modul psv edited
Post on 06-Dec-2014
262 Views
Preview:
TRANSCRIPT
PSV3105 PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN SENI VISUAL
TAJUK 1 Pengenalan Kepada Empat Bidang Kegiatan
Sipnosis
Tajuk ini memberi pendedahan tentang pengajaran dan pembelajaran 4 bidang
kegiatan PSV KBSR iaitu: menggambar, membuat corak dan rekaan,
membentuk dan membuat binaan serta mengenal kraf tradisional. Penekanan
diberi terhadap alat dan bahan, tema, teknik dan proses penghasilan serta
aktiviti-aktiviti dalam 4 bidang kegiatan. Pelajar juga didedahkan dengan
penerokaan tajuk serta isi kandungan setiap isi kandungan.
Hasil Pembelajaran
Pada akhir tajuk ini, anda akan dapat:
1. Membanding beza pelbagai jenis aktiviti dalam empat bidang kegiatan iaitu Menggambar, Membuat Corak dan Rekaan, Membentuk dan Membuat Binaan serta Mengenal Kraf Tradisional.
2. Menjana idea dengan menggunakan pelbagai alat, bahan, dan teknik serta mengaplikasikannya dalam penghasilan mengikut empat bidang kegiatan.
3. Melaksanakan aktiviti penerokaan dan eksperimen untuk meningkatkan pengamatan dan pertimbangan estetik untuk pengajaran dan pembelajaran setiap bidang kegiatan.
4. Mengaplikasi asas Teknologi Maklumat dan Komunikasi(ICT) melalui perisian-perisian dalam proses penghasilan karya.
5. Merancang aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran setiap bidang kegiatan
6. Menjalankan sesi apresiasi secara mudah.
1
PSV3105 PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN SENI VISUAL
Kerangka tajuk-tajuk modul ini
Kandungan Isi
1.1 Konsep dan pengertian empat bidang kegiatan
Tumpuan diberi terhadap perancangan aktiviti pengajaran dan pembelajaran
empat bidang kegiatan PSV KBSR iaitu: Menggambar, Membuat Corak dan
Rekaan, Membentuk dan Membuat Binaan serta Mengenal Kraf Tradisional.
Contoh Imej Empat Bidang Dalam PSV KBSR
2
Pengenalan kepada 4 bidang kegiatan PSV
Aktiviti-aktiviti dalam empat bidang kegiatan
Konsep dan pengertian empat bidang kegiatan
Tema atau kandungan
Mengenal alat dan bahan
Teknik-teknik dalam
penghasilan karya
Proses penghasilan karya
Apakah yang anda tahu tentang bidang menggambar?
PSV3105 PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN SENI VISUAL
Asas Menggambar
Menggambar adalah salah satu daripada empat bidang kegiatan yang terdapat dalam
Sukatan Pelajaran Pendidikan Seni Visual KBSR. Sub tajuk ini disediakan untuk
membina pengetahuan dan kemahiran menggambar melalui penggunaan pelbagai alat,
olahan bahan dan jenis aktiviti menggambar. Melalui asas-asas menggambar, anda
seharusnya dapat menghasilkan pelbagai jenis aktiviti menggambar. Sub tajuk ini juga
disediakan untuk anda memperolehi pengetahuan dan kemahiran mengenai media,
proses dan teknik menggambar.
Menggambar adalah satu representasi visual sesuatu objek atau imej yang dihasilkan
di atas permukaan rata. Ia mengandungi komposisi artistik yang dihasilkan melalui
aplikasi warna di atas permukaan rata. Sesuatu gambaran mental yang jelas dan
pemberitahuan. Imej mental seseorang. Ilustrasi yang digunakan untuk menerangkan
dengan lebih jelas tentang sesuatu objek. Gambar sebagai satu artifak yang
menunjukkan satu kecenderungan terhadap sesuatu imej atau objek.
3
PSV3105 PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN SENI VISUAL
Teknik-teknik yang boleh digunakan dalam menggambar adalah seperti Rajah di
bawah.
TEKNIK MENGGAMBAR
Teknik Catan
Apabila seseorang mengecat, hasilnya ialah catan. Teknik catan ialah cara
menghasilkan karya dengan menggunakan bahan mengecat seperti cat air, cat poster,
cat emulsi, cat gloss dan lain-lain lagi. Berbagai jenis berus atau alat improvisasi lain
boleh digunakan untuk menyapukan bahan cat di atas sesuatu permukaan.
Teknik Kolaj
Teknik kolaj ialah cara menghasilkan karya dengan menggunakan tampalan dari
gubahan bahan-bahan seperti pelbagai jenis kertas, bahan buatan manusia dan bahan
alam semulajadi ke atas sesuatu permukaan seperti kertas atau plastik atau papan
secara bebas dan boleh bertindih. Selalunya bahan yang berlainan sifat atau jalinan
dapat memberi pelbagai kesan kepada kandungan dan penyampaian gambar.
Teknik Cetakan
Teknik cetakan ialah cara menghasilkan karya dengan mencetak. Pada asasnya
cetakan menggunakan sifat timbul dan tenggelam pada sesuatu blok atau skrin.
Terdapat berbagai-bagai jenis cara cetakan. Pelbagai media dan bahan cetakan boleh
digunakan. Untuk jenis cetakan blok, imej pada blok cetakan disediakan dan warna
4
MONTAJ
CATAN
STENSILAN GOSOKAN PERCIKAN
CAPAN LUKISAN KOLAJ
GURISAN
CETAKAN
RESIS
MOZEK
PSV3105 PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN SENI VISUAL
atau dakwat cetakan dicetak ke atas permukaan kertas. Contoh bahan cetakan lain
adalah seperti cetakan lino, ‘strawboard’ dan ‘polyfoam’. Polyfoam adalah bahan yang
mudah diukir. Cara gambar diukir dan sifat bahan yang diukir itu akan memberi kesan
yang berlainan.
Teknik Resis
Teknik resis menggunakan bahan yang tidak bercampur antara satu sama lain. Warna
air tidak akan bercampur dengan warna lilin ataupun ‘cow gum’. Dengan teknik ini, anda
boleh menggunakan lilin cair ataupun pepejal. Lilin boleh digunakan untuk melukis atau
memadamkan sesuatu kawasan permukaan melukis seperti kertas. Warna air boleh
disapukan di atasnya. Krayon juga boleh digunakan di peringkat sekolah rendah..
Proses membuat batik adalah satu contoh teknik resis.
Teknik Gosokan
Anda boleh menggunakan krayon dan gosokkannya di atas kertas yang diletak di atas
sesuatu permukaan yang kasar, misalnya ke atas objek dengan jalinan yang berlainan.
Jalinan di atas objek akan memberi kesan kepada hasil gosokan. Anda boleh memilih
pelbagai jalinan yang berlainan dan susunkannya untuk mendapat gambar yang
menarik.
Teknik Stensilan
Untuk teknik stensil, rupa bentuk gambar dikeluarkan dari alat stensil dengan sesuatu
cara supaya meninggalkan ruang kosong di atas alat stensil tersebut. Apabila bahan
warna disapu atas stensil yang diletakan atas kertas, bahan warna akan melalui ruang
yang kosong atau lubang di atas stensil dan diserap oleh kertas. Garis luar pada lubang
itu memberi kesan kepada sifat garis luar rupa bentuk yang dihasilkan.
Teknik Percikan
Bahan warna boleh dipercik dari sesuatu alat. Misalnya warna air boleh dipercik dari
berus. Hasilnya ialah jalinan bertitik-titik. Sesuatu objek atau kertas yang berubah
bentuk boleh digunakan untuk menghalang percikan itu ke permukaan kertas. Objek
5
PSV3105 PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN SENI VISUAL
atau kertas berubah bentuk itu boleh diubah kedudukannya supaya kesan tindihan
berlaku apabila warna kedua dipercikkan.
Teknik Gurisan
Untuk menghasilkan karya dengan teknik gurisan, anda boleh menggunakan sesuatu
alat yang tajam untuk mengguris keluar sesuatu bahan yang lembut dari sesuatu
permukaan. Permukaan kertas boleh disapu dengan warna krayon secara berlapis-
lapis supaya bahan krayon yang tebal melekat di atas kertas. Alat yang keras atau
tajam seperti kayu, paku atau plastik boleh digunakan untuk mengguris pada krayon
tebal itu supaya menghasilkan gambar. Pelbagai jenis alat yang keras dan tajam itu
akan memberi pelbagai kesan yang berlainan pada garisan yang dihasilkan.
Teknik Mozek
Teknik mozek ialah cara menghasilkan karya dengan menyusun dan menambah
bahan-bahan seperti kertas warna, plastik, kepingan jubin dan lain-lain ke atas sesuatu
permukaan seperti kertas, plastik dan papan secara tersusun, bersebelahan dan tidak
bertindih. Kepingan bahan yang diulang secara tidak bertindih memberi kesan khas
pada mozek yang dihasilkan. Sempadan kepingan bahan yang ditampal itu memberi
jalinan keseluruhan kepada gambar yang dihasilkan.
6
PSV3105 PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN SENI VISUAL
Asas Membuat Corak dan Rekaan
Salah satu sebab M.C. Escher, artis grafik Belanda menjadi terkenal adalah kerana
kebolehannya menghasilkan corak yang menarik sekali. Cuba anda perhati dengan teliti
kain baju anda. Adakah anda boleh mengecam struktur susunan ulangan pada cetakan
ataupun pada jalinan kain itu? Itulah yang dimaksudkan corak. Anda boleh
menghasilkan corak melalui pelbagai teknik dan cara seperti yang anda akan
perhatikan nanti. Biasanya corak terdiri daripada motif tertentu yang disusun
berulangan. Motif-motif pelbagai bentuk dan rupa ini boleh diperhatikan di alam
sekeliling kita seperti:
alam semulajadi seperti bunga, siput, kayu, serangga dan haiwan; bahan buatan manusia seperti kerusi, meja, rumah, paku dan gunting; geometri seperti bulat, segitiga dan segiempat; abjad rumi, tulisan jawi, tulisan cina dan tamil serta angka; dan rupa barangan kraf tradisional seperti wau, gasing dan keris.
Corak terbahagi kepada 2 jenis iaitu corak terancang dan corak tidak terancang.
Corak terancang
Corak yang dibuat secara terancang mengikut susunan atau grid, seperti susunan batu-
bata, turun separa, orgee, cerminan, sisik ikan, selang seli atau perulangan rupa yang
tekal.
7
PSV3105 PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN SENI VISUAL
Terdapat pelbagai jenis susunan corak, antaranya adalah seperti dalam rajah di
bawah.
Tarikan
Lipatanlup
Jenis susunan corak
Corak tidak terancang
Corak yang dihasilkan secara spontan dengan menggunakan teknik-teknik berikut.
CORAK TIDAK TERANCANG
Teknik menghasilkan corak tidak terancang
8
TARIKAN
TIUPAN
IKAT & CELUP
PUALAMAN
RENJISAN
TITISAN
LIPATAN
PSV3105 PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN SENI VISUAL
Asas Membentuk dan Membuat Binaan
Pada zaman kanak-kanak anda dahulu, anda pasti pernah melihat atau bermain
dengan kapal ataupun kapal terbang yang dihasilkan dengan lipatan kertas. Ini
merupakan satu jenis kegiatan membentuk yang anda mungkin pelajari sebelum
memasuki alam persekolahan.
Dalam bidang ini, anda akan mengetahui tentang bidang kegiatan membentuk dan
membuat binaan yang murid anda akan pelajari. Topik ini akan menjelaskan tentang
aktiviti-aktiviti membentuk yang ditujukan kepada pelajar sekolah rendah seperti
menghasilkan arca timbul, asemblaj, mobail, stabail, model, diorama, boneka, topeng
dan origami. Di sini anda akan lihat bagaimana teknik, alat dan bahan, tema ditentukan
dan juga tentang persembahan hasil kerja.
Bidang kegiatan ini menegaskan perkembangan persepsi pelajar terhadap aspek seni
dari segi bentuk, ruang, struktur, imbangan dan kestabilan. Berpandukan aspek
tersebut pelajar dapat memahami dengan lebih jelas bila mereka membentuk dan
membina sesuatu model. Bidang kegiatan membentuk dan membuat binaan juga
mendedahkan pelajar dengan penggunaan pelbagai bahan, alat dan teknik
penghasilan. Ini memberi peluang kepada murid berinteraksi secara kreatif dengan alat
dan bahan, semasa menjalankan proses penghasilan seni.
9
PSV3105 PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN SENI VISUAL
Bidang kegiatan dan membentuk dan membuat binaan tiga dimensi merangkumi 9
aktiviti seperti berikut:
(a) Arca timbul (f) Model
(b) Arca asemblaj (g) Diorama
(c) Arca mobail (h) Boneka
(d) Arca stabail (i) Topeng
(e) Origami
Mengenal Kraf Tradisional
Kraf Tradisional boleh didefinisikan sebagai perusahaan atau kerja-kerja berunsurkan
seni yang melibatkan kemahiran kerja-kerja tangan serta memerlukan daya cipta dan
kreatif masyarakat yang diwarisi turun temurun mengikut kaum masing-masing.
Kraf tradisional terdiri daripada 8 jenis, iaitu:
(a) Alat Domestik (e) Seni Tekat
(b) Alat Permainan (f) Tembikar
(c) Alat Pertahanan Diri (g) Seni Anyaman
(d) Batik (h) Seni Ukiran Kayu
10
PSV3105 PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN SENI VISUAL
Alat domestik merupakan peralatan yang dicipta dan digunakan untuk memberi
kemudahan dan digunakan sebagai peralatan harian kepada masyarakat tradisional
pada ketika itu.
Alat Permainan seperti Wau adalah salah satu permainan tradisi yang dimainkan untuk
mengisi lapang. Kebiasaannya wau dimainkan selepas menuai padi. Sehingga kini wau
masih di mainkan di negeri Kelantan, Terengganu, Kedah, Perlis, Pahang, Selangor
dan Johor. Terdapat pelbagai nama wau di negara kita termasuklah Wau Barat dan
Wau Bayan.
Keris
Perubahan masa menyebabkan bentuk senjata berubah mengikut keperluan.
Masyarakat melayu tradisional terutama di zaman kerajaan Melayu Melaka hingga kini
masih menggunakan senjata seperti Keris, Pedang, Tombak, Tumbuk Lada, Lawi
Ayam, Rencong Aceh, Sewar, Badik, Beladau, Jembiah Lading, Lembing dan Sumpit.
Keris adalah senjata penting dalam masyarakat dan budaya melayu. Jenis-jenis keris
yang boleh didapati adalah seperti Keris Jawa, Keris Semenanjung, Keris Sumatra,
Keris Petani atau Pekaka, Keris Bali, Keris Sundang, Keris Majapahit, Keris Bugis dan
Keris Picit. Keris pada masa kini masih digunakan untuk upacara-upacara tertentu
seperti majlis persandingan, perubatan dan keris menjadi lambang kebesaran institusi
diraja.
Batik
Batik terkenal di seluruh gugusan kepulauan Melayu dan dianggap bidang kraf tangan
tradisional yang unggul. Batik tradisi dan moden mempunyai corak yang sesuai dengan
cita rasa dan perkembangan kesenian Malaysia. Batik tulis, batik lukis dan batik canting
merupakan kaedah membuat batik yang kini diminati ramai. Pada peringkat awal
kaedah ini hanya digunakan untuk menghasilkan batik untuk hiasan dinding. Pada
tahun 1970-an teknik ini telah diterapkan dalam kaedah membuat skaf, kain selendang
dan baju kurung. Kini penggunaannya telah diperluaskan dalam bentuk dimensi baru.
11
PSV3105 PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN SENI VISUAL
Batik semakin digemari oleh peminat fesyen kerana corak batik dapat dipadankan
mengikut peredaran zaman.
Seni Tekat
Ia juga dikenali dengan nama suji timbul iaitu sulaman timbul atau tekat bersuji, tetapi
suji sering dikaitkan dengan sulaman benang sutera. Sama ada ditekat, disulam atau
disuji, ragam hiasnya semua dibentuk dalam keadaan timbul dari permukaan dasar kain
kerana bahagian dalamnya diisi dengan mempulur. Asal-usul dan perkembangan seni
tekat secara langsung dikaitkan kegunaan pakaian dan kelengkapan keluarga raja-raja
atau istana. Seni tekat diperkenalkan pada kurun ke-15, iaitu di zaman kesultanan
Melayu Melaka. Pada masa tersebut seni tekat dipakai oleh keturunan Baba Melaka.
Mereka banyak menggunakan seni tekat ini pada pakaian. Negeri seperti Perak, Johor,
Selangor, Pahang dan Negeri Sembilan merupakan negeri yang banyak
mengusahakan kraf seni tekat timbul benang emas.
Tembikar
Seni tembikar telah wujud di Malaysia sejak beribu tahun dahulu berdasarkan
penemuan barang tembikar lama seperti di Gua Cha, Kelantan dan di Sungai Perak.
Terdapat pelbagai bentuk dan jenis tembikar yang dihasilkan di Malaysia. Hampir
semua tembikar yang dihasilkan mempunyai ciri-ciri kegunaan harian. Beberapa buah
negeri di Malaysia menghasilkan tembikar. Barangan tembikar yang dihasilkan adalah
berbeza dari segi bentuk, corak, dan teknik pembuatan kerana dipengaruhi oleh budaya
dan latar belakang si pembuat. Bentuk tembikar tersebut hanya mempunyai persamaan
dari segi susunan motif, ketebalan dan teknik pembakaran bersuhu rendah, dengan
permukaan berwarna coklat, hitam dan kelabu gelap. Tembikar tradisi Melayu menjadi
lambang kesenian negara dan kini menjadi koleksi yang membanggakan.
Anyaman
Anyaman merupakan satu proses menjalin helaian daun pandan, mengkuang, bilah
buluh, rotan, lidi, bertam, paku-pakis ribu-ribu atau bahan-bahan lain dengan
menggunakan cara dan peraturan tertentu melalui teknik selang-seli helaian antara satu
sama lain.
12
PSV3105 PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN SENI VISUAL
Kelarai
Kelarai ialah corak atau motif berbentuk dam pada anyaman yang melalui proses
tranformasi idea daripada alam semulajadi. Anyaman yang tidak berkelarai disebut
anyaman biasa atau ghadas. Anyaman yang lengkap harus dihiasi dengan kelarai. Dua
jenis warna yang kontra digunakan bagi menunjukkan kesan. Pembikinan kelarai
adalah dirancang dengan menggunakan mata atau langkah yang betul dan tepat.
Kelarai ini di antaranya ialah:
(a) Kelarai berakar (f) Kelarai anak ikan
(b) Kelarai beras patah (g) Kelarai kepala lalat
(c) Kelarai bunga cengkeh (h) Kelarai mata punai
(d) Kelarai tampuk manggis (i) Kelarai sisik kelah
(e) Kelarai bunga mempelas (j) Kelarai tapak harimau
Ukiran Kayu
Seni ukiran kayu merupakan sejenis kraf tangan Melayu tradisional yang digunakan
untuk menghiasi rumah kediaman yang menjadi kebanggaan masyarakat pada zaman
dahulu. Ukiran kayu tradisional dianggap sebagai hasil kreativiti orang Melayu dalam
bentuk tampak dan mendapat tempat yang istimewa di kalangan masyarakat di negara
ini. Seni ukiran Melayu yang unik ini diperlihatkan melalui ukiran pada istana, masjid,
rumah, makam, kepala sampan, perabot, senjata dan peralatan untuk kegunaan harian.
Bangunan-bangunan lama yang masih mengekalkan seni ukiran sehingga hari ini telah
menjadi bahan rujukan generasi masa kini.
Latihan
1. Senaraikan 2 bidang kegiatan yang sesuai dijadikan projek berkumpulan di
sekolah dan nyatakan kelebihan yang boleh diperolehi dari bidang kegiatan
tersebut kepada murid anda.
13
PSV3105 PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN SENI VISUAL
1.2 Mengenal alat dan bahan
Pengenalan dan Penerokaan Alat, Media dan TeknikSebelum memulakan sesuatu pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni Visual di
kelas, adalah sangat penting bagi seseorang guru mengetahui dan mengenal pasti
perubahan dan perkembangan diri murid-muridnya. Setiap murid mempunyai
keupayaan dan sikap yang berbeza terhadap sesuatu aktiviti yang akan dilaksanakan.
Penggunaan alat, media dan teknik dalam pembelajaran seni menggambar juga amat
penting untuk menghasilkan hasil kerja yang baik dan bermutu. Pada kebiasaannya
alatan yang hendak digunakan adalah terlalu banyak jika hendak disenaraikan.
Adalah menjadi minat murid apabila menghasilkan kerja-kerja seni menggunakan
pelbagai jenis kertas yang mempunyai pelbagai tekstur, pelbagai jenis warna dan
pelbagai saiz. Lain-lain kertas yang boleh digunakan dalam aktiviti seni adalah seperti
kertas surat khabar, majalah, kertas tisu, kertas sampul surat, kertas pembungkus
hadiah, sugar paper, toilet paper, kertas kadbod dan banyak lagi. Alat tulis samada
yang berwarna atau tidak berwarna, media kering atau media basah semuanya amat
berguna untuk melengkapkan kerja-kerja menggambar. Selain daripada itu gunting
pelbagai saiz, gam, bahan-bahan buangan yang boleh digunakan dalam aktiviti
menggambar juga perlu. Alatan dan media yang berbagai-bagai yang digunakan ke
atas sesuatu bahan tujuannya supaya dapat menghasilkan satu hasil kerja seni yang
pelbagai untuk menghasilkan jalinan, bentuk dan ton.
Dalam penerokaan terhadap aktiviti menggambar, pelbagai media boleh digunakan dan
disatukan dalam satu hasil kerja. Berikut ialah sebahagian contoh alatan dan media
yang boleh digunakan sebagai aktiviti menggambar:
Pelbagai jenis pensil
Warna pastel, warna air, warna poster, warna pensil
Kapur berwarna
14
Apakah yang anda faham tentang alat dan bahan?
PSV3105 PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN SENI VISUAL
Oil pastel
Artline atau marker
Pelbagai jenis pen
Gouche, akrilik, cat minyak
Stensil
Kolaj
Capan, cetakan
Lilin
Pelbagai jenis cebisan kertas suratkhabar atau majalah
Bahan-bahan semulajadi seperti berbagai jenis tumbuh-tumbuhan
Sayur-sayuran, dan buah-buahan
Penyedut minuman
Gunting, pisau lipat, gam
Pelbagai jenis berus lukisan, palet/pembancuh warna
Anda boleh menggunakan pelbagai alat dan bahan untuk menggambar. Contohnya
ialah seperti pensel, pensel warna, cat air, cat poster, pen, lilin, pastel, krayon, kertas
warna, gam, gunting, bahan-bahan kutipan dan berus. Media untuk menggambar terdiri
daripada dua jenis iaitu media kering dan media basah. Contoh media kering adalah
seperti pensel, pen, pensel warna, krayon, arang lilin dan ‘comte’. Media basah terdiri
daripada cat air, cat poster, cat minyak dan cat akrilik.
Dalam aktiviti menggambar, kanak-kanak dapat menggunakan pelbagai alat dan bahan
untuk menghasilkan gambar mengikut cara ekspresinya yang tersendiri. Ini membantu
perkembangan kanak-kanak dari aspek psikomotor dan emosi dan penting dari segi
keperluan fisiologi dan psikologi kanak-kanak.
Kegiatan membentuk dan membuat binaan memberi peluang kepada pelajar
membuat rujukan kepada objek sebenar. Perbandingan ini akan memberi
kesedaran bahawa idea dan kreativiti mempunyai fungsi dan makna. Aspek apresiasi
hasil kerja diadakan sebagai satu proses pembelajaran. Kegiatan ini boleh
15
PSV3105 PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN SENI VISUAL
dilakukan dalam pelbagai cara seperti pernyataan, puisi, lakonan, nyanyian dan
cerita.
Mengaplikasikan alat, bahan dan teknik dalam bidang membentuk dan membuat
binaan berkaitan dengan proses yang mesti dilakukan dalam menjadikan objek
itu bersifat tiga dimensi. Menjelmakan objek konkrit tiga dimensi ini akan
mengambil kira bagaimana untuk menstrukturkan reka bentuk disamping
memerhati dan meneliti sfera-sfera objek yang akan dibuat. Seterusnya menentukan
rangka dan rupa bentuk melalui pertimbangan permukaan-permukaan yang terlibat,
ketinggian, kelebaran, berat dan garis luar objek. Pada kebiasaannya, sesuatu
bentuk konkrit akan di asaskan berdasarkan bentuk-bentuk ilusi dan seterusnya
dipindahkan imej ini kepada objek realiti.
Latihan
1. Senaraikan alat dan bahan yang sesuai untuk merancang penghasilan sebuah
arca asemblaj.
2. Senaraikan media kering yang sesuai untuk menghasilkan catan dengan
menggunakan kertas lukisan.
16
PSV3105 PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN SENI VISUAL
1.3 Tema dan kandungan
Tema, isi kandungan, alat dan bahan untuk setiap bidang kegiatan
Tema
Walau apapun yang anda hasilkan dalam pengkaryaan, perkara-perkara berikut akan
menjadi tema atau hal subjek yang penting.
Alam semulajadi dan objek persekitaran
Anda boleh menjadikan objek-objek alam semulajadi ciptaan Tuhan sebagai sumber
utama menghasil karya. Objek yang berupa flora dan fauna menjadi sumber idea dan
ilham untuk menghasilkan produk seni. Daripada objek persekitaran pula, anda boleh
lihat objek buatan manusia terutamanya objek domestik seperti cawan, piring, pinggan
senduk, pisau, meja dan sebagainya. Kesemuanya menjadi tema atau hal subjek
dimana peringkat seterusnya akan melihat dinamik bentuk form, kualiti objek, ciri-ciri
organik, keunikan, integrasi alam dan kehidupan di samping mengambil kira garisan,
ruang, warna, jalinan, rupa dan bentuk.
17
Apakah yang anda faham tentang tema dan kandungan?
PSV3105 PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN SENI VISUAL
Perasaan dalaman, khayalan dan imaginasi si pelukis
Pengalaman hidup banyak memberi kesan dan pengaruh terhadap minda yang
akhirnya menzahirkan ilham atau idea mencipta. Perasaan takut, misteri, sedih dan
sebagainya menjadi sumber inspirasi karya si pelajar atau pelukis. Menurut Sigmund
Freud dan Paul Jean Satre, teori-teori imaginasi berupaya mencipta sesuatu objek atau
karya melangkaui batas fizikal dan cabaran status-quo pelukis. Imaginasi ini akan
memandu arah si pelajar atau si pelukis ke arah yang lebih kreatif dan melampaui
batas-batas kebiasaan dalam berkarya. Menurut Freud lagi, perasaan dalaman inilah
yang menjadi motivasi atau penggerak minda dalam berkarya.
Aliran dan tema sejagat
18
PSV3105 PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN SENI VISUAL
Tema menjelaskan konsep dalam agenda kehidupan manusia. Ia menunjukkan
kekerapan manusia mengambil hal subjek yang sering diperkatakan. Dari idea yang
pelbagai, keunikan ciptaan berlaku dan akhirnya mewujudkan kepelbagaian rupa
bentuk dan jenis produk. Dalam konteks yang lebih besar, jelmaan perasaan dalam
berkarya menggunakan alam sekitar menjadi suatu keunikan ciptaan dan mewujudkan
satu kekaguman. Wujudnya 'Non-objective Art', 'Minimal Art' misalnya adalah suatu
aspek pengkaryaan yang berani, mencabar dan sanggup menerima rintangan.
Keperluan dan pengalaman kehidupan harian
Ciptaan cawan, sudu, senduk, periuk dan alat-alat domestik yang lain merupakan asas
ciptaan dalam bidang membentuk dan membuat binaan. Pada bidang yang lebih besar,
manusia mencipta dan membuat kipas, basikal, kereta, keretapi malah jambatan dan
objek-objek gunaan lain yang mewatakkan keperluan asas sebuah masyarakat dan
negara. Idea datang daripada soal desakan untuk mengguna di samping mengatasi
sebarang kesulitan mengharungi kehidupan. Lalu diciptanya bentuk-bentuk konkrit yang
dapat memanfaatkan manusia si pencipta itu sendiri. Semakin aktif dan proaktif
seseorang manusia itu mencipta objek tiga dimensi, semakin tinggi kualiti ciptaan dan
lebih tinggi nilai estetikanya. Di sekolah rendah kandungan subjek atau hal benda itu
boleh disesuaikan dengan pengalaman sedia ada kanak-kanak dan pengalaman belajar
19
PSV3105 PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN SENI VISUAL
kanak-kanak dalam pengajaran dan pembelajaran untuk merangsangkan dan
meningkatkan pembelajaran.
Peristiwa sebenar atau realisme dan romantisme
Rakaman-rakaman peristiwa yang berlaku samada yang berkaitan dengan dunia dan
seisinya atau yang melibatkan fenomena alam. Umpamanya peperangan yang berlaku,
kesan kemiskinan atau sebagainya.
Latihan
1. Mengumpul contoh-contoh karya 4 bidang kegiatan mengikut Tahap 1 dan tahap
2 serta senaraikan tajuk/tema/jenis aktivti, teknik serta alat dan bahan yang
digunakan dalam setiap bidang.
20
PSV3105 PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN SENI VISUAL
1.4 Teknik – teknik dalam penghasilan karya
Apabila seseorang mengecat, hasilnya ialah catan. Teknik catan ialah cara
menghasilkan karya dengan menggunakan bahan mengecat seperti cat air, cat poster,
cat emulsi, cat gloss dan lain-lain lagi. Pelbagai jenis berus atau alat improvisasi lain
boleh digunakan untuk menyapukan bahan cat di atas sesuatu permukaan. Selalunya,
sapuan cat akan menonjolkan karya dan memberi berbagai kesan kepada kandungan
dan penyampaian gambar.
Teknik kolaj ialah cara menghasilkan karya dengan menggunakan tampalan dari
gubahan bahan-bahan seperti berbagai jenis kertas, bahan buatan manusia dan bahan
alam semulajadi ke atas sesuatu permukaan seperti kertas atau plastik atau papan
secara bebas dan boleh bertindih. Selalunya bahan yang berlainan sifat atau jalinan
dapat memberi berbagai kesan kepada kandungan dan penyampaian gambar. Pelbagai
media dan bahan pula boleh digunakan untuk menghasilkan karya seni cetakan boleh
digunakan. Untuk jenis cetakan blok, imej pada blok cetakan disediakan dan warna
atau dakwat cetakan dicetak ke atas permukaan kertas. Contoh bahan cetakan lain
adalah seperti cetakan lino, strawboard, papan lapis dan polyfoam. Gambar boleh diukir
di permukaan lino, papan, papan lapis dan sebagainya. Kemudian, bahan warna
disapukan di atas permukaan dan dicetak atas kertas. Cara gambar diukir dan sifat
bahan yang diukir itu akan memberi kesan yang berlainan.
Secara amnya, teknik capan juga boleh digolongkan di bawah kategori cetakan.
Teknik capan ialah cara untuk menghasilkan karya dengan menggunakan bahan yang
disapukan warna (cat air atau cat poster) dan dicat ke atas sesuatu permukaan. Anda
boleh menghasilkan pelbagai rupa bentuk dengan menggunakan berbagai jenis bahan.
Contohnya adalah seperti capan bahan buangan, capan bahan alam semulajadi
21
Nyatakan teknik-teknik penghasilan karya yang pernah anda
praktikkan.
PSV3105 PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN SENI VISUAL
(sayuran, cengkerang). Jalinan pelbagai bahan itu akan memberi pelbagai kesan jalinan
pada hasil capan.
Teknik resis menggunakan bahan yang tidak bercampur antara satu sama lain.
Contohnya jika anda menggunakan warna air bersama warna lilin atau warna air
bersama cow gum. Warna air tidak akan bercampur dengan warna lilin ataupun cow
gum. Dengan teknik ini, anda boleh menggunakan lilin cair ataupun pepejal. Lilin boleh
digunakan untuk melukis atau memadamkan sesuatu kawasan permukaan melukis
seperti kertas. Warna air boleh disapukan di atasnya. Di kawasan yang tidak berlilin,
warna air akan diserap. Lilin menolak warna air itu. Maka terdapat dua kawasan
dengan dua jenis kesan. Kadang-kadang titik-titik warna air sahaja yang tertinggal di
atas permukaan lilin dan memberi sesuatu jalinan. Krayon juga boleh digunakan di
peringkat sekolah rendah. Kesan yang lembut atau kasar akan terhasil di sempadan
penemuan lilin atau krayon dan warna air terpulang kepada jenis lilin atau krayon yang
digunakan. Proses membuat batik adalah satu contoh teknik resis.
Untuk menghasilkan karya dengan teknik gurisan, anda boleh menggunakan sesuatu
alat yang tajam untuk mengguris keluar sesuatu bahan yang lembut dari sesuatu
permukaan. Permukaan kertas boleh disapu dengan warna krayon secara berlapis-
lapis supaya bahan krayon yang tebal berlekat di atas kertas. Alat yang keras atau
tajam seperti kayu, paku atau plastik boleh digunakan untuk mengguris pada krayon
tebal itu supaya menghasilkan gambar. Pelbagai jenis alat yang keras dan tajam itu
akan memberi berbagai kesan yang berlainan pada garisan yang dihasilkan.
22
PSV3105 PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN SENI VISUAL
Latihan
1. Cuba anda senaraikan alat dan bahan untuk menghasilkan corak yang
tersenarai di dalam rajah yang diberi:
Corak tidak terancang Alat dan Bahan
Pualaman
Tiupan
Ikatan dancelupan
Renjisan danpercikan
1.5 Proses Penghasilan Karya
Proses penghasilan karya yang dilakukan oleh seseorang pengkarya adalah sesuatu
yang amat kompleks untuk dihuraikan dengan perkataan. Ia merupakan suatu proses
yang memerlukan masa tanpa had. Beberapa pertimbangan yang wajar dilakukan
dalam proses penghasilan karya ialah seperti berikut;
Pemerhatian secara aktif
Pemerhatian yang aktif amat perlu apabila seseorang itu ingin memulakan sesuatu hasil
kerja seni. Melalui pemerhatian seseorang individu itu dapat mengamati ciri-ciri yang
terdapat pada sesuatu objek yang ingin ditiru atau objek yang dijadikan rujukan dalam
karyanya. pemerhatian yang mendalam dan teliti akan memberi dimensi baru terhadap
23
Nyatakan satu proses penghasilan karya bagi bidang menggambar?
PSV3105 PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN SENI VISUAL
sesuatu benda jika individu itu melihat sesuatu objek dari sisi yang lebih kreatif serta
dapat menjelmakan semula aspek estetika yang ingin dirakamkan secara visual.
Melihat intipati sesuatu objek secara mendalam juga dapat memberi maklumat serta
makna baru kepada seseorang, jika objek itu dapat dijelmakan semula sebagai hasil
kreatif yang memperlihatkan nilai estetikanya dari segi bentuk dan makna yang ingin
disampaikan. Pemerhatian secara aktif melibatkan pengetahuan sedia ada, objek yang
konkrit, minat, kecenderungan dan latar belakang murid.
Interaksi yang kritis dan kreatif dengan alat dan bahan
Interaksi yang kritis dan kreatif dengan alat dan bahan juga menjadi aspek yang sangat
penting dalam proses penghasilan karya. Ini adalah kerana melalui interaksi secara
langsung dengan deria seseorang itu dapat mendekatkan diri beliau dengan sesuatu
objek atau hal benda itu dengan lebih intim melalui deria rasa, lihat, sentuh, bau, dan
dengar. Melalui interaksi yang kritis seseorang individu akan cuba untuk memahami
dan mengenali sesuatu benda dengan lebih mendalam dan teliti. Manakala interaksi
secara kreatif pula melibatkan sudut pandangan atau sisi kepada sifat sesuatu benda
itu menjadi lebih mencabar dan menyerlahkan sisi atau sudut pandangan yang berbeza
dan menarik. Sudut pandangan yang dilihat secara kreatif juga akan turut memberikan
makna yang berbeza serta penekanan yang lebih bermakna kepada seseorang.
Interaksi yang kritis melibatkan aspek penerokaan dan penghasilan atau pembuatan.
Aktiviti penerokaan dijalankan sebelum aktiviti penghasilan.
Apresiasi seni visual secara mudah
Apresiasi secara mudah dalam proses penghasilan karya merujuk kepada penilaian
seseorang dalam membuat tanggapan atau meletakkan justifikasi sendiri dalam aspek
yang ingin diamati dan dinilai secara individu atau berkumpulan. Apresiasi yang
menekankan unsur-unsur asas dalam seni menjadi pertimbangan yang penting sebagai
asas apresiasi yang ingin dibuat terhadap sesuatu karya seni atau objek. Penilaian
tentang aspek yang ingin dipertimbangankan itu menjadi asas kepada proses
penghasilan agar perancangan yang dirangka melalui pengembangan idea dapat
24
PSV3105 PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN SENI VISUAL
direalisasikan dengan baik dan sempurna. Semasa menyediakan aktiviti apresiasi
secara mudah, perhatian perlu diberi kepada perkara berikut;
- Terminologi berkaitan unsur-unsur seni
- Terminologi berkaitan kandungan dan hal benda
- Penghargaan terhadap hasil kerja pengkarya
- Refleksi diri terhadap karya
- Penyerapan pengetahuan dan penerapan nilai berkaitan dengan kandungan.
Menghargai nilai baik dalam semua aspek kehidupan
Menghargai nilai baik dalam semua aspek kehidupan adalah bagaimana kita membuat
penyataan tentang kecintaan dan sayangi alam ciptaan Tuhan di sekeliling kita.
Penghargaan kita kepada semua aspek kehidupan turut mencakupi tentang nilai-nilai
murni yang ingin disarankan melalui penyataan estetik yang dibuat melalui karya yang
dihasilkan. Pernyataan estetik ini seringkali memberi pengalaman indah kepada
pemerhati, justeru menerapkan perasaan estetik terhadap sesuatu objek. Melalui
pengalaman estetik ini akan membuatkan seseorang individu itu menghargai apa yang
ingin disampaikan oleh sesuatu karya seni. Penghargaan terhadap keindahan tentunya
akan menyerlahkan sisi baik seseorang individu dalam mengharungi aspek kehidupan
yang lain, kerana jiwa seni itu seringkali dikaitkan dengan kehalusan, sensitiviti dan
kesedaran untuk membetulkan apa yang salah. Penghargaan yang tinggi harus diberi
kepada usaha pengkarya yang sangat murni dalam menghargai keindahan dan nilai-
nilai yang murni dalam kehidupan kerana keindahan yang lebih bermakna adalah
terhadap kekuasaan yang maha Esa yang membuatkan manusia sentiasa rasa takjub
kepada keindahan alam yang tiada bandingan.
Latihan
1. Buat apresiasi mudah dengan membincangkan unsur-unsur seni yang
diaplikasikan dalam sebuah hasil karya seni yang dipilih.
25
PSV3105 PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN SENI VISUAL
1.6 Aktiviti-aktiviti Dalam Empat Bidang Kegiatan
Aktiviti bidang mengambar
Pengetahuan asas bagi aktiviti menggambar mempunyai dua unsur yang menjadi
tunjang utama di dalam proses memahami konsep penghasilan seni visual. Dua unsur
utama itu ialah elemen unsur seni dan elemen seni reka atau prinsip seni.
Lukisan merupakan salah satu aktiviti dalam bidang menggambar iaitu satu perbuatan
meletakkan pewarna yang terlarut dalam sejenis bahan pelarut dan dicampurkan
dengan agen pengikat kepada permukaan seperti kertas, kanvas dan sebagainya.
Aktiviti membuat lukisan merupakan pengetahuan awal yang dibuat untuk meluahkan
perasaan yang berbentuk imej dengan menggunakan media kering atau warna paling
minimum. Ia merupakan karya seni atau kerja seni yang dihasilkan di atas sesuatu
permukaan rata yang mengabungkan garisan dan ton warna. Lukisan yang dilukis
adalah menggambarkan aktiviti dan perasaan pelukis.
Perspektif adalah satu elemen penting bagi menampilkan perbezaan dari segi saiz,
warna dan jalinan bagi sesuatu objek apabila ia berada jauh dari pandangan. Perspektif
ialah skala atau ukuran objek dari pelbagai sudut pandangan yang mempunyai
beberapa aspek penting seperti; garisan horizontal, titik lenyap, tetingkap fokus dan
nisbah keemasan.
Aktiviti melukis memberi ruang bagi kanak-kanak mengeluarkan dan melahirkan
perasaan, cara berkomunikasi dengan dan tanpa bahasa yang boleh membantu
mereka dalam pembelajaran.
26
Huraikan satu aktiviti dalam bidang membuat corak dan rekaan
PSV3105 PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN SENI VISUAL
Catan ialah aktiviti menggambar dengan menggunakan bahan berwarna atau cat yang
disapu ke atas sesuatu permukaan yang rata dalam bentuk dua dimensi dengan
menggunakan media basah. Aktiviti ini membolehkan seseorang menyedari serta
merakam kesan cahaya pada bentuk, rupa, ruang, komposisi serta susunan yang
terdapat pada alam sekitar.
Terdapat beberapa elemen yang perlu diberi perhatian dalam aktiviti catan. Antaranya
ialah:
- irama
- komposisi
- warna
- sapuan berus
- subjek
Resis pula ialah aktitviti menggambar dengan menggunakan kaedah penolakan bahan
seperti minyak dan air. Penolakan bahan berminyak dan air menghasilkan ciri-ciri unik
yang menarik di atas kertas. Contohnya kertas yang dilakarkan dengan pastel minyak
dan di sapukan dengan cat air akan menghasilkan teknik menggambar seperti batik
iaitu bahagian yang dilakarkan dengan pastel minyak akan menolak warna yang
berasaskan air tersebut. Kaedah resis juga boleh dipelbagaikan mengikut kreativiti
seseorang seperti menggunakan lilin atau krayon.
Percikan pula adalah teknik menggambar dengan memercikkan warna menggunakan
berus gigi atau berus-berus lain yang sesuai. Aktiviti percikan ini akan menghasilkan
corak yang menarik secara spontan.
Cetakan dalam bidang menggambar ialah proses terapan blok atau plat ke atas
permukaan kertas, kain atau bahan-bahan lain. Cetakan merupakan hasilan imej yang
terdapat pada permukaan blok yang dipindahkan melalui terapan imej yang diukir itu.
Blok atau plat yang mempunyai rekabentuk yang menarik seperti objek berbentuk
27
PSV3105 PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN SENI VISUAL
geometri dan organik atau huruf akan menjadikan aktiviti cetakan sangat menarik dan
mudah untuk dilaksanakan.
Cetakan terbahagi kepada beberapa jenis seperti;
- Cetakan timbulan
- Cetakan stensil/sarigrafi
- Cetakan monoprint
- Cetakan benam
- Cetakan planografi/litografi
Terdapat pelbagai jenis bahan yang boleh digunakan untuk menghasilkan cetakan
seperti kayu, strawbod, lino, stensil, profilem, ubi kentang, daun dan sebagainya.
Stensilan ialah proses menghasilkan seni dengan menggunakan kertas keras atau
tebal, kepingan plastik yang mempunyai corak dan bentuk. Aktiviti ini membolehkan
seseorang merakam kesan rupa, bentuk, ruang, komposisi, serta susunan secara
terancang atau tidak. Corak yang menarik juga bolh dihasilkan melalui aktiviti stensilan
ini.
Gurisan ialah aktiviti menggambar dengan menggunakan kanji yang dicampur dengan
warna air atau poster. Kanji akan bertindak seperti bahan pelekat yang berkilat
menjadikan warna lebih menyerlah. Campuran disapu pada permukaan kertas dengan
menggunakan tangan bagi meratakan warna tersebut, kemudian ia akan diguris-guris
dengan menggunakan objek tajam seperti garfu, sikat dan sebagainya untuk
mendapatkan corak secara tidak terancang. Aktiviti ini mudah dijalankan, tetapi perlu
dibuat secara berhati-hati agar tidak comot.
Capan merupakan aktiviti menggambar paling mudah bagi kanak-kanak dalam
kegiatan seni. pelbagai alat capan boleh digunakan seperti jari, tapak tangan, tapak
kaki dan sebagainya untuk menghasilkan corak yang kreatif. Aktiviti ini sangat
28
PSV3105 PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN SENI VISUAL
menyeronokkan dan dapat memberi pengalaman yang baru kepada murid sekolah di
mana mereka dapat merasai warna yang digunakan secara langsung.
Konsep bidang menggambar dalam aktiviti kolaj, montaj dan mozek merupakan aktiviti
menampal media lain seperti kertas warna, foto dan bahan-bahan lain di atas kertas
lukisan untuk menghasilkan satu gambaran yang kreatif manakala aktiviti gosokan pula
adalah menyalin semula atau pemindahan corak, jalinan, tekstur, rupa serta reka
bentuk permukaan asal kepada kertas lukisan untuk mendapatkan kesan-kesan yang
menarik.
Kolaj ialah aktiviti menggambar dengan menyusun pelbagai jenis bahan seperti bijiran,
kertas warna, daun dan sebagainya di atas prmukaan yang rata seperti kertas, kanvas
atau kadbod dengan menggunakan bahan perekat yang sesuai. Bahan yang dijadikan
kolaj itu boleh dijadikan pelbagai jenis imej atau corak yang menarik.
Montaj ialah satu proses atau aktiviti menghasilkan karya menggunakan kertas warna,
gambar, huruf, dan lain-lain yang ditampal pada sesuatu permukaan yang rata dalam
bentuk dua dimensi dengan menggunakan gam bagi mewujudkan gambaran secara
grafik. Aktiviti ini merupakan asas kepada reka bentuk grafik. Teknik ini membolehkan
seseorang membentuk serta merakamkan gambaran dalam pelbagai bentuk, rupa,
ruang, komposisi serta susunan yang terdapat pada alam sekitar atau objek.
Mozek ialah proses menghasilkan seni dengan menggunakan kertas berwarna yang
dipotong kecil seperti jubin di mana ia ditampal ke atas sesuatu permukaan rata dalam
bentuk dua dimensi dengan menggunakan gam bagi mewujudkan gambaran secara
grafik.
Gosokan ialah proses menghasilkan karya seni dengan menggunakan teknik gosokan
media kering di atas kertas lukisan yang diterap di atas permukaan yang mempunyai
jalinan timbul yang kasar dan ketara. Permukaan atau jalinan bahan-bahan seperti kulit
pokok, duit syiling, cermin tingkap yang kasar akan terbentuk pada kertas lukisan
29
PSV3105 PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN SENI VISUAL
apabila warna yang digosok berlapikkan kertas tersebut dilakukan. Bahan tekstur yang
diperolehi dari jalinan permukaan yang disalin secara gosokan itu boleh dijadikan bahan
seni yang menarik apabila menghasilkan karya menggambar secara kolaj.
Aktiviti membuat corak dan rekaan pula melibatkan banyak aktiviti yang menarik.
Membuat corak dan rekaan secara tidak terancang melibatkan aktiviti seperti pualaman.
Pualaman atau putaran warna secara spontan, iaitu dengan menekap kertas lukisan
pada permukaan warna yang terapung di permukaan minyak. Campuran warna yang
dititis pada permukaan minyak akan terapung dan diputarkan secara rawak dengan
menggunakan lidi untuk menghasilkan corak tidak terancang.
Tiupan ialah hasil karya seni yang ringkas iaitu dengan meniup warna air yang dititis di
atas permukaan kertas. Warna air yang ditiup itu akan terpecah dan tersebar secara
rawak di atas permukaan kertas dan menghasilkan reka corak tidak terancang yang
menarik jika pilihan warna yang sesuai dibuat. Teknik tiupan ini boleh dilakukan dengan
menggunakan mulut dan straw sahaja.
Titisan ialah aktiviti ringkas untuk menghasilkan corak tidak terancang. Warna air akan
dititiskan pada permukaan kertas yang basah untuk menghasilkan gubahan corak tidak
terancang yang menarik dan unik.
Ikatan dan celupan adalah kaedah membuat corak tidak terancang yang
menggunakan kain kapas yang nipis atau kertas tisu yang diikat dengan cara tertentu
untuk mendapatkan corak yang diingini. Kertas atau kain yang diikat itu akan direndam
didalam pewarna seperti warna batik yang akan meninggalkan kesan warna yang
menarik setelah ikatan tersebut dibuka.
Renjisan dan percikan juga dapat mewujudkan corak tidak terancang yang menarik
melalui kaedah merenjis atau memercikkan warna secara spontan di atas permukaan
kertas yang kering. Daun-daun dengan rupa yang menarik boleh diletakkan di atas
30
PSV3105 PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN SENI VISUAL
permukaan kertas bagi membentuk imej daun yang berlatar belakangkan warna-warna
renjisan yang menarik.
Aktiviti membentuk dan membuat binaan ialah salah satu bidang seni visual yang boleh
dilakukan seperti membuat arca tiga dimensi dengan menggunakan bahan seperti
plaster of paris, plastersin, lilin, kayu, dawai, tanah liat, doh, span, sabun dan
sebagainya.
Arca asemblaj adalah gabungan bahan-bahan terbuang yang diolah menjadi karya
seni yang menarik. Pembentukan dan pembinaan arca asemblaj terbentuk daripada
hasil cantuman bahan-bahan tiga dimensi yang semulajadi atau buatan manusia yang
disatukan menjadi objek seni yang tersendiri. Pelbagai bahan terbuang boleh diolah
semula menjadi karya-karya hebat jika dirancang secara kreatif dan inovatif.
Mobail ialah arca yang boleh bergerak secara kinetik. Mobail direka untuk
menghasilkan pergerakan yang berirama dan berubah-ubah. Mobail mementingkan
keseimbangan, bentuk, warna, reka bentuk dan ruang.
Kraf tradisional alat domestik merupakan barangan berfungsi tetapi boleh dijadikan
barang perhiasan yang menarik seperti barangan tembikar, tekat, ukiran, keris, wau dan
sebagainya. Terdapat juga alat perhiasan diri seperti rancai, cincin, pending, keronsang
yang boleh direka semula menggunakan bahan-bahan seperti kadbod, manik dan
sebagai aktiviti karya seni yang menarik. Antara aktiviti kraf yang sering dijalankan
disekolah adalah anyaman dengan menggunakan kertas warna atau riben. Barangan
tembikar juga boleh dihasilkan dengan menggunakan papier mache atau tanah liat.
Manakala wau atau kuda kepang boleh dihasilkan dengan menggunakan kertas kadbod
yang dipotong dan dilukis corak yang sesuai di atasnya bagi menyerupai kraf sebenar.
31
PSV3105 PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN SENI VISUAL
Latihan
1. Senaraikan lima aktiviti seni dalam bidang membentuk dan membuat binaan
yang paling sesuai mengikut murid tahap 1.
2. Nyatakan lima teknik penghasilan berasaskan bahan terbuang yang sesuai
dijalankan di dalam bilik darjah.
32
PSV3105 PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN SENI VISUAL
TAJUK 1 Amali – Meneroka Alat dan Bahan
1.1 Sinopsis
Tajuk ini berkaitan penerokaan dan membuat eksperimentasi terhadap pelbagai
jenis alat dan bahan serta penerokaan dan membuat eksperimentasi ke atas
perisian-perisian komputer yang dapat memberi nilai tambah dalam penghasilan
karya seni.
1.2 Hasil Pembelajaran
Pada akhir tajuk ini, anda dapat:
1. Membanding beza pelbagai jenis aktiviti dalam empat bidang kegiatan
iaitu Menggambar, Membuat Corak dan Rekaan, Membentuk dan
Membuat Binaan serta Mengenal Kraf Tradisional
2. Menjana idea dengan menggunakan pelbagai alat, bahan, dan teknik
serta mengaplikasikannya dalam penghasilan mengikut empat bidang
kegiatan
3. Melaksanakan aktiviti penerokaan dan eksperimen untuk
meningkatkan pengamatan dan pertimbangan estetik untuk pengajaran
dan pembelajaran setiap bidang kegiatan
4. Mengaplikasi asas Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) melalui
perisian-perisian dalam proses penghasilan karya
5. Merancang aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran setiap bidang
kegiatan
6. Menjalankan sesi apresiasi secara mudah
33
PSV3105 PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN SENI VISUAL
1.3 Kerangka
1.4 Meneroka / Membuat eksperimentasi pelbagai jenis alat dan bahan.
Pelbagai alat dan bahan aktiviti pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni Visual
KBSR boleh dilaksanakan untuk meningkatkan keberkesanan pengajaran dan
pembelajaran. Perancangan pengajaran dan pembelajaran yang kreatif dan
bersistematik dapat menentukan keberkesanan pembelajaran ke tahap yang optima.
Dalam merancang pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan
seseorang guru perlu cekap memilih alat dan bahan yang bersesuaian dengan suasana
pembelajaran. Oleh itu, beliau haruslah mempunyai pengetahuan tentang pelbagai
kegunaan alat dan bahan bagi merancang pengajaran dan pembelajaran yang menarik
dan kondusif bagi mencapai objektif yang hendak disasarkan. Menggambar adalah
salah satu daripada empat bidang kegiatan yang terdapat dalam Sukatan Pelajaran
Pendidikan Seni Visual KBSR. Tajuk ini disediakan untuk membina pengetahuan dan
kemahiran menggambar melalui penggunaan pelbagai alat, olahan bahan dan jenis
34
Amali – Meneroka Alat dan Bahan
Meneroka / Membuat eksperimentasi pelbagai jenis alat dan bahan.
Meneroka / membuat eksperimentasi perisian-perisian.
Nyatakan bentuk penerokaan terhadap alat dan bahan yang pernah
anda lakukan dalam menghasilkan karya seni.
PSV3105 PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN SENI VISUAL
aktiviti menggambar. Melalui asas-asas menggambar, anda seharusnya dapat
menghasilkan pelbagai jenis aktiviti menggambar. Anda boleh menggunakan pelbagai
alat dan bahan untuk menggambar. Contohnya ialah seperti pensel, pensel warna, cat
air, cat poster, pen, lilin, pastel, krayon, kertas warna, gam, gunting, bahan-bahan
kutipan dan berus. Media untuk menggambar terdiri daripada dua jenis – media kering
dan media basah. Contoh media kering adalah seperti pensel, pen, pensel warna,
krayon, arang lilin dan comte. Media basah terdiri daripada cat air, cat poster, cat
minyak dan cat akrilik atau kekuda dan alat ‘masking’. Permukaan untuk catan adalah
seperti kertas, kad, papan, tikar, kanvas dan lain-lain lagi. Alat-alatan dan perkakas lain
adalah seperti palet, kain pengelap, bekas berus, ‘easel’ atau kekuda dan alat
‘masking’. Apabila seseorang mengecat, hasilnya ialah catan. Teknik catan ialah cara
menghasilkan karya dengan menggunakan bahan mengecat seperti cat air, cat poster,
cat emulsi, cat gloss dan lain-lain lagi. Berbagai jenis berus atau alat improvisasi lain
boleh digunakan untuk menyapukan bahan cat di atas sesuatu permukaan. Selalunya,
sapuan cat akan menonjolkan karya dan memberi berbagai kesan kepada kandungan
dan penyampaian gambar. Teknik kolaj ialah cara menghasilkan karya dengan
menggunakan tampalan dari gubahan bahan-bahan seperti berbagai jenis kertas,
bahan buatan manusia dan bahan alam semulajadi ke atas sesuatu permukaan seperti
kertas atau plastik atau papan secara bebas dan boleh bertindih. Selalunya bahan yang
berlainan sifat atau jalinan dapat memberi berbagai kesan kepada kandungan dan
penyampaian gambar.
Pelbagai media dan bahan cetakan boleh digunakan untuk membuat cetakan. Untuk
jenis cetakan blok, imej pada blok cetakan disediakan dan warna atau dakwat cetakan
dicetak ke atas permukaan kertas. Contoh bahan cetakan lain adalah seperti cetakan
lino, strawboard , papan lapis dan polyfoam. Gambar boleh diukir di permukaan lino,
papan, papan lapis atau sebagainya. Kemudian, bahan warna disapukan di atas
permukaan dan dicetak atas kertas. Cara gambar diukir dan sifat bahan yang diukir itu
akan memberi kesan yang berlainan. Secara amnya, teknik capan juga boleh
digolongkan dibawah kategori cetakan. Teknik capan ialah cara untuk menghasilkan
karya dengan menggunakan bahan yang disapukan warna (cat air atau cat poster) dan
35
PSV3105 PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN SENI VISUAL
dicat ke atas sesuatu permukaan. Anda boleh menghasilkan pelbagai rupa bentuk
dengan menggunakan pelbagai jenis bahan. Contohnya adalah seperti capan bahan
buangan, capan bahan organik dan sebagainya.
Teknik resis menggunakan bahan yang tidak bercampur antara satu sama lain.
Contohnya jika anda menggunakan warna air bersama warna lilin atau warna air
bersama cow gum. Warna air tidak akan bercampur dengan warna lilin ataupun cow
gum. Dengan teknik ini, anda boleh menggunakan lilin cair ataupun pepejal. Lilin boleh
digunakan untuk melukis atau memadamkan sesuatu kawasan permukaan melukis
seperti kertas. Warna air boleh disapukan di atasnya. Di kawasan yang tidak berlilin,
warna air akan diserap. Lilin menolak warna air itu. Maka terdapat dua kawasan dengan
dua jenis kesan. Kadang-kadang titik-titik warna air sahaja yang tertinggal di atas
permukaan lilin dan memberi sesuatu jalinan. Krayon juga boleh digunakan di peringkat
sekolah rendah. Kesan yang lembut atau kasar akan terhasil di sempadan penemuan
lilin atau krayon dan warna air terpulang kepada jenis lilin atau krayon yang digunakan.
Proses membuat batik adalah satu contoh teknik resis.
Untuk menghasilkan karya dengan teknik gurisan, anda boleh menggunakan sesuatu
alat yang tajam untuk mengguris keluar sesuatu bahan yang lembut dari sesuatu
permukaan. Permukaan kertas boleh disapu dengan warna krayon secara berlapis-
lapis supaya bahan krayon yang tebal berlekat di atas kertas. Alat yang keras atau
tajam seperti kayu, paku atau plastik boleh digunakan untuk mengguris pada krayon
tebal itu supaya menghasilkan gambar. Pelbagai jenis alat yang keras dan tajam itu
akan memberi berbagai kesan yang berlainan pada garisan yang dihasilkan. Alat dan
bahan untuk penghasilan teknik mozek ialah bahan-bahan seperti kertas warna, plastik,
kepingan jubin dan lain-lain ke atas sesuatu permukaan seperti kertas, plastik dan
papan secara tersusun, bersebelahan dan tidak bertindih. Kepingan bahan yang
diulang secara tidak bertindih memberi kesan khas pada mozek yang dihasilkan.
Sempadan kepingan bahan yang ditampal itu memberi jalinan keseluruhan kepada
gambar yang dihasilkan.
36
PSV3105 PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN SENI VISUAL
Pada abad ke-17 dan ke-18, pensel dan arang merupakan media yang amat dominan
dan digemari oleh pelukis-pelukis agung. Manakala dewasa ini pen, berus dan dakwat
adalah alat atau bahan yang popular dalam kalangan pelukis. Anda boleh mengikuti
panduan berikut untuk mempertingkatkan kemahiran mengaplikasikan alat, bahan dan
teknik dalam penghasilan karya.
1. Anda perlu memahami dan mengetahui alat, bahan dan teknik kerana ia adalah
asas yang paling penting dalam kerja menggambar. Maklumat ini memudahkan
proses mengekspresi diri dalam penghasilan karya.
2. Anda perlu membuat tinjauan, pemerhatian atau melihat kerja melukis oleh tokoh-
tokoh kerana ia amat membantu dalam kerja menggambar.
3. Pastikan anda telah mengeksplorasikan alat dan bahan mengikut teknik yang
berkaitan dengan jenis gambar yang bakal dibuat sebelum menggambar.
Anda boleh menghasilkan corak melalui pelbagai teknik dan cara seperti yang anda
akan pernah lihat. Biasanya corak terdiri daripada motif tertentu yang disusun
berulangan. Motif-motif pelbagai bentuk dan rupa ini boleh diperhatikan di alam
sekeliling kita seperti:
1. alam semulajadi seperti bunga, siput, kayu, serangga dan haiwan;
2. bahan buatan manusia seperti kerusi, meja, rumah, paku dan gunting;
3. geometri seperti bulat, segitiga dan segiempat;
4. abjad rumi, tulisan jawi, tulisan cina dan tamil serta angka; dan
5. rupa barangan kraf tradisional seperti wau, gasing dan keris.
Teknik menghasilkan corak pula terbahagi kepada dua jenis iaitu:
Corak tidak terancang Corak terancang
Pualaman Lukisan
Renjisan Catan
37
PSV3105 PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN SENI VISUAL
Lipatan warna dengan
kertas
Cetakan
Tiupan Capan
Titisan Lipatan dan guntingan
Ikatan dan celupan Resis
Renjisan dan percikan Kolaj
Cara membentuk dan membuat binaan
38
PSV3105 PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN SENI VISUAL
http://www.roadsidescholar.com/wp-content/uploads
http://www.roadsidescholar.com/wp-content/uploads
39
PSV3105 PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN SENI VISUAL
Mengaplikasikan alat, bahan dan teknik dalam bidang membentuk dan
membuat binaan berkaitan dengan proses yang mesti dilakukan dalam
menjadikan objek itu bersifat tiga dimensi. Menjelmakan objek konkrit tiga
dimensi ini akan mengambil kira bagaimana untuk menstrukturkan reka bentuk
disamping memerhati dan meneliti sfera-sfera objek yang akan dibuat.
Seterusnya menentukan rangka dan rupa bentuk melalui pertimbangan permukaan-
permukaan yang terlibat, ketinggian, kelebaran, berat dan garis luar objek.
Pada kebiasaannya, sesuatu bentuk konkrit akan di asaskan berdasarkan
bentuk-bentuk ilusi dan seterusnya dipindahkan imej ini kepada objek realiti.
Tahukah anda bagaimana cara-cara membentuk dan membuat sesuatu karya?
Anda boleh:
1. mengenalpasti bahagian-bahagian yang terdapat dalam sesuatu binaan;
2. mengetahui bagaimana bentuk tertentu dicantumkan bagi menghasilkan
objek;
3. mendapatkan imbangan kedudukan dan kestabilan dalam sesuatu ciptaan;
4. menggunakan alat dan bahan pengolahan reka bentuk;
5. menghasilkan jenis-jenis bentuk bergerak dan bentuk yang
mempunyai ilusi pergerakan;
6. menghasilkan dan melengkapkan bentuk rekaan mengikut perancangan;
7. membandingkan hasil bentuk rekaan dengan objek sebenar;
8. memahami dan menghargai proses menghasil bentuk rekaan dan binaan;
9. berbincang dan menilai hasil bentuk rekaan dan binaan dari segi
proses membuat, olahan bahan, unsur-unsur seni, fungsi dan kemasan;
10.menentukan cara dan memperagakan bentuk rekaan yang paling
sesuai dan menyatakan kesannya;
11.menceritakan pengalaman baru yang diperoleh daripada proses
menghasilkan bentuk reka
40
PSV3105 PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN SENI VISUAL
Penentuan Alat dan Bahan
Selain daripada alatan dan bahan yang telah dinyatakan, terdapat beberapa
pertimbangan lain yang perlu dan penting untuk aktiviti membentuk dan membuat
binaan, antaranya:
1. bahan terbuang yang diguna pakai semula;
2. benda-benda daripada alam sekitar seperti buluh, tanah liat, buah kelapa,
pinang, kulit siput dan sebagainya;
3. benda-benda buatan manusia seperti manik, kayu larik, kotak-kotak, tisu,
gam dan sebagainya; dan
4. bahan-bahan terbuang daripada buatan manusia seperti kaki kerus yang
patah, papan yang telah terendam dan banyak lagi benda-benda lain.
Kegiatan membentuk dan membuat binaan memberi peluang kepada pelajar anda
membuat rujukan kepada objek sebenar. Perbandingan ini akan memberi
kesedaran bahawa idea dan kreativiti ada fungsi dan makna. Bagaimanakah cara
ini dapat dilakukan? Anda boleh:
(a) Rujukan kepada Objek Sebenar
1. memerhati, mengenali dan memahami bentuk dan ruang objek;
2. memerhati dan menyentuh bentuk benda alam dan benda buatan manusia;
3. memerhati dan menyatakan perbezaan dan persamaan sifat bahan melalui deria
pendengaran;
4. memerhati pelbagai jenis bentuk barangan buatan manusia untuk kegunaan
harian, permainan dan peragaan; dan memahami bahawa sesuatu objek itu
memenuhi ruang sebenar.
(b) Kemahiran Mengaplikasikan Alat, Bahan dan Teknik
Kemahiran-kemahiran seperti di atas akan merujuk kepada beberapa kriteria
penghasilan. Secara yang paling asas ia berkaitan dengan:
1. Kesesuaian tajuk, tema dan teknik yang dikaitkan dengan pemilihan alat dan
bahan.
41
PSV3105 PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN SENI VISUAL
2. Membuat thumbnail print sebagai tindakan mengawal dan mengawas
urusan membuat. Segala lakaran ini mengambil kira dari segi kesesuaian
objek.
3. Sesuatu perkembangan progress kerja dikawal selia mengikut keperluan
bahan dan alat yang menjadikan urutan kerja berjalan lancar dan terancang.
4. Pilih teknik membuat. Bagi teknik topeng misalnya, kaedah tampalan
mungkin dianggap paling dominan dan sesuai. Lakukan pemeringkatan
penghasilan topeng ini dengan teliti dan teratur.
5. Kaedah mengguna alat perlu betul dan tertib. Bagi penggunaan pahat dalam
konteks menghasil arca luakan berasaskan kayu perlu diawas dari cara
memegang, pilihan saiz pahat, arah pergerakan mata pahat disamping
kekuatan dan kadaran pukulan berbantukan tukul kayu.
6. Bagi kerja-kerja menghalus ke atas objek arca, kertas pasir seringkali
diaplikasikan untuk mendapatkan tekstur yang licin dan menarik.
7. Syelek, varnis, minyak kayu, cat alas, cat kilat, emulsi, perada, labuci,
manik-manik seringkali menjadi pilihan untuk dijadikan kemasan akhir
produk. Pilih keserasian bahan penyudah atau bahan kemasan untuk
penampilan yang anggun.
8. Untuk tujuan peragaan yang mantap, tentukan tapak yang kukuh dan
selamat.
Pengetahuan mengenai alat dan bahan diperlukan untuk mengimbangi ciri-ciri
kekuatan reka bentuk di samping kesesuaian terhadap mesej dan tajuk binaan.
Alatan-alatan yang berupa mesin berkuasa letrik seperti pengisar kertas untuk
membuat papier mache, mesin untuk menggaul papier mache, mesin perata dan
mesin penyembur cat mungkin diperlukan untuk menghasilkan dapatan yang baik
dan bermakna. Seterusnya, pilihan lokasi yang relevan dengan objek seni perlu
dipertimbangkan. Mobail perlu digantung, stabail statik dan perlukan tapak yang
mantap, diorama dikotakkan pada cermin atau perspek yang lutsinar dan origami
perlukan penampilan ruang hias yang bertutup seperti almari cermin. Akhirnya,
apabila penampilannya berlaku dalam situasi yang relevan, karya akan kelihatan
42
PSV3105 PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN SENI VISUAL
cantik dan menarik.
Proses Penghasilan Tembikar
Mari kita teliti proses untuk menghasilkan tembikar.
1. Tanah liat dijemur dan dikeringkan sebelum ditumbuk menjadi debu. Ayak
debu tanah liat untuk mengasingkan batu-batu kecil dan sampah sarap yang
terdapat di dalam tanah.
2. Campur debu tanah dengan air dan kacau. Simpan di dalam pasu selama tiga
hari.
3. Tanah liat akan mendap. Uli menjadi liut dan lembut.
4. Tembikar boleh dibentuk mengikut kehendak sendiri. Pinggan digunakan
untuk proses penyambungan tanah liat yang digelungkan.
5. Bentuk tembikar dari bawah ke atas, tahap demi tahap.
6. Semasa membentuk permukaan, tanah liat ditekan dengan kayu di sebelah
dalamnya ditahan dengan tangan. Ini bertujuan untuk menguatkan tembikar.
7. Pisau buluh pula digunakan untuk melicinkan permukaan tembikar. Tekan dan
gerakkan bahagian mata pisau dari bawah ke atas.
8. Tapak atau kaki tembikar dibuat secara berasingan. Cantuman bahagian
badan dan kepala tembikar siap dibuat semasa tanah liat masih dalam
keadaan separuh siap leather hard.
9. Ragam hias dibuat dengan menggunakan penepek berukir.
10.Tembikar yang siap dibuat akan dijemur sebelum dibakar.
11.Tembikar dikeras secara tanur dedah iaitu dilakukan secara salai.
12.Tembikar yang telah siap disalai dimasukkan ke dalam timbunan sekam.
13. Damar disapu di bahagian bawah tembikar bagi mengelakkan tiris.
Dalam matapelajaran Pendidikan Seni Visual, pelbagai jenis alat dan bahan
digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran. Jenis pertama adalah alat dan
yang digunakan untuk penghasilan. Jenis kedua adalah alat dan bahan bantu untuk
tujuan diatas untuk membantu pengajaran dan pembelajaran. Kedua-dua jenis itu
pula boleh dibahagi kepada beberapa sub kategori seperti berikut:
43
PSV3105 PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN SENI VISUAL
a. Alat dan bahan untuk penghasilan
Contoh: alat dan bahan untuk menghasilkan gambar catan:
Alat: berus atau alat ganti untuk mengecat.
Bahan: warna air atau warna poster, kertas kartrij.
Peralatan lain: palet, bekas air, kain lap, kertas surat khabar.
b. Alat dan bahan untuk membantu pengajaran dan pembelajaran:
i. Alat dan bahan bantu yang ada dalam kehidupan seharian murid dan
pengalaman sedia ada murid. Contohnya Bola,baju,kasut,kotak ubat
gigi,penyapu,sikat,bunga,daun,rumpu,batu,bata,beg,jam,cawan,botol,gula-
gula,kacang,tiket,kotak.
ii. Alat dan bahan bantu yang direka khas untuk menjelaskan konsep dan
secara langsungnya tidak ada dalam kehidupan seharian murid. Contohnya:
Jadual,penyusunan grafik,carta,kad huruf dan angka,kad perkataan dan kad
ayat, gambar rajah,senarai,kad separuh bulatan,kad sisipan,papan
gulung,papan flannel,papan tulis,petikan rencana.
Latihan
1. Sila anda senaraikan alat dan bahan yang untuk sesuai untuk aktiviti
kepada bidang-bidang di bawah:
Bidang Aktiviti Alat dan bahan
1. Menggambar Catan Minyak
2. Membuat corak
dan rekaan
Capan
3. Membentuk
dan membuat binaan
Patung Puppet
4. Kraf Tradisional Anyaman
44
PSV3105 PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN SENI VISUAL
1.5 Meneroka/Membuat Eksperimentasi Perisian-Perisian
Pada masa lalu seorang pelukis menggunakan berus, cat dan kanvas untuk
mencurahkan idea-idea kreatif mereka. Begitu juga para perekabentuk grafik
menggunakan alat-alat konvesional seperti pen teknikal, jangka sudut, pembaris,
warna dan sebagainya bagi menghasilkan rekaan yang kemas dan tepat. Kini
dengan perkembangan teknologi komputer, seorang pelukis atau perekabentuk
boleh menggunakan pelbagai perisian bagi menggantikan bahan dan peralatan
manual tersebut untuk melahirkan idea mereka dengan lebih bebas dan kreatif.
Disamping itu rekaan yang dihasilkan juga lebih mudah, pantas, tepat dan berkualiti.
Kajian rekaletak, kajian warna dan proses mengubahsuaian imej juga menjadi jauh
lebih mudah berbanding menggunakan cara manual. Kos untuk menyediakan bahan
juga adalah jauh lebih murah, kerana semuanya dalam bentuk digital dan sangat
mudah untuk membuat salinan serta mengubah saiznya.
Secara umumnya grafik atau lukisan digital adalah merujuk kepada sebarang
rekaan dan karya seni yang dihasilkan menggunakan perkakasan dan perisian
komputer. Ia disampaikan kepada penonton menggunakan skrin computer atau
melalui cetakan berkomputer. Ianya boleh dipersembahkan dalam pelbagai bentuk,
daripada yang ringkas seperti garisan, rupa, corak, gambar realistik sehingga
berbentuk fantasi, tiga dimensi dan animasi.
Perisian Grafik dan Lukisan Digital
Grafik dan lukisan digital boleh dihasilkan dengan menggunakan perisian-perisian
tertentu yang dijual dipasaran atau dilanggan melalui internet. Ada juga sebahagian
perisian tersebut kita boleh perolehi sacara percuma dengan memuat turun
daripada internet. Sebagai seorang guru mungkin kita tidak perlu membeli perisian
yang canggih untuk mengajar lukisan digital kerana kosnya sangat mahal.
45
Perisian grafik yang manakah yang sering digunakan masakini?
PSV3105 PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN SENI VISUAL
Pembelian perisian grafik yang tulin mungkin berbaloi bagi syarikat-syarikat yang
menyediakan perkhidmatan rekabentuk kerana akan mendapat pulangan yang
lumayan. Seorang guru biasanya menghasilkan karya digital bukan untuk tujuan
perniagaan tetapi untuk menyediakan bahan-bahan pengajaran. Sekarang ini sudah
ada banyak perisian-perisian yang dibangunkan dan diberikan secara percuma
(open source) untuk tujuan rekabentuk atau melukis. Di sekolah kita boleh
menggunakan prisian grafik seperti Microsoft Paint atau Paint Brush yang telah
tersedia di dalam Microsoft Windows. Perisian grafik dan lukisan digital boleh
dibahagikan kepada beberapa kategori mengikut kegunaannya. Berikut adalah
antara perisian-prisian yang popular dan selalu digunakan di dalam bidang
rekabentuk grafik dan lukisan digital;
a. Perisian penyuntingan foto dan membentuk imej
Perisian penyuntingan foto sering digunakan di dalam menghasilkan rekaan seperti
poster, banner rekabentuk kulit buku, grafik untuk laman web, aplikasi multimedia,
latar belakang bahan persembahan dan sebagainya. Di samping itu perisian seperti
ini berguna untuk menyunting imej-imej yang diambil menggunakan kamera digital,
pengimbas, atau diperolehi melalui internet. Imej-imej tersebut boleh diubahsuai dari
segi warna, saiz dan kesan khas. Melalui perisian penyuntingan foto juga
perekabentuk boleh mengabungkan pelbagai imej, teks dan kesan khas agar
hasilnya kelihatan lebih artistik.
Imej peta (bitmap) biasanya dihasilkan dengan menggunakan perisian penyuntingan
imej. Imej seperti ini mudah dihasilkan, menarik, lebih realistik dan tidak
memerlukan kemahiran yang tinggi. Imej bitmap boleh diterima oleh kebanyakan
perisian pembangunan aplikasi multimedia. Walau bagaimanapun imej jenis bitmap
yang dihasilkan, sekiranya diperbesarkan akan kelihatan begerigi. Menukar saiz
atau imej gambar akan menyebabkan kejatuhan kualitinya. Agak sukar untuk
menghasilkan imej-imej yang abstrak seperti untuk menerangkan konsep-konsep
dalam sains atau sesuatu rekaan yang baru dengan menggunakan perisian
penyuntingan imej.
46
PSV3105 PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN SENI VISUAL
Berikut adalah antara perisian yang sangat popular yang digunakan untuk
mengedit foto:
o Adobe Photoshop
o Corel Painter
o Print Shop Pro
o Photo Impact
Pada masa ini Adobe Photoshop adalah antara perisian penyunting imej yang
sangat bertenaga dan banyak digunakan oleh perekabentuk seluruh dunia.
Photoshop adalah nama standard dalam rekabentuk grafik yang digunakan untuk
menghasilkan imej-imej yang menarik dalam pembinaan laman web, percetakan,
pengiklanan dan banyak lagi. Diakui di seluruh dunia sebagai standard industry.
Pelajari tips dan trik, bagaimana menggunakan kemudahan-kemudahan yang
diberikan oleh Adobe Photoshop dengan lebih berkesan melalui laman-laman web
berikut;
http://www.photoshopsupport.com/tutorials.html
http://www.photoshopstar.com/
http://www.adobephotoshoptutorials.com/
Antaramuka perisian grafik Adobe Photoshop
Selain dari itu, terdapat juga perisian penyuntingan imej berasaskan sumber terbuka
open source yang boleh didapat secara percuma. Antara yang terkenal ialah The
47
PSV3105 PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN SENI VISUAL
Gimp yang boleh dimuat turun melalui alamat; http://www.gimp.org GIMP adalah
singkatan dari GNU Image Manipulation Program (Program Manipulasi Gambar
GNU). Ini adalah perisian yang fungsinya hampir menyerupai Adobe Photoshop dan
diedarkan secara percuma untuk tugas-tugas seperti mengedit gambar. GIMP juga
memiliki banyak kemampuan. Sebagai contoh ia dapat digunakan untuk aktiviti
catan yang mudah, menggabungkan pelbagai imej dan teks, menambahkan kesan-
kesan artistik, mengubah format gambar dan banyak lagi. GIMP ditulis dan
dikembangkan di bawah X11 pada platform UNIX. Tapi pada dasarnya kod yang
sama juga berjalan pada MS Windows dan Mac OSX. Pelajari pengetahuan asas,
tips dan trik, bagaimana menggunakan kemudahan- kemudahan yang diberikan
oleh perisian GIMP dengan lebih berkesan melalui laman-laman web berikut;
http://www.gimp.org/tutorials/
http://gimp-tutorials.net/
http://www.gimp-tutorials.com/
Laman web GIMP - http://www.gimp.org
48
PSV3105 PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN SENI VISUAL
Antaramuka Perisian GIMP
b. Perisian untuk melukis ilustrasi dan imej
Perisian grafik dari kategori ilustrasi atau lukisan imej vector (vector) amat popular
dalam menghasilkan Clip Art (untuk tujuan komersil). Ia juga banyak digunakan
dalam bidang teknikal, kejuruteraan atau rekabentuk. Di bidang pendidikan imej
vektor banyak digunakan dalam menghasilkan ilustrasi bagi tujuan menerangkan
konsep-konsep yang abstrak secara visual. Disamping itu imej vector juga sering
digunakan dalam dunia seni rekabentuk grafik dan multimedia.
Berikut adalah antara perisian yang sangat popular yang digunakan untuk melukis
ilustrasi dan imej:
Adobe Illustrator
Macromedia Freehand
Corel Draw
Corel Designer
Adobe Illustrator adalah satu perisian yang telah menjadi aplikasi standard dan
sangat degemari oleh kebanyakan perekabentuk untuk menghasilkan grafik
ilustrasi. Seniman, pelukis dan pereka grafik menggunakan Illustrator untuk
membuat grafik berasaskan vektor yang bertentangan dengan grafik berasaskan
49
PSV3105 PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN SENI VISUAL
bitmap seperti di dalam Adobe Photoshop. Imej bitmap dapat dengan mudah
diperbesarkan tanpa kehilangan kualitinya.
Menguasai Adobe Illustrator memang tidak mudah, ianya memerlukan masa dan
kesabaran. Berikut adalah antara laman-laman web yang boleh dilayari untuk
mempelajari dengan lebih lanjut lagi teknik dan trik di dalam Adobe Illustrator;
http://www.adobe.com/support/illustrator/
http://www.ndesign-studio.com/tutorials
http://www.adobeillustratortutorials.com/
Antaramuka Perisian Adobe Ilustrator
Selain dari itu, terdapat juga perisian melukis ilustrasi dan imej berasaskan sumber
terbuka open source yang boleh didapat secara percuma. Antara yang terkenal
ialah INKSCAPE yang boleh dimuat turun melalui alamat; Inkscape adalah sebuah
perisian open source (sumber terbuka), berasaskan program SVG imej vektor.
50
PSV3105 PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN SENI VISUAL
Perisian ini adalah satu kumpulan dengan perisian yang sering digunakan untuk
melukis, seperti Adobe Illustrator, Freehand dan CorelDraw. Perisian ini sangat
berguna untuk menghasilkan rekaan grafik seperti; iIlustrasi, carta, gambarajah,
imej yang menggunakan garisan, lukisan teknik kartun, typografi, logo dan
sebagainya.
Inkscape boleh dijalankan menggunakan system operasi Windows, Macintosh, dan
Linux. Inkscape sedang mengalami perkembangan yang sangat cepat dengan fitur
baru ditambah dan pematuhan terhadap standard SVG yang terus berkembang.
Untuk mempelajari Inkscape dengan lebih lanjut layari laman- laman web berikut;
http://www.inkscape.org/doc/basic/tutorial-basic.html
http://www.inkscapetutorials.net/
http://inkscape.teekoo.com/
IIlustrasi, carta, gambarajah, imej yang menggunakan garisan, lukisan teknik
kartun, typografi, logo dan sebagainya. Inkscape boleh dijalankan menggunakan
system operasi Windows, Macintosh, dan Linux. Inkscape sedang mengalami
perkembangan yang sangat cepat dengan fitur baru ditambah dan pematuhan
terhadap standard SVG yang terus berkembang. Untuk mempelajari Inkscape
dengan lebih lanjut layari lamanlaman web berikut;
http://www.inkscape.org/doc/basic/tutorial-basic.html
http://www.inkscapetutorials.net/
http://inkscape.teekoo.com/
51
PSV3105 PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN SENI VISUAL
Contoh ilustrasi yang dihasilkan menggunakan perisian INKSCAPE
c. Perisian rekabentuk 3D dan animasi
Perisian grafik 3D membolehkan kita menghasilkan objek-objek dalam bentuk tiga
dimensi. Biasanya perisian 3D juga memberi kemudahan untuk menghasilkan
aminasi yang boleh digunakan dalam aplikasi multimedia atau penerbitan video.
Dengan menggunakan perisian jenis ini ia memudahkan pengguna menghasilkan
objek-objek seperti model dan karakter pelbagai bentuk. Sebagai contoh, perisian
3D sangat berguna untuk menghasilkan rekabentuk seperti model bangunan,
kenderaan, barangan, lankskap, kartun dan sebagainya.
Antara perisian 3D yang sering digunakan untuk menghasilkan imej dan objek
dalam rupa bentuk tiga dimensi ialah seperti;
Ulead Cool 3D Studio
Xara 3D
Ray Dream 3D.
3D Studio Max
Ulead Cool 3D adalah antara perisian grafik 3D dan animasi yang sering digunakan
52
PSV3105 PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN SENI VISUAL
kerana agak mudah dipelajari. Ulead Cool 3D adalah antara perisian 3D animasi
generasi baru khususnya untuk pengeluaran video berkualiti tinggi. Ia
menggabungkan antara muka yang berkesan dan berkemampuan menghasilkan
animasi profesional untuk video, gambar diam, GIF animasi urutan gambar, dan
Macromedia Flash filem 3D.
Perisian ini telah dilengkapi dengan perpustakaan (library) objek pra-dibuat, gaya,
sifat dan kesan, yang boleh digunakan untuk memulakan atau diubah sesuai
mengikut keperluan pengguna. Pengguna juga boleh mengimport setiap objek 3D
yang ada dan diubahsuai mengikut keperluan. Antaramuka perisian ini menawarkan
mod edit kronologi, yang membolehkan pengguna melihat filem yang dihasilkan
serta pemain animasi untuk pratonton. Pengguna boleh membuat model teks 3D,
lengkap dengan latar belakang video, kesan khas dan banyak lagi. Untuk
mempelajari perisian Ulead Cool 3D dengan lebih lanjut anda boleh melayari laman-
laman web berikut;
http://www.ulead.com/learning/cool3d.htm
http://www.tutorialguide.net/video/ulead_cool_3d/
http://www.pixel2life.com/tutorials/ulead_cool_3d/
53
PSV3105 PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN SENI VISUAL
Antaramuka Ulead Cool 3D Studio
Selain dari itu, terdapat juga perisian 3D dan animasi berasaskan sumber terbuka
(open source) yang boleh didapat secara percuma. Antara yang terkenal ialah
Google SketchUp yang boleh dimuat turun melalui alamat;
http://sketchup.google.com/
Google SketchUp adalah perisian pemodelan 3D-alat gambar yang sangat
bertenaga dan intuitif. Perisian ini agak mudah digunakan dan pengguna boleh
menghasilkan model-model 3D dengan cepat dan tepat. Dengan perisian ini
pengguna boleh membuat lakaran bangunan, binaan, model, lanskap dan
sebagainya dengan perspektif serta ukuran yang tepat. Pengguna juga boleh
menggunakan contoh-contoh model, tekstur, pokok, dan sebagainya yang telah
disediakan oleh Google untuk dikongsi bersama.
54
PSV3105 PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN SENI VISUAL
Berikut adalah laman-laman web yang boleh layari untuk mengetahui dengan lebih
lanjut penggunaan perisian Google SketchUp;
http://www.googlesketchuptutorials.com/
http://www.creative-3d.net/3dlinks/tutorials_Sketchup.cfm
http://www.sketchup2india.com/tutorial/index.html
.
Contoh model 3D yang dihasilkan menggunakan perisian Google SketchUP
55
PSV3105 PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN SENI VISUAL
Latihan
Aktiviti 1
Dengan menggunakan perisian penyuntingan imej dan foto, hasilkan satu poster
yang bertajuk ” Pendidikan Berkualiti dan Berinovasi” . Gabungkan pelbagai imej,
teks dan ilustrasi yang sesuai dengan tajuk tersebut.
TAJUK 2 Meneroka Tajuk dan Isi Kandungan Mengikut Tema
2.1 Sinopsis
Tajuk ini berkaitan pengumpulan dan memproses maklumat sesuai dengan
Tahap 1 dan Tahap 2, membuat penilaian maklumat mengikut pengetahuan
sedia ada murid, mengubahsuai maklumat mengikut minat dan latar belakang
murid dan meneroka visual mengikut tajuk, tema dan kandungan.
2.2 Hasil Pembelajaran
Pada akhir tajuk ini, anda dapat:
1. Membanding beza pelbagai jenis aktiviti dalam empat bidang kegiatan
Iaitu Menggambar, Membuat Corak dan Rekaan, Membentuk dan
Membuat Binaan serta Mengenal Kraf Tradisional
2. Menjana idea dengan menggunakan pelbagai alat, bahan, dan teknik
serta mengaplikasikannya dalam penghasilan mengikut empat bidang
kegiatan
56
PSV3105 PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN SENI VISUAL
3. Melaksanakan aktiviti penerokaan dan eksperimen untuk meningkatkan
pengamatan dan pertimbangan estetik untuk pengajaran dan
pembelajaran setiap bidang kegiatan
4. Mengaplikasi asas Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) melalui
perisian-perisian dalam proses penghasilan karya
5. Merancang aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran setiap bidang kegiatan
6. Menjalankan sesi apresiasi secara mudah
2.3 Kerangka
57
Meneroka Tajuk dan Isi Kandungan Mengikut
Tema
Mengumpul dan memproses maklumat sesuai dengan Tahap 1 dan Tahap 2
Mengubahsuai maklumat mengikut minat dan latar belakang murid
Membuat penilaian maklumat mengikut pengetahuan sedia ada murid
Meneroka tajuk dan isi kandungan mengikut tema alam persekitaran / sosio budaya
Meneroka visual mengikut tajuk, tema, kandungan.
PSV3105 PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN SENI VISUAL
Kandungan
2.4 Mengumpul dan memproses maklumat sesuai dengan Tahap 1 dan Tahap 2
Guru boleh mendapatkan maklumat mengenai tajuk dan isi kandungan dari sukatan
pelajaran dan buku sumber pendidikan seni visual berkaitan tajuk atau bidang yang
ingin diajar. Maklumat tersebut hendaklah diperoses terlbih dahulu agar ia sesuai
dengan tahap kebolhan dan latar belakang murid yang diajar. latar belakang serta sosio
budaya sesuatu tempat juga perlu diambil kira dalam membuat perancangan
pengajaran terutamanya jika ia berkaitan soal sensitiviti, faktor keupayaan kewangan
murid, kawalan tingkah laku, sikap dan kecenderungan mereka trhadap tajuk atau isi
kandungan yang ingin diajar.
2.5 Membuat penilaian maklumat mengikut pengetahuan sedia ada murid
Dalam membuat penilaian maklumat mengikut pengetahuan sedia ada murid dalam
meneroka tajuk dan isi kandungan langkah-langkah berikut boleh dipertimbangkan;
- Soal jawab
- Persembahan video
- Perbincangan menggunakan gambar
- Menyenaraikan hal benda mengikut tema
- Menunjukkan objek sebenar
- demonstrasi
- Lawatan ke zoo, muzium, pameran dan sebagainya
58
Sebelum memulakan pengajaran seni visual apakah yang sering dilakukan oleh
guru untuk mendapatkan maklumat mengenai kesesuaian aktiviti yang akan
dilakukan?
PSV3105 PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN SENI VISUAL
Langkah-langkah ini bukan sahaja dapat menguji pengetahuan murid mengenai ssuatu
perkara malah dapat merangsang kreativiti dan membri ilham yang lebih baik kepada
kanak-kanak dalam berkarya.
Latihan
1. Bincangkan langkah-langkah yang boleh diambil dalam membuat penilaian
maklumat mengikut pengetahuan sedia ada murid apabila anda ingin murid anda
melukis mural dinding yang mudah di sekolah anda.
2.6 Mengubahsuai maklumat mengikut minat dan latar belakang murid
Kanak-kanak sangat berminat dengan aktiviti seni, oleh itu mereka perlu didedahkan
dengan aktiviti serta penyampaian ilmu yang sesuai dengan minat dan latar belakang
mereka secara khusus. Maklumat yang diperolehi tentang isi kandungan serta tema
yang berkaitan hendaklah dianalisis dan diubahsuai mengikut kesesuaian yang tepat
dengan murid mengikut tahap. Pengubahsuaian ini perlu dibuat oleh guru agar murid
dapat menghasilkan karya yang seimbang dengan kebolehan mereka tanpa
menyimpang dari konsep asal hasil seni yang sebenar, misalnya yang berkaitan
dengan kraf tradisional di mana tahap pembuatan kraf oleh pengkarya begitu tinggi dan
berseni. Aspek lain yang perlu diubahsuai pula ialah dari segi penyediaan bahan yang
lebih mudah dan murah untuk digunakan. Selain hasil produk dan bahan yang perlu
disesuikan dengan kemampuan murid, guru juga bolh menggalakkan aspek inovasi
dalam penghasilan karya dengan menggunakan bahan alternatif yang lebih mudah dan
59
Mengapakah perlunya dibuat pengubahsuaian maklumat mengikut minat dan
latar belakang murid?
PSV3105 PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN SENI VISUAL
murah untuk disediakan, misalnya papier mache yang boleh menggantikan tanah liat
atau plaster of paris untuk menghasilkan barangan tembikar atau membuat pelbagai
model haiwan serta barangan domestik. Penyesuaian juga perlu mengikut faktor sosio
budaya sesuatu tempat atau kaum. bagi murid dari luar bandar tentunya tema berkaitan
tempat tinggal serta alam persekitaran mereka perlu dititikberatkan. Penyediaan bahan
yang lebih mudah didapati di kawasan luar bandar juga perlu dipertimbangkan,
misalnya bahan daripada kertas akhbar seperti papier mache lebih sukar untuk
dikumpul berbanding untuk mendapatkan tanah liat. Penggunaan terminologi yang
sesuai juga perlu dijelaskan demi mmahamkan murid tentang apa yang ingin
disampaikan oleh guru.
2.7 Meneroka tajuk dan isi kandungan mengikut tema alam persekitaran / sosio Budaya
Alam semulajadi dan objek persekitaran
Mengumpul dan memproses maklumat tentang tema dan isi kandungan yang berkaitan
dengan alam semulajadi dan objek persekitaran boleh dilakukan dengan membuat
kategori yang sesuai dengan murid tahap 1 dan murid tahap 2. Guru boleh bersoal
60
Nyatakan apakah yang anda faham tentang sosio budaya sesebuah masyarakat.
PSV3105 PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN SENI VISUAL
jawab dengan murid untuk mendapatkan maklumat awal mengenai pengetahuan murid
dari tahap 1 dan tahap 1 tentang tema dan isi kandungan yang dibincangankan itu.
Objek-objek dan hal benda di sekitar murid boleh dibuat melalui pengumpulan gambar
dan menjadikannya sebagai buku skrap dan sebagainya. Setelah itu guru boleh
menjalankan tajuk pelajaran yang sesuai kepada murid mengikut minat dan
latarbelakang mereka.
Contoh tema dan isi kandungan yang berkaitan dengan alam semulajadi dan objek
persekitaran ciptaan Tuhan adalah seperti flora dan fauna dan daripada objek
persekitaran pula, anda boleh lihat objek buatan manusia terutamanya objek domestik
seperti cawan, piring, pinggan senduk, pisau, meja dan sebagainya.
Perasaan dalaman, khayalan dan imaginasi si pelukis
Maklumat mengenai pengalaman hidup, perasaan takut, misteri, sedih dan sebagainya
menjadi sumber inspirasi kepada hasil karya yang bertemakan perasaan dalaman,
imaginasi dan khayalan seseorang. Menurut Sigmund Freud dan Paul Jean Satre, teori-
teori imaginasi berupaya mencipta sesuatu objek atau karya melangkaui batas fizikal
dan cabaran status-quo pelukis. Imaginasi ini akan memandu arah si pelajar atau si
pelukis ke arah yang lebih kreatif dan melampaui batas-batas kebiasaan dalam
berkarya. Menurut Freud lagi, perasaan dalaman inilah yang menjadi motivasi atau
61
PSV3105 PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN SENI VISUAL
penggerak minda dalam berkarya. Demi menganalisis maklumat yang berkaitan tema
ini, murid boleh diminta untuk menceritakan tentang watak-watak kartun, adi wira dan
mimpi yang pernah mereka alami. Watak – watak adi wira, kartu atau mahluk asing
adalah perasaan dalaman yang sering bermain dalam imaginasi kanak-kanak. Murid
juga sering menjadikan alam mimpi mereka sebagai manifestasi kepada imaginasi
mereka yang melampau, justeru itu guru boleh memberikan tajuk dan perbincangan
yang berkaitan alam mimpi murid sebagai aktivti seni yang menarik.
Aliran dan tema sejagat
Tema ini menjelaskan konsep dalam agenda kehidupan manusia. Ia menunjukkan
kekerapan manusia mengambil hal subjek yang sering diperkatakan. Dari idea yang
berbagai, keunikan ciptaan berlaku dan akhirnya mewujudkan kepelbagaian rupa
62
PSV3105 PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN SENI VISUAL
bentuk dan jenis produk. Dalam konteks yang lebih besar, jelmaan perasaan dalam
berkarya menggunakan alam sekitar menjadi suatu keunikan ciptaan dan
mengwujudkan satu kekaguman. Guru boleh meminta murid membuat catan serta
corak yang ekspresif melalui aktiviti menggambar serta membuat corak tidak terancang
seperti teknik tiupan, titisan, gurisan dan pualaman. Murid boleh menggunakan warna
secara bebas tanpa kawalan psikomotor yang khusus, guru juga boleh menggunakan
muzik iringan semasa murid menjalankan aktiviti mewarna supaya irama yang terhasil
itu dapat mmberi ilham atau membuat pergerakan yang sesuai dengan irama muzik.
warna-warna yang terang serta gaya sapuan berus yang dibuat secara gestural menjadi
subjek utama pengkaryaan tanpa imej-imej atau objek yang khusus.
Keperluan dan pengalaman hidup harian
Ciptaan bentuk-bentuk konkrit seperti cawan, sudu, senduk, periuk dan alat-alat
domestik yang lain merupakan asas ciptaan dalam bidang membentuk dan membuat
binaan. Pada bidang yang lebih besar, manusia mencipta dan membuat kipas, basikal,
kereta, keretapi malah jambatan dan objek-objek gunaan lain yang mewatakkan
keperluan asas sebuah masyarakat dan negara. Murid boleh diminta untuk
menghasilkan produk-produk yang biasa mereka gunakan atau dilihat. Membuat binaan
adalah aktiviti yang paling sesuai untuk dijalankan bagi kedua-dua tahap 1 dan tahap 2.
63
PSV3105 PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN SENI VISUAL
Guru boleh membezakan tahap kemampuan murid melalui penggunaan bahan yang
mudah dicantum atau dibina tanpa bantuan guru. Pembinaan model dari bahan yang
mempunyai bentuk yang menyamai dengan bentuk sebenar adalah lebih mudah untuk
murid tahap 1 manakala murid tahap 2 boleh diberi cabaran untuk membentuk semula
bahan binaan menjadi bentuk-bentuk yang diingini sebelum cantuman binaan dibuat.
Peristiwa sebenar atau realism dan romantisme
Tema ini merupakan rakaman-rakaman peristiwa yang berlaku samada yang berkaitan
dengan dunia dan seisinya atau yang melibatkan fenomena alam. Umpamanya
peperangan yang berlaku, kesan kemiskinan atau sebagainya. Bagi kanak-kanak
peristiwa penting yang dialami mungkin pulang ke kampung, pergi bercuti atau
mnghadiri sambutan hari kemerdekaan. pengalaman yang pertama kanak-kanak
berkunjung ke sesuatu tempat juga menjadi ingatan kekal kepada mereka. peristiwa
64
PSV3105 PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN SENI VISUAL
seperti kemalangan, kebakaran dan banjir misalnya turut menjadi pengalaman pnting
yang akan diingati. Guru boleh mengaitkan tarikh-tarikh atau waktu tertentu yang boleh
memberi ingatan semula kepada murid untuk mengingati semula peristiwa berkenaan.
2.8 Meneroka visual mengikut tajuk, tema, kandungan.
Meneroka visual mengikut tajuk, tema dan kandungan membawa pengertian yang agak
luas untuk dihuraikan. Bagi murid sekolah rendah, pelbagai pendekatan boleh
digunakan oleh guru dalam aktiviti meneroka visual. Antara langkah-langkah yang
sesuai dijalankan ialah dengan mengadakan sesi soal jawab mengenai bahan maujud
di dalam bilik darjah dari aspek estetika dan kegunaan, kelebihan dan keunikan dan
berbagai lagi perkara yang boleh dijelaskan melalui penglihatan visual terhadap bahan
maujud tersebut. Penerokaan visual ini bukan sahaja melibatkan deria penglihatan
malah ia juga boleh dilibatkan dengan deria-deria utama yang lain. Penerokaan visual
yang lebih mencabar adalah proses pengembangan idea sebelum sesuatu karya seni
itu dapat direalisasikan. Melalui lakaran visual pengembangan idea ini penerokaan
visual yang menjadi lebih bermakna. Langkah ini juga dapat mendorong
pengembangan intelektual seseorang pengkarya melalui eksperimen visual dengan
mengubahsuai bentuk sedia ada kepada bentuk-bentuk yang lebih kreatif dan bijak.
Pengubahsuaian bentuk asal kepada bentuk baharu dalam penerokaan visual memberi
dimensi baru dalam pengolahan karya seni. Inti pati sesuatu objek juga dapat
diserlahkan untuk memberi makna serta mesej tertentu yang menjadi kecenderungan
pengkarya dalam mengtengahkan maksud karyanya kepada umum.
Penerokaan visual dalam kalangan murid sekolah tentunya dapat dirangsang melalui
pemerhatian mereka kepada bahan sebenar sama ada melalui pengalaman secara
langsung, berinteraksi dengan karya ataupun berdasarkan pemerhatian mereka melalui
gambar atau video yang ditunjukkan. Penerokaan visual juga boleh dilakukan melalui
manipulasi bahan-bahan seperti tanah liat dan plastersin. Aktiviti membentuk dan
membuat binaan juga menawarkan pengalaman yang sama terhadap penerokaan
65
PSV3105 PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN SENI VISUAL
visual secara kognitif dan psikomotor murid. Aktivti guntingan, memotong, meniup,
mengukir, melekat, mencantum, mewarna dan sebagainya turut memberi sumbangan
terhadap penerokaan visual. Melalui penerokaan visual ini guru haruslah
menyesuaikannya dengan tajuk dan isi kandungan dengan tema yang diajar. Misalnya
tajuk buah-buahan tempatan yang bertemakan alam sekitar dan objek persekitaran,
guru boleh meminta murid menjelaskan ciri-ciri buah-buahan tempatan dari segi bentuk,
keunikan, saiz, rupa, jalinan, bau dan rasanya. Murid juga boleh dilatih melukis buah-
buahan itu dengan membuat lakaran bentuk-bentuk geometrik terlebih dahulu sebelum
membuat lakaran sebenar untuk mendapatkan bentuk yang tepat dan ruang kertas
lukisan pula dapat diorganisasikan dengan komposisi yang seimbang.
Latihan
1. Senaraikan penerokaan visual yang boleh anda jalankan kepada murid mengikut
kategori di bawah.
Bidang Murid Tahap 1 Murid Tahap 2
Menggambar
Membuat corak dan rekaan
Membentuk dan membuat binaan
66
PSV3105 PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN SENI VISUAL
Kraf Tradisional
TAJUK 2 PERANCANGAN AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SETIAP BIDANG KEGIATAN MENGIKUT TAHAP 1 DAN 2
SINOPSIS
Tajuk ini meliputi topik tentang perancangan aktiviti pengajaran dan pembelajaran
setiap bidang kegiatan mengikut tahap 1 dan 2. Ia merangkumi perbincangan aktiviti
pengajaran dan pembelajaran mengikut tajuk-tajuk seperti berikut:
Pemerhatian, penerokaan, pengalaman langsung dan apresiasi setiap bidang kegiatan.
Tema, isi kandungan, alat dan bahan untuk setiap bidang kegiatan
Imaginasi dan ekspresi kanak-kanak
HASIL PEMBELAJARAN:
5. Membanding beza pelbagai jenis aktiviti dalam empat bidang
kegiatan iaitu Menggambar, Membuat Corak dan Rekaan, Membentuk dan
Membuat Binaan serta Mengenal Kraf Tradisional.
6. Menjana idea dengan menggunakan pelbagai alat, bahan, dan teknik serta
mengaplikasikannya dalam penghasilan mengikut empat bidang kegiatan.
67
PSV3105 PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN SENI VISUAL
7. Melaksanakan aktiviti penerokaan dan eksperimen untuk meningkatkan
pengamatan dan pertimbangan estetik untuk pengajaran dan pembelajaran
setiap bidang kegiatan.
8. Mengaplikasi asas Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) melalui perisian-
perisian dalam proses penghasilan karya.
9. Merancang aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran setiap bidang kegiatan.
10. Menjalankan sesi apresiasi secara mudah.
KERANGKA TAJUK-TAJUK
KANDUNGAN ISI
2.1 Pemerhatian, Penerokaan, Pengalaman Langsung dan Apresiasi Setiap Bidang Kegiatan
Apakah yang anda faham tentang aktiviti apresiasi dalam
Pendidikan Seni Visual?
68
Perancangan Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran setiap Bidang Kegiatan
Mengikut Tahap 1 dan 2
Pemerhatian, penerokaan, pengalaman langsung dan apresiasi setiap bidang kegiatan
Tema, isi kandungan, alat dan bahan untuk
setiap bidang kegiatan
Imaginasi dan ekspresi kanak-kanak
PSV3105 PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN SENI VISUAL
Chapman (1986) telah menggunakan empat aspek utama dalam aktiviti seni iaitu:
(i) pemerhatian
(ii) penerokaan
(iii) penghasilan (pembuatan)
(iv) apresiasi dan perlanjutan
Pemerhatian
Aspek ini melibatkan sensitiviti deria. Semasa menyediakan aktiviti, perhatian perlu
diberi kepada perkara berikut:
pengetahuan sedia ada murid;
benda yang konkrit;
minat, kecenderongan dan latar belakang murid;
bahan, bunyi, pergerakan, dan aksi; dan
mencetus idea dan imaginasi.
Murid akan dilatih membuat pemerhatian terhadap objek alam dan objek buatan
manusia. Ini adalah untuk membolehkan murid merasai secara konkrit bagi
mendapatkan imej mental. Kegiatan-kegiatan ini akan membantu terus menyelaraskan
idea, imaginasi dan alam fantasinya ke arah perkembangan persepsi dan pemikiran
abstrak. Interaksi yang kritis dan kreatif dengan alat dan bahan. Peringkat ini
menggalakkan murid membuat penerokaan dan percubaan dalam mempelbagaikan
kegiatan kreatif dengan menggunakan alat dan bahan. Proses ini akan
memperkembangkan aspek psikomotor dan kemahiran asas seni visual berhubung
dengan manipulasi alat dan bahan serta teknik-teknik mudah. Semasa berinteraksi
dengan alat dan bahan, murid membuat interpretasi dan menyelaras konsepsi
visualnya dengan objek yang dilihat.
69
PSV3105 PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN SENI VISUAL
Penerokaan
Aspek ini melibatkan penerokaan dan penghasilan atau pembuatan. Aktiviti
penerokaan dijalankan sebelum aktiviti penghasilan. Semasa menyediakan aktiviti,
anda perlu beri perhatian kepada perkara berikut:
aktiviti kecil mudah ringkas;
cuba mencuba, suaikenal dengan bahan;
penemuan oleh murid sendiri, uji menguji;
mencari altenatif, variasi dan kemungkinan lain;
bebas daripada jawapan tetap, murid senang dan ingin mencuba
aktif melibatkan pelbagai kecerdasan; dan
menggunakan kemahiran berfikir dan pengurusan grafik.
Penghasilan / membuat / pengalaman
penggunaan alat bahan dan teknik;
tatacara, langkah dan proses membuat;
amalan tertib kerja
keselamatan semasa bekerja; dan
penyampaian kandungan subjek, idea, halbenda dengan bentuk hasil
70
PSV3105 PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN SENI VISUAL
Pengalaman Langsung
Kegiatan seni yang dijalankan berdasarkan empat bidang utama. Bidang-bidang
tersebut ialah bidang menggambar, membuat corak dan rekaan, membentuk dan
membuat binaan, dan mengenal kraf tradisional. Pengalaman seni ini adalah untuk
memperkembang dan menyelaraskan persepsi dan konsepsi visual murid sebagai asas
bagi menggalakkan pemikiran kritis dan kreatif. Pengalaman ini juga selaras dengan
perkembangan peringkat kesediaan dan penerimaan murid dari segi sosioemosi,
psikomotor dan mental yang merangkumi perasaan, koordinasi, manipulasi dan
persepsi visual. Dengan mempelajari Pendidikan Seni Visual di sekolah rendah, murid
akan dapat menguasai beberapa pengetahuan dan kemahiran.
Pengetahuan yang dapat dimiliki murid ialah pengetahuan mengenai bahan, alat
dan teknik yang digunakan dalam sebarang kegiatan seni. Murid juga akan mendapat
pengetahuan mengenai sumber motif dalam persekitaran, kraf tradisional, unsur seni
dan prinsip rekaan dalam pendidikan seni visual, proses pembuatan hasil seni,
menyimpan maklumat atau dokumentasi, mengintegrasikan maklumat dan aplikasi
komputer dalam kerja seni visual. Sementara kemahiran yang akan diperolehi murid
pula ialah kemahiran memanipulasi bahan, alat dan teknik, mengaplikasi disiplin seni
visual, berfikir secara kritis dan kreatif, berkomunikasi secara berkesan, membuat
pilihan, membuat interpretasi, menggunakan teknologi bahan dan perkakasan.
Pemerhatian secara aktif yang merangkumi kesedaran pemerhatian
keseluruhan, berfokus dan terperinci dapat menajamkan persepsi murid. Secara tidak
langsung memberikan pengalaman langsung kepada murid. Selain
memperkembangkan deria penglihatan ia juga melibatkan pancaindera lain melalui
kajian perbandingan. Kajian seperti ini membantu perkembangan emosi dan imaginasi.
Pemahaman tentang asas seni visual juga turut diperkembangkan melalui kegiatan
pemerhatian ini.
Selain diberi pengalaman membuat apresiasi seni visual secara mudah, murid
juga dipupuk nilai menyayangi dan menghargai segala aspek yang wujud dalam
71
PSV3105 PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN SENI VISUAL
persekitaran dan kehidupan mereka. Ini termasuklah memelihara dan memulihara alam
sekitar, nilai patriotisme, nilai kebersihan dan kepekaan. Dengan ini murid akan dapat
membuat pertimbangan yang sewajarnya bila berdepan dengan semua keadaan.
Semasa menggambar umpamanya, kanak-kanak dapat mengalami pengalaman
langsung dengan derianya mengenai subjek atau hal benda yang digambarkan. Ini
membantunya dalam memahami sesuatu idea dan menghubungkaitkan antara satu
idea dengan idea yang lain atau dengan pengetahuan dalam berbagai mata pelajaran.
Kanak-kanak dapat membina idea baru dari benda konkrit.
Apresiasi
Apresiasi seni melibatkan sepenuhnya deria rasa atau sentuh dan deria pandang.
Karya seni seperti catan, lukisan, cetakan dipandang sementara arca dan binaan
di sentuh. Apresiasi seni secara aktif melibatkan penggunaan bahasa untuk
berkomunikasi dengan orang lain apa yang difikirkan dan dirasakan. Dalam
konteks ini pengetahuan mengenai seni serta perbendaharaan kata yang cukup
mengenai seni yang di perlukan.
Aspek ini melibatkan penyataan dan unsur afektif, terdapat dua jenis utama
aktiviti Apresiasi. Aktiviti yang dirancang khas untuk projek apresiasi dan aktiviti mudah
yang dirancang di akhir setiap pelajaran. Semasa menyediakan aktiviti mudah,
perhatian perlu diberi kepada perkara berikut:
aspek bahasa yang berkaitan dengan istilah seni seperti sifat garisan, jalinan,
warna, ton, rupabentuk dan bentuk;
aspek bahasa yang berkaitan dengan kandungan dan hal benda;
aspek bahasa yang berkaitan dengan manipulasi, alat bahan dan teknik;
penghargaan hasil kerja dan menghormati pembuat karya;
perasaan, penghargaan dan refleksi diri; dan
72
PSV3105 PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN SENI VISUAL
penyerapan pengetahuan dan penerapan nilai yang berkaitan dengan
kandungan.
Apresiasi seni visual memberi pengalaman kepada murid mengenali aspek
pengetahuan seni visual dan kegunaannya dalam pelbagai kegiatan kehidupan dari
segi keindahan dan fungsi. Murid terlibat dalam kajian perbandingan dan menyatakan
apa yang dilihat dari aspek seni melalui hasil kerja.
Pendekatan Apresiasi Seni
Mengikut John A. Michael dalam bukunya 'Art and Adolescense' ada dua
pendekatan dalam Apresiasi Seni iaitu pendekatan secara logik dan pendekatan
secara psikologi.
Pendekatan secara logik ini adalah yang berbentuk tradisional dan memerlukan
pemahaman intelek semata-mata dan banyak berfaktakan kepada aspek andaian dan
munasabah pada yang melihat sesuatu karya seni tersebut.
.
Secara Penerangan
Membaca, mengkaji, bila dihasilkan, tujuan/teknik pelukis, media, proses, nilai-nilai astetika serta pengaruh.
.
Secara Pemerhatian
Balai seni, pameran, filem, slaid, mengumpul dan menyusun gambar-gambar
Secara Perbandingan
Analisa, penilaian, perbandingan antara satu dengan yang lain serta menimbulkan kesedaran.
Secara Penghasilan
Membuat mengikut gaya artis/pelukis/stail.menghubungkan diri dengan pelukis/pandai tukang, gaya konsep dan zaman.
Pendekatan secara psikologi ini merangkumi perkara-perkara yang lebih menjurus
kepada perasaan peribadi, lebih bersifat emosi dan perasaan dalaman kepada
penghasilan dan penghayatan sesuatu karya seni. Pendekatan ini akan dapat
73
PSV3105 PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN SENI VISUAL
meninggalkan satu pengalaman yang amat berkesan dan mendalam. Secara ini
akan lebih realistik dan dapat menerima 'response' dan pendapat orang lain.
Kesan tindakbalas akan lebih terserlah terhadap bahan serta alat yang digunakan.
Kaedah Apresiasi Seni
Kaedah-kaedah apresiasi seni terdiri daripada kaedah Hedonistik ,Organistik ,
Elektik, Kontekstualistik dan Normistik
Kaedah Hedonistik hanya satu luahan perasaan secara spontan sepertii kesukaan,
pernyataan perasaan, gemar, menarik dan benci. Penilaian dibuat secara serta merta
iaitu: suka,tidak suka, cantik,tidak cantik dll secara spontan.
Kaedah ini tidak sealiran dengan isme pengkritik dan ahli psikologi menyatakan
kaedah ini tidak diterjemahkan oleh otak (pemikiran) cuma berdasarkan maklumat
kendiri. Ianya tidak dapat di ukur bilangan sebenar dan terdapat pelbagai citarasa.
Kaedah Konstekstualistik lebih praktikal di mana pemerhatian dibuat secara lebih
ilmiah, sistematik dan kefahaman serta kejelasan. Ianya berkait dengan pengetahuan
sejarah, falsafah dan prinsip rekaan.
Lebih merujuk kepada perincian / spesifikasi dari aspek persoalan fahaman, rentak
pengkaryaan, interaksi pemerhati, konsepsi, hujah dan penilai karya. Ianya akan
menyediakan pengetahuan mantap dalam pengamatan karya, kefahaman konsep,
kepelbagaian bandingan dan seni akan menjadi suatu pendekatan yang menarik oleh
pemerhati.
Kaedah Organistik menjurus kepada aturan yang mempunyai satu system yang
teratur dan terancang. Penilaian di buat serata melihat konteks seni secara harmoni,
menyentuh intuisi dan menyenangkan. Penekanan kriteria kepada aspek tata
letak, tata atur, ruang dan penataan cahaya. Ini akan dapat membentuk kesatuan
74
PSV3105 PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN SENI VISUAL
cara melihat sesuatu karya dari segi warna, jalinan, unsur-unsur seni, imbangan,
perulangan, kesinambungan serta kepelbagaian.
Kaedah Normistik merujuk kepada kriteria dan norma sesuatu karya dari
aspek nilai masyarakat, agama dan budaya. Ia seakan-akan ada kaitan dengan
pendekatan diri kepada Allah, rasa takwa, tidak ada unsur sensasi. Contohnya lukisan
agama Kristian yang berkaitan unsur ikonografi, naratif dan nilai-nilai akhlak. Kaedah
ini menolak peradaban moden dimana pelukis telah melampaui batas yang
dibenar dalam budaya dan agama.
Kaedah Elektik ini lebih berbentuk cara bersepadu dan holistik, ianya adalah
gabungan persepsi penilai seni tentang tanggapan positif dan negatif.
Kriteria penilaian menekankan unsur asas prinsip, struktur organisasi dan alat dan
bahan. Kaedah ini untuk pemerhatian secara rawak, tidak menjurus
kepada aspek kronologinya. Wajaran hanya secara baik, sederhana dan kurang baik.
Proses Apresiasi Seni
Terdapat berbagai cadangan oleh beberapa pakar Pendidikan Seni mengenai
proses apresiasi. Feldman (1967) dan Smith (1967) mencadangkan aktiviti-aktiviti
aprisiasi seni, berasaskan kepada proses persepsi dan intelektual melalui empat tahap:
(a) Menggambarkan
Mengamati hasil seni dengan cara menggambarkan hal benda dan sifat-sifat
tampak/objek pada karya. Sebagai contoh :
75
PSV3105 PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN SENI VISUAL
Karya Latif Maulan
Karya di atas menggambar sebuah seterika lama atau antic yang terletak di atas papan
penggosok dan dilapik dengan kain batik berwarna merah. Disebelah seterika itu terdapat juga
pelita minyak tanah.Terdapat kesan cahaya yang terpancar dari atas.
(b) Menganalisa
(i) Menganalisa perhubungan sifat-sifat tampak dengan unsur-unsur seni, prinsip
rekaan dan struktur.
(ii) Menganalisa kualiti ekspresif seperti mood dan suasana.
(iii) Menghuraikan stail, aliran dan gaya sesuatu karya.
(iv) Melihat teknik, alat dan bahan yang digunakan.
(c) Tafsiran
(i) Mencari makna-makna yangtersurat dan tersirat pada karya tersebut. Begitu juga
makna-makna yang terdapat pada sifat-sifat tampak seperti hal benda, simbol,
unsur-unsur seni, prinsip, struktur corak dan bahan.
(ii) Mencari metafora-metafora (ibarat/kiasan) dan analogi-analogi (persamaan) untuk
menjelaskan makna tersebut.
(iii) Mencari kaitan falsafah kehidupan manusia atau kaitan dengan cara hidup dan
budaya masyarakat setempat.
(d) Penilaian
76
PSV3105 PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN SENI VISUAL
Menilai hasil seni berdasarkan kepada pengertiannya ('significance') dari segi
individu, sosial, keagamaan dan kepercayaan, sejarah serta keseniannya.
Dengan itu proses apresiasi seni akan lebih mudah dan bermakna sekiranya pelajar
telah dilengkapi dengan pengetahuan mengenai seni dan persepsi yang tajam.
Apakah pengetahuan seni yang diperlukan?
Pengetahuan asas senireka dan prinsip-prinsip seni.
Pengetahuan mengenai jenis seni, teknik, proses, alat dan bahan.
Sejarah seni.
Stail sesuatu zaman, budaya, aliran, kumpulan atau individu.
Maklumat mengenai pelukis dan pandai tukang.
Latihan 1
1. Apresiasi didefinisikan sebagai kajian mengenai pelukis-pelukis atau pandai
tukang mengenai hasil-hasil seni mereka, faktor yang mempengaruhi mereka, cara
mereka bekerja, bagaimana mereka memilih tema dan "subject matter" serta gaya
dan stail tertentu mereka. Sila senaraikan beberapa definisi lain berkenaan dengan
apresiasi.
2.2 Tema, Isi Kandungan, Alat Dan Bahan Untuk Setiap Bidang
Kegiatan
77
PSV3105 PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN SENI VISUAL
Apakah perbezaan di antara konsep Pendidikan Seni Visual?
Tema
Seorang guru PSV haruslah menentukan terlebih dahulu tema atau subjek
sebelum memulakan sesuatu pengajaran dan pembelajaran. Pembelajaran yang
tidak dibimbing oleh penentuan tema atau subjek akan menyebabkan murid hilang
punca. Murid biasanya mempunyai reaksi yang spontan terhadap alam
persekitaran dan apa yang berlaku dalam situasi harian mereka.
Tema atau subjek yang ingin dilukis terbahagi kepada tiga. Tema-tema yang dipilih
ialah tema persekitaran, masyarakat dan komunikasi.
Isi Kandungan
Pendidikan Seni Visual sekolah rendah lebih menegaskan kegiatan dalam proses
penghasilan dengan melibatkan aspek pemahaman, penghayatan dan kritikan. Proses
ini menyentuh perasaan estetik dan daya kreativiti individu melalui penajaman daya
intuisi, persepsi, imaginasi dan konsepsi murid. Dengan ini, murid diharapkan dapat
mengamalkan pertimbangan seni visual, meningkatkan lagi kepekaan, menjadi
pengkarya yang rasional dan mampu mengendalikan kehidupan dengan membawa
bersama nilai yang disebutkan.
Dengan empat bidang merangkumi bidang Menggambar, Membuat Rekaan Dan
Corak, Membentuk Dan Membuat Binaan dan Kraf Tradisional, murid dilatih untuk
melihat sesuatu dengan perspektif yang lebih luas sama ada daripada aspek estetik
mahupun aspek gunaan. Melalui kefahaman aspek di atas, murid dapat diterapkan
78
PSV3105 PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN SENI VISUAL
dengan penghayatan warisan seni visual dan mengamalkannya dalam kehidupan,
terutama dalam meningkatkan nilai hidup. Murid akan didedahkan dengan ilmu seni
visual yang berkaitan dengan bidang tertentu dan menerapkan budaya menghargai
serta mengaplikasi ilmu yang diperolehi bersama.
Bidang Aktiviti
Menggambar Membuat lukisan, catan, kolaj, montaj, cetakan, resis, gosokan, stensilan, percikan, gurisan, capan, mozek dll
Membuat Corak dan Rekaan
Membuat pualaman, tiupan, titisan, ikatan dan celup, renjisan, percikan, lukisan, catan, kolaj, montaj, cetakan, resis, capan, kaligrafi dll
Membentuk dan Membuat Binaan
Membuat arca timbul, asemblaj, mobail, stabail, model, diorama, boneka, topeng, origami dll
Mengenal Kraf Tradisional
Membuat alat domestik, alat permainan, alat pertahanan diri, alat perhiasan diri, batik, tekat, tembikar, anyaman, ukiran kayu dll
Kraf tradisional adalah terbahagi kepada beberapa bahagian seperti:
Alat kegunaan seperti tembikar, tikar, tudung saji, senduk, dulang dan bakul
yang boleh dikaitkan dengan perkembangan jasmani, sosial dan estetika.
Pakaian seperti kain batik, songket dan tenunan yang boleh dikaitkan dengan
perkembangan jasmani, sosial dan estetika.
Permainan seperti gasing, wau, congkak dan serunai yang boleh dikaitkan
dengan perkembangan jasmani, emosi, rohani, intelek, sosial dan estetika.
Perhiasan seperti dokoh, tengkolok, selendang, cucuk sanggul dan pending
yang boleh dikaitkan dengan perkembangan jasmani, rohani, sosial dan
estetika.
79
PSV3105 PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN SENI VISUAL
Alat pertahanan diri seperti keris, lembing dan parang yang boleh dikaitkan
dengan perkembangan jasmani, emosi, rohani, intelek, sosial dan estetika.
Alat dan Bahan
Terdapat pelbagai jenis alat, media dan bahan yang digunakan untuk
kegiatan menghasilkan produk seni visual. Bahan-bahan alam seperti ubi kentang,
daun, bawang, pelepah pisang sering menjadi pilihan untuk pengajaran dan
pembelajaran Pendidikan Seni Visual di sekolah rendah dalam bidang Menggambar.
Situasi ini terjadi mungkin disebabkan bahan-bahan tersebut mudah didapati di
persekitaran murid.
Teknik resis dalam bidang mengenal kraf tradisional adalah satu kegiatan yang sangat
menarik untuk didedahkan kepada murid-murid sekolah rendah. Ia adalah satu cara
bagaimana murid dapat meneroka dengan lebih jauh tentang alat dan bahan.
Pada kebiasaannya penggunaan alatan seperti pensel dan pensel warna dalam
membentuk garisan dan lakaran sudah biasa digunakan. Dalam proses menghasilkan
resis penggunaan alatan utama yang digunakan ialah lilin. Ini membuatkan hasil kerja
resis dianggap sebagai satu hasil kerja yang lain dari kebiasaannya. Dengan cara ini
aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan tidak membosankan kerana ada
kelainan dan pembaharuan dalam berkarya.
Guru mempunyai cara dan gaya yang tersendiri apabila ingin menghasilkan
kerja-kerja seni. Begitu juga murid, mereka digalakkan membuat ekspresi mengikut
idea dan cara mereka. Penggunaan alatan dan bahan untuk menghasilkan sesuatu
hasil kerja seni, murid akan mengenalpasti bahan apakah yang sesuai dan senang
untuk didapati supaya kerja-kerja yang hendak dijalankan tidak terganggu.
Aktiviti Menghasilkan Produk Seni Visual
Pemerhatian Aspek ini melibatkan sesentiviti deria. Semasa menyediakan aktiviti, perhatian perlu diberikan kepada perkara berikut:
80
PSV3105 PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN SENI VISUAL
- pengetahuan sedia ada murid.- Benda konkrit- minat dan kecenderungan murid.- latar belakang murid.- bahan, bunyi, pergerakan dan aksi.- mencetus idea dan imaginasi.
Penerokaan Semasa menyediakan aktiviti, perhatian perlu diberikan kepada perkara berikut:
- aktiviti kecil, mudah dan ringkas.- cuba mencuba, suaikenal dengan bahan.- penemuan oleh murid sendiri, uji menguji.- mencari alternative, variasi dan kemungkinan
lain.- bebas daripada jawapan tetap, murid senang
dan ingin mencuba.- aktif dan melibatkan pelbagai kecerdasan.- menggunakan kemahiran berfikir dan
pengurusan grafik.
Penghasilan Semasa menyediakan aktiviti, perhatian perlu diberikan kepada perkara berikut:
- penggunaan alat, bahan dan teknik.- tatacara, langkah dan proses membuat.- amalan tertib kerja.- keselamatan semasa bekerja.- penyampaian kandungan subjek, idea, hal
benda dengan bentuk hasil.
Apresiasi Semasa menyediakan aktiviti, perhatian perlu diberikan kepada perkara berikut:
- aspek yang berkaitan dengan laras bahasa visual ( Asas Seni Reka dan Prinsip Rekaan)
- aspek yang berkaitan dengan kandungan dan hal benda.
- aspek yang berkaitan dengan manipulasi alat, bahan dan teknik.
- penghargaan hasil kerja dan menghormati pembuat hasil kerja.
- melibatkan perasaan dan refleksi diri.- penyerapan pengetahuan dan penerapan nilai
yang berkaitan dengan kandungan.
81
PSV3105 PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN SENI VISUAL
Latihan 2
1. Cuba anda jalankan satu aktiviti membuat apresiasi dengan menggunakan
pendekatan secara logik berdasarkan satu contoh karya seni murid anda.
2. Hasilkan aktiviti pengajaran dan pembelajaran bidang kegiatan Mencorak dan
Rekaan mengikut tahap satu.
2.3 Imaginasi dan Ekspresi Kanak-Kanak
Fikirkan apakah faktor-faktor yang boleh menjana imaginasi
dan ekspresi murid-murid di dalam kelas anda.
Cara yang boleh merangsang imaginasi dan ekspresi murid-murid dalam menghasilkan
aktiviti untuk setiap bidang kegiatan tahap 1 dan tahap 2 adalah seperti berikut:
.
Pengalaman melalui ABM
- menggunakan ABM seperti gambar foto, keratan akhbar , fotografi tentang
produk seni visual.
Pengalaman secara langsung (direct observation)
-dilakukan secara terperinci dengan bimbingan dan pemerhatian
82
PSV3105 PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN SENI VISUAL
secara khusus seperti melihat contoh produk seni visual yang ada perkaitan
dengan menyatakan ciri-ciri/sifat produk dan perkaitan dengan sumber idea.
Pengalaman deria – penggunaan lima deria.
Galakkan murid-murid menggunakan 5 deria seperti merasai, menghidu,
menyentuh produk seni visual tersebut.
Pengalaman dengan alatan dan bahan.
- Guru perlu merancang dan memilih bahan seni yang sesuai dengan tajuk
produk dan tahap perkembangan kanak-kanak.
Penerokaan / Penggunaan ICT.
-Galakkan kanak-kanak meneroka dan memanipulasikan bahan-bahan
yang sesuai.
Sukatan pelajaran Pendidikan Seni Visual sekolah rendah disusun bertujuan melibatkan
murid dalam pelbagai kegiatan seni. Kegiatan seni yang dijalankan berdasarkan empat
bidang utama. Bidang-bidang tersebut ialah bidang menggambar, membuat corak dan
rekaan, membentuk dan membuat binaan, dan mengenal kraf tradisional. Pengalaman
seni ini adalah untuk memperkembang dan menyelaraskan persepsi dan konsepsi
visual murid sebagai asas bagi menggalakkan pemikiran kritis dan kreatif.
Pengalaman ini juga selaras dengan perkembangan peringkat kesediaan dan
penerimaan murid dari segi sosioemosi, psikomotor dan mental yang merangkumi
perasaan, koordinasi, manipulasi dan persepsi visual.
Dengan mempelajari Pendidikan Seni Visual di sekolah rendah, murid akan dapat
menguasai beberapa pengetahuan dan kemahiran. Antara pengetahuan yang dapat
dimiliki murid ialah pengetahuan mengenai bahan, alat dan teknik yang digunakan
dalam sebarang kegiatan seni. Murid juga akan mendapat pengetahuan mengenai
sumber motif dalam persekitaran, kraf tradisional, unsur seni dan prinsip rekaan dalam
pendidikan seni visual, proses pembuatan hasil seni, menyimpan maklumat atau
83
PSV3105 PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN SENI VISUAL
dokumentasi, mengintegrasikan maklumat dan aplikasi komputer dalam kerja seni
visual.
Sementara kemahiran yang akan diperolehi murid pula ialah kemahiran memanipulasi
bahan, alat dan teknik, mengaplikasi disiplin seni visual, berfikir secara kritis dan kreatif,
berkomunikasi secara berkesan, membuat pilihan, membuat interpretasi, menggunakan
teknologi bahan dan perkakasan.
Organisasi kurikulum ini merangkumi empat aspek utama yang dipentingkan iaitu:
pemerhatian secara aktif
interaksi yang kritis dan kreatif dengan alat dan bahan
apresiasi seni visual secara mudah
menghargai nilai baik dalam semua aspek kehidupan
Contoh aspek 5 P KBSR dalam aktiviti menghasilkan produk seni visual bidang
Membentuk dan Membuat Binaan adalah seperti berikut:
Penggabungjalinan
Aktiviti membuat binaan dapat memperkembangkan pelbagai kemahiran
(berfikir, belajar, psikomotor ,sosial) dan penggabungjalinan dengan mata
pelajaran yang lain
Penerapan nilai
Penerapan nilai-nilai murni boleh disemai dan dipupuk melalui proses
pengajaran dan pembelajaran dalam aktiviti menghasilkan karya/produk.
Penerapan nila-nilai boleh ilakukan secara pertuturan, perlakuan
dsbnya.
Pemulihan
Pengesanan kemajuan murid dijalankan selepas guru mengajar beberapa
kemahiran dalam sesuatu unit pembelajaran. Aktiviti pemulihan perlu
dilakukan agar kelemahan murid tidak terkumpul.
Penyerapan pengetahuan
84
PSV3105 PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN SENI VISUAL
Aktiviti membentuk dan membina dapat memperkembangkan pengetahuan
dan kemahiran-kemahiran belajar, psikomotor dan sosial .
Pengkayaan
Murid yang telah menguasai sesuatu konsep untuk menghasilkan robot
yang bermotifkan kucing perlu diberi pengayaan untuk meluaskan
pengetahuan dan pengalaman serta mengukuhkan kemahiran yang dikuasai
oleh pelajar
Penghasilan karya terutama lukisan kanak-kanak mempunyai interpretasi yang berbeza
dengan karya yang dihasilkan oleh orang dewasa. Bagi orang dewasa seni visual
sering dikaitkan dengan kecantikan dan kesempurnaan, namun bagi kanak-kanak hasil
karya yang dihasilkan bersifat luahan dan ekpresif (Lowenfeld, 1975). Kebanyakan
pengkaji seni kanak-kanak menganggap hasil karya seni sebagai satu kaedah menarik
untuk melihat cara berfikir dan menyelami perasaan selain melihat dan menguji
keupayaan perkembangan kognitif mereka, karya seni kanak-kanak adalah bersifat
peribadi dan tersendiri.
Kanak-kanak dilahirkan dengan mempunyai sifat yang dinamik serta berkembang
mengikut fitrah semula jadi proses tumbesaran mereka. Hasil kerja seni visual yang
dihasilkan berfungsi sebagai alat komunikasi dan merupakan refleksi pemikiran kanak-
kanak. Refleksi ini menurut Koster (2001), akan terus berkembang bersama kanak-
kanak sehingga ia membesar.
Penglibatan kanak-kanak di dalam aktiviti seni visual berupaya memberikan
rangsangan dan pembangunan dari pelbagai aspek. Pembangunan tahap imaginasi
kanak-kanak dapat dipertingkatkan selain mewujudkan rasa sensitiviti kanak-kanak
terhadap sekelilingnya. Secara ringkasnya kepentingan pengajaran mata pelajaran
pendidikan seni visual kepada kanak-kanak dapat dilihat melalui aspek berikut:
Aspek Kognitif
Penganjuran aktiviti seni visual yang tersusun dan terancang dapat melahirkan
85
PSV3105 PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN SENI VISUAL
kanak-kanak yang mempunyai keupayaan menyelesaikan masalah serta mampu
membuat penilaian dan bijak membuat keputusan.
Aspek Fizikal
Penggunaan alat dan bahan dalam pengajaran dan pembelajaran pendidikan
seni visual memberikan satu bentuk latihan berkesan kepada otot tangan
(psychomotor) dan koordinasi tangan serta mata.
Aspek Kreativiti
Latihan dan projek yang bersifat terbuka dapat membantu murid untuk
mengembangkan aspek imaginasi mereka. Aktiviti dan projek di dalam
pendidikan seni visual mengutamakan proses, berbanding dengan hasilan akhir.
Oleh yang demikian, proses ini menyuburkan budaya pemikiran kritikal di dalam
menyelesaikan sesuatu permasalahan. Selain itu, aktiviti pendidikan seni visual
menggalakkan eksplorasi dan eksperimentasi supaya kanak-kanak mempunyai
pengalaman luas dalam bidang penghasilan karya.
Aspek Persepsi
Melalui mata pelajaran seni visual, murid boleh mempertingkatkan dan
menajamkan penggunaan pancaindera dan deria. Pendidikan seni visual
menambahkan pengetahuan mengenai konsep pembuatan dan kronologi
sesuatu produk iaitu proses penghasilan dan hasilan seni, produk dan objek
yang terdapat di sekeliling mereka.
Aktiviti seni visual merupakan aktiviti yang membantu kanak-kanak mengenali objek
selain membantu meningkatkan daya sensitiviti terhadap alam sekeliling mereka.
Proses pengkaryaan yang menjurus ke arah pengamatan terhadap objek melatih deria
kanak-kanak supaya menjadi lebih peka dan meningkatkan daya persepsi mereka.
Selain itu, aktiviti seni visual juga meningkatkan daya imaginatif kanak-kanak selain
berupaya mengimbangi emosi mereka. Ianya dijadikan sebagai satu proses
pembelajaran kepada kanak-kanak melalui aktiviti imitasi alam sekeliling lalu
86
PSV3105 PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN SENI VISUAL
dipermudahkan menjadi penghasilan simbol abstrak seterusnya menjadikan ianya satu
bentuk hasil karya yang unik.
Pengkaryaan sebagai Medium Komunikasi
Lukisan merupakan bentuk komunikasi awal kanak-kanak sebelum mereka
berupaya untuk bertutur. Ianya dijadikan alat perhubungan yang berkesan untuk
berinteraksi. Penghasilan imej seperti pokok, figura manusia, catan dan arca
boleh memberikan tafsiran yang dapat membantu ahli psikologi untuk mengenal
pasti kanak-kanak yang mempunyai masalah trauma.
Pengkaryaan sebagai Cara Mencapai Kepuasan Diri
Pengkaryaan merupakan aktiviti yang mampu memberikan kepuasan kepada
kanak-kanak dalam meluahkan apa yang dilihat lalu dipindahkan semula dalam
bentuk dan rupa imej yang unik mengikut tahap pemahaman mereka. Melalui
lukisan, kanak-kanak dapat meluahkan perasaan dan emosi selain dapat
membina kekuatan otot. Aktiviti sebegini juga dapat membantu menajamkan
daya intuisi kanak-kanak.
Aktiviti melukis dapat memberikan kepuasan kepada kanak-kanak. Kesan
penghasilan karya lukisan mampu membentuk personaliti kanak-kanak. Konsep
kendiri terbina apabila kanak-kanak mampu melukis tanpa ragu dan tidak
bimbang memikirkan soal kecantikan karya mereka. Selain itu, aktiviti melukis
juga menggalakkan kanak-kanak membuat ekspresi diri dengan bercerita
mengenai karya mereka sekaligus membantu mereka untuk membina keyakinan
diri untuk bertutur. Perkembangan artistik kanak-kanak banyak dipengaruhi oleh
persekitaran dan suasana mereka dibesarkan. Dalam konteks ini, persekitaran
memainkan peranan penting kerana persekitaran yang sihat membantu
perkembangan kognitif kanak-kanak dengan cara yang positif.
Bagaimana menjana imaginasi kanak-kanak
87
PSV3105 PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN SENI VISUAL
Soalan-soalan yang berimaginasi adalah berguna untuk murid bagi meluahkan
perasaan dalam bentuk lukisan atau catan. Contoh-contoh soalan lukisan atau catan
yang berimaginasi adalah seperti berikut:
1. Adakah kamu tahu bagaimanakah rupa seekor buaya?
Bagaimana jika buaya boleh terbang?
2. Gunung yang paling tinggi di Malaysia ialah gunung Kinabalu.
Bolehkan anda bayangkan anda sedang mendakinya?
3. Bayangkan seekor arnab yang berbelang?
4. Jika anda boleh tinggal di sangkar burung,
Bagaimanakah keadaannya?
Menerusi imaginasi murid dapat meluahkan perasaan. Contoh imaginasi
yang paling berkesan terhadap murid ialah mimpi kerana ia boleh menyentuh perasaan
seseorang murid itu. Bagi mereka imej yang dihasilkan dari tajuk mimpi contohnya
adalah satu cara mengekspresi diri mereka ketika dalam ketakutan atau kegembiraan.
Satu cara lain bagi meluahkan perasaan ialah melalui berkomunikasi diantara guru
dengan murid.
Penjelasan mengenai alat, media, bahan, teknik,imej unsur-unsur seni dan prinsip-
prinsip rekaan adalah sesuatu yang amat berguna dalam proses menggambar. Dengan
cara ini nilai-nilai estetik akan wujud dalam diri mereka. Bertitik-tolak daripada faktor
inilah pengetahuan asas mengenai lukisan yang dihasilkan oleh kanak-kanak penting
bagi guru pendidikan seni visual sebelum kanak-kanak didedahkan dengan pelbagai
aktiviti. Kesemua pengetahuan yang merangkumi umur, tahap kanak-kanak serta
kemampuan mereka perlu difahami supaya guru-guru pendidikan seni visual berupaya
merancang aktiviti yang sesuai dengan mengikut tahap yang sesuai. Secara tak
langsung murid akan menggunakan warna dalam aktiviti mereka.
Contoh soalan.
1. Bagaimanakah bentuk dan warna buah rambutan yang sudah masak atau
88
PSV3105 PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN SENI VISUAL
muda?
2. Apakah warna yang perlu kamu campur ke atas buah-buahan tersebut?
Guru memberi komen kepada hasil kerja murid dan berkomunikasi tentang:
apa yang guru suruh murid buat.
idea selanjutnya tentang tema dari apa yang mereka sedang hasilkan.
perasaan terhadap hasil kerja sendiri.
penggunaan tajuk fantasi dan imaginasi.
bentuk, warna, corak, garisan, ton dan jalinan.
kadar banding, saiz, susunan corak.
penggunaan alat dan bahan.
teknik-teknik dalam aktiviti yang dijalankan.
usaha murid terhadap hasil kerja mereka.
cara-cara bagaimana idea tersebut boleh digunakan dalam berlainan.
Walaupun kanak-kanak mempunyai perasaan ingin tahu serta daya imaginasi yang
tinggi, ianya perlu dipupuk dan dikembangkan untuk meningkatkan kreativiti serta
kebolehan berfikir mereka. Adalah menjadi tanggungjawab guru pendidikan seni visual
untuk menyuntik rangsangan yang dapat melipatgandakan daya imaginasi kanak-kanak
agar proses pembelajaran menjadi lebih bermakna.
Kanak-kanak pula akan lebih bermotivasi untuk melibatkan diri di dalam aktiviti-aktiviti
kreatif, untuk mencipta serta mereka benda-benda baru ataupun media-media yang
baru. Dengan memperkenalkan alatan-alatan tertentu, ianya dapat mencambahkan
imaginasi kanak-kanak. Kit pembinaan tradisional seperti blok-blok berwarna
mendorong daya reka cipta kanak-kanak untuk membina rumah atau istana serta
mempelajari struktur objek di sekeliling mereka.
Dengan teknologi terkini, kanak-kanak boleh didedahkan kepada penggunaan perisian-
perisian tertentu yang dapat membantu mereka mencipta imej-imej di komputer yang
bukan sahaja boleh diwarnakan dengan pelbagai warna yang menarik, malah mampu
89
PSV3105 PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN SENI VISUAL
bergerak dan bersuara. Apa jua bentuk rangsangan yang diperkenalkan mampu
meningkatkan daya fikir mereka kerana kanak-kanak perlu memahami terlebih dahulu
bagaimana objek di sekeliling mereka berfungsi supaya imitasi dapat dilakukan kepada
hasil seni mereka
Bagi murid yang sudah menguasai sesuatu kemahiran-kemahiran asas seperti
membentuk, mengunting, melakar dan mewarna, anda sebagai guru perlu
memberi aktiviti-aktiviti tambahan untuk meluaskan pengetahuan dan pengalaman
murid serta mengukuh kemahiran-kemahiran yang telah dikuasai. Aktiviti-aktiviti ini
dinamakan aktiviti pengayaan.
Dalam sesuatu pelajaran, aktiviti pengayaan diperlukan terutamanya oleh murid yang
lebih cerdas untuk mengisi masa terluang dan mengelakkan dari kebosanan. Aktiviti
yang lebih mencabar membolehkan murid berdikari dalam pembelajaran,
misalnya aktiviti yang berbentuk projek, kajian serta tugasan-tugasan yang dapat
melibatkan penggunaan daya kreatif, sifat ingin tahu dan kerjasama antara individu atau
kumpulan seperti menggunakan strategi pengajaran Belajar Cara Belajar, Akses Kendiri
atau Kajian Masa Depan.
Begitu juga dengan aktiviti pemulihan, anda sebagi guru tidak dapat lari
daripada menjalankan aktiviti pemulihan di dalam bilik darjah. Pemulihan amat perlu
untuk murid- murid yang menghadapi masalah atau kesukaran belajar dalam
menguasai satu-satu kemahiran dalam Pendidikan Seni. Kelemahan-kelemahan ini
amat perlu di atasi sebelum ia terhimpun yang akan menyebabkan usaha memulih
sudah terlewat.
Latihan 3
90
PSV3105 PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN SENI VISUAL
1. Mengumpul maklumat dan senaraikan aspek- aspek 5P KBSR dalam konteks
PSV. Buat banding beza aspek-aspek tersebut dalam bentuk pengurusan grafik.
2. Dalam kumpulan berlima anda dikehendaki membincangkan hubungkait aktiviti
pengajaran bidang kegiatan Menggambar dengan ekpresi kanak-kanak tahap 2.
TAJUK 3 Persediaan Mengajar
SINOPSIS
Tajuk ini meliputi topik persediaan mengajar yang melibatkan perancangan langkah-
langkah pengajaran yang bakal dilaksanakan oleh guru. Bagi melengkapkan diri anda
sebagai guru mata melajaran PSV, anda seharusnya boleh menghuraikan dengan
91
PSV3105 PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN SENI VISUAL
merujuk kepada komponen persediaan, komponen penyampaian / perlaksanaan,
komponen penutup dan refleksi.
HASIL PEMBELAJARAN:
11. Membanding beza pelbagai jenis aktiviti dalam empat bidang
kegiatan iaitu Menggambar, Membuat Corak dan Rekaan, Membentuk dan
Membuat Binaan serta Mengenal Kraf Tradisional.
12. Menjana idea dengan menggunakan pelbagai alat, bahan, dan teknik serta
mengaplikasikannya dalam penghasilan mengikut empat bidang kegiatan.
13. Melaksanakan aktiviti penerokaan dan eksperimen untuk meningkatkan
pengamatan dan pertimbangan estetik untuk pengajaran dan pembelajaran
setiap bidang kegiatan.
14. Mengaplikasi asas Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) melalui perisian-
perisian dalam proses penghasilan karya.
15. Merancang aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran setiap bidang kegiatan.
16. Menjalankan sesi apresiasi secara mudah.
KERANGKA TAJUK-TAJUK
92
Persediaan Mengajar
Komponen Persediaan
Komponen Penutup
Komponen Penyampaian / Perlaksanaan
Refleksi
PSV3105 PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN SENI VISUAL
KANDUNGAN ISI
Rancangan Pengajaran dan Persediaan Mengajar ialah dokumen perancangan,
pelaksanaan dan penilaian pengajaran dan pembelajaran harian dan mingguan tertentu
yang mengandungi tarikh dan hari, unit/kumpulan, masa mata pelajaran/tajuk,
kandungan/kemahiran, hasil pembelajaran, strategi dan refleksi/catatan.
Kepentingan Perancangan dan Persediaan Mengajar
Pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Pendidikan seni Visual (PSV) perlu
berpusatkan murid dengan menjalankan aktiviti-aktiviti interaksi lisan yang dapat
merangsangkan pemikiran dan daya imaginasi murid serta dapat membina
keyakinan diri untuk berkomunikasi secara rasional dan logik.
Aktiviti pembelajaran PSV yang dirancang mestilah sesuai dengan minat,
keperluan dan kebolehan murid untuk mengembangkan daya kreatif dan
menajamkan persepsi serta ekspresi. Perancangan merupakan panduan kepada
guru Pendidikan seni Visual untuk melaksanakan pengajaran dengan lebih
sempurna dan berkesan. Perancangan juga merupakan panduan kepada guru-guru
PSV untuk mengambil perhatian kepada aspek-aspek yang berikut:
Rancangan pengajaran
Persediaan guru dan murid
Kaedah pengajaran
Pengelolaan pengajaran
Teknik penyoalan
Penyertaan murid
Penerapan nilai estetik dan etika
Penerapan nilai murni dan kemahiran berfikir
Penilaian kemajuan murid
93
PSV3105 PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN SENI VISUAL
Tujuan membuat perancangan pengajaran adalah supaya guru dapat membuat
persediaan yang rapi agar dapat meningkatkan pengajaran dan pembelajaran
dengan memberi tumpuan kepada aspek seperti :
Perkembangan pengajaran yang beperingkat mengikut urutan;
Kesinambungan rancangan pengajaran
Kesinambungan jenis bidang dan aktiviti;
Perkembangan daya kreatif murid;
Kepelbagaian dan kesesuaian alat dan bahan;
Pelaksanaan aktiviti individu dan kumpulan; dan
Pelaksanaan aktiviti di dalam dan di luar bilik darjah
2.1 Komponen Persediaan
Cuba anda baca penerangan berikut dan cuba fahamkan
isi kandungannya?
Pendidikan Seni Visual bertujuan memberi peluang kepada murid memupuk
minat, memperkembang keperibadian, memberi kesedaran dan kepekaan terhadap
nilai-nilai kesenian dan alam sekitar serta kaitannya dengan mata pelajaran lain.
Murid di sekolah rendah pada keseluruhannya adalah kreatif, ekspresif dan aktif.
Pendidikan Seni Visual memainkan peranan memperkembang sifat-sifat ini melalui
persepsi visual, imaginasi dan daya pemikiran. Kegiatan pemikiran, penerokaan dan
reka bentuk dalam pelbagai jenis seni visual akan membolehkan mereka menyatakan
idea dan ekspresi diri. Pengalaman ini penting kerana ia membantu murid membina
keyakinan diri, membuat penilaian dan mengenali cita rasanya sendiri.
94
PSV3105 PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN SENI VISUAL
Huraian Sukatan Pelajaran merupakan dokumen sokongan bagi Sukatan Pelajaran
yang mengandungi perincian kurikulum dari tahun 1 hingga 6 iaitu tahap satu dan tahap
dua. Buku ini juga mengandungi objektif pembelajaran bagi setiap tahun. Lajur Bidang
menampakkan salah satu daripada empat bidang dalam Pendidikan Seni Visual KBSR.
Di dalam lajur Hasil Pembelajaran dimuatkan skop pembelajaran yang perlu dicapai
oleh murid. Di samping itu, pencapaian yang boleh dikuasai oleh murid mengikut
kebolehan mereka diperinci mengikut aras. Lajur Cadangan Aktiviti Pembelajaran pula
memaparkan beberapa aktiviti yang sesuai yang boleh dijalankan di dalam pengajaran
dan pembelajaran Pendidikan Seni Visual mengikut bidang tertentu.
Guru boleh memilih tajuk yang sesuai dengan kebolehan murid masing-masing. Aras 1
menekankan pemahaman yang jelas tentang konsep dan fungsi. Aras ini harus dicapai
oleh semua murid. Aras 2 menekankan penggunaan alat, bahan dan teknik yang
sesuai untuk penghasilan bahan Aras 3 menekankan aktiviti di mana ini
menitikberatkan peningkatan penghasilan bahan yang berkualiti serta bersifat kreatif.
Penggabungjalinan dan Penyerapan
Penyerapan mata pelajaran / pengetahuan
Beberapa unsur ilmu pengetahuan dari bidang yang berlainan diserapkan dalam
Pendidikan Seni Visual
Penggabungjalinan kemahiran
Kesepaduan yang berlaku antara bahan pengajaran dan pembelajaran, unsur-
unsur dalam mata pelajaran yang berlainan, teori dan amali, kurikulum dan
kokurikulum serta strategi pengajaran dan pembelajaran.
Contoh penyerapan pengetahuan / mata pelajaran lain yang dikaitkan dengan
pelajaran kraf batik:
Aspek-aspek yang
boleh dikaitkan
Mata pelajaran /
Pengetahuan
Tema /tajuk Bahasa.Melayu
95
PSV3105 PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN SENI VISUAL
Sejarah batik/ tokoh /
teknik dan proses
Sejarah
Motif dan corak Matematik
Apresiasi Pendidikan Moral
Alat dan bahan Kajian tempatan
Bahan campuran
pewarna batik
Sains
Penerapan nilai
Proses penerapan nilai-nilai murni secara pertuturan, perlakuan, teladan, isyarat,
kefahaman dan tafsiran.
Kaitkan aplikasi nilai dengan aktiviti-aktiviti seni visual.
Memupuk nilai atau menerapkan nilai melalui aktiviti seni secara terus
Penerapan nilai-nilai murni boleh disemai dan dipupuk melalui proses
pengajaran dan pembelajaran dalam aktiviti menghasilkan karya/produk.
Penerapan nila-nilai boleh ilakukan secara pertuturan, perlakuan dsbnya.
Kemahiran Berfikir
Murid menggunakan kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif untuk mencari makna
dan pemahaman terhadap sesuatu serta dapat menyelesaikan masalah. Menilai
kemunasabahan sesuatu idea dan bersifat evaluatif.
Kemahiran yang akan diperoleh murid dalam Bidang Pendidikan Seni Visual.
memanipulasikan bahan, alat dan teknik.
mengaplikasi displin seni visual
berfikir secara kritis dan kreatif
berkomunikasi secara berkesan
membuat pilihan
membuat interpretasi
96
PSV3105 PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN SENI VISUAL
menggunakan teknologi
Contoh kemahiran yang dikuasai dalam aktiviti seperti berikut
Tahun : 3 Aman
Bidang : Membentuk dan Membuat Binaan
Topik/tajuk : Topeng Muka
Mengaplikasi bentuk topeng muka mengikut muka tema yang diberi
Dapat mengadun bahan yang sesuai untuk dijadikan topeng
Dapat mencantum papier mache yang dihasilkan menjadi satu topeng muka dan
yang bernilai baru
Memperoleh kemahiran memotong, menggunting dan menampal mengikut imej
topeng muka yang diolah
Hasil pembelajaran adalah berbeza mengikut tahap umur. Berpandukan Huraian
Sukatan Pelajaran Pendidikan Seni Visual KBSR berdasarkan bidang kegiatan yang
diajar di sekolah rendah mempunyai hasil pembelajaran secara berperingkat. Contoh
dalam bidang mengambar :
Asas menggambar- membuat lakaran bagi menghasilkan rupa
atau bentuk gambar .
Meneroka beberapa teknik yang berbeza- dalam penghasilan menggambar
Menggunakan Asas Seni Reka dalam aktiviti menggambar- unsur
seni dan prinsip rekaan
Menggambar berdasarkan tema, pengalaman,dan imiginasi
Bahan , Peralatan dan Sumber Pengajaran & Pembelajaran
Kepentingan sumber pengajaran dan pembelajaran dalam pengajaran dan
pembelajaran Pendidikan Seni Visual.
97
PSV3105 PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN SENI VISUAL
Dapat menarik perhatian murid.
Mengaitkan aktiviti dengan kehidupan seharian dan disekeliling murid.
Dapat mengaitkan aktiviti dengan penyerapan mata pelajaran lain.
Dapat menunjukkan perbezaan antara tembikar tradisional dan tembikar dimensi
baru dari semua aspek.
Aspek yang perlu difikirkan oleh guru bagi membuat pemilihan bahan dan alatan:
Berkaitan dengan tajuk pelajaran.
Sesuai dengan jenis aktiviti yang dirancang.
Sesuai dengan saiz kumpulan yang diajar (kumpulan besar, kecil atau individu).
Sesuai dengan lokasi pengajaran dan pembelajaran (dalam bilik darjah atau
studio seni).
Melibatkan deria yang berkaitan
Sesuai dengan latar belakang murid.
Kesesuaian alat dan bahan dengan peringkat kebolehan dan kemahiran murid.
Kemudahan mendapat bahan dari segi kuantiti dan kualiti.
Kesesuaian bahan dengan aktiviti yang dirancang.
Keselamatan alat dan bahan.
Kemungkinan –kemungkinan dalam manupulasi bahan.
Cara guru Pendidikan Seni boleh mengatasi masalah kekurangan bahan dan peralatan
dalam pengajarannya:
Merancang pelajaran atau aktiviti dengan menyesuaikan kepada bahan dan
peralatan yang sedia ada.
Meneroka kemampuan penggunaan sesuatu bahan.
Mereka ganti peralatan.
Mengguna bahan altenatif seperti bahan gantian.
98
PSV3105 PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN SENI VISUAL
Merancang strategi pengajaran bagi mengatasi kekurangan bahan dan
peralatan.
Contoh sumber pengajaran dan pembelajaran yang sesuai digunakan untuk pengajaran
dan pembelajaran Pendidikan Seni Visual.
gambar slaid dari power point
bahan maujud
gambar foto karya seni visual
koleksi gambar-gambar dari majalah dan media cetak lain.
tayangan video
carta
poster
alatan audio
kad imbasan / kad cerita
Isi Pelajaran, Aplikasi Strategi Pengajaran &Pembelajaran dan Organisasi Kelas
Strategi yang sesuai untuk diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran.
Kontruktivisme
- menggalakkan pelajar mencari idea, buat kajian, yakin diri dan dapat berinteraksi
dengan proses inkuiri memilih motif yang sesuai akan terhasil.
Kontekstualisme
99
PSV3105 PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN SENI VISUAL
- pelajar dapat menggabungkan pengalaman individu dan masyarakat dalam
kehidupan seharian dan pembelajaran secara konkrit.
Teori kecerdasan pelbagai
- murid dapat menyelesaikan masalah melalul pelbagai kecerdasan yang
relevan seperti logik matematik (penggunaan pengiraan susunan grid)
Pembelajaran akses kendiri
- Pelajar lebih fleksibel tanpa tekanan serta mampu mencari maklumat dan bahan
mengenai motif dan corak serta menghasilkan karya secara persendirian dengan
bimbingan guru
Pembelajaran masteri
- memberi peluang murid untuk maju mengikut kebolehan dan kadar pembelajaran
mereka sendiri serta dapat mempertingkatkan tahap penguasaan pembelajaran
contoh- jika murid telah menguasai melukis motif corak mereka boleh
meneruskan dalam kemahiran mewarna.
Kajian masa depan
- Membolehkan murid merancang dan mewujudkan masyarakat yang
berwawasan, rasional, kreatif,dinamik serta boeh menerima dan menangani
segala perubahan contoh- murid boleh mengolah dan mengubah suai corak
rekaan dengan kesesuaian fungsi alas meja masa hadapan.
Teknologi komunikasi dan maklumat (ICT)
- kemampuan ICT berfungsi sebagai alat kemahiran yang memberi sokongan
menyempurnakan tugasan contoh- pelajar menggunakan perisian komputer
untuk menyusun motif corak.
Aspek-aspek yang perlu diberi penekanan dalam rancangan pengajaran bagi
meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni Visual.
Perkembangan pelajaran yang berperingkat-peringkat.
Kesinambunagn rancangan pengajaran.
Kesinambungan jenis aktiviti.
Perkembnagan daya kreatif pelajar.
100
PSV3105 PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN SENI VISUAL
Kepelbagaian bahan-bahan seni.
Penyesuaian alat/bahan..
Kesinambungan gerak kerja individu/kumpulan.
Aktiviti di dalam dan di luar bilik darjah.
Perkara-perkara penting yang perlu diambil kira dalam merancang satu unit pengajaran
Pendidikan Seni Visual.
menulis objektif pembelajaran tersebut
memilih isi kandungan yang tepat dan sesuai dengan objektif
menyusun atau memeringkatkan isi kandungan yang dipilih
menentukan kaedah mengajar
merancang dan menyediakan bahan pengajaran dan pembelajaran
memilih alat pembelajaran yang sesuai
menentukan teknik mengajar
Latihan 1
1. Anda dikehendaki menghuraikan aspek-aspek penting dalam menulis kemahiran bagi
persediaan mengajar.
2. Merumuskan aspek-aspek dalam menulis objektif bagi persediaan mengajar.
2.2 Komponen Penyampaian / Perlaksanaan
Apakah perbezaan di antara komponen penyampaian
dan pelaksanaan??
101
PSV3105 PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN SENI VISUAL
Set Induksi Dan Pemerhatian
Pada peringkat ini strategi digunakan untuk menarik perhatian murid kepada
guru.
Mempastikan murid dalam keadaan bersedia untuk belajar
Mencungkil pengetahuan yang sedia ada pada murid
Mengaitkan pelajaran lepas dengan pelajaran baru
Menarik perhatian dan minat murid pada pelajaran yang akan dijalankan.
Komponen membuat perkaitan dalam set induksi bagi aktiviti membuat anyaman.
Mengaitkan pengetahuan lepas pelajar
- Guru boleh menggunakan pengetahuan lepas pelajar untuk membina konsep
yang baru dengan lebih mudah dan berkesan.
- Di peringkat ini guru boleh bertanya kepada murid untuk mengetahui
pengetahuan yang lepas berkaitan dengan kraf-kraf yang mereka ketahui.
Mengaitkan isi pelajaran baru dengan pelajaran yang lalu.
- Mengimbas kembali pelajaran yang terdahulu seperti fungsi anyaman, jenis-jenis
anyaman, bahan menghasilkan anyaman dan sebaginya serta mengaitkan
dengan isi pelajaran baru yang hendak disampaikan.
Mengaitkan peristiwa semasa
- Berkeupayaan mengaitkan dengan peristiwa semasa seperti anyaman dimensi
baru.
- Anyaman yang menggunakan bahan terpakai.
- Fungsi dan kegunaan anyaman dalam industri dan ekonomi negara.
Mengaitkan minat dan pengalaman pelajar
- mengalakkan penglibatan murid dalam pengajaran dan pembelajaran tajuk
anyaman.
- penggunaan lakonan, nyanyian dalam set induksi.
- sesuaikan dengan umur, kebolehan, minat dan pengalaman murid.
Kepentingan Set Induksi dalam Pengajaran dan Pembelajaran.
102
PSV3105 PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN SENI VISUAL
Dapat memotivasikan murid terhadap pelajaran yang akan disampaikan adalah
tinggi. Murid akan menunjukkan tanda persediaan untuk mengikuti aktiviti
anyaman .
Semua murid akan menumpukan perhatian terhadap pelajaran yang
disampaikan. Kesan ini membolehkan guru menjalankan aktiviti pengajaran tajuk
anyaman dengan baik dan lancar tanpa sebarang gangguan yang tidak diingini.
Murid boleh menggunakan pengetahuan lepasnya untuk membina produk yang
baru dari bahan-bahan anyaman dengan lebih mudah dan berfungsi.
Murid-murid akan bersedia dan berusaha bersungguh untuk menjalankan tugas
dan aktiviti anyaman yang diberikan oleh guru. Murid-murid bersemangat untuk
meneruskan aktiviti yang selanjutnya.
Aktiviti P & P anyaman dapat dijalankan dengan suasana yang aktif dan seronok.
Murid tidak merasa bosan keran di peringkat awal murid –murid telah mendapat
input yang menyeronokkan.
Masalah disiplin dapat dikurangkan kerana aktiviti set induksi ini dapat menarik
perhatian murid menumpukan perhatian sepenuhnya dalam aktiviti P & P yang
selanjutnya.
Perkembangan Isi Pengajaran dan Penerokaan
Pada peringkat perkembangan ini kaedah penerokaan digunakan untuk
menduga kefahaman murid mengenai bahan pelajaran yang dibincangkan.
Memastikan penyertaan murid secara aktif dan menyeronokan
Mengekalkan minat murid serta tumpuan perhatian mereka.
Sesi apresiasi dan refleksi untuk memberi peluang kepada murid membicara dan
memberi pendapat tentang hasil kerja mereka.
Guru merumus ketiga-tiga kategori hasil kerja murid.
Aktiviti pengayaan dan pemulihan
Pengayaan ialah sejenis aktiviti tambahan yang disediakan untuk murid
103
PSV3105 PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN SENI VISUAL
dengan tujuan memperluaskan pengetahuan dan pengalaman mereka
dalam suatu bidang pelajaran yang tertentu.
Setelah murid-murid menguasai satu atau beberapa kemahiran asas dalam
sesuatu unit pembelajaran, mereka diberi aktiviti pengkayaan yang
dirancangkan berdasarkan peringkat perkembangan kognitifnya.
Aktiviti pemulihan disediakan untuk membantu murid yang lemah dalam menguasai sesuatu kemahiran seni visual.
Melalui aktiviti pengayaan dan pemulihan ini, murid-murid akan berpeluang
memperkembangkan pengetahuan, kemahiran dan bakat mereka,
memupuk semangat berdikari dan bekerjasama.
Latihan 2
Senaraikan aspek persediaan murid yang perlu diambil kira dalam merancang aktiviti
penerokaan dalam kelas.
2.3 Komponen Penutup
Bagaimanakah anda mengatasi masalah komponen
penutup yang tidak berfungsi dengan baik?
Jenis dan cara penutup boleh dijalankan melalui penutup sosial, penutup kognitif atau penutup teknik.
Aktiviti penutup digunakan untuk:
membuat rumusan isi penting pelajaran (kognitif).
104
PSV3105 PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN SENI VISUAL
menguji kefahaman murid secara menyeluruh (kognitif).
mengulangi langkah aktiviti (kognitif).
kepentingan dan kegunaan aktiviti yang dijalankan (kognitif).
Alat dan bahan yang lain boleh digunakan untuk menjalankan aktiviti. (kognitif)
Mengadakan sesi lakonan (sosial).
Menyanyikan lagu berkaitan dengan aktiviti (sosial).
Aktiviti apresiasi
Contoh bagaimana guru menjalankan sesi apresiasi bagi bagi komponen penutup
pengajaran.
Memilih beberapa contoh karya murid berdasarkan baik sederhana dan lemah.
Membuat analisis secara perbincangan.
Rumusan dan pengukuhan (bercerita tentang watak atau lakonan pendek)
Menggunakan laras bahasa seni yang mudah berkaitan dengan aktiviti seperti
garisan, jalinan, warna,ton bentuk dll.
membincangkan berkaitan dengan kandungan tajuk
Membincangkan berkaitan dengan bahan dan teknik yang digunakan oleh murid
Memberikan penghargaan terhadap hasil kerja murid.
Memberi peluang pelajar meluahkan perasaan terhadap hasil kerja dan refleksi
diri.
Penyerapan pengetahuan dan penyerapan nilai yang berkaitan dengan aktiviti.
Kepentingan aktiviti apresiasi:
Membentuk pengetahuan.
- menegaskan semula fakta-fakta, kemahiran dan idea yang dipelajari.
Mengukuh kandungan seni.
105
PSV3105 PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN SENI VISUAL
-menegaskan semula pengetahuan dan pengalaman seni yang diperolehi dari
segi alat, bahan, proses dan teknik serta kefahaman konsep.
Menghubungkait dengan aktiviti susulan.
-membentuk kemahiran dalam menghubungkait dengan aktiviti-aktiviti seni yang
lain untuk mengerak murid membuat aktiviti susulan
Meningkatkan kemahiran berkomunikasi
-membentuk kebolehan berkomunikasi melalui bahan, teknik dan pelbagai aktiviti
seni serta kemahiran menyatakan kualiti tampak dan nilai estetika dalam
pernyataan
Membentuk dan menghubungkait idea dan interpretasi
-membentuk konsep dan persepsi dari pengalaman dan menggunakan idea bagi
menyampaikan kefahaman
Pentaksiran Objektif Pengajaran
Melihat sejauh manakah objektif pengajaran dapat dicapai oleh murid.
Guru dapat mengesan prestasinya dalam melaksanakan pengajaran.
Pentaksiran boleh dilaksanakan melalui ujian spontan, soal jawab, demonstrasi
dan sebagainya.
Kognitif
- Melibatkan perkembangan kognitif. Membincangkan pengingatan semula atau
pengecaman pengetahuan dan perkembangan kebolehan intelek dan
kemahiran. - Objektif kognitif berubah-ubah daripada mengingati kembali
dengan mudah bahan-bahan yang telah dipelajari hinggalah kepada
menggabung serta mensintesiskan idea dan bahan baru dengan cara yang asli
dan kreatif.
- Membincangkan pengetahuan seperti mengenal fakta-fakta, perangkaan, teori-
teori dan kefahaman. Merupakan domain yang utama berkaitan dengan
kebanyakkan perkembangan pengujian masa kini.
Psikomotor
- Melibatkan perkembangan kemahiran fizikal pelajar.
106
PSV3105 PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN SENI VISUAL
Afektif
- Melibatkan perkembangan sikap da nilai pelajar. Merupakan bidang berhubung
dengan perasaan, emosi dan sikap. Guru harus berkebolehan menggunakan
unsur afektif untuk mewujudkan satu suasana pembelajaran yang baik.
- Pembelajaran dapat dijalankandengan berkesan dengan adanya murid yang
dapat membentuk sikap positif.
Sosial
- Melibatkan komunikasi/interaksi murid dalam pembelajaran.
- Penglibatan yang aktif di kalangan pelajar.
Rumusan
Membuat kesimpulan ringkas tentang aktiviti yang telah dilaksanakan.
Meringkaskan isi pelajaran yang telah dipelajari.
Mengulangkaji untuk meneguhkan pembelajaran murid.
Menjelaskan konsep-konsep atau idea-idea yang perlu ditekankan.
Membantu meneguhkan pencapaian hasil pembelajaran.
Aktiviti susulan / lanjutan
Gerak kerja tambahan yang dilakukan untuk mengukuhkan pemahaman isi
pelajaran dan kemahiran murid.
Aktiviti pengayaan yang membolehkan murid menggunakan kemahiran yang
telah dikuasai dalam situasi yang lain.
Mengadakan pelbagai aktiviti yang lebih mencabar.
2.4 Refleksi
Catatan refleksi ditulis selepas sesi pengajaran dan pembelajaran dijalankan.
Catatan refleksi berkisar tentang kekuatan, kelemahan, isu, cabaran dan
cadangan penambahbaikan sesi pengajaran dan pembelajaran berkenaan.
Menggalakkan refleksi kendiri.
107
PSV3105 PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN SENI VISUAL
Latihan 3
1. Mengumpul maklumat bagi komponen penutup dalam persediaan mengajar.
Menganalisis maklumat yang diperolehi.
2. Membuat persediaan mengajar berdasarkan salah satu daripada bidang
Mengenal Kraf Tradisional
3. Persembahan persediaan mengajar secara berkumpulan
2.5 Contoh Persediaan Mengajar
Contoh Rancangan Pengajaran Harian KBSR
Matapelajaran : Pendidikan Seni VisualKelas/ Tahap : Tahap 1 ( 3 cemerlang)Tarikh : 6.9.2012Masa : 60 minitBil. Murid : 36 orangBidang Kegiatan : Menggambar Tajuk : Lukisan (hidupan laut)
Hasil Pembelajaran : ( Rujuk HSP Tahun 3 PSV)Aras 1:
I. Menggambar dengan menggunakan bahan dan teknik yang sesuai.
Aras 2:1 Memilih bahan yang sesuai untuk menghasilkan gambar.
Aras 3:1. Menghasilkan gambar dengan menggunakan bahan dan teknik yang sesuai
dengan kreatif.2. Membuat penyataan tentang hasil kerja sendiri dan rakan-rakan.
108
PSV3105 PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN SENI VISUAL
Objektif : Pada akhir pengajaran murid dapat:1. Menghasilkan lukisan dengan media yang sesuai.2. Mengaplikasikan asas seni reka dalam penghasilan lukisan.3. Dapat mewarna karya lukisan dengan kreatif.4. Menghasilkan karya dengan kemas dan teliti.5. Dapat membuat penyataan tentang hasil karya sendiri dan rakan.
Pengetahuan sedia ada murid: 1. Murid pernah melihat hidupan air .2. Murid pernah menghasilkan lukisan.
Nilai Murni : Bekerjasama, tekun dan teliti.Bahan : Kertas gambar hidupan laut, pensil warna.Kemahiran Berfikir : Kemahiran belajar dan Kemahiran berfikir Secara Kreatif dan Kritis.Strategi Pembelajaran : konstruktivisme, kecerdasan pelbagai dan konstektual.Bahan Bantu Mengajar (BBM) : Gambar hidupan laut, Lagu ikan, ABM Tentang jalinan, Carta alir proses, gambar contoh-contoh karya.
Peringkat Penyampaian
Langkah Pengajaran/
Masa
Perkembangan Isi pelajaran Aktiviti P&P Strategi/Gambarajah/Nilai/ Catatan
Set Induksi (5 minit)
Lirik laguIkan kekek mak iloi-iloi, Ikan gelama mak ilai-ilaiNanti adik mak iloi-iloi. Pulang sama mak ialai-ilaiAda satu si ikan parang Badannya panjang berbelang-belangIsinya putih banyak tulang Sedap dimakan kalau masak pindang.
Guru menyanyikan lagu ikan dan murid mendengar
Murid mengikut guru menyanyikan lagu ikan.
Kecerdasan pelbagai
Perkembangan:Langkah 1(10 minit)
Gambar hidupan air
Gambar jalinan
Guru menunjukkan gambar hidupan air.
Murid mendengar penerangan guru dengan teliti.
Guru bersoal jawab dengan murid tentang hidupan air dan jalinan yang terdapat pada badan hidupan air yang ditunjukkan
Guru menerangkan tentang jalinan.
Konstektual
Bekerjasama, tekun dan teliti.
109
PSV3105 PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN SENI VISUAL
Langkah 2(10 minit)
Bahan : Kertas gambar hidupan laut dan pensil warna
Proses Penghasilan
1.Sediakan kertas bercetak bergambar hidupan laut.
2.Warnakan dan buat jalinan pada lukisan.
Guru memberitahu murid tentang tajuk dan aktiviti pelajaran iaitu menghasilkan lukisan hidupan laut.
Guru menerangkan tentang alat dan bahan untuk menghasilkan lukisan.
Guru menunjukkan carta alir cara-cara menghasilkan lukisan.
Guru menunjukkan contoh-contoh lukisan yang telah siap.
Murid bersoal jawab dengan guru tentang cara-cara membuat lukisan.
Belajar Cara Belajar
Bekerjasama, tekun dan teliti..
Kemuncak:Langkah 3(25 minit)
3.Warnakan dan buat jalinan sehingga penuh dan siap.
Guru mengarahkan murid menghasilkan karya lukisan.
Murid mewarna gambar hidupan laut dengan melukis pelbagai jalinan mengikut kreativiti.
Konstruktivisme.
Kemahiran belajar.
Bekerjasama, tekun dan teliti.
Penutup
Penilaian Hasil Pembelajaran :Apresiasi dan refleksi :(10 minit)
SoalanApakah yang kamu faham tentang lukisan? Lukisan menggunakan media kering.
Apakah aktiviti menggambar yang telah kamu laksanakan?Mewarna dan menghasilkan jalinan pada permukaan badan hidupan laut.
Guru membuat sesi penilaian dengan memilih beberapa karya murid.
Guru memilih 3 orang murid untuk membuat sesi apresiasi.
Guru mengajukan beberapa soalan kepada murid.
Guru merumuskan isi pembelajaran pada hari tersebut.
Kemahiran berfikir Secara Kreatif dan Kritis.
Catatan Refleksi :
Contoh Rancangan Pengajaran Harian KSSR
110
PSV3105 PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN SENI VISUAL
Minggu : Hari : Tarikh:
Kelas/Masa/
MatapelajaranPerkara
Impak/catatan
Tahun : 2 cemerlang
Bidang : Membentuk dan membuat binaan Bahan Bantu Belajar:Lirik lagu haiwan, gambar haiwan, gambar jenis-jenis boneka, gambar carta alir boneka.
Masa : 9.00- 10.00 pg
Tema dan tajuk : Boneka (haiwan) Alat dan bahan : Kertas bergambar haiwan, pensil warna, kayu chopstick dan masking tape.
DSV 1.1 Persepsi estetik
1.2 Aplikasi seni
1.3 Ekspresi Kreatif
1.4 Aprisiasi seni
Standard 1.1.1 Unsur seni 1.2.1 Media-Media kering
1.3.1 Murid mengenal pasti tentang jalinan dan jenisnya.
1.4.1 Murid mempamerkan hasil karya
Kandungan : 1.1.1 Jalinan 1.2.2 Alat -kaya chopstick
1.3.2 Murid menggunakan jalinan untuk menghasilkan boneka haiwan.
1.4.2 Murid membuat tentang penyataan hasil kerja sendiri dan rakan.
Refleksi
1.1.2 warna 1.2.3 Bahan- Kertas bergambar haiwan, pensil warna, masking tape.
1.1.3
Objektif Di akhir pengajaran murid dapat :
Pembelajaran :
1. Memahami maksud jalinan dan jenis-jenis jalinan.
2. Mewarna dan menghasilkan boneka lidi (haiwan)
3. Menghasilkan boneka lidi haiwan dengan kemas dan teliti.
4. Menghasilkan boneka lidi yang menarik mengikut kreativiti
Aktiviti P&P : 1. Guru memaparkan lirik lagu haiwan dan murid menyanyikan lagu
111
PSV3105 PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN SENI VISUAL
bunga indah.
2. Guru menunjukkan gambar haiwan dan bersol jawab dengan murid.
3. menerangkan tentang jalinan dan jenis-jenis jalinan.
4. Guru menunjukkan contoh gambar jenis-jenis boneka.
5. Guru menunjukkan carta alir penghasilan boneka lidi.
6. Murid menghasilkan karya boneka lidi.
7. Murid mempamerkan dan menceritakan tentang karya yang dihasilkan.
EMK : Kreativiti dan keusahawanan.
Penilaian P&P :
Proses penghasilan karya sepanjang aktiviti berdasarkan empat Standart Kandungan.
STANDARD PEMBELAJARAN ILUSTRI AKTIVITI
Persepsi estetik(10 minit)
Guru menunjukkan lirik lagu haiwan kepada murid dan murid menyanyikan lagu haiwan.
Guru bersoal jawab dengan murid tentang lirik haiwan yang ditunjukkan .
(EK 1: Membina jaringan sosial)
Aplikasi seni(10 minit)
Guru menunjukkan gambar haiwan kepada murid.
Guru bersoal jawab dengan murid tentang haiwan.
Guru menunjukkan contoh gambar unsur seni jalinan kepada murid.
Guru menerangkan tentang jalinan dan jenis-jenis jalinan.
Guru bersoal jawab dengan murid tentang unsur seni jalinan.
Guru menunjukkan contoh jenis-jenis boneka. Guru menerangkan boneka dan teknik
penghasilan boneka pada murid. Guru menunjukkan carta alir menghasilkan
boneka lidi kepada murid-murid.
LIRIK LAGU –HAIWAN
Ibu ayam dikejar musangAnak ayam cari ibunyaIbu ayam berlari terus lari dan ditangkap musang.Anak ayam mencari terus cari ibunya yang hilang
Oh kasihan (2x)Aduh kasihan
Oh kasihan (2x)Aduh kasihan
GAMBAR HAIWAN
Definisi jalinan : Kesan pada sesuatu permukaan
112
PSV3105 PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN SENI VISUAL
Guru menunjukkan demonstrasi menghasilkan boneka lidi.
Ekspresi kreatif(30 minit)
Murid melakukan aktiviti boneka lidi dengan bimbingan guru.
Langkah 1Menyediakan bahan seperti kertas bergambar haiwan, layu chopstick, masking tape dan juga pensil warna.
Langkah2Murid mewarna boneka lidi dengan meletakkan pelbagai jalinan dan melekatkan boneka pada lidi menggunakan masking tape.
Langkah 3 Murid ulangi langkah 2 sehingga karya siap dihasilkan. (EK 2- Melaksanakan langkah-langkah yang telah disediakan.
Apresiasi seni visual(10 minit)
JENIS-JENIS BONEKA
Boneka lidi
Boneka sarung tangan
Boneka jari
ALAT DAN BAHAN
Gambar haiwan, kayu chopstick, pensil warna, masking tape.
113
PSV3105 PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN SENI VISUAL
Murid mempamerkan hasil kerja boneka lidi. Murid membuat sesi aprisiasi tentang hasil
kerja sendiri dan rakan-rakan.
1.Sediakan alat dan bahan seperti kertas bergambar haiwan, pensil warna, masking tape dan kayu chopstick
2 .Mewarna gambar haiwan sehingga penuh.
3. Lukiskan jalinan pada gambar haiwan.
5. Lekatkan gambar haiwan untuk dijadikan boneka menggunakan masking tape.
Catatan Refleksi
TAJUK 3 Amali - Menghasilkan Karya Menggambar, Membuat Corak dan Rekaan
SINOPSIS
Tajuk ini meliputi penjanaan idea menggambar dan membuat corak dan rekaan tahap
1 dan 2. Tumpuan diberikan kepada aspek alatan, bahan dan, teknik, serta
mengaplikasikannya dalam penghasilan mengikut empat bidang kegiatan. Bagi
melengkapkan diri anda sebagai guru mata pelajaran PSV, anda seharusnya boleh
114
PSV3105 PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN SENI VISUAL
menjelaskan, menghayati, mengaplikasi, melaksanakan dan membuat refleksi tentang
penghasilan karya bidang Menggambar serta Membuat Corak dan Rekaan dengan
merujuk kepada sukatan, huraian, buku-buku dan internet serta pengalaman tokoh-
tokoh guru.
HASIL PEMBELAJARAN:
17. Membanding beza pelbagai jenis aktiviti dalam empat bidang
kegiatan iaitu Menggambar, Membuat Corak dan Rekaan, Membentuk dan
Membuat Binaan serta Mengenal Kraf Tradisional.
18. Menjana idea dengan menggunakan pelbagai alat, bahan, dan teknik serta
mengaplikasikannya dalam penghasilan mengikut empat bidang kegiatan.
19. Melaksanakan aktiviti penerokaan dan eksperimen untuk meningkatkan
pengamatan dan pertimbangan estetik untuk pengajaran dan pembelajaran
setiap bidang kegiatan.
20. Mengaplikasi asas Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) melalui perisian-
perisian dalam proses penghasilan karya.
21. Merancang aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran setiap bidang kegiatan.
22. Menjalankan sesi apresiasi secara mudah.
KERANGKA TAJUK-TAJUK
115
Menghasilkan karya Menggambar, Membuat Corak dan Rekaan
Mengaplikasi pelbagai alat, bahan dan media dalam
menghasilkan karyaBertindakbalas dengan
visual melalui pelbagai cara untuk membuat apresiasi
PSV3105 PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN SENI VISUAL
KANDUNGAN ISI
2.1 Mengaplikasi Pelbagai Alat, Bahan dan Media dalam Menghasilkan Karya
Cuba anda baca keterangan berikut dan cuba fahamkan
aplikasi alatan dan bahan yang betul dan tepat?
Menggambar
Alat dan Bahan dalam Aktiviti Teknik Gurisan
Kertas lukisan
Alat jangka lukis / pisau / jarum dan lain-lain yang difikirkan sesuai untuk
kerja-kerja mengguris atau mengikis
Krayon atau pastel minyak (pastel jenis kapur tidak sesuai digunakan)
Alat dan Bahan dalam Aktiviti Teknik Lukisan
116
PSV3105 PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN SENI VISUAL
Alat dan Bahan dalam Aktiviti Teknik Catan
Bahan Bahantara Penguat Sifat-sifat
Warna poster
Air Pengilat larut air Bersifat legap dan tebal Cepat kering Boleh lutsinar tetapi tidak seperti cat air Sesuai di permukaan kertas
Warna air
Air Gam arab Bersifat lutsinar, lembut Bersifat tebal sekiranya disapu
berlapis-lapis Sesuai di permukaan kertas
Cat akrilik
Air/minyak Plastik cecair warna putih
Bersifat lutsinar dan legap Cepat kering Kesan seperti cat air dan cat minyak Kalis air dan minyak
117
PSV3105 PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN SENI VISUAL
Dihasilkan di permukaan kanvasCat minyak
Turpentine Minyak linsid Bersifat legap dan tebal Lambat kering Hanya sesuai untuk permukaan
kanvasCat tempera
Air Kuning telur Bersifat lutsinar tetapi tidak seperti cat air
Sesuai di permukaan kanvas dan kertas
Cat gouache
Air Gam arab Bersifat lutsinar dan legap Cepat kering Sesuai di permukaan kertas
Fresco Kapur plaster
Air atau air kapur
Bancuhan pewarna dan air disapukan ke atas lapisan kapur plaster yang masih lembap
Ia sesuai untuk menghasilkan catan dinding atau mural
Alat dan Bahan dalam Aktiviti Teknik Gosokan
Pelbagai jenis pensil (jenis lembut dan keras), pensel yang berasaskan
lilin dan pelbagai jenis pensel warna yang terdapat di pasaran. Pensel dan
pensel warna akan memberikan kesan yang halus. Kesan ‘graphite’ pada
mata pensel jenis lembut adalah paling sesuai tetapi cepat rosak.
Kapur dan pastel yang pelbagai warna. Jalinan yang dihasilkan tidak akan
kekal lama kerana kapur dan pastel adalah bahan kering dan rapuh.
Penyembur pemati warna atau fixatif perlu digunakan untuk melindungi kesan
jalinan daripada rosak.
Pelbagai jenis warna krayon. Memberikan kesan gosokkan yang tebal dan
nyata. Penggunaan krayon digosok secara sisi atau dibaringkan akan
menghasilkan kesan jalinan yang lebih baik daripada menggunakan mata
krayon.
Arang atau pensil arang. Gosokan yang dihasilkan oleh arang mudah
rosak kerana sifatnya yang berhabuk dan rapuh. ‘Fixative’ atau pemati warna
digunakan ke atas permukaan berjalinan untuk mengukuhkan kesan
jalinannya daripada mudah rosak.
Kertas surat khabar yang belum bercetak, kertas pengalas rak-rak dapur
yang jenis nipis, kertas kartrij, kertas taip dan lain-lain kertas yang
118
PSV3105 PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN SENI VISUAL
bersesuaian. Penggunaan pelbagai jenis kertas yang tidak terlalu tebal adalah
penting untuk memperoleh kesan jalinan yang menarik.
Alat dan Bahan dalam Aktiviti Teknik Montaj
Foto sebenar seperti gambar keluarga, alam semulajadi, haiwan, alam benda
Gambar atau ilustrasi dari majalah/surat khabar seperti figura, landskap dan
tumbuh-tumbuhan
Gunting, pisau pemotong kertas, pelbagai jenis gam
Warna basah seperti cat tempera, cat air, cat poster, dakwat dan berus lukisan
Gambar atau imej yang telah diimbas dengan menggunakan pengimbas
Bahan-bahan terbuang seperti gambar-gambar lama, cawan dan pinggan kertas,
imej kartun dari majalah, poster dan lain-lain bahan yang berkaitan
Pelbagai jenis tiket seperti tiket bas, tiket tol, tiket teksi, tiket pawagam dan lain-
lain.
Alat dan Bahan dalam Aktiviti Teknik Resis
Bahan yang berasaskan lilin seperti lilin biasa, lilin paraffin, krayon dan pastel
Pelbagai jenis kertas seperti kertas lukisan, kertas tebal, kertas kadbod, kertas
kad manila
Pelbagai jenis tekstil seperti kain putih seperti kain cotton poplin, cotton
cambrich, rayon/fuji, cotton lawn kima
Jenis-jenis pensel untuk membuat lakaran, kapur tulis, bekas air, pemadam
Jenis-jenis warna seperti cat air, cat poster, tempera,cat emulsi dan lain-lain
warna yang bersaskan air
Pelbagai jenis dakwat basah
Alat dan Bahan dalam Aktiviti Teknik Mozek
Pelbagai jenis kertas seperti kadbod, kertas lukisan, kertas menaip, kertas nota,
kertas surat khabar dan kertas binaan (construction paper).
Pelbagai jenis pelekat seperti gam biasa, gam putih, gam kayu dan gam simen.
119
PSV3105 PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN SENI VISUAL
Bekas untuk menyimpan carikan kertas, kadbod, syiling dan bijirin.
Playar, pembaris dan ‘clear spray’
Bahan semula jadi seperti bunga-bunga kering, pelbagai daun kering dan rumput
Pelbagai jenis biji-bijian atau objek semula jadi.
Pewarna makanan
Pensel, pen dan tali
Pelbagai jenis warna, kertas majalah berwarna dan gambar-gambar berwarna.
Alat dan Bahan dalam Teknik Cetakan
Kertas lukisan
Kentang, warna air dan kertas, gunting, pisau, berus dan span
Alat dan Bahan dalam Aktiviti Teknik Foto, Animasi, Gambar 3 Dimensi dan Ilusi
Visual
Pelbagai jenis kamera DSLR, kamera video dan kamera digital.
Perisian komputer seperti ‘Adobe Photoshop’, ‘Publisher’, ‘Painter’, ‘Corel
Draw’ dan sebagainya.
Membuat Corak dan Rekaan
Alat dan Bahan dalam Aktiviti Teknik Percikan dan Renjisan
Berus lukisan yang pelbagai jenis,saiz dan bentuk
Berus gigi dan berus sental
Pelbagai jenis berus cat dari permukaan lembut ke permukaan keras
Penggelek cetakan yang pelbagai saiz
Pelbagai jenis cat air, cat poster, akrilik, tempera, cat minyak, cat kilat/ ’gloss
paint’, cat emulsi, cat plaka / mural, dakwat dan sebagainya
120
PSV3105 PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN SENI VISUAL
Kertas yang pelbagai jenis seperti kertas lukisan, kertas taip, kadbod, manila
kad, kertas stensil termasuk di atas permukaan papan lapis, dinding dan lain-lain
permukaan yang sesuai
Warna semburan / ‘Spray Can’, pistol semburan, peralatan ‘Air Brush’
Pisau, pita pelekat, kain buruk, surat khabar, gam dan sebagainya.
Pelbagai jenis tumbuh-tumbuhan kering, corak figura, bentuk-bentuk dari alam
benda boleh digunakan untuk menghasilkan gambar dalam aktiviti percikan
Alat dan Bahan dalam Aktiviti Teknik Corak Ikat Dan Celup
Pewarna kain untuk dibancuh dengan air.
Tali untuk mengikat kain.
Alat Jemur kain.
Seterika panas untuk menggosok kain.
Alat dan Bahan dalam Aktiviti Teknik Corak Pualaman.
Sediakan bahan dan alatan seperti baldi atau besen,
air, sudu, batang berus, ranting,
cat minyak, kertas lukisan, terpentin atau minyak gas.
straw, cat kilat,.
Alat dan Bahan dalam Aktiviti Teknik Corak Tiupan
‘Straw’ untuk menyedut warna air dan tiupkan pada permukaan
kertas.
kertas katrid.
Alat dan Bahan dalam Aktiviti Teknik Corak Titisan Lilin (Resis)
warna dan kertas.
cairan lilin untuk dititiskan ke atas kertas
121
PSV3105 PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN SENI VISUAL
Alat dan Bahan dalam Aktiviti Teknik Corak Ikatan dan celup
Kain atau tisu
warna batik.
Tali untuk mengikatkan tisu atau kain.
Alat dan Bahan dalam Aktiviti Teknik Corak Renjisan dan percikan
Warna air dan kertas warna.
Latihan 1
1. Pelajar menghasilkan sesuatu gambar berdasarkan tajuk yang sama dengan
menggunakan lima teknik yang berbeza
2. Pelajar menghasilkan corak terancang seperti batu bata, blok, berpusat, turun
separa
2.2 Bertindakbalas Dengan Visual Melalui Pelbagai Cara Untuk Membuat
Apresiasi
Bagaimanakah anda bertindakbalas terhadap penghayatan
karya seni visual?
Terdapat berbagai cadangan oleh beberapa pakar Pendidikan Seni mengenai
proses apresiasi. Feldman (1967) dan Smith (1967) mencadangkan aktiviti-aktiviti
aprisiasi seni, berasaskan kepada proses persepsi dan intelektual melalui empat tahap:
Jenis Tahap Penerangan
Menggambarkan (‘description’)
Mengamati hasil seni dan menggambarkan sifat-sifat tampak seperti warna, garisan, bentuk, rupa,
122
PSV3105 PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN SENI VISUAL
jalinan dan elemen-elemen gubahan iaitu prinsip dan struktur.
Menganalisa (‘analysis’)
Menganalisa perhubungan sifat-sifat tampak seperti unsur-unsur seni, prinsip dan struktur.
Menganalisa kualiti ekspresif seperti mood dan suasana
Menghuraikan stail sesuatu karya.
Tafsiran (‘interpretation’)
Mencari makna-makna yang terdapat pada sifat-sifat tampak seperti subjek, simbol, unsur-unsur seni, prinsip, struktur corak dan bahan.
Mencari metafora-metafora (ibarat /kiasan) dan analogi-analogi(persamaan) untuk menjelaskan makna tersebut.
Penilaian (‘evaluation’)
Membuat penilaian berdasarkan kepada kriteria yang bersesuaian seperti keaslian, gubahan, teknik dan fungsi.
Menilai hasil seni berdasarkan kepada pengertiannya (‘significance’) dari segi individu, sosial, keagamaan dan kepercayaan, sejarah serta kesenian nya.
123
PSV3105 PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN SENI VISUAL
Contoh penggunaan alatan dan bahan bagi aktiviti cetakan timbul lino / kayu di atas.
Lino atau kayu diukir dengan pisau pengukir untuk mendapatkan gambar.
Terdapat berbagai jenis pisau pengukir seperti pisau jenis rata, pisau jenis v,
pisau jenis u, dan pisau jenis sendeng.
Dakwat digelek pada kepingan kayu atau lino dengan menggunakan penggelek.
Terdapat berbagai jenis dakwat cetak dipasaran. Untuk mendapatkan hasil
karya yang bermutu perlu menggunakan dakwat yang berkualiti.
Cetakan dilakukan ke atas kertas yang sesuai seperti kertas beras.
Kertas yang sesuai tidak terlalu nipis atau kertas jenis tebal.
Spatula digunakan untuk menekan dan meratakan kertas kepada lino atau kayu.
Bagi menjaga kebersihan semasa bekerja kertas akhbar perlu digunakan
sebagai lapik.
124
PSV3105 PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN SENI VISUAL
Turpentin digunakan untuk mencuci peralatan. Boleh juga menggunakan minyak
tanah.
Aspek Asas Seni Reka / terminologi
- Garisan - Garisan tebal, tipis, putus-putus dan lain-lain lagi.
- Rupa – rupa
- Warna – ton warna ( hitam dan putih )
- jalinan – kesan jalinan tampak
- ruang – penggunaan perspektif dan komposisi
- Kepelbagaian - kombinasi pelbagai gagasan, nilai dan persembahan.
- Kesatuan – menimbulkan tema dan keseragaman.
- Kontra – ciri-ciri berlawanan.
- Imbangan – agihan ruang dari segi kedudukan.
- Penegasan – menarik perhatian pemerhati.
- Pergerakan –menggunakan garisan dan jalinan.
125
Contoh aplikasi apresiasi bagi aktiviti cetakan timbul lino / kayu di atas.
Aspek tema
- Tema – Alam semulajadi, alam sekeliling, perkampungan
- Tajuk cetakan – Pemandangan di Kampung.
- Imej perkampungan
- Konteks budaya
Aspek nilai
- Nilai budaya Melayu.
- Mencintai alam sekitar
- Perasaan damai dan tenang
- Nilai cetakan secara keseluruhan
PSV3105 PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN SENI VISUAL
Latihan 2
Senaraikan aras-aras dalam mengesan kemahiran murid terhadap keupayaannya
memahami, mentafsir, dan menterjemah karya dari aspek konsep dan prinsip, item-item
penilaian yang betul.
126
PSV3105 PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN SENI VISUAL
TAJUK 4 Amali - Menghasilkan Karya Membentuk dan Membuat Binaan serta Kraf Tradisional
SINOPSIS
Tajuk ini meliputi penjanaan idea Membentuk dan Membuat Binaan serta Kraf
Tradisional tahap 1 dan 2. Tumpuan diberikan kepada aspek alatan, bahan dan, teknik,
serta mengaplikasikannya dalam penghasilan mengikut empat bidang kegiatan. Bagi
melengkapkan diri anda sebagai guru mata pelajaran PSV, anda seharusnya boleh
menjelaskan, menghayati, mengaplikasi, melaksanakan dan membuat refleksi tentang
penghasilan karya bidang Membentuk dan Membuat Binaan serta Kraf Tradisional
dengan merujuk kepada sukatan, huraian, buku-buku dan internet serta pengalaman
tokoh-tokoh seni visual serta pandai tukang.
HASIL PEMBELAJARAN:
23. Membanding beza pelbagai jenis aktiviti dalam empat bidang
kegiatan iaitu Menggambar, Membuat Corak dan Rekaan, Membentuk dan
Membuat Binaan serta Mengenal Kraf Tradisional.
24. Menjana idea dengan menggunakan pelbagai alat, bahan, dan teknik serta
mengaplikasikannya dalam penghasilan mengikut empat bidang kegiatan.
25. Melaksanakan aktiviti penerokaan dan eksperimen untuk meningkatkan
pengamatan dan pertimbangan estetik untuk pengajaran dan pembelajaran
setiap bidang kegiatan.
26. Mengaplikasi asas Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) melalui perisian-
perisian dalam proses penghasilan karya.
27. Merancang aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran setiap bidang kegiatan.
28. Menjalankan sesi apresiasi secara mudah.
KERANGKA TAJUK-TAJUK
127
Menghasilkan karya Membentuk dan Membuat Binaan serta Kraf Tradisional
PSV3105 PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN SENI VISUAL
KANDUNGAN ISI
2.1 Mengaplikasi Pelbagai Alat, Bahan dan Media Dalam Menghasilkan Karya
Adakah sumber pengajaran didapati kurang penting dalam
membantu pengajaran?
Membentuk dan Membuat Binaan
Terdapat pelbagai jenis alat dan bahan yang boleh digunakan di dalam bidang
membentuk dan membuat binaan berdasarkan jenis-jenis aktiviti seperti yang
dinyatakan dalam Sukatan Pelajaran Pendidikan Seni Visual Sekolah Rendah.
Bil. Jenis Aktiviti
Alat dan Bahan
1. Arca
Timbul
Alat
- Pahat
- Penukul
- Alat pengukir
- Pengikis
- Kikir Pari
- Kertas Pasir
Bahan
- Kepingan kayu
- Plaster of Paris
- Batu
- Kayu
- Plastik
- Kertas lumat
- Papier Macheir
128
Mengaplikasi pelbagai alat, bahan dan media dalam
menghasilkan karyaBertindakbalas dengan
visual melalui pelbagai cara untuk membuat apresiasi
PSV3105 PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN SENI VISUAL
- Tanah Liat
2. Asemblaj
Alat
- Playar
- Gunting dawai/zink
- Ragum
- Alat pengimpal
- Pemotong besi
- Tukul besi
Bahan
- Kayu
- Logam
- Batu
- Simen
- Bongkah-bongkah
- “Spare-part” kenderaan
- Bahan Kutipan
- Besi
- Roda dan sebagainya
3. Mobail
Alat
- Playar
- Gunting dawai/zink
- Ragum
- Alat pengimpal
- Pemotong besi
- Tukul besi
Bahan
- Besi
- Dawai
- Kertas
- Tali temali
- Kepingan Logam
- Kad bod.
- Aluminium
- Fiber glass
4. Stabail
Alat
- Playar pemotong
- Gunting Dawai
- Gergaji besi/kayu
- Bahan pelekat
- Pisau pemotong
- Gerudi elektrik
Bahan
- Simen
- kepingan logam
- Plastik
- “Spare-parts” kenderaan
- Besi
- Logam
- Papan dan sebagainya
5. Model Alat
- Gam serbaguna
- Pisau/Gunting
- Warna
- Kertas pasir
Bahan
- Mounting board
- Polystrin
- Kertas warna
- Span bunga
129
PSV3105 PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN SENI VISUAL
, - Simen harder
6. Diorama
Alat
- Playar
- Gunting dawai/zink
- Ragum
- Pisau NT
- Gunting,
- Sesiku L,
- Pembaris keluli
- Tukul besi
- Gerudi elektrik
Bahan
- Aluminium
- Cermin/kaca
- Kertas tebal
- Kepingan tembaga/zink/timah
- Dawai
- Kepingan plastik/Perspek
- Fiber glass
- Karangan laut
- Tanah liat/plastesin
7. Boneka
Alat
- Pisau
- Tali
- Gunting
- Gam
Bahan
- Kertas warna
- Pollistirena
- Penutup botol gabus
8. Topeng
Alat
- Gergaji
- Pensil
- Pahat pelbagai jenis
- Pengetuk kayu
- Tukul
- Kapak
- Gerudi pelbagai jenis
- Pisau
- Berus lukisan pelbagai jenis
Bahan
- Kayu
- Kulit lembu/kambing/ kerbau
- Kertas tebal
- Tanah liat
- Warna batik
- Warna-warna tradisional
- Permata untuk hiasan
- Benang bulu
- Perada
9. Origami
- Kertas washi
- Kertas kerajang
- Kertas sepasang
Mengenal Kraf Tradisional
130
PSV3105 PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN SENI VISUAL
Alatan dan bahan yang digunakan untuk menghasilkan wau.
‘Mounting board’ – untuk menghasilkan badan wau.
Kertas warna – untuk membuat corak pada wau.
Tali raffia atau benang warna – untuk membuat rambu.
Gam – untuk menampal corak pada mounting board.
Bahan hiasan – manik, benang emas, labuci.
Pen metalik – untuk melakar kesan garisan dan jalinan khas
Contoh-contoh gambar wau.
Ragamhias, ruang, aplikasi warna dan prinsip rekaan yang relevan.
Menghasilkan aplikasi terhadap penemuan bahan baru seperti media campuran
seperti buluh digantikan dengan straw board, tali tangsi diganti dengan bahan
benang dan penggunaan bahan yang sesuai dan mencabar.
Alatan dan bahan yang digunakan untuk menghasilkan pelbagai jenis tembikar.
Tanah liat.
Tanah liat cair sebagai perekat.
Pisau untuk memotongkan tanah liat mengikut bentuk dan saiz yang
dikehendaki.
Alat pengukir atau penerap untuk membuat ragam hias atau menebuk bahagian
yang hendak ditebuk.
Mesin putaran
Dawai digunakan untuk mengeluarkan produk dari mesin.
Acuan tembikar daripada ’plaster of paris’
Kepingan papan untuk pelapik.
Tanur untuk membakar tembikar sehingga betul-betul kering.
131
PSV3105 PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN SENI VISUAL
Latihan 1
1. Secara individu menghasilkan satu binaan menggunakan bahan seperti kotak,
plastersin, botol, tin.
2. Mengumpul maklumat serta gambar kraf tradisional seperti ukiran, anyaman,
tembikar, batik, tekat dan sulaman.
3. Menghasilkan motif kraf tradisional seperti kraf anyaman, kraf batik, dan kraf
tenunan.
2.2 Bertindakbalas Dengan Visual Melalui Pelbagai Cara Untuk Membuat
Apresiasi
Adakah anda faham tentang tindakbalas bahasa seni visual dalam
sesi apresiasi?
Sesuatu produk bidang Membentuk dan Membuat Binaan dikatakan cemerlang semasa
membuat apresiasi adalah mempunyai ciri-ciri yang berikut:
Produk menepati tema dan tajuk.
Bahan yang digunakan sesuai dan relevan dengan keadaan semasa dan boleh
diperolehi dengan mudah serta kos yang rendah.
Produk yang dihasilkan perlu diberi penekanan dari aspek ketahanan dan
keselamatan.
Konsep kepelbagaian bahan dapat diadun dengan baik, membentuk suatu
gubahan yang menarik serta dapat memberi penjelasan yang tepat.
132
PSV3105 PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN SENI VISUAL
Mempunyai daya tarikan semasa dipamerkan kerana mempunyai sifat ketulenan
dari segi penghasilan.
Memenuhi prinsip-prinsip rekaan seperti pergerakan, kontra, warna, imbangan
dan kesatuan yang menarik.
Aspek-aspek penting dalam apresiasi pengajaran dan pengajaran Mengenal kraf
Tradisional.
Kefahaman konsep
Pendedahan kepada pelbagai jenis kraf tradisional dan pengunaannya.
Memahami proses penghasilan kraf tradisional.
Memahami peralatan dan kesuaiaian bahan proses penghasilan.
Memahami pelbagai teknik dalam proses penghasilan.
Proses penghasilan
Meningkatkan kemahiran dalam aktiviti membuat kraf tradisional.
Menjelaskan setiap prosidur melalui tunjukcara.
Menyedarkan prosidur yang betul dalam proses menghasilkan karya kraf
tradisional.
Nilai estetik
Menyedarkan pelbagai jenis bahan terpakai boleh dijadikan hasil seni yang
kreatif.
Menyedarkan pelbagai unsure tampak/visual seperti warna, jalinan, corak yang
memberi nilai kepada hasil karya.
Penerapkan nilai dapat dilakukan melalui aktiviti membentuk.
Latihan 2
133
PSV3105 PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN SENI VISUAL
1. Mempamerkan semua hasil karya keempat-empat bidang kegiatan dan
melaksanakan sesi apresiasi bersama pensyarah.
2. Penggunaan teknik sumbangsaran dalam sesi apresiasi hasil kerja murid,
134
top related