mesra & kabb gemas 2015 - ucapan aluan kp.pdf
Post on 12-Jan-2017
268 Views
Preview:
TRANSCRIPT
1
TEKS UCAPAN ALUAN YBHG. DATO’ HAJI RAIHAN BIN SHARIF, KETUA PENGARAH ADUAN BIRO PENGADUAN AWAM, JABATAN PERDANA MENTERI
Terima kasih,
Saudara Pengacara Majlis;
Yang Berbahagia.
Dato’ Johani Bin Hassan
Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan;
Yang Berusaha,
Tuan Haji Mohamed Roduan Bin Ujang
Pegawai Daerah Tampin;
Yang Dihormati,
Ketua-ketua Jabatan peringkat Persekutuan, Negeri dan Daerah;
Dif-dif jemputan,
Pengerusi serta Ahli-ahli Jawatankuasa dan Keselamatan Kampung (JKKK)
Pemimpin-pemimpin Masyarakat, Ketua-ketua Pertubuhan Bukan Kerajaan yang
saya hormati sekalian.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh
Selamat Pagi dan Salam 1Malaysia
Alhamdulillah syukur kita ke hadrat Allah SWT, atas limpah kurnia-Nya yang
mengizinkan kita berhimpun di dalam program MESRA dan KABB pada pagi yang
berbahagia ini.
2
Terlebih dahulu saya bagi pihak BPA ingin merakamkan ucapan terima kasih serta
mengalu-alukan kehadiran Ybhg. Dato’ Johani Bin Hassan, Timbalan Setiausaha
Kerajaan Negeri Sembilan; kerana dapat meluangkan masa bersama-sama kita
bagi merasmi dan mempengerusikan sesi dialog sempena Program MESRA Rakyat
Daerah Tampin pada pagi ini. Semoga kehadiran YB Dato’ akan menambah seri
program ini.
Tidak lupa juga kepada ketua-ketua jabatan, pegawai-pegawai kerajaan, pemimpin-
pemimpin masyarakat dan semua agensi yang turut mengambil bahagian dalam
program MESRA dan KABB kali ini. Kehadiran tuan-tuan dan puan-puan pada hari
ini, mencerminkan kesungguhan dan komitmen yang padu, serta semangat
berpasukan untuk sama-sama berganding bahu dengan Biro Pengaduan Awam
dalam merealisasikan transformasi positif dalam penyampaian perkhidmatan
Kerajaan seiring dengan slogan “Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan”.
Hadirin yang saya hormati,
Selaras dengan Gagasan 1Malaysia, Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan
dan Program Transformasi Kerajaan (GTP), pengurusan aduan wajar diberikan
keutamaan dalam usaha menambahbaik perkhidmatan awam dan sistem
penyampaian secara keseluruhan. Mesyuarat Jemaah Menteri pada 19 Jun 2013
telah menetapkan bahawa Biro Pengaduan Awam (BPA) akan berperanan sebagai
badan pemantau, manakala aduan yang diterima hendaklah disalurkan terus kepada
agensi yang berkenaan untuk tindakan penyelesaian.
3
Hadirin yang dihormati sekalian,
Untuk makluman, Program MESRA ini telah dilaksanakan oleh BPA semenjak tahun
2002 lagi. Pada tahun ini Program MESRA dan Program Kaunter Bergerak
Bersepadu (KABB) telah digabungkan. Ini merupakan satu usaha yang baik kerana
dapat memastikan perbelanjaan berhemah di samping mengoptimumkan sumber-
sumber yang ada. Program MESRA Rakyat dan Kaunter Aduan Bergerak Bersepadu
(KABB) ini merupakan program-program pendekatan secara proaktif BPA bersama
masyarakat umum dengan kerjasama agensi sektor awam. Melalui program-program
seumpama ini masyarakat berpeluang mendapatkan perkhidmatan agensi dan juga
mengemukakan aduan, pertanyaan serta cadangan secara bersemuka.
Program MESRA dan KABB yang diadakan hari ini adalah program terbaik untuk
rakyat menyalurkan aduan dan mendapatkan perkhidmatan daripada agensi
kerajaan. Justeru saya harap agar tuan/puan yang hadir hari ini dapat menggunakan
peluang untuk mendapatkan maklum balas segera secara terbuka daripada barisan
ahli panel dan pegawai-pegawai kerajaan yang hadir.
Kepada 30 agensi yang terlibat, tahniah saya ucapkan kerana ini merupakan
peluang terbaik untuk mendekati orang ramai dan cuba memahami dan mendalami
masalah yang dihadapi mereka secara lebih dekat lagi. Saya percaya, dengan
adanya program seumpama ini, kita bukan sahaja boleh menyelesaikan masalah
malah boleh memberi cadangan dan khidmat nasihat secara terus kepada orang
awam melalui program turun padang seperti ini.
Tuan-tuan dan Puan-puan yang dihormati sekalian,
4
Perubahan persekitaran dan kemajuan pesat sektor ICT, secara tidak langsung
telah mempengaruhi landskap pemikiran masyarakat. Hari ini, orang ramai
inginkan perkhidmatan sektor awam yang lebih responsif, mesra pelanggan,
melayani pelanggan secara sama rata, menepati piagam pelanggan dan telus.
Sebagai penjawat awam, kita perlu mempersiapkan diri dengan kemahiran dan
ilmu baru, mengubah cara bekerja serta mempelbagaikan penambahbaikan
untuk mendepani cabaran yang akan datang. Biarlah usaha yang dijalankan hari
ini adalah lebih baik dari semalam dan esok lebih baik dari hari ini.
Di dekad mutakhir ini, kita selaku penjawat awam tidak diberi banyak pilihan selain
mempersiapkan diri dengan pelbagai kemahiran dan pengetahuan dalam
menguruskan aduan awam. Kita tidak harus menganggap aduan itu sebagai “berita
buruk” tetapi sebagai ‘hadiah’ daripada pelanggan. Aduan perlu dilihat dari sudut
pandangan yang positif yang mana maklumat dalam aduan awam itu boleh menjana
inovasi dalam menambah baik sistem penyampaian perkhidmatan awam secara
berterusan. Penekanan kepada aspek kualiti dalam penyampaian perkhidmatan
awam semakin merucing sekiranya pengurusan aduan awam tidak diperkasa. Saya
amat yakin dengan usaha-usaha yang dijalankan pada hari ini dapat memberi impak
yang positif kepada semua masyarakat. Saya juga menyeru agar usaha-usaha
merakyatkan perkhidmatan seumpama ini dapat dianjurkan dengan lebih kerap lagi.
5
Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati,
Untuk makluman hadirin sekalian, bagi tahun 2015 BPA telah menerima 4,785
aduan dan sebanyak 4,371 aduan atau 91.35% telah berjaya diselesaikan. Bagi
Negeri Sembilan, BPA Negeri Melaka/Negeri Sembilan telah menerima 607
aduan dan sebanyak 563 aduan atau 92.75% telah berjaya diselesaikan. Syabas
dan tahniah saya ucapkan kepada BPA Negeri Melaka/Negeri Sembilan atas
pencapaian ini.
Hadirin yang saya muliakan,
Pada kesempatan ini saya menyeru kepada semua agensi yang hadir di majlis ini
untuk saling bekerjasama dan berganding bahu dalam meningkatkan kualiti
perkhidmatan supaya sebarang permasalahan yang dihadapi oleh masyarakat dapat
dijawab dengan sebaiknya hingga mencapai tahap penyelesaian.
Dalam usaha kita ke arah transformasi negara, semua agensi kerajaan diingatkan
sekali lagi bahawa perkhidmatan awam merupakan komponen penting dan
penghubung dalam menterjemahkan visi Kerajaan kepada program-program yang
boleh dilaksanakan.
Kerajaan akan meneruskan Agenda Transformasi Negara yang telah dilaksanakan
sebelum ini, melalui Program Transformasi Kerajaan (GTP), Program Transformasi
Ekonomi (ETP), dan Program Transformasi Sosial. Semua ini akan dijadikan
landasan untuk kita bergerak ke hadapan, demi mencapai Wawasan 2020.
6
Semua agensi kerajaan komited untuk bersama-sama memastikan manfaat daripada
usaha ke arah negara maju ini dinikmati oleh semua lapisan masyarakat.
Sebelum saya akhiri ucapan ini, sekali lagi saya mengucapkan terima kasih dan
penghargaan yang tidak terhingga kepada Ybhg. Dato’ Johani Bin Hassan,
Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan kerana sudi meluangkan masa
merasmikan Program MESRA Rakyat Mersing dan Kaunter Aduan Bergerak
Bersepadu (KABB). Kesungguhan dan kerjasama yang diberikan kepada BPA dalam
menjayakan program ini amat tinggi nilainya.
BPA juga ingin mengambil kesempatan mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan di
atas sokongan, kerjasama dan komitmen penuh yang diberikan oleh pihak Pejabat
Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan, khususnya kepada Pejabat Daerah Tampin
dan Majlis Daerah Tampin serta agensi-agensi yang telah turut serta dalam
memastikan kelancaran perjalanan program ini.
Akhir kata, sekali lagi saya mengucapkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga
kepada semua pihak yang terlibat secara langsung ataupun tidak langsung dalam
menjayakan program ini.
Dengan ini saya dengan penuh rasa hormat dan takzim menjemput dan
mempersilakan Ybhg. Dato’ Johani Bin Hassan, Timbalan Setiausaha Kerajaan
Negeri Sembilan untuk menyampaikan ucapan beliau dan seterusnya merasmikan
Program MESRA dan KABB Daerah Tampin.
7
JUMLAH ADUAN YANG DITERIMA OLEH BIRO PENGADUAN AWAM BAGI TAHUN 2013 - 2015* (SEHINGGA 30 SEPT. 2015)
STATISTIK SALURAN PENERIMAAN ADUAN BAGI BPA MELAKA/ NEGERI SEMBILAN BAGI TAHUN 2013 SEHINGGA 30 SEPT. 2015)
SALURAN 1 JAN 2013 – 31 DIS 2013
1 JAN 2014 – 31 DIS 2014
1 JAN 2015 – 30 SEPT. 2015
Laman Web 463 414 405
Program Proaktif 146 101 35
Surat dan Faks 25 38 27
Hadir Sendiri 44 49 29
Telefon 107 110 62
Borang - - -
1MOCC 1 1 -
Borang KAJ 1 11 2
Emel 30 36 36
MASJA 32 3 5
Laman Sosial - 2 -
SMS - 4 6
Lain-lain 23 4 -
JUMLAH 872 773 607
Bil. Aduan Yang Diterima
Tahun 2013
Tahun 2014
Tahun 2015 * (Sehingga
30 Sept. 2015)
1. Keseluruhan BPA 9,879 7,193 4,785
2. BPA Negeri Melaka / Negeri Sembilan
872 484 607
3. Negeri Sembilan 251 188 145
8
STATISTIK PENERIMAAN ADUAN OLEH BPA MELAKA/NEGERI SEMBILAN BAGI AGENSI/JABATAN DI DAERAH TAMPIN / DAERAH
KECIL GEMAS TAHUN 2013 HINGGA 30 SEPTEMBER 2015
Agensi/Jabatan 1 Jan 2013 – 31 Dis 2013
1 Jan 2014 – 31 Dis 2014
1 Jan 2015– Okt. 2015
Pejabat Daerah Dan Tanah Tampin
3 - -
Majlis Daerah Tampin 13 11 5
Pejabat Daerah Kecil Dan Tanah Gemas
- - -
Jumlah 16 11 5
KES-KES ADUAN YANG DITERIMA BPA MELAKA/NEGERI
TERHADAP AGENSI/JABATAN DAERAH TAMPIN / GEMAS, NEGERI
SEMBILAN BAGI TAHUN 2013 HINGGA 30 SEPTEMBER 2015
KES TAHUN 2013
Bil. NO. KES BUTIRAN KES MAKLUMBALAS
1.
108521 :
Anjing-anjing
liar
berkeliaran di
Taman Indah
Pengadu memaklumkan
sejak kebelakangan ini,
anjing-anjing liar semakin
banyak berkeliaran di
sekitar Taman Clonlee,
Tampin. Sila ambil
tindakan seperti
menangkap anjing-anjing
liar ini. Biasa boleh
kelihatan di kedai-kedai
Taman Clonlee.
Pihak Majlis Daerah telah
membuat siasatan dan
berdasarkan aduan tersebut,
operasi menangkap anjing liar
telah dilakukan dan masih
diteruskan secara berkala.
Untuk makluman, kawasan
yang diadu adalah lokasi
tumpuan bagi menangani
masalah tersebut.
9
2.
114140 :
Masalah Anjing
Pengadu memaklumkan
kehadiran lebih 20 ekor
anjing di taman
perumahan majoriti Melayu
di Taman Gunung Mas
Repah Tampin. Anjing-
anjing dikesan pada awal
pagi hari pertama puasa
dan jelas menimbulkan
keadaan tidak
selesa.keadaan dikhuatiri
bertambah buruk apabila
jemaah akan keluar
menunaikan semayang
terawih pada malam hari.
Diharap dapat ambil
tindakan segera
menangkap atau
membunuh anjing-anjing
liar ini.
Pihak Majlis Daerah
memaklumkan bahawa pihak
Majlis telah menjalankan
operasi bagi menangani
masalah anjing tersebut.
Operasi juga akan dijalankan
dari masa ke semasa bagi
mengatasi masalah anjing
tersebut.
3.
17552 :
Anjing-anjing
liar
berkeliaran di
Taman Indah
Pengadu memaklumkan
sejak kebelakangan ini,
didapati ada lima atau
enam ekor anjing-anjing
liar berkeliaran di kawasan
Taman Indah, Tampin. Di
sini saya ada melampirkan
gambar kawasan anjing-
anjing tersebut biasa
berkeliaran di sebelah
pagi. Harap tindakan
segera boleh diambil.
Pihak Majlis Daerah bahawa
pihak Majlis telah menjalankan
operasi bagi menangani
masalah anjing tersebut.
Pengadu juga dihubungi
semula dan dimaklumkan
bahawa tiada lagi gangguan
anjing liar berkeliaran setakat
ini.
10
KES TAHUN 2014
Bil. NO. KES BUTIRAN KES MAKLUMBALAS
1. PCB.201747 :
Rumah yang
dibeli belum
mendapat Sijil
Menduduki
(CF)
Pengadu memaklumkan bahawa beliau telah membeli rumah di Taman Suria, Tampin, Negeri Sembilan pada tahun 2012. Masalahnya sampai sekarang tidak mendapat sijil menduduki, sedangkan gaji telah ditolak, pengadu tidak sanggup untuk menyewa lagi. Apabila pengadu bertanya pada pemaju pula diberi macam-macam alasan berkaitan masalah untuk kelulusan dari pelbagai jabatan kerajaan. Rumah telah diduduki ramai pembeli. Mohon jasa baik untuk penyelesaian demi
kebajikan pembeli rumah.
Pihak Majlis tidak menerima
sebarang permohonan
daripada Pemaju Perumahan
Bertam Devalopment untuk
mendapatkan Sijil Perakuan
Siap dan Pematuhan (CCC) di
Taman Suria. Sijil Perakuan
Siap dan Pematuhan (CCC)
perlu dimohon oleh Pemaju
Perumahan tersebut terlebih
dahulu sebelum sijil tersebut
dikeluarkan oleh pihak Majlis.
Pihak Majlis mencadangkan
supaya pembeli rumah di
Taman Suria membuat aduan
kepada Kementerian
Kesejahteraan Bandar,
Perumahan & Kerajaan
Tempatan berkaitan perkara ini
untuk tindakan lanjut.
Untuk makluman, BPA telah
memajukan aduan tuan
kepada Kementerian yang
berkaitan. Maklumbalas
selanjutnya akan dikemukakan
setelah maklumbalas
Kementerian diterima kelak.
2.
PCB.202295 : Anjing-anjing liar berkeliaran
Pengadu memaklumkan
bahawa kebelakangan
ini, terdapat beberapa
ekor anjing liar
berkeliaran di kawasan
tempat tinggalnya. Ini
menjejaskan
keselamatan kawasan ini
terutamanya kepada para
pemandu kereta dan
Majlis masih menunggu
kelulusan daripada Ibu Pejabat
Polis bagi kebenaran
penggunaan senjata api untuk
operasi anjing liar dan
sebarang operasi tidak
dibenarkan sebelum kelulusan
diterima.
11
pembonceng motosikal.
Mohon tindakan diambil.
3.
PCB.203163 : Anjing liar berkeliaran di Taman Indah Baru, Tampin (KABBTampin)
Pengadu memaklumkan
bahawa kebelakangan
ini, terdapat beberapa
ekor anjing liar
berkeliaran di kawasan
tempat tinggalnya. Ini
menjejaskan
keselamatan kawasan ini
terutamanya kepada para
pemandu kereta dan
pembonceng motosikal.
Mohon tindakan diambil.
Pihak Majlis memaklumkan
masih menunggu kelulusan
daripada Ibu Pejabat Polis bagi
kebenaran penggunaan
senjata api untuk operasi
anjing liar dan sebarang
operasi tidak dibenarkan
sebelum kelulusan diterima.
4. PCB.203151 :
Pokok di Jalan Persekutuan Jalan 1 berhampiran Hospital Tampin perlu dicantas (KABB Tampin)
Pengadu memaklumkan
bahawa pokok di Jalan
Persekutuan, Jalan 1
berhampiran Hospital
Tampin perlu dicantas.
Minta pihak
bertanggungjawab dapat
membuat cantasan
dahan kerana dikhuatiri
mendatangkan mudarat
kepada orang ramai.
Pihak Jabatan Kerja Raya
Negeri Sembilan
memaklumkan bahawa pokok-
pokok tersebut adalah di
bawah bidangkuasa Majlis
Daerah Tampin. Walau
bagaimanapun, pihak JKR
Tampin telah berhubung
dengan pihak Majlis Daerah
Tampin untuk menjalankan
aktiviti gotong-royong dalam
menjalankan kerja-kerja
pembersihan pokok-pokok
berkenaan secepat mungkin.
12
5.
PCB.203169 :
Anjing liar
berkeliaran di
Taman Desa
Permai Repah,
Tampin (KABB
Tampin)
Pengadu memaklumkan
bahawa terdapat anjing
liar di kawasan taman
perumahan Taman Desa
Permai Repah, Tampin.
Pihak Majlis Daerah
Tampinmemaklumkan bahawa
pihak Majlis masih menunggu
kelulusan daripada Ibu Pejabat
Polis bagi kebenaran
penggunaan senjata api untuk
operasi anjing liar dan
sebarang operasi tidak
dibenarkan sebelum kelulusan
diterima.
6.
PCB.203142 : Lori besi buruk atau barang terpakai sering diambil tanpa kebenaran di Sri Repah
Aduan mengenai lori besi buruk atau barang terpakai sering diambil di sekitar kawasan rumah tanpa kebenaran di sekitar kawasan Sri Repah, Tampin, Negeri Sembilan.
Maklumbalas dari IPD Tampin,
Negeri Sembilan semasa
program KABB Tampin pada
22/5/2014 memaklumkan
bahawa pihaknya akan
memaklumkan perkara ini
kepada Ketua Polis Balai dan
juga cawangan jenayah.
Pengadu telah diberikan
nombor telefon balai dan bilik
gerakan serta risalah.
7. PCB.203142 : Lori besi buruk atau barang terpakai sering diambil tanpa kebenaran di Sri Repah
Aduan mengenai lori besi buruk atau barang terpakai sering diambil di sekitar kawasan rumah tanpa kebenaran di sekitar kawasan Sri Repah, Tampin, Negeri Sembilan.
Maklumbalas dari IPD
Tampin, Negeri Sembilan
semasa program KABB
Tampin pada 22/5/2014
memaklumkan bahawa
pihaknya akan
memaklumkan perkara ini
kepada Ketua Polis Balai
dan juga cawangan
jenayah. Pengadu telah
diberikan nombor telefon
balai dan bilik gerakan
serta risalah.
13
8. PCB.203165 :
Aduan
terhadap
gerai Majlis
Daerah
Tampin di
Felda Sungai
Kelamah
(KABB
Tampin)
Pengadu mohon agar gerai
Majlis Daerah Tampin di Felda
Sungai Kelamah, Tampin dibaiki
atap, tandas dan longkang.
Beliau juga mohon pihak Majlis
dapat menyediakan tong
sampah besar. Lampu di
hadapan gerai tersebut juga
tidak menyala.
Pihak Majlis telah
memohon peruntukan
untuk membaiki gerai
tersebut dan lampu jalan.
Namun, longkang besar
adalah di luar kawasan
operasi pihak Majlis.
Pihak Majlis juga telah
dimaklumkan oleh pihak
PPSPPA mengenai tong
sampah besar dalam
proses untuk diedarkan.
9. PCB.203139 :
Anjing liar berkeliaran (KABB Tampin)
Pengadu memaklumkan
bahawa terdapat anjing liar
berkeliaran di sekitar Tampin
Square terutama di koridor
Tabung Haji
Pihak Majlis Daerah
Tampin memaklumkan
masih menunggu
kelulusan daripada Ibu
Pejabat Polis bagi
kebenaran penggunaan
senjata api untuk operasi
anjing liar dan sebarang
operasi tidak dibenarkan
sebelum kelulusan
diterima.
10. PCB.203164
Rumah
semak samun
dan anjing liar
(KABB
Tampin)
Aduan mengenai rumah telah
dibiarkan sehingga semak
samun dan ada binatang
berbisa di No. 1028, Taman
Desa Permai Repah, Tampin.
Mohon perkara ini dapat diambil
tindakan.
Pihak Majlis Daerah
Tampin melalui surat
bertarikh 10/6/2014
memaklumkan bahawa
satu Notis Kacauganggu
telah dikeluarkan pada
30/5/2014 kepada pemilik
rumah tersebut.
14
11. PCB.203137
Tanah
mendap di
hadapan
pintu masuk
Tabung Haji,
Tampin
(KABB
Tampin)
Aduan mengenai tanah mendap
di hadapan pintu masuk Tabung
Haji, Tampin. Mohon perkara ini
dapat diambil tindakan.
Pihak Majlis Daerah
Tampin telah membuat
permohonan peruntukan
kepada Pejabat
Pembangunan
Persekutuan Negeri
(PPN). Kerja
pembaikpulihan cuma
dapat dilaksanakan
setelah mendapat
kelulusan nanti.
12.
PCB.203425
Banyak
anjing liar di
Taman Indah
Baru, Tampin
Pengadu memaklumkan
bahawa terdapat banyak anjing
liar di Taman Indah Baru,
Tampin. Pengadu telah
membuat aduan kepada Majlis
Daerah Tampin dan
maklumbalas telah diterima
memaklumkan bahawa aduan
telah diterima dan sedang
dalam proses siasatan
melalui Ruj. Surat :
MDT/M/599/2/1 bertarikh 03
Disember 2013. Kehadiran
banyak anjing liar ini telah
mendatangkan banyak masalah
kepada penduduk. Antaranya
ialah kanak tidak dapat bermain
kerana dikhuatiri akan diganggu
oleh anjing tersebut, anjing liar
ini mengotorkan kawasan rumah
dan menganggu keselamatan
pejalan kaki terutama kanak-
kanak yang hendak mengaji di
surau. Bersama-sama ini
dilampirkan salinan surat
daripada pengadu adalah
berkaitan.
Pihak Majlis Daerah
Tampin memaklumkan
masih menunggu
kelulusan daripada Ibu
Pejabat Polis bagi
kebenaran penggunaan
senjata api untuk operasi
anjing liar dan sebarang
operasi tidak dibenarkan
sebelum kelulusan
diterima.
15
KES TAHUN 2015
Bil. NO. KES BUTIRAN KES MAKLUMBALAS
1.
PCB.209578
Pencemaran
tahi burung di
B2-4 Tampin
Square,
Tampin,
Negeri
Sembilan
Aduan mengenai pencemaran
tahi burung di B2-4 Tampin
Square. Tampin. Negeri
Sembilan. Pengadu
memaklumkan bahawa
Timbalan Pengarah Kesihatan
Negeri Sembilan telah datang
ke pejabat Yang DiPertua
Tampin pada 19hb Januari 2015
untuk membincangkan kes
tersebut. Dukacitanya
dimaklumkan pada 30hb Januari
2015 saya menerima surat dari
Majlis Daerah Tampin serta
surat dari Pejabat Perkhidmatan
Veterinar Daerah Tampin Yang
di tandatangani oleh En.
Zuwandi B. Abd Hamid. Beliau
memeriksa premis tersebut
pada 26 hb Januari 2015 dan
mendapat bacaan meter
pencemaran bau sebanyak 0.4
pada musim panas disaksikan
oleh surat khabar Sin Chew
Daily dan untuk pengetahuan
tuan surat khabar telah
diedarkan berita tersebut pada
27hb Januari 2015. Tetapi surat
yang dikeluarkan oleh pegawai
tersebut menyatakan bahawa
tiada apa apa bau dikesan.
Aduan dibuat pada musim hujan
pada bulan Disember 2014.
Tahap bau pasti melebihi
bacaan tersebut seperti
manusia tinggal bersama
burung di dalam reban burung.
Mohon perkara ini dapat diambil
tindakan.
Pihak Pejabat
Perkhidmatan Veterinar
Daerah Tampin
memaklumkan bahawa
telah menjalankan
lawatan berkala bagi
menyelesaikan
permasalahan ini. Hasil
pemeriksaan
pihak Pejabat
Perkhidmatan Veterinar
Daerah Tampin
mendapati premis yang
diadukan tidak beroperasi
dan Pejabat
Perkhidmatan Veterinar
Daerah Tampin bersama
Majlis Daerah Tampin
gagal mengesan pemilik
atau penyewa premis
tersebut. Pihak Majlis
Daerah Tampin sedang
berusaha dan dalam
tindakan untuk
mendapatkan
maklumbalas dari Pihak
Pengurusan Bangunan
Tampin Square untuk
mendapatkan maklumat
yang lengkap berkaitan
pemilik atau penyewa
perusahaan burung walit
bagi memastikan
kewujudan aktiviti atau
jenis perniagaan yang
diusahakan sebelum
sebarang tindakan lebih
lanjut bersama jabatan.
16
2.
PCB.209564 :
Projek
pembentunga
n di depan
rumah
menggangu
pada hari
Ahad
Kelakangan ini, pihak kerajaan
ada buat projek pembentungan
di depan rumah saya. Ia
bermula pada jam 8 pagi hingga
7 petang. Jentolak yang
digunakan bukan sahaja
mengeluarkan bunyi yang
bising, malah juga asap diesel
yang mencemarkan udara.
Masalahnya, projek ini juga
dijalankan pada hari Ahad. Ini
sangat mengganggu hari untuk
berehat keluarga saya. Saya
sudah beberapa kali membuat
aduan di Jabatan
Pembentungan yang terletak di
Taman Indah, Tampin, tetapi ia
masih diteruskan pada hari
Ahad. Diminta pihak anda
memberi amaran kepada
mereka kerana sepatutnya
projek ini tidak boleh dijalankan
pada hari Ahad. Saya ada
melampirkan sekeping gambar
untuk rujukan.
Majlis Daerah Tampin
memaklumkan bahawa
telah memaklumkan
kepada pihak yang
bertanggungjawab
supaya tidak berbuat
sebarang aktiviti kerja
pengorekan pada hari
Ahad.
3.
PCB.209636 : Aduan mengenai tandas awam di Dataran Gemas, Negeri Sembilan
Saya mendapati tandas awam
di Dataran Gemas, Negeri
Sembilan iaitu bersebelahan
kedai makan Majlis
Perbandaran Gemas berkunci
dan bertanda ‘ROSAK’. Peniaga
di kedai tersebut memaklumkan
telah membuat aduan mengenai
kerosakkan tandas awam
tersebut hampir 3 bulan yang
lepas kepada pihak yang
berkenaan tetapi masih belum
dibaiki. Mohon pihak yang
berkenaan mengambil tindakan
sewajarnya memandangkan
Maklumbalas daripada
Majlis Daerah Tampin
melalui emel bertarikh
16/02/2015
memaklumkan bahawa
tandas ini telah dibaiki
pada 2/2/2015 dan
dibuka semula pada
9/2/2015.
17
ramai orang yang menggunakan
Jalan Gemas - Segamat. Ini
akan mendatangkan kesukaran
kepada mereka yang ingin
menggunakan tandas tersebut.
4. PCB.211693 : Jalan
berlubang
mengakibatka
n air
bertakung di
Taman Indah,
Tampin
Pengadu memaklumkan
terdapat jalan yang lubang dan
tidak rata di Taman Indah,
Tampin. Apabila cuaca hujan,
air akan bertakung di jalan
berlubang tersebut. Perkara ini
boleh mengancam keselamatan
pengguna jalan raya. Bersama-
sama ini dilampirkan gambar
untuk makluman dan tindakan
tuan.
Pihak Majlis Daerah
Tampin dimaklumkan
bahawa pihak Majlis
mengambil maklum
aduan ini dan masalah
tersebut akan
dilaksanakan pada masa
terdekat ini.
5.
PCB.213329 :
Pokok Di
Jalan
Gemencheh
Lama
Menghalang
Pandangan
Pengadu memaklumkan
bahawa terdapat pokok sederet
dengan Pasaraya Pujaan di
Jalan Gemencheh Lama yang
menghalang pandangan
pengguna jalan raya dan boleh
akibatkan kemalangan.
Pengadu telah mengadu
sebanyak 2 kali kepada MDT
tetapi tiada tindakan diambil.
Majlis Daerah Tampin
dimaklumkan bahawa
kerja-kerja pemotongan
pokok ini akan dijalankan
pada 4/08/2015 (Selasa).
Kelewatan ini disebabkan
oleh kerosakan lori skylift.
top related