konvokesyen ke-57 · hari graduasi mereka. menurut beliau lagi, hari graduasi merupakan hari yang...
Post on 25-Dec-2019
27 Views
Preview:
TRANSCRIPT
Konvokesyen Ke-57
UTM Komited dalam Menyediakan Platform dan Ekosistem Pendidikan Tinggi
Kepimpinan Yang Mantap Julang Kecemerlangan UTM
Saingan Sengit Dan Perubahan Pantas Cabaran Utama Pendidikan Tinggi Masa Kini
‘Kesepaduan Budaya’Festival Konvokesyen UTM Ke-57 Medium Mengenali Budaya Malaysia dan Antarabangsa
Kesibukan Bekerja Bukan Halangan Untuk Menamatkan Pengajian
Johor Bahru, 23 Oktober - Tidak dinaikan bahawa kepimpinan yang mantap dan diikuti oleh sokongan anggota organisasi akan menjadikan sesebuah organisasi itu gilang-gemilang. Di UTM sendiri, dengan kepintaran dan kewibawaan pemimpinnya yang silih berganti sejak penubuhannya terus memacu Universiti ke persada kecemerlangan. YBhg. Pro-Canselor UTM Tan Sri Dr. Salleh bin Mohd. Nor dengan penelitian beliau dari aspek kepimpinan ini telah melihat bahawa di UTM, kewibawaan pemimpin telah menjadikan UTM sebagai Universiti Awam yang unggul di rantau ini.
Seperti kata beliau ketika berucap di Majlis Konvokesyen UTM kali ke-57, “kesinambungan kepimpinan UTM yang kini diterajui oleh YBhg. Prof. Datuk Ir. Dr. Wahid bin Omar telah menyaksikan UTM telah berjaya sejak dari tahun ke tahun memperbaiki kedudukan dalam QS World University Ranking 2016. Bagi tahun ini pula, UTM telah komited untuk memastikan kelestarian pendidikan tinggi ke arah penghasilan berimpak.”
Kecemerlangan kepimpinan ini juga telah berjaya mengangkat UTM terus tersohor di peringkat antarabangsa. Kekuatan dan kelebihan ini membolehkan UTM meneroka ruang untuk menjalin kerjasama strategik dengan syarikat, agensi, dan institusi pengajian tinggi terkemuka di dalam dan luar negara.
Aspek penjenamaan UTM juga telah menjadi semakin kukuh dengan tagline Innovative, Entrepreneurial and Global. Malah, UTM juga telah sekian lama mewujudkan suasana kampus berkonsepkan kampus lestari yang hijau bersih dan semula jadi lagi kondusif. Persekitaran berkualiti ini sangat menyokong kepada pembudayaan ilmu dan ini merupakan satu kelebihan yang sangat besar kepada warga UTM.
Dari tinjauan dalam kalangan graduan juga, kelebihan yang disebutkan tadi memang telah menarik mereka untuk mencari ilmu di UTM. Suasana pembelajaran juga amat memberansangkan untuk bersama mencari kecemerlangan. Dalam ucapan Tan Sri juga, beliau merakamkan penghargaan kepada warga Universiti, iaitu “justeru, saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada seluruh warga UTM yang telah mencapai kejayaan yang amat membanggakan ini. Sesungguhnya, kejayaan ini terhasil daripada kerjasama gigih semua pihak.”
KEPIMPINAN YANG MANTAPJULANG KECEMERLANGAN UTM
Johor Bahru, 23 Oktober - Persaingan yang tinggi dan perubahan teknologi yang pantas merupakan cabaran yang amat penting dalam pengurusan Universiti Awam masa kini. Semua Universiti Awam sentiasa berusaha menarik calon mahasiswa yang berpotensi tinggi untuk menerokai ilmu. Persaingan ini semakin sengit bilamana perubahan teknologi begitu cepat. Ini termasuk dalam teknologi maklumat dan komunikasi media. Teknologi kini menjurus kepada berada di hujung jari dan bergerak tanpa sempadan.
Ujar YBhg. Datuk Naib Canselor UTM ketika berucap dalam Majlis Konvokesyen UTM ke-57 baru-baru ini, “antara cabaran besar institusi pendidikan tinggi hari ini ialah perubahan yang sangat pantas dalam landskap pendidikan tinggi di peringkat global. Terdapat persaingan sengit yang memerlukan model pengurusan baharu yang cekap dan berkesan supaya UTM terus relevan kepada pelajar, ibu bapa, industri, dan pemegang taruh yang lain.”
Pengurusan yang cekap menuntut kegigihan pemimpin Universiti Awam khasnya UTM menangani cabaran era ini dan lebih-lebih lagi arah aliran bantuan dana kerajaan yang semakin mengecil. Menurut Naib Canselor lagi, pelbagai usaha telah diatur oleh pihak UTM untuk terus relevan mahupun untuk mengungguli pesaing. Antaranya, UTM secara berterusan dan bersungguh-sungguh berusaha ke arah mempertingkatkan reputasinya secara holistik melalui pendekatan kreatif, inovatif, dan entrepreneurial. Kini, UTM berada dalam kelompok 25 universiti terbaik dunia dalam kalangan universiti berusia 50 tahun mengikut penarafan QS. Kecemerlangan ini adalah berkat kerja keras dan pengorbanan semua warga UTM dalam bidang teras universiti, iaitu pengajaran, penyelidikan, penerbitan, perundingan, dan perkhidmatan kepada masyarakat.
Di komuniti setempat pula, UTM sangat menghargai kepercayaan pelbagai pihak menyediakan ruang dan peluang kepada UTM bagi memanfaatkan kepakaran dan khazanah ilmu bagi kebaikan masyarakat. Dalam konteks ini, UTM dan kerajaan negeri Johor telah menubuhkan Institut Inovasi Strategik Johor bagi membudayakan dan memperkasakan inovasi dan keusahawanan secara strategik dalam memperkukuhkan pembangunan ekonomi negeri Johor selaras dengan gagasan Johor Maju.
Johor Bahru, 22 Oktober –
Bersempena Majlis Konvokesyen
UTM Kali ke-57, Naib Canselor
UTM, YBhg. Prof. Datuk Ir. Dr. Wahid
bin Omar mengalu-alukan semua
yang hadir ke Festival Konvokesyen
(FESKO) Ke-57, iaitu acara tahunan
terbesar di Dataran UTM. Dalam
ucapan aluannya, Naib Canselor
berkata, “pihak Universiti sentiasa
komited dalam menyediakan
platform dan ekosistem pendidikan
tinggi yang terbaik kepada para
mahasiswa UTM menerusi
penganjuran pelbagai program
pembangunan berunsur akademik,
sahsiah, kepimpinan, keusahawanan,
kerjaya dan lain-lain selaras dengan
aspirasi bagi melahirkan graduan
yang seimbang dan holistik seperti
yang digariskan dalam Pelan Global
UTM 2020 (Fasa II 2015-2017).”
“Kerangka yang diperkenalkan
oleh universiti ini secara jelas
menggariskan proses menuntut
ilmu hendaklah bersifat lebih segar,
menyeluruh, dan bersepadu selaras
dengan Konsep “Total Learning
Experience”, tegas Naib Canselor.
“Malah, ini adalah bertetapatan
dengan hasrat kerajaan dalam
melahirkan graduan yang bukan
sahaja mempunyai ilmu dan
kemahiran asas yang mantap,
bahkan mampu menjadi modal
insan berguna kepada negara
seperti yang digariskan dalam Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia
2015-2025 (Pendidikan Tinggi).”
Justeru itu, penglibatan
mahasiswa dalam aktiviti seperti
FESKO kali ke-57 diharap dapat
memupuk akhlak dan adab yang
baik, berdisiplin, berintegriti dan
sentiasa bertanggungjawab di
atas apa jua yang diusahakan.
Beliau turut berbangga dengan
strategi pelaksanaan yang telah
menghasilkan kejayaan dan meraih
keuntungan. Mengakhiri ucapan,
beliau mengucapkan syabas
kepada para graduan yang diraikan
dan berharap pengetahuan dan
pengalaman selama pengajian
mereka di UTM dapat dimanfaatkan
dengan sebaiknya dan menjadi
perubahan kepada lebih baik untuk
diri, keluarga, agama, bangsa, dan
negara.
Sementara itu, DYMM Raja
Zarith Soiah binti Almarhum Sultan Idris Shah, Permaisuri Johor selaku
Canselor UTM telah mencemar duli
berangkat hadir menyempurnakan
majlis perasmian FESKO ke-57 di
Dataran UTM. Kemuncak acara
perasmian FESKO ke-57 telah
disempurnakan oleh DYMM Tuanku
Canselor dengan menyentuh
butang di tablet dan sekali gus
pancaran perkataan FESKO ke-57
berwarna-warni terhasil menerangi
pentas, diikuti kepulan asap
menandakan festival konvokesyen
bermula. Turut menyaksikan majlis
ini ialah YBhg. Pro-Canselor dan
isteri, Pengerusi Lembaga Pengarah
Universiti dan isteri, tetamu-tetamu
jemputan, Pegawai-pegawai Kanan
dan Ahli Senat, Majlis Perwakilan
Mahasiswa, rakan media UTM,
tenaga penggerak festival,
mahasiswa dan mahasiswi, para
graduan, serta penduduk sekitar
Johor. Majlis perasmian diakhiri
dengan penyerahan cenderahati
berbentuk potret Tuanku Canselor
yang dilukis oleh pelajar UTM, diikuti
sesi lawatan ke tapak festival, iaitu
melawat ke gerai-gerai jualan, serta
Majlis Santapan di Rumah Alumni.
Hadirin turut dihiburkan dengan
persembahan montaj festival
konvokesyen, persembahan
kebudayaan oleh pelajar UTM,
serta nyanyian oleh artis, Black
Hanaiah. FESKO ke-57 dijadualkan berlangsung dari 20-26 Oktober
2016 dengan pelbagai aktiviti
menarik. Antara barisan artis yang
akan menyerikan sepanjang festival
berlangsung ialah Hazama, Ajak
Shiro, dan Abam Bocey.
Johor Bahru, 22 Oktober – Dalam ucapan
aluannya, Pengarah Festival Konvokesyen
Ke-57, saudara Nik Mohd Faris bin Nezam
berkata, “tema ‘Kesepaduan Budaya’ telah
dipilih sebagai tema festival kali ini yang
menekankan kefahaman budaya pelbagai
kaum dalam kalangan pelajar tanpa
mewujudkan isu perkauman tetapi sebaliknya
turut mendedahkan budaya pelajar
antarabangsa kepada semua masyarakat.”
“Festival konvokesyen diadakan bukanlah
sekadar hiburan semata-mata, sebaliknya
mempunyai matlamat tersendiri, iaitu
untuk meraikan dan memberi penghargaan
kepada mahasiswa UTM yang menyambut
Hari Graduasi mereka.” Menurut beliau lagi,
“Hari Graduasi merupakan hari yang amat
bersejarah buat semua individu yang bergelar
mahasiswa. Justeru itu, Festival Konvokesyen
ini seharusnya dapat menambahkan lagi
kemanisan di hari penting dan bersejarah ini.”
Nik Mohd Faris mengakhiri ucapan beliau
dengan menambah, “program sebegini
diharap dapat menjadi satu platform dan
medium untuk mengenali antara mahasiswa
dan juga masyarakat luar secara amnya.”
Johor Bahru, 22 Oktober – Kesibukan bekerja bukan halangan untuk menyambung pengajian ke peringkat yang lebih tinggi. Hal ini dibuktikan dengan kejayaan 514 bakal graduan Program Pengajian Separuh Masa UTM di bawah kendalian Sekolah Pendidikan Profesional dan Pendidikan Berterusan (UTM SPACE). Lebih menarik lagi, seramai 72 orang daripada mereka mendapat kejayaan cemerlang dengan mendapat kelas pertama dan diraikan dalam Majlis Anugerah Dekan & Hadiah UTM SPACE sempena Konvokesyen UTM ke-57. Turut diraikan ialah Penerima Hadiah Akademik seramai 47 orang graduan yang telah memperoleh PNGK 3.50 ke atas (Diploma) dan PNGK 3.67 ke atas (Sarjana Muda).
Dalam majlis yang sama, UTM SPACE juga telah memberi hadiah Khas UTM SPACE kepada dua orang graduan adik-beradik. Selain itu, turut menerima hadiah khas adalah kategori suami/isteri, iaitu seramai empat pasangan yang berjaya menamatkan pengajian. Hadiah
Khas Kategori Veteran pula diberikan kepada Kamaruddin bin Mohamad yang menamatkan pengajian Sarjana Muda Sains dan Komputer serta Pendidikan (Matematik) pada usia 53 tahun.
Sementara itu, bakal graduan Diploma Sains serta Pendidikan (Pengajian Islam), Siti Hajar binti Ahmad, iaitu seorang guru yang berasal dari Johor Bahru merupakan calon graduan tunggal yang berjaya menerima tiga anugerah, iaitu Anugerah Dekan, Hadiah Akademik, serta Anugerah Khas Kategori Adik-Beradik UTM SPACE.
Majlis tersebut telah disempurnakan oleh Prof. Ir. Dr. Mohd Azraai bin Kassim, Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif UTM SPACE serta disertai oleh Dekan SPACE, ahli pengurusan UTM SPACE, serta ahli keluarga graduan yang diraikan.
Sehingga kini, UTM telah berjaya melahirkan seramai 15,712 orang graduan Program Separuh Masa sejak konvokesyen ke-18.
http://web.utm.my/convocation/ facebook: Info Terkini Konvo UTM
NURUL SYAKIRA ABDUL RALID(23 TAHUN)
Sarjana Muda Senibina Landskap
“UTM is awesome! Saya bangga menjadi anak didik UTM.”
MUHAMAD NOR RUSYDI MARLAN (21 TAHUN)
Diploma Pengurusan Teknologi
“UTM is the best university in
Malaysia. I’m glad to be known as
UTM’s graduate.”
LEE XIN JING (21 TAHUN)
Diploma Pengurusan Teknologi Perakaunan
“Saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada UTM, keluarga dan kawan-kawan seperjuangan
kerana akhirnya saya berjaya menghabiskan pengajian ini. Tahniah dan syabas kepada semua graduan!”
NORAZURIN AMIR (27 TAHUN)
Ijazah Sarjana Muda Pembangunan Sumber Manusia
“Terima kasih kepada emak dan ayah, keluarga, para pensyarah UTM, serta rakan-rakan yang
banyak memberi sokongan kepada saya sehingga tamat pengajian di UTM ini.”
MAZIANA HASUT (41 Tahun)
Sarjana Muda Ukur Bahan
Sangat bersyukur kerana berjaya menamatkan pengajian di UTM yang
disayangi. Sejak SPM saya bercita-cita untuk belajar di UTM dan hari ini saya
berjaya ke puncaknya.
MUHAMMAD FIKRI AFIF MUHAMMAD YAZID
Sarjana Muda Sains Komputer
UTM is awesome! Pusat pengajian yang memberi pelbagai peluang dan ruang pada kami untuk mendalami bakat dan
ilmu pengetahuan. Terima kasih!
MUHAMMAD IKHWAN NAQIB MD. SHAH (21 Tahun)
Diploma Pengurusan Teknologi (Perakaunan)
Pembelajaran yang sangat seronok di UTM. Terbaik…!!!
top related