pemulihan dan pengayaan (modul 2l)
Post on 30-Jul-2015
555 Views
Preview:
TRANSCRIPT
Anda digalakkan melaksanakan aktiviti bacaan luas dengan
mengakses maklumat di internet atau merujuk sumber bacaan yang
berautoriti tentang aspek-aspek pemulihan dan pengayaan dalam
konteks pengajaran pembelajaran Bahasa Melayu.
UNIT 1/5 PEMULIHAN dan PENGAYAAN
Sinopsis
Unit ini disusun untuk membolehkan pelajar mengetahui, memahami, dan
mengaplikasikan konsep-konsep pemulihan dan pengayaan dalam mata pelajaran
Bahasa Melayu di bilik darjah. Tajuk-tajuk yang diliputi ialah konsep pemulihan dan
pengayaan, langkah-langkah pelaksanaan, aktiviti-aktiviti pemulihan dan pengayaan,
dan cara penyimpanan rekod.
Hasil Pembelajaran
Pada akhir unit ini, anda seharusnya dapat:
i. memahami sejelas-jelasnya konsep pemulihan dan pengayaan;
ii. membuat refleksi tentang masalah pembelajaran Bahasa Melayu melalui
pengamatan dan pengalaman di bilik darjah;
iii. merancang dan melaksanakan aktiviti-aktiviti pemulihan dan pengayaan
dalam pengajaran pembelajaran Bahasa Melayu di dalam bilik darjah;
iv. menjelaskan teknik penyimpanan rekod pembelajaran murid bagi tujuan
melaksanakan aktiviti pemulihan.
TAJUK 1.1
1
1.1.1. Konsep Pemulihan
PEMULIHAN
Kamus Dewan Edisi Keempat (2005: 1245,1246)
“Pulih” bermaksud kembali seperti biasa (keadaan semula). “Pemulihan” bermaksud
perbuatan memulihkan, pengembalian kepada keadaan semula. Dalam konteks ini
konsep pemulihan merujuk kepada kanak-kanak yang menghadapi masalah dalam
pembelajaran. Pembelajaran pemulihan biasanya dikaitkan dengan usaha untuk
memperbaiki sesuatu kekurangan atau memperbetul sesuatu.
Blair (1956)
Pemulihan ialah program khas berbentuk tambahan bagi memenuhi keperluan
kanak-kanak yang menghadapi masalah pembelajaran agar ketidakupayaan yang
menghalangnya dapat diatasi. Aktiviti pemulihan tertumpu kepada penguasaan
kemahiran.
O. C. Simpson (1975)
Aktiviti pemulihan merupakan tindakan khas atau tindakan khusus yang diambil
untuk mengatasi keperluan pendidikan murid yang mengalami kesulitan dari segi
pembelajaran dalam kelas khas di sekolah biasa, di pusat-pusat khusus yang dihadiri
oleh murid secara sambilan, dan dalam darjah untuk pengajaran pembelajaran
biasa.
Syarifah Alawiah Alsagoff (1983)
Pemulihan ialah satu tindakan yang diambil untuk mengatasi keperluan pendidikan
murid yang mengalami kesusahan dari segi pembelajaran dalam darjah khas di
sekolah biasa, di pusat khusus yang diasingkan daripada sekolah biasa dan dalam
darjah untuk pengajaran pembelajaran biasa.
Ishak Harun dan Koh Boh Boon (1983)
2
1.1.2. Program Pemulihan
Pemulihan merupakan perkhidmatan khas untuk memenuhi keperluan kanak-kanak
yang menghadapi pembelajaran di sekolah biasa.
Rumusan Konsep
Pendidikan pemulihan ialah suatu aktiviti pengajaran dan pembelajaran alternatif
untuk membantu murid-murid yang menghadapi masalah di dalam kelas.
Pelaksanaan program pemulihan ini bertujuan supaya jurang perbezaan pencapaian
di antara murid dapat dikecilkan dan mereka dapat belajar bersama-sama dalam
suasana pembelajaran yang lebih baik di dalam kelas biasa.
Anda mungkin seorang yang suka akan cabaran. Cuba anda layari lelaman yang berkaitan untuk mengenal pasti judul buku yang ditulis oleh penulis yang dikemukakan di halaman 2. Selamat mencuba, semoga berjaya.
Anda telah mendapat maklumat asas tentang konsep pemulihan. Fahamkah anda konsep ini? Untuk memantapkan pemahaman anda, sila rujuk sumber-sumber yang berkaitan di perpustakaan. Catat maklumat baru yang anda peroleh itu.
“... Setiap murid adalah berbeza antara satu dengan lain sama ada dari segi pengalaman, tingkah laku, amalan, kecenderungan, bakat dan kebolehannya. Perbezaan individu ini perlulah menjadi satu pedoman atau pegangan guru dalam usaha merancang pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah...”
(Buku Panduan Am KBSR, 1982)
Menurut Ab. Rahman, et. al. (1997), dalam konteks Kurikulum Bersepadu Sekolah
Rendah (KBSR), program pemulihan merupakan langkah-langkah khas yang
diusahakan untuk membantu murid yang menghadapi masalah pembelajaran
tertentu dalam menguasai kemahiran asas 3M (membaca, menulis, dan mengira).
Mereka ini kemudiannya diberikan program pemulihan sebaik-baik sahaja masalah
mereka dapat dikesan dan dikenal pasti.
3
Ab. Rahman et. al. (1997) menjelaskan lagi, bahawa program pemulihan perlu
dilaksanakan kepada murid yang menghadapi masalah pembelajaran, iaitu mereka
yang memperoleh pencapaian di bawah paras yang sepatutnya. Murid-murid
seumpama ini ada di semua peringkat persekolahan, baik di luar bandar mahupun di
bandar. Masalah pembelajaran yang dihadapi oleh murid-murid ini mungkin berupa
masalah yang ringan, dan pemulihan boleh dilakukan oleh guru kelas biasa. Bagi
murid-murid yang menghadapi masalah yang berat dan kompleks, mereka akan
dikelolakan oleh guru khas pemulihan di kelas khas.
Sebaik-baik sahaja kelemahan dalam sesuatu kemahiran atau konsep dipulihkan,
murid-murid yang diajar oleh guru pemulihan dalam mata pelajaran Bahasa Melayu
dan Matematik di kelas khas akan dihantar semula ke kelas biasa. Sementara murid-
murid pemulihan di kelas biasa, akan diubahsuai kedudukan di dalam kelas ke
kumpulan mengikut kebolehan berdasarkan prestasi dari semasa ke semasa.
1.1.2.1. Objektif Pendidikan Pemulihan
1. Membantu murid mengatasi masalah pembelajaran dalam kemahiran-
kemahiran tertentu;
2. Memupuk serta mengembangkan sikap yakin diri dan sikap positif terhadap
pembelajaran;
3. Membantu murid mengubah sikap negatif dan tingkah laku yang
menjejaskan pembelajaran;
4. Membolehkan murid menguasai kemahiran-kemahiran tertentu dengan cara
mengikuti aktiviti-aktiviti alternatif yang sesuai dengan mereka;
5. Membolehkan murid mendapat layanan dan kemudahan belajar yang sesuai
dengan kemampuan dan perkembangan mental individu;
6. Membolehkan murid mendapat peluang yang sama dengan melibatkan diri
sepenuhnya dalam aktiviti-aktiviti sosial, sama ada di dalam atau di luar bilik
darjah;
7. Membolehkan murid meneruskan pelajaran mereka dalam sistem
persekolahan biasa atau sekolah khas yang bersesuaian dengan keperluan
masing-masing.
Anda telah meneliti konsep pemulihan dan objektif pendidikan pemulihan. Terjemahkan kefahaman anda itu menerusi lakaran peta konsep yang bersumberkan objektif di atas. Gunakan kreativiti anda. Selamat mencuba!
4
Bagaimanakah pemahaman anda sekarang? Semakin meningkat atau tiada perubahan apa-apa? Sila layari lelaman yang sesuai dan perkayakan lagi maklumat tentang pemulihan.
Berdasarkan bahan yang telah anda baca di atas, teliti rasional pemulihan di bawah.
5
RASIONAL PEMULIHAN
Falsafah Pendidikan Kebangsaan:
Mengembangkan potensi individu
Falsafah Pendidikan Kebangsaan:
Mengembangkan potensi individu
Mengatasi masalah rendah diri murid
Mengatasi masalah rendah diri murid
Mengelakkan keciciran murid dalam pembelajaran
Mengelakkan keciciran murid dalam pembelajaran
Perbezaan MuridPengalamanMinatKebolehan
Perbezaan MuridPengalamanMinatKebolehan
Meningkatkan penguasaan kemahiranMeningkatkan penguasaan kemahiran
Kanak-kanak keseluruhannya mempunyai daya intelek dan kecerdasan yang rendah serta kurang kebolehan menerima pendidikan biasa dengan sepenuhnya. Mereka menghadapi masalah dalam aktiviti
pembelajaran dan memerlukan satu program pendidikan yang teratur dan terancang bagi membolehkan mereka belajar seperti murid biasa.
Aktiviti yang dijalankan akan dapat membantu mereka menghadapi proses pembelajaran seterusnya.
Kanak-kanak keseluruhannya mempunyai daya intelek dan kecerdasan yang rendah serta kurang kebolehan menerima pendidikan biasa dengan sepenuhnya. Mereka menghadapi masalah dalam aktiviti
pembelajaran dan memerlukan satu program pendidikan yang teratur dan terancang bagi membolehkan mereka belajar seperti murid biasa.
Aktiviti yang dijalankan akan dapat membantu mereka menghadapi proses pembelajaran seterusnya.
1.1.2.2. Jenis-Jenis Pemulihan
Pemulihan Khas (Masalah Pembelajaran Kompleks)
Pemulihan jenis ini dijalankan di bilik darjah khas oleh guru khas yang terlatih dalam bidang ini. Murid-muridnya terdiri daripada mereka yang yang gagal menguasai “3M”, yang telah dikenal pasti melalui Ujian Saringan.
Pemulihan Bahasa Melayu di Bilik Darjah (Masalah Pembelajaran Ringan)
Pemulihan jenis ini pula dijalankan di dalam bilik darjah biasa oleh guru biasa. Murid-murid yang menghadapi masalah pembelajaran dikenal pasti semasa proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Aktiviti pemulihan dijalankan secara semerta.
1.1.2.3. Ciri-Ciri Murid Pemulihan
1. Lemah dalam penguasaan “3M”
2. Lemah dalam pemikiran tentang konsep yang abstrak
3. Lemah dari segi koordinasi mata dan tangan
4. Singkat tahap tumpuannya
5. Kurang keyakinan diri
6. Lambat bertindak balas
7. Gagal dalam ujian
8. Sukar menguasai pelajaran dalam masa yang ditentukan
9. Lemah dari segi ingatan pendengaran dan ingatan penglihatan
10. Rendah darjah kecerdasannya berbanding dengan rakan sebayanya
11. Seringkali sakit
12. Kerap ponteng sekolah
13. Kurang terlibat dalam aktiviti pengajaran pembelajaran di dalam bilik darjah
14. Bermasalah tingkah laku
15. Sukar mengawal emosi
1.1.2.4. Banding Beza Pemulihan Biasa dengan Pemulihan Khas
Pemulihan Biasa Pemulihan Khas
guru ada asas latihan keguruan ada asas perguruan dan kursus khas
dijalankan semasa proses p - p kelas biasa
dijalankan pada waktu tertentu
perlu pada setiap mata pelajaran yang diajar
hanya melibatkan mata-mata pelajaran Bahasa Melayu dan Matematik
6
Pemulihan Biasa Pemulihan Khas
murid kekal di dalam kelas semasa sesi pemulihan
murid perlu masuk kelas khas untuk sesi pemulihan
ujian bulanan atau penggal ujian pencapaian bagi setiap kemahiran
tidak perlu ujian saringan atau diagnostik
perlu ujian saringan dan diagnostik
tidak memerlukan rekod yang terperinci
penyimpanan segala rekod berkenaan murid amat penting
kekal dalam kelas murid akan balik ke kelas biasa setelah berjaya menguasai kemahiran
pemulihan dilakukan secara umum
pemulihan dilakukan secara khusus
murid tahap 1 dan 2 yang tidak menguasai kemahiran
keutamaan murid tahap 1 yang dicalonkan oleh guru kelas
pemulihan berdasarkan kelemahan tertentu yang dikesan oleh guru
perlu merujuk kepada AJK perancangan kurikulum sekolah
bilangan murid tidak dihadkan bilangan murid maksimum 15 orang
jadual berdasarkan mata pelajaran yang diajar
jadual ditentukan sendiri oleh guru pemulihan
terlibat dengan setiap panitia mata pelajaran yang diajar
perlu merujuk kepada AJK perancangan kurikulum sekolah
Daripada maklumat banding beza di atas, cuba anda rumuskan konsep pemulihan. Kemudian, rujuk guru pemulihan di sekolah tempat anda bertugas sekarang. Bandingkan maklumat di atas dengan perjalanan program pemulihan di sekolah anda.
1.1.2.5. Contoh Masalah Murid Pemulihan
1. Kemahiran Lisan
Kosa kata yang terhad
Menggunakan dialek
Menggunakan bahasa ibunda
Lemah dalam kesantunan berbahasa
Gagal mematuhi arahan
Lemah ingatan pendengaran
7
2. Kemahiran Membaca
Keliru pada huruf yang hampir sama: b – d , m, w
Keliru pada huruf-huruf besar dan kecil yang berubah: a – A, b – B
Masalah disleksia: [kail] – [kali], [dada] dibaca [baba]
Tidak dapat membatangkan suku kata tertutup
Tidak dapat membatangkan perkataan yang mengandungi lebih daripada dua
suku kata
Membaca secara berlagu
Lemah ingatan penglihatan
Tidak faham bahan yang dibaca
Sukar membuat hubung kait
Tidak dapat membuat urutan
3. Kemahiran Menulis
Kecondongan dan bentuk huruf tidak tekal
Huruf besar dan kecil yang bercampur aduk
Salah ejaan
Kosa kata yang terhad
Aliran pemikiran tidak lancar
Lupa format penulisan
Lemah dalam penyampaian idea
Ayat yang tidak gramatis
Lemah dalam penggunaan tanda baca
Anda masih o.k? Marilah kita mantapkan lagi pemahaman tentang
pemulihan. Cuba uji (hubung kaitkan) maklumat di atas dengan seorang murid anda. Catat kelemahan yang dihadapi oleh murid anda itu.
8
1.1.3. Langkah-Langkah Menjalankan Sesi Pemulihan
1. Kenal pasti dan menganalisis:
murid bermasalah melalui pemerhatian dan keputusan ujian;
masalah pembelajaran yang dihadapi oleh murid melalui Ujian
Saringan dan Diagnostik;
punca masalah dari aspek fizikal, intelek, dan emosi yang
mengganggu pembelajaran.
2. Merancang aktiviti pemulihan yang bersesuaian dengan masalah yang
dihadapi.
3. Menyediakan bahan pengajaran dan pembelajaran.
4. Melaksanakan aktiviti pemulihan yang telah dirancang.
5. Membuat penilaian untuk menentukan kemajuan yang telah dicapai.
6. Menjalankan tindakan susulan seperti memindahkan semula murid
berkenaan ke dalam kumpulan murid yang biasa atau merancang semula
aktiviti pemulihan yang baru sekiranya murid berkenaan belum pulih.
Langkah-langkah yang dinyatakan di atas boleh digrafikkan sebagaimana rajah
yang berikut:
9
kenal pasti murid
analisis masalah
membuat perancangan
melaksanakan pengajaran
membuat penilaian
tindakan susulan
1.1.3.1. Strategi Pengajaran Pemulihan
1. Strategi Kumpulan:
Digunakan apabila terdapat sekumpulan kecil murid menghadapi
masalah pembelajaran yang sama;
Guru boleh merancang dan menjalankan pengajaran pemulihan untuk
murid-murid yang bermasalah;
Murid-murid lain akan menjalankan aktiviti pengayaan yang
disediakan oleh guru.
2. Strategi Individu:
Digunakan apabila terdapat sekumpulan kecil murid menghadapi
masalah pembelajaran yang berlainan;
Guru boleh bergilir-gilir membetulkan kesalahan murid secara
individu;
Murid-murid lain menjalankan aktiviti pengukuhan;
Guru boleh menggalakkan murid cerdas mengajar murid-murid
bermasalah secara individu.
Daripada strategi yang dikemukakan di atas, bina satu senarai semak tentang cara mengajarkan kelas pemulihan, dari segi individu atau kumpulan. Syabas, anda bersedia melaksanakan tugasan ini.
1.1.3.2. Aktiviti-Aktiviti Pemulihan
1. Menekap
2. Menulis di udara atau di atas pasir
3. Menyalin huruf atau perkataan
4. Mencari gambar tersembunyi
5. Menulis urutan huruf atau perkataan
6. Penggunaan warna untuk membuat diskriminasi huruf
7. Mencari perkataan tersembunyi
8. Mencari jalan keluar
10
9. Latihan membaca nyaring -- rakam dan perdengarkan semula
10. Pandang dan sebut
11. Ltihan mengeja -- imlak
12. Latih tubi
pemintal lidah
pasangan minimal
bersambut
rajah tukar ganti
padanan mudah
13. Teka silang kata
14. Jigsaw
15. Permainan menyampaikan pesanan -- uji ingatan dan pendengaran
16. Permainan kim -- uji ingatan dan pendengaran
17. Mendiskriminasikan bunyi
18. Karangan berpandu
19. Cerita bergambar
20. Menyusun ayat atau perenggan atau gambar mengikut urutan
1.1.3.3. Latihan Aktiviti-aktiviti Pemulihan
Senario I
Beberapa orang murid Tahun 2 anda masih tidak dapat mendiskriminasikan huruf /b/ dan /d/.
Tindakan: Sediakan langkah-langkah pengajaran untuk mengatasi masalah tersebut.
Senario 2
Apabila diminta membaca petikan secara mekanis, murid murid di kelas 4A didapati membaca secara berlagu.
Tindakan: Sediakan langkah-langkah pengajaran untuk mengatasi masalah tersebut.
Senario 3
Anda mengajar di sebuah sekolah di kawasan pedalaman. Anda dapati, kebanyakan murid kelas anda berinteraksi dengan menggunakan dialek daerah.
Tindakan: Sediakan langkah-langkah pengajaran untuk mengatasi masalah tersebut.
Senario 4
11
1.1.4. Penyimpanan Rekod Pemulihan
Sa ya a d a k u cin g
Teliti contoh tulisan seorang murid anda.
Tindakan: Kenal pasti masalah murid berkenaan dan cadangkan aktiviti pemulihan untuknya.
Bagaimanakah latihan yang diberikan? Semoga anda masih selesa mengikuti modul ini. Catatlah maklumat tindakan anda itu supaya rakan sekursus anda dapat berkongsi semasa tutorial kelak.
Anda mungkin letih setelah meneliti dan melaksanakan tugasan berkaitan modul ini. Berehatlah dahulu. Dalam pada itu, fikirkan pula tindakan-tindakan yang anda cadangkan di atas, sama ada sesuai atau tidak dengan konsep pemulihan.
Guru-guru pemulihan dikehendaki menyimpan rekod murid ke dalam fail murid yang
mengandungi:
1. borang pencalonan
2. borang latar belakang murid pemulihan
3. borang pengumpulan maklumat
4. ujian saringan dan ujian diagnostik
5. lembaran kerja
6. hasil penilaian yang dijalankan / prestasi murid
7. laporan kesihatan
8. maklumat-maklumat lain yang berkaitan dengan murid pemulihan
9. temu bual dan rujukan
Bagaimana dengan keadaan di sekolah anda? Adakah semua rekod di atas terdapat di sekolah anda? Anda dicadangkan membuat simpanan sendiri borang-borang berkenaan sama ada dalam cakera keras (cd) atau cakera liut (disket).
12
1.1.4.1. Contoh Borang Pencalonan Murid Pemulihan
1. Contoh Borang Pencalonan Murid Pemulihan Khas
Objektif: Program Pemulihan ialah untuk menolong murid-murid yang lambat belajar, terutama dalam kemahiran-kemahiran asas Bahasa Melayu dan Matematik.
(a) Pencalonan Anda
Untuk program pemulihan, sila calonkan murid-murid yang anda fikir:
a. perlu kepada pemulihan;b. boleh mendapat manfaat daripada kelas khas jika setiap hari diberikan
latihan/kerja kemahiran-kemahiran asas Bahasa dan Matematik.
Sila isikan borang ini mengenai tiap-tiap murid yang anda calonkan untuk program pemulihan.
Nama Murid:_________________________________________________________
Jantina:________________Kelas:_______________Umur:____________________
Alamat Rumah:_______________________________________________________
Nama Guru Kelas:_____________________________________________________
Tanda tangan :__________________________
SILA BULATKAN YA ATAU TIDAK.
A. KEMAHIRAN MEMBACA
Komen
a. Murid boleh kenal dan menamakan huruf abjad Ya Tidak
13
Komen
b. Murid boleh sebut perkataan sehari-hari seperti baju, emak, adik, ayam, kedai dan lain-lain
Ya Tidak
c. Murid boleh baca ayat-ayat mudah serta menunjukkan kefahaman dengan membuat apa yang terkandung dalam ayat seperti:
Saya baca buku. Dia buka pintu.
Ya Tidak
d. Murid baca dan faham cerita-cerita sesuai dengan tahun 1, 2, dan 3 Ya Tidak
B. KEMAHIRAN MENGIRA
a. Murid boleh bilang 1 – 10 Ya Tidak
b. Murid boleh bilang 11 – 99 Ya Tidak
c. Murid boleh kenal 1 - 10 Ya Tidak
d. Murid boleh kenal 11 - 100 Ya Tidak
e. Murid boleh padankan objek dalam lingkungan 1 – 10 Ya Tidak
f. Murid boleh buat operasi tambah asas 1digit dengan 1digit Ya Tidak
g. Murid boleh buat operasi tambah mengumpul semula Ya Tidak
h. Murid boleh buat operasi tolak mengumpul semula Ya Tidak
i. Murid boleh buat operasi darab yang mudah Ya Tidak
j. Murid boleh buat operasi bahagi yang mudah Ya Tidak
C. TINGKAH LAKU DI DALAM KELAS
a. Menumpukan perhatian Ya Tidak
b. Ikut arahan Ya Tidak
c. Bertindak balas Ya Tidak
d. Selalu bising Ya Tidak
e. Selalu mengacau ketenteraman kelas Ya Tidak
f. Selalu tidak hadir Ya Tidak
g. Berkawan
Tarikh:_________________ Tandatangan:___________________________
Nama Guru:
2. Contoh Borang Latar Belakang Murid Pemulihan
A. LATAR BELAKANG UMUM
Nama:______________________________________________________________
14
Umur:____tahun____bulan Tarikh Lahir:__________________________________
Tempat Dilahirkan:____________________________________________________
Jantina:_________________ Agama:__________________________________
Tarikh Masuk Sekolah:______________________
Alamat Rumah:______________________________________________________
Bandar/Luar Bandar:_______________Jauh dari sekolah:____________________
Cara ke sekolah:_____________________________________________________
Pekerjaan Bapa/Penjaga:______________________________________________
Latar Belakang Pendidikan:____________________________________________ (sekolah rendah, menengah, maktab, universiti)
Tinggal dengan siapa: _______________________________________________
Bahasa Ibunda:_____________Bahasa yang digunakan di rumah:_____________
Bilangan kanak-kanak di rumah:________Lelaki:________Perempuan:________
Bilangan penghuni rumah:_______ Kedudukan dalam keluarga:________________ (sulung,tunggal,bongsu, dan sebagainya)Bilangan anak bersekolah dalam keluarga:_________________________________
Bantuan belajar di rumah:______________________________________________
Pengalaman prasekolah:_______________________________________________
B. MAKANAN DI RUMAH
Sarapan Ada Tiada
Makan Tengah Hari Ada Tiada
Makan Malam Ada Tiada
C. ALAT UNTUK MASA LAPANG SERTA PENDIDIKAN UMUM DI RUMAH
Permainan:
1. Luar Rumah:____________________________________________________
2. Dalam Rumah:__________________________________________________
T.V Ada Tiada
Radio Ada Tiada
Surat Khabar Ada Tiada
Majalah Ada Tiada
Buku-buku Ada Tiada
15
Video / VCD Ada Tiada
Perakam Ada Tiada
Bahasa: ______________________________________
Bahasa: ______________________________________
Bahasa:_______________________________________
D. RUMAH / PERABOT
Kuasa Elektrik: Ada Tiada
Kerusi: Ada Tiada
Meja: Ada Tiada
Bekalan Air: Paip / Telaga / Tali Air / Lombong
Jumlah Bilik: ________________
Jenis Rumah:______________________________
Tanda Tangan:__________________________
Nama Guru:_________________________
*Potong mana yang tidak berkenaan
3. Contoh Borang Pengumpulan Maklumat
Nama Murid: _____________________________________________
Kelas:___________________________________________________
Komen Mengenai Rekod:____________________________________
________________________________________________________
Perseorangan:_____________________________________________
________________________________________________________
Akademik (Termasuk dalam Borang Pencalonan)
________________________________________________________
________________________________________________________
Perbincangan dengan Guru Besar_____________________________
________________________________________________________
Perbincangan dengan Guru Kelas _____________________________
________________________________________________________
Perbincangan dengan ibu bapa / penjaga: ______________________
________________________________________________________
16
Pemerhatian Guru
Pemulihan:_______________________________________________
________________________________________________________
________________________________________________________
Komen Umum:____________________________________________
________________________________________________________
________________________________________________________
________________________________________________________
Keputusan: Murid ini DITERIMA / TIDAK DITERIMA untuk mengikuti program pemulihan di kelas khas.
Jabatan Pendidikan Khas (1999) :Buku Panduan Pelaksanaan Program Pendidikan Pemulihan Khas
4. Contoh Borang Skor Individu
Nama Murid: _______________________________________________________
Tahun: ____________________________
Kod Elemen: Membaca
17
1.2.1. Konsep
Bil. Item O B A T Catatan1. Kebolehan mengecam huruf
2. Kebolehan menamakan huruf
3. Kebolehan membunyikan vokal
4. Kebolehan menguasai suku kata KV, KVK, KVKK
5. Kebolehan membaca dan memahami perkataan VKV, KVKV, VKVK, dan perkataan yang mengandungi diftong, vokal berganding dan konsonan bergabung
6. Kebolehan membaca dan memahami perkataan
7. Kebolehan membaca dan memahami pelbagai jenis dan bentuk ayat
8. Kebolehan membaca dan memahami perenggan
Petunjuk:
O = Omit Apabila murid tidak memberi sebarang respon atau jawapan Respon atau jawapan murid tidak berkaitan
B = Belum (Belum menguasai perkara yang ditaksirkan)
A = Asas (Menepati kriteria: Penguasaan terhadap sesuatu konstruk pada peringkat asas berpandukan kriteria yang telah ditetapkan)
T = Tinggi (Penguasaan terhadap sesuatu konstruk yang melebihi daripada kriteria yang perlu ditetapkan)
Jabatan Pendidikan Khas (1999): Manual IPP3M
Anda telah meneliti maklumat dan menyempurnakan tugasan tentang pemulihan. Sila hubung-kaitkan maklumat tersebut dengan pengalaman anda sendiri dalam melaksanakan pengajaran pemulihan di sekolah.
Sehubungan dengan pengalaman anda itu, sediakan suatu refleksi terhadap keberkesanan pengajaran dan tindakan susulan yang diambil.
Dokumentasikan refleksi anda itu.
TAJUK 1.2 PENGAYAAN
18
1.2.1.1. Definisi
Kamus Dewan Edisi Keempat (2005: 693) mentakrifkan “pengayaan” sebagai
“perihal (usaha, proses, dsb) mengayakan, misalnya mengayakan atau meluaskan
kosa kata”. Pengayaan merupakan aktiviti tambahan kepada aktiviti asas
pembelajaran yang dilakukan sama ada semasa sesi persekolahan atau di luar
waktu persekolahan.
Mok Soon Sang (1990: 55) pula menjelaskan bahawa aktiviti pengayaan disediakan
untuk semua murid di dalam kelas, sama ada di peringkat sekolah rendah,
menengah, sama ada dalam kumpulan cerdas, sederhana, atau lambat. Menurutnya
lagi, melalui aktiviti pengayaan, murid-murid akan dapat memperluas pengalaman
dan pengetahuan sejajar dengan kebolehan dan minat mereka dalam sesuatu
bidang pelajaran tertentu.
Kesimpulannya, tujuan program pengayaan adalah untuk memperluas pengetahuan
dan pengalaman di samping memperkukuh kemahiran yang sedang dipelajari.
Penglibatan murid-muird dalam aktiviti ini membolehkan mereka mengembangkan
lagi sifat ingin tahu, minat, kreativiti, sikap berdikari dan bakat kepimpinan serta
melibatkan diri dalam membuat sesuatu keputusan untuk diri sendiri, kumpulan, dan
masyarakat.
1.2.1.2. Objektif Pengayaan
1. Menggunakan kemahiran-kemahiran yang telah dikuasai dalam pembelajaran
bagi memperluas pengetahuan dan pengalaman.
2. Menjalani kegiatan-kegiatan pembelajaran yang lebih mencabar.
3. Menimbulkan minat untuk pembelajaran kendiri dan menanam sikap berdikari.
4. Melahirkan daya cipta menerusi pemikiran dan kegiatan serta boleh menilai hasil
kerja sendiri.
5. Memupuk dan memperkembang asas kepimpinan.
6. Menggunakan masa lapang secara yang berfaedah mengikut keperluan minat
dan bakat.
7. Meminati dan menguasai bacaan luas dengan merujuk pelbagai bahan dan
sumber pengetahuan.
19
1.2.2. Prinsip Program Pengayaan
Sebelum meneruskan penelitian terhadap modul ini, anda mungkin dapat menghuraikan konsep dan objektif pengayaan, menggunakan perkataan anda sendiri. Selamat mencuba.
1.2.1.3. Siapakah Murid Pengayaan?
1. Secara umumnya, mereka yang menguasai kemahiran “3M” serta berdaya
pemikiran abstrak. Murid kategori ini berkemampuan menganalisis sesuatu untuk
membezakan hal yang penting daripada hal yang kurang penting seperi dalam
kefahaman dan dapat penganalisisan teks.
2.Mempunyai kelebihan mengkoordinasi pancaindera dengan pemikiran,
pengamatan, pendengaran, dan pertuturan.
3. Berupaya menerima konsep-konsep baru, boleh mengingat kembali, cerdas serta
berpengalaman tentang alam keliling.
4. Mempunyai keyakinan diri yang tinggi dan boleh bertindak balas dengan bebas
serta kreatif.
5. Berkebolehan belajar sesuatu dalam waktu yang terhad. Murid sebegini
mempunyai darjah kecerdasan yang tinggi berbanding dengan rakan sebaya
mereka yang yang lain.
SASARAN MURID
1.2.2.1. Prinsip Pengayaan
1. Memberi penekanan kepada aktiviti yang bersifat kreatif dan eksperimental;
2. Membuat kerja sendiri dan hasilan kendiri;
20
SEMUA
CERDASDapat menguasai
kemahiran lebih awal dari jangka masa yang
ditetapkan
SEDERHANADapat meguasai
pelajaran dalam jangka masa yang ditetapkan
LAMBATTidak dapat meguasai pelajaran
dalam jangka masa yang ditetapkan
1.2.3. Prosedur Program
3. Menggunakan daya usaha sendiri;
4. Memberi peluang untuk mengembangkan sifat kepimpinan sosial;
5. Menggunakan kaedah dan organisasi yang mudah ubah;
6. Melibatkan pembacaan luas.
Apakah pandangan anda tentang konsep pengayaan? Apakah konsep ini mudah difahami atau sebaliknya? Supaya anda mudah mengingati maklumat yang disampaikan, sila buat catatan ringkas untuk dirujuk pada bila-bila masa.
Sebelum anda meneruskan penelitian terhadap kandungan modul, cuba jawab soalan yang berikut: Siapakah kumpulan sasaran bagi program pengayaan di sekolah? Apakah prinsip yang diamalkan oleh guru apabila menjayakan program pengayaan?
Anda digalakkan melayari lelaman web yang berkaitan untukmenambah maklumat tentang pengayaan. Cuba layari www.kpm.edu.gov.my dan kenali kementerian yang menaungi sistem pendidikan negara kita.
1.2.2.2. Rumusan Prinsip Pengayaan
Grafik yang dipaparkan di atas mudah anda fahami. Bagaimanakah anda dapat menunjukkan kefahaman anda dengan membina grafik sendiri. Silakan.
21
PENGAYAANAktiviti tambahan kepada aktiviti asas
pembelajaran yang dijalankan sama ada di dalam atau di luar bilik darjah
UNSURMenambahkan pengetahuanMeluaskan pengalamanMemperkukuh kemahiranMencabar minda
TUJUANMengembangkan minat, kreativiti dan sifat ingin tahuMemupuk sikap ingin tahuMencungkil bakat kepimpinanBijak membuat keputusan sendiri
1.2.3.1. Strategi Pelaksanaan Aktiviti Pengayaan
1. Kumpulan mengikut kebolehan
Kelas dibahagikan kepada tiga kumpulan: cerdas, sederhana dan lambat.
Setiap kumpulan menjalankan aktiviti pengayaan dengan menggunakan
kemahiran yang sama tetapi kadar kesukaran yang berbeza. (mengikut
kemahiran yang ingin dikuasai murid)
2. Aktiviti pengayaan berjalan serentak dengan aktiviti pemulihan
Semasa murid-murid cerdas dan sederhana menjalankan aktiviti
pengayaan, murid-murid lambat menjalankan aktiviti pemulihan.
Arahan yang diberikan kepada kumpulan cerdas dan sederhana perlu
jelas agar mereka dapat menjalankan aktiviti pengayaan secara individu
tanpa bimbingan guru.
Guru boleh memberi perhatian atau membantu murid-murid lambat
menjalani aktiviti pemulihan.
3. Aktiviti pengayaan melalui kumpulan pelbagai kebolehan
Murid-murid cerdas akan dilatih membantu murid-murid lambat
menjalankan aktiviti pengayaan yang disediakan.
Murid-murid cerdas dapat menambahkan pengalaman memimpin dan
memupuk semangat kerjasama antara murid dalam kumpulan
masing-masing.
Cara ini amat sesuai untuk menjalankan pelbagai aktiviti yang berlainan
pada masa yang sama.
Antara aktiviti yang boleh dilaksanakan ialah kerja projek, permainan dan
rekreasi, bacaan tambahan dan sebagainya.
1.2.3.2. Pengelolaan Aktiviti Pengayaan
Aktiviti pengayaan boleh dijalankan berdasarkan:
1. Pilihan Murid:
Aktiviti pengayaan dijalankan secara tidak formal, iaitu guru hanyalah
sebagai pendorong dan penggalak kepada murid-murid untuk memilih
dan menjalankan aktiviti-aktiviti yang telah disediakan.
22
Bagi murid cerdas dan sederhana, bimbingan khusus daripada guru
kurang diperlukan kerana kebanyakan aktiviti pengayaan yang diberikan
adalah berbentuk belajar kendiri. Oleh itu, untuk memudahkan
pengelolaan bilik darjah, guru bolehlah memberi bimbingan kepada murid
yang lambat.
Memandangkan murid-murid lebih senang berinteraksi dan belajar
dengan rakan-rakan sebaya, guru bolehlah pada masa tertentu
mendapatkan bantuan daripada murid-murid yang cerdas bagi membantu
murid-murid yang lambat menjalankan aktiviti mereka, sama ada secara
individu atau berkumpulan. Cara ini bukan saja berfaedah kepada murid-
murid yang lambat tetapi juga berfaedah kepada murid-murid yang
cerdas kerana secara tidak langsung pengetahuan dan pengalaman
mereka bertambah. Di samping itu, bakat kepimpinannya dapat
dikembangkan serta semangat kerjasama dalam kalangan murid dapat
dipupuk.
Setelah murid-murid selesai menjalani sesuatu aktiviti yang diberikan,
hasil kerja mereka hendaklah diberikan penghargaan, misalnya dengan
cara mempamerkan hasil kerja mereka atau mengadakan perbincangan
kelas.
2. Pilihan Guru:
Biasanya aktiviti-aktiviti ini dijalankan secara formal untuk semua murid
mengikut peringkat keupayaan mereka. Pengajaran pembelajaran boleh
dijalankan berdasarkan aktiviti-aktiviti yang dicadangkan oleh buku teks
atau buku panduan khas yang ditetapkan. Pengayaan hendaklah
dijalankan selepas murid-murid diberikan aktiviti-aktiviti asas untuk
sesuatu kemahiran. Aktiviti-aktiviti ini adalah untuk membantu murid-
murid mengukuhkan kemahiran yang sedang dipelajari.
Anda masih ceria mempelajari tajuk pengayaan ini? Jika ya, syabas! Sila lakarkan peta konsep tentang dua subtajuk di atas.
1.2.3.3. Pelaksanaan Aktiviti Pengayaan
Aktiviti-aktiviti pengayaan boleh dilaksanakan dalam keadaan yang berikut:
1. Dalam masa yang telah ditentukan setiap hari, iaitu guru memilih masa
tertentu dalam mana-mana mata pelajaran;
2. Selepas menjalankan aktiviti-aktiviti asas untuk sesuatu kemahiran, untuk
memperkukuh kemahiran yang telah dipelajari;
23
3. Selepas menguasai sesuatu kemahiran atau sejumlah kemahiran, iaitu
murid yang menguasai kemahiran diajar lebih awal daripada rakan
yang lain;
4. Selepas menguasai semua kemahiran dalam sesuatu unit pembelajaran,
seiring dengan program pemulihan yang diberikan kepada kumpulan murid
yang lambat menguasai kemahiran yang diajar atau menggunakan murid
yang telah menguasai kemahiran sebagai Pembimbing Rakan Sebaya (PRS).
1.2.3.4. Aktiviti-Aktiviti Pengayaan
Antara aktiviti pengayaan yang boleh dijalankan di sekolah ialah:
1. Bacaan Tambahan:
kad-kad bacaan mengikut tajuk dan tema
buku pengetahuan dan cerita kanak-kanak
majalah pengetahuan pelajar
surat khabar / keratan akhbar / sisipan akhbar
risalah-risalah / brosur
2. Kerja Projek:
lawatan, misalnya ke akuarium atau ke kebun sains
melapor peristiwa
menulis cerita
membuat zoo mini sekolah
mengumpul setem, gambar, keratan akhbar – buku skrap
mengadakan pameran bilik darjah
minggu bahasa (kuiz, teka silang kata)
3. Permainan dan Rekreasi:
teka silang kata
teka benda
teka-teki
mencari jalan keluar
menyambung titik
mencari tajuk kepada sesuatu gambar / cerita
mencari benda tersembunyi
meneka bunyi
dam
catur
24
Shahiba
bingo
ular dan tangga
jigsaw puzzle
bermain bentuk geometri
rubic cube
Nampaknya anda berjaya menyelesaikan kesemua tugasan yang diberikan. Tahniah. Satu lagi tugasan yang perlu anda laksanakan, iaitu semasa anda menghadiri tutorial. Berdasarkan pengalaman mengajar dalam bilik darjah, laksanakan aktiviti pengajaran berpandukan maklumat dalam modul.
Pilih empat aktiviti pengayaan yang telah dilaksanakan untuk dibincangkan dalam sesi tutorial.
Itu saja yang perlu anda lakukan.......SELAMAT BERJAYA.
Rujukan
Ab. Rahman Ab. Rashid, Yap Kim Fatt, dan Abd. Rahim Selamat (1997). Pengajian Melayu 1. Kuala Lumpur: Longman.
Jabatan Pendidikan Khas (1999a). Manual IPP3M. Kuala Lumpur.
Jabatan Pendidikan Khas (1999b). Buku panduan pelaksanaan program pendidikan pemulihan khas. Kuala Lumpur.
25
Kamaruddin Husin dan Siti Hajar Abdul Aziz (1998): Pengajian Melayu 5 dan 6. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman.
Mok Soon Sang (1990). Pemulihan, Pengayaan dan Isu Pendidikan. KualaLumpur: Kumpulan Budiman.
Sidang Editor (2005). Kamus Dewan Edisi Keempat. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
AHLI PANEL PENULIS MODUL
Bil. Nama dan Alamat Kelulusan dan Pengalaman
1PENASIHATMunsyi Zainal Abidin b. Hj. KasimBahagian Pendidikan GuruKementerian Pelajaran Malaysia
B.A. (Hons.) UMGuru Bahasa Melayu 10 tahunPensyarah Bahasa Melayu 6 tahunMunsyi Dewan 7 tahun
2Hjh. Ramlah bt. Abdul RahmanJabatan Pengajian Melayu,Maktab Perguruan Tengku
B. Litt. (Hons.) UKMM. Ed. UTMGuru Bahasa Melayu 8 tahun
26
Ampuan Afzan, 27200 Kuala Lipis, Pahang
Pensyarah Pengajian Melayu 15 tahun
3
Munsyi Mohamad b. MusipJabatan Pengajian MelayuMaktab Perguruan Perempuan Melayu, Durian Daun75400 Melaka
B. Ed. (PBMP) UPMM. Ed. (Pendidikan Bahasa) UMSijil Perguruan Asas MPSI (UPSI)Guru Bahasa Melayu 13 tahunPensyarah Pengajian Melayu 11 tahunMunsyi Dewan (DBP) 11 tahun
4Mohd. Shafiee bin HassanJabatan Pengajian Melayu,Maktab Perguruan Tuanku Bainun, Mengkuang, 14000 Bukit Mertajam
B.A. (Hons.) USMM. Ed. USMSijil Perguruan Asas MPSI (UPSI)Pensyarah Pengajian Melayu 10 tahun
AHLI PANEL PEMURNIAN MODUL
Bi
l.
Nama dan Alamat Kelulusan dan Pengalaman
1PENASIHATMunsyi Zainal Abidin b. Hj. KasimBahagian Pendidikan GuruKementerian Pelajaran Malaysia
B.A. (Hons.), UM.Guru Bahasa Melayu 10 tahun.Pensyarah Bahasa Melayu 6 tahun.Munsyi Dewan 7 tahun.
27
2
Hjh. Sabura bt. Mohamad Daud MaricanJabatan Pengajian Melayu,Maktab Perguruan Kota Bharu,16109 Kota Bharu, Kelantan.
B.A. (Hons.), UM.Ijazah Sarjana Pengajian Bahasa Moden, UM.Diploma Pendidikan, UM.Guru Bahasa Melayu dan Kesusasteraan Melayu 10 tahun.Pensyarah Pengajian Melayu 15 tahun.Ketua Jabatan Pengajian Melayu 6 tahun.
3
Munsyi Mohamad b. MusipJabatan Pengajian MelayuMaktab Perguruan Perempuan Melayu, Durian Daun, 75400 Melaka
B. Ed. (PBMP), UPM.M. Ed. (Pendidikan Bahasa), UM.Sijil Perguruan Asas MPSI (UPSI)Guru Bahasa Melayu 13 tahun.Pensyarah Pengajian Melayu 11 tahun.Munsyi Dewan (DBP) 11 tahun.
4
Ghazali bin IsmailJabatan Pengajian Melayu,Maktab Perguruan Tengku Ampuan Afzan, 27200 Kuala Lipis, Pahang Darul Makmur
B.A. (Hons.), UKM.M.A. (Kesusasteraan Melayu).Diploma Pendidikan, IBMM.Guru Bahasa Melayu dan Kesusasteraan Melayu 6 tahun.Pensyarah Pengajian Melayu 5 tahun.
5
Maniyamin bin Haji IbrahimJabatan Pengajian Melayu,Maktab Perguruan Tuanku Bainun, Mengkuang, 14000 Bukit Mertajam
B.A. (Hons.) Kelas Pertama, UM.M.MS (Kesusasteraan Melayu). UM.Diploma Falsafah Sains Islam ISISnSijil Perguruan Khas, IBMM.Sijil Perguruan Asas, IPSI (UPSI).Guru Bahasa Melayu 13 tahun.Pensyarah Pengajian Melayu 3 tahun.
28
top related