nota khb t1
Post on 05-Jul-2015
1.543 Views
Preview:
TRANSCRIPT
KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADUPILIHAN 3 (PERTANIAN)TINGKATAN 1
UNTUK KEGUNAAN KELAS TINGKATAN 1
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN JENERI
TAHUN 2010
DISEDIAKAN OLEH
NOTA BERPANDU
ZAR®
EN. ZAIDAN BIN AB. RAHMANGURU SMK JENERI
BAB 1 ORGANISASI BENGKEL DAN
KESELAMATAN
1.1 PENGURUSAN BENGKEL DAN
KESELAMATAN
Organisasi bengkel merupakan satu
sistem pengurusan yang bertujuan
memastikan tugasan dapat dijalankan
dengan lancar.
Organisasi bengkel dapat memupuk
semaangat kerjasama antara guru dengan
murid dan mendedahkan murid kepada
pengurusan bengkel dan kecanggihan
teknologi yang digunakan.
Struktur Organisasi Bengkel
Formen bertindak sebagai ketua di
dalam bengkel dengan menyelaraskan kerja
amali, menerima arahan guru dan dibantu
oleh seorang penolong formen. Formen
2
ZAR®
bertugas untuk memastikan tugas setiap ahli
dijalankan dengan baik dan lancar serta
memastikan jadual tugas sentiasa
dikemaskini dan diikuti serta dipatuhi oleh
setiap ahli.
Carta Organisasi Bengkel Kemahiran
Hidup Bersepadu ( salin dari Buku Teks m/s
3)
Langkah-langkah Keselamatan
Mesti dipatuhi agar kemalangan
yang tidak diingni dapat dihindarkan.
AMALAN 4M
* Membersih
* Menyusun atur
* Mendisplin
* Menilai
Terdapat 4 jenis pemadam api, iaitu:
Jenis Digunakan untuk memadam
api/kebakaran
label
Air Kayu, plastic, sampah dan
kain
A
Buih Cat, petrol, gas dan thinner B
3
ZAR®
Debu
Kering
Semua jenis bahan ABC
Karbon
Dioksid
a
Cat, gas, petrol dan
peralatan elektrik
BC
Etika dan budaya kerja
Etika kerja bermaksud disiplin dan
sikap seseorang terhadap kerja yang
dilakukan seperti amanah, menepati masa,
bertanggungjawab dan patuh kepada
peraturan semasa menjalankan kerja amali.
Budaya kerja pula bermaksud cara
peradaban yang menjadi amalan semua ahli
dalam sesebuah organisasi
4
ZAR®
BAB 2 REKA BENTUK DAN PENGHASILAN
PROJEK
2.1 PENGENALAN
Reka bentuk bermaksudsusunan
bahan yang dirancang untuk penghasilan
produk atau impak yang mempunyai nilai
komersial untuk dipasarkan.
Teknologi pula bermaksud usaha
manusia dalam membuat pengajian dan
menimba pengetahuan untuk mencipta
pelbagai jenis alatan, sumber, teknik dan
system untuk kehidupan yang lebih selesa
dan moden.
2.2 FAKTOR REKA BENTUK
Faktor utama reka bentuk ialah:
(a) Fungsi
(b) Rupa bentuk
(c) Kesesuaian bahan
(d) Kaedah pembinaan
(e) Ketahanan
5
ZAR®
(f) Kos produk
(g) Kemasan
(h) Keselamatan
(i) Nilai komersial
2.3 JENIS BAHAN DAN PENGIKAT
Bahan
Jenis Pengikat
2.4 ALATAN TANGAN DAN MESIN
Alatan tangan
Mesin
2.5 PROSES REKA BENTUK
2.6 REKA BENTUK PROJEK
1.1 Pengenalpastian Masalah
1.2 Pemilihan Idea
1.3 Perekaan Projek
1.4 Pemilihan Reka Bentuk
1.5 Perancangan Pembinaan Projek
1.6 Pembinaan, Pengujianan dan
6
ZAR®
Pengubahsuaian Projek
1.7 Pendokumentasian
1.1 Pengenalpastian Masalah
Merupakan proses pertama dalam
proses reka cipta. Projek yang dibina dapat
menyelesaikan masalah yang dihadapi.
Langkah-langkah pengenalpastian masalah
adalah seperti berikut:
(a) Mengenalpasti masalah.
Keadaan sekeliling yang memberikan
tekanan, kesulitan, kepayahan dalam
melakukan sesuatu aktiviti atau kerja.
Masalah yang dikenalpasti haruslah
boleh dinyatakan dengan jelas dan
mampu diselesaikan.
(b) Mengumpul maklumat dan data.
Boleh dilakukan dengan cara-cara yang
berikut:
Pengalaman sendiri
Membuat soal selidik
Melakukan pemerhatian
Melayari internet
7
ZAR®
Bimbingan guru
Pembacaan dan penyelidikan
Lawatan belajar
(c) Menganalisis maklumat.
Untuk mendapat satu rumusan tentang
maklumat yang dicari. Kita perlu
mengkaji kelebihan dan kekurangan
tentang maklumat yang diperolehi.
Langkah ini menolong kita mencetus
idea baru untuk menyelesaikan masalah
yang dihadapi.
(d) Menyenaraikan idea penyelesaian
masalah.
Idea dicerna dengan aktiviti-aktiviti
seperti perbincangan kumpulan,
sumbangsaran, peta minda dan
membuat lakaran projek yang boleh
menyelesaikan masalah yang dihadapi.
1.2 Pemilihan Idea
Merupakan proses membuat pilihan
idea daripada idea-idea yang telah
disenaraikan. Faktor-faktor penting bagi
pemilihan idea ialah:
8
ZAR®
(a) Keupayaan kendiri
(b) Pengetahuan dan kemahiran sedia ada
(c) Kepentingan produk
(d) Cara pembuatan
(e) Mesra alam
(f) Bahan dan komponen
1.3 Perekaan Projek
Perekaan projek dapat dilakukan
dengan menggunakan lakaran, lukisan kerja
2D dan 3D atau mencari maklumat daripada
buku atau nota yang telah dihasilkan.
Dengan cara melakar beberapa reka bentuk
projek, ia dapat mencambahkan idea secara
grafik pada kertas isogrid atau kertas lukisan
dan memberi gambaran yang lebih jelas
tentang reka bentuk projek yang ingin
dihasilkan.
1.4 Pemilihan Reka Bentuk
Semasa menilai dan memilih konsep
reka bentuk, faktor-faktor berikut harus
dititikberatkan:
(a) Fungsi
9
ZAR®
(b) Rupa bentuk
(c) Kesesuaian bahan
(d) Kaedah Pembinaan
(e) Ketahanan
(f) Kos
(g) Kemasan
(h) Keselamatan
(i) Nilai Komersial
Terjemahkan konsep reka bentuk
yang dipilih kepada lukisan unjuran
ortografik untuk menunjukkan bentuk, saiz
dan dimensi dengan lebih terperinci dan
tepat.
10
ZAR®
1.5 Perancangan Pembinaan Projek
Melibatkan aspek perancangan
penggunaan bahan, alatan, jadual kerja dan
pengiraan kos pengeluaran.
(a) Penggunaan bahan.
(b) Penggunaan alatan.
(c) Jadual kerja
Melibatkan bilangan hari/minggu
digunakan untuk menyiapkan
projek.
(d) Pengiraan Kos Pengeluaran
Kos Bahan
- Jumlah harga semua bahan
yang digunakan untuk
menyiapkan 1 atau 100 unit
projek.
Kos Upah
11
ZAR®
- Jumlah tenaga kerja (pekerja)
yang digunakan.
- Formula kiraan :-
- Kadar Upah X Bilangan Jam
Bekerja X Bilangan Pekerja
Kos Overhead
- Penggunaan bil Air dan
Elektrik.
Kos Pengeluaran
- Kos Bahan + Kos Upah + Kos
Overhead
12
ZAR®
1.6 Pembinaan, Pengujianan dan
Pengubahsuaian Projek
Proses yang terlibat:
(a) Mengukur, menanda dan memotong:
Proses mengukur – proses mengambil ukuran
daripada lukisan kerja.
Proses menanda – proses memindahkan
ukuran ke atas bahan yang ingin digunakan.
Proses memotong – melibatkan kerja
memotong bahagian yang tidak diperlukan.
(b) Membina dan mencantum projek:
Merupakan kerja-kerja menyambungkan
bahan-bahan dengan cara menggam,
memaku, meribet atau membuat tanggam.
(c) Memeriksa dan menguji sambungan dan
pemasangan:
Sambungan yang telah dibuat harus diperiksa
untuk memastikan bahagian-bahagian
dicantum adalah lengkap dan kemas.
(d) Membuat kemasan:
Kemasan dengan menggunakan syelek,
13
ZAR®
tepung penyumbat, cat atau pelekat.
(e) Menguji dan menilai projek
Projek akan diuji untuk melihat sama
ada projek tersebut berfungsi atau tidak
dan dapat menyelesaikan masalah yang
dihadapi.
1.7 Pendokumentasian
Pendokumentasian merupakan
proses menghasilkan satu laporan bertulis
yang mengandungi maklumat tentang projek
dalam bentuk folio.
Tujuan pendokumentasian hasil
reka cipta adalah:-
(a) memberi maklumat tentang hasil
ciptaan.
(b) sebagai bukti penghasilan projek untuk
mendapatkan paten daripada pihak
yang berkenaan.
(c) sebagai bahan asas rujukan
penyelidikan dan penghasilan projek.
(d) memberi keyakinan kepada pihak
pengeluar untuk mengeluarkan
produk secara komersial.
14
ZAR®
(e) Menentukan strategi pemasaran.
Proses mengumpul dan merekod
maklumat perlu dibuat sepanjang proses
reka cipta dan disusun dengan teratur dan
kemas.
Maklumat-maklumat yang perlu ada
dalam dokumentasi ialah:
(a) Tajuk projek.
(b) latar belakang projek.
(c) Matlamat dan objektif.
(d) Deskripsi projek.
(e) Rujukan dan bibliografi.
(f) Lampiran.
Persembahan projek perlu dilakukan
untuk tujuan-tujuan berikut:
(a) menerangkan ciri-ciri projek.
(b) menyatakan proses reka cipta.
(c) menyatakan masalah-masalah yang
dihadapi.
(d) memberi maklumat tepat tentang
projek.
(e) mendapat maklum balas daripada guru
15
ZAR®
dan rakan sekelas.
(f) Memperbaiki mutu produk.
BAB 2 ELEKTRIK
2.1 Mengira Kos Tenaga Elektrik
Meter kilowatt jam berfungsi untuk
menyukat kuantiti tenaga elektrik yang telah
digunakan di rumah atau premis pengguna.
Meter yang biasa digunakan ialah meter jenis
digital. Sukatan dibuat dalam kilowatt jam
Meter ini mempunyai digit bagi nilai
10 000, 1 000, 100, 10 dan 1.
Bacaan meter ini diambil terus
daripada digit pada meter dari sebelah kiri
ke kanan. Nombor di kanan sekali tidak perlu
dibaca kerana nilai digit itu adalah dalam
bentuk perpuluhan.
6 3 7 4 2 8
10000 1000 100 10 1 1/10
Bacaan Meter di atas ialah 63 742
Unit tenaga elektrik yang digunakan
dalam sebulan dapat diketahui dengan
mencari perbezaan antara bacaan meter
16
ZAR®
bulan semasa dengan bacaan meter bulan
sebelumnya.
Kadar tarif merupakan kadar
bayaran bagi unit-unit tenaga elektrik. Kadar
tarif berbeza mengikut jenis penggunaan.
Jumlah bayaran yang dikenakan
bagi penggunaan tenaga elektrik ditentukan
oleh Tenaga Nasional Berhad (TNB) mengikut
kadar tarif yang ditetapkan.
Pengiraan bil elektrik adalah seperti
berikut:
(a) Mengira jumlah unit tenaga elektrik
yang digunakan.
Bacaan meter bulan semasa 63728 unit
Bacaan meter bulan dahulu - 63468 unit
Jumlah unit tenaga elektrik 260 unit
(b) Mengira kos tenaga elektrik
Jumlah kos yang dikenakan dengan
mendarabkan jumlah unit tenaga
elektrik yang digunakan dengan
kadar tarif.
Bagi 200 unit pertama: 200 x RM 0.218=RM 43.60
Bagi 60 unit berikutnya: 80 x RM 0.258=RM 15.58 +
RM 59.08
17
ZAR®
2.2 Pengenalan Motor Arus Terus (DC-Direct
Current)
Motor merupakan pengubah tenaga
yang menukarkan tenaga elektrik kepada
tenaga sawat atau tenaga kinetik.
Plat perincian motor biasanya
dilekatkan pada bahagian luar badan motor.
Plat perincian motor memberi maklumat
tentang jenis arus, voltan, putaran per minit
dan kuasa.
Terdapat dua jenis motor iaitu
motor AC atau motor arus ulang-alik dan
motor DC atau motor arus terus. Motor yang
menggunakan arus terus DC dikenali sebagai
motor arus terus atau motor DC. Sumber
tenaga elektrik bagi motor DC ialah bateri.
Motor yang menggunakan arus
ulang alik AC untuk berfungsi dikenali
sebagai motor arus ulang alik atau motor AC.
Sumber tenaga elektrik bagi motor AC ialah
18
ZAR®
sesalur bekalan.
Bahagian-bahagian utama dalam
motor DC ialah:
(a) angker (gegelung):
Angker ialah gegelung yang berputar
antara dua magnet kekal yang
terdapat di dalam motor. Kedua-dua
hujung dawai angker disambungkan
kepada komutator yang bersentuhan
dengan berus karbon. Apabila arus
elektrik mengalir melalui angker
(gegelung), suatu medan magnet akan
terhasil di sekeliling angker. Saling
tindakan antara medan magnet kekal
dengan medan magnet angker
menghasilkan suatu daya putaran.
Daya putaran ini akan memutarkan
angker.
(b) magnet kekal:
Magnet kekal dipasang pada kerangka
utama.
19
ZAR®
(c) rangka utama:
Rangka utama juga dikenali sebagai
yoke. Rangka utama berfungsi
sebagai penyokong kepada bahagian-
bahagian lain.
(d) berus karbon:
Berus karbon berfungsi untuk
menyambungkan bekalan arus dari
litar luar kepada angker.
(e) komutator atau penukartertiban:
Komutator merupakan gelang terbelah
dua yang dipasang pada angker.
Komutator berfungsi untuk
membolehkan arus dalam angker
bertukar arah supaya putaran hanya
berlaku dalam satu arah sahaja, iaitu
sama ada ikut arah pusingan jam
atau lawan arah pusingan jam.
Arah putaran motor DC boleh
20
ZAR®
ditentukan dengan menggunakan peraturan
tangan kiri Fleming.
Kuasa bekalan elektrik, bilangan
lilitan dalam angker, kekuatan medan
magnet kekal akan mempengaruhi kelajuan
putaran motor DC.
Arah pusingan motor boleh
diterbalikkan dengan menyongsangkan
sambungan punca bekalan elektrik.
Sistem mekanisme penghantaran kuasa
motor DC menggunakan kuasa motor untuk
melakukan pelbagai kerja mekanikal.
BAB 3 ELEKTRONIK
21
ZAR®
3.1 Nama, Simbol dan Fungsi Komponen:
(a) Litar Bersepadu (IC):
Litar bersepadu terdiri daripada
gabungan komponen-komponen
eletronik seperti transistor, diod,
perintang dan kapasitor yang
diperbuat daripada bahan
semikonduktor yang akan
membentuk suatu litar lengkap atau
separa lengkap dan dimuatkan
dalam satu kepingan silicon yang
bersaiz kecil yang dinamakan cip
silicon atau cip mikro (serpihan)
Litar elektronik yang padat dan kecil
pada cip silicon dikenali sebagai litar
bersepadu atau singkatannya I.C.
(Integrated Circuit).
Perumah plastic atau logam
digunakan untuk menutup cip silicon
daripada rosak.
Wayar emas biasanya digunakan
untuk menyambung litar bersepadu
pada cip silicon kepada pin-pin I.C.
22
ZAR®
Setiap pin digunakan untuk
menyambungkan I.C dengan litar
luar.
Bentuk IC bergantung kepada fungsi
dan jumlah pin yang terdapat pada
komponen tersebut.
Tanda separa bulat dinamakan takik
(notch) dan titik pada permukaan I.C
berfungsi membantu mengenalpasti
nombor bagi pin.
Maklumat I.C boleh diperolehi
daripada lembaran data yang
dikeluarkan oleh pengilang.
Langkah-langkah keselamatan
penggunaan I.C :
i. Pastikan I.C tidak berada di dalam
soket I.C semasa memateri pin
soket I.C pada bod litar.
ii. Pastikan pematerian hanya
dilakukan pada pin soket I.C.
iii. Pasangkan I.C ke dalam soket I.C
selepas menyelesaikan kerja
pematerian selesai.
23
ZAR®
iv. I.C hendaklah disimpan di dalam
bekas plastic antistatic atau
dibenamkan pin I.C pada span
untuk mengelakkan pin daripada
bengkok.
(b) Suis Mikro:
Merupakan sejenis suis yang boleh
berfungsi sebagai suis tekan buka
atau suis tekan tutup. Suis mikro
mempunyai tiga kaki atau tamatan,
kaki COM (common), NO (normally
open) dan kaki NC (normally close).
Suis mikro berfungsi sebagai suis
tekan tutup apabila pematerian
dilakukan pada kaki COM dan NO.
apabila tuil penolak ditekan, arus
akan mengalir dalam litar dan
apabila tuil penolak dilepaskan, arus
akan berhenti mengalir.
Suis akan berfungsi sebagai suis tekan
buka apabila pematerian dilakukan
pada kaki COM dan NC. Apabila tuil
24
ZAR®
penolak tidak ditekan, arus akan
mengalir dalam litar dan arus akan
berhenti mengalir apabila tuil
penolak ditekan.
(c) Mikrofon:
Mikrofon menukarkan gelombang
bunyi kepada arus elektrik dan
seterusnya ditinggikan dengan
penguat dan dihantar ke pembesar
suara.
Jenis-jenis mikrofon yang biasa
digunakan:
i. Mikrofon jenis karbon.
ii. Mikrofon jenis gegelung bergerak.
iii. Mikrofon jenis pemuat.
(d) Speaker / Pembesar suara
Pembesar suara berfungsi untuk
menukarkan tenaga elektrik kepada
tenaga bunyi. Pembesar suara
dilabelkan dengan nilai impedans
25
ZAR®
dan kadaran kuasa.
Nilai impedans dinyatakan dalam unit
ohm dan kadaran kuasa pula
dinyatakan dalam unit watt.
Bahagian-bahagian utama pembesar
ialah magnet kekal, kerangka,
diafragma, gegelung dan tamatan.
Gegelung dililitkan pada kertas keras
berbentuk silinder dan dilekatkan
pada hujung diafragma. Gegelung
ditempatkan dalam sel udara pada
magnet kekal. Sel udara ialah ruang
antara magnet kekal dan gegelung
yang berfungsi memberi ruangan
untuk gegelung bergetar.
Kerangka berfungsi untuk memegang
diafragma supaya tidak tertanggal.
3.2 Membaca dan Menterjemah Lukisan
Skematik:
Lukisan skematik ialah lukisan yang
menggambarkan susunan dan
kedudukan komponen-komponen
elektronik bagi suatu projek.
26
ZAR®
Lukisan bergambar menunjukkan
susun atur komponen-komponen
sebenar pada bod litar.
3.3 Penghasilan projek:
Langkah-langkah penghasilan projek:
i. Membentuk kaki komponen.
ii. Memasang komponen
berpandukan lukisan skematik
atau lukisan bergambar.
iii. Menyemak semula kedudukan
komponen berpandukan lukisan
skematik atau lukisan bergambar.
iv. Memateri semua kaki atau
tamatan komponen.
v. Memotong kaki komponen yang
berlebihan dengan kemas.
vi. Menguji projek yang telah siap
dan membuat pembaikan jika
perlu.
vii. Membersihkan dan menyimpan
semua alatan tangan dan bahan.
27
ZAR®
BAB 4 TEMPAT KEDIAMAN
Tempat kediaman merupakan
tempat tinggal yang dapat memberikan
perlindungan dan keselamatan kepada ahli
keluarga. Rumah dan asrama adalah contoh
tempat kediaman.
28
ZAR®
4.1 Ruang Tempat Kediaman
Jenis ruang dan contoh ruang adalah seperti dalam jadual di
bawah:
Jenis ruang Fungsi Ruang
Ruang Sosial
Contoh:
Ruang tamu
Bilik makan
Bilik istirehat
Bilik makan
Melayan tetamu.
Tempat berehat.
Berinteraksi antara ahli
keluarga.
Menjamu selera.
Ruang Kerja
Contoh:
Dapur
Tempat
mendobi
Garaj
Aktiviti menyedia dan
memasak makanan.
Aktiviti membasuh dan
mengosok pakaian.
Aktiviti penyelenggaraan
dan pembersihan kereta.
Ruang
Persendirian
Contoh:
Bilik tidur
Tandas dan
bilik mandi
Tempat berehat.
Tempat mengemas dan
membersihkan diri.
29
ZAR®
4.2 Keselesaan Tempat Kediaman
Keselesaan tempat kediaman
diperngaruhi oleh:
(a) Pengudaraan
Pengudaraan boleh diperolehi
melalui:-
- tingkap, pintu, kekisi.
Pengudaraan dapat dipertingkatkan
dengan penggunaan:-
- Kipas, alat penyaman udara.
Penggunaan alat penapis udara dapat
menjamin pengudaraan yang baik
untuk kesihatan.
(b) Pencahayaan
Pencahayaan Am
- Contoh: Lampu pendarflour
dan mentol.
Pencahayaan Langsung
- Contoh: Lampu Meja
Pencahayaan Tidak langsung
- Contoh: Lampu hiasan dinding
(c) Skema Warna
Skema warna boleh dibahagi kepada:-
30
ZAR®
Skema
warna
Contoh Kesan
Warna
Lembu
t
Hijau
muda
Merah
jambu
Ruang kecil kelihatan
besar.
Siling rendah kelihatan
tinggi.
Mewujudkan suasana
sejuk. dan harmoni
Warna
terang
Merah
Kuning
Ruang yang kecil
kelihatan besar.
Siling rendah kelihatan
tinggi.
Mewujudkan suasana
yang ceria dan riang.
Warna
gelap
Perang
Hitam
Ruang yang besar
kelihatan kecil
Siling tinggi kelihatan
rendah.
Mewujudkan suasana
tenang dan redup.
(d) Lantai dan penutup lantai
Pemilihan lantai dan penutup lantai
adalah bergantung kepada jenis
ruang dan fungsi ruang.
31
ZAR®
Ciri-ciri penutup lantai yang baik
ialah:-
- memberi kepanasan kepada
lantai.
- Melindungi lantai.
Contoh lantai dan penutup lantai:-
Lantai Penutup lantai
Jubin
Terazo
Mozek
Parquet
Permaidani
Linoleum
Tikar buluh
Tikar plastik
Tikar Mengkuang
(e) Alatan dan Kelengkapan
Pilih alatan dan kelengkapan rumah
yang sesuai dengan fungsi dan saiz
ruang.
(f) Keselamatan
Perkara-perkara penting perlu diambil
kira ialah:
- Susun atur alatan dan
kelengkapan supaya tidak
menghalang laluan.
32
ZAR®
- Peralatan elektrik dan peralatan
tajam digunakan dengan cara
yang betul dan disimpan di
tempat yang selamat.
- Alat pemadam api disediakan
untuk memadamkan kebakaran
kecil.
4.3 Penjagaan Tempat Kediaman
Pembersihan tempat kediaman
dilakukan secara:-
(a) Harian:-
Kerja ringan dan tidak memerlukan
masa yang banyak.
Dilakukan setiap hari.
Kerja yang dilakukan secara harian
ialah menyapu lantai dan
membuang sampah.
(b) Mingguan:-
Dilakukan pada hujung minggu
yang memerlukan masa dan tenaga
yang banyak.
Antara contoh pembersihan
mingguan ialah mengemop lantai
33
ZAR®
dan mengelap tingkap.
(c) Berkala:-
Memerlukan tenaga dan masa yang
banyak.
Dilakukan sekali-sekala sahaja.
Biasanya dilakukan pada musim
perayaan seperti kerja membuang
sawang dan menggilap lantai.
Alat dan agen pencuci digunakan
untuk memudahkan kerja pembersihan
tempat kediaman.
4.4 Susun Atur Alatan dan Kelengkapan
Faktor yang perlu diberi perhatian
semasa menyusun atur alatan dan
kelengkapan adalah seperti:-
(a) Saiz ruang
(b) Saiz perabot
(c) Skema warna
(d) Keceriaan
(e) Keselamatan
(f) Kumpulan ahli keluarga
Alatan dan kelengkapan yang perlu
diambil kira semasa menyusun atur alatan
34
ZAR®
dan kelengkapan adalah seperti berikut:-
(a) Meja kerja
Diletakkan berhampiran sink dan
dapur untuk mengurangkan
pergerakkan.
Mempunyai ketinggian yang dapat
memudahkan kerja.
(b) Sink
Diletakkan berhampiran tingkap
untuk pengudaraan dan
pencahayaan yang baik.
Diletakkan jauh daripada dapur
memasak untuk mengelakkan
percikkan air.
(c) Peti sejuk
Diletakkan berhampiran meja kerja.
Diletakkan jauh daripada haba
dapur memasak merosakkan peti
sejuk.
(d) Dapur masak
Diletakkan berhampiraan sink dan
meja untuk mengurangkan
pergerakkan.
35
ZAR®
Diletakkan jauh daripada tingkap,
pintu dan laluan untuk mengelakkan
kemalangan.
Contoh bentuk susun atur dapur:-
Bentuk “T”, “L”, “U”, “H”.
BAB 5 LANDSKAP
5.1 Pengenalan Landskap
Landskap bermaksud segala usaha
untuk memelihara alam sekitar dan
keindahanya supaya manusia dapat hidup
dengan lebih selesa dan harmoni.
Kepentingan landskap terhadap
kehidupan adalah seperti berikut:-
(a) Ekonomi
Mewujudkan peluang dalam bidang
perniagaan.
Mewujudkan lebih peluang
pekerjaan.
36
ZAR®
Memajukan sektor pelancongan.
(b) Alam sekitar
Mengawal perubahan suhu yang
ekstrem.
Mengelakkan hakisan tanah.
Mengurangkan pencemaran bunyi.
Membekalkan oksigen.
(c) Estetika
Meningkatkan keindahan dan
kecantikan sesuatu tempat.
Merangsangkan deria manusia dan
memberi ketenangan jiwa.
5.2 Tanaman Dalam Landskap
Kumpulan tanaman yang biasa
digunakan sebagai tanaman landskap ialah:-
(a) Pokok bunga semusim
Mempunyai hayat kurang daripada
setahun dan berbunga sekali
sahaja.
Contoh:- bunga matahari, bunga
marigold.
(b) Pokok renek
Mempunyai banyak cabang dahan
37
ZAR®
berdekatan dengan aras tanah.
Contoh:- bunga kertas, bunga tahi
ayam.
(c) Pokok hiasan
Mencantikkan kawasan landskap.
Penanda untuk menarik perhatian.
Contoh:- pokok penaga lilin,
Drasina.
(d) Pokok naungan
Memberi teduhan.
Tumbuhan meredang.
Kanopi padat.
Contoh:- pokok Khaya, pokok
Akasia.
(e) Pokok memanjat
Mempunyai sulur yang berpaut
pada sokongan.
Contoh:- pokok bunga melur dan
pokok nyonya makan sireh.
(f) Pokok palma
Tumbuh berumpuan atau berbatang
tunggal.
Contoh:- palma merah, pinang
38
ZAR®
kuning.
(g) Pokok lendair
Tidak mempunyai tisu berkayu di
bahagian sokongan seperti batang.
Contoh:- pokok pilea.
(h) Pokok herba
Tumbuhan yang ditanam untuk
mendapatkan unsur warna
kehijauan.
Pokok herba juga digunakan untuk
membuat ubat tradisional.
Contoh:- lidah buaya dan resam
batu.
(i) Pokok paku-pakis
Tumbuhan hijau yang tidak
berbunga.
Contoh:- cekur manis dan misai
kucing.
(j) Pokok penutup bumi
Ditanam untuk mengawal rumpai,
hakisan tanah serta menceriakan
kawasan seperti taman permainan dan
lereng bukit.
Contoh:- rumput tikar dan rumput
39
ZAR®
bermuda.
Antara fungsi tanaman landskap ialah:-
(a) Memberi perlindungan dan teduhan
(b) Membentuk ruang
(c) Mengarah pergerakkan
(d) Melembutkan pemandangan
(e) Mengurangkan kebosanan
5.3 Reka Bentuk Taman Mini
Tanaman mini merupakan landskap
yang dibuat dalam saiz yang bersesuaian.
Prinsip reka bentuk adalah:-
(a) Keringkasan
Sesuatu gubahan haruslah ringkas
dan mudah difahami.
Pilih elemen yang perlu sahaja.
(b) Keanekaan
Dapat mewujudkan daya tarikan
sesuatu reka bentuk.
Mengelakkan rasa jemu.
Guna elemen yang berlainan.
(c) Turutan
Perubahan yang berperingkat-
peringkat.
40
ZAR®
Contoh:- tekstur, warna, ketinggian.
(d) Skala
Hubungan antara saiz sesuatu
tumbuhan yang lain dan
keseluruhan ruangan.
Menentukan samada sesuatu reka
bentuk mencapai kesatuan atau
tidak.
(e) Penumpuan
Titik tumpuan dalam sesuatu reka
bentuk.
Guna tekstur yang kasar, bentuk
yang unik dan warna yang menarik.
(f) Keseimbangan
Mewujudkan keadaan yang stabil.
2 jenis keseimbangan:-
- Keseimbangan formal.
- Keseimbangan tidak formal.
Melukis simbol tanaman dan elemen
landskap.
Simbol tanaman - ms 226 ( Rajah
1.17)
Simbol binaan – ms 226 ( Rajah
41
ZAR®
1.18)
Lakaran kasar kedudukan setiap
elemen yang diperlukan, susunan ruang dan
keluasan ruang dalam sesuatu reka bentuk
landskap dikenali sebagai gambar rajah buih.
Pelan induk reka bentuk taman mini
perlu disediakan selepas penyeliaan gambar
rajah buih.
Lakaran pendangan perspektif
disediakan dengan cara:-
(a) Pandangan perspektif satu titik.
(b) Pandangan perspektif dua titik.
42
ZAR®
5.4 Membina Taman Mini
Taman mini dibina untuk
menambahkan keceriaan di sekelilingnya.
Terdapat beberapa jenis taman mini seperti:-
(a) Taman mini di dalam bekas terbuka.
(b) Taman mini di tapak.
(c) Taman mini di dalam bekas tertutup.
Taman mini di dalam bekas terbuka
digunakan sebagai hiasan dalaman tetapi
tumbuhan di dalam memerlukan penjagaan
rapi untuk mengekalkan saiz tumbuhan.
Langkah-langkah untuk membina
taman mini di dalam bekas terbuka adalah
seperti berikut:-
(a) Memilih bekas.
(b) Menyediakan bekas.
(c) Memasukkan medium penanaman.
(d) Membentuk permukaan medium.
Taman mini di tapak dibina
dikawasan yang terhad, biasanya taman mini
43
ZAR®
jenis ini dibina di ruang legar halaman depan
dan belakang rumah atau taman rekreasi.
Langkah-langkah membina taman
mini di tapak ialah:-
(a) Memilih tapak.
(b) Menyediakan kawasan.
(c) Membentuk permukaan tanah.
(d) Menyusun dan menanam.
Taman mini di dalam bekas tertutup
juga dikenali sebagai terrarium. Tanaman di
dalam bekas tertutup hidup dengan kitaran
proses semulajadi.
Langkah-langkah membina taman
mini di dalam bekas tertutup ialah:-
(a) Memilih bekas
Pilih bekas lutsinar yang
membolehkan tumbuhan
memperoleh cahaya matahari.
(b) Menyediakan bahan
Gunakan batu kelikir sebagai
lapisan atas.
(c) Menyediakan bekas
Bersihkan dan keringkan bekas.
44
ZAR®
(d) Menyediakan medium penanaman
Medium pemasuan dengan nisbah
7:3:2 atau 3:2:1 sesuai digunakan.
(e) Memasukkan medium ke dalam bekas
Menggunakan corong atau sudip
tangan.
5.5 Penyelenggaraan
Aktiviti penyelenggaraan landskap
di bekas terbuka.
5 aktiviti kerja. (ms 240-241)
Aktiviti penyelenggaraan landskap
di bekas tertutup.
4 aktiviti kerja. (ms 242)
45
ZAR®
BAB 6 PERNIAGAAN DAN
KEUSAHAWANAN
6.1 Konsumerisme
6.1.1 Pengguna dan Konsumerisme
Pengguna atau konsumer ialah
individu yang menggunakan barang,
perkhidmatan dan sumber alam sekitar.
Kepenggunaan atau konsumerisme
merupakan segala kegiatan yang dilakukan
oleh pengguna untuk menjaga hak dan
kepentingan mereka.
6.1.2 Hak dan Tanggungjawab
Pengguna
(a) Hak pengguna.
i Hak mendapat keperluan asas.
ii Hak mendapat keselamatan.
iii Hak mendapat maklumat.
iv Hak membuat pilihan.
v Hak bersuara.
vi Hak mendapat pendidikan
kepenggunaan.
vii Hak mendapat ganti rugi.
viii Hak mendapat alam sekitar yang
46
ZAR®
sihat dan selamat.
(b) Tujuan dan kepentingan menjaga hak
sebagai pengguna.
i Menjadi pengguna yang tidak mudah
ditipu.
ii Tidak berlaku penyelewengan oleh
pengeluar.
iii Menjadi individu bermaklumat.
iv Menjadi ahli masyarakat yang bersatu
padu dan berwibawa.
(c) Tanggungjawab Pengguna terhadap diri
sendiri.
i Membeli secara rasional dan bijak.
ii Membuat belanjawan diri.
iii Penglibatan dan tindakan.
iv Kesedaran mengkritik.
(d) Tanggungjawab pengguna terhadap
masyarakat.
i Bersatu padu dan bekerjasama.
ii Tanggungjawab sosial.
iii Menjaga alam sekitar dan alam semula jadi.
6.1.3 Tanggungjawab Pengeluar
kepada Pengguna
47
ZAR®
(a) Tanggungjawab
i Harga berpatutan.
ii Kuantiti yang tepat.
iii Produk berkualiti.
iv Selamat digunakan.
v Maklumat yang tepat.
vi Mesra alam.
(b) Bentuk penyelewengan
i Harga barang yang tidak stabil.
ii Kegiatan menyorok barang.
iii Barang yang berkualiti rendah.
iv Barangan yang membahayakan
pengguna.
v Timbangan dan sukatan yang tidak
tepat.
vi Maklumat yang mengelirukan.
(c) Cara membuat aduan
i Aduan secara terus.
ii Aduan bertulis.
6.1.4 Peranan Persatuan Pengguna
dan Kerajaan
Persatuan pengguna ialah sebuah
48
ZAR®
persatuan sukarela (NGO) yang ditubuhkan
bertujuan untuk melindungi hak dan
kepentingan pengguna.
Contoh persatuan:- CAP,
SCA,CANS,FOMCA, CAKE.
Peranan persatuan pengguna ialah:-
(a) Menerima dan menyiasat aduan.
(b) Menyebarkan maklumat.
(c) Menjalankan kajian dan penyelidikan.
(d) Memberi pendidikan kepenggunaan.
(e) Memberi bantuan dan khidmat nasihat.
Peranan kerajaan ialah:-
(a) Menggubal undang-undang.
(b) Menguatkuasakan undang-undang.
(c) Menyelaras kepentingan pengguna.
Hak Pengguna dalam peruntukkan
undang-undang.
(a) Akta Perihal Dagangan 1972 (Pindaan
1982).
(b) Akta Kawalan Harga 1946 (Pindaan)
(c) Ordinan Menjual Makanan dan Dadah
1952 (Pindaan 1983).
(d) Akta Timbang dan Sukat 1972.
49
ZAR®
(e) Akta Kawalan Bekalan 1962 (Pindaan
1973).
(f) Peraturan Makanan 1985.
(g) Akta Sewa Beli 1967.
(h) Akta Elektrik 1973.
(i) Akta Label 1980.
Bentuk perlindungan pengguna.
(a) Pendidikan kepenggunaan yang dijalankan
dari semasa ke semasa oleh pihak kerajaan
atau persatuan pengguna.
(b) Undang-undang yang digubal oleh kerajaan
dan dikuatkuasakan oleh Agensi kerajaan.
(c) Penubuhan persatuan.
Penerimaan masyarakat terhadap
gerakan Konsumerisme boleh dinilai dengan cara:-
(a) Membuat soal selidik.
(b) Mengadakan pameran kepenggunaan atau
konsumerisme.
(c) Mengadakan ceramah kepenggunaan.
50
top related