nota peperiksaan penolong pegawai psikologi s29...pengurusan sumber manusia sektor awam pekeliling...

Post on 29-Mar-2021

28 Views

Category:

Documents

2 Downloads

Preview:

Click to see full reader

TRANSCRIPT

NOTA PEPERIKSAAN PENOLONG PEGAWAI PSIKOLOGI S29

MAKLUMAT KURSUS

KANDUNGAN KURSUS

KUMPULAN SASARAN

.

Kursus ini membolehkan calon mengetahui, memahami dan mengaplikasikan

prinsip, peraturan, dasar dan prosedur dalam skim perkhidmatan.

Sukatan Peperiksaaan Subjek Jabatan Kementerian Kesihatan Malaysia

Terbuka kepada semua calon Peperiksaan Penolong Pegawai Psikologi S29

bagi memenuhi sebahagian daripada syarat kelayakan pengesahan dalam

perkhidmatan.

TEORI DAN PROSES KAUNSELING

.

OBJEKTIF PEMBELAJARAN

TEORI PEMUSATAN INSAN

TEORI RATIONAL EMOTIVE

BEHAVIOUR THARAPY

MODEL EAGEN

SILA KLIK PADA SETIAP TEORI UNTUK PENJELASAN LANJUT

TERAPI REALITI

KEMAHIRAN KAUNSELING

.

OBJEKTIF PEMBELAJARAN

Kemahiran Mendengar

Kemahiran Merumus

• Merupakan kemahiran yang paling asas dan penting dalam kaunseling

• Panduan mendengar dengan berkesan

Seboleh mungkin kekalkan tumpuan mata

Gunakan pendengaran yang aktif

Tidak buat penilaian dan hukuman

Fikir & fahami apa yang diperkatakan

Merangkum beberapa idea yang telah dibincang dan perasaan-perasaan yang diluahkan oleh KLIEN

Kemahiran Membuat Parafrasa

Kemahiran Membuat Refleksi

• Membuat kenyataan berdasarkan percakapan klien secara ringkas dengan ayat sendiri.

Dibahagikan kepada tiga bahagian utama :

1. Isi

penyataan semula oleh kaunselor mengenai idea yang disampaikan oleh klien dengan menggunakan perkataan

yang ringkas, padat dan tepat.

2. Perasaan

penyataan semula oleh kaunselor tentang perasaan dan sikap yang dinyatakan oleh klien.

3 Pengalaman

Refleksi pengalaman dibuat setelah kaunselor memerhatikan gerak-geri tubuh badan semasa sesuatu pengalaman

atau atau perkataan yang diperkatakan oleh klien.

Kemahiran Membuat Konfrantasi

Kemahiran Empati

• percanggahan antara apa yang dikatakan oleh klien tentang dirinya dengan apa yang dilakukan.

• Dipraktikkan apabila cerita/kenyataan klien berubah-ubah sehingga timbul kekeliruan

• Proses untuk memahami emosi dan perasaan seseorang

• Klien akan merasakan bahawa kaunselor itu seorang pendengar yang baik,memahami keadaaanya serta mengambil

berat tentang dirinya dan berupaya untuk memahami situasi sebenar yang dialaminya.

Kemahiran Menyoal

Kemahiran Menentukan Arah

• SOALAN TERTUTUP

soalan yang menghadkan jawapan –YA/TIDAK atau satu dua frasa sahaja

• SOALAN TERBUKA

Soalan yang memerlukan penerokaan, perbincangan, penjelasan, huraian lanjut

• Kaunselor boleh mengarahkan aliran perbualan klien kepada bidang yang diingini.

• Kemahiran ini sangat berguna sekiranya kaunselor mempunyai klien yang menceritakan masalah dengan tidak jelas atau

yang tidak berfokus dalam penceritaannya.

• Tujuan kamahiran ini ialah untuk memastikan klien tidak akan bercerita sehingga terkeluar daripada topik perbualan.

• Kaunselor juga perlu membantu klien meberi fokus kepada perasaan tersembunyi semasa dalam sesi.

Kemahiran Membuat Dorongan Minima

Kemahiran Memerhati

• Bertujuan untuk mendorong klien meneruskan percakapan secara lisan atau secara tidak lisan.

• Memberitahu klien yang kaunselor berada dengan klien dan mengikuti apa yang sedang diceritakan.

• Cth: BUKAN LISAN - anggukan kepala , LISAN - ya , hem …. Em , ok dan sebagainya

• Dalam sesi kaunseling bersama klien, 75% mesej bukan lisan diterima & disampaikan.

• Empat perkara yang perlu diberi perhatian

kedudukan badan

gerakan badan dan kepala

air muka

nada suara

JENIS-JENIS KAUNSELING

.

OBJEKTIF PEMBELAJARAN

KAUNSELING INDIVIDU

KAUNSELING KELOMPOK

KAUNSELING KOMUNITI(REHABILITASI PSIKOSOSIAL)

SILA KLIK PADA SETIAP JENIS KAUNSELING UNTUK PENJELASAN LANJUT

KAUNSELING KESEDIHAN (GRIEF & BREAVEMENT)

Kaunseling Individu

Kaunseling Kelompok

• Kaedah perhubungan menolong bagi mencapai matlamat kearah masyarakat yang sihat. Ini dapat membantu individu memahami dan

menerima diri sendiri serta membuat perancangan ke arah masa depan yang lebih optima.

• Satu pendekatan yang digunakan oleh kaunselor professional untuk memberi pertolongan berkesan kepada beberapa orang

individu yang sedang menghadapi masalah yang serupa.

• Terdapat dua jenis kaunseling kelompok iaitu:

Kelompok Terbuka

Kelompok Tertutup

X

Kaunseling Komuniti (Rehabilitasi Psikososial)

Kaunseling Kesedihan (Grief & Breavement)

• Kaunseling komuniti diterapkan bagi membantu masyarakat yang mengalami gangguan psikologi/masalah social atas pelbagai sebab

• Pendekatan secara professional diberikan dalam bentuk terperinci dan mudah agar dapat membantu individu yang bermasalah

mencapai kesejahteraan hidup dalam komuniti.

• Reaksi yang dialami individu akibat kehilangan seseorang yang disayangi. Individu akan berasa pedih, sedih, rindu dan sunyi.

• Terdapat lima peringkat kesedihan:

1. Penafian/denial

2. Kemarahan/Anger

3. Tawar menawar/bargaining

4. Kemurungan/depression

5. Penerimaan/acceptance

X

PENGENALAN PSIKOLOGI

OBJEKTIF PEMBELAJARAN

Pada akhir topik ini, anda akan dapat: Memahami asas pengetahuan dalam bidang ilmu psikologi

Sejarah Psikologi

Teori dan AplikasiPsikologi

Persepsi dan Motivasi

Emosi

Tingkahlaku

PsikologiPerkembangan

Sila klik pada kotak untuk maklumat lanjut

Sejarah Psikologi

BidangPsikologi

Pembangunan Manusia

Klinikal

Sukan

Kesihatan

Tingkahlaku

Proses Kognitif

Psikologi adalah

kajian saintifik

berkaitan

pemikiran dan

tingkahlaku

manusia. Rujukan: Persatuan Psikologi

Amerika (American Psychology Association – APA)

Teoridan

AplikasiPsikologi

Teori psikologi

merupakan satu

gambaran

berasaskan fakta

bagi menjelaskan

sesuatu fenomena

atau perkara yang

berlaku.

Aplikasi psikologi

adalah penggunaan

kaedah atau

penemuan psikologi

secara saintifik

untuk

menyelesaikan

sesuatu

permasalahan yang

terjadi.

Persepsidan

Motivasi

Persepsi merujuk

kepada corak

pemikiran yang

digunakan untuk

membentuk

tanggapan pada

sesuatu.

Motivasi adalah daya

yang menyuntik,

mendorong, dan

mengekalkan

tingkah laku

berorientasikan

matlamat.

Emosi

Emosi sering ditakrifkan

sebagai keadaan perasaan

yang kompleks yang

mengakibatkan perubahan

fizikal dan psikologi yang

mempengaruhi pemikiran dan

tingkah laku.

Tingkahlaku

Tingkah laku adalah pelbagai tindakan dan

cara yang dilakukan oleh manusia hasil

daripada tindakbalas yang berlaku antara

manusia, yang merangkumi sistem atau

organisma lain di sekeliling serta

persekitaran fizikal.

PsikologiPerkembangan

Psikologi perkembangan merupakan

satu bidang saintifik yang mengkaji

pertumbuhan, perkembangan dan

melihat perubahan tingkahlaku manusia

sejak lahir sehingga mati.

INTERVENSI PSIKOLOGI – PEMBANGUNAN

MODAL INSAN

.

OBJEKTIF PEMBELAJARAN

Program Pembimbing Rakan Sekerja (AKRAB)

• AKRAB adalah nama khusus yang diberikan kepada Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam sebagaimana yang termaktub di dalam Pekeliling

• AKRAB merupakan akronim kepada perkataan yang mewakili ciri-ciri yang perlu ada pada ahli AKRAB:

A : Amanah

K : Komitmen

R : Rasional

A : Akhlak

B : Bestari

• AKRAB kumpulan pekerja yang menggerakkan budaya kerja berprestasi tinggi dan membantu mewujudkan suasana kerja yang harmoni sertasaling bantu membantu.

X

Pengurusan Stress

• Keadaan dialami apabila berlaku ketidak sepadanan antara jangkaan permintaan dan jangkaan keupayaan. Keseimbangan antarabagaimana seseorang itu melihat permintaan dan bagaimana dia berfikir untuk memenuhi permintaan tersebut yangmenentukan sama ada dia merasakan tiada tekanan, distress dan eustress.

• Pengurusan stress adalah pengetahuan untuk mengurus tekanan diri (stress) dengan berkesan melalui pemantapan kaedahpengurusan emosi dalam konteks organisasi, kumpulan dan individu.

X

Pengurusan Konflik

• Konflik berasal daripada perkataan latin “conflictus” yang merujuk kepada situasi di mana terdapat pihak yang berusahamelancarkan mogok secara kekerasan, juga keadaan yang membayangkan wujudnya ketidaksetujuan terhadap sesuatuperkara, perselisihan dan pergeseran antara ahli dalam kumpulan.

• Teknik pengurusan konflik:– Komunikasi– Mendengar dengan teliti– Perubahan sikap– Penyelesaian masalah

X

Psychological First Aid (PFA)

• Satu intervensi sokongan komuniti yang digunakan selepas sesuatu bencana atau krisis atau keganasan

• Objektif PFA:– Mengurangkan tekanan emosi akibat krisis.– Membantu klien memenuhi keperluan asas krisis– Memberi sokongan kepada klien supaya kembali berfungsi secara optima

• Tindakan teras PFA:- bina hubungan dengan klien- Pastikan keselamatan dan keselesaan klien- Penstabilan klien- Pengumpulan maklumat- Bantuan praktikal- Hubungkan dengan perkhidmatan berkaitan

X

Pengurusan Kewangan Berhemah

• Satu program khas yang menyasarkan kepada semua peringkat kehidupan bermula dari alam pekerjaan sehingga ke peringkatpersaraan.

• Program ini bertujuan untuk meningatkan tahap kefahaman dengan berkesan dalam pengurusan kewangan.

• Objektif utama:

– Mewujudkan masyarakat yang bijak dari segi kewangan

– Menitikberatkan aspek nilai kejujuran dalam pengurusan kewangan

X

Motivasi

• Sesuatu yang menggerak dan mengarahtuju seseorang dalam tindakan-tindakannya samada secara negatif ataupositif

• Motivasi adalah suatu pemangkin yang dan menyemarakkan keinginan, keberanian dan kesungguhan untukmencapai sesuatu matlamat yang mencabar dan diyakini boleh dicapai.

• Orang yang mempunyai motivasi bererti dia sudah memperoleh kekuatan bagi mencapai kecemerlangan dalamhidup samada di dunia ataupun di akhirat.

X

KEMAHIRAN SOFT SKILLS

.

OBJEKTIF PEMBELAJARAN

Komunikasi Berkesan

• Komunikasi sangat penting dalam proses pengukuhan soft skills dan perlu

dijalankan secara berkesan. Ini adalah untuk meningkatkan kualiti

perhubungan dan mengelakkan konflik yang berpunca dari salah faham atau

rasa tidak puas hati. Komunikasi akan menjadi berkesan jika ia dimulakan

dengan memikirkan terlebih dahulu mesej yang ringkas dan padat serta

mudah difahami. Pastikan penerima faham mesej yang ingin disampaikan

Pengurusan Masa

• Pengurusan masa ialah bagaimana seseorang individu atau pemimpin

organisasi merancang, mengorganisasi, memimpin dan mengatur masa

mereka agar lebih berkesan.

• Pengurusan masa yang sistematik dapat mengurangkan tekanan kerana ia

berkaitan dengan tekni dan cara seseorang itu mengurus, membahagi dan

mengatur masa hariannya supaya dapat dimanfaatkan dengan sebaiknya.

Ketrampilan Diri

• Ketrampilan diri melihat kepada pakaian, kekemasan, kebersihan dan

kemahiran melayan pesakit.

• Ketrampilan diri boleh didefinisikan sebagai keyakinan diri atau kepercayaan

terhadap diri sendiri iaitu kemampuan dan keupayaan untuk menghadapi

cabaran utama kehidupan.

• Ketrampilan diri mampu memberikan kesan secara intrapersonal dan

interpersonal.

• Tiga konsep dalam ketrampilan diri :

– Cara kita melihat dan berfikir tentang diri kita

– Cara orang lain melihat kita

– Cara kita yang sebenarnya

Pengurusan Emosi

• Emosi boleh ditakrifkan sebagai perasaan yang kuat yang kita arahkan kepada seseorang atau sesuatu.

• Emosi sebagai tindakbalas yang merangkumi sistem psikologikal dan fisiologikal yang boleh mempengaruhi

perbuatan dan tingkahlaku.

• Terdapat enam jenis emosi yang selalu kita arahkan kepada orang dan benda iaitu kemarahan, ketakutan, kesedihan,

kegembiraan, meluat dan terkejut.

• Emosi mempengaruhi:

– Cara Berfikir

– Cara Bertingkah laku

– Buat Keputusan

– Kesihatan Diri

– Cara Kehidupan

• Apabila kita mampu mengendalikan emosi dengan baik maka segala urusan yang kita buat akan menjadi baik dan

lancar.

• Emosi juga membolehkan kita memahami emosi orang lain dan juga dapat menilai kematangan setiap orang

UNDANG-UNDANG, KOD ETIKA DAN

PERATURAN JABATAN

.

OBJEKTIF PEMBELAJARAN

Akta Kaunselor 1998 (Akta 580)

• Satu akta untuk mengadakan peruntukan bagi pendaftaran dan

amalan kaunselor dan bagi perkara-perkara yang berkaitan

dengannya

• Kandungan pentig Akta Kaunselor 1998

- Majlis Penasihat Kaunselor Malaysia

- Lembaga Kaunselor

- Pendaftaran Kaunselor

- Perakuan Daftar dan Pameran

- Prosiding Tatatertib

Akta Kanak-Kanak 2001 (Akta 611)

• Akta ini mula dikuatkuasakan pada 1 Ogos 2002

• Merupakan satu akta yang meminda, menyatukan dan memansuhkan

peruntukan-peruntukan baru (gabungan) daripada 3 akta utama iaitu

- Akta Mahkamah Juvana 1947

- Akta Wanita & Gadis 173

- Akta Perlindungan Kanak-Kanak 1991

• Tujuan akta :

- Memberi perlindungan kepada kanak-kanak.

- Menangani masalah remaja bagi kegiatan maksiat yang tidak terkawal

- Menangani masalah remaja yang terlibat dengan jenayah

Akta Keganasan Rumahtangga 1994 (Akta 521)

• Akta Keganasan Rumahtangga 1994 (pindaan) 2017 telah dikuatkuasakan di

seluruh Malaysia

• Akta ini adalah satu undang-undang yang memberi perhatian yang khusus

dalam hal-hal keganasan rumahtangga dengan memperuntukan beberapa

cara penyelesaian bagi kes-kes sedemikian

• Dalam akta ini, mangsa boleh membuat aduan sesuatu keganasan

rumahtangga kepada Pegawai Kebajikan Masyarakat / Pegawai Polis yang

juga bertindak sebagai penguatkuasa

Kod Etika Kaunselor Lembaga Kaunselor

- Kod Etika ini bertujuan menyediakan garis panduan kepada kaunselor dan

juga menjadi asas dalam menyelesaikan isu etika yang timbul dan dianggap

menyeleweng daripada standard perlakuankaunselor.

- Ia juga merangkumi etika perlakuan yang standard mengenai tatalaku yang

sesuai dengan kedudukan dan identity sebagai seorang kaunselor

- Kod etika ini berasaskan kepada nilai-nilai utama perkhidmatan

kaunselingdan memberi penekanan kepada harga diri, digniti dan keunikan

semua individu termasuk hak-hak dan peluang-peluang mereka.

Peraturan-peraturan Kaunselor Kelakuan dan Tatatertib Pendaftaran dan

Perakuan Amalan 1999 – P.U (A) 545/99

• Peraturan ini adalah merujuk kepada Akta Kaunselor 580 di bawah :

– perkara 22 : Kauselor hendaklah didaftarkan

– Perkara 23 : Perakuan Amalan dikehendaki

– Perkara 24 : Kelayakan Pendaftaran

– Perkara 25 : Permohonan Pendaftaran

– Perkara 26 : Pendaftaran

– Perkara 27 : Pendaftaran Sementara

– Perkara 28 : Perakuan Amalan Dwitahunan

– Perkara 29 : Perakuan Hendaklah dipamerkan

Pekeliling Perkhidmatan Bil. 1: Tahun 1999

• Panduan mewujudkan perkhidmatan kaunseling di agensi awam

• Tujuan : memaklumkan kepada ketua jabatan mengenai panduan

mewujudkan perkhidmatan kaunseling di agensi masing-masing.

Pekeliling Perkhidmatan Bil. 18 : Tahun 2005

• Panduan aplikasi psikologi dalam pengurusan sumber manusia sektor awam

• Tujuan : memberi panduan berhubung pelaksanaan aplikasi psikologi dalam

pengurusan sumber manusia sektor awam

Pekeliling Perkhidmatan Bil. 18 : Tahun 2005

• Panduan aplikasi psikologi dalam pengurusan sumber manusia sektor awam

• Tujuan : memberi panduan berhubung pelaksanaan aplikasi psikologi dalam

pengurusan sumber manusia sektor awam

Pekeliling Perkhidmatan Bil. 22 : Tahun 2005

• Garis panduan mengendalikan gangguan seksual di tempat kerja dalam

perkhidmatan awam

• Tujuan : menerangkan perlaksanaan garis panduan mengendalikan

gangguan seksual di tempat kerja dalam perkhidmatan awam.

Pekeliling Perkhidmatan Bil. 11 : Tahun 2006

• Pengisytiharan perkhidmatan-perkhidmatan kaunselor dan penolong

kaunselor di pelbagai kementerian dan jabatan persekutuan sebagai

perkhidmatan gunasama persekutuan di bawah Ketua Pengarah

Perkhidmatan Awam

• Pekeliling perkhidmatan ini bertujuan untuk :

– Memaklumkan mengenai keputusan kerajaan menyatukan perkhidmatan-

perkhidmatan kaunselor dan penolong kaunselor di pelbagai kementerian

dan jabatan persekutuan kecuali kaunselor-kaunselor yang bertugas di

hospital-hospital kerajaan di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia

sebagai perkhidmatan gunasama persekutuan; dan

– Menetapkan ketua pengarah perkhidmatan awam sebagai ketua

perkhidmatan serta kaedah perlaksanaannya

Pekeliling Perkhidmatan Bil. 23 : Tahun 2007

• Persaraan demi kepentingan perkhidmatan awam

• Tujuan : memaklumkan mengenai prosedur untuk melaksanakan persaraan

demi kepentingan perkhidmatan awam (PDKPA).

Pekeliling Perkhidmatan Bil. 29 : Tahun 2007

• Perubahan skim-skim perkhidmatan Kaunselor dan Penolong Kaunselor

Kepada Skim Perkhidmatan Pegawai Psikologi dan penolong pegawai

psikologi

• Tujuan : pekeliling perkhidmatan ini adalah bertujuan untuk melaksanakan

keputusan kerajaan mengenai perubahan skim-skim perkhidmatan

kaunselor gred S41, S44, S48, S52 dan Penolong Kaunselor gred S27, S32,

S38 yang telah diluluskan melalui pekeliling perkhidmatan bil. 4 tahun 2002.

Pekeliling Perkhidmatan Bil. 8 : Tahun 2010

• Panduan pelaksanaan pementoran dalam pengurusan sumber manusia

sektor awam

• Tujuan : Surat pekeliling perkhidmatan ini bertujuan menjelaskan prosedur

perlaksanaan pementoran dalam pengurusan sumber manusia sector awam

mengikut pekeliling perkhidmatan bil. 18 tahun 2005: aplikasi psikologi dalam

pengurusan sumber manusia sector awam.

Piawaian Amalan Kaunseling – Bahagian Perkhidmatan Psikologi Jabatan

Perkhidmatan Awam

• Seksyen A : Perhubungan Kaunseling

• Seksyen B : Kerahsiaan

• Seksyen C : Tanggungjawab Profesional

• Seksyen D : Perhubungan dengan ahli professional

• Seksyen E : Penilaian dan interprestasi

• Seksyen F : Mengajar, melatih dan menyelia

• Seksyen G : Penyelidikan dan Penerbitan

• Seksyen H : Penyelesaian Isu dan Etika

top related