papan tanda (for blog)
Post on 06-Aug-2015
825 Views
Preview:
TRANSCRIPT
APLIKASI KOMPUTER GRAFIK (PAPAN TANDA) SPL3412
Papan Tanda (Signboard)
Pengenalan
Papan tanda adalah papan yang membawa maksud tanda atau notis. Kebiasaannya
papan tanda digunakan untuk pengiklanan produk, majlis, rumah untuk di sewa dan
sebagainya. Papan tanda juga turut digunakan sebagai tanda amaran atau bertujuan untuk
pendidikan.
Papan tanda juga adalah sebagai alat untuk memberi maklumat atau petunjuk.
Menggabungkan bentuk, warna dan simbol kecuali maklumat yang berupa tulisan.
Sejarah
Pada tahun 1389 King Richard III of England telah meyakinkan atau memberitahu
pemilik premis untuk meletakkan tanda di luar premis mereka. Pada adab ke 19, sesetengah
pelukis seperti Austro – Hugarian dan Demeter Laccataris telah menghasilkan lukisan papan
tanda. Masyarakat Rom dahulunya menggunakan batu dan tanah liat untuk menghasilkan
papan tanda. Masyarakat Mesir juga antara masyarakat yang tahu dan telah mencipta papan
tanda dengan menggunakan media mereka sendiri.
Kegunaan dan Fungsi
i) Penunjuk arah
ii) Penunjuk lokasi
iii) Menyampaikan maklumat
iv) Memudahkan atau melancarkan perjalanan
v) Mempromosikan sesuatu produk
1
APLIKASI KOMPUTER GRAFIK (PAPAN TANDA) SPL3412
Jenis-jenis Papan Tanda
i) Industri / Syarikat
ii) Pendidikan
iii) Lokasi
iv) Jalan
v) Banner syarikat
vi) Keselamatan
vii) Notis
viii) Iklan
Jenis-jenis seni reka papan tanda
i) Seni reka papan tanda tempat
Signboard ialah papan tanda yang menunjukkan sesuatu tempat
Signboard lokasi biasanya menunjukkan lokasi tersebut sudah semakin hampir
Untuk mempromosikan syarikat mereka
Merupakan signboard yang mempunyai tanda korporat
Penggunaan jenis tipografi yang jelas
Mudah dilihat dan dibaca
Penggunaan warna yang kontra supaya mudah dilihat
ii) Seni reka papan tanda industri atau syarikat
Merupakan papan tanda yang digunakan oleh syarikat-syarikat atau kilang.
Menggunakan papan tanda untuk mempromosikan nama produk mereka. Seperti
Toyota, Honda, Panasonic dan sebagainya.
Ciri-ciri Papan Tanda
2
APLIKASI KOMPUTER GRAFIK (PAPAN TANDA) SPL3412
i) Biasanya papan tanda ini diletakkan pada hadapan bangunan milik mereka.
ii) Penghasilan papan tandanya ialah menggunakan tipografi dan ilustrasi yang telah
dipermudahkan.
iii) Seni Reka Papan Tanda Pendidikan merupakan papan tanda yang berkaitan dengan ilmu
pengetahuan
Golongan sasarannya ialah murid, guru, dan ibu bapa.
Ciri-ciri- Berunsurkan ilmiah- Memberi pengetahuan yang berguna.
Mesej yang ingin disampaikan tepat dan ringkas
Biasanya terdapat di kawasan sekolah
iv) Seni Reka Papan Tanda Jalan
Papan tanda jalan merupakan tanda yang berada di tepi jalan.
Papan tanda ini juga dikenali sebagai perabot jalan.
Memberi kemudahan kepada pengguna jalan raya.
Menunjukkan arah dan jarak kejauhan sesuatu tempat.
Menggunakan simbol, anak patah atau tipografi.
5 Jenis Papan Tanda Syarikat yang Memikat Tetamu
3
APLIKASI KOMPUTER GRAFIK (PAPAN TANDA) SPL3412
1) Papan tanda 3D
Logo 3D dan huruf yang menghasilkan kesan timbul, ketebalan dan dalam bentuk tiga
dimensi merupakan pilihan semua jenis perniagaan, dari sekecil-kecil kedai sehingga sebesar-
besar syarikat korporat. Pelbagai kemasan papan tanda yang boleh dihasilkan iaitu dari
kemasan brushed stainless steel, kayu, akrilik atau cermin.
2) Akrilik atau kaca
Papan tanda jenis akrilik atau kaca adalah pilihan kedua bagi syarikat-syarikat profesional.
Papan tanda jenis akrilik banyak digunakan berbanding kaca kerana bahannya yang ringan.
Memerlukan empat buah bolt dan nut dari bahan krom atau keluli tahan karat (stainless
steel), untuk mengikatnya bagi papan tanda bersaiz kecil dan sederhana.
3) Filem vinil
4
APLIKASI KOMPUTER GRAFIK (PAPAN TANDA) SPL3412
Papan tanda jenis filem vinil (frosted etch vinyl film) adalah alternatif kepada sand blasted
glass. Boleh digunakan untuk logo jenama syarikat atau sekadar dekorasi di dinding kaca
pejabat anda. Asasnya berwarna kelabu ais dan daripada bahan vinil. Selalu diaplikasikan di
pintu kaca utama pejabat. Papan tanda frosted yang tidak berwarna memberikan nilai
profesional, kemas, moden dan sofistikated.
4) Grafik digital
Jika logo jenis rumit dan terdapat banyak perincian. Pilihan papan tanda yang sesuai adalah
jenis grafik digital, yang boleh direka khas dan mengikut spesifikasi logo syarikat anda. Ia
boleh digunakan di pelbagai permukaan. Merupakan papan tanda yang kos efektif selain
mudah dipasang. Kemasan vinil digunakan kerana tahan lama dan kalis air.
5) Logo mural
5
APLIKASI KOMPUTER GRAFIK (PAPAN TANDA) SPL3412
Logo yang dicat atau disembur juga merupakan papan tanda yang berkos rendah. Papan tanda
jenis ini sesuai jika logo syarikat anda berciri asas dan berbentuk ringkas. Jika logo syarikat
anda mempunyai dua atau tiga tone warna lebih baik kerana nampak lebih kemas.
Pencahayaan Membantu Menyerlahkan Papan Tanda Syarikat
Bagi menyerlahkan lagi papan tanda, pencahayaan yang tepat dapat membantu. Lampu jenis
trek lampu dengan lampu sorot yang boleh diubah dan dialihkan darjah kedudukan lampunya
adalah pilihan yang sesuai.
Jenis-Jenis Papan Tanda Yang Lain
6
APLIKASI KOMPUTER GRAFIK (PAPAN TANDA) SPL3412
Langkah–langkah menghasilkan Papan Tanda
7
APLIKASI KOMPUTER GRAFIK (PAPAN TANDA) SPL3412
1) Sediakan alat dan bahan
Pisau, Pembaris keluli, Papan Perspek dan Cat Sembur
Guna Hot Wire Strip Heater atau Plastik Strip Heater
2) Mengukur perspek dengan ukuran yang dikehendaki
8
APLIKASI KOMPUTER GRAFIK (PAPAN TANDA) SPL3412
3) Memotong Perspek dengan menggunakan pisau dengan teliti.
4) Tulisan yang hendak ditetapkan pada papan perspek dicetak dahulu. Potong
9
APLIKASI KOMPUTER GRAFIK (PAPAN TANDA) SPL3412
dengan pisau.
5) Letakkan perkataan di belakang papan perspek.
6) Bengkokkan tepi papan perspek
sebanyak 90 darjah.
a b
10
APLIKASI KOMPUTER GRAFIK (PAPAN TANDA) SPL3412
c d
7) Letakkan suratkhabar di atas lantai.
11
APLIKASI KOMPUTER GRAFIK (PAPAN TANDA) SPL3412
Gunakan cat sembur semburkan bahagian papan perspek yang diperlukan.
Yang lain ditutup dengan kertas.
Setiap warna yang digunakan perlu disembur lebih kurang 3 lapisan untuk
mendapatkan hasil yang lebih cantik dan jelas.
Setiap lapisan yang disembur perlu dibiarkan kering dahulu sebelum
disembur kali kedua dan ketiga.
Apabila satu warna telah siap, bolehlah buka kertas bahagian lain yang
perlu diwarnakan.
Proses yang sama dilakukan sehingga siap.
Contoh Hasil Papan Perspek Yang Telah Siap
12
APLIKASI KOMPUTER GRAFIK (PAPAN TANDA) SPL3412
13
top related