pemetaan rhp 1,2,3,
Post on 03-Jul-2015
3.677 Views
Preview:
TRANSCRIPT
UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS
35900 TANJONG MALIM
PERAK DARUL RIDZUAN
KPD 6033
PENGAJARAN KEMAHIRAN BERFIKIR
Tugasan Individu Ke-3 :
“Modul Pengajaran & Pembelajaran Bahasa Melayu
Tingkatan Satu”
PENSYARAH :
PROFESOR. RAJENDRAN A/L NAGAPPAN
FAKULTI PENDIDIKAN DAN PEMBANGUNAN MANUSIA
Disediaka oleh:
Sit Meng Foong (M20092000889)
Program Sarjana ( Pengurusan Pendidikan )
Fakulti Pendidikan dan Pembangunan Manusia
Tarikh : 23 Mac 2011
PEMETAAN RANCANGAN MENGAJAR
Mata Pelajaran : Bahasa Melayu
Tingkatan : 1
Tema : Menjaga Kebersihan Sekitar
Unit pelajaran/
Bahan
rangsangan
Kandungan Pelajaran
Objektif/ Hasil pembelajaran
Kaedah Mengajar
Kaedah Penilaian
1.Rumusan
bahan grafik
Kandungan
sampah sarap di
tong sampah setiap hari
di Malaysia
a) mengemukakan isi-isi penting
yang terdapat dalam Carta Pai.
b) menghuraikan tentang kandungan sampah sarap di dalam tong sampah setiap hari
di Malaysia.
c) membuat sebuah rumusan yang lengkap tidak melebihi 120 patah perkataan.
Kemahiran
Berfikir: Merumus
dan mentafsir maklumat
Penerangan
Perbincangan dua hala
Soal jawab
Aktiviti
kumpulan
Latihan
pengukuhan
Perbentangan
2.Pelajar ditayangkan
video berkaitan pembuangan
sampah
sarap.
Cara-cara Pembuang
an sampah sarap.
a) menyenaraikan sekurang kurangnya tiga cara
pembuangan sampah.
b) menganalisis dua kebaikan dan kelemahan sistem pembuangan sampah.
c) menganalisis maklumat dan
hujah serta mengemukakan sebab dan kesimpulan dengan menggunakan carta aliran,
senarai semak dan pengurusan grafik.
Kemahiran Berfikir:
Mencari Sebab dan
Membuat Kesimpulan,
Menjana idea
Penerangan Perbincangan
dua hala
Soal jawab Aktiviti
kumpulan
Latihan
pengukuhan
Perbentangan
Unit
pelajaran/ Bahan
rangsangan
Kandungan
Pelajaran
Objektif/
Hasil pembelajaran
Kaedah
Mengajar
Kaedah
Penilaian
3.Rumusan
petikan
Kelebihan-
kelebihan program
kitar semula
a) Menyenaraikan empat kebaikan
program kitar semula.
b) Menyatakan semula secara lisan tiga kaedah pelaksanaan program kitar semula.
c) Mencatat lima isi penting
daripada petikan; dan membuat sebuah ringkasan yang tidak melebihi 80 patah perkataan.
Kemahiran
Berfikir: Menerangkan
sebab-sebab Peta Minda
Penerangan
Perbincangan dua hala
Soal jawab
Aktiviti kumpulan
Latihan
pengukuhan
Perbentangan
RINGKASAN KONSEP
DAN
ISI PENTING
RANCANGAN HARIAN
MENGAJAR
NOTA/KANDUNGAN TOPIK YANG DIAJAR Rancangan Harian Mengajar Ke-
1:
Kemahiran Berfikir : Merumus dan Mentafsir Maklumat
1. Definisi
Merumus, meringkas atau memendekkan maklumat.
2. Langkah-langkah merumus dalam Penyusunan Lisan:
i) Membacam mendengar dan memahami maklumat.
ii) Mengenalpastkan idea utama, idea sokongan dan butir terperinci dalam maklumat.
iii) Mengenalpastikan idea-idea utama.
iv) Menerangkan sama ada dalam lisan atau tulisan idea-idea utama
secara ringkas.
v) Membuat keputusan.
Langkah-langkah merumus dalam Penyusunan Grafik:
i)
Idea Utama Idea Sokongan Butir Terperinci
Kemahiran Berfikir Mentafsir Maklumat :
1. Definisi Proses memberi penerangan yang rasional tentang sesuatu objek, peristiwa,
gambar rajah, graf, perkataan atau pola daripada maklumat yang dikumpulkan.
2. Tujuan kemahiran ini digunakan untuk:
i) Membuat Keputusan. ii) Meramal. iii) Menghubung kait. iv) Menganalisis.
3. Langkah-langkah dalam penyusunan lisan:
i) Mengumpulkan maklumat.
ii) Menentukan pola maklumat. iii) Membuatkan keputusan yang rasional.
NOTA/KANDUNGAN TOPIK YANG DIAJAR Rancangan Harian Mengajar Ke-
2:
Kemahiran Berfikir : Mencari Sebab dan Membuat Kesimpulan
1. Definisi
Kemahiran mencari sebab dan membuat kesimpulan ialah keupayaan
menggunakan minda untuk menganalisis dan menilai sebab-sebab bagi mencari kesimpulan yang tepat dan jitu.
2. Tujuan
Kemahiran memberi sebab dan membuat kesimpulan ini adalah penting kerana dengan menguasai kemahiran ini kita:
i) Tidak mudah membuat keputusan atau kesimpulan tanpa menganalisis
sebab munasabah atau maklumat yang diterima.
ii) Dapat membuat kesimpulan atau keputusan yang terbaik kerana kita telah mengambil kira semua faktor.
iii) Tidak akan mudah terpengaruh dengan kesimpulan atau keputusan,
sebab atau hujah yang dikemukakan sehingga membuat keputusan yang salah.
iv) Dapat menggunakannya semasa memberi hujah atau cadangan bagi
meyakinkan orang lain.
v) Boleh membentuk individu berfikiran kritis dan analitis.
vi) Boleh membentuk individu berfikiran kritis dan analitis.
vii) Boleh menyediakan hujah-hujah bagi membuat persediaan untuk
perbahasan.
3. Langkah-langkah Menguasai Kemahiran Menerangkan Sebab dan Membuat Kesimpulan.
i) Meneliti apa yang cuba diyakinkan oleh seseorang.
ii) Apakah sebab-sebab yang cuba dikemukakan?
iii) Kenal pasti kata kunci. Misalnya: Oleh sebab itu, oleh yang
demikian, oleh sebab, kerana, jika dan kalau.
iv) Apakah kesimpulan yang cuba dikemukakan?
v) Apakah sebab-sebab (pros dan cons) atau yang tersirat yang tidak
dikemukakan?
vi) Berfikir terbuka.
vii) Berwaspada terhadap maklumat atau sebab yang boleh kita tertipu
(fallacious)
Semasa mencari sebab dan membuat kesimpulan, kadang-kadang kita menghadapi beberapa halangan seperti yang berikut:
Kesukaran mencari sebab-sebab dan kesimpulan yang benar-benar
tepat. Ada sesetengah sebab tiada kata kunci. Kesukaran menilai sebab sama ada yang dikemukakan itu tepat atau
tidak. Sukar untuk memberikan sebab-sebab yang tersirat yang tidak
dikemukakan secara tepat.
4. Penggunaan Pengurusan Grafik
Sebagaimana juga kemahiran-kemahiran berfikir yang lain, kemahiran ini
dapat kita kuasai dengan berkesan dengan penggunaan alat-alat yang
berikut:
Carta Aliran
Senarai Semak Pengurusan Grafik
NOTA/KANDUNGAN TOPIK YANG DIAJAR Rancangan Harian Mengajaran
Ke-3:
Kemahiran Berfikir : Menerangkan Sebab
1. Definisi
Kemahiran Menerangkan Sebab merupakan keupayaan menggunakan minda
untuk mengkaji dan menjelaskan sebab-sebab sesuatu kejadian atau peristiwa itu berlaku berdasarkan alasan dan bukti yang munasabah.
2. Tujuan
Kemahiran Menerangkan Sebab dapat kita gunakan untuk:
i) mencari pelbagai punca kemungkinan sebab mengapa sesuatu perkara itu berlaku.
ii) memberikan seberapa banyak alasan kemungkinan sebab mengapa perkara itu berlaku.
iii) memberi seberapa banyak alasan dan sah untuk mengesahkan kebenaran alasan kemungkinan sebab yang
diberikan.
iv) Membuat kesimpulan yang tepat berdasarkan bukti-bukti seberapa yang sah dan konkrit.
3. Langkah-langkah Menguasai Kemahiran Menerangkan Sebab
i) kenal pasti apakah peristiwa atau perkara yang berlaku.
ii) buat tinjauan kemungkinan-kemungkinan sebab perkara itu berlaku. Tulislah kemungkinan-kemungkinan tersebut pada kertas
atau papan tulis. iii) kaji setiap kemungkinan dengan menggunakan
pengurasan grafik. iv) fikirkan dan nyatakan kemungkinan bukti yang dapat
menjelaskan sebab kepada perkara yang berlaku. v) nyatakan bukti sebenar yang mengukuhkan kesanan
kemungkinan bukti.
vi) nilaikan sebab-sebab sebenar berlakunya perkara itu.
4. Penggunaan Pengurusan Lisan dan Pengurusan Grafik
Soalan-soalan untuk mencungkil sebab dan akibat sesuatu kejadian itu dalam membuat sesuatu keputusan. Kita juga akan terjebak untuk
melakukan kesilapan sekiranya pemikiran kita tidak disusun dengan baik.
MODUL
RANCANGAN
HARIAN MENGAJAR
KE-1
RANCANGAN HARIAN MENGAJAR Ke-1 BAHASA MELAYU Tingkatan Satu
Mata Pelajaran : Bahasa Melayu
Tingkatan : 1 Keledang Bilangan pelajar : 30 Masa : 40 minit
Tema : Menjaga Kebersihan Sekitar
Tajuk Pelajaran : Rumusan Bahan Grafik.Membuat satu rumusan tentang kandungan sampah sarap di tong sampah setiap hari di Malaysia. Panjang rumusan hendaklah tidak lebih 120 perkataan.
Kemahiran : 1.3 Mendengar dan memahami maklumat tertentu seperti isi Bahasa penting datema.
1.17 Menyatakan maklumat dan pendapat dengan tepat.
1.19 Menghuraikan sesuatu berpandukan bahan rangsangan seperti bahan grafik.
2.8 Membaca mengikut arahan bahan grafik yang bertulis. 3.13 Menulis penyataan daripada bahan grafik.
Kemahiran : Merumus dan Mentafsir Maklumat
Objektif : Pada akhir pengajaran pelajar akan dapat:-
a) mengemukakan isi-isi penting yang terdapat dalam Carta Pai. b) menghuraikan tentang kandungan sampah sarap di
dalam tong sampah setiap hari di Malaysia. c) membuat sebuah rumusan yang lengkap tidak melebihi
120 patah perkataan.
Penyerapan : 1) Ilmu : Alam Semesta, Pendidikan Jasmani dan Kesihatan 2) Nilai : Cinta alam sekitar, Prihatin.
Bahan Sumber Pengajaran dan Pembelajaran : i) Slaid
ii) Penyusunan Grafik.
CATATAN : Proses P&P dijalankan di bilik yang mempunyai kemudahan sistem komputer
Langkah
/ Masa
Isi
Kandungan
Aktiviti
Pengajaran dan Pembelajaran
Bahan
Sumber
Kemahiran/
Strategi
Induksi Set
(5minit)
Pengenalan: Fakta Sampah
sarap
1. Guru menayangkan klip Video dan gambar bahan pembuangan sampah.
2. Guru dan pelajar berbincang
tentang bahan-bahan sampah sarap tersebut
3. Murid menyatakan jenis bahan buangan sampah
yang mereka ketahui.
4. Guru memperkenalkan tajuk
pelajaran “Rumus Bahan Grafik”.
Perisian Persembahan
klip video
(dari internet)
Slaid power point:
gambar-gambar bahan
pembuangan sampah
Menjana idea
Langkah
1 (7minit)
Penjelasan Isi
kandungan Carta Pai: „kandungan
sampah sarap di dalam tong
sampah setiap hari‟ di Malaysia.
1. Guru meminta pelajar
meneliti carta pai dalam Rajah BM 1 dan mencatat isi penting dengan
menggunakan ayat yang lengkap.
2. Pelajar diminta
mengemukakan isi penting
daripada carta pai.
3. Guru dan pelajar bersama- sama membuat rumusan tentang kandungan sampah
sarap di tong sampah setiap hari di Malaysia dan
mengemukakan isi tersirat:
Slaid
Rajah Carta Pai
Kaedah
berpasangan
dan
Teknik
perbincagan
Langkah 2
(7minit)
Penjelasan Kemahiran
Berfikir
1. Guru menjelaskan kemahiran berfikir yang harus digunakan
dalam mentafsir carta pai ialah kemahiran mentafsir maklumat
dan guru menerangkan cara- cara melaksanakan kemahiran
ini.
Merumus dan
mentafsir maklumat
Langkah
/ Masa
Isi
Kandungan
Aktiviti
Pengajaran dan Pembelajaran
Bahan
Sumber
Kemahiran/
Strategi
2. Pelajar dibahagikan kepada 4 kumpulan membincang dan mencatat isi-isi tersirat
berkaitan kandungan sampah sarap di tong sampah setiap
hari di negara kita.
3. Ketua kumpulan
mengemukakan hasil perbincangan kumpulan
masing-masing. Guru menggunakan kaedah kumpulan dan teknik sumbang
saran.
Borang Penyusunan Grafik
Menjana idea
Langkah 3
(3minit)
Soalan Releksi dan
Metakognitif
1. Guru bertanyakan murid:
a. Apakah jenis kemahiran berfikir yang kita gunakan tadi?
b. Bolehkah kita menggunakan kemahiran
ini untuk mentafsir carta aliran tentang proses pembuatan kertas?
Sesi Soal Jawab
Memberi
pendapat
Langkah
4 (20
minit)
Latihan
Bertulis
1. Guru menerangkan bahawa
kemahiran berfikir yang digunakan semasa merumus
maklumat tadi ialah kemahiran merumus dan guru menerangkan cara-cara
membuat rumusan.
2. Semua pelajar diminta membuat rumusan dalam buku latihan yang panjangnya
tidak melebihi 120 patah perkataan.
3. Guru memberi panduan cara
menulis rumusan.
Aktiviti
Kerja rumah
Buku Latihan Pelajar
Merumus
dan mentafsir
maklumat
Penulisan
Langkah
/Masa
Isi
Kandungan
Aktiviti
Pengajaran dan Pembelajaran
Bahan
Sumber
Kemahiran/
Strategi
Penutup
(5minit)
1. Guru meminta dua orang murid membaca rumusan masing-masing di hadapan
kelas.
Hasil Pembentangan
Kerja
pelajar
Penilaian
PENDAHULUAN
Carta Pai menunjukkan kandungan sampah sarap setiap hari di Malaysia
ISI TERSURAT ISI TERSIRAT
S1 Kertas merupakan kandunganyang paling banyak iaitu 40%
S3 Manakala sisa kebun sebanyak13%
S2 Ini diikuti makanan sebanyak17%
T1
T3
T2
S4 Kandungan sampah sarap yang paling sedikit ialah tekstil, getah dankulit, serta plastik yang menyumbang 2% setiap satu.
T4
PENUTUP
Kesimpulannya, usaha mengitar semula barangan yang terbuang merupakanusaha terpuji dan harus mendapat perhatian setiap ahli masyarakat demi
mengurangkan masalah tempat pembuangan sampah
PENDAHULUAN
Carta Pai menunjukkan kandungan sampah sarap setiap hari di Malaysia
ISI TERSURAT ISI TERSIRAT
S1 Kertas merupakan kandunganyang paling banyak iaitu 40%
S3 Manakala sisa kebun sebanyak13%
S2 Ini diikuti makanan sebanyak17%
T1 kebanyakan sampah sarap ini dapatdikitar semula, contohnya kertas yang dikitar semula dapat menyelamat 17 batang pokok dari ditebang untukmembuat 1 tan kertas.
T3 Kitar semula juga dapat menjaminkebersihan sumber galian bijih dan besi.
T2 Logam dan aluminium dapat dikitar danboleh menyelamatkan kita daripadakehabisan sumber galian bijih dan besi.
S4 Kandungan sampah sarapyang paling sedikit ialahtekstil, getah dan kulit, sertaplastik yang menyumbang 2% setiap satu.
T4 Kitar semula juga dapat mengatasimasalah kekurangan tapak pelupusansampah.
PENUTUP
Kesimpulannya, usaha mengitar semula barangan yang terbuang merupakanusaha terpuji dan harus mendapat perhatian setiap ahli masyarakat demi
mengurangkan masalah tempat pembuangan sampah
RANCANGAN HARIAN MENGAJAR Ke-2 BAHASA MELAYU Tingkatan Satu
Mata Pelajaran : Bahasa Melayu
Tingkatan : 1 Keledang Bilangan pelajar : 30 orang Masa : 70 minit
Tema : Menjaga Kebersihan Sekitar
Tajuk : Cara-cara pembuangan sampah Kemahiran Bahasa : 1.4 Memberikan komen dan pandangan tentang sesuatu
cerita atau maklumat yang diberikan. : 3.2 Menghuraikan maklumat dengan alasan yang
menyakinkan. : 4.4 Menyatakn pilihan untuk menolak atau menerima
sesuatu pendapat dalam perundingan untuk mencapi
kata sepakat.
Kemahiran Berfikir : Mencari Sebab dan Membuat Kesimpulan, Menjana idea Menganalisis, Penilaian
Objektif : Pada akhir pengajaran pelajar akan dapat:-
a) menyenaraikan sekurang-kurangnya tiga cara pembuangan sampah.
b) menganalisis dua kebaikan dan kelemahan sistem pembuangan sampah.
c) menganalisis maklumat dan hujah serta mengemukakan
sebab dan kesimpulan dengan menggunakan carta aliran, senarai semak dan pengurusan grafik.
Penyerapan : 1) Ilmu : Alam Semesta, Pendidikan Jasmani dan Kesihatan 2) Nilai : Cinta alam sekitar, Prihatin.
Bahan Sumber Pengajaran dan Pembelajaran : i) Slaid
ii) Petikan iii) Carta Aliran, Senarai Semak,
Penyusunan grafik.
CATATAN : Proses P&P dijalankan di bilik yang mempunyai kemudahan sistem komputer
Langkah/
Masa
Isi
Kandungan
Aktiviti
Pengajaran dan Pembelajaran
Bahan
Sumber
Kemahiran/
Strategi
Induksi Set
(5 minit)
“Pembuanga
n sampah”.
1. Guru menayangkan slaid gambar tapak pelupusan
kawasan sampah.
2. Pelajar memerhatikan slaid yang mengandungi gambar
berkaitan aktiviti pembuangan sampah yang ditayangkan oleh guru.
3. Sesi bersoal jawab
Slaid yang bergambar
lori angkut sampah
dan tapak pelupusan kawasan
sampah
Sumbang saran
Menjana idea
Langkah 1
(15 minit)
Perkenalkan
kemahiran, proses berfikir
1. Main peranan, guru meminta seorang pelajar berlakon
sebagai : Jurujual syampu sedang mempengaruhi pelanggan untuk membeli
syampu.
2. Guru mengemukakan beberapa soalan kepada pelajar-pelajar :
i) Apakah yang sedang dilakukan
oleh jurujual?
ii) Mengapakah mereka berbuat
demikian?
iii) Adakah dalam kehidupan kita
sehari-hari kita dipengaruhi
atau cuba mempengaruhi?
Berikan contoh.
3. Guru membuat rumusan dan
penerangan: Dalam kehidupan seharian kita sering
dipengaruhi, terpengaruhi dan mempengaruhi orang lain.
4. Guru mengemukakan beberapa soalan kepada
pelajar-pelajar: a. Bagaimanakah cara jurujual
iklan dan sebagainya
mempengaruhi kita?
b. Apakah kesan jika kita mudah
percaya dengan sebab, hujah,
maklumat atau kesimpulan
yang diberikan?
Gambar
iklan syampu
Sumbang
saran Menjana
idea
Menganalisi Menghubung
kait
Langkah/
Masa
Isi
Kandungan
Aktiviti
Pengajaran dan Pembelajaran
Bahan
Sumber
Kemahiran/
Strategi
5. Guru dapatkan jawapan 4b sebanyak mungkin dan catatkan dalam slaid power
point jawapan yang ada kaitan: mengemukakan sebab,
memberi hujah yang baik, kesimpulan yang tepat, maklumat terbaik dan syor
yang menarik.
6. Guru memberi penerangan kepada pelajar bahawa sesetengah individu atau iklan
menggunakan “kata kunci” semasa menerangkan sebab,
kesimpulan, syor atau hujah.Misalnya: kerana, sebab, oleh yang demikian, oleh sebab
itu, maka, jika, kalau
Perisian Power Point
Menghubung
kait
Langkah
2 (25minit)
Menggunak
an rangsangan sebagai
panduan latihan dan
aktiviti
1. Guru meminta pelajar membaca
petikan yang diedarkan dan pelajar dibahagikan kepada 6 kumpulan dan berbincang
sesama diri untuk menjawab soalan-soalan dengan bantuan
carta aliran, senarai semak dan penyusuan grafik.
2. Pelajar menggunakan carta aliran (rujuk lampiran I) untuk
berbincang tentang cara memproses sebab dan kesimpulan yang terdapat
dalam petikan.
3. Guru meminta pelajar-pelajar menggunakan borang pengurusan grafik (rujuk
lampiran II) untuk mengisi sebab dan kesimpulan.
Slaid yang
Mengandungi, Petikan,
Senarai Semak.
Carta aliran,
Perbincang
an
Menjana idea
Mencari sebab dan membuat
kesimpulan
Langkah/
Masa
Isi
Kandungan
Aktiviti
Pengajaran dan Pembelajaran
Bahan
Sumber
Kemahiran/
Strategi
4. Guru mengedarkan borang senarai semak (rujuk lampiranIII) dan suruh
pelajar berbincang mengenai apakah sebab-sebab lain
yang tidak dikemukakan sebelum ini yang boleh mempengaruhi kesimpulan
yang akan dibuat.
5. Pelajar menggunakan borang carta aliran, untuk mengisi borang tersebut seperti yang
dilakukan dalam perkara 3(rujuk lampiran IV-V).Guru
meminta pelajar berbincang dalam kumpulan mengenai soalan yang dikemukakan:
“Adakah hujah bahawa guna semula sampah sarap lebih
baik daripada ditanam, dibakar dan dibuang lebih menyakinkan kamu?”
6. Ketua kumpulan
membentangkan laporan kumpulan masing-masing dan digalakkan berbincang
secara terbuka untuk mendapat pandangan lain
daripada pelajar.
Borang
Penyusunan
Grafik
Lembaran
Kerja alat-
alat seperti:
Senarai
semak,
Carta aliran,
dan borang
Pengurusan
Grafik.
Menganlisi
Penilaian
Pembentan
gan hasil kerja dan Membuat
rumusan
Langkah 3
(20 minit)
Soalan-soalan
untuk Refleksi dan
Metakognitif
1. Guru merangsang pelajar untuk membuat renungan
kendiri tentang cara-cara berfikir ketika membuat latihan yang diberikan.
Soalan-soalan yang dikemukan sebagai
ransangan adalah seperti (rujuk lampiran teknik penyoalan).
Slaid yang mengandungi soalan-soalan refleksi
dan metakognitif.
Sesi saol jawab
Penilaian
Membuat Rumusan
Langkah/
Aktiviti kerja rumah
Masa
Isi
Kandungan
Aktiviti
Pengajaran dan Pembelajaran
Bahan
Sumber
Kemahiran/
Strategi
Pengukuha
n dan latihan
tambahan
2. Guru memimta pelajar
berbincang dalam kumpulan untuk membuat keputusan
terbaik bagi pihak sekolah membuang bahan buangan atau sampah sarap setiap
hari.
3. Wakil Kumpulan membengtangkan hasil perbincangan masing-masing
dan keputusan yang telah dibuat.
4. Guru berbincang bersama
murid tentang rumusan atau
keputusan yang diambil.
Membuat keputusan
Membuat inference dan
rumusan
Penutup (5 minit)
1. Guru meminta pelajar menulis laporan langkah-
langkah dan menggunakan alat-alat yang telah dipelajari bagi perkara 1 dan 2.
2. Guru kumpulkan hasil kerja
pelajar dan membuat penilaian yang sewajarnya.
Aktiviti kerja
rumah
Buku
Latihan pelajar
Penerangan guru
Penulisan pelajar
Meramal
PETIKAN RHP Ke-2:
SAMPAH OH SAMPAH
Puan Siti sering merungut kerana saban petang pasti banyak sampah sarap
memenuhi tong sampah dirumahnya dan perlu dibuang ke dalam tong sampah di tepi jalan, Azman anak sulungnya membuang sekurang-kurang tiga tin minuman
soda setiap hari. Hayati pula dengan kotak “cornflakes” yang menjadi kegemarannya setiap hari. Anak bongsunya, Adli dengan sisa makanan, manakala
suaminya, Encik Ali dengan suratkhabar lama tidak berguna lagi. Dia sendiri tentu dengan botol-botol kicap, botol sos dan sebagainya. Semua sampah sarap ini perlu
dibuang setiap petang atau malam agar tidak menjadi tarikan tikus atau kucing.
Sampah sarap yang dibuang oleh pengguna seperti Puan Siti itu akan diangkut oleh pekerja-pekerja Majlis Perbandaran setiap pagi. Adakah anda
terfikir ke manakah sampah sarap dan bahan buangan itu dibawa?
Sesetengah Majlis Perbandaran menyediakan tempat khas untuk pembakaran sampah sarap itu. Pembakaran sampah sarap ini tentu akan
mengeluarkan asap yang hitam dan kotor. Asap ini bercampur dengan udara yang menyebabkan pencemaran udara. Oleh itu, proses pernafasan makhluk di alam ini
akan terganggu dengan pencemaran udara itu.
Terdapat juga sampah sarap ini dilonggokkan di satu tempat sama ada dibakar atau dibiarkan begitu sahaja sehingga reput. Keadaan sampah sarap yang
dibiarkan begitu, akan mengeluarkan bau yang busuk dan tidak menyenangkan, terutama apabila angin bertiup. Ia juga akan menyebabkan tikus-tikus, anjing dan
binatang lain mengerumuni tempat longgokan itu. Oleh kerana itu membiarkan sampah sarap sedemikian rupa akan mewujudkan suasana kehidupan yang tidak
selesa.
Sementara itu, terdapat juga pihak-pihak tertentu yang menanam sampah sarap serta bahan buangan tersebut agar tidak berlaku pencemaran udara atau
bau busuk. Sampah sarap yang telah ditanam itu akan ditimbus dengan tanah yang lain. Oleh itu kawasan tersebut akan menjadi rata dan boleh dibina
bangunan, sekolah, padang dan sebagainya. Namun demikian bilangan penduduk yang semakin bertambah setiap masa adalah terlalu sukar untuk mencari tempat
yang sesuai untuk penanaman sampah sarap ini.
Pengurusan Grafik Carta Aliran
SENARAI SEMAK PENILAIAN MAKLUMAT
1. Adakah maklumat tambahan yang diperlukan untuk menentukan samaada sebab itu tepat?
2. Jika ‘Ya’ apakah maklumat yang diperlukan?a. b.c. d.
3. Sekiranya sebab-sebab itu tepat, adakah maklumat lain yang diperlukanuntuk menjadikan maklumat itu menyakinkan?
( ) YA ( ) Tidak
4. Jika ‘Ya’ apakah maklumat yang diperlukan?a. b.c. d.
MAKLUMAT / HUJUH LEBIH MEYAKINKAN JIKA TIADA MAKLUMAT TAMABAHAN DIPERLUKAN
Lori mengangkut sampah darikawasan perumahan
Boleh digunakan untukpadang, kawasan permainan dan
permulaan
Manusia tidak mahu tinggalberhampiran tempat membuang
sampah
Tidak baik untuk pernafasan
Dihantar ke tempat menanamsampah
Dihantar ke tempat pembuangansampah
Dihantar ke tempat membakarsampah
Dimasukkan ke dalam lubang yang telah digali
DilambakDibakar
Ditimbus dan reputReput dan berbau busukAsap hitam
Tidak berbau, tanah bercampursampah sarap
Binatang berkerumunBercampur udara
PILIHAN TERBAIK : C
Menanam sampah lebih baik daripada membakar atau membuang ditempat pembuangan sampah.
Pengurusan Grafik Carta Aliran
CARTA MENCARI SEBAB DAN MEMBUAT KESIMPULAN
KESIMPULAN
SEBAB 1 SEBAB 3SEBAB 2
RANCANGAN HARIAN MENGAJAR Ke-3 BAHASA MELAYU TINGKATAN SATU
Mata Pelajaran : Bahasa Melayu
Tingkatan : 1 Keledang Bilangan Pelajar : 30 orang Masa : 70 minit
Tema : Mesra Alam Hiduup Bahagia
Tajuk Pelajaran : Program Kitar Semula (Rencana) Kemahiran Bahasa:
1.3 : Mendengar dan memahami maklumat tertentu seperti isi-isi penting dan tema.
2.11 : Membaca dan memahami pelbagai bahan prosa untuk mengenal pasti dan menyusun idea dan isi-isi penting. 2.8 : Membincang dan menentukan maklumat yang tersurat dan
tersirat dan juga isu-isu semasa. 3.13 : Menulis pernyataan daripada bahan grafik .
Kemahiran Berfikir : Menjana idea, membanding dan membeza, merumus, soal
jawab, penyelesaian masalah. Objektif : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, pelajar dapat:
a) Menyenaraikan empat kebaikan program kitar semula.
b) Menyatakan semula secara lisan tiga kaedah pelaksanaan program kitar semula.
c) Mencatat lima isi penting daripada petikan; dan membuat
sebuah ringkasan yang tidak melebihi 80 patah perkataan.
Penyerapan: Ilmu : Sains dan Alam semulajadi Aspek Bahasa : Laras Bahasa
Nilai : Cintai alam sekitar, ikhlas
Bahan Sumber Pengajaran : 1. Petikan Esei ( Sasbadi,2010) & Pembelajaran 2. Internet 3. Slaid/Video
4. Lembaran Kerja
CATATAN : Proses P&P dijalankan di bilik yang mempunyai kemudahan sistem computer
Langkah/
Masa
Isi
Kandungan
Aktiviti
Pengajaran dan Pembelajaran
Bahan
Sumber
Kemahiran/
Strategi
Induksi Set
(4 minit)
Konsep maksud kitar semula
1. Guru menayangkan klip Video: http://www.youtube.com/wa
tch 2. Guru mengemukakan
soalan-soalan berkaitan dengan isu itu.
3. Murid menyatakan jenis
bahan buangan sampah yang mereka ketahui.
4. Guru memperkenalkan tajuk pelajaran “Program Kitar Semula”.
Perisian Persembahan klip video
(dari internet)
Slaid power point:
gambar-gambar pembuanga
n sampah
Soal jawab Menghubung
kait
Langkah
1 (6 minit)
Penyediaan
Pelajar kepada,
“Amalan Kitar Semula”
Konsep, maksud kitar
semula
1. Guru meminta murid
melayari laman web: http://www.infosihat.gov.my/
media/elearning/Health Games/
Kitar semula.php.
2. Pelajar diberi peluang 5 minit “bermain” dalam “Amalan
Kitar Semula”. Cara bermain sila rujuk laman web.
3. Objektif permainan menguji tahap amalan dan pengetahuan pelajar
mengenai kitar semula.
Komputer
yang berinternet
Perbincangn
Menjana idea
Langkah 2
(20 minit)
Mendengar & membaca:
1. Guru mengedarkan bahan petikan dan meminta pelajar
menumpukan perhatian kepada teks dengan memberikan panduan membaca.
2. Pelajar membaca petikan untuk
mengedar isi dan mencatat .Pelajar memporses
dan merumus isi daripada bahan yang dibaca
3. Pelajar berbincang tentang isi daripada bahan berdasarkan
panduan bacaan mengikut kumpulan.
Slaid Petikan
Skiming‟, „Scaning‟
mendalam/ peta minda
Langkah/
Masa
Isi
Kandungan
Aktiviti
Pengajaran dan Pembelajaran
Bahan
Sumber
Kemahiran/
Strategi
4. Guru mengendalikan perbincangan tentang isi
petikan.
5. Guru menggalakkan pelajar
memberi jawapan selain yang boleh didapati daripada petikan.
Langkah 4
(8 minit)
Hasil perbincangan
kumpulan
1.Murid membentangkan hasil perbincangan mengikut
kumpulan. 2.Guru dan murid menilai hasil
kerja kumpulan serta membuat rumusan.
Peta minda-kertas
mahjung
Perbincangan kelas,
soal jawab.
Langkah 5
(25 minit)
Aktiviti susulan
“Program Kitar
Semula”.
1.Guru mengedarkan kad arahan yang mengandungi tugasan
mengikut kumpulan.
2.Kumpulan 1 & 2 melengkapkan peta minda kepentingan program kitar semula dan
membuat rumusan dengan menggunakan satu perenggan.
3.Kumpulan 3 & 4 berbincang tentang masalah pelaksanaan
program kitar semula serta tindakan menjayakan program ini.
4. Pelajar menyelesaikan masalah yang diberi mengikut kumpulan.
Lembaran kerja-kertas
manila
Perbincangan
kumpulan, penyelesaia
n masalah.
Penutup
(7 minit)
1. Wakil kumpulan
membentangkan cadangan penyelesaian masalah.
2. Guru membimbing pelajar
membuat ulasan tentang
laporan
3. Guru meminta pelajar membuat rumusan tentang pelajaran, dengan tidak melebihi 80 patah
perkataan.
Mencatat/
Bacaan luas
Rumusan
Petikan RHP Ke-3:
Baca petikan di bawah dengan teliti dan tulis sebuah ringkasan tentang kebaikan program kitar semula. Panjang ringkasan anda hendaklah tidak melebihi 80 patah
perkataan. Anda digalakkan menggunakan ayat sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan
Dewasa ini, program kitar semula telah mula diberi perhatian oleh kerajaan kerana
kawasan pelupusan sampah sudah semakin terhad. Antara tujuan program kitar semula adalah kerana kawasan pelupusan sampah yang semakin kecil sedangkan sisa bahan
buangan semakin hari semakin banyak. Keadaan seperti ini jika tidak diuruskan dengan baik akan menyebabkan pencemaran serta boleh menyebarkan wabak penyakit.
Program kitar semula dapat mengurangkan kuantiti sampah kerana bahan buangan seperti surat khabar, botol minuman dan besi boleh dikitar semula dan
diproses menjadi bahan mentah untuk kegunaan pelbagai industri. Dalam hal ini mengitar semula penting untuk menjimatkan kos pengurusan sampah oleh
pihak majlis perbandaran dan pihak swasta. Kos pengurusan sampah bukanlah murah kerana proses ini melibatkan banyak pihak dan kenderaan yang besar. Oleh sebab itu sampah perlu diuruskan dengan baik agar dapat menjimatkan perbelanjaan
membersihkan keadaan persekitaran.
Program kitar semula juga membekalkan bahan mentah untuk industri tertentu, misalannya kertas surat khabar lama penting untuk kilang kertas. Manakala besi buruk
boleh dijadikan bahan logam yang penting untuk industri besi dan logam. Botol minuman dan bekas makanan plastik boleh dijadikan sumber industri yang berasaskan barangan
plastik. Oleh sebab itu ada pihak tertentu melihat program ini sebagai sumber pendapatan kerana semua bahan berkenaan boleh dijual, justeru, bahan berkenaan tidak harus dibuang di merata-rata tempat kerana ada banyak faedah yang
boleh kita peroleh jika dimanfaatkan dengan sebaik-baiknya.
Kitar semula juga penting agar alam sekitar bersih dan bebas daripada pencemaran. Kebersihan alam akan menambah keceriaan di sesuatu kawasan. Orang
ramai boleh menikmati keindahan alam dengan sepenuhnya jika alam sekitar bersih kehidupan menjadi lebih seronok dan selesa.
Sesuatu yang lebih penting melalui program kitar semula ialah dapat mendidik
masyarakat supaya mementingkan kebersihan alam sekitar. Melalui program tersebut kita mengharapkan agar semua penduduk Malaysia dapat memainkan peranan masing-masing untuk menjaga alam sekitar setiap masa. Orang ramai harus mengetahui
tempat pembuangan sampah yang betul. Mereka hendaklah membuang sampah di tempat yang telah ditentukan oleh pihak berkuasa tempatan. Alam sekitar yang bersih
akan menjamin keselesaan hidup di mana-mana juga kita berada di negara ini.
A.Tuliskan bahan buangan sampah sarap yang dapat dikitar semula.
B. Berpandukan petikan yang diberi, senaraikan bahan buangan yang dapat dikitar
semula dan dijadikan bahan baru:
Bahan Buangan yang dapat dikitar semula
Senaraikan bahan-bahan yang baru
1
2
3
4
Bahan Buangan
Yang dapat dikitar semula
C. Berdasarkan petikan, bincang dan catatkan kelebihan-kelebihan program kitar
semula.
Kelebihan-kelebihan
D. Berdasarkan petikan, bincang dan tuliskan cadangan-cadangan untuk menangani
masalah-masalah kitar semula.
Program
Kitar
Semula
Cadangan-
cadangan untuk
menangani
masalah-masalah
kitar semula
C. Berdasarkan petikan, bincang dan catatkan kelebihan-kelebihan program kitar
semula.
Kelebihan-kelebihan
________________________________________________________________________
D. Berdasarkan petikan, bincang dan tuliskan cadangan-cadangan untuk menangani
masalah-masalah kitar semula.
Kitar semula untuk memelihara ruang hidup kita
Kitar semula untuk persekitaran yang lebih sihat dan lebih bersih
Kitar semula untuk mengurangkan pencemaran
Kitar semula untuk menjimatkan kos, sumber
dan tenaga
Program
Kitar
Semula
Cadangan-
cadangan untuk
menangani
masalah-masalah
kitar semula
E. Apakah tindakan yang anda boleh ambil bagi membantu sekolah menjayakan
Program Kita Semula.
Cotoh Jawapan dan nota rujukan: Masalah /halangan Amalan Kitar Semula
1. Sikap :Terdapat segelintir penduduk yang tidak mempedulikan amalan kitar semula ini. Kebanyakan plastik, kertas dan kaca yang boleh dikitar semula dibuang ke tempat
sampah dan kemudiannya dibakar dengan begitu sahaja. Keadaan ini akan menyebabkan berlakunya pencemaran udara.
2. Kurang Pengetahuan: Hasil daripada kajian saya, kebanyakan penduduk kampung
yang membuang bahan kitar semula ini adalah disebabkan oleh kurangnya pengetahuan tentang pentingnya amalan kitar semula. Mereka lebih senang membuang bahan tersebut daripada mengitarnya semula. bagi mereka amalan kitar semula ini hanya membuang
masa dan tidak mempunyai apa-apa kepentingan.
3. Harga Terlalu Rendah: Kebanyakan pusat pengumpulan mengambil barangan kitar semula dengan harga yang rendah. Kertas di beli dengan harga tidak kurang 20 sen
untuk I kilogram. Harga yang rendah menyebabkan penduduk lebih senang membakar bahan tersebut daripada menjualnya kerana harga yang rendah dan tidak
menguntungkan.
4. Kurang Pusat Pengumpulan: Di kawasan Parit Sulong hanya terdapat sebuah pusat pengumpulan bahan kitar semula. Keadaan ini menyukarkan penduduk untuk menjual barangan kitar semula memandangkan lokasi pusat ini terlalu jauh buat penduduk yang
tinggal di kawasan hujung kampung. Tambahan pula, pusat ini hanya menerima bahan kitar semula yang dihantar oleh penduduk sahaja. Mereka tidak menyediakan
perkhidmatan mengambil barangan kitar semula daripada penduduk kampung.
5. Kurang Kerjasama: Terdapat juga penduduk yang tidak memberikan kerjasama apabila kempen kitar semula ini dijalankan oleh kerajaan. Sikap tidak peduli dan tidak
mahu mengambil kisah amalan kitar semula ini menyebabkan usaha kerajaan untuk menjimatkan tenaga dan bahan kitar semula tidak akan tercapai atau terlaksana.
Saya berpendapat penduduk kampung perlu insaf dan berubah sikap untuk menjadikan amalan kitar semula ini sebagai sebahagian daripada hidup mereka. Amalan ini dapat
menyelamatkan negara kita daripada mengalamai kemusnahan sumber.
Langkah/cadangan untuk mengatasi masalah dalam melaksanakan kitar semula
1. Kempen :Negara kita menyambut perayaan seperti Hari Perhutanan Sedunia, Hari Bumi, Hari Alam Sekitar Sedunia dan Minggu Alam Sekitar Malaysia pada setiap tahun.
Objektif utamanya adalah untuk meningkatkan kesedaran menjaga alam sekitar. Ini bagi melahirkan masyarakat yang lebih prihatin, peka dan bersama-sama memainkan peranan
untuk mengamalkan amalan kitar semula. kempen dan program yang dilaksanakan ini dapat member keinsafan kepada rakyat supaya menjaga alam sekitar daripada
mengalami kemusnahan.
2. Pendidikan :Guru-guru di sekolah boleh memberi galakan kepada pelajar untuk melaksanakan amalan kitar semula. Guru perlu menyatakan bahawa amalan kitar semula ini dapat menyelamatkan bumi dan alam sekitar kita daripada musnah. Guru juga boleh
mengadakan pertandingan di sekolah untuk menarik minat pelajar mengamalkan kitar semula dengan menyediakan hadiah kepada pelajar yang menyertai pertandingan
tersebut.
3. Menyediakan Kemudahan Pusat Pengumpulan : Pihak berkuasa tempatan perlu menyediakan lebih banyak pusat pengumpulan kitar semula bagi menarik penduduk untuk mengamalkan amalan kitar semula. Ini penting supaya penduduk lebih peka
dengan tidak membuang bahan yang boleh dikitar semula sesuka hati. Ini dapat mengelakkan daripada pembaziran.
Pihak sekolah juga boleh menyediakan tong-tong kitar semula dan diletakkan di lokasi
yang strategik bagi memudahkan pelajar membuang bahan yang boleh dikitar semula ke dalam tong yang betul.
4. Gotong Royong: Penduduk kampung boleh juga bersama-sama bergotong royong
untuk membersihkan kawasan kampung. Pastikan penduduk kampung mengumpulkan bahan kitar semula ini dan tidak membakar atau membuangnya begitu sahaja. Ketua kampung memainkan peranan yang penting supaya penduduk bekerjasama mengamalkan
amalan kitar semula ini.
Semua pihak perlulah berganding bahu dan bekerjasama untuk memastikan amalan kitar semula ini dapat dijalankan dengan sempurna. Semua peringkat umur perlu mempunyai
sikap bertanggungjawab untuk sama-sama menjaga bumi ini daripada terus mengalami kemusnahan.
Rujukan:
Abdullah Hassan, Ainon Mohd.(2003). Mendorong Kreativiti Kanak-kanak.Bentong:PTS Publications
& Distributors Sdn.Bhd.
Buku Teks Bahasa Malaysia Tingkatan Satu . (2007).Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.
Buku Panduan Guru Bahasa Melayu Tahun 6 SJK(C). (2007). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan
Pustaka.
Mohd Nashuha Jamidin.(1999). Kemahiran Berfikir dan Belajar. Shah Alam: Penerbit Fajar Bakti
Sdn.Bhd.
Omardin Ashaari. (1999).Pengajaran Kreatif Untuk Pembelajaran Aktif. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
Dan Pustaka.
Rajendran, Nagappan. (2008).Teaching and acquiring higher thinking skills: Theory and
practice.Tanjung Malim: Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Wilson,J. and Murdoch, K. (2006). Helping your pupils to think for themselves. United Kingdom:
Routledge.
top related