orkid tanaman hiasan & landskap
Post on 22-Nov-2014
7.002 Views
Preview:
DESCRIPTION
TRANSCRIPT
Hortikultur Hiasan & Landskap(Orkid)
TUGASAN BLOG
BAB 1 : Pengenalan kepada orkid
Jenis-jenis Orkid – Pengkelasan mengikut cara pertumbuhan
Orkid dan persekitaran hidup semulajadinya
Orkid yang popular di tanam di Malaysia
HORTIKULTUR HIASAN & LANDSKAP (ORKID)
PEMINAT seni taman yang bercadang menanam orkid perlu mengetahui beberapa perkara penting berkaitan tumbuhan itu, khususnya bagi memudahkan pengurusan, penanaman dan pembiakan
pokok.Bagaimanapun, penanaman orkid bergantung kepada keluasan halaman dan bentuk kediaman sama ada jenis banglo, teres, apartmen atau rumah kampung yang mempunyai halaman luas.WARNA
merah dengan susunan kemas menyebabkan kadar harga orkid ini terus meningkat.
Orkid atau nama botaniknya Orchidaceae, adalah satu kumpulan bungaan yang mempunyai banyak perbezaan dari aspek rupa bentuk dan pokok.Ada 100 genus orkid di negara ini. Antara yang popular
ialah Dendrobium, Oncidium, Cattleya, Arachnis, Vanda, Renanthera dan Phalaenopis, manakala genus kacukan yang berjaya dihasilkan menerusi teknologi botani ialah Aeridovanda, Aeridanchis,
Aranda, Arachnopsis, Burkillara, Christieara dan Doritaenopsis.
Baka lain hasil kacukan termasuk Doritaenopsis, Holtumara, Kagawa, Laycockara, Limara, Mokara, Renantanda, Renanstylis, Renanthopsis, Rhyncovanda, Teohara, Vandaenopis, Vandachnis dan
Vascostylis.Antara varieti genus hibrid yang popular ialah Aranda Chark Kuan dengan bunganya berwarna magenta, Aranda Chritie (bintik merah jambu), Aranda Iskandar (kuning), Aranda Kooi Choo (biru), Aranda Lum Chin (kuning) dan banyak lagi nama baru dengan serlahan bunga pelbagai warna
yang menarik.
Bunga orkid terdiri dari sepal, petal, stamin dan pistil. Gabungan stamin dan pistil dipanggil kolum. Pada bahagian luar sepusar bunga ada tiga kelopak sepal dan sebelah dalamnya ada dua
kelopak petal.
PENGENALAN KEPADA ORKID
Secara ringkas orkid di kelaskan kepada beberapa peringkat seperti cara pertumbuhan dan cara hidupnya.
Monopodial – adalah orkid yang mempunyai satu batang yang biasanya dipanggil stem yang hidup menegak. Daun-daun baru tumbuh di setiap hujung stem tersebut.
Simpodial – adalah orkid yang tumbuh secara mengeluarkan anak daripada bebawang yang telah matang.
JENIS-JENIS ORKID
Maksud cara hidup orkid di sini ialah media yang diperlukan oleh setiap jenis orkid untuk hidup.
1. Tanah
Orkid yang hidup di atas tanah. Untuk penanaman sebagai hiasan biasanya pengemar orkid menggunakan tanah pasuan yang boleh didapati di nurseri nurseri bunga berhampiran anda. Daripada pengalaman penulis tanah pasuan di nurseri perlu ditambah media* yang mampu meningkatkan saliran dan pengudaraan yang baik. Orkid dalam genus Spathoglottis dan Phaius adalah salah satu orkid yang memerlukan tanah sebagai medianya untuk hidup.
2. Epifit
Sejenis orkid yang hidup secara menumpang di atas pokok. Orkid epifit bukan parasit iaitu ia tidak ’mencuri’ keperluan hidupnya daripada perumahnya. Di dalam koleksi penulis, orkid jenis ini telah di tanam menggunakan beberapa jenis media* sebagai ganti kepada pokok perumah asalnya. Antara orkid epifit adalah genus Bulbophyllum, Dendrobium, Phalaenopsis dan Vanda.
ORKID DAN PERSEKITARAN HIDUP SEMULAJADINYA
3. Memanjat
Orkid jenis memanjat ini boleh dikenali dengan pangkalnya hidup ditanah dan ia menjalar memanjat atau melilit media sokongannya. Biasanya dia mempunyai akar udara yang berserabut. Biasanya orkid jenis ini adalah monopodial seperti genus Dipodium, Arachnis dan Mokara. Orkid vanila juga termasuk di dalam kumpulan ini.
4. Litofit
Ia menjadikan batu sebagai medianya untuk hidup. Di dalam hutan biasanya kita boleh melihat orkid jenis ini hidup di batu batu tepian air terjun yang ditumbuhi dengan lumut. Antaranya ialah beberapa jenis orkid di dalam genus Paphiopedilum, Eria dan juga sekumpulan orkid yang di panggil ‘Jewel Orchid’.
ORKID DAN PERSEKITARAN HIDUP SEMULAJADINYA
Kebanyakkan orkid yang mendapat permintaan ramai ialah orkid hibrid. Ini kerana beberapa faktor seperti;
• warna bunga yang lebih menarik
• bunga yang tahan lama
• pokok tahan lasak berbanding dengan orkid liar
• harga yang murah berbanding orkid liar
• saiz bunga yang lebih besar berbanding orkid liar
• sesuai untuk jualan keratan bunga
Terdapat beberapa jenis genus orkid yang popular di tanam di nurseri nurseri di dalam kuantiti yang besar kerana mendapat permintaan tinggi di pasaran Malaysia khususnya. Antaranya; Dendrobium Phalaenopsis Arachnis Vanda Cattley Oncidium
ORKID YANG POPULAR DI TANAM DI MALAYSIA
BAB 2 : Cara Menanam Orkid
Media penanaman orkid
Penyediaan persekitaran hidup orkid
Cara pembiakan orkid
HORTIKULTUR HIASAN & LANDSKAP (ORKID)
Penanaman orkid memerlukan kita menentukan media yang sesuai mengikut habitat asalnya seperti telah di terangkan di dalam sub topik; orkid dan persekitaran hidup semulajadinya. Terdapat beberapa jenis media yang biasa digunakan oleh peminat orkid. Bergantung kepada penanam untuk memilih kesesuaian media mengikut iklim mikro* kawasan penanam anda. Setiap media diterangkan secara ringkas untuk memudahkan anda mendapatkan gambaran penggunaannya.
1. Pecahan batu bata
2. Pecahan arang
3. Serbuk kayu
4. Perlite
5. Sphagnum moss
MEDIA PENANAMAN ORKID
6. Potongan batang paku pakis gajah7. Tunggul kayu8.Potongan dahan tembusu9. Tanah campuran10. Tiada media
Orkid seperti tanaman yang lain juga yang memerlukan penanam menyediakan persekitaran hidup yang sesuai untuknya. Perkataan lain yang paling sesuai sekali ialah kadar pencahayaan. Kadar pencahayaan kepada orkid boleh di beri dengan penyediaan teduhan sebab setiap jenis orkid memerlukan kadar cahaya yang berbeza-beza. Sebagai contoh, orkid famili Arachnis memerlukan cahaya matahari 100% manakala orkid famili Phalaenopsis memerlukan cahaya matahari hanya 50% untuk hidup dengan subur. Ada 2 teknik teduhan yang biasa digunakan oleh penanam orkid.
a. Rumah teduhan
b. Tanaman bersama pokok teduhan
PENYEDIAAN PERSEKITARAN HIDUP ORKID
Orkid boleh dibiakkan dengan beberapa cara antaranya:
a) pembiakan daripada anak benih
b) daripada ‘flask’
c) pot komuniti
d) pot individu
- pembahagian rumpun
- keratan daripada pokok induk dan biji benih
CARA PEMBIAKAN ORKID
BAB 3 : CARA PENJAGAAN ORKID
Penyiraman
Pengudaraan
Pembajaan
Kawalan penyakit dan perosak orkid
Panduan membeli racun serangga dan kulat
HORTIKULTUR HIASAN & LANDSKAP (ORKID)
Di atas adalah satu petua yang popular dan dijadikan panduan oleh penanam orkid. Ini kerana dibimbangi anda telah melakukan penyiraman yang melampau terhadap koleksi orkid anda. Kesan buruk tabiat ini ialah anda ‘menjemput’ penyakit kepada kloeksi orkid anda. Ini kerana orkid mampu menyimpan air di dalam bebawangnya seperti yang telah diterangkan sebelum ini. Orkid juga mempunyai akar udara yang mampu menyerap wap air di persekitaran hidupnya. Walaupun begitu kadar penyiraman orkid bergantung kepada beberapa faktor seperti:
a. Cuaca semasa
Kadar kekerapan penyiraman di musim panas sudah tentunya lebih berbanding di musim hujan.
b. Media tanaman digunakan
Jika anda menggunakan media yang dapat menyimpan air lebih lama, maka kadar penyiraman hendaklah kurang daripada media yang cepat kering.
c. Iklim mikro
Bermaksud adalah iklim kawasan penanaman anda. Ini kerana iklim mikro adalah berbeza beza di antara anda dengan penanam orkid yang lain.
Penyiraman hendaklah dilakukan sebaik baiknya pada waktu pagi atau petang. Penyiraman di waktu tengahari akan menyebabkan air yang bertakung di celah daun akan menyebabkan penyakit reput pucuk dan daun melecur dek proses pemanasan air oleh matahari.
Teknik penyiraman boleh digunakan secara manual atau memasang satu sistem penyiraman automatik yang mudah
PENYIRAMAN
Orkid memerlukan pengudaraan yang baik supaya tidak mudah di serang penyakit terutamanya penyakit
yang disebabkan bawaan kulat. Pengudaraan yang baik boleh diberi dengan susun atur orkid yang tidak
terlalu padat atau membekal pengudaraan buatan seperti memasang kipas. Penulis hanya menggunakan teknik susun atur orkid sahaja bagi menjimatkan kos
selengaraan.
PENGUDARAAN
Pembajaan adalah sesuatu yang mesti diberi kepada tanaman termasuk orkid untuk mendapatkan kualiti
hidup orkid yang lebih baik. Bagaimana teknik membaja orkid?
‘WEAKLY, WEEKLY‘
Di atas adalah satu lagi petua yang bagus di jadikan panduan untuk anda membaja orkid. Ia membawa
maksud anda menggunakan sukatan kepekatan baja yang rendah untuk setiap minggu semburan. Orkid
hanya menyerap nutrien yang diperlukan sahaja pada sesuatu ketika. Jangan menggunakan kepekatan
tinggi dan disembur sebulan sekali. Ini adalah teknik yang salah dan merugikan anda.
PEMBAJAAN
Penerangan unsur unsur di dalam baja bagi keperluan tanaman adalah kompleks. Penulis cuba ringkaskan bahawa pemilihan baja bergantung kepada kehendak anda. Dipasaran terdapat pelbagai jenis baja yang dijual untuk pilihan pengguna. Jika inginkan tumbesaran pokok anda perlukan baja yang mengandungi kadar nitrogen (N) yang lebih tinggi. Jika untuk pembungaan, anda perlukan baja yang kandungan fosforus(P) dan kalium(K) yang lebih tinggi.
Biasanya pada label baja akan tertera semua kandungan ketiga-tiga unsur tersebut.
Contoh: Baja A : N P K +TE : 13 27 27 1%
Untuk Baja A tersebut, ia sesuai untuk pembungaan orkid anda kerana mengandungi unsur nitrogen 13 % dan unsur fosforus dan kalium sebanyak 27%. +TE di sini bermaksud baja ini mempunyai ‘trace element’ atau unsur surih sebanyak 1%. Unsur surih bermaksud nutrien tambahan yang diperlukan oleh tanaman tapi dalam kuantiti yang sedikit sahaja.
PANDUAN MEMILIH BAJA
Penggunakan baja organik ‘B’GREEN seaweed’ untuk memberi pertumbuhan yang sihat dan ‘B’GREEN bloom & fruit’ untuk membekal nutrien yang diperlukan untuk orkid berbunga.
B’GREEN seaweed adalah baja organik campuran yang diperkaya dengan seaweed yang mana ia telah digunakan secara meluas di seluruh dunia sebagai baja kerana mengandungi beberapa hormon semulajadi yang amat diperlukan oleh tumbuhan, mengandungi 60 unsur surih(TE) dan mengandungi elemen sebagai anti beberapa penyakit bawaan kulat dan serangga penghisap cecair tumbuhan.
B’GREEN bloom & fruit adalah campuran baja bukan organik N P K +TE : 5 35 15 2% dengan satu bahan organik bertujuan untuk mempermudahkan dan mempercepatkan kadar penyerapan nutrien oleh tumbuhan.
PANDUAN MEMILIH BAJA
Kawalan perosak merupakan satu perkara amat penting untuk anda ambil perhatian. Ini kerana ia mempengaruhi kualiti hidup orkid dan mungkin yang lebih penting anda mungkin kehilangan orkid anda selamanya.
Penyakit orkid boleh dikelaskan kepada bawaan 4 elemen : • Virus• Bakteria• Serangga• Kulat
KAWALAN PENYAKIT DAN PEROSAK ORKID
Penyakit bawaan virus agak sukar untuk kita kenal pasti secara teliti kerana memerlukan ujian makmal. Bagaimanapun serangan virus hanya melemahkan pokok orkid anda, tidak menyebabkan kehilangan poko k orkid kesayangan anda. Untuk mengelakkan jangkitan virus anda perlu menjaga kebersihan kawasan penanaman. Untuk rawatan, anda perlu memusnahkan pokok yang dijangkiti.
VIRUS
Biasanya tanda penyakit orkid disebabkan bakteria meyamai dengan penyakit bawaan kulat. Apa yang penulis perhatikan, penyakit bawaan bakteria adalah lebih cepat merebak berbanding bawaan kulat. Tanda biasa penyakit bawaan bakteria ialah reput pada mana-mana bahagian pokok dan berbau busuk. Keadaan tempat penanaman yang terlalu lembap dan pengudaraan yang kurang baik adalah antara faktor jangkitan.
Antara penyakit bawaan bateria adalah:
Reput bakteria (Bacterial rot) – satu bintik coklat berair pada daun, cepat merebak. Biasa menyerang orkid famili Phalaenopsis.
Reput daun ( Brown Rot) – bintik berair pada daun, daun kuning dan gugur.
BAKTERIA
Tanda seperti disebabkan oleh bakteria tetapi kadar merebak lebih lambat dan tidak mengeluarkan bau busuk. Keadaan tempat penanaman yang terlalu lembap dan pengudaraan yang kurang baik adalah punca utama jangkitan. Antara penyakit bawaan kulat yang biasa menyerang orkid ialah:
Antraknose
Black leaf spot
Cercospora leaf spot
Reput hitam ( Black rot)
Reput pangkal ( Basal rot)
Reput pucuk ( Crown rot)
KULAT
1. Potong dan buang bahagian jangkitan. Jika orkid simpodial, penulis membuang rumpun kecil yang dijangkiti. Jika orkid monopodial, ia biasa berlaku pada daun, penulis hanya memotong daun yang dijangkiti sahaja.
2. Sapukan atau semburkan racun kulat yang bersesuaian dengan penyakit kepada rumpun atau pokok yang telah sihat untuk langkah berjaga mengelakkan jangkitan.
3. Perhatikan perkembangan rumpun atau pokok yang telah dirawat, jika masih terdapat sebarang jangkitan, ulangi proses di atas.
RAWATAN TERHADAP BAKTERIA DAN KULAT
Serangan serangga terhadap orkid adalah sesuatu yang biasa. Antara serangga yang popular menyerang orkid adalah :
a. Semut e. White flies
b. Aphid f. Mites
c. Lipas g. Scale insects
d. Kumbang h. Siput
Aphid, Mealy bug, Mites, Scale insects dan Thrips adalah serangga penghisap cecair tumbuhan. Mereka biasa terdapat di bawah daun orkid dan mudah di lihat dengan mata kasar. Ia akan menyebabkan pertumbuhan pokok terencat. Kehadiran mereka boleh di kesan seperti berikut:
Aphid- terdapat warna kehitaman pada pokok , biasanya di bawah daun dan celahan daunan dan batang orkid.
White flies – seperti lalat kecil warna putih berdebu berkelompok di belakang daun.
SERANGGA
Mites - warna kemerahan di belakang daun, belakang daun akan menjadi kuning dan hitam jika jangkitan teruk serta cepat merebak. Ia suka keadaan yang kering.
Scale insect – warna kuning keputihan di atas daun dan batang pokok orkid.
Thrips – warna agak coklat di atas daun orkid.
Kebiasaannya orkid akan diserang oleh mites dan white flies sahaja. Ia menyerang orkid yang mempunyai daun yang lembut seperti famili Sphatoglottis, Catasetum dan Coelogyne.
Kumbang, lebah dan semut akan merosakkan bunga yang telah kembang dengan memakan kudup bunga dan juga pendebugaan yang tidak kita kehendaki. Koleksi penulis biasa di serang kumbang berwarna kuning yang selalu meninggalkan larva pada tangkai bunga yang akan memakan keseluruhan bunga. Lebah dan semut tidak menjadi masalah utama kepada koleksi penulis.
Siput dan lipas akan memberi masalah dengan cara ia memakan akar dan pucuk muda pokok orkid anda. Ini akan merencatkan pertumbuhan pokok. Koleksi penulis hanya berhadapan dengan masalah siput sahaja.
SERANGGA
KULTUR TISU ORKID
INFORMASI TAMBAHAN
GAMBAR
top related