kssr
Post on 27-Nov-2015
89 Views
Preview:
DESCRIPTION
TRANSCRIPT
1.0 Pengenalan
Penulisan ini merupakan tugasan projek yang perlu dilaksanakan oleh pelajar
bagi memenuhi keperluan kursus Kurikulum Sejarah Sekolah Rendah.
Tugasan ini mengkehendaki kami untuk menjelaskan sejauh manakah
penerapan elemen kewarganegaraan dan nilai sivik melalui mata pelajaran
Sejarah dapat memainkan peranan dalam melahirkan warganegara Malaysia
yang bersatu padu dan bersemangat patriotik. Penulisan refleksi yang matang
juga diperlukan bagi menunjukkan kefahaman dan kebolehan dalam
menganalisis pengalaman yang dilalui serta mampu mengenalpasti
pengalaman baharu yang dicapai melalui pelaksanaan tugasan projek ini.
Dengan itu, saya akan menghuraikan terlebih dahulu mengenai
pengenalan mata pelajaran Sejarah Sekolah Rendah agar pembaca lebih
memahami isu yang akan dibincangkan. Setelah itu, saya akan menerangkan
beberapa elemen kewarganegaraan dan nilai sivik bagi menjelaskan
sejauhmana penerapan elemen tersebut melahirkan warganegara Malaysia
yang bersatu padu dan bersemangat patriotik berdasarkan perlaksanaan
Kurikulum Standard Sekolah Rendah bagi mata pelajaran Sejarah. Saya juga
akan menyelitkan pandangan dan beberapa contoh yang berkaitan bagi
mendokong dan memantapkan lagi keutuhan hujah saya.
Kesimpulannya, saya berharap agar tugasan yang saya laksanakan
adalah menepati kehendak soalan. saya telah menyertakan senarai rujukan di
bahagian lampiran untuk memudahkan pembaca membuat pembacaan lanjut
terhadap maklumat yang saya gunakan dalam tugasan ini.
1
2.0 Pengenalan Mata Pelajaran Sejarah Sekolah Rendah
Pengenalan kepada mata pelajaran Sejarah telah dicadangkan sejak zaman
pemerintahan Perdana Menteri Datuk Abdullah Ahmad Badawi lagi. Amerika
Syarikat dan Britain misalnya sudah memperkenalkan subjek ini kepada
kanak-kanak, bukan hanya terhad kepada sejarah untuk kanak-kanak tetapi
pengajian sosial. Bagi memupuk minat, pendedahan harus bermula pada
peringkat umur rendah. Menurut Mok Soon Sang (2011), kanak-kanak yang
baru memasuki alam persekolahan telah mempunyai dua motivasi dalaman
iaitu intrinsik ingin tahu dan dorongan mencapai kecekapan. Kedua-dua
intrinsik ini merupakan motivasi dalaman yang kuat untuk mengerakkan dan
meningkatkan kesediaan belajar kanak-kanak supaya menjalankan aktiviti
pembelajaran dengan lebih aktif, mudah dan seronok. Dengan itu, jika mata
pelajaran diajar diawal bangku sekolah lagi, minat akan terpupuk dari awal
dan akan terus berkembang.
Pada peringkat ini juga, mereka mudah menerima ilmu dan mudah
untuk menanam nilai dan memupuk semangat cintakan negara. Menurut
Mook Soon Sang (2009), proses pembelajaran kanak-kanak lebih aktif pada
usia 7 tahun hingga 12 tahun iaitu pada tahap operasi konkrit. Pada usia ini,
sifat ingin tahu menebal dalam diri kanak-kanak tersebut akibatnya banyak
yang akan dipelajari oleh kanak-kanak tersebut. Pada masa inilah mereka
akan membentuk nilai diri dan perspektif yang akan dibawa dalam kehidupan
pada masa depan. Asas yang dibina dan dipupuk pada peringkat rendah ini
dapat memberi kesedaran mengenai kepentingan sejarah dan relevan
sejarah dalam kehidupan masa kini. Peritiwa sejarah yang menarik juga akan
menimbulkan rasa ingin tahu yang lebih tinggi dalam kalangan pelajar.
Sejarah juga adalah satu disiplin ilmu yang diperlukan oleh setiap
manusia dimuka bumi ini. Menurut Karl Jaspers (1965), manusia kini hidup
dalam satu warisan ilmu sejarah yang agung. Setiap manusia juga
mempunyai sejarah masing-masing. Mohd Yusof Ibrahim (2009) pula,
2
manusia akan tertarik terhadap masa lalu kerana masa lalu merupakan
sesuatu yang berguna bagi mereka. Seseorang itu akan tertarik mendampingi
dirinya dengan pengalaman hidupnya kerana pengetahuan dimasa lalu yang
akan didapatinya itu membolehkan ia mengenali dirinya. Justeru itu, semua
manusia mempunyai coretan sejarah dalam kehidupan mereka bezanya
cuma samaada seseorang itu mampu menggunakan sejarah hidup dengan
sewajarnya untuk menjadi insan yang lebih baik daripada masa lalu ataupun
sebaliknya.
Dengan itu, mata pelajaran sejarah telah diperkenalkan bagi
membolehkan murid memahami tingkah laku manusia, sebab dan akibat,
keunikan sejarah tanah air dan kegemilangan negara bagi melahirkan
warganegara yang patriotik dan menyanjung amalan demokrasi di Malaysia.
Apabila sejarah dipelajari ia bukan sahaja memberi kesan kepada individu
namun secara tidak langung akan meninggalkan kesan masyarakat dan
negara. Walaupunbegitu, bagi melahirkan warganegara yang patriotik dan
bersatu padu, elemen kewarganegaraan dan nilai sivik perlu dirterapkan
dalam mata pelajaran Sejarah.
3.0 Keberkesanan penerapan elemen kewarganegaraan dan nilai
sivik melalui subjek sejarah dalam melahirkan warganegara yang
bersemangat patriotik dan bersatu padu.
Menurut kamus Dewan Edisi Keempat, kewarganegaraan adalah perihal
warganegara atau kerakyatan sesebuah negara. Manakala nilai sivik
merupakan ilmu tatarakyat; hak, perasaan tanggungjawab, dan sebagainya
dalam diri seseorang terhadap masyarakatnya. Justeru itu, elemen
kewarganegaraan dan nilai sivik merupakan perkara yang berkaitan rapat
dengan seseorang warganegara dalam memahami dirinya sebagai
warganegara dan tanggungjawab yang dipikulnya. Manakala elemen ini dapat
dimasukkan dalam sejarah kerana sejarah mampu menerangkan secara tidak
3
langsung mengenai elemen melalui peristiwa sejarah. Dengan itu, ia
bergantung bagaimana guru menerangkan peristiwa sejarah tersebut untuk
membolehkan pelajar mengetahui elemen kewarganegaraan dan nilai sivik
agar dapat dijadikan pedoman untuk menjadi warganegara yang patriotik dan
bersatupadu.
Antara elemen kewarganegaraan dan nilai sivik dalam sejarah yang
mampu melahirkan warganegara yang bersemangat patriotik adalah
berbangga dengan sejarah asal usul. Menurut Mohd Yosuf Ibrahim (2000),
insan yang menyedari tentang masa lalunya akan merasa bangga kerana
dapat mengenang pengalaman hidupnya yang mungkin terdiri daripada
pelbagai peristiwa manis dan pahit. Bagi rakyat yang menyedari masa lalu
negara seperti kegemilangan zaman Kesultanan Melalyu Melaka akan
merasa bangga dengan kegemilangan tersebut. Menurut Ali Ahmad (1978),
karya agung Sejarah Melayu banyak menyebut tentang kemilangan kerajaan
Melayu Melaka. Sebagai contoh, Melaka muncul sebagai pusat perdagangan
antarabangsa pada pertengahan abad ke-15. Kegemilangan Melaka dalam
bidang perdagangan telah dinyatakan dalam buku Sejarah Melayu iaitu :
" Maka segala dagang atas angin dan bawah angin sekaliannya datang
ke Melaka; terlalu ramai Bandar Melaka pada zaman itu." (Sumber :
W.G Shallebear,1612,Sejarah Melayu, edisi1977)
Sesuatu perkara yang membanggakan semestinya akan dibukukan
agar pengalaman tersebut dapat dikekalkan dalam ingatan. Kemampuan
negara dalam membina bangunan Menara Berkembar Petronas juga
merupakan sesuatu perkara yang membanggakan. Dengan itu, rakyat akan
berusaha untuk mengekalkan dan memelihara warisan negara tersebut.
Menurut Arthur Marwick (1985), masyarakat manusia memang memerlukan
sejarah, masyrakat kita yang canggih hari ini memerlukan banyak sejarah.
Kita semua sentiasa memandang kepada sejarah, sentiasa membuat
pengadilan sejarah. Sejarah banyak membentuk manusia kini.
4
Mohd Yusof Ibrahim juga mengatakan bahawa masa lalu itu adalah
asas yang kukuh dan nyata bagi masa kini dan masa kini pula adalah
bayangan bagi masa akan datang. Misalnya, Malaysia mengekalkan warisan
politik yang mengamalkan sistem pembesar sejak zaman Kemilangan Melayu
Melaka di mana pucuk kepimpinan dibantu oleh pembesar lain. Jika kini
digelar menteri yang mempunyai bidang masing-masing yang menyokong
tampuk pemerintahan. Hasilnya, rakyat dapat hidup aman makmur dengan
sistem pemerintahan yang stabil dan teratur tanpa berlaku pergolakkan politik
seperti yang berlaku dinegara lain. Dengan memahami warisan sejarah ini,
rakyat akan berusaha membela negara ini agar warisan sejarah yang
dipelihara dapat dipertahankan.
Seterusnya, mengambil ikhtibar kesan penjajahan kuasa luar keatas
negara juga merupakan elemen kewarganegaraan dan nilai sivik dalam
sejarah yang mampu melahirkan rakyat yang berjiwa patriotik. Menurut
Eh. Carr (1984),Sejarah adalah dialog yang tak pernah selesai antara masa
sekarang dan lampau. Penulisan sejarah mampu menunjukkan gambaran
mengenai peristiwa masa lalu yang membolehkan pembaca merasai dan
empati mengenai peristiwa tersebut. Penjajahan yang bermula semasa
Portugis menyerang Melaka sehingga British memerdekakan Tanah Melayu
telah cukup mengambar betapa peritnya kehidupan masyarakat ketika itu.
Ghazali (1978) telah mengkaji kehidupan masyarakat Johor semasa
pemerintahan Jepun. Beliau telah mengambarkan betapa kejam terhadap
penduduk. Pada ketika itu, penduduk terpaksa berhadapan dengan
kemelesetan ekonomi, penderitaan hidup rakyat, dasar pendudukan Jepun
yang menindas penduduk dan perbuatan kasar pihak Jepun keatas penduduk
tempatan.
5
Tanah Melayu juga pernah mengishtiharkan darurat pada tahun 1948
sehingga tahun 1960. Darurat telah menyebabkan keadaan hidup masyarakat
bertambah terbeban dan sengsara. Penduduk diperintahkan berkurung dan
menimbulkan banyak masalah seperti kekurangan makanan dan kemelesetan
ekonomi. Tunku Abdul Rahman (1980), menyatakan menjelang akhir bulan
Julai tahun 1960, seramai 6710 orang anggota PKM telah terbunuh, 511
orang polis terkorban, 519 anggota tentera kehilangan nyawa dan 2473 orang
awam terbunuh. Gambaran penderitaan dan kesengsaraan yang dialamai
oleh penduduk semasa pemerintahan penjajah cukup untuk menyedarkan
kita bahawa kita perlu mempertahankan kedaulatan negara ini. Dengan
peristiwa ini juga dapat membantu murid dalam mengembangkan lagi asas
pemikiran Sejarah dimana dapat mengimaginasi dan impati. Justeru
mendokong tunjang kurikulum standard sekolah rendah iaitu perkembangan
fizikal dan estetika.
Dinoysios seorang sejarawan yang terkenal menganggap sejarah itu
sebagai satu falsafah yang memberikan pengajaran melalui contoh-contoh.
Rakyat perlu mempelajari sebab dan akibat peristiwa sejarah itu berlaku agar
tragedi yang boleh membahayakan rakyat serta negara tidak berulang lagi.
Peristiwa masa lalu dapat dijadikan ikhtibar dan landasan bagi merangka
kehidupan yang akan datang. Melalui gambaran masa lalu yang trajis itu akan
mendorong rakyat untuk mencari altenatif agar peristiwa tersebut tidak
berulang sekali gus ingin mempertahankan negara. Rakyat juga dapat
mengetahui dan memahami sejarah pembentukkan negara dan dapat
mengamalkan sikap serta perlakuan berkhemah yang sewajarnya perlu ada
pada rakyat. Dengan itu, penerapan elemen kewarganegaraan dan nilai sivik
melalui sejarah ini mampu melahirkan rakyat yang bersemangat patriotik.
Bagi melahirkan warganegara yang bersatu padu melalui elemen
kewarganegaraan dan nilai sivik dalam sejarah juga dapat direalisasikan.
Antaranya adalah dengan membolehkan rakyat menerima perbezaan kaum,
budaya dan agama. Sejak bermulanya era perdagangan, penduduk di Tanah
6
Melayu telah menerima imigran dan telah bercampur aduk dengan penduduk
asal. Menurut Ismail bin Said (2012), struktur masyarakat di Malaysia berubah
adalah disebabkan oleh migrasi dari luar dan juga faktor penolak dan penarik.
Migrasi ini berlaku sedikit demi sedikit sebelum penjajahan barat, tetapi
berleluasa setelah penjajahan berlaku. Contohnya pada zaman Kesultanan
Melayu Melaka, perubahan srtuktur hanya disebabkan oleh pedagang yang
datang berdagang dan berkahwin dengan penduduk tempatan. Pada zaman
penjajahan British pula, migrasi besar-besaran telah berlaku dimana buruh
asing dari China dan India telah dibawa masuk bagi mengisi ruang pekerjaan
dalam ladang getah dan lombong bijih timah. Hasil interaksi beberapa faktor
sejarah ini telah mewujudkan masyarakat majmuk.
Menurut Mohd Yusof Ibrahim (2009), sejarah merupakan suatu proses
yang bersambungan di mana kita dapat merasakan bahawa sesuatu peristiwa
yang kita hadapi pada hari ini merupakan sebahagian daripada peristiwa
semalam dan kemungkinan besar pula akan menunjang menjadi sebahagian
daripada peristiwa yang akan berlaku pada masa akan datang. Dalam erti
kata lain, apa yang berlaku semalam memberi kesan kepada hari ini dan
seterunya pada masa akan datang. Sehubungan itu, dengan memahami
sejarah asal usul pembentukan masyrakat majmuk dapat menyedarkan
masyarakat untuk menerima perbezaan kaum, budaya dan agar agar dapat
melahirkan masyarakat yang satu padu. Pembentukan masyarakat kini tidak
perlu dipertikaikan lagi dan tidak sepatutnya berlaku perpecahan antara kaum
kerana mereka semua merupakan warganegara Malaysia yang
bertanggungjawab untuk menjaga kemakmuran negara.
Jika dilihat pada sejarah, kemerdekaan juga tidak akan dapat dicapai
apabila tiada permuafakatan antara parti politik yang terdiri daripada pelbagai
kaum. Berdasarkan Mohd Sohaimi et. all (2011), kemerdekaan hanya
diperoleh setelah ketiga-tiga kumpulan etnik iaitu Melayu, Cina dan India
bersatu dalam Parti Perikatan untuk mendesak Inggeris membebaskan
Tanak Melayu. Sikap pemimpin ketiga-tiga Parti yang mengamalkan sikap
7
tolak ansur dan sanggup membentuk permuafakatan turut mengukuhkan
kerjasama antara kumpulan etnik yang mereka wakili. Keadaan ini
mempermudahkan lagi proses kemerdekaan. Dengan itu, rakyat perlu
mengamalkan elemen kewarganegaraan dan nilai sivik dengan menerima
perbezaan kaum, agama dan budaya agar dapat melahirkan masyarakat
yang bersatu padu.
Elemen menghormati amalan kepelbagaian kaum , budaya dan
agama juga mampu membentuk masyarakat yang bersatu padu. Disebabkan
oleh pembentukan masyaraakat majmuk, sememangnya masyarakat itu
mempunyai banyak perbezaan. Kesan daripada dasar pecah dan perintah
British memburukkan lagi pembentukkan perpaduan dalam kalangan
masyarakat. Namun begitu, hidup secara berasingan dan mengekalkan
budaya masing-masing bukanlah satu batu penghalang apabila masyarakat
sedia bersatu padu dan saling hormat menghormati antara satu sama lain.
Kita sememangnya tidak menginginkan tragedi13 Mei 1969 berulang
kembali. Keadaan ini terjadi apabila masyarakat berpecah belah dan hanya
mementingkan parti masing-masing, pihak lain yang tidak menghargai dan
menghormati pembentukan masyarakat plural akan mengambil kesempatan
dalam keadaan tersebut. Menurut Ismail Said (2012), pihak pembangkang
telah mengambil masalah perkauman sebagai modal untuk bertanding dalam
pilihan raya. Isu-isu sensitif telah dibangkitkan bagi memburukkan lagi
hubungan antara kaum. Pergaduhan politik ini telah mengakibatkan 6000
orang kehilangan rumah dan 180 orang terbununuh. Darurat juga
diisytiharkan diseluruh negara. Peristiwa ini memberi pengajaran mendalam
bagi rakyat untuk sentiasa bersatu padu dengan menghormati amalan
pelbagai kaum, budaya dan agama.
8
Selain itu, masyarakat yang bersatu padu juga dapat dibentuk melalui
elemen memartabat Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan dalam
sejarah. Sejak Perlembagaan Tanah Melayu 1957 diperkenalkan lagi,
kepentingan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan telah termaktub
dalam perlembagaan. Berdasarkan Mohd Suhaimi et. all (2011), bahasa
kebangsaan penting dalam konteks pembinaan negara bangsa kerana berkait
dengan persoalan ideologi, nasionalisme, integrasi nasional dan identiti
nasional. Kebolehan untuk bertutur dalam satu bahasa mampu
menyatupadukan masyarakat agar mereka dapat berinteraksi dengan baik
dan dapat mengelakkan berlaku salah faham. Keadaan ini mampu
membentuk masyarakat yang mempunyai sifat sepunya dan kebersamaan.
Dengan itu, dalam melahirkan rakyat yang berjiwa patriotik dan bersatu padu,
penerapan elemen kewarganegaraan dan nilai sivik perlu dimasukkan dalam
sejarah.
4.0 Rumusan
Penerapan elemen kewarganegaraan dan nilai sivik dalam sejarah dapat
melahirkan masyarakat yang bersemangat patriotik. Melalui mata pelajaran
sejarah, elemen kewarganegaraan dan nilai sivik perlu sentiasa ditekankan
oleh guru agar murid lebih faham mengenai kewujudkan elelmen tersebut
berdasarkan sejarah. Perkara ini bergantung dengan kreativiti guru dalam
merancang, mengolah dan melaksanakan pendekatan, kaedah dan teknik
secara bersepadu dan sistematik. Proses pengajaran dan pembelajarn
perlulah disusun atur terlebih dahulu bagi memudahkan murid-murid
memahami peristiwa sejarah dalam elemen kewarganegaraan dan nilai sivik
yang terdapat dalam peristiwa sejarah tersebut serta lebih seronok
mengetahui peristiwa-peristiwa sejarah.
9
Penerapan elemen kewarganegaraan dan niai sivik dalam sejarah juga
sekali gus mampu merealisasikan tunjang kurikulum standard sekolah
rendah. Terdapat enam tunjang yang perlu direalisasikan dalam mata
pelajaran sejarah begitu juga mata pelajarn yang lain. Dengan belajar
sejarah, murid dapat memperoleh kemahiran asas pemikiran sejarah yang
sememangnya secara langsung berkaitan dengan tunjang yang ingin dicapai.
Justeru, murid akan lebih tertarik untuk belajar sejarah dan akan menjadi
warganegara yang bersemangat patriotik dan bersatu padu
Kesimpulannya, saya berharap agar tugasan yang saya laksanakan
adalah menepati kehendak soalan. saya telah menyertakan bibliografi di
bahagian lampiran untuk memudahkan pembaca membuat pembacaan lanjut
terhadap maklumat yang saya gunakan dalam tugasan ini.
10
top related