baik di
sekitar tempat menunggu bas tersebut?
0
10
20
30
40
YA TIDAK
B I L A N G A N (
O R A N G )
JAWAPAN
Pada pendapat anda, adakah tempat menunggu
bas tersebut selamat pada waktu malam?
-
8/19/2019 Penerimaan Mahasiswa UPSI Terhadap Perubahan Jadual Dan Tempat Menunggu Bas Kitaran Yang Baru
14/25
14
Bahagian 2: Masa
1. Adakah anda bersetuju dengan perubahan jadual perjalanan bas yang telah ditetapkan
oleh pihak pengurusan UPSI?
Jawapan Bilangan (orang)Ya 8
Tidak 22
Jumlah 30
Berdasarkan graf, seramai 8 orang responden atau 26.67% bersetuju dengan perubahan
jadual perjalanan bas yang telah ditetapkan oleh pihak pengurusan UPSI berbanding 22
orang responden atau 73.33% tidak bersetuju dengan pernyataan tersebut.
2. Adakah bas tersebut bergerak tepat pada waktunya?
Jawapan Bilangan (orang)
Ya 23
Tidak 7
Jumlah 30
0
20
40
YA TIDAK B I L A N G A N (
O R A
N G )
JAWAPAN
Adakah anda bersetuju dengan perubahan
jadual perjalanan bas yang telah ditetapkan
oleh pihak pengurusan UPSI?
0
10
20
30
YA TIDAK B I L A N G A N (
O R A N G )
JAWAPAN
Adakah bas tersebut bergerak tepat pada
waktunya?
-
8/19/2019 Penerimaan Mahasiswa UPSI Terhadap Perubahan Jadual Dan Tempat Menunggu Bas Kitaran Yang Baru
15/25
15
Berdasarkan graf, seramai 23 orang responden atau 76.67% bersetuju dengan pernyataan bas
bergerak tepat pada waktunya berbanding 7 orang responden atau 23.33% tidak bersetuju
dengan pernyataan tersebut. Ini menunjukkan bas memang bergerak tepat pada waktunya.
3. Adakah disebabkan perubahan jadual perjalanan bas tersebut menyebabkan anda lewat
hadir ke kuliah?
Jawapan Bilangan (orang)
Ya 13
Tidak 17
Jumlah 30
Berdasarkan graf, perubahan jadual perjalanan bas tidak mempengaruhi sepenuhnya
penyebab pelajar lambat ke kuliah kerana seramai 17 orang atau 56.67% tidak setuju dengan
pernyataan tersebut berbanding 13 orang responden atau 43.33% yang bersetuju.
4.
Saya terpaksa menunggu bas lebih lama berbanding dengan jadual perjalanan bas yang
dahulu.
Jawapan Bilangan (orang)
Ya 18
Tidak 12
Jumlah 30
0
5
10
15
20
YA TIDAK B I L A N G A N (
O R A N G )
JAWAPAN
Adakah disebabkan perubahan jadual perjalanan
bas tersebut menyebabkan anda lewat hadir ke
kuliah?
-
8/19/2019 Penerimaan Mahasiswa UPSI Terhadap Perubahan Jadual Dan Tempat Menunggu Bas Kitaran Yang Baru
16/25
16
Berdasarkan graf, seramai 18 orang responden atau 60% bersetuju dengan pernyataan
terpaksa menunggu bas lebih lama berbanding dengan jadual perjalanan bas yang dahulu
berbanding 12 orang responden atau 40% tidak bersetuju dengan pernyataan tersebut. Inimenunjukkan pelajar perlu menunggu bas lebih lama berbanding jadual lama.
5. Saya berpendapat bahawa jarak perjalanan dari tempat menunggu bas baharu ke dewan
kuliah lebih jauh berbanding tempat menunggu bas lama.
Jawapan Bilangan (orang)
Ya 22
Tidak 8
Jumlah 30
Berdasarkan graf, seramai 22 orang responden atau 73.33% bersetuju dengan pernyataan
bahawa jarak perjalanan dari tempat menunggu bas baharu ke dewan kuliah lebih jauh
berbanding tempat menunggu bas lama berbanding 8 orang responden atau 26.67% tidak
bersetuju dengan pernyataan tersebut. Ini menunjukkan pelajar perlu berjalan jauh ke tempat
kuliah bila menggunakan tempat menunggu bas baru.
05
10
15
20
25
YA TIDAK B I L A N G
A N (
O R A N G )
JAWAPAN
Saya berpendapat bahawa jarak perjalanan dari
tempat menunggu bas baharu ke dewan kuliah lebih
jauh berbanding tempat menunggu bas lama
0
5
10
1520
YA TIDAK B I L A N G A N (
O R A N G )
JAWAPAN
Saya terpaksa menunggu bas lebih lama
berbanding dengan jadual perjalanan bas yang
dahulu
-
8/19/2019 Penerimaan Mahasiswa UPSI Terhadap Perubahan Jadual Dan Tempat Menunggu Bas Kitaran Yang Baru
17/25
17
6. Saya mendapati masa yang diambil untuk sampai ke kampus adalah lebih lama
berbanding dahulu.
Jawapan Bilangan (orang)
Ya 20
Tidak 10
Jumlah 30
Berdasarkan graf, seramai 20 orang responden atau 66.67% bersetuju dengan pernyataan
masa yang diambil untuk sampai ke kampus adalah lebih lama berbanding dahulu berbanding
10 orang responden atau 33.33% tidak bersetuju dengan pernyataan tersebut. Ini
menunjukkan pelajar mengambil masa yang lama untuk ke tempat kuliah bila menggunakan
tempat menunggu bas baru.
Bahagian 3: Persekitaran dan Tempat
1.
Adakah persekitaran tempat menunggu bas yang baharu lebih selesa?
Jawapan Bilangan (orang)
Ya 17
Tidak 13
Jumlah 30
0
5
10
15
20
25
YA TIDAK
B I L A N G A N (
O R A N G )
JAWAPAN
Saya mendapati masa yang diambil untuk sampai ke
kampus adalah lebih lama berbanding dahulu
-
8/19/2019 Penerimaan Mahasiswa UPSI Terhadap Perubahan Jadual Dan Tempat Menunggu Bas Kitaran Yang Baru
18/25
18
Berdasarkan graf, seramai 17 orang responden atau 56.67% bersetuju dengan pernyataan
persekitaran tempat menunggu bas yang baharu lebih selesa berbanding 13 orang respondenatau 43.33% tidak bersetuju dengan pernyataan tersebut. Ini menunjukkan tempat baru lebih
selesa berbanding tempat lama.
2. Adakah tempat menunggu bas yang baharu memudahkan para pelajar bergerak ke dewan
kuliah?
Jawapan Bilangan (orang)
Ya 13
Tidak 17
Jumlah 30
Berdasarkan graf, seramai 13 orang responden atau 43.33% bersetuju dengan pernyataan
tempat menunggu bas yang baharu memudahkan para pelajar bergerak ke dewan kuliah
berbanding 17 orang responden atau 56.67% tidak bersetuju dengan pernyataan tersebut. Ini
0
5
10
15
20
YA TIDAK B I L A N G A N (
O R A N G
)
JAWAPAN
Adakah persekitaran tempat menunggu bas yang
baharu lebih selesa?
0
5
10
15
20
YA TIDAK B I L A N G A N ( O
R A N G )
JAWAPAN
Adakah tempat menunggu bas yang baharu
memudahkan para pelajar bergerak ke dewan
kuliah?
-
8/19/2019 Penerimaan Mahasiswa UPSI Terhadap Perubahan Jadual Dan Tempat Menunggu Bas Kitaran Yang Baru
19/25
19
menunjukkan pelajar mengalami kesukaran untuk pergi ke dewan kuliah apabila
menggunakan tempat baru.
3.
Saya berasa tempat menunggu bas yang baharu ini lebih baik kerana memudahkan pelajar
untuk menaiki bas.
Jawapan Bilangan (orang)
Ya 10
Tidak 20
Jumlah 30
Berdasarkan graf, seramai 10 orang responden atau 33.33% bersetuju dengan pernyataan
tempat menunggu bas yang baharu ini lebih baik kerana memudahkan pelajar untuk menaiki
bas berbanding 20 orang responden atau 66.67% tidak bersetuju dengan pernyataan tersebut.
Ini menunjukkan pelajar mengalami kesukaran untuk pergi ke dewan kuliah apabila
menggunakan tempat baru.
Bahagian 4: Kemudahan
1.
Adakah kemudahan yang disediakan di tempat menunggu bas yang baharu selesa?
Jawapan Bilangan (orang)
Ya 19
Tidak 11
Jumlah 30
0
5
10
15
20
25
YA TIDAK B I L A N G A N (
O R A N G )
JAWAPAN
Saya berasa tempat menunggu bas yang baharu ini
lebih baik kerana memudahkan pelajar untuk
menaiki bas
-
8/19/2019 Penerimaan Mahasiswa UPSI Terhadap Perubahan Jadual Dan Tempat Menunggu Bas Kitaran Yang Baru
20/25
20
Berdasarkan graf, seramai 19 orang responden atau 63.33% bersetuju dengan pernyataan
kemudahan yang disediakan di tempat menunggu bas yang baharu selesa berbanding 11
orang responden atau 36.67% tidak bersetuju dengan pernyataan tersebut. Ini menunjukkan
pelajar berpuas hati dengan keselesaan di tempat baru.
2.
Pihak UPSI telah menyediakan tempat duduk yang selesa dan mencukupi untuk pelajar
UPSI.
Jawapan Bilangan (orang)
Ya 21
Tidak 9
Jumlah 30
Berdasarkan graf, seramai 21 orang responden atau 70% bersetuju dengan pernyataan pihak
UPSI telah menyediakan tempat duduk yang selesa dan mencukupi untuk pelajar UPSI
berbanding 9 orang responden atau 30% tidak bersetuju dengan pernyataan tersebut. Ini
0
5
10
15
20
YA TIDAK
B I L A N G A N (
O R A N G )
JAWAPAN
Adakah kemudahan yang disediakan di tempat
menunggu bas yang baharu selesa?
0
510
15
20
25
YA TIDAK B I L A N G A N (
O R A N G )
JAWAPAN
Pihak UPSI telah menyediakan tempat duduk yang
selesa dan mencukupi untuk pelajar UPSI
-
8/19/2019 Penerimaan Mahasiswa UPSI Terhadap Perubahan Jadual Dan Tempat Menunggu Bas Kitaran Yang Baru
21/25
21
menunjukkan pelajar berpuas hati dengan keselesaan dan kemudahan yang terdapat di tempat
baru.
3. Terdapat kemudahan seperti surau, tandas dan kafeteria di tempat menunggu bas yang
baharu.
Jawapan Bilangan (orang)
Ya 25
Tidak 5
Jumlah 30
Berdasarkan graf, seramai 25 orang responden atau 83.33% bersetuju dengan pernyataan
Terdapat kemudahan seperti surau, tandas dan kafeteria di tempat menunggu bas yang baharu
berbanding 5 orang responden atau 16.67% tidak bersetuju dengan pernyataan tersebut. Ini
menunjukkan pelajar berpuas hati dengan keselesaan dan kemudahan yang terdapat di tempat
baru.
Bahagian soalan subjektif
1. Adakah anda bersetuju dengan tempat menunggu bas baharu berbanding yang lama.
Jawapan Bilangan (orang)
Ya 6
Tidak 24
Jumlah 30
0
5
10
15
20
25
30
YA TIDAK
B I L A N G A N (
O R A N G )
JAWAPAN
Terdapat kemudahan seperti surau, tandas dan
kafeteria di tempat menunggu bas yang baharu
-
8/19/2019 Penerimaan Mahasiswa UPSI Terhadap Perubahan Jadual Dan Tempat Menunggu Bas Kitaran Yang Baru
22/25
22
Berdasarkan graf, seramai 6 orang responden atau 20% bersetuju dengan tempat menunggu
bas baharu berbanding yang lama berbanding 24 orang responden atau 80% tidak bersetuju
dengan pernyataan tersebut. Ini menunjukkan majoriti pelajar tidak berpuas hati dengan
pertukaran tempat menunggu bas yang baru.
Cadangan dan Penambahbaikkan
Antara cadangan dan penambahbaikkan yang diberi oleh responden adalah:
1.
Menukar kembali tempat menunggu bas yang baru ke tempat yang lama kerana
merasakan trempat baru tidak strategik dan tidak selamat berbanding tempat lama.
2. Menukar tempat menunggu bas ke kawasan di antara fakulti yang terdapat di kampus
baru.
3. Bas perlu berhenti di setiap stesen yang dibina kerana satu pembaziran jika tidak
menggunakannya.
4.
Menambah bilangan bas ke setiap lokasi kerana pelajar perlu berebut untuk menaiki bas
dan akhirnya ada yang berdiri di dalam bas.
5.
Tempat baru kurang tempat berteduh memandangkan sekarang musim hujan dan panas
yang tidak menentu.
6. Bas bergerak menggunakan setiap jalan di dalam kampus baru dan berhenti di setiap
stesen di dalam kampus baru.
0
5
10
15
20
25
30
YA TIDAK
B I L A N G A N (
O R A N
G )
JAWAPAN
Adakah anda bersetuju dengan tempat menunggu
bas baharu berbanding yang lama?
-
8/19/2019 Penerimaan Mahasiswa UPSI Terhadap Perubahan Jadual Dan Tempat Menunggu Bas Kitaran Yang Baru
23/25
23
4.0 CADANGAN DAN PENAMBAHBAIKAN
Berdasarkan dapatan kajian yang diperolehi, terdapat sebilangan pelajar yang bersetuju
bahawa tempat menunggu bas yang baharu adalah lebih baik berbanding yang lama.
Manakala ada juga yang sebaliknya. Dari segi persekitaran dan tempat serta keselesaan
pelajar, majoriti responden berpuas hati dengan persekitaran tempat menunggu bas yang baru
serta kemudahan yang disediakan. Kemudahan yang disediakan lengkap dengan adanya
surau, kafe dan tandas di kawasan yang sama. Oleh itu, beberapa cadangan penambahbaikan
telah dilakukan agar perubahan yang dilaksanakan memberi kepentingan yang adil kepada
semua pihak. Beberapa cadangan dan penambahbaikan yang boleh dilakukan bagi mengatasi
isu ini iaitu dari segi keselamatan dan masa.
1. Keselamatan
Dari segi keselamatan, kemudahan kitaran bas mestilah selamat digunakan oleh
semua pelajar. Pelajar haruslah berasa selamat apabila menunggu bas lebih-lebih lagi
ketika waktu lenggang atau tidak ramai orang. Penambahbaikan seperti kawalan
keselamatan yang lebih kerap di kawasan sekitar oleh pengawal keselamatan adalah perlu
supaya tidak berlaku sebarang perkara yang tidak diingini berlaku. Hal ini kerana, tempat
menunggu bas baru terletak lebih jauh dan lebih sunyi berbanding tempat menunggu bas
yang lama. Kawalan keselamatan yang lebih kerap dapat menjamin keselamatan pelajar
UPSI terutamanya pada waktu malam. Hal ini disebabkan sebanyak 20 orang responden
(66.67%) mengatakan bahawa tempat menunggu bas yang baru kurang selamat
berbanding yang lama. Sebanyak 22 orang responden (73.33%) mengatakan bahawa
kawalan keselamatan adalah longgar. Oleh itu isu keselamatan ini boleh dikurangkan
sekiranya kawalan keselamatan dipertingkatkan oleh pihak pengawal keselamatan bagi
menjamin keselamatan pelajar UPSI ketika menunggu bas.
2. Masa
Pihak Kiffah perlu melakukan jadual perjalanan bas ke dewan kuliah dengan lebih
rapi dan tersusun. Hal ini disebabkan sebanyak 18 orang responden (60%) mengatakan
bahawa mereka terpaksa menunggu bas lebih lama di tempat baru berbanding di tempat
menunggu bas yang lama. Tambahan pula mereka perlu berjalan jauh ke dewan kuliah.
Berdasarkan analisis, walaupun perubahan jadual perjalanan bas tidak mempengaruhi
sepenuhnya penyebab pelajar lambat ke kuliah namun pelajar mengambil masa yang
-
8/19/2019 Penerimaan Mahasiswa UPSI Terhadap Perubahan Jadual Dan Tempat Menunggu Bas Kitaran Yang Baru
24/25
24
lebih lama berbanding dahulu untuk sampai ke kuliah kerana pelajar perlu berjalan lebih
jauh untuk ke kelas. Para pelajar terpaksa bersiap lebih awal daripada biasa agar tidak
terlewat ke kuliah berbanding dulu. Selain itu, tempat menunggu bas mestilah strategik di
mana berada di kawasan yang memudahkan para pelajar untuk bergerak ke kawasan yang
dituju terutamanya ke dewan kuliah.
3. Cadangan Lain
Antara cadangan-cadangan lain yang boleh digunakan bagi menambaik sistem bas sedia
ada adalah dengan menggunakan setiap jalan di kampus baru dan berhenti di setiap stesen
bas yang telah disediakan. Hal ini kerana, kebanyakan stesen-stesen bas sedia ada tidak
digunakan dan menyebabkan berlakunya pembaziran. Oleh itu, apabila bas menggunakan
sepenuhnya stesen bas tersebut tidak akan wujud isu tempat menunggu bas jauh dari
dewan kuliah. Pelajar juga akan menjimatkan masa dan tenaga dengan menunggu bas di
stesen bas yang lebih dekat dengan kelas.
-
8/19/2019 Penerimaan Mahasiswa UPSI Terhadap Perubahan Jadual Dan Tempat Menunggu Bas Kitaran Yang Baru
25/25
5.0 RUMUSAN
Kajian ini dilakukan untuk mengkaji tahap penerimaan mahasiswa dan mahasiswa Universiti
Pendidikan Sultan Idris terhadap isu perubahan jadual dan tempat menunggu bas utama di
kampus baru. Tujuannya adalah untuk melihat bagaimana mahasiswa dan mahasiswi
menerima perubahan yang berlaku. Ada di antaranya yang bersetuju dan menerima
perubahan tersebut dengan rela hati dan ada juga yang tidak bersetuju dan menggunakan
pelbagai medium untuk menyuarakan ketidakpuasan hati. Melalui kajian ini, dapat dilihat
apakah sebenarnya isu atau masalah yang menyebabkan segelintir pihak tidak dapat
menerima perubahan yang berlaku. Setelah masalah dikenalpasti, penambahbaikan boleh
dilaksanakan agar perubahan yang berlaku dapat memberi kebaikan kepada semua pihak
terutamanya pelajar sendiri. Dengan adanya cadangan dan penambahbaikan yang diterima,
ianya dapat membantu pihak pengurusan Universiti Pendidikan Sultan Idris memperbaiki
sistem bas kitaran yang lebih baik.
Melalui kajian ini, didapati mahasiswa menginginkan kawasan menunggu bas yang
selamat dan jadual perjalanan bas yang tepat. Kawasan menunggu bas perlulah selamat dan
tidak sunyi terutamanya pada waktu lewat petang dan malam. Bas juga perlu bergerak tepat
pada masa yang telah ditetapkan iaitu setiap setengah jam sekali. Selain itu, jarak perjalanan
dari tempat menunggu bas baharu ke dewan kuliah perlu lebih dekat bagi menjimatkan masa.
Ini kerana apabila tempat menunggu bas berada jauh, ini membuatkan pelajar mengambil
masa yang lama untuk berjalan pula ke kuliah.
Perubahan yang telah dilaksanakan ini perlu sentiasa dibuat penambahbaikan
sehinggalah semua pihak berpuas hati agar tidak belaku sebarang perkara yang tidak diingini.
Usaha ini juga dapat membantu menyediakan sistem bas kitaran yang lebih baik bagi
menjaga kebajikan para pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris.
top related