melakar dan melukis litar elektronik
Post on 27-Oct-2015
280 Views
Preview:
DESCRIPTION
TRANSCRIPT
MOHD KAMIRUL PRODUCTION 3
ELEKTRONIK
Elektronik merupakan kajian dan penggunaan peranti yang beroperasi dengan kawalan aliran elektron atau sebarang partikel bercaj.
Komponen elektronik secara umumnya akan dipaterikan pada papan litar bercetak untuk membina sebuah litar elektronik mengikut fungsi-fungsi tertentu.
MOHD KAMIRUL PRODUCTION 8
JENIS-JENIS LUKISAN ELEKTRONIK
Lukisan elektronik terbahagi kepada dua iaitu:1. Lukisan Bergambar2. Lukisan Skematik
MOHD KAMIRUL PRODUCTION 9
LUKISAN BERGAMBAR
Lukisan ini sesuai digunakan:a) bagi orang yang baru menceburi bidang
elektronik. b) untuk membina projek elektronik yang kecil
dan mudah. Ciri penting lukisan ini ialah menunjukkan
susun atur fizikal sebenar sesuatu litar. Rajah ini membolehkan orang ramai
memahami suatu litar dengan mudah kerana kurang berbentuk teknikal.
MOHD KAMIRUL PRODUCTION 10
Lukisan bergambar tidak sesuai digunakan bagi melukis litar yang mempunyai sambungan komponen yang kompleks dan banyak.
Hal ini kerana pertalian di antara komponen-komponen elektronik akan semakin sukar dilihat.
MOHD KAMIRUL PRODUCTION 12
LUKISAN SKEMATIK
Lukisan skematik lebih sesuai digunakan untuk mempersembahkan suatu litar yang besar atau kompleks.
Lukisan ini juga membolehkan suatu litar besar dilukis dengan kemas dan dimuatkan dalam ruangan yang lebih kecil.
Bagi mereka yang tidak mengenali simbol elektronik, mereka pastinya akan sukar membaca lukisan skematik.
MOHD KAMIRUL PRODUCTION 13
Lukisan rajah litar skematik menggunakan simbol skematik bagi mewakili sesuatu komponen tertentu.
Garisan-garisan digunakan bagi menunjukkan sambungan di antara komponen elektronik.
Komponen elektronik juga dilabelkan dengan huruf-huruf tertentu. Label ini penting untuk pengenalan komponen.
MOHD KAMIRUL PRODUCTION 14
Rajah skematik tidak memberi gambaran sebenar tentang perkara berikut:◦Susun atur fizikal komponen yang bakal
dipasang.◦Saiz dan ruang yang diperlukan oleh sesuatu
litar.
MOHD KAMIRUL PRODUCTION 16
PCB
Printed Circuit Board(PCB) ialah papan litar bercetak yang digunakan untuk menyambung dan menyokong komponen elektronik secara elektrik.
Komponen elektronik dipasang padanya mengikut reka bentuk tertentu.
Sambungan kuprum yang direka bentuk akan menyambungkan kesemua komponen elektronik bagi menghasilkan satu sistem elektronik.
MOHD KAMIRUL PRODUCTION 17
Ciri utama PCB ialah penggunaan kuprum ‘tercetak’ bagi menggantikan kebanyakan wayar-wayar penyambung komponen-komponen.
Beberapa kebaikan PCB:◦Binaan litar biasanya kecil.◦Pemasangan litar lebih kemas.◦Pembinaan litar boleh dijalankan dengan cepat.◦Kesilapan semasa memasang litar dikurangkan.◦Kaedah yang ekonomik.
MOHD KAMIRUL PRODUCTION 20
1) Lukis rajah litar bagi menentukan susun atur komponen elektronik yang akan dipasang serta melakar litar kuprum yang akan menyambungkannya.
2) Saiz sebenar sesuatu komponen perlu diberi perhatian semasa melukis rajah papan litar bercetak.
MOHD KAMIRUL PRODUCTION 21
3) Pastikan anda melakar satu lubang untuk setiap pin (kaki) komponen.
4) Kedudukan suatu komponen di atas papan litar bercetak boleh ditunjukkan dengan lukisan bentuk fizikal komponen berkenaan atau simbol skematiknya.
MOHD KAMIRUL PRODUCTION 22
5) Hasil lukisan rajah litar bercetak ini dipindahkan ke atas bod berlapik kuprum nipis untuk dicetak.
6) Langkah-langkah mencetak papan litar bercetak adalah seperti berikut:
MOHD KAMIRUL PRODUCTION 24
2) Bersihkan permukaan kuprum dengan bahan penggilap logam atau atau berus keluli yang halus.
MOHD KAMIRUL PRODUCTION 25
3) Pindahkan rajah papan litar bercetak yang telah disediakan ke permukaan kuprum.
MOHD KAMIRUL PRODUCTION 26
4) Surih semula rajah yang telah dipindahkan ke atas permukaan kuprum dengan pen berdakwat kalis bahan kakis.
5) PCB akan direndamkan ke dalam Sodium Metasilicate Pentahydrate bagi menyingkirkan lapisan peka cahaya pada PCB yang telah didedahkan kepada sinar UV.
Surihan ialah melukis garisan, menggaris, menggores(Kamus Dewan Bahasa Dan Pustaka)
MOHD KAMIRUL PRODUCTION 27
6) PCB perlu direndam dalam larutan developer untuk menghakis lapisan yang telah terdedah kepada sinar UV dan akan meninggalkan bentuk litar di atas PCB.
MOHD KAMIRUL PRODUCTION 28
7) Punarkan permukaan kuprum dengan merendamkannya dalam larutan ferik klorida. Berhenti menunar apabila semua bahagian kuprum yang tidak dikehendaki telah dikakis. Cuci bod kuprum dengan air dan keringkan bod.
Ferik klorida
Larutan ini akan menghakis lapisan kuprum di atas PCB yang tidak dilindungi oleh cetakan litar yang terhasil melalui surihan
MOHD KAMIRUL PRODUCTION 31
9) Tebuk lubang pada lubang pandu menggunakan gerudi mini berdiameter yang sesuai.
MOHD KAMIRUL PRODUCTION 32
10) Bersihkan dakwat kalis bahan kakis dengan bahan pelarut yang sesuai (seperti thinner)
Uji keupayaan litar dengan menggunakan meter pelbagai.
MOHD KAMIRUL PRODUCTION 34
MEMASANG KOMPONEN ELEKTRONIK
Berdasarkan lukisan skematik yang dibuat, susun komponen elektronik di atas papan litar.
Masukkan kaki komponen ke dalam lubang yang telah digerudi.
Pastikan kaki komponen diletakkan dengan betul.
MOHD KAMIRUL PRODUCTION 36
MEMATERI KOMPONEN ELEKTRONIK
1) Soldering ialah proses memateri komponen untuk dicantumkan kepada litar PCB.
PEMEGANG PAPAN
Soldering Iron (Alat Pateri)
Playar
MOHD KAMIRUL PRODUCTION 39
4) Pastikan cantuman komponen yang dibuat kemas dan teguh untuk mengelakkan komponen mudah tertanggal.
5) Elakkan memateri kaki komponen terlalu lama kerana suhu yang terlalu panas boleh merosakkan komponen.
top related