latihan gerak td 1
Post on 23-Feb-2018
365 Views
Preview:
TRANSCRIPT
7/24/2019 Latihan Gerak TD 1
http://slidepdf.com/reader/full/latihan-gerak-td-1 1/19
LATIHAN DASAR PERTAHANAN DIRI TENAGA DALAM
TAHAP SATU
Latihan PemanasanLari Di TempatLatihan Meregangkan Otot Leher
Latihan Memompa TubuhMenguatkan Perut & Otot Bahagian Bawah
Latihan Memutar LututTeknik-teknik SeranganTeknik Pukulan @ JotosanTeknik Tendangan / Tendangan Depan
Tendangan Belakang
Tendangan SampingTeknik-teknik Mempertahankan Diri
Menangkis Pukulan LurusMenangkis Pukulan BandulMenangkis Tendangan Depan
Menangkis Tendangan BelakangMenangkis Tendangan Samping
LATIHAN DASAR PERTAHANAN DIRI TENAGA DALAM
Kekuatan tenaga dalam, seperti yang telah dinyatakan bahwa hanya dapat dinyatakanatau diprojeksikan walaupun tanpa sokongan fizikal. Yang penting adanya rangsanganberupa: rasa amarah atau maksud jahat yang berasal dari luar. Akan tetapi
memandangkan dalam praktik pertahanan diri (terutama pada tahap awal) tidak semuaorang yang berkelahi mengeluarkan emosi sehingga mengakibatkan ilmu tenagadalam kita tidak berfungsi, maka perlu kiranya para Pemula tenaga dalam itu dibekali
dengan ilmu pertahanan diri biasa (umum). Dengan demikian maka mereka akan lebihpercaya diri, di samping itu juga untuk mengantisipasi agar mereka tidak KO (knock-Out) sebelum mereka dapat menggunakan ilmu tenaga dalamnya.
Catatan :
Jika anda pernah mengikuti sebarang pelajaran seni mempertahankan diri seperti silat,
tae kwan do, karate, dan sebagainya maka anda tidak akan menghadapi masalahdalam menguasai tahap ini.
Latihan dasar pertahanan diri tenaga dalam yang akan diterangkan dalam tahap inimerupakan latihan dasar-dasar seni pertahanan diri Pencak Silat. Terdiri dari: latihan
pemanasan, latihan belaan dan latihan serangan. Dalam tahap ini, hanya dasar-dasar serangan dan belaan pencak silat yang penting sahaja yang akan diterangkan.
Walaupun demikian, disarankan agar Pemula (Pelatih) tidak menganggapsepele/mudah bentuk-bentuk latihan dasar ini. Bentuk-bentuk latihan dasar ini telahdipilih dan sengaja disajikan berdasarkan suatu kaedah yang juga akan mempercepat
bangkitnya kekuatan tenaga dalam. Latihlah dengan sungguh-sungguh bentuk latihandasar ini kira-kira selama 10 (sepuluh) hari, sebelum anda mempelajari cara-cara
membangkitkan dan mengolah kekuatan tenaga dalam atau energi emosi.
7/24/2019 Latihan Gerak TD 1
http://slidepdf.com/reader/full/latihan-gerak-td-1 2/19
A. LATIHAN PEMANASAN
Latihan pemanasan hanya memerlukan masa antara 10 hingga 15 minit. Masing-masing jenis latihan juga hanya perlu dilakukan kurang dari 2 kali 10 gerakan.
Lakukan latihan secara perlahan-lahan mulai dari yang pertama hingga yang
terakhir. Jangan dilakukan dengan cara menghentak-hentak, lakukan dengangerakan yang menyihatkan tubuh. Apa yang harus diingat ialah, latihan pemanasan
ini dimaksudkan untuk mempersiapkan kondisi fizikal dan mental guna menghadapilatihan-latihan yang lebih lanjut. Latihan pemanasan juga berguna untuk mencegahterjadinya cedera dan shock (cedera mental).
1. Lari atau Lari Di Tempat.
Latihan lari atau lari di tempat selalu dilakukan pertama kali sebelum latihan-latihan pemanasan yang lainnya. Dengan latihan ini, tidak hanya kaki yangmendapat gerakan pemanasan melainkan juga anggota-anggota tubuh yang
lain. Lari atau lari di tempat juga sangat bagus untuk melatih jantung dan paru-paru.
Lari di tempat dengan tumit dipukulkan pada pantat. Latihan ini juga dapat dilakukan
dengan berjalan.
Untuk menyokong bangkitnya saluran tenaga dalam anda, lakukan latihan-latihantersebut dengan cara menahan nafas. Mula-mula tahanlah nafas selama 5 gerakan,kemudian ditingkatkan menjadi 10 gerakan, 15 gerakan dan seterusnya dengan selisih
5 gerakan. Pada tahap awal. anda mungkin merasa sukar untuk melakukan latihan ini.
Tetapi lama kelamaan latihan dengan cara menahan nafas tersebut akan berjalansecara automatik dan anda tidak perlu harus mengingat-ingat kiraan/hitungan.
7/24/2019 Latihan Gerak TD 1
http://slidepdf.com/reader/full/latihan-gerak-td-1 3/19
Lari di tempat dengan paha diangkat tinggi-tinggi. Latihan inipun juga dapat dilakukandengan berjalan.
2. Latihan Meregangkan Otot Leher
Latihan berikutnya ialah gerakan-gerakan untuk meregangkan kelompok otot-ototleher. Latihan terdiri atas: gerakan leher ke depan dan belakang, ke samping, gerakansetengah pusingan dan gerakan memusing leher penuh. Latihan ini akan
membebaskan anda dari rasa kekakuan serta menghindari rasa pening dan sakitkepala setelah melakukan latihan. Perhatikan cara melakukannya pada peragaanberikut ini:
Meregangkan otot leher dengan gerakan ke depan.
7/24/2019 Latihan Gerak TD 1
http://slidepdf.com/reader/full/latihan-gerak-td-1 4/19
Meregangkan otot leher dengan gerakan ke belakang.
Latihan meregangkan otot leher (=ke depan, ke belakang, ke samping, setengahpusingan mahupun pusingan penuh), harus dilakukan masing-masing 2 kali gerakan.Misalnya dengan kiraan satu-dua ke depan dan satu-dua ke belakang danseterusnya. Latihan ini juga harus dilakukan dengan cara menahan nafas seperti pada
latihan lari di tempat. Agar penahanan nafas ini tidak terganggu (=bocor ), sebaiknyakiraan satu-dua tersebut di atas tidak perlu disuarakan namun cukup dibatin (di dalamhati) sahaja.
3. Latihan Memompa Tubuh ( Push-up )
Latihan memompa tubuh yang lazim disebut push-up adalah latihan yang fungsinya
kecuali untuk pemanasan juga untuk menguatkan otot-otot tubuh bahagian atas: dada,bahu, tangan dan otot-otot punggung/belakang. Latihan memompa tubuh ini bahkanmenjadi standard bagi semua aliran seni mempertahankan diri, semakin banyak orangdapat melakukan latihan ini semakin kuat tubuh badan bagian atas orang itu.
Cara melakukannya, letakkan kedua telapak tangan anda di lantai. Tarik kedua kakianda ke belakang sehingga punggung menjadi lurus, kemudian turunkan dada anda ke
bawah dan tahanlah beberapa inci dari lantai. Angkatlah badan dengan kedua tangananda, pastikan agar punggung tetap lurus, kemudian turunkan lagi ke bawah dan tahanlagi beberapa inci dari lantai. Ulangi gerakan tersebut beberapa kali dan tingkatkan
kiraannya setahap demi setahap sesuai dengan kemampuan anda.
Latihan memompa tubuh ini boleh divariasikan dengan berbagai posisi tangan,
misalnya dengan jari-jari tangan mengepal atau dengan menggunakan ujung-ujung jari
7/24/2019 Latihan Gerak TD 1
http://slidepdf.com/reader/full/latihan-gerak-td-1 5/19
sebagai tumpuan. Jika anda sudah terbiasa, kerjakan latihan ini sekurang-kurangnya25 atau 30 kali setiap latihan. Akan lebih baik jika anda dapat latihan dengan
menggunakan beban yang wajar (sesuai dengan kemampuan) yang diletakkan di ataspunggung anda.
Latihan memompa tubuh ini juga dapat dilakukan dengan push-up ular . Caramelakukannya: mula-mula letakkan kedua telapak tangan di lantai, tarik kedua telapak
tangan itu lebih dekat dengan kedua kaki sehingga posisi badan anda akanmembentuk segitiga dengan pantat sebagai ujungnya. Selanjutnya, gerakkan kepalaanda ke bawah lalu melengkung ke atas menyerupai gerakan ular. Gerakan ini harus
dilakukan dengan menekuk kedua tangan seperti pada latihan push-up biasa.Perhatikan peragaan-peragaan di bawah ini:
(Kiraan 1:) Membentuk posisi segitiga dengan pantat sebagai ujungnya.
(Kiraan 2:) Menggerakkan kepala ke bawah, lalu melengkung ke atas langsung kekiraan yang pertama. Latihan ini juga harus dilakukan dengan cara menahan nafas,
seperti pada latihan-latihan sebelumnya.
4. Menguatkan Perut dan Otot-otot Tubuh Bahagian Bawah.
Latihan yang lazim digunakan untuk menguatkan perut dan kelompok-kelompok ototbahagian bawah, ialah latihan Sit-up. Kecuali sebagai pemanasan, latihan ini akan
menguatkan perut, punggung bahagian bawah, otot-otot pinggang, otot-otot paha danbetis bahagian belakang. Dengan otot perut dan pinggang yang kuat, maka dapatmelindungi organ-organ yang penting yang berada di dalamnya dari benturan yang
boleh berupa pukulan mahupun tendangan. Perhatikan cra melakukannya padaperagaan berikut:
7/24/2019 Latihan Gerak TD 1
http://slidepdf.com/reader/full/latihan-gerak-td-1 6/19
Berbaringlah dengan kaki yang lurus dan kedua telapak tangan diletakkan di belakang
kepala (memegang kelompok otot leher bahagian belakang).
Angkatlah badan dan kepala anda ke atas dan usahakan agar hidung anda mampu
mencium lutut (kaki harus tetap lurus). Kemudian langsung kembalilah ke posisi semula.
Latihan penguatan perut dan kelompok otot-otot tubuh bahagian bawah ini, jikadilakukan secara konsisten, akan sangat menunjang luas dan tidaknya radius tenagadalam anda terutama pada waktu anda melakukan jurus tenaga dalam yang ke-1 yang
akan diberikan dalam tahap 3. Lakukan latihan sit-up ini dengan menahan nafasseperti pada latihan-latihan sebelumnya.
5. Latihan Memutar Lutut
Latihan memutar lutut berfungsi untuk melemaskan sendi lutut, menghilangkan
kekakuan dan rasa berat pada kaki. Di samping akan meningkatkan kelincahan, latihanini sangat penting untuk mencegah terjadinya cedera sendi misalnya terseliuh pada
waktu kaki digunakan untuk menendang atau menahan benturan dari alat seranglawan.
Cara melakukannya, mula-mula pegang kedua lutut anda dengan kedua tangan anda.Rapatkan lutut anda antara yang satu dengan yang lain, tekuk sedikit kedua lutut andake muka sehingga punggung anda akan ikut membungkuk. Selanjutnya putar kedua
lutut anda bersama-sama dengan rileks, sesuai dengan arah pusingan jam. Lakukangerakan itu kira-kira 10 kali kiraan, kemudian balikkan gerakannya berlawanan denganarah pusingan jam, juga kira-kira 10 kali kiraan/putaran.
Yang harus diingat, latihan memutar lutut ini tidak boleh dilakukan dengan tergesa-
gesa melainkan harus dilakukan dengan tenang dan dengan gerakan yang efektif. Jika
7/24/2019 Latihan Gerak TD 1
http://slidepdf.com/reader/full/latihan-gerak-td-1 7/19
anda masih punya cukup masa untuk melakukan latihan, tingkatkan latihan inimisalnya dengan memutar sendi-sendi yang lainnya: pergelangan tangan, sendi siku,
lengan, pinggang dan pergelangan kaki. Perhatikan cara-cara melakukannya padaperagaan-peragaan di bawah:
Berdirilah dengan kaki rapat kemudian pegang kedua lutut anda dengan kedua tangan
anda, sama seperti posisi orang melakukan rukuk.
Kemudian tekuk lutut anda ke depan dan putar ke arah kiri (searah dengan pusingan
jam) sebanyak 5 putaran. lalu baliklah gerakan itu ke arah kanan juga sebanyak 5 kali putaran dan seterusnya.
7/24/2019 Latihan Gerak TD 1
http://slidepdf.com/reader/full/latihan-gerak-td-1 8/19
Latihan Memutar Pinggul: Berdirilah dengan kedua kaki terbuka (kangkang), kemudian pegang kedua pinggang anda dengan kedua tangan anda. Cara memegangnya
berbeza dengan pada waktu kita bercekak pinggang, ibu jari harus diletakkan di samping/depan perut bukannya di belakang perut.
Selanjutnya dorong pinggul anda ke depan dan putar ke kiri searah dengan pusingan jam, sebanyak 5 kali. Baliklah putaran tersebut berlawanan dengan arah pusingan jam
sebanyak juga 5 kali pusingan dan seterusnya.
Latihan memutar persendian-persendian tersebut berfungsi untuk meningkatkan
kelenturan tubuh dan menghilangkan perasaan kaku. Harus dilakukan dengan sebaik-
7/24/2019 Latihan Gerak TD 1
http://slidepdf.com/reader/full/latihan-gerak-td-1 9/19
baiknya sesuai dengan panduan, kerana latihan ini akan sangat menyokongpenguasaan baik gerakan-gerakan dasar mempertahankan diri mahupun jurus-jurus
tenaga dalam. Dan jangan lupa, latihan-latihan tersebut juga harus ditingkatkandengan cara menahan nafas yang harus ditingkatkan kiraannya setahap demi setahap.
B. TEKNIK-TEKNIK SERANGAN
Serangan di dalam Seni Pencak Silat diertikan sebagai usaha mempertahankan diridengan cara melancarkan pukulan, tendangan dan lain-lain pada suatu sasaran dibahagian tubuh lawan. Dikatakan sebagai usaha mempertahankan diri kerana pada
dasarnya semua teknik di dalam Pencak Silat (sama ada serangan mahupunpertahanan) semata-mata hanya untuk mempertahankan diri atau membela diri.Kepada Pemula/Pelatih diharapkan mengutamakan praktik pertahanan diri terlebihdahulu daripada praktik menyerang. Kata para pendekar :"MUSUH TAK DICARI
BERSUA PANTANG LARI."
Serangan dasar yang paling popular di dalam Seni Pencak Silat,iaitu memukul dengankepalan tangan dan menendang dengan ujung telapak kaki, tendangan dengan sisitelapak kaki dan tendangan dengan tumit. Teknik serangan dasar ini harus dikuasai
secara baik dan benar, kerana hal ini akan sangat berpengaruh pada penguasaanteknik-teknik serangan di tingkat lanjutan.
1. Teknik Pukulan atau Jotosan
Pukulan dengan kepalan tangan (:jotosan) diberi berdasarkan arah lintasan serangan,
iaitu: pukulan lurus, pukulan dari arah samping, pukulan dari arah atas ke bawah danpukulan dari arah bawah ke atas.
Kekuatan pukulan Pencak Silat seperti halnya dengan karate dan kung fu, terpusatpada dua buku jari yang besar (jari telunjuk dan jari tengah) yang yang terletak di
punggung tangan. Pukulan harus dilancarkan dengan cara menghentakkan tangan,seperti gerakan "sendal pancing" atau cemeti mengayun. Dengan teknik ini makatangan yang kita gunakan untuk memukul tidak mudah ditangkap dan dipatahkan oleh
lawan, di samping itu juga sukar untuk dihindari atau ditangkis. Yang penting, padawaktu mengirimkan pukulan tangan dan kepalan harus dalam keadaan lentur danrileks, baru setelah mengenai sasaran kepalan tangan diperkeras dan tenaga
disalurkan dengan sepenuhnya. Pukulan Pencak Silat tidak boleh dilakukan denganmengambil awalan, kerana akan mudah diantisipasi oleh lawan. Perhatikan peragaanteknik-teknik jotosan berikut:
Cara mengepal yang benar, lipatlah buku-buku jari tangan anda kemudian kancinglahdengan ibu jari anda. Pergelangan tangan harus lurus, tidak boleh bengkok.
7/24/2019 Latihan Gerak TD 1
http://slidepdf.com/reader/full/latihan-gerak-td-1 10/19
Puk ul an D epan/Lurus : Berdirilah dengan sikap kuda-kuda tengah (=ongkong-ongkong), kepalkan kedua tangan anda dan letakkan di samping pinggang. pukulkankepalan tangan anda tersebut lurus ke arah depan, bergantian kiri dan kanan. Lakukan
latihan ini dengan cara menahan nafas. Mula-mula tahanlah nafas selama 5 gerakan/pukulan, kemudian ditingkatkan menjadi 10 gerakan/pukulan dan seterusnyadengan gandaan 5 pukulan.
Sasaran pukulan depan/lurus adalah dada. Pukulan ini dapat digunakan untuk menyerang semua sasaran yang berada di depan, bawah mahupun atas.
7/24/2019 Latihan Gerak TD 1
http://slidepdf.com/reader/full/latihan-gerak-td-1 11/19
Puk ul an Bandul atau Saduk : Berdirilah dengan sikap kuda-kuda tengah , kepalkan
kedua tangan anda dan letakkan di samping pinggang. Pukulkan kepalan tangan andatersebut dengan arah gerakan dari bawah ke atas atau sedikit dimiringkan ke arahsamping.
Sasaran pukulan bandul atau saduk ialah perut/ulu hati
pinggang/ginjal kiri dan kanan, dagu dan alat kemaluan.
7/24/2019 Latihan Gerak TD 1
http://slidepdf.com/reader/full/latihan-gerak-td-1 12/19
2. Teknik Tendangan
Tendangan dasar yang paling popular di dalam Pencak Silat ialah tendangan depandan tendangan belakang. Tendangan depan dilakukan dengan menggunakan ujungtelapak kaki, telapak kaki dan sisi telapak kaki atau pedang kaki. Sedangkan
tendangan belakang dilakukan dengan menggunakan tumit.
Seperti halnya dengan pukulan, agar tendangan itu efektif juga harus dilakukandengan teknik "sendal pancing". Agar tidak mudah diantisipasi oleh lawan, tendangan
juga tidak boleh dilakukan dengan terlebih dahulu mengambil awalan atau ancang-
ancang. Yang penting untuk dijadikan sebagai catatan, sangatlah pentingmemperhatikan keseimbangan badan pada waktu melakukan tendangan. Pada waktumenendang posisi badan tidak boleh terlalu doyong/maju ke depan atau ke belakang.
Jangan pula anda menendang terlalu tinggi melampaui kemampuan postur tubuhanda, kerana hal ini di samping akan menjadikan tendangan tidak efektif juga akanmemperlemah kedudukan kaki anda yang satunya yang dijadikan sebagai tumpuan.
Tendangan yang baik merupakan koordinasi antara sikap tangan, kaki dan badan.Untuk itu maka lakukan latihan dengan perlahan-lahan terlebih dahulu, baru kemudian
ditingkatkan dengan menggunakan kekuatan dan kecepatan. Agar diperoleh gerakanautomatik (refleks), lakukan latihan secara rutin dan terus menerus. Untukmeningkatkan kekuatan tendangan, dapat dilakukan latihan dengan menggunakan
beban. Tetapi latihan dengan menggunakan beban hanya diperbolehkan jika beratbeban disesuaikan dengan kemampuan. Peragaan dan keterangan-keterangan dibawah ini menjelaskan tentang bagaimana cara melatih tendangan secara baik dan
efektif.
Si k ap Pas ang Permul aan (Stand) : Awali semua latihan tendangan denganstand/sikap pasang seperti gambar di atas. Berdirilah dengan kuda-kuda tengah yang ringan-ringan sahaja, julurkan tangan kiri anda ke depan sementara tangan yang
satunya dikepalkan dan diletakkan di depan dada, siap untuk mengantisipasi setiapgerakan dari pihak lawan.
7/24/2019 Latihan Gerak TD 1
http://slidepdf.com/reader/full/latihan-gerak-td-1 13/19
Tendangan Depan
Tendangan Depan yang lazim disebut Tendangan A ialah tendangan yang dilakukan
dengan posisi badan menghadap ke muka, dengan lintasan gerakan dari arahbelakang ke depan. Bagian kaki yang digunakan untuk dibenturkan pada sasaran ialahhujung depan telapak kaki. Cara melatihnya : mula-mula awali dengan stand/sikap
pasang seperti ditunjukkan pada peragaan di atas, tekuk dan angkatlah tinggi-tinggilutut anda. Ikuti dengan menekuk jari-jari kaki ke atas lalu tendangkan ke depandengan suatu gerakan menyodok dengan menggunakan hujung telapak kaki bagian
depan. Pada saat hujung telapak kaki dibenturkan pada sasaran, seluruh kekuatanharus disatukan pada ujung telapak kaki bagian depan itu. Setelah ditendangkan,segera tarik kembali kaki anda seperti gerakan cemeti mengayun (spring) dan paha
tetap diangkat tinggi, lalu letakkan kembali ke lantai untuk membentuk sikap pasangseperti pada waktu akan melakukan tendangan.
Pada waktu melakukan tendangan, kedua tangan harus dikepalkan dan diletakkan disamping pinggang. Hal ini dimaksudkan untuk menjaga agar badan tetap adlamkeadaan seimbang dan seluruh kekuatan dapat disalurkan. Lakukan latihan tendangan
ini dengan cara menahan nafas, misalnya mula-mula menahan nafas selama 3tendangan kemudian ditingkatkan menjadi 6 tendangan, 9 tendangan dan seterusnya.
Tendangan Depan/Tendangan A
7/24/2019 Latihan Gerak TD 1
http://slidepdf.com/reader/full/latihan-gerak-td-1 14/19
Sasaran daripada tendangan depan (Tendangan A) ialah perut/ulu hati dan alat kemaluan. Jika tendangan ini digunakan untuk menyerang bahagian-bahagian tubuh
lawan yang berada di luar jangkauan postur tubuh, misalnya untuk menyerang kepala,biasanya menjadi tidak efektif kerana akan kehilangan kekuatan.
Tendangan Belakang
Tendangan Belakang atau yang lazimnya disebut Tendangan B ialah tendanganyang dilakukan dengan posisi badan menghadap ke belakang, dengan arah lintasan
tendangan dari arah depan ke belakang. Bahagian kaki yang dibenturkan pada saatmelakukan tendangan ialah hujung tumit.
Cara melakukannya : Awali dengan sikap pasang/stand, kemudian tendangkan kakianda yang di belakang ke arah depan. Lakukan tendangan ini dengan memutar tubuhke kiri atau ke kanan (:bila kaki kiri yang ditendangkan tubuh diputar ke arah kanan dan
apabila kaki kanan yang ditendangkan, tubuh diputar ke arah kiri). Pada waktu
memutar tubuh, kaki yang dijadikan tumpuan harus dijinjitkan. Untuk menjagakeseimbangan tubuh, pada waktu melakukan tendangan kedua tangan harus
dikepalkan dan dirapatkan erat-erat di samping pinggang.
Tendangan Belakang atau Tendangan B
7/24/2019 Latihan Gerak TD 1
http://slidepdf.com/reader/full/latihan-gerak-td-1 15/19
Agar tendangan belakang ini dapat anda lakukan dengan benar, jangan menoleh padawaktu menendang. Pandanglah lawan melalui selangkangan anda. Setelah kaki
ditendangkan, segera tarik kembali kaki anda dengan gerakan emeti mengayun(spring) kemudian letakkan kembali kaki anda untuk membentuk sikap pasang sepertisemula. Latihlah tendangan ini juga dengan cara menahan nafas.
Tendangan Samping
Tendangan Samping atau yang lazimnya disebut Tendangan T adalah tendanganyang dilakukan dengan sikap tubuh miring. bahagian kaki yang dibenturkan pada saat
melakukan tendangan iaitu sisi telapak kaki atau "pedang" kaki. Cara melakukantendangan T ini pada prinsipnya sama dengan tendangan-tendangan yang lain.Latihlah tendangan ini juga dengan cara menahan nafas.
Tendangan Samping atau Tendangan T : Gunakan salah satu tangan anda untuk melindungi alat kemaluan.
C. TEKNIK-TEKNIK PERTAHANAN DIRI / BELAAN
Di dalam pencak silat, pertahanan diri atau Belaan diertikan sebagai usahamempertahankan diri dari serangan-serangan lawan dengan cara menghindar,menangkis dan lain-lain, sama ada dilanjutkan mahupun tidak dilanjutkan dengan
serangan ke arah tubuh lawan.
Belaan dasar pencak silat yang paling popular ialah belaan/pertahanan diri dengancara menangkis. Terutama menangkis dengan menggunakan lengan dan menangkisdengan menggunakan lutut. Seperti halnya dengan serangan dasar, belaan dasar ini
juga harus dilatih secara baik dan benar kerana akan sangat berpengaruh padapenguasaan teknik-teknik belaan di tingkat lanjutan.
Ada dua teknik utama yang harus dimengerti agar dapat melakukan tangkisan secarabaik dan benar. Pertama, jika alat yang kita gunakan untuk melakukan tangkisanadalah bahagian tubuh yang keras (:lutut, siku, kepalan tangan) harus dilakukan
dengan teknik benturan. Caranya iaitu dengan membenturkan alat tangkis dengan alatserang lawan, tepat pada saat serangan itu akan mendarat pada bahagian tubuh yanghendak kita lindungi. Teknik tangkisan benturan ini sangat efektif sebagai sarana
pertahanan diri, kerana semakin keras serangan yang dilancarkan oleh lawan maka
akan semakin parah akibat yang harus diderita oleh lawan. Falsafah para Pendekar :
7/24/2019 Latihan Gerak TD 1
http://slidepdf.com/reader/full/latihan-gerak-td-1 16/19
"BARANGSIAPA INGIN MENYAKITI DIALAH YANG AKAN KESAKITAN,BARANGSIAPA INGIN MEMBUNUH DIALAH YANG AKAN MATI."
Teknik yang kedua, jika alat yang kita gunakan untuk melakukan tangkisan adalah
bahagian tubuh yang lunak ( ; lengan, telapak tangan, telapak kaki) harus dilakukan
dengan teknik yang disebut "teknik tangkap bandol" atau "teknik tangkap bola".Serangan lawan tidak perlu kita tangkis dengan membenturkan alat tangkis dengan
alat serang lawan, melainkan cukup dengan cara mengikuti laju alat serang lawan.Pada saat serangan itu akan mendarat/sampai di bahagian tubuh kita, laju seranganlawan kita tahan dengan kekuatan yang ringan-ringan sahaja, selanjutnya kita ikuti lagi
laju serangan lawan. Dengan cara demikian maka kekuatan daripada serangan akanmusnah sebelum serangan itu mencapai pada sasaran.
Teknik tangkisan tangkap bola ini juga sangat efektif sebagai sarana untukmempertahankan diri. Dengan teknik ini lawan akan cepat lelah kerana terlalu banyaktenaga yang dibuang-buang secara sia-sia. Dibandingkan dengan teknik tangkisan
benturan, teknik yang meminjam tenaga lawan ini lebih sukar untuk dilakukan. Anda
yang ingin menguasai teknik ini secara sempurna harus bersedia melatihnya secaraterus menerus di samping harus rajin untuk melakukan percubaan-percubaan.
Keterangan dan peragaan-peragaan di bawah ini menjelaskan tentang cara melatihtangkisan-tangkisan dasar tersebut di atas.
1. Menangkis Pukulan Lurus
Pukulan lurus biasanya diarahkan pada dada atau muka. Untuk menangkis
pukulan lurus kita dapat menggunakan salah satu lengan atau siku. Caranya iaitudengan menekuk lengan/siku tersebut kemudian membenturkannya (dengan alatserang lawan) ke arah kiri, ke arah kanan atau ke arah atas. Tangkisan ini harus
dibarengi dengan menggeser kaki dan memutar pinggang, sehingga badan tetapdalam keadaan seimbang. Tangkisan yang baik dilakukan dengan cepat, tepatpada saat alat serang lawan hampir mendarat pada sasaran.
Sabetkan lengan dan siku anda tepat pada saat pukulan hampir mendarat pada sasaran, jangan terlambat atau mendahului. Putar pinggang anda dan geser kaki kanan anda sedikit
ke belakang, sehingga kepalan/alat serang lawan dapat kita buang lebih jauh.
7/24/2019 Latihan Gerak TD 1
http://slidepdf.com/reader/full/latihan-gerak-td-1 17/19
2. Menangkis Pukulan Bandul
Pukulan Bandul atau pukulan Saduk biasanya diarahkan ke ulu hati atau ke arahginjal kiri dan kanan. Pukulan ini dapat ditangkis dengan menggunakan lengan
bawah bahagian dalam. Caranya : lengan bawah bahagian dalam tersebut kita
sabetkan ke lengan bawah bahagian dalam milik lawan, ke bawah atau ke sampingdepan. Gerakan menangkis harus dilakukan dengan teknik tangkap bola atau
teknik tangkap bandul. Dengan teknik tersebut maka laju serangan lawan akandapat dengan mudah dihentikan tanpa menimbulkan rasa sakit pada tangan.
Pukulan Bandul merupakan pukulan jarak dekat, jangan mengambil jarak terlalu jauh agar tangkisan dapat dilakukan dengan lebih baik. Pukulkan lengan anda ke lengan lawan, putar
pinggang dan condongkan kuda-kuda anda sedikit ke belakang. Tangkisan lebih aman jikadilakukan dengan jari-jari mengepal.
3. Menangkis Tendangan Depan
Tendangan depan biasanya diarahkan ke bahagian ulu hati/perut dan alatkemaluan. Tendangan depan atau tendangan A yang terlatih dengan baik bolehsangat membahayakan, terutama jika mengenai alat kemaluan. Tendangan ini
dapat ditangkis dengan mengangkat lutut ke atas, atau dengan cara mengibaskan
telapak tangan (dengan pergelangan tangan yang ditekuk) ke kiri atau kanan. Jikaalat tangkis yang kita gunakan untuk menahan serangan adalah lutut, kita harus
menggunakan teknik benturan. Dan jika menggunakan telapak tangan, kita harusmenerapkan teknik tangkap bola.
Geser kaki kiri sedikit ke samping kiri, kibaskan telapak tangan anda ke betis lawan. Gerakan
menangkis itu harus dilakukan tepat pada saat serangan hampir mengenai sasaran.
7/24/2019 Latihan Gerak TD 1
http://slidepdf.com/reader/full/latihan-gerak-td-1 18/19
4. Menangkis Tendangan Belakang
Tendangan belakang atau Tendangan B biasanya diarahkan ke bahagian perut keatas hingga dagu. Apabila dilakukan dengan cepat dan sempurna, tendangan inisangat sukar diantisipasi. Akan tetapi jika dilakukan dengan sedikit terlambat,
tendangan belakang ini malah boleh menjadi senjata makan tuan. Cara yang palingpraktis untuk menahan tendangan belakang ialah dengan membenturkan lututyang kita angkat ke atas dengan alat serang lawan (tumit).
Angkat lutut anda tepat pada saat serangan akan mendarat pada sasaran di
bahagian perut kita, bersamaan dengan itu, keprukkan kedua kepalan tangananda. Tangkisan harus dibuat serapat mungkin sehingga benar-benar bolehmelindungi tubuh kita.
5. Menangkis Tendangan Samping
Tendangan Samping atau Tendangan T biasanya diarahkan ke perut atau dadadan hampir tidak efektif jika tendangan ini diarahkan ke muka atau ke alat
kemaluan. Meskipun demikian tendangan samping ini sebenarnya lebih sukar ditangkis dengan menggunakan tangan dan kaki. Tendangan ini lebih mudahdihindari dengan sedikit merendahkan kuda-kuda. Inipun harus langsung disusuldengan serangan bawah. Jika tidak disusul dengan serangan, maka hindaran yang
kita lakukan hanya akan sia-sia bahkan boleh mencelakakan diri kita sendiri.
Dalam keadaan terjepit tendangan samping dapat kita atasi dengan menangkiskandua lengan atau siku yang kita rapatkan (blok). Gerakan tangkisan harus dilakukandengan teknik tangkap bola, sehingga alat tangkis kita tidak terlalu keras
membentur pada alat serang lawan. Pada waktu menangkis jari-jari harusdikepalkan untuk menghindari terjadinya cedera pada pergelangan.
7/24/2019 Latihan Gerak TD 1
http://slidepdf.com/reader/full/latihan-gerak-td-1 19/19
Tangkislah tendangan samping tepat pada pedang kakinya (sisi telapak kaki). Tangkisan harus
dilakukan dengan teknik tangkap bola, serta dengan sedikit menggeser kaki ke belakang.Usahakan agar kepalan tangan tidak terlalu dekat dengan muka.
Sebagai penutup, perlu ditekankan di sini bahawa teknik-teknik serangan mahupun
teknik-teknik pertahanan/belaan tidak dapat dikuasai sekadar dengan memahami teoriyang diberikan. Teknk-teknik tersebut harus dilatih secara rutin dan terus menerus,sehingga dapat menghasilkan gerakan-gerakan secara automatik/spontan. Di samping
itu, apabila anda konsisten dengan teknik latihan penahanan nafas, maka secaraberangsur-angsur saluran tenaga dalam anda akan terbuka dan akan terbentuk pulasuatu radius tenaga dalam / Aura (= pagar automatik tenaga dalam ). Pada Tahap
Empat nanti, anda akan diajari bagaimana cara membuktikan kewujudan pagar tenaga
dalam automatik ini.
Setelah anda benar-benar telah menguasai Tahap Satu ini barulah anda beralih
ke Tahap Dua. Inilah kunci Kejayaan Latihan Tenaga Dalam ini.
top related