laporan kajian tindakan 2012 ivy
Post on 31-Jul-2015
105 Views
Preview:
TRANSCRIPT
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
LAPORAN KAJIAN TINDAKAN
MENINGKATKAN KEFAHAMAN MURID BAGI MEMAHAMI KONSEP KITARAN AIR DALAM
PEMBENTUKAN AWAN DAN KEJADIAN HUJAN DENGAN MENGGUNAKAN MODEL 3D BERFUNGSI
Oleh:
Mohd Athhar Bin Md Daiam
Sk Bukit Tongkat,
86000 Kluang, Johor
Jun 2012
PENGHARGAAN
Saya amat bersyukur kepada Allah s.w.t, kerana dengan izin-Nya saya dapat menyiapkan
Kajian Tindakan ini. Sepanjang saya menjalankan kajian ini, saya mendapat sokongan dan
kerjasama yang tidak ternilai daripada pelbagai pihak. Kesempatan ini saya ambil bagi
merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada mereka yang berkenaan.
Penghargaan ini ditujukan khas kepada guru besar, dan barisan pentadbir yang lain yang
begitu bersungguh-sungguh membantu dan memudahkan kajian saya serta tidak putus-putus
member sokongan yang padu. Selain itu, penghargaan terima kasih juga diberikan kepada Puan
Norlili selaku mentor saya yang begitu komited membantu memberi kefahaman tentang Kajian
Tindakan, yang sentiasa memberi tunjuk ajar tanpa jemu. Tidak lupa juga kepada rakan-rakan
guru yang sentiasa member kerjasama yang dapat melancarkan lagi proses saya menjalankan
kajian ini.
Khusus kepada anak-anak murid yang terlibat secara langsung sebagai sampel kajian,
kerjasama dan kesungguhan mereka mengikuti aktiviti yang saya jalankan sangat mengharukan
dan sangat dihargai. Akhir sekali penghargaan dan ucapan terima kasih yang tidak terhingga
ditujukan khas untuk suami dan anak-anak tercinta, sokongan dan kasih saying kalian merupakan
dorongan yang sangat tinggi nilainya bagi mencapai kejayaan ini.
Hanya Allah sahaja yang dapat membalas segala jasa dan budi yang dihulurkan.
ABSTRAK
Kajian ini dijalankan untuk bagi memberikan kefahaman yang jelas kepada murid-murid 5
Berlian tentang proses kitaran air dalam pembentukan awan dan hujan. Kebanyakan murid-murid
hanya dapat menggambarkan tentang proses yang berlaku tanpa dapat melihat proses yang
berlaku secara sebenar. Seramai 6 orang murid Tahun 5 Berlian, Sekolah Bukit Tongkat, Kluang
terlibat dalam kajian ini. Tinjauan awal telah dilaksanakan melalui lembaran kerja berkaitan
dengan tajuk kitaran air. Hasil tinjauan mendapati 19% murid tidak menguasai kefahaman
mengenai tajuk tersebut. Oleh yang demikian, saya telah memperkenalkan satu kaedah model 3D
berfungsi untuk memudahkan murid menguasai topik ini. Dapatan kajian menunujukkan murid
kefahaman murid bagi topik kitaran air di dalam pembentukan awan dan kejadian hujan dengan
lebih baik berbanding sebelumnya. Dapat dirumuskan, kefahaman murid dapat ditingkatkan
sekiranya kita mampu menggunakan kaedah yang berbentuk visual dan nyata di dalam proses
pengajaran dan pembelajaran. Amalan penyelidikan untuk mencari pendekatan yang terbaik
dalam amalan P&P bukan sahaja dapat mengatasi masalah pembelajaran murid malah dapat
menggilap kreativiti dan inovasi guru.
KANDUNGAN
1.0 REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN LALU
Kebanyakan murid sebenarnya sukar memahami konsep kitaran air kerana seperti yang
kita sedia maklum kitaran air secara semulajadi sukar dilihat. Jika dilihat di dalam kelas, hanya
sebahagian kecil murid sahaja yang dapat memahami konsep ini dalam penerangan kali pertama.
Kebanyakan dari mereka hanya akan dapat memahami tajuk ini setelah diulang ajar beberapa
kali. Diharapkan dengan menggunakan method/ kaedah yang sesuai akan dapat memahamkan
murid-murid pada kali pertama sesi pengajaran ini dilakukan.
Pada pemerhatian saya. murid-murid di kelas 5 Berlian tidak begitu berminat pada topik
ini kerana mereka perlu membayangkan kejadian kitaran air dalam pembentukan awan.
Kebanyakan guru apabila ditanya tentang pemahaman pelajar mereka tentang topik ini,
mendapat maklum balas yang sama iaitu murid-murid sukar memahaminya. Setelah pemerhatian
tersebut dilakukan, saya dapati antara masalahnya ialah:
Faktor guru sendiri yang menganggap topik ini sukar untuk diajar kerana guru
kebiasaannya hanya menggambarkan keadaan pembentukan awan dan kejadian hujan melalui
gambar sahaja. Sebagai altenatif, suatu kaedah yang memperlihatkan kejadian sebenar wajar
ditonjolkan supaya murid dapat melihat dengan jelas proses yang sepatutnya berlaku.Guru
sepatutnya memainkan peranan di dalam memastikan murid-murid di dalam kelas memahami
topik ini dan guru termasuk saya sendiri tidak seharusnya memandang topik ini sebagai sesuatu
yang sukar untuk diajar. Ini dapat mengelakkan penetapan di dalam minda guru bahawa ianya
sukar. Persepsi ini diharapkan dapat diubah dengan kaedah yang ingin diperkenalkan ini.
Faktor seterusnya ialah murid. Seperti yang dinyatakan sebelum ini murid-murid juga
tidak menggemari topik ini kerana menganggap topik ini sebagai sesuatu yang amat sukar kerana
mereka hanya dapat membayangkan kejadian yang proses kitaran air.
2.0 FOKUS KAJIAN
Daripada refleksi di atas, saya dapati murid tidak dapat memahami proses kitaran air di
dalam pembentukan awan dan kejadian hujan.
Masalah ini berlaku dikalangan murid adalah kerana mereka tidak dapat membayangkan
proses yang berlaku di dalam topik ini. Di samping itu, mereka tidak membuat latihan yang
diberikan oleh guru. Murid-murid juga biasanya hanya menghafal fakta dengan tanpa memahami
tentang kejadian yang terlibat di dalam proses pembentukan awan dan kejadian awan. Mereka
sekadar mahu menghafal fakta bagi membolehkan mereka menjawab soalan di dalam
peperiksaan. Apabila hal ini berlaku, murid tidak berfikir dan seterusnya tidak memahami
konsep kitaran air ni.
Bagi mengatasi masalah ini, saya telah mencuba menerapkan proses sebenar yang
berlaku ketika pembentukan awan dan kejadian hujan dengan menggunakan model 3d yang
direkabentuk menggunakan akuarium plastik bagi memperlihatkan proses yang berlaku kepada
mereka.
3.0 OBJEKTIF KAJIAN
Selepas kajian ini selesai dijalankan, murid-murid diharap akan mencapai objektif berikut:
(i) Objektif Umum:
Tujuan kajian ini adalah untuk meningkatkan kefahaman murid tentang proses
kitaran air dalam pembentukan awan dan kejadian hujan.
(ii) Objektif khusus:
Murid dapat memahami proses pertukaran cecair kepada gas
Murid dapat memahami proses gas kepada cecair.
Guru dapat mempelbagaikan kaedah pengajaran dan pembelajaran.
Guru dapat mewujudkan suasana proses pengajaran dan pembelajaran
yang lebih menyeronokkan murid.
4.0 KUMPULAN SASARAN
Kajian ini melibatkan 6 orang pelajar iaitu 4 lelaki dan 2 perempuan dari kelas 5 Berlian
berbangsa Melayu.
5.0 PELAKSANAAN KAJIAN
5.1 Tinjauan masalah
Dalam pelaksanaan kajian ini, tinjauan masalah yang telah dibuat adalah
berdasarkan seperti berikut:
(i) Lembaran kerja
(ii) Ujian pra
5.2 Analisis tinjauan masalah
5.2.1 Lembaran kerja
Sebelum memulakan P&P, saya akan memberikan murid 8 soalan mudah yang
perlu dijawab dengan betul.
Contoh soalan yang diberikan ialah:
a. Bagaimanakah awan terjadi?
b. Bagaimanakah hujan terjadi?
c. Apakah maksud kitaran air
d. Apakah nama proses pertukaran bahan daripada air kepada gas
pada sebarang suhu?
e. Apakah nama proses pertukaran bahan daripada gas kepada cecair?
f. Apakah maksud proses kondensasi?
g. Apakah maksud proses penyejatan?
h. Mengapakah wap air boleh bertukar menjadi air?
Analisis yang di dapati daripada latihan yang diberikan kepada murid-murid
adalah seperti berikut:
Jadual 2: Peratus markah murid yang diperolehi hasil daripada latihan yang
diberikan.
Markah Bilangan murid Peratus
4-8 26 81% Menguasai
0-3 6 19%
5.2.2 Ujian Pra
Ujian Pra diberikan kepada kumpulan sasaran seramai 6 orang murid
yang mendapat 0-3 markah sahaja. Tujuannya adalah untuk mengesan
sejauh mana kefahaman dan ingatan mereka bagi topik kitaran air
dalam proses pembentukan awan dan kejadian hujan
Analisis daripada Ujian Pra.
Jadual 1: Analisis Ujian Pra
Bilangan soalan betul Bilangan murid
8 -
7 -
6 -
5
4
3 2
2 3
1 -
0 1
Jumlah : 6
Didapati terdapat banyak kesilapan yang ditemui antaranya ialah:
a. Nama proses bagi pertukaran keadaan bahan tidak dapat
dinyatakan dengan betul.
Tidak Menguasai
b. Tidak dapat menerangkan mengapa wap air boleh bertukar
menjadi air.
c. Penerangan tentang proses yang terlibat di dalam kitaran air.
5.3 Tindakan yang dicadangkan
Setelah analisis tinjauan dijalankan, saya akan mengumpulkan murid kumpulan
sasaran saya untuk memperkenalkan kaedah terbaru iaitu dengan menggunakan
model 3D berfungsi. Model 3D berfungsi ialah satu model yang memperlihatkan
pertukaran air daripada satu bentuk ke bentuk yang lain dengan menggunakan
akuarium seperti di dalam gambarajah di bawah
1- Air tersejat dan membentuk titisan air di atas penutup kaca
2- Air yang telah penuh akan bergerak ke bawah
3- Air yang telah berat akan jatuh ke bawah seperti hujan.
(i) Aktiviti 1: Memperkenalkan kaedah 3D berfungsi
Bahan : Model 3D berfungsi
Langkah 1:
Guru akan memberikan penerangan berkaitan dengan topik proses kitaran
air dalam pembentukan awan dan kejadian hujan dengan menggunakan
model 3D berfungsi
Nota:
Pada langkah ini, guru akan :
(a) Menerangkan satu persatu objek yang terdapat di dalam model 3D.
Kemudian, model tersebut akan dijemur di bawah sinar matahari
bagi membolehkan air yang terdapat di bahagian bawah akuarium
tersejat ke atas dan menyebabkan air tersebut terkondensasi di
bahagian atas permukaan cermin.
(b) Kemudian, model tersebut dibiarkan lagi buat seketika sehingga
titisan air meleleh ke permukaan kaca yang lebih rendah dan titisan
air menjadi berat.
(c) Akhirnya, titisan air akan jatuh seperti hujan. Bagi membantu
proses penyejatan, mentol diletakkan di dalam Model 3D ini.
(d) Di bawah ialah gambar sebenar model
Pandangan tepi
Pandangan tepi
Pandangan atas
Langkah 2:
Guru akan memilih secara rawak beberapa murid bagi meminta mereka
menerangkan tentang proses yang berlaku di dalam model 3D tersebut.
Guru berbincang dengan murid- murid tentang pemerhatian yang berlaku
di sepanjang sesi perubahan keadaan bahan berlaku.
(ii) Aktiviti 2: Membuat latihan dengan mengaplikasikan pengetahuan yang
diperolehi semasa memerhatikan model 3D berfungsi
Bahan : Lembaran kerja
Langkah 1:
Setiap murid akan diedarkan soalan yang sama.
Murid akan diminta untuk menyiapkan soalan yang diberikan secara
individu berkaitan dengan topik proses kitaran air dalam kejadian awan
dan pembentukan hujan.
Guru mengingatkan murid-murid sekali lagi tentang proses yang berlaku
sebelum mereka mula menjawab soalan yang diberikan.
Nota: Semasa mereka membuat latihan yang diberikan, model 3D
diletakkan di hadapan mereka.
6.0 REFLEKSI TINDAKAN
6.1 Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran
Semasa proses pengajaran dan pembelajaran menggunakan kemahiran ini, saya dapati
murid berminat dan teruja untuk mempelajari kaedah yang ingin saya perkenalkan
kepada mereka. Murid dapat mengikuti serta dapat memberikan kerjasama dan
tumpuan yang memuaskan sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran.
6.2 Refleksi Pelajar
Semasa saya memperkenalkan kaedah ini, murid-murid menunjukkan minat ingin
tahu mengenai aktiviti yang saya akan jalankan. Murid-murid memberikan tumpuan
yang memuaskan semasa saya menerangkan kaedah ini. Murid-murid juga amat
teruja untuk membuat latihan yang saya berikan kepada mereka dengan menggunakan
pemerhatian yang saya berikan kepada mereka. Apabila saya bertanya kepada
mereka, “susah tak?”, jawapan yang mereka berikan “tak”. Saya dapat melihat
kegembiraan pada wajah murid-murid saya apabila mereka dapat membuat latihan
yang saya berikan dengan betul.
Jadual 3: Perbandingan pencapaian murid mengikut bilangan soalan betul dalam
Ujian Pra dan Ujian Pos.
Bilangan soalan betul Bilangan murid
(Ujian Pra)
Bilangan murid
(Ujian Pos)
8 - 4
7 - 1
6 - 1
5 -
4 -
3 2 -
2 3 -
1 - -
0 1 -
Jumlah: 6 6
Berdasarkan dapatan dalam Jadual 3, didapati ada peningkatan pencapaian murid yang
memberangsangkan. Daripada jadual di atas, tiada murid yang mendapat semua soalan
betul semasa Ujian Pra manakala semasa Ujian Pos terdapat 4 orang murid.
Ini membuktikan bahawa kaedah model 3D berfungsi ini berjaya meningkatkan
kefahaman murid dalam topik proses kitaran air dalam pembentukan awan dan kejadian
hujan.
6.3 Refleksi Guru
Saya berasa gembira melihat pencapaian murid-murid saya ini. Saya juga berpuas hati
kerana kaedah ini banyak membantu murid-murid saya lebih mudah untuk memahami
topik kitaran air dalam pembentukan awan dan kejadian hujan. Di samping itu, saya juga
dapat memperbaiki lagi mutu pengajaran dan pembelajaran saya melalui kaedah ini.
7.0 CADANGAN UNTUK KAJIAN TINDAKAN SETERUSNYA
Untuk kajian seterusnya, saya bercadang masih menggunakan kaedah seumpama ini tetapi
menambahkan kecepatan proses pemanasan air bagi membolehkan pemerhatian dapat dibuat
dengan lebih cepat lagi . Kaedah ini yang menggunakan objek-objek sebenar dapat membantu
murid-murid mengingati dan memahami topik ini dengan lebih berkesan.
BIBLIOGRAFI
Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan. (2008). Buku manual kajian
tindakan. Putrajaya: Kementerian Pelajaran Malaysia.
Dalilah binti Desa. (2011). Meningkatkan kemahiran menulis jawi 10 orang murid Tahun 2
Optimis menggunakan teknik Dalil Avu Zar Zad. Wilayah Persekutuan Labuan: Kajian
Tindakan.
LAMPIRAN
Latihan yang diberikan kepada murid-murid semasa memilih kumpulan sasaran.
Nama: ________________
Kelas: ___________
Isikan tempat kosong dengan jawapan yang bersesuaian
1. Pembentukan awan melibatkan proses
2. Kejadian hujan melibatkan proses
3. Kondensasi ialah proses pertukaran bahan daripada _____________ kepada ______________
4. Penyejatan ialah proses pertukaran bahan daripada _____________ kepada ______________
5. Penyejatan berlaku pada ________________ suhu
6. Pertukaran bahan daripada air kepada wap air ialah proses
7. Pertukaran bahan daripada wap air kepada air ialah proses
8. Wap air bertukar menjadi air kerana keadaan di udara bersuhu
_______________________________________________________
Borang pemerhatian
top related