kesan kesan bencana alam
Post on 24-Jun-2015
37.687 Views
Preview:
TRANSCRIPT
1.0 Pendahuluan
Bencana merupakan sesuatu kejadian yang berlaku secara mengejut, bersifat kompleks
dan mengakibatkan kehilangan nyawa, kemusnahan dan kerosakan harta benda atau alam
sekitar serta menjejaskan aktiviti kehidupan individu atau masyarakat setempat yang menjadi
mangsa turut memberikan impak sosial dan emosi kepada mangsa ekoran kejadian tersebut.
Disebabkan kekerdilan sifat manusia, bencana alam sering menyebabkan keadaan darurat,
sehingga menyebabkan kerugian kewangan dan struktur, malah sampai kematian. Kerugian ini
bergantung kepada kemampuan untuk mengelak atau menghindari bencana dan ketahanan
mereka .
Bencana alam adalah kesan buruk daripada kejadian atau gabungan semula jadi yang
membentuk letusan gunung berapi, gempa bumi, tanah runtuh dan taufan yang memiliki
kekuatan dan akibat yang berbeza-beza mengikut jenis bencana alam yang berlaku. Bencana
alam dalam sekelip mata mampu membuat sebuah kota dan penghuninya tinggal dalam
kesusahan. Perkara yang paling penting ialah, tiada seorang pun manusia yang memiliki
kekuatan untuk melawan ataupun mencegah bencana alam ini daripada terus berlaku.
Pengurusan kejadian ini memerlukan pengendalian yang melibatkan sumber, peralatan,
kekerapan dan tenaga manusia yang ekstensif daripada banyak agensi serta penyelarasan
yang berkesan, dalam mana kemungkinan memerlukan tindakan yang kompleks dan
jangkamasa yang panjang. Bagi setiap kejadian bencana yang berlaku, tindakan segera diambil
dalam konteks penyediaan keperluan asas kepada mangsa seperti makanan, tempat
perlindungan sementara dan pakaian kepada mangsa yang terlibat dalam bentuk jangka
pendek.
1
Dunia bukanlah satu tempat yang tenang dan tenteram, kita sering dikejutkan dengan
berita-berita buruk yang melanda dunia. Nyawa manusia sering terancam dengan pelbagai
ancaman alam, baik dari luar mahu pun dari dalam. Meteor dan asteroid misalnya, hanyalah
sebahagian kecil yang mungkin menjadi ancaman terhadap bumi dari luar angkasa. Walaupun
bumi ini nampak kukuh, namun bahagian dalamnya memiliki inti dari pelbagai elemen cecair
yang sekirnya dimuntahkan ke permukaan bumi boleh memudaratkan kehidupan manusia.
Bencana alam dapat menyerang pada bila-bila masa sahaja dan boleh meninggalkan kesan
yang amat teruk dan boleh mengakibatkan kehilangan harta benda dan nyawa.
Bencana alam ini terjadi disebabkan ketidakseimbangan alam yang rumit yang
diciptakan oleh Allah. Namun begitu. Kemungkinan terjadinya bencana alam yang
menghancurkan ini mungkin datang dari Allah itu sendiri, untuk mengingatkan manusia melalui
peristiwa yang terjadi misalnya gempa bumi yang menyebabkan ribuan wanita dan kanak-kanak
mati dan lebih banyak lagi yang terluka. Masyarakat yang tidak memperdulikan peringatan Allah
cenderung untuk menyebut kejadian seperti ini sebagai fenomena alam dan tidak mampu
memahami bahawa Allah menciptakannya untuk tujuan tertentu.
2.0 Kesan-kesan bencana alam.
Secara umumnya, terdapat pelbagai kesan sama ada kesan negatif atau kesan positif
yang akan berlaku sekiranya bencana alam ini menimpa masyarakat di sesebuah kawasan,
yang pastinya kesan negatif itu akan lebih ketara daripada kesan positif. Bencana alam ini
semestinya akan memberikan impak yang besar kepada negara dan masyarakat yang
menerima bala ini.
2
2.1 Kerosakkan infrastruktur dan harta benda awam.
Bencana alam seperti banjir besar, gempa bumi, tanah runtuh dan sebagainya
sememangnya akan menyebabkan berlakunya kerosakkan infrastruktur dan harta benda awam
seperti bangunan, kereta, rumah, jalan raya dan sebagainya. Hal ini akan membawa kerugian
yang amat besar kepada semua penduduk terutamanya kepada kerajaan yang terlibat dengan
bencana alam ini. Kerajaan terpaksa memberi bantuan kepada rakyat dari segi kewangan
mahupun dalam bentuk makanan, perumahan dan sebagainya.
Gempa bumi merupakan kekuatan alam bumi yang paling menghancurkan. Menurut
kajian, setiap dua minit disuatu kawasan di permukaan bumi mengalami keretakan.
Berdasarkan statistik, bumi bergegar jutaan kali dalam setahun. Rata-rata dari jumlah jutaan itu,
300 ribu gempa tergolong dalam gempa yang berskala kecil, getarannya tidak terasa sama
sekali dan tidak menyebabkan kerosakkan. Namun begitu, 20 puluh gempa yang lain
merupakan gempa yang sangat kuat dan gempa inilah yang menyebabkan kerosakkan kepada
bumi dan penduduknya.
Sebagai contoh, gempa bumi yang berlaku di China telah mengakibatkan kemusnahan
banyak rumah dan bangunan pejabat serta infrastruktur elektrik dan komunikasi. Gempa bumi
sekuat 7.8 magnitud itu berlaku pada waktu petang sekaligus mengakibatkan 80 peratus
bangunan di daerah Beichuan Qiang musnah. Ratusan orang tertimbus di Shifang selepas
beberapa buah sekolah, kilang dan asrama musnah. Selain daripada itu, bekalan elektrik dan
air juga turut terputus akibat daripada gempa bumi yang berlaku. Hospital menjadi sesak dan
para pesakit terpaksa dipindahkan ke luar hospital dan duduk untuk menunggu bantuan
daripada pihak hospital.
3
2.2 Ramai nyawa yang terkorban.
Bencana alam yang berlaku tanpa disedari telah meragut banyak nyawa yang tidak
berdosa terutamanya kepada kanak-kanak , warga tua dan wanita. Bencana alam juga telah
menyebabkan ramai yang cedera parah dan kanak-kanak hilang tempat bergantung dan
menjadi anak yatim piatu. Kanak-kanak terpaksa hidup berseorangan tanpa keluarga untuk
memberi sokongan moral dan kata-kata semangat antara satu sama lain. Hal ini akan
menyebabkan mangsa-mangsa bencana alam ini hidup dalam keadaan ketakutan dan tidak
tenteram. Bencana alam adalah sesuatu yang menggerunkan dan boleh mengorbankan orang
ramai tidak mengira usia dan pangkat, mahupun bangsa.
Bencana alam akan mengurangkan populasi manusia yang berada di muka bumi ini,
dalam aspek agama ianya dilihat sebagai satu proses “pembersihan bumi” yang mana manusia
sudah terlalu leka dengan hiburan duniawi dan banyak melakukan dosa semasa hidup. Oleh itu,
Allah telah menunjukkan kuasanya dengan menurunkan bencana. Namun begitu dari sudut
pandang sains, bencana alam ini berlaku disebabkan oleh fenomena alam yang berlaku secara
semula jadi. Misalnya, Gempa bumi tsunami berlaku pada zon terbenam yang mana kepingan
kerak bumi yang dikenali sebagai plat tetonik bertembung sesama sendiri yang telah
menyebabkan satu daripadanya terbenam di bawah yang satu lagi.
Tsunami merupakan salah satu contoh terbaik yang memperlihatkan ramai nyawa yang
terkorban disaat bencana ini berlaku. Tsunami yang berlaku pada 26 disember 2004,
melibatkan beberapa negara di Asia termasuklah negara Malaysia. Namun begitu angka korban
yang tertinggi adalah di Indonesia. Angka kematian yang dicatatkan di Indonesia adalah lebih
kurang 200,000 orang. Angka tersebut hanya untuk negara Indonesia sahaja tidak termasuk
negara lain seperti India, Thailand, Filipina dan negara lain yang terlibat dengan bencana alam
ini.
4
2.3 Penularan penyakit berjangkit.
Setelah bencana alam datang membawa bala, penderitaan para mangsa bencana alam
tidak berakhir begitu sahaja, kehidupan mereka boleh diibaratkan dengan peribahasa ‘sudah
jatuh ditimpa tangga’. Hal ini kerana, setelah berlakunya bencana alam, mangsa-mangsa
tersebut akan kehilangan tempat bergantung dan terpaksa tinggal bersama-sama mangsa
bencana yang lain dalam keadaan yang tidak selesa, sesak dan kotor. Oleh kerana bekalan
elektrik dan air terputus mereka tidak dapat untuk menjaga kebersihan diri dan makan minum
mereka. Hal ini akan menyebabkan kebersihan diri dan persekitaran mereka terabai. Mangsa
bencana terpaksa menunggu bantuan dari pihak yang berkuasa untuk memberi bantuan
kepada mereka.
Mangsa ini terpaksa tinggal bersama mangsa lain yang berkemungkinan boleh
menyebarkan wabak penyakit yang berbahaya seperti campak, demam denggi, penyakit kulit,
hepatits, malaria dan sebagainya. Mangsa terpaksa berkongsi apa sahaja dalam keadaan yang
getir itu. Dalam keadaan itu, sudah pasti hospital-hospital akan berada dalam keadaan yang
sesak dan tidak dapat untuk merawat semua pesakit yang datang untuk mendapatkan rawatan.
Hal ini akan menyebabkan penyakit mangsa ini bertambah teruk dan akan berjangkit kepada
orang lain dan hal ini akan berterusan sehingga akan mendatangkan kematian sekiranya tidak
mendapat rawatan yang sewajarnya daripada hospital.
Keadaan ini juga menyumbang kepada berlakunya peningkatan dalam kes kematian
selain daripada kematian akibat bencana alam yang menimpa.Bencana banjir merupakan
salah satu bencana yang begitu cepat menularkan penyakit kepada mangsa. Umum
mengetahui bahawa air banjir membawa pelbagai jenis bentuk kotoran dan kuman yang boleh
membawa kepada jangkitan sistem penghadaman yang masuk melalui mulut, luka pada kulit
dan mata.
5
Sebagai contoh , bencana banjir yang berlaku di Johor antara 19 Disember 2006 hingga
11 Januari 2007 merupakan kejadian yang terburuk dalam sejarah sejak 100 tahun yang lalu.
Lebih 10,000 penduduk di hampir semua daerah di Johor dan daerah Jasin di Melaka terpaksa
dipindahkan ke pusat perlindungan sementara. Akibat daripada hujan yang berlarutan , ianya
telah menjejaskan perkhidmatan KTM Intercity ke sektor selatan iaitu Johor Bahru dan
Singapura. Antara daerah yang terlibat ialah Johor Bahru, Batu Pahat, Muar, Segamat, Kluang,
Kota Tinggi dan Pontian. Dalam kejadian banjir tersebut, sebanyak 10 kematian dilaporkan dan
kerugian yang dianggarkan mencecah sehingga RM 1.5 bilion.
Lanjutan daripada bencana tersebut, Kerajaan Malaysia telah memperuntukkan
sebanyak RM1.1 bilion bagi tujuan pemulihan infrastruktur yang untuk dilaksanakan oleh
Kementerian/Jabatan berkenaan persekitaran kawasan yang terlibat akan dapat dipulihkan dan
kembali seperti sediakala. Ini adalah satu junlah yang besar yang perlu disediakan oleh pihak
kerajaan, selain daripada Dana Ehsan ( Tabung Kecemasan) dan bantuan dari pihak swasta,
NGO dan individu lain.
2.4 Trauma terhadap bencana alam.
Bencana alam yang berlaku kepada masyarakat sememangnya akan meninggalkan
satu kesan yang amat mendalam kepada mangsa yang mengalaminya, terutamanya kepada
mangsa yang kehilangan ahli keluarga. Hal ini akan menyebabkan mereka merasa amat sedih
dan tidak mempunyai semangat untuk meneruskan hidup bersendirian tanpa ahli keluarga
disisi. Mangsa juga akan sentiasa merasa tidak selamat dan hidup dalam keadaan ketakutan
kerana bimbang tragedi bencana alam itu akan berulang kembali. Mangsa yang mengalami
trauma dikenali sebagai Post-traumatic stress disorder. 1
1 Post-traumatic stress disorder merujuk kepada satu gangguan perasaan yang terjadi setelah melalui atau mengalami suatu peristiwa dahsyat yang mengancam atau menyebabkan kecederaan kepada fizikal atau emosi.
6
Gejala-gejala yang mereka alami antara lain ketakutan jika hujan turun, tidak mahu
mandi kerana takut dengan air, sering termenung dan diam, mudah terkejut, enggan bergaul
dengan teman bahkan cenderung untuk menggelakkan diri daripada masyarakat. Gejala trauma
ini semakin ketara kerana mangsa lebih suka untuk memendam masalah dan tidak biasa untuk
berkongsi masalah-masalah yang dihadapi dengan orang lain sehingga musibah yang
menimbulkan trauma yang hebat seperti tsunami dihadapi sendirian. Hal ini menyebabkan
ramai mangsa yang tidak tahan dengan tekanan ini akan bertindak untuk membunuh diri.
Dalam Islam, setiap umatnya dididik bahawa sebarang kejadian dahsyat atau
malapetaka adalah ketentuan dan takdir Ilahi dan hanya Dia sahaja yang Amat Mengetahui
sebarang kejadian yang belum atau akan berlaku. Dan malapetaka itu berlaku tanpa
pengecualian, iaitu tidak hanya menimpa golongan yang ingkar, tetapi turut menimpa golongan
yang taat dan boleh berlaku di mana-mana sahaja yang Dia kehendaki.. Bencana atau musibah
yang diturunkan itu pula wajar dilihat sebagai ujian kepada umat manusia supaya lebih
bersyukur dan berakhlak mulia dan menerimanya dengan penuh redha, di samping sebagai
penghapus dosa yang telah dilakukan selama ini.
Pendek kata, terdapat perbezaan dari segi tanggapan, pemikiran dan tindakan di sebalik
kejadian yang berlaku dalam kalangan orang ramai. Tanggapan ini turut memberi kesan
terhadap cara dan kaedah masyarakat setempat bertindak dalam menangani bencana ini
seperti penerimaan mangsa terhadap peristiwa yang berlaku di samping persediaan sama ada
dari segi mental dan emosi, mahupun dalam aspek persediaan kecanggihan sistem
teknologinya. Namun begitu, setiap manusia seharusnya bersedia dengan apa sahaja jenis
ujian yang diturunkan oleh Allah kepada umatNya.
7
Malaysia dikategorikan sebagai satu negara yang 'sentiasa selamat' dari sebarang
bencana gempa bumi mahupun letupan gunung berapi atau taufan besar, negara dan
masyarakat telah mengambil langkah selesa dengan tiada persediaan baik dari aspek mental
dan emosi, mahupun dalam langkah-langkah logistik kerana menganggapnya sebagai tidak
relevan atau bebanan kos. Oleh yang demikian, kejadian bencana seperti tsunami itu sudah
pasti memberi kesan yang amat besar dalam kehidupan setiap lapisan masyarakat yang terlibat
di negara ini, lebih-lebih lagi kepada para mangsa.
2.5 Kekurangan sumber makanan.
Bencana alam yang berlaku telah menimbulkan pelabagai masalah kepada mangsa dan
terutamanya kepada pihak kerajaan yang terpaksa bertungkus lumus dalam memikirkan cara
yang terbaik untuk menyelesaikan masalah yang dialami oleh mangsa yang ditimpa bencana
alam ini. Pelbagai masalah yang timbul, antaranya ialah kurangnya sumber makanan, hal ini
berlaku disebabkan banyak perkara. Antaranya ialah kemusnahan tanah pertanian yang
diakibatkan oleh bencana alam seperti Tsunami dan banjir. Tanah-tanah pertanian merupakan
penyumbang utama kepada sumber makanan manusia seperti beras, sayur-sayuran dan
sebagainya. Kemusnahan tanah-tanah pertanian ini telah menyebabkan mangsa bencana
hidup dalam kelaparan dan tidak mendapat zat yang secukupnya.
Oleh itu , Kerajaan terpaksa bertungkus lumus untuk mendapatkan bantuan daripada
negara lain dan menunggu bantuan tersebut untuk sampai dan disalurkan kepada mangsa yang
terlibat. Kerosakkan jalan raya juga menjadi punca kepada berlakunya masalah kekurangan
sumber makanan ini, bantuan-bantuan yang disalurkan kepada mangsa-mangsa bencana tidak
dapat sampai kepada pusat-pusat perlindungan sementara. Kerosakkan jalan raya tersebut
telah menjadi penghalang kepada pasukan petugas ini menghantar bekalan makanan kepada
mangsa.
8
Hal ini telah menyebabkan mangsa terpaksa mengikat perut sehingga bantuan makanan
itu tiba. Kadang kala bekalan makanan yang tiba tidak mencukupi dan tidak dapat menampung
jumlah mangsa yang ramai. Oleh itu, hanya sebahagian mangsa yang mendapat bekalan
makanan. Dalam hal ini, mangsa akan rasa tertekan kerana tidak dibekalkan dengan sumber
makanan yang mencukupi dalam hari-hari mereka menempuh hidup sebagai mangsa bencana
dan kematian akan meningkat kerana mangsa-mangsa bencana ini tidak mendapat vitamin dan
gizi yang sepatutnya mereka perolehi daripada sumber makanan.
Bencana alam seperti kemarau yang berpanjangan serta bahang yang terlalu panas
yang diakibatkan oleh pemanasan global telah memberi impak kepada perubahan geografi
seperti daratan, tumbuhan, haiwan dan sumber asli serta habitatnya. Semuanya dilihat semakin
susut dan mengancam manusia. WFP (Program Pemakanan Sedunia) melaporkan bahawa 57
negara termasuk 29 di Afrika, 19 di Asia dan 9 di Amerika Latin dilanda banjir buruk yang telah
menjejaskan sumber bekalan makanan untuk disalurkan kepada penduduk.
2.6 Kejatuhan ekonomi negara.
Sektor ekonomi akan mengalami masalah sekiranya bencana alam ini menimpa
sesebuah negara itu, hal ini kerana wang kerajaan yang sepatutnya digunakan untuk tujuan
pembangunan yang lain terpaksa digunakan untuk membangunkan semula infrastruktur yang
musnah dan memberi bantuan kepada penduduk negara yang terlibat dengan bencana alam.
Peruntukkan yang diperlukan bukanlah sedikit, ianya menelan belanja sehingga berjuta-juta
ringgit. Perkara ini telah menyebabkan ekonomi kerajaan berada dalam keadaan yang kurang
stabil dan terganggu, setiap perancangan yang telah dirancang dengan teliti oleh pihak
kerajaan terpaksa dilupakan begitu sahaja demi untuk membantu rakyat yang berada dalam
kesusuahan.
9
Sektor ekonomi akan berada dalam keadaan yang lembab disebabkan kurangnya
masyarakat yang bekerja untuk dalam sektor kerajaan ataupun swasta. Hal ini menyebabkan
negara tidak dapat membuat sebarang eksport ke luar negara yang dapat membantu
meningkatkan hasil pendapatan negara. Disamping itu, sumber pendapatan kerajaan yang
diperolehi daripada cukai yang dibayar oleh masyarakat juga tidak diperolehi, kerana kewangan
masyarakat juga berada dalam keadaan yang gawat. Sebagai langkah untuk mempercepatkan
pemulihan ekonomi negara, kerajaan perlu mengambil langah yang drastik dan efektif agar
ekonomi negara dapat dipulihkan dengan secepat mungkin.
Bencana alam yang menimpa negara menyedarkan kita bahawa pentingnya
pengurusan ekonomi secara terperinci di kawasan-kawasan yang terlibat dengan bencana ini,
ianya merupakan satu cabaran yang amat besar untuk mengatasi masalah ekonomi di kawasan
yang terlibat dengan bencana alam. Satu strategi yang jauh berbeza dengan pengurusan
ekonomi pada masa normal perlu difikirkan. Bencana yang amat besar menyebabkan ekonomi
menjadi hancur dan lumpuh. Pasar, kilang, kedai dan syarikat-syarikat semuanya musnah
akibat bencana alam yang melanda sesebuah negara.
Sebagai contoh, gempa bumi yang berlaku di Kobe, Jepun. Kobe merupakan negeri
industri kedua terpadat di Jepun dan pelabuhan yang terbesar selepas Tokyo. Pada jam 5:46
pagi, 17 Januari 1995, satu gempa bumi telah berlaku selama 20 saat. Walaupun hanya 20
saat, kehancuran yang berlaku amat teruk. Gempa tersebut telah menyebabkan negara itu rugi
sebanyak 200 milion dolar2. Hal ini telah menyebabkan ekonomi Jepun berada dalam keadaan
yang kritikal. Jepun juga kehilangan seramai 5200 orang penduduknya, manakala 300,000 ribu
yang lain cedera parah.
2 H.J de Blij, M.H Glantz, S.L Harris, Restless Earth, The National Geographic Society, 1997, Halaman 8.
10
2.7 Menjejaskan sektor pelancongan.
Dalam hal ini, sekiranya sesebuah negara tersebut dilanda bencana alam, sektor
pelancongan yang menjadi penyumbang utama kepada sumber kewangan dan keuntungan
kerajaan akan terjejas. Para pelancong tidak akan berani untuk melawat negara yang
mempunyai sejarah dilanda bencana alam, hal ini disebabkan mereka merasa takut bahawa
kejadian bencana alam yang pernah berlaku sebelum ini berulang kembali. Para pelancong ini
akan membuat keputusan untuk melancong ke negara lain yang dikira lebih selamat kerana
tidak pernah ditimpa bencana alam. Akibat daripada kemerosotan kedatangan pelancong asing,
pengusaha-pengusaha kedai seperti kedai cenderamata juga akan mengalami kerugian. Hal ini
kerana tiada pelancong yang datang untuk membeli barangan yang dijual oleh mereka.
Sebagai langkah mengatasinya, kerajaan perlulah mencari jalan untuk mempromosikan
kembali negara untuk menarik minat dan meyakinkan para pelancong bahawa negara tersebut
adalah selamat untuk dilawati.Sebagai contoh, Pulau Phuket merupakan sebuah pulau yang
amat terkenal dengan keindahan pantai dan keunikkan batu karangnya. Pulau ini juga terlibat
dengan bencana Tsunami yang melanda pada 26 Disember 2004 yang lalu. Hal ini telah
menyebabkan kedatangan pelancong asing merosot dengan mendadak sekali disebabkan para
pelancong ini takut untuk melawat ke negara yang terlibat dengan bencana Tsunami ini, dan
tidak mahu menggadaikan nyawa mereka dengan bertandang ke negara tersebut. Namun
begitu, keadaan ini tidak berpanjangan kerana para pelancong sudah mula melawat negara
tersebut semula. Fenomena bencana alam dilihat hanya memberi sedikit kesan kepada sektor
pelancongan.
11
2.8 Kemusnahan flora dan fauna serta kerosakkan artifak dan warisan sejarah.
Di sepanjang tahun lalu, terdapat beberapa fenomena alam yang membawa kepada
kemusnahan jiwa manusia dan kerosakan fizikal. Bencana yang terjadi tidak mengenal
sebarang sempadan dan apabila ianya berlaku tidak kira sama ada, negara maju atau sedang
maju, kedua-duanya telah bergelut untuk menangani kemusnahan dan kesan pemulihan
kemusnahan. Ada yang merasakan proses pembangunan yang pesat dan tidak terkawal
menyebabkan fenomena ini. Sesetengah pihak merasakan proses globalisasi juga
menyumbang kepada kemusnahan dan bencana alam. Kerosakkan akibat bencana alam
sememangnya menjadi satu kerugian besar kepada generasi akan datang, semakin hari
kepelbagaian flora dan fauna yang menjadi milik bumi semakin lama menjadi semakin pupus.
Sebagai contoh, Gempa bumi yang dahsyat di Sichuan China pada tahun lalu bukan
sahaja mengakibatkan kemalangan jiwa dan kerugian harta benda yang amat serius, tetapi juga
telah merosakkan banyak warisan sejarah dan artifak bernilai di kawasan tersebut. Selepas
gempa bumi itu berlaku, kerajaan telah memulakan kerja membaik pulih bangunan warisan
yang rosak akibat bencana itu. Jumlah peruntukannya dikatakan mencatat angka 6 bilion yuan
RMB.
2.9 Kebaikan bencana alam.
Walaupun bencana alam sering berkaitan dengan kesan-kesan negatif, namun
bencana alam juga memberi banyak kesan positif dalam kehidupan manusia dan alam sekitar.
Kesan-kesan positif ini boleh dikategori dalam pelbagai aspek seperti kesedaran manusia,
membantu dalam sektor ekonomi dan juga kondisi geografi sesuatu kawasan.
12
Kesedaran manusia sejagat merupakan impak terbesar yang dibawa oleh bencana
alam. Contohnya, fenomena tsunami pada tahun 2004. Tragedi yang menakutkan ini telah
mengorbankan 156000 nyawa dan kehilangan serta kerosakan harta benda yang banyak.
Bersamaan dengan itulah, semua negara membuka mata untuk sama-sama membantu
mangsa-mangsa tsunami ini. Pelbagai bantuan telah dihulurkan atas kesedaran dunia betapa
pentingnya ikatan persaudaraan manusia kerana paha kanan dicubit,paha kiri juga turut sama
terasa. Di sini barulah berlakunya semangat pertalian manusia yang sentiasa sahaja berlumba-
lumba ingin menjadi kuasa veto di dunia. Dalam negara pula, persediaan selepas fenomena
tsunami mulai dipersiapkan seperti benteng-benteng dan sistem amaran aras air bagi
membendung tragedi ini berulang dengan kesan yang parah. Kesedaran terhadap tragedi
seperti ini adalah penting bagi memperbaiki diri setiap manusia.
Selain itu, dari segi sektor ekonomi, bencana alam juga sedikit sebanyak memberi
kesan positif dengan pengaliran tunai yang berlaku. Contohnya, di Negara ini bencana alam
seperti banjir kilat dan tanah runtuh sering berlaku. Pada awalnya kerajaan negara tidak
mempunyai idea dalam pengaliran tunai, jadi selepas berlakunya tanah runtuh atau
seumpamanya banyak kehilangan yang berlaku lalu kerajaan prihatin untuk memberi bantuan
kewangan dan kebajikan kepada mangsa-mangsa. Di samping itu, bencana alam juga telah
membantu dalam sektor pelancongan. Contohnya, selepas fenomena tsunami di Acheh, Acheh
menerima kedatangan pelancong asing yang ramai, lebih ramai daripada sebelumnya. Jadi,
bala yang menimpa Acheh sekurang-kurangnya membawa kesan yang positif bagi
membangunkan kembali pembangunannya.
Tambahan itu, bencana alam juga membawa impak positif terhadap geografi di kawasan
tersebut. Contohnya, letusan gunung berapi. Apabila letusan berlaku, gunung berapi akan
memancutkan lahar yang panas yang mampu mencairkan semua benda. Lahar tersebut
menjadikan tanah menjadi subur untuk dijadikan sebagai tanah pertanian. Tanah yang subur
13
tersebut sesuai untuk menjalankan aktiviti pertanian seperti penanaman buah-buahan dan
sebagainya. Serba-sedikit bencana ini memberi kebaikan kepada para petani. Dalam hal ini,
masyarakat boleh memulakan kehidupan mereka semula dengan menggunakan tanah
pertanian yang subur. Oleh itu
3.0 Kesimpulan
Bencana alam merupakan sebahagian daripada peringatan terhadap kesalahan dan
dosa yang dilakukan oleh manusia. Hal ini seperti yang berlaku terhadap umat Nabi Yunus.
Nabi Allah itu mengajak umatnya menganut agama tauhid dan menegah mereka daripada
berbuat syirik dan kebinasaan. Tetapi, kaumnya enggan dan menolak dakwah itu. Maka, serta
merta datanglah gempa bumi yang dahsyat membinasakan harta benda, tanaman dan
ternakan. Gempa besar itu menyedarkan mereka daripada kekhilafannya. Akhirnya umat Nabi
Yunus kembali ke ajaran agama tauhid yang sebenar.
Bencana alam ini sebenarnya boleh dilihat dari dua aspek yang berbeza mengikut
pemikiran, cara dan pandangan manusia masing-masing. Perspektif manusia yang pertama
ialah bencana ini berlaku disebabkan oleh kejadian semula jadi yang mana hanya sains sahaja
yang boleh menerangkan dengan lebih lanjut dan terperinci tentang kejadian tersebut. Kejadian
fenomena bencana alam dinilai 100% berdasarkan teori logik. Manusia mengkaji dan membuat
kesimpulan bencana terbabit berdasarkan bukti saintfik semata-mata. Perspektif yang kedua
ialah manusia menerima hakikat bahawa fenomena ini bukan kejadian alam tanpa pengajaran
dan menyakini setiap yang berlaku punya hikmah dan tauladan yang perlu dikirkan.
Setiap manusia haruslah menilai setiap kejadian dengan tujuan untuk muhasabah diri,
manusia perlu menginsafi diri dan bertaubat atas dosa-dosa yang telah dilakukan. Setiap
kejadian bencana alam yang berlaku adalah atas kekuasaan Allah SWT. Manusia datang
daripada Allah, maka kepada Allah juga manusia itu kembali. Setiap masyarakat perlulah
14
bersyukur dengan setiap kejadian yang telah diturunkan. Dalam kejadian bencana alam
tersebut diperlihatkan bahawa dengan kuasa Allah tidak ada kuasa manusia yang mampu
menolak atau melawan, dan sebaliknya kalau Allah tidak mengkehendaki nescaya mereka akan
hidup serta diselamatkan. Manusia tidak mampu menghindar takdir yang telah Allah SWT
gariskan. Kemajuan teknologi yang dicapai oleh manusia kadang menimbulkan sifat sombong
bagi sebahagian orang, seakan dengan kemampuan tersebut mereka boleh menghindar atau
menakluk bencana alam.
Jika dipandang melalui kaca mata agama, bencana alam seharusnya dijadikan alat
untuk merenung dan berfikir perkara yang telah dilakukan manusia. Sebab segala sesuatu yang
berlaku di alam ini tidak berlaku secara begitu saja, tanpa ada hikmah tersembunyi yang
berfungsi sebagai pengajaran untuk manusia. Adakalanya bencana alam itu berlaku akibat
proses semula jadi alam, sama ada pergeseran yang bertujuan memperkukuhkan struktur bumi
atau gejala alam biasa seperti letupan gunung berapi.
Namun, ada kalanya bencana alam itu terjadi akibat tangan manusia. Banjir, tanah
runtuh dan kesan rumah kaca sering terjadi kerana manusia merosak hutan dan memotong
pokok kayu tanpa perhitungan. Mendirikan pelbagai bangunan tanpa menimbangkan keadaan
alam sekitar juga sering menjadi punca pelbagai bencana alam. Perbuatan manusia yang
membuang sampah dan kilang yang turut membuang sisa toksik mungkin menjadi antara faktor
yang menyumbang kepada pencemaran sungai dan banjir di sesuatu kawasan.
Setiap manusia perlulah mengambil iktibar daripada setiap peristiwa-peristiwa yang
telan berlaku kepada manusia lain, dan memikirkan kembali segala dosa dan kesalahan yang
telah dilakukan di muka bumi. Setiap bencana yang datang merupakan satu peringatan kepada
manusia untuk membetulkan kembali diri dan kembali kepada Allah.
15
Bibliografi
Harun Yahya (2004). Fakta-fakta yang mengungkap hakikat hidup. Jawa Barat, Indonesia: Dzikra.
Goay Teck Chong, Suraini Basir & Wong Yew Hong (2006). Pengajian Am. Petaling Jaya, Selangor: Pearson Malaysia sdn bhd.
Mujahidin (2008, Mei 13). Ribuan maut gempa bumi di China. Kosmo Online. Diperoleh pada Ogos 24, 2009 daripada
http://gerbanginformasi.wordpress.com/2008/05/13/ribuan-maut-gempa-bumi-di-china/
(2006, Disember 20). Banjir: 10,000 dipindah – Hampir semua tempat di Johor dinaiki air
setelah hujan lebat sejak Ahad. Utusan Malaysia Online. Diperoleh pada Ogos 22, 2009 daripada
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2006&dt=1220&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_01.htm&arc=hive
Azrina bt Sobian (2005). Islam dan pengurusan bencana alam. Di peroleh pada Ogos 20, 2009
daripada http://www.ikim.gov.my/v5/index.php?lg=1&opt=com_article&grp=2&sec=&key=383&cmd=resetall
16
top related