kertas 2 - mhdazlan.files.wordpress.com · 9/30/2012 · ... seperti di bawah untuk tujuan...
Post on 09-Jul-2018
244 Views
Preview:
TRANSCRIPT
1
MODUL ULANGKAJI SPM 2012
KERTAS 2
Disediakan oleh:
MHD HAMDEE AZLAN BIN MHD HAMBALI
SMK TANJONG PUTERI, Kuala Ketil, Kedah
2
BACALAH… Wahai pelajarku…
Pelajar mesti hafal format penyata kewangan dan
rumus penting.
Tajuk-tajuk dalam modul ini
adalah penting dalam SPM
2012.
Ulangkaji dengan bersungguh-sungguh,
manfaatkan modul ulangkaji ini sebaik-baiknya.
Semoga semua pelajar cikgu mendapat kejayaan cemerlang di
dalam peperiksaan SPM 2012, terutamanya mata pelajaran
Prinsip Perakaunan.
Daripada Cikgu Hamdee Azlan....
SEMOGA MODUL INI DAPAT DIMANFAATKAN
BERSAMA.
3
TAJUK 1 – Persamaan Perakaunan
Soalan Percubaan SPM Prinsip Perakaunan 2012 - Negeri Kedah
5(a) Berikut ialah Kunci Kira-kira Perniagaan Tualak pada 31 Mac 2012, sebuah perniagaan milikan tunggal yang menjalankan perniagaan di Kuala Nerang:
Kunci Kira-kira pada 31 Mac 2012
RM
RM
Alatan pejabat 6 500 Modal awal 25 000
Penghutang 4 650 Untung bersih 4 950
Stok 18 500 Pemiutang 7 700 Bank 7 450
Tunai 550
37 650
37 650
Berikut urus niaga yang berlaku sepanjang bulan April 2012:
(i) Membayar kadar bayaran dengan cek sebanyak RM150.
(ii) Membawa masuk komputer peribadi RM3 000 untuk kegunaan perniagaan.
(iii) Menjual barang niaga berkos RM4 000 kepada Piqa Enterprise secara kredit
dengan harga RM4 350.
(iv) Membayar pemiutang dengan cek bernilai RM1 900.
(v) Pulangan belian barang niaga RM250.
Anda dikehendaki menyediakan Kunci Kira-kira pada 30 April 2012 (tunjukkan untung
bersih) dengan mengambil kira urus niaga di atas. (Semua pengiraan hendaklah
ditunjukkan di luar Kunci Kira-kira)
(12 markah)
4
Konsep penting:
Soalan ini memerlukan pelajar melihat kesan urusniaga terhadap baki item di dalam Kunci
Kira-kira. Tajuk ini diperkenalkan kepada pelajar sebelum tajuk sistem catatan bergu, jadi
perlajar tidak perlu menyediakan jurnal atau lejar dalam bentuk catatan bergu, hanya
memerlukan pelajar menentukan sama ada berlaku penambahan atau pengurangan item
Kunci Kira-kira berdasarkan urusniaga yang disediakan.
Nota:
1. Urusniaga yang berkaitan barang niaga akan melibatkan butiran stok. 2. Urusniaga yang melibatkan hasil (untung) atau belanja (rugi) akan melibatkan butiran
untung bersih.
Cara menjawab:
1. Salin semula butiran Kunci Kira-kira seperti di bawah untuk tujuan pengiraan: Alatan pejabat 6 500 Penghutang 4 650 Stok 18 500 Bank 7 450 Tunai 550 Modal awal 25 000 Untung bersih 4 950 Pemiutang 7 700
2. Lihat kesan urusniaga satu persatu ke atas butiran Kunci Kira-kira
(i) Membayar kadar bayaran dengan cek sebanyak RM150.
Kesan urusniaga: Bayaran menggunakan cek menyebabkan bank berkurang RM150, manakala kadar bayaran iaitu belanja menyebabkan untung bersih berkurang RM150.
Alatan pejabat 6 500 Penghutang 4 650 Stok 18 500 Bank 7 450 – 150 Tunai 550 Modal awal 25 000 Untung bersih 4 950 – 150 Pemiutang 7 700
5
(ii) Membawa masuk komputer peribadi RM3 000 untuk kegunaan perniagaan.
Kesan urusniaga: komputer peribadi yang dibawa masuk akan menyebabkan alatan
pejabat bertambah RM3000 dan juga modal awal bertambah dengan amaun yang
sama.
Alatan pejabat 6 500 +3000 Penghutang 4 650 Stok 18 500 Bank 7 450 – 150 Tunai 550 Modal awal 25 000 + 3000 Untung bersih 4 950 – 150 Pemiutang 7700
(iii) Menjual barang niaga berkos RM4 000 kepada Piqa Enterprise secara kredit dengan harga RM4 350. Kesan urusniaga: Stok berkurang pada harga kos RM4000, penghutang meningkat sebanyak RM4350 dan beza antara harga jualan dan harga kos iaitu RM350 ialah untung.
Alatan pejabat 6 500 +3000 Penghutang 4 650 + 4350 Stok 18 500 – 4000 Bank 7 450 – 150 Tunai 550 Modal awal 25 000 + 3000 Untung bersih 4 950 – 150 + 350 Pemiutang 7700
(iv) Membayar pemiutang dengan cek bernilai RM1 900.
Kesan urusniaga: bayaran menggunakan cek menyebabkan bank berkurang RM1900 dan pemiutang juga berkurang RM1900.
Alatan pejabat 6 500 +3000 Penghutang 4 650 + 4350 Stok 18 500 – 4000 Bank 7 450 – 150 – 1900 Tunai 550 Modal awal 25 000 + 3000 Untung bersih 4 950 – 150 + 350 Pemiutang 7700 – 1900
6
(v) Pulangan belian barang niaga RM250.
Kesan urusniaga: Stok yang dibeli dipulangkan menyebabkan stok berkurang RM250 dan pemiutang juga berkurang RM250.
Alatan pejabat 6 500 +3000 Penghutang 4 650 + 4350 Stok 18 500 – 4000 – 250 Bank 7 450 – 150 – 1900 Tunai 550 Modal awal 25 000 + 3000 Untung bersih 4 950 – 150 + 350 Pemiutang 7700 – 1900 – 250
3. Setelah selesai merekod kesan urusniaga, jumlahkan setiap butiran untuk mendapatkan baki baru.
Alatan pejabat 6 500 +3000 9500 Penghutang 4 650 + 4350 9000 Stok 18 500 – 4000 – 250 14250 Bank 7 450 – 150 – 1900 5400 Tunai 550 550 Modal awal 25 000 + 3000 28000 Untung bersih 4 950 – 150 + 350 5150 Pemiutang 7700 – 1900 – 250 5550
4. Akhir sekali, sediakan semula Kunci Kira-kira menggunakan baki baru dalam Format ‘T’.
Perniagaan Tualak Kunci Kira-kira pada 30 April 2012
Aset Bukan Semasa RM Ekuiti Pemilik RM Alatan pejabat 9500 Modal awal 28000 (+) Untung bersih 5150 Aset Semasa Modal Akhir 33150 Penghutang 9000 Stok 14250 Liabiliti Semasa Bank 5400 Pemiutang 5550
Tunai 550
38700 38700
7
TAJUK 2 – Penyata Kewangan Milikan Tunggal
Soalan Percubaan SPM Prinsip Perakaunan 2012 - Negeri Kedah 2. Puan Arina ialah pemilik Arina Enterprise yang beroperasi di Bandar Puteri Jaya, Sg. Petani, Kedah. Berikut ialah Imbangan Duga perniagaan tersebut pada 30 Jun2012:
Imbangan Duga pada 30 Jun 2012
Debit Kredit
RM RM
Belian dan Jualan 79 180 165 885
Pulangan-pulangan 354 569
Sewa 7 700
Modal 1 Julai 2011 77 227
Pinjaman berkadar faedah 4% 15 000
Simpanan tetap (tarikh matang 30 September 2012) 5 000
Tunai 1 720
Gaji 14 400
Stok 1 Julai 2011 9 678
Angkutan masuk 682
Diskaun diterima 851
Bank 13 145
Premis (kos) 94 660
Kadar bayaran 1 392
Ambilan 1 238
Penghutang dan Pemiutang 15 200 12 873
Insurans 3 600
Faedah atas pinjaman 400
Alat tulis 289
Faedah simpanan tetap 250
Hutang lapuk 874
Peruntukan hutang ragu 835
Angkutan keluar 773
Lengkapan (kos) 15 300
Kenderaan (kos) 40 000
Susut nilai terkumpul lengkapan 2 295
Susut nilai terkumpul kenderaan 14 400
297 885 297 885
Maklumat tambahan:
i) Stok pada 30 Jun 2012 bernilai RM12 200 pada harga kos dan RM10 990 pada harga pasaran.
ii) Insurans terdahulu RM600.
8
iii) Sewa terakru RM700.
iv) Pemilik mengambil alat tulis RM55 untuk kegunaan sendiri, tetapi belum direkod
dalam mana-mana buku.
v) Seorang penghutang telah diisyhtiharkan muflis dan baki hutangnya sebanyak RM1 200 dihapuskan sebagai hutang lapuk.
vi) Peruntukan hutang ragu diselaraskan pada kadar 5% atas penghutang bersih.
vii) Kadar susut nilai : Lengkapan 10% setahun mengikut kaedah garis lurus. Kenderaan 20% setahun mengikut kaedah baki berkurangan.
viii) Pinjaman berkadar faedah 4% akan tamat tempoh matangnya pada 30 Jun 2014
Anda dikehendaki menyediakan:
a) Penyata Pendapatan bagi tahun berakhir 30 Jun 2012. (14 markah)
b) Kunci Kira-kira pada 30 Jun 2012. (tunjukkan Modal Kerja) (11 markah) Panduan jawapan: format penyata kewangan secara ringkas
Penyata Pendapatan (Ringkas)
Jualan Akaun Perdagangan TOLAK:
Kos Jualan = Untung / Rugi Kasar TAMBAH:
Akaun Untung Rugi
Hasil (lain) TOLAK: Belanja (lain) = Untung / Rugi Bersih
Kunci Kira-kira (ringkas)
Aset Bukan Semasa x Aset Semasa x TOLAK: Liabiliti Semasa (x)
Modal Kerja x
xx
Dibiayai oleh: Ekuiti Pemilik x Liabiliti Bukan Semasa x
xx
9
Langkah menjawab: 1. Klasifikasikan setiap butiran di dalam Imbangan Duga kepada ABLEH dan Kontra serta PP
atau KKK.
Debit Kredit
RM RM
Belian dan Jualan pp 79 180 165 885
Pulangan-pulangan kos jualan – pp (kontra) 354 569
Sewa hasil - pp 7 700
Modal 1 Julai 2011 ekuiti - kkk 77 227
Pinjaman berkadar faedah 4% lbs - kkk 15 000
Simpanan tetap (tarikh matang 30 September 2012) as - kkk 5 000
Tunai as - kkk 1 720
Gaji belanja - pp 14 400
Stok 1 Julai 2011 kos jualan - pp 9 678
Angkutan masuk kos jualan - pp 682
Diskaun diterima kos jualan – pp (kontra) 851
Bank as - kkk 13 145
Premis (kos) abs - kkk 94 660
Kadar bayaran belanja - pp 1 392
Ambilan ekuiti – kkk (kontra) 1 238
Penghutang dan Pemiutang as dan ls - kkk 15 200 12 873
Insurans belanja - pp 3 600
Faedah atas pinjaman belanja - pp 400
Alat tulis belanja - pp 289
Faedah simpanan tetap hasil - pp 250
Hutang lapuk belanja - pp 874
Peruntukan hutang ragu as – kkk (kontra penghutang) 835
Angkutan keluar belanja - pp 773
Lengkapan (kos) abs - kkk 15 300
Kenderaan (kos) abs - kkk 40 000
Susut nilai terkumpul lengkapan abs – kkk (kontra) 2 295
Susut nilai terkumpul kenderaan abs – kkk (kontra) 14 400
297 885 297 885
*Kontra bermaksud akaun itu akan ditolak daripada akaun induknya. Nota: as – aset semasa, abs – aset bukan semasa, ls – liabiliti semasa, lbs – liabiliti bukan semasa, pp- penyata pendapatan, kkk – kunci kira-kira
A+B L+E+H
belian jualan
penghutang
pemiutang
10
Berikan perhatian kepada item Kontra PP. Untuk menentukan yang mana satu pulangan belian dan pulangan jualan serta diskaunnya, lukiskan persilangan seperti ditunjukkan di bawah: Belian dan Jualan pp 79 180 165 885
Pulangan-pulangan kos jualan – pp (kontra) 354 569
Diskaun diterima kos jualan – pp (kontra) 851
2. Selesaikan pelarasan satu persatu.
i) Stok pada 30 Jun 2012 bernilai RM12 200 pada harga kos dan RM10 990 pada harga pasaran.
Huraian: Mengikut konsep konservatisme, pilih nilai stok akhir yang terendah, RM10990 (kos jualan - pp dan as - kkk).
ii) Insurans terdahulu RM600 (as – kkk).
Insurans = RM3600 – RM600 = RM3000 (belanja – pp)
Huraian: Insurans terdahulu adalah belanja insurans untuk tempoh akan datang, jadi ia tidak boleh diiktiraf sebagai belanja tahun semasa (perlu ditolak daripada insurans). Ia juga direkod sebagai aset semasa kerana perniagaan telah berhak ke atas insurans yang telah dibayar itu.
iii) Sewa (diterima) terakru RM700 (as – kkk).
Sewa (diterima) = RM7700 + RM700 = RM8400 (hasil – pp).
Huraian: Sewa (diterima) terakru adalah hasil sewa tahun semasa, jadi ia boleh diiktiraf sebagai hasil (perlu ditambah kepada sewa). Ia juga direkod sebagai aset semasa kerana perniagaan telah berhak ke atas penerimaannya.
iv) Pemilik mengambil alat tulis RM55 untuk kegunaan sendiri, tetapi belum direkod
dalam mana-mana buku.
Alat tulis = RM289 – RM55 = RM234 (belanja – pp)
Ambilan = RM1238 + RM55 = RM1293 (kontra ekuiti – kkk)
Huraian: Alat tulis akan berkurang dengan ambilan yang dibuat oleh pemilik. Ambilan
akan ditambah kerana pemilik mengambil alat tulis itu untuk kegunaan sendiri.
RM569 ialah
pul. belian
RM851 ialah
diskaun yang
akan ditolak
daripada
belian
RM354 ialah
pul. jualan
belian jualan
11
v) Seorang penghutang telah diisyhtiharkan muflis dan baki hutangnya sebanyak RM1 200 dihapuskan sebagai hutang lapuk.
Hutang lapuk = RM874 + RM1200 = RM2074 (belanja – pp)
Penghutang = RM15200 – RM1200 = RM14000 (as – kkk)
Huraian: Hutang lapuk yang baru akan meningkatkan jumlah hutang lapuk. Nilai penghutang perlu ditolak dengan nilai hutang lapuk baru ini.
vi) Peruntukan hutang ragu diselaraskan pada kadar 5% atas penghutang bersih.
Peruntukan Hutang Ragu = RM14000 x 5% = RM700 (kontra penghutang – kkk)
Pengurangan hutang ragu = RM835 – RM700 = RM135 (hasil – pp)
Huraian: Pengiraan PHR perlu berdasarkan nilai penghutang bersih baru iaitu RM14000. PHR baru iaitu RM700 menunjukkan penurunan daripada PHR lama (RM835), iaitu penurunan sebanyak RM135. Penurunan ini direkod sebagai hasil di dalam Penyata Pendapatan.
vii) Kadar susut nilai : Lengkapan 10% setahun mengikut kaedah garis lurus. Kenderaan 20% setahun mengikut kaedah baki berkurangan.
Susut nilai lengkapan = 10% x RM15300 = RM1530 (belanja – pp) Susut nilai terkumpul lengkapan = RM2295 + RM1530 = RM3825 (kontra abs – kkk)
Susut nilai kenderaan = 20% x (RM40000 – RM14400) = RM5120 (belanja – pp) Susut nilai terkumpul kenderaan = RM14400 + RM5120 = RM19520 (kontra abs –
kkk)
viii) Pinjaman berkadar faedah 4% akan tamat tempoh matangnya pada 30 Jun 2014.
Faedah atas pinjaman = 4% x RM15000 = RM600 (belanja – pp)
Faedah atas pinjaman terakru = RM600 – RM400 = RM200 (ls – kkk)
Huraian: Jumlah faedah atas pinjaman ialah RM600. Berdasarkan Imbangan Duga,
hanya RM400 yang telah dibayar. Jadi perbezaan RM200 adalah faedah atas pinjaman
terakru (direkod sebagai liabiliti semasa di dalam Kunci Kira-kira). Pinjaman berkadar
faedah 4% pula akan direkod sebagai liabiliti bukan semasa di dalam Kunci Kira-kira
kerana hanya akan selesai dibayar dalam 2 tahun.
12
Jawapan akhir: 2(a) Arina Enterprise
Penyata Pendapatan Bagi Tahun Berakhir 30 Jun 2012
RM
RM RM RM
Jualan
165 885
- Pulangan jualan
354
Jualan bersih
165 531
Tolak: Kos Jualan Stok Awal
9 678 Belian
79 180
- Pulangan belian
(569)
- Diskaun diterima
(851) Belian bersih
77 760
+ Angkutan masuk
682 Kos belian
78 442 Kos barang untuk dijual
88 120
- Stok Akhir
10 990
Kos Jualan
(77 130)
Untung Kasar
88 401
+ Hasil Lain Sewa (RM7700 + RM700)
8 400
Faedah atas simpanan
250
Pengurangan PHR (RM835 – RM700)
135
97 186
- Belanja Lain
Gaji
14 400 Kadar bayaran
1 392
Insurans (RM3600 – RM600)
3 000
Faedah atas pinjaman (4% x RM15000)
600
Alat tulis (RM289 – RM55)
234 Hutang Lapuk (RM874 + RM1200)
2 074
Angkutan keluar
773 Susut nilai lengkapan (10% x RM15300)
1 530
Susut nilai kenderaan (20% x (RM40000 – RM14400)) 5 120
(29 123)
Untung Bersih
68 063 * Angka yang bertanda dengan warna kelabu adalah angka baru yang diambil daripada pelarasan.
(+)
( - )
( - )
(+)
13
2(b)
Arina Enterprise
Kunci Kira-kira Pada 30 Jun 2012
RM
RM
RM
Aset Bukan Semasa
Premis
94 660
Lengkapan
15 300
- Susut nilai terkumpul (RM2295 + RM1530)
(3 825)
11 475
Kenderaan
40 000
- Susut nilai terkumpul (RM14400 + RM5120)
(19 520)
20 480
126 615
Aset Semasa
Stok akhir
10 990
Penghutang (RM15200 – RM1200)
14 000
- Per. Hutang Ragu (RM14000 x 5%) 700
13 300
Bank
13 145
Simpanan tetap
5 000
Tunai
1 720
Sewa diterima terakru
700
Insurans terdahulu
600
45 455
TOLAK: Liabiliti Semasa
Pemiutang
12 873
Faedah pinjaman terakru (RM600 – RM400) 200
13 073
MODAL KERJA
32 383
158 997
Ekuiti Pemilik
Modal awal
77 227
+ Untung bersih
68 063
145 290
- Ambilan (RM1238 + RM55)
(1 293)
Modal akhir
143 997
Liabiliti Bukan Semasa
Pinjaman
15 000
158 997
* Angka yang bertanda dengan warna kelabu adalah angka baru yang diambil daripada pelarasan.
( + )
( - )
(+)
14
TAJUK 3 – Penyata Kos Pengeluaran
Soalan Percubaan SPM Prinsip Perakaunan 2012 - Negeri Kedah
3 (a) Perusahaan Perabot Ideal merupakan perniagaan yang terlibat dengan pengeluaran perabot pasang siap di pekan Anak Bukit, Kedah. Maklumat berikut diperoleh daripada rekod-rekod perakaunannya pada 31 Disember 2011.
RM
Stok pada 1 Januari 2011:
Bahan langsung 210 000
Barang siap 500 000
Kerja dalam proses 272 000
Alat-alat kecil 26 000
Jualan barang siap 1 920 000
Belian bahan langsung 429 800
Belian alat-alat kecil 110 000
Angkutan masuk bahan langsung 95 000
Belanja penyelenggaraan 125 000
Pulangan bahan langsung 18 000
Upah buruh 373 000
Gaji jurujual 196 000
Iklan 13 000
Mesin 650 000
Belanja am kilang 81 000
Insurans 106 000
Kadar bayaran kilang 69 000
Minyak pelincir kilang 55 000
Maklumat tambahan: Stok pada 31 Disember 2011 RM
Bahan langsung 205 000
Barang siap 478 000
Kerja dalam proses 321 000
Alat-alat kecil 19 000
Mesin disusutnilaikan 10% setahun atas kos
Belanja-belanja berikut akan diagihkan seperti berikut:
Kilang Pejabat
Insurans 70% 30%
Susut nilai mesin 70% 30%
Belanja penyelenggaraan 80% 20%
Angkutan masuk terakru RM6 000
Upah buruh diagihkan 80% sebagai kos buruh langsung dan 20% sebagai kos buruh tak langsung. Anda dikehendaki menyediakan: i) Penyata Pengeluaran bagi tahun berakhir 31 Disember 2011. ii) Penyata Pendapatan bagi tahun berakhir 31 Disember 2011 (sehigga untung kasar sahaja). iii) Nyatakan maksud kerja dalam proses.
15
Ingat kembali format asas Penyata Kos Pengeluaran:
Kos Bahan Langsung
+
Kos Buruh Langsung
+
Belanja Langsung
= KOS PRIMA
+
Kos Overhed
+
Kerja Dalam Proses Awal
-
Kerja Dalam Proses Akhir
= KOS PENGELUARAN
Kos Bahan Langsung Stok awal bahan langsung x Belian bahan langsung x (-) Pulangan bahan langsung (x)
x (+) Angkutan masuk x
x (-) Stok akhir bahan langsung (x)
Kos bahan langsung x
Buruh Langsung / Gaji pekerja kilang
/ Gaji Operator Pengeluaran / Upah
langsung
royalti / hak cipta / paten
Contoh kos overhed
- Gaji pengurus kilang - Gaji penyelia kilang - Upah tak langsung - Sewa kilang - Insurans kilang - Belanja alat kecil - Susut nilai jentera / mesin / loji - Kadar bayaran kilang - Belanja alat tulis kilang - Belanja am kilang
Kos barang yang telah disiapkan.
Angka ini akan dibawa ke Penyata
Pendapatan.
16
Langkah menjawab soalan: 1. Mula-mula sekali, kelaskan butiran di dalam soalan mengikut kedudukan di dalam format
Penyata Kos Pengeluaran dan Penyata Pendapatan dan tuliskan pembahagian kadar peratus untuk overhed kilang daripada maklumat tambahan.
RM
Stok pada 1 Januari 2011: - baki awal
Bahan langsung - kos bahan langsung 210 000
Barang siap - penyata pendapatan 500 000
Kerja dalam proses - kerja dalam proses awal 272 000
Alat-alat kecil - kos overhed (utk kira belanja alat kecil) 26 000
Jualan barang siap - penyata pendapatan 1 920 000
Belian bahan langsung - kos bahan langsung 429 800
Belian alat-alat kecil - kos overhed (utk kira belanja alat kecil) 110 000
Angkutan masuk bahan langsung - kos bahan langsung 95 000
Belanja penyelenggaraan - kos overhed (80% kilang) 125 000
Pulangan bahan langsung - kos bahan langsung 18 000
Upah buruh - buruh langsung 80%, buruh tak langsung 20% 373 000
Gaji jurujual - tidak diperlukan 196 000
Iklan - tidak diperlukan 13 000
Mesin - untuk kira susut nilai mesin (overhed) 70% kilang 650 000
Belanja am kilang - kos overhed 81 000
Insurans - kos overhed (70% kilang) 106 000
Kadar bayaran kilang - kos overhed 69 000
Minyak pelincir kilang - kos overhed 55 000
*Pelajar bolehlah menggunakan singkatan yang bersesuaian untuk pengkelasan di atas.
Maklumat tambahan: Stok pada 31 Disember 2011 RM - baki akhir
Bahan langsung 205 000 - kos bahan langsung
Barang siap 478 000 - penyata pendapatan
Kerja dalam proses 321 000 - kerja dalam proses akhir
Alat-alat kecil 19 000 - kos overhed (utk kira belanja alat kecil)
Mesin disusutnilaikan 10% setahun atas kos 650000 x 10% x 70% = 45500
Belanja-belanja berikut akan diagihkan seperti berikut:
Kilang Pejabat
Insurans 70% 30%
Susut nilai mesin 70% 30%
Belanja penyelenggaraan 80% 20%
Angkutan masuk terakru RM6 000 95000 + 6000 = 101000
Upah buruh diagihkan 80% sebagai kos buruh langsung dan 20% sebagai kos buruh tak langsung.
Tips: Kerja pengiraan overhed boleh terus dilakukan ketika menyediakan jawapan untuk menjimatkan masa.
Kadar peratus pejabat tidak
diperlukan kerana Penyata
Pendapatan hanya setakat
Untung Kasar sahaja.
17
2. Susun jawapan akhir mengikut format penyata menggunakan pengkelasan yang telah pelajar buat tadi. Tunjukkan langkah pengiraan terus di dalam jawapan.
i) Jawapan Penyata Kos Pengeluaran
Perusahaan Perabot Ideal
Penyata Pengeluaran bagi tahun berakhir 31 Disember 2011
RM RM
KOS BAHAN LANGSUNG:
Stok awal bahan langsung 210 000
Belian 429 800
(-) Pulangan bahan langsung (18 000)
411 800
+ Angkutan masuk (95 000+6 000) 101 000
512 800
722 800
(-)Stok akhir bahan langsung (205 000)
Kos bahan langsung 517 800
KOS BURUH LANGSUNG:
Upah buruh langsung (80% x 37 300) 298 400
KOS PRIMA 816 200
KOS OVERHED:
Belanja alat-alat kecil (26 000 + 110 000 - 19 000) 117 000
Belanja penyelenggaraan kilang (125000 x 80%) 100 000
Upah buruh tak langsung (20% x 373 000) 74 600
Susutnilai mesin kilang (650000 x 10% x 70%) 45 500
Lnsurans (106 000 x 70%) 74 200
Belanja am 81 000
Kadar bayaran 69 000
Minyak pelincir kilang 55 000
Kos overhed 616 300
1 432 500
+ Kerja dalam proses awal 272 000
1 704 500
(-) Kerja dalam proses akhir (321 000)
KOS PENGELUARAN 1 383 500
*Soalan ini tiada butiran belanja langsung
Belanja alat kecil =
Baki awal alat kecil
+ belian alat kecil
- Baki akhir alat kecil
Kerangka format:
Kos Bahan Langsung
+
Kos Buruh Langsung
+
Belanja Langsung*
= KOS PRIMA
+
Kos Overhed
+
Kerja Dalam Proses Awal
-
Kerja Dalam Proses Akhir
= KOS PENGELUARAN
Angka soalan
didarabkan
dengan
pembahagian
kadar peratus
kilang dari
maklmat tambahan
18
ii) Jawapan Penyata Pendapatan
Perusahaan Perabot Ideal Penyata Pendapatan bagi tahun berakhir 31 Disember 2011
Jualan 1 920 000
(-) Kos Jualan:
Stok awal barang siap 500 000
+ Kos Pengeluaran# 1 383 500
1 883 500
(-) Stok akhir barang siap 478 000
Kos Jualan 1 405 500
Untung Kasar 514 500
# Format ini adalah format Penyata Pendapatan yang biasa. Tempat Belian di bawah kos jualan digantikan dengan
butiran Kos Pengeluaran.
iii) Jawapan soalan teori – Kerja dalam proses ialah barang separuh siap.
Angka kos pengeluaran
dari jawapan Penyata
Kos Pengeluaran
19
TAJUK 4 – Kelab dan Persatuan
Soalan Percubaan SPM Prinsip Perakaunan 2012 - Negeri Kedah
4. Maklumat berikut diperoleh daripada buku-buku Kelab Penyayang Taman Seri Mawar
Sungai Petani, Kedah.
Berikut ialah aset dan liabiliti kelab tersebut:
1 Julai 2011 30 Jun 2012
RM RM
Premis 25 000 25 000
Lengkapan 3 000 2 956
Yuran tertunggak 430 560
Yuran terdahulu 30 100
Stok alat tulis 80 45
Belanja am terakru 60 -
Berikut ialah penerimaan dan pembayaran yang berlaku sepanjang tahun:
Akaun Penerimaan dan Pembayaran bagi tahun berakhir 30 Jun 2012
RM RM
Baki b/b 12 500 Air dan elektrik 1000
Bayaran pendaftaran 300 Alatan sukan 14 700
Yuran ahli 10 560 Insurans 500
Derma 4 500 Akhbar dan majalah 2 060
Kutipan kursus motivasi 20 500 Lengkapan 300
Sewa alatan sukan 5 600 Alat tulis 256
Derma Rumah Warga Emas 500
Bayaran penceramah motivasi 10 000
Makanan kursus motivasi 7 500
Sijil dan alat tulis kursus motivasi 1 000
Belanja am 6 000
Baki h/b 10 144
53 960 53 960
Maklumat Tambahan:
i. Alatan sukan dibeli pada 1 Januari 2012 dan disusutnilaikan 10% setahun atas kos.
ii. Bayaran pendaftaran dianggap pendapatan modal.
iii Kelab telah menganjurkan kursus motivasi dan untung atau rugi kursus tersebut dianggap
sebagai pendapatan atau perbelanjaan hasil.
20
a) Anda dikehendaki menyediakan:
(i) Akaun Yuran
(ii) Akaun Alat tulis
(iii) Akaun Belanja am
b) Hitung untung atau rugi penganjuran kursus motivasi.
c) Sediakan Penyata Pendapatan dan Perbelanjaan bagi tahun berakhir 30 Jun 2012. Langkah penyediaan jawapan. a) (i) Akaun Yuran. Langkah menyediakan Akaun Yuran: 1. Lukiskan kerangka lejar dan baris jumlah seperti di bawah.
Akaun Yuran
2. Masukkan baki awal yuran tertunggak (aset-dt) dan baki awal yuran terdahulu (liabiliti –
kt). Baki awal dimasukkan di baris pertama lejar.
Akaun Yuran
Yuran tertunggak 430 Yuran terdahulu 30
3. Masukkan baki akhir yuran tertunggak dan baki akhir yuran terdahulu (silangkan dari baki
awal masing-masing ke baris di atas jumlah).
Akaun Yuran
Yuran tertunggak 430 Yuran terdahulu 30
Yuran terdahulu 100 Yuran tertunggak 560
Rujuk baki
yuran
tertunggak
1 Julai 2011
Rujuk baki
yuran
terdahulu
1 Julai 2011
Rujuk baki
yuran
terdahulu
30 Jun 2012
Rujuk baki
yuran
tertunggak
30 Jun 2012
A + B L + E + H
21
4. Masukkan butiran yuran ahli dari Akaun Penerimaan dan Pembayaran (Buku Tunai) ke
Akaun Yuran. Butiran ini dimasukkan secara bergu. Keratan soalan:
Akaun Penerimaan dan Pembayaran bagi tahun berakhir 30 Jun 2012
RM RM
Baki b/b 12 500 Air dan elektrik 1000
Bayaran pendaftaran 300 Alatan sukan 14 700
Yuran ahli 10 560 Insurans 500
Akaun Yuran
Yuran tertunggak 430 Yuran terdahulu 30
Bank 10560
Yuran terdahulu 100 Yuran tertunggak 560
5. Langkah terakhir ialah mengira angka butiran Pendapatan & Perbelanjaan (yuran sebenar).
Caranya ialah seperti mengimbang akaun.
Akaun Yuran
Yuran tertunggak 430 Yuran terdahulu 30
Pendapatan & Perbelanjaan
10620* Bank 10560
Yuran terdahulu 100 Yuran tertunggak 560
11150 11150
*Pengiraan: RM30 + RM10560 + RM560 – RM430 – RM100 a) (ii) Akaun Alat Tulis
Penyediaan akaun ini sebenarnya adalah langkah pelarasan bagi mendapatkan belanja alat tulis sebenar. Langkahnya adalah hampir sama dengan penyediaan Akaun Yuran. 1. Lukiskan kerangka lejar dan baris jumlah seperti di bawah.
Akaun Alat Tulis
22
2. Masukkan baki awal Stok Alat Tulis (aset-dt). Baki awal dimasukkan di baris pertama lejar.
Akaun Alat Tulis
Stok alat tulis 80
3. Masukkan baki akhir stok alat tulis (silangkan dari baki awal ke baris di atas jumlah).
Akaun Alat Tulis
Stok alat tulis 80 Stok alat tulis 45
4. Masukkan butiran alat tulis dari Akaun Penerimaan dan Pembayaran (Buku Tunai) ke
Akaun Alat tulis. Butiran ini dimasukkan secara bergu. Keratan soalan:
Akaun Penerimaan dan Pembayaran bagi tahun berakhir 30 Jun 2012
RM RM
Kutipan kursus motivasi 20 500 Lengkapan 300
Sewa alatan sukan 5 600 Alat tulis 256
Derma Rumah Warga Emas 500
Akaun Alat Tulis
Stok alat tulis 80 Bank 256 Stok alat tulis 45
5. Langkah terakhir ialah mengira angka butiran Pendapatan & Perbelanjaan (belanja alat tulis
sebenar). Caranya ialah seperti mengimbang akaun.
Akaun Alat Tulis
Stok alat tulis 80 Pendapatan & Perbelanjaan
291* Bank 256 Stok alat tulis 45
336 336
*Pengiraan: RM80 + RM256 – RM45
Rujuk baki
Stok alat tulis
1 Julai 2011
Rujuk baki
stok alat tulis
30 Jun 2012
A + B L + E + H
23
a) (iii) Akaun Belanja Am Penyediaan akaun ini sebenarnya adalah langkah pelarasan bagi mendapatkan belanja am sebenar. Langkahnya adalah hampir sama dengan penyediaan Akaun Yuran dan Akaun Alat tulis. 1. Buka akaun lejar seperti diterangkan sebelum ini. Masukkan baki awal Belanja am terakru
(liabiliti-kt). Baki awal dimasukkan di baris pertama lejar
Akaun Belanja am
Belanja am terakru 60
2. Akaun ini tidak mempunyai baki akhir, jadi terus masukkan butiran belanja am dari Akaun
Penerimaan dan Pembayaran (Buku Tunai) ke Akaun Belanja am. Butiran ini dimasukkan secara bergu.
Keratan soalan:
Akaun Penerimaan dan Pembayaran bagi tahun berakhir 30 Jun 2012
RM RM
Makanan kursus motivasi 7 500
Sijil dan alat tulis kursus motivasi 1 000
Belanja am 6 000
Baki h/b 10 144
Akaun Belanja am
Bank 6000 Belanja am terakru 60
3. Langkah terakhir ialah mengira angka butiran Pendapatan & Perbelanjaan (belanja am
sebenar). Caranya ialah seperti mengimbang akaun.
Akaun Belanja am
Bank 6000 Belanja am terakru 60
Pendapatan & Perbelanjaan
5940*
6000 6000
*Pengiraan: RM6000 – RM60
Rujuk baki
belanja am
terakru
1 Julai 2011
A + B L + E + H
24
b) Hitung untung atau rugi penganjuran kursus motivasi.
Maklumat yang diperlukan untuk menjawab soalan ini ialah berkaitan dengan pendapatan dan perbelanjaan penganjuran kursus motivasi itu. Keratan soalan:
Akaun Penerimaan dan Pembayaran bagi tahun berakhir 30 Jun 2012
RM RM
Kutipan kursus motivasi 20 500 Lengkapan 300
Sewa alatan sukan 5 600 Alat tulis 256
Derma Rumah Warga Emas 500
Bayaran penceramah motivasi 10 000
Makanan kursus motivasi 7 500
Sijil dan alat tulis kursus motivasi 1 000
Belanja am 6 000
Baki h/b 10 144
53 960 53 960
Jawapan tidak mempunyai format tertentu. Di bawah adalah 2 cara pelajar boleh menjawab soalan ini. Kaedah pertama: Untung / rugi = Kutipan kursus motivasi – Bayaran penceramah – makanan kursus – sijil dan
alat tulis kursus = RM20500 – RM10000 – RM7500 – RM1000 = RM2000 (untung)* Kaedah kedua: Penyata Untung Rugi Kursus Motivasi RM RM
Pendapatan
Kutipan kursus motivasi 20500
Tolak:Perbelanjaan
Bayaran penceramah Makanan kursus motivasi Sijil dan alat tulis kursus motivasi
10000 7500 1000
18500
Untung kursus motivasi* 2000
*Untung kursus motivasi adalah pendapatan hasil yang akan dimasukkan ke Penyata Pendapatan dan Perbelanjaan (maklumat tambahan iii).
Pendapatan
kursus
Perbelajaan
kursus
25
c) Sediakan Penyata Pendapatan dan Perbelanjaan bagi tahun berakhir 30 Jun 2012. Maklumat yang diperlukan untuk soalan ini kebanyakannya adalah daripada Akaun Penerimaan dan Pembayaran. Rujuk langkah-langkah dibawah. 1. Langkah pertama ialah memotong butiran yang telah digunakan dalam jawapan terdahulu. 2. Kenalpasti pendapatan hasil dan perbelanjaan hasil yang akan dimasukkan ke Penyata
Pendapatan dan Perbelanjaan (pendapatan modal dan perbelanjaan modal tidak diperlukan).
3. Kemudian bagi item yang terlibat dengan pelarasan, gantikan angka soalan dengan angka pelarasan.
Akaun Penerimaan dan Pembayaran bagi tahun berakhir 30 Jun 2012
RM RM
Baki b/b 12 500 Air dan elektrik perb hasil 1000
Bayaran pendaftaran pend modal 300 Alatan sukan perb modal 14 700
Yuran ahli pend hasil 10 560 Insurans perb hasil 500
Derma pend hasil 4 500 Akhbar dan majalah perb hasil 2 060
Kutipan kursus motivasi 20 500 Lengkapan perb modal 300
Sewa alatan sukan pend hasil 5 600 Alat tulis perb hasil 256
Derma Rumah Warga Emas perb hasil 500
Bayaran penceramah motivasi 10 000
Makanan kursus motivasi 7 500
Sijil dan alat tulis kursus motivasi 1 000
Belanja am perb hasil 6 000
Baki h/b 10 144
53 960 53 960
4. Selesaikan pelarasan yang diperlukan. i. Alatan sukan dibeli pada 1 Januari 2012 dan disusutnilaikan 10% setahun atas kos.
SN = 10% x RM14700 x 6/12 = RM735 (perb hasil)
ii. Susut nilai lengkapan (tidak dinyatakan dalam maklumat tambahan)
SN = baki awal lengkapan + belian lengkapan – baki akhir lengkapan
= RM3000 + RM300 – RM2956
= RM344 (perb hasil)
5. Sediakan jawapan akhir Penyata Pendapatan dan Perbelanjaan.
Sediakan format Penyata Pendapatan dan Perbelanjaan dan senaraikan semua perbelanjaan hasil di bawah pendapatan dan perbelanjaan hasil di bawah perbelanjaan. Rujuk halaman berikutnya.
10620
291
5940
26
Kelab Penyayang Taman Seri Mawar
Penyata Pendapatan dan Perbelanjaan bagi tahun berakhir 30 Jun 2012
Pendapatan RM RM
Yuran ahli Derma Sewa alatan sukan Untung kursus motivasi
10620 4500 5600 2000
22720
TOLAK: Perbelanjaan
Susut nilai lengkapan Susut nilai alatan sukan Air dan elektrik Alat tulis Belanja am Insurans Akhbar dan majalah Derma rumah warga emas
344 735 1000 291 5940 500 2060 500
11370
Lebihan 11350
Angka yang bertanda kelabu ialah angka dari jawapan terdahulu dan juga dari maklumat tambahan. Angka yang tidak bertanda diambil dari soalan (tiada pelarasan).
( - )
27
TAJUK 5 – Rekod Tak Lengkap (Kaedah Perbandingan)
Soalan Percubaan SPM Prinsip Perakaunan 2012 - Negeri Kedah
5. (b) Encik Seng Lee pemilik Kedai Runcit Lee di Taman Makmur, Jitra, Kedah. Beliau
menyimpan rekod perakaunan tidak mengikut sistem catatan bergu.
Berikut ialah maklumat kewangan perniagaan Encik Seng Lee pada 31 Mac 2012:
1 April 2011 31 Mac 2012
RM RM
Premis 25 000 25 000
Perabot 7 650 ?
Penghutang 21 240 24 765
Stok 9 842 12 146
Pemiutang 16 350 18 220
Bank 5 325 8 793
Kadar bayaran terakru - 236
Modal 52 707 ?
Maklumat tambahan:
• Encik Seng Lee telah membawa masuk perabot rumahnya RM1 860 ke dalam
perniagaan.
• Pada tahun ini beliau telah mengambil barang niaga RM890 dan tunai RM650 untuk
kegunaan sendiri.
• Baki akaun seorang penghutang RM205 dihapus kira sebagai hutang lapuk kerana
muflis.
• Semua perabot disusutnilaikan 10% atas kos.
Anda dikehendaki menyediakan:
(i) Penyata Mengira Modal Pada 31 Mac 2012.
(ii) Penyata Untung Rugi bagi tahun berakhir 31 Mac 2012.
(8 markah)
28
Konsep Penting yang perlu dikuasai:
1. Mengira modal awal dan modal akhir (ekuiti pemilik).
Rumus mengira modal dibentuk daripada persamaan perakaunan iaitu
Aset = Liabiliti + Ekuiti Pemilik, lalu diubahsuai mengikut kaedah algebra menjadi
Ekuiti Pemilik / Modal = Aset – Liabiliti
Untuk mengira modal awal, pelajar perlu menjumlahkan item aset pada awal tahun (rujuk
tarikh pada soalan) dan menolak dengan jumlah item liabiliti pada awal tahun. Biasanya,
tiada pelarasan yang terlibat dalam pengiraan modal awal. Jika modal awal telah
diberikan di dalam soalan, langkah ini boleh diabaikan.
Untuk mengira modal akhir, pelajar perlu menjumlahkan item aset pada akhir tahun (rujuk
tarikh pada soalan) dan menolak dengan jumlah item liabiliti pada akhir tahun. Pelajar perlu
merujuk maklumat tambahan untuk pelarasan aset atau liabiliti kerana pelarasan mesti
dibuat untuk mendapatkan nilai bersih aset atau liabiliti sebelum mengira modal akhir.
2. Rumus Penyata Mengira Untung atau Rugi.
Pelajar telah mempelajari sewaktu Tingkatan 4, bahagian Ekuiti Pemilik, Kunci kira-kira
adalah seperti berikut:
Ekuiti Pemilik RM
Modal Awal xx
+ Untung bersih xx
+ Modal tambahan xx
- Ambilan (xx)
Modal Akhir xx
Rumus untuk mengira untung atau rugi kaedah perbandingan adalah dibentuk daripada
petikan Kunci Kira-kira di atas. Tulis semula dalam bentuk ayat matematik:
Modal Awal + Untung bersih + Modal tambahan – Ambilan = Modal akhir
Jadikan Untung bersih sebagai perkara rumus mengikut kaedah algebra
Modal Awal + Untung bersih + Modal tambahan – Ambilan = Modal akhir
Rumus mengira untung atau rugi bersih menjadi:
Untung bersih* = Modal akhir + Ambilan – Modal Awal – Modal Tambahan * Untung bersih jika jawapan positif dan rugi bersih jika jawapan negatif
29
Sekarang mari mehamami butiran di dalam soalan:
5. (b) Encik Seng Lee pemilik Kedai Runcit Lee di Taman Makmur, Jitra, Kedah. Beliau
menyimpan rekod perakaunan tidak mengikut sistem catatan bergu.
Berikut ialah maklumat kewangan perniagaan Encik Seng Lee pada 31 Mac 2012:
1 April 2011 31 Mac 2012
RM RM
Premis aset 25 000 25 000
Perabot aset 7 650 ?
Penghutang aset 21 240 24 765
Stok aset 9 842 12 146
Pemiutang liabiliti 16 350 18 220
Bank aset 5 325 8 793
Kadar bayaran terakru liabiliti - 236
Modal 52 707 ?
Maklumat tambahan:
• Encik Seng Lee telah membawa masuk perabot rumahnya RM1 860 ke dalam
perniagaan.
• Pada tahun ini beliau telah mengambil barang niaga RM890 dan tunai RM650 untuk
kegunaan sendiri.
• Baki akaun seorang penghutang RM205 dihapus kira sebagai hutang lapuk kerana
muflis.
• Semua perabot disusutnilaikan 10% atas kos.
Tarikh awal tahun Tarikh akhir tahun
Modal awal telah diberi,
tak perlu dikira
Maklumat modal
tambahan
Maklumat ambilan
PELARASAN:Perlu ditolak
daripada penghutang
PELARASAN: Perlu ditolak
daripada jumlah perabot
Tambahkan dengan baki
awal perabot sebelum
mengira susut nilai
30
Jawapan:
(i) Penyata Mengira Modal Pada 31 Mac 2012.
Berikut adalah pelarasan yang perlu diselesaikan terlebih dahulu:
a) Susut nilai perabot = (RM7650 + RM1860) x 10% = RM951
Nilai buku perabot = RM9510 – RM951 = RM8559
b) Nilai bersih penghutang = RM24765 – RM205 = RM24560
Sekarang lihat petikan soalan untuk mengenalpasti maklumat yang diperlukan.
Petikan soalan:
Berikut ialah maklumat kewangan perniagaan Encik Seng Lee pada 31 Mac 2012:
1 April 2011 31 Mac 2012 RM RM
Premis aset 25 000 25 000
Perabot aset 7 650 ?
Penghutang aset 21 240 24 765
Stok aset 9 842 12 146
Pemiutang liabiliti 16 350 18 220
Bank aset 5 325 8 793
Kadar bayaran terakru liabiliti - 236
Modal 52 707 ?
*Maklumat untuk menyediakan Penyata Mengira Modal Pada 31 Mac 2012 telah
diwarnakan kelabu. Jangan tersalah mengambil nilai ringgit pada 1 April 2011. Perhatikan
pada 31 Mac 2012, nilai perabot dan penghutang telah digantikan dengan nilai baru
daripada pelarasan.
Baki awal perabot Perabot dibawa
masuk
Baki akhir penghutang Hutang lapuk
8559
24560
31
Jawapan akhir adalah seperti berikut:
Kedai Runcit Lee
Penyata Mengira Modal Pada 31 Mac 2012
Aset
Premis
Perabot
Penghutang
Stok
Bank
RM
25000
8559
24560
12146
8793
RM
79058
Tolak: Liabiliti
Pemiutang
Kadar bayaran terakru
18220
236
18456
Modal Pada 31 Mac 2012 60602
(ii) Penyata Untung Rugi bagi tahun berakhir 31 Mac 2012.
Jawapan ini dibentuk daripada rumus:
Untung bersih = Modal akhir + Ambilan – Modal Awal – Modal Tambahan
Kedai Runcit Lee
Penyata Untung Rugi bagi tahun berakhir 31 Mac 2012.
RM
Modal akhir1 60602
( + ) Ambilan2 1540
62142
( - ) Modal Awal3 (52707)
( - ) Modal Tambahan4 (1860)
Untung bersih5 7575
Nota kepada jawapan (ii):
1. Modal akhir diambil daripada jawapan Penyata Mengira Modal. 2. Ambilan diambil daripada maklumat tambahan (ambilan barang niaga RM890 ditambah
dengan ambilan tunai RM650). 3. Modal awal ialah modal pada 1 April 2011 seperti di dalam soalan. 4. Modal tambahan ialah daripada maklumat tambahan (perabot dibawa masuk). 5. Untung bersih kerana jawapan adalah angka positif.
Senaraikan semua
aset dan
jumlahkan
Senaraikan semua
liabiliti dan
jumlahkan
( - )
Jumlah aset –
jumlah liabiliti
32
TAJUK 6 – Analisis Titik Pulang Modal Soalan Percubaan SPM Prinsip Perakaunan 2012 - Negeri Terengganu 4. Yummy Biskut bercadang untuk memperkenalkan satu lagi keluarannya di pasaran iaitu
biskut bijian. Kos-kos yang dijangkakan terlibat untuk menghasilkan 5 000 paket biskut bijian adalah seperti berikut:
RM Jumlah kos 45 000 Kos tetap 20 000 Jumlah jualan 65 000
Anda dikehendaki (a) menghitung:
(i) kos berubah seunit (ii) harga jualan seunit (iii) titik pulang modal (iv) keuntungan atau kerugian sekiranya menghasilkan 2 000 paket biskut. (v) berapa unit yang perlu dijual untuk memperoleh untung sebanyak RM 10 000
(b) berdasarkan data (a) dan dengan andaian hanya kos berubah sahaja yang meningkat sebanyak RM3.00, anda dikehendaki menyediakan graf titik pulang modal menggunakan skala seperti berikut:
paksi x - 1 cm = 250 unit paksi y - 1 cm = RM2 500
(c) berpandu graf dalam (b), anda dikehendaki:
iv) menunjukkan titik pulang modal dalam unit dan RM v) menunjukkan kawasan untung dan rugi vi) menunjukkan untung atau rugi sekiranya perniagaan mengeluarkan 4 500 unit
Rumus-rumus asas penting
Rumus Kos Rumus Hasil
1. ∑ Kos = Kos Berubah + Kos Tetap 1. ∑ Jualan = Harga seunit x unit 2. ∑ Kos berubah = Kos berubah seunit x unit
3. Kos berubah seunit = Jumlah kos berubah Unit pengeluaran
2. Harga jualan seunit = Jumlah jualan Unit jualan
4. *Kos berubah seunit, m = y2 – y1 x2 – x1 *lihat contoh soalan Negeri Sembilan
3. *Harga jualan seunit, m = y2 – y1 x2 – x1 *lihat contoh soalan Negeri Sembilan
Nota: Unit pengeluaran dan unit jualan adalah sama untuk soalan titik pulang modal.
33
Rumus Titik Pulang Modal
1. Margin caruman seunit = Harga jualan seunit – Kos berubah seunit 2. Titik pulang modal (unit) = Kos Tetap . Margin caruman seunit
3. Unit pengeluaran (sasaran) = Kos tetap + Untung Sasaran Margin caruman seunit
4. Mengira untung / rugi* pada tahap jualan tertentu,
i. Untung / rugi = (Unit jualan - unit TPM) x margin caruman seunit
ii. Untung / rugi = (Unit jualan x margin caruman seunit) – Kos Tetap
*jawapan positif adalah untung, jawapan negatif adalah rugi
Langkah menjawab:
Kenalpasti (highlight) maklumat penting yang diberikan di dalam soalan.
1. Unit pengeluaran / jualan = 5000 paket 2. Jumlah kos = RM45000 3. Kos Tetap = RM20000 4. Jumlah jualan = RM65000
a) i. Menghitung kos berubah seunit
Pelajar perlu mengira jumlah kos berubah terlebih dahulu. Jawapan diperoleh dengan menggunakan rumus di bawah: Jumlah Kos = Kos Berubah + Kos Tetap, jadi Kos Berubah = Jumlah Kos – Kos Tetap = RM45000 – RM20000 = RM25000 Untuk mendapatkan kos berubah seunit, bahagikan dengan unit pengeluaran Kos berubah seunit = RM25000 5000 unit = RM5.00 Untuk pelajar yang lebih mahir, boleh terus menggunakan rumus berikut: Kos berubah seunit = Jumlah Kos – Kos tetap Unit pengeluaran = RM45000 – RM20000 5000 unit = RM5.00
34
a) ii. menghitung harga jualan seunit
Pelajar perlu mengambil jumlah jualan dan dibahagikan dengan unit jualan, seperti
rumus berikut:
Harga jualan seunit = Jumlah jualan
Unit jualan
= RM65000
5000 unit
= RM13.00
a) iii. menghitung titik pulang modal
Titik pulang modal (unit) = Kos Tetap .
Margin caruman seunit
Pelajar perlu terlebih dahulu mengira margin caruman seunit untuk dimasukkan ke
dalam rumus TPM,
Margin caruman seunit = Harga jualan seunit – Kos berubah seunit
= RM13.00 – RM5.00
= RM8.00
Oleh itu, titik pulang modal ialah
Titik pulang modal (unit) = Kos Tetap .
Margin caruman seunit
= RM20000
RM8.00
= 2500 paket
Untuk pelajar yang lebih mahir, boleh terus menjawab seperti berikut:
Titik pulang modal (unit) = Kos Tetap .
Margin caruman seunit
= RM20000 .
RM13 – RM5
= 2500 paket
Nyatakan jawapan
TPM dalam unit
yang digunakan
di dalam soalan.
35
a) iv. Keuntungan atau kerugian sekiranya menghasilkan 2 000 paket biskut.
Terdapat dua cara menjawab soalan ini. Dalam soalan sebelum ini, jawapan titik pulang modal ialah 2500 paket, bermaksud perniagaan perlu mengeluarkan / menjual sebanyak 2500 paket biskut untuk balik modal. Soalan a) iv. menyatakan tahap pengeluaran adalah 2000 paket biskut. Jelas tahap pengeluaran ini adalah kurang daripada unit TPM dan perniagaan akan mengalami kerugian (pengeluaran kurang 500 paket). Kaedah pertama: Untung / rugi = (Unit jualan - unit TPM) x margin caruman seunit
= (2000 paket – 2500 paket) x RM8.00 = - 500 paket x RM8.00 = RM 4000 (rugi) Nota: - 500 paket adalah unit rugi. Kaedah kedua: Untung / rugi = (Unit jualan x margin caruman seunit) – Kos Tetap = (2000 paket x RM8.00) – RM20000 = RM16000 – RM20000 = RM4000 (rugi)
a) v. berapa unit yang perlu dijual untuk memperoleh untung sebanyak RM 10 000
Unit pengeluaran (sasaran) = Kos tetap + Untung Sasaran
Margin caruman seunit
= RM20000 + RM10000
RM8.00
= 3750 paket
Analisis Titik Pulang Modal kedah graf.
Pelajar boleh mengaplikasikan kaedah Matematik untuk menjawab soalan TPM kaedah graf
iaitu tajuk persamaan garis lurus. Pelajar perlu tahu bagaimana membentuk persamaan
kos dan persamaan hasil serta melakukan penggantian x untuk mencari nilai y. Pelajar sedia
maklum, bentuk am persamaan garis lurus ialah y = mx + c. Persamaan kos dan
persamaan hasil dibentuk seperti berikut:
Persamaan Kos:
y = mx + c
Persamaan Hasil:
y = mx
Kos berubah
seunit
Kos tetap Harga jualan seunit
Paksi y = RM Paksi x = unit
36
Langkah menjawab soalan:
b) berdasarkan data (a) dan dengan andaian hanya kos berubah sahaja yang meningkat sebanyak RM3.00, anda dikehendaki menyediakan graf titik pulang modal menggunakan skala seperti berikut:
paksi x - 1 cm = 250 unit paksi y - 1 cm = RM2 500
Langkah 1: Membentuk persamaan kos.
Maklumat yang diperlukan ialah:
i. Kos berubah seunit = RM5.00 + RM3.00 = RM8.00
ii. Kos tetap = RM20000
Oleh itu, persamaan kos ialah y = 8x + 20000
Langkah 2: Membentuk persamaan hasil.
Maklumat yang diperlukan ialah:
i. Harga jualan seunit = RM13.00
Oleh itu, persamaan hasil ialah y = 13x
Langkah 3: Lakukan penggantian nilai x bagi mendapatkan nilai y bagi kedua-dua
persamaan. Pilih nilai-nilai x yang sesuai. Digalakkan pelajar menggunakan tiga nilai x.
Sebagai contoh, nilai x ialah 1000, 2000 dan 3000 unit.
y = 8x + 20000 (kos)
x 1000 2000 3000 y 28000 36000 44000
y = 13x (hasil)
x 1000 2000 3000
y 13000 26000 39000
Kos berubah
seunit
Kos tetap
Harga jualan seunit
Kos berubah
asal
Peningkatan kos
berubah
Contoh penggantian: persm. kos
x = 1000,
y = 8 (1000) + 20000
y = 28000
Contoh penggantian: persm. hasil
x = 2000,
y = 13 (2000)
y = 26000
37
Langkah 4: Plotkan kedua-dua persamaan ke dalam graf.
c) iii. Untung / rugi pada 4500 unit = RM58500 – RM56000 = RM2500 (untung)
0 500 1000 1500 2000 2500 3000 3500 4000 4500 5000 unit
5000
30000
15000
25000
20000
10000
45000
40000
35000
55000
50000
RM
Titik
pulang
modal
TPM (unit)
4000 unit
TPM (RM)
RM52000
Hasil = RM58500
Kos = RM56000
Untuk mengira
untung pada 4500
unit (soalan iii),
lukiskan garis
menegak pada unit
4500 dan pada
pintasan kedua-dua
persamaan, lukiskan
garis melintang ke
paksi y. dapatkan
nilai hasil dan kos.
38
TAJUK 7 – Penyata Penyesuaian Bank Soalan Percubaan SPM Prinsip Perakaunan 2012 - Negeri Perak
4. Salimah adalah pemilik Perniagaan Sally, mendapati baki akhir Penyata Bank bagi bulan
Jun 2012 adalah berbeza dengan baki akhir Buku Tunai pada tarikh yang sama iaitu:
RM
Baki Penyata Bank 2 700 (Kredit)
Baki Buku Tunai 1 345 (Kredit)
Setelah Penyata Bank dan Buku Tunai dibandingkan, didapati perbezaan itu disebabkan
oleh perkara-perkara berikut:
(d) Bayaran RM35 telah dicaj oleh bank untuk buku cek.
(e) Cek-cek berikut telah dikeluarkan tetapi belum dikemukakan kepada bank:
Butir No. Cek RM
Sewa kedai 321550 2 640
Pemiutang Rizal 321560 10 780
Maju Enterprise 321570 5 860
(f) Dividen diterima dari Salam Berhad berjumlah RM1 800 telah dicatat di Penyata
Bank tetapi belum dicatatkan di Buku Tunai.
(g) Cek bernombor 128900 berjumlah RM2 430 yang diterima dari penghutang Lim telah
dipulangkan oleh pihak bank tetapi belum direkod dalam Buku Tunai.
(h) Cek-cek berikut belum lagi didepositkan ke akaun bank :
Butir No.Cek RM
Penghutang Izzah 560009 4 500
Perniagaan Selesa 432220 3 200
Kencana Enterprise 888900 450
Perniagaan Budiman 388870 1 500
(i) Arahan tetap untuk bayaran insurans kedai berjumlah RM3 600 belum dicatat dalam
Buku Tunai.
(j) Perniagaan Sally telah mendepositkan cek penghutang Kumar berjumlah RM4 551
ke dalam bank tetapi telah dicatatkan sebagai RM4 451 dalam Buku Tunai.
(k) Cek bernilai RM670 kepada Jason Trading telah tersalah catat di sebelah debit Buku
Tunai.
(l) Bank telah mengenakan bayaran perkhidmatan sebanyak RM80.
Anda dikehendaki:
(vi) Mengemaskinikan Buku Tunai pada 30 Jun 2012.
(vii) Menyediakan Penyata Penyesuaian Bank pada 30 Jun 2012.
(viii) Nyatakan dua tujuan penyediaan Penyata Penyesuaian Bank.
39
Langkah menjawab:
LANGKAH 1: Pelajar perlu menyusun semula setiap butiran i – ix ke dalam Buku Tunai dan
Penyata Bank untuk memudahkan pelajar melihat kedudukan setiap butiran tersebut,
seterusnya membantu menjawab soalan. Jadi lakarkan semula format Buku Tunai dan
Penyata Bank secara ringkas seperti di bawah:
Buku Tunai
+ (terima) - (bayar)
Penyata Bank
Dt. Kt.
- (bayar) + (terima)
LANGKAH 2: Tentukan kedudukan butiran i – ix sama ada di Buku Tunai atau Penyata
Bank. Kita akan rujuk satu persatu.
i) Bayaran RM35 telah dicaj oleh bank untuk buku cek.
- Butiran ini ialah pembayaran di Penyata Bank (Penyata Bank – Debit)
Penyata Bank
Dt. Kt. Buku cek 35
- +
ii) Cek-cek berikut telah dikeluarkan tetapi belum dikemukakan kepada bank:
Butir No. Cek RM
Sewa kedai 321550 2 640
Pemiutang Rizal 321560 10 780
Maju Enterprise 321570 5 860
- Butiran ini ialah pembayaran di Buku Tunai (Buku Tunai – Kredit)
Buku Tunai
Sewa kedai Pemiutang Rizal Maju Enterprise
2 640 10 780 5 860
+ -
40
iii) Dividen diterima dari Salam Berhad berjumlah RM1 800 telah dicatat di Penyata
Bank tetapi belum dicatatkan di Buku Tunai.
- Butiran ini ialah penerimaan di Penyata Bank (Penyata Bank – Kredit)
Penyata Bank
Dt. Kt. Buku cek Dividen – Salam Berhad
35
1800
- +
iv) Cek bernombor 128900 berjumlah RM2 430 yang diterima dari penghutang Lim
telah dipulangkan oleh pihak bank tetapi belum direkod dalam Buku Tunai.
- Butiran ini ialah cek tak layan, penerimaan di Buku Tunai (Buku Tunai –
Debit)
Buku Tunai
Penghutang Lim 2430 Sewa kedai Pemiutang Rizal Maju Enterprise
2 640 10 780 5 860
+ -
v) Cek-cek berikut belum lagi didepositkan ke akaun bank :
Butir No.Cek RM
Penghutang Izzah 560009 4 500
Perniagaan Selesa 432220 3 200
Kencana Enterprise 888900 450
Perniagaan Budiman 388870 1 500
- Butiran ini ialah penerimaan di Buku Tunai (Buku Tunai – Debit)
Buku Tunai
Penghutang Lim Penghutang Izzah Perniagaan Selesa Kencana Enterprise Perniagaan Budiman
2430 4 500 3 200 450
1 500
Sewa kedai Pemiutang Rizal Maju Enterprise
2 640 10 780 5 860
+ -
41
vi) Arahan tetap untuk bayaran insurans kedai berjumlah RM3 600 belum dicatat
dalam Buku Tunai.
- Butiran ini ialah pembayaran di Penyata Bank (Penyata Bank – Debit)
Penyata Bank
Dt. Kt. Buku cek Dividen – Salam Berhad Insurans kedai
35
3600
1800
- +
vii) Perniagaan Sally telah mendepositkan cek penghutang Kumar berjumlah
RM4 551 ke dalam bank tetapi telah dicatatkan sebagai RM4 451 dalam Buku
Tunai.
- Butiran ini ialah kesilapan di Buku Tunai (Buku Tunai – Debit, Penyata
Bank – Kredit)
Buku Tunai
Penghutang Lim Penghutang Izzah Perniagaan Selesa Kencana Enterprise Perniagaan Budiman Penghutang Kumar
2430 4 500 3 200 450
1 500
4451 ×
Sewa kedai Pemiutang Rizal Maju Enterprise
2 640 10 780 5 860
+ -
Penyata Bank
Dt. Kt. Buku cek Dividen – Salam Berhad Insurans kedai Deposit (Kumar)
35
3600
1800
4551
- +
viii) Cek bernilai RM670 kepada Jason Trading telah tersalah catat di sebelah debit
Buku Tunai.
- Butiran ini ialah kesilapan di Buku Tunai.
Buku Tunai
Penghutang Lim Penghutang Izzah Perniagaan Selesa Kencana Enterprise Perniagaan Budiman Penghutang Kumar Jason Trading
2430 4 500 3 200 450
1 500
4451 ×
670 ×
Sewa kedai Pemiutang Rizal Maju Enterprise
2 640 10 780 5 860
+ -
42
ix) Bank telah mengenakan bayaran perkhidmatan sebanyak RM80.
- Butiran ini ialah pembayaran di Penyata Bank (Penyata Bank – Debit)
Penyata Bank
Dt. Kt. Buku cek Dividen – Salam Berhad Insurans kedai Deposit (Kumar) Bayaran perkhidmatan
35
3600
80
1800
4551
- +
Kita telah selesai melihat kedudukan butiran i – ix, jadi jawapan pelajar akan berdasarkan
Buku Tunai dan Penyata Bank seperti di bawah. Perlu difahami bahawa setiap butiran ini
ialah butiran yang menyebabkan perbezaan baki Buku Tunai dan baki Penyata Bank.
Buku Tunai
Penghutang Lim Penghutang Izzah Perniagaan Selesa Kencana Enterprise Perniagaan Budiman Penghutang Kumar Jason Trading
2430 4 500 3 200 450
1 500
4451 ×
670 ×
Sewa kedai Pemiutang Rizal Maju Enterprise
2 640 10 780 5 860
+ -
Penyata Bank
Dt. Kt. Buku cek Dividen – Salam Berhad Insurans kedai Deposit (Kumar) Bayaran perkhidmatan
35
3600
80
1800
4551
- +
LANGKAH 3: Lakukan kemaskini Buku Tunai. Langkah mengemaskini Buku Tunai*:
1. Masukkan baki b/b Buku Tunai (hati-hati dengan debit atau kredit baki itu).
2. Betulkan kesilapan Buku Tunai.
3. Tolakkan semula cek tak layan
4. Masukkan butiran dari Penyata Bank
5. Kira baki akhir baru Buku Tunai.
*Langkah-langkah ini akan dihuraikan dengan terperinci.
1. Masukkan baki b/b Buku Tunai (hati-hati dengan debit atau kredit baki itu).
Buku Tunai (kemaskini)
Baki b/b
1345
43
2. Betulkan kesilapan Buku Tunai. Untuk kesilapan Buku Tunai, pelajar perlu
membuat analisis mudah untuk menentukan jenis kesilapan tersebut.
Kesilapan 1:
Buku Tunai
Penghutang Kumar 4451 ×
Penyata Bank
Dt. Kt. Deposit (Kumar) 4551
Kesilapannya ialah Buku Tunai terkurang tambah sebanyak RM100 (RM4551 –
RM4451). Sebagai pembetulan, Buku Tunai perlu ditambah sebanyak RM100 (Buku
Tunai – Debit) seperti berikut:
Buku Tunai (kemaskini)
Penghutang Kumar 100 Baki b/b
1345
Kesilapan 2:
Buku Tunai
Jason Trading 670 ×
Kesilapan ini memerlukan Buku Tunai dikreditkan sebanyak RM1340 (amaun dua
kali ganda daripada amaun kesilapan) seperti berikut:
Buku Tunai (kemaskini)
Penghutang Kumar 100 Baki b/b Jason Trading
1345 1340
3. Tolakkan semula cek tak layan. Butiran cek tak layan akan dikreditkan di dalam
Buku Tunai seperti berikut:
Buku Tunai (kemaskini)
Penghutang Kumar 100 Baki b/b Jason Trading Penghutang Lim
1345 1340 2430
44
4. Masukkan butiran dari Penyata Bank. Butiran ini dimasukkan seperti berikut:
Penyata Bank
Dt. Kt. Buku cek Dividen – Salam Berhad Insurans kedai Deposit (Kumar) Bayaran perkhidmatan
35
3600
80
1800
4551
- +
Buku Tunai (kemaskini)
Penghutang Kumar Dividen – Salam Berhad
100 1800
Baki b/b Jason Trading Penghutang Lim Buku cek Insurans kedai Bayaran perkhidmatan
1345 1340 2430 35
3600 80
+ - Nota: Perhatikan, tambah di Penyata bank dipindahkan ke tambah di Buku Tunai dan juga sebaliknya.
5. Kira baki akhir baru Buku Tunai. Jawapan akhir Buku Tunai (kemaskini) adalah
seperti berikut:
a) Jawapan Buku Tunai (kemaskini)
Buku Tunai (kemaskini)
Penghutang Kumar Dividen – Salam Berhad Baki h/b
100 1800
6930
Baki b/b Jason Trading Penghutang Lim Buku cek Insurans kedai Bayaran perkhidmatan
1345 1340 2430 35
3600 80
8830 8830
Baki b/b 6930
Sebelum pelajar menjawab soalan (b) iaitu Penyata Penyesuaian Bank, elok kita lihat
semula draf Buku Tunai dan Penyata Bank yang telah kita sediakan pada Langkah 2
sebelum ini. Pelajar bolehlah memotong semua butiran yang telah digunakan sewaktu
menjawab soalan Buku Tunai (kemaskini) kerana ia tidak lagi diperlukan.
Penyata Bank
Dt. Kt. Buku cek Dividen – Salam Berhad Insurans kedai Deposit (Kumar) Bayaran perkhidmatan
35
3600
80
1800
4551
- + *Kesemua butiran dalam Penyata Bank tidak lagi diperlukan.
45
Buku Tunai
Penghutang Lim Penghutang Izzah Perniagaan Selesa Kencana Enterprise Perniagaan Budiman Penghutang Kumar Jason Trading
2430 4 500 3 200 450
1 500
4451 ×
670 ×
Sewa kedai Pemiutang Rizal Maju Enterprise
2 640 10 780 5 860
+ - *Butiran yang diperlukan untuk menyediakan Penyata Penyesuaian Bank ialah yang berwarna kelabu.
LANGKAH 4: Menyediakan Penyata Penyesuaian Bank. Jawapan bermula dengan baki
Buku Tunai (kemaskini). Rujuk jawapan seperti di bawah:
b) Jawapan Penyata Penyesuaian Bank
Penyata Penyesuaian Bank pada 30 Jun 2012.
Baki kredit seperti di Buku Tunai
RM RM (6930)
Tambah: Sewa Kedai Pemiutang Rizal Maju Enterprise
2640 10780 5860
+
19280
12350 Tolak: Penghutang Izzah Perniagaan Selesa Kencana Enterprise Perniagaan Budiman
4 500 3 200 450
1 500
-
9650
Baki kredit seperti di Penyata Bank 2700
Butiran telah
ditambah di
Buku Tunai,
bermaksud baki
Buku Tunai
lebih. Akan
ditolak di
dalam
Penyata
Penyesuaian
Bank
Butiran telah
ditolak di Buku
Tunai,
bermaksud baki
Buku Tunai
kurang. Akan
ditambah di
dalam
Penyata
Penyesuaian
Bank
Rujuk baki Buku
Tunai (kemaskini).
Oleh kerana Buku
Tunai berbaki
kredit, masukkan
angka sebagai
negatif.
Jawapan akan
sama seperti
maklumat di
dalam soalan.
46
TAJUK 8 – Analisis Penyata Kewangan Soalan Percubaan SPM Prinsip Perakaunan 2012 - Negeri Kedah
6 (a) Perniagaan Gagah Perkasa dan Perniagaan Tegap Maju adalah dua perniagaan yang menjual alatan sukan. Berikut ialah maklumat kewangan perniagaan tersebut pada 31 Mei 2012:
Perniagaan Gagah Perkasa
RM
Modal 1 Jun 2011 120 000
Jualan 345 500
Stok purata 30 674
Untung kasar 56 250
Penghutang 20 450
Pemiutang 19 780
Pelbagai Belanja 16 750
Perniagaan Tegap Maju
Kadar pusing ganti stok sebanyak 12 kali Pulangan atas modal 29.81 %
(i) Hitung perkara-perkara berikut bagi Perniagaan Gagah Perkasa. (berikan jawapan ada
pada dua titik perpuluhan)
(i.i) Margin untung kasar (2 markah)
(i.ii) Pulangan atas modal (2 markah)
(i.iii) Kadar Pusing ganti stok (2 markah)
(ii) Hitung kadar pusing ganti stok untuk Perniagaan Tegap Maju dalam bilangan hari dan
berikan tafsirannya. (2 markah)
(iii) Jika anda seorang pelabur, perniagaan manakah yang akan anda pilih? (2 markah)
Nota ringkas:
Pelajar mesti menghafal rumus khas untuk menjawab soalan tajuk ini dan juga perlu boleh
mengaplikasikan rumus Penyata Pendapatan untuk mengira angka butiran yang mungkin
diperlukan.
Rumus Penyata Pendapatan (ringkas)
Jualan
( - ) Kos Jualan
= Untung Kasar
(+) Hasil lain
( - ) Belanja lain
= Untung Bersih
47
Rumus khas:
Nisbah keberuntungan:
1. Peratus untung kasar atas kos jualan (Tokokan) = Untung kasar X 100
Kos Jualan
2. Peratus untung kasar atas jualan (Margin kasar) = Untung kasar X 100
Jualan bersih*
*Jualan bersih = Jualan – Pulangan jualan
3. Peratus untung bersih atas jualan (Margin bersih) = Untung bersih X 100
Jualan bersih
4. Pulangan atas modal = Untung bersih X 100
Modal awal
Nisbah Kecairan:
1. Nisbah semasa = Aset semasa Liabiliti semasa
2. Nisbah ujian asid (Nisbah cepat) = Aset semasa – Stok akhir Liabiliti semasa
3. Nisbah ujian mampu = Jumlah liabiliti Jumlah aset
Nisbah Kecekapan:
1. Kadar pusing ganti stok (bilangan kali) = Kos jualan Stok purata*
*Stok purata = Stok awal + stok akhir
2
2. Kadar pusing ganti stok (bilangan hari) = 365 . Kadar pusing ganti stok (bilangan kali)
3. Tempoh kutipan hutang = Penghutang X 365 hari
Jualan kredit
4. Tempoh pembayaran hutang = Pemiutang X 365 hari
Belian kredit
48
Langkah menjawab soalan
LANGKAH 1: Kenalpasti rumus yang diperlukan. Juga kenalpasti sama ada angka untuk
butiran rumus telah diberi dalam soalan.
Keratan soalan:
(i) Hitung perkara-perkara berikut bagi Perniagaan Gagah Perkasa. (berikan jawapan ada
pada dua titik perpuluhan)
(i.i) Margin untung kasar (2 markah)
(i.ii) Pulangan atas modal (2 markah)
(i.iii) Kadar Pusing ganti stok (2 markah)
i.i) Peratus untung kasar atas jualan (Margin kasar) = Untung kasar X 100
Jualan bersih*
= RM56 250 X 100
RM345 500
= 16.28%
i.ii) Pulangan atas modal = Untung bersih X 100
Modal awal
= RM39 500 X 100
RM120000
= 32.92%
i.iii) Kadar pusing ganti stok (bilangan kali) = Kos jualan Stok purata
= RM289 250 RM30 674
= 9.43 kali
Tulis semula
rumus dalam
jawapan.
Kedua-dua
angka untung
kasar dan
jualan boleh
didapati
daripada
soalan
Untung bersih tidak diberikan secara
langsung, perlu dikira menggunakan
rumus Penyata Pendapatan, manakala
modal awal telah diberikan.
Pengiraan Untung bersih :
Rumus Penyata Pendapatan
(ringkas)
= Untung Kasar 56250
(+) Hasil lain tiada
( - ) Belanja lain 16750
= Untung Bersih 39500
Kos jualan perlu dikira terlebih dahulu
menggunakan rumus Penyata
Pendapatan. Stok purata telah diberikan
Rumus Penyata Pendapatan (ringkas)
Jualan 345500
( - ) Kos Jualan ?
= Untung Kasar 56250
Oleh itu,
Kos jualan = Jualan – Untung kasar
= RM345500 – RM56250
= RM289250
49
Keratan soalan:
(ii) Hitung kadar pusing ganti stok untuk Perniagaan Tegap Maju dalam bilangan hari dan
berikan tafsirannya.
ii) Kadar pusing ganti stok (bilangan hari) = 365 . Kadar pusing ganti stok (bilangan kali)
= 365 .
12 kali
= 30.42 hari
Tafsiran: Perniagaan Tegap Maju menukar stoknya (membeli stok baru) setiap 30 hari.
Keratan soalan:
(iii) Jika anda seorang pelabur, perniagaan manakah yang akan anda pilih?
Perniagaan Gagah Perkasa kerana
Pulangan atas Modal Perniagaan Gagah Perkasa lebih banyak iaitu 32.92%
berbanding Perniagaan Tegap Maju iaitu 29.81%.
Angka telah
diberi dalam
soalan.
Nyatakan nama
perniagaan yang
dipilih
mesti ada
perbandingan
Nyatakan nama nisbah
yang digunakan
50
TAJUK 9 – Penyata Pengasingan Untung Rugi Soalan Percubaan SPM Prinsip Perakaunan 2011 - Negeri Kedah
4. Encik Adam dan Puan Dewi ialah rakan kongsi dalam Perkongsian Awi yang berkongsi untung rugi
dalam nisbah 1:2. Perjanjian perkongsian mereka adalah seperti berikut:
Faedah atas modal ialah 8% setahun.
Faedah atas ambilan ialah 5% setahun.
Gaji Adam RM7 800 setahun.
Petikan dari Imbangan Duga perkongsian tersebut pada 31 Disember 2010 adalah seperti berikut:
Debit RM
Kredit RM
Alatan Pejabat
Penghutang
Pinjaman daripada Dewi
Gaji Adam
Akaun Modal pada 1 Januari 2010:
Adam
Dewi
Akaun Semasa pada 1 Januari 2010:
Adam
Dewi
Ambilan bagi tahun berakhir 31 Disember 2010:
Adam: 1 Januari 2010
Dewi: 1 April 2010
8 500
4 200
6 000
1570
5 000
10 000
6 000
16 000
32 000
7 980
Untung Bersih bagi tahun berakhir 31 Disember 2010 ialah RM39 662.
Rakan kongsi bersetuju untuk membuat pelarasan Untung Bersih bagi perkara berikut:
(m) Faedah atas pinjaman Dewi 5% setahun akan dikreditkan ke Akaun Semasa.
(n) Hutang lapuk terpulih RM310.
(o) Alatan pejabat disusutnilaikan 10% setahun atas kos.
Anda dikehendaki menyediakan: i. Penyata Pengasingan Untung Rugi bagi tahun berakhir 31 Disember 2010. ii. Akaun Semasa setiap pekongsi dalam bentuk beruangan. iii. Bahagian Ekuiti Pemilik dalam Kunci Kira-kira pada 31 Disember 2010.
51
Sebelum menjawab, fahami beberapa perkara:
1. Soalan ini memberikan angka Untung Bersih dan pelarasan untung bersih, jadi pelajar
perlu mengira angka untung bersih selepas pelarasan untuk dimasukkan ke dalam
Penyata Pengasingan Untung Rugi.
2. Format Penyata Pengasingan Untung Rugi
Untung bersih xx Tambah: Faedah atas ambilan:
Pekongsi 1 Pekongsi 2
xx xx
xx Tolak: Faedah atas modal:
Pekongsi 1 Pekongsi 2
xx xx
Gaji / Bonus / Elaun (amaun penuh) xx
(xx)
xx
Kongsi Untung/Rugi Pekongsi 1 Pekongsi 2
xx xx
xx
3. Format Akaun Semasa
Akaun Semasa
Pekongsi 1 Pekongsi 2 Pekongsi 1 Pekongsi 2
Baki b/b Baki b/b Ambilan Faedah atas modal Faedah atas ambilan Gaji (belum bayar) Kongsi rugi Bonus (belum bayar) Elaun (belum bayar) Faedah atas
pinjaman pekongsi (belum bayar)
Kongsi untung Baki h/b Baki h/b
4. Formula pengiraan faedah
Amaun Faedah = % faedah x Amaun x tempoh masa
(+)
(-)
Modal, Ambilan ,
Pinjaman pekongsi
Sekiranya tempoh
kurang daripada
setahun.
52
Langkah menjawab:
Langkah 1: Kirakan untung bersih selepas pelarasan:
RM Untung bersih (asal) 39 662 + Hutang lapuk terpulih 310 - Faedah atas pinjaman Dewi (300) - Susut nilai Alatan Pejabat (850)
Untung bersih (terselaras) 38822
Penerangan kepada jawapan:
1. Hutang lapuk terpulih ditambah semula kepada untung kerana ianya ialah hasil.
2. Faedah atas pinjaman Dewi dan Susut nilai Alatan Pejabat ditolak semula daripada
untung kerana ianya adalah belanja.
Pengiraan:
Faedah atas pinjaman Dewi = 5% x RM6 000 = RM300
Susut nilai Alatan Pejabat = 10% x RM8 500 = RM850
Langkah 2: Sediakan Penyata Pengasingan Untung Rugi bagi tahun berakhir 31 Disember
2010.
Tips: Terus sediakan rangka jawapan. Rujuk format sebelum ini. Lakukan pengiraan ketika
anda hendak memasukkan angka sesuatu butiran untuk menjimatkan masa.
Penyata Pengasingan Untung Rugi bagi tahun berakhir 31 Disember 2010.
RM RM Untung bersih 38822 Tambah: Faedah atas ambilan:
Adam (5% x RM5000) Dewi (5% x RM10000 x 9/12)
250 375
625 Tolak: Faedah atas modal:
Adam (8% x RM16000) Dewi (8% x RM32000)
1280 2560
Gaji (amaun penuh) 7800
(11640)
27807
Kongsi Untung/Rugi Adam (1/3 x RM27807) Dewi (2/3 x RM27807)
9269 18538
27807
(+)
(-)
Untung bersih
terselaras
Faedah atas
ambilan Dewi
bermula 1 April
– 31 Dis, hanya
9 bulan (9/12)
Gaji setahun
Ini ialah
untung bersih
yang akan
diagihkan
kepada
pekongsi
Rujuk nisbah
kongsi untung
rugi
Adam : Dewi,
1:2
53
Langkah 3: Sediakan Akaun Semasa setiap pekongsi dalam bentuk beruangan.
Akaun Semasa
Adam Dewi Adam Dewi
Baki b/b 1570 Baki b/b 7980
Ambilan 5000 10000 Faedah atas modal 1280 2560
Faedah atas ambilan 250 375 Gaji (belum bayar) 1800
Faedah atas pinjaman
pekongsi (belum bayar)
300
Kongsi untung 9269 18538
Baki h/b 15079 18538
20329 30483 20329 30483
Baki b/b 15079 18538
Langkah 4: Sediakan Bahagian Ekuiti Pemilik dalam Kunci Kira-kira pada 31 Disember
2010.
Bahagian Ekuiti Pemilik Kunci Kira-kira perkongsian menunjukkan dua butiran iaitu:
i. Baki Akaun Modal pekongsi
ii. Baki Akaun Semasa pekongsi (baki b/b akhir)
Kunci Kira-kira pada 31 Disember 2010 (petikan)
Ekuiti Pemilik RM Akaun Modal:
Adam 16 000 Dewi 32 000
Akaun Semasa: Adam 15079 Dewi 18538
81617
Ak Semasa
Adam berbaki
kredit (rujuk
I.Duga)
Ak Semasa Dewi
berbaki debit (rujuk
I.Duga)
Gaji Adam (belum bayar)
= 7800 – 6000
= 1800
54
TAJUK 10 – Pembubaran Perkongsian Soalan Percubaan SPM Prinsip Perakaunan 2012 - Negeri Melaka
3. Encik Badrol dan Encik Fendi ialah pemilik Perkongsian Pintar, menjalankan perniagaan
di Bandar Hilir, Melaka. Mereka bersetuju berkongsi untung atau rugi perkongsian
mengikut nisbah 3:1.
Pada 31 Mei 2012, mereka ingin membubarkan perkongsian mereka disebabkan Encik
Badrol menghidap penyakit jantung.
Kedudukan kewangan Perkongsian Pintar pada 31 Mei 2012 adalah seperti berikut:
Perkongsian Pintar
Kunci Kira-kira pada 31 Mei 2012 RM RM
Kenderaan 40 000 Modal: Encik Badrol 60 000
Perabot 8 400 Encik Fendi 30 000
Alatan Pejabat 8 380 Pemiutang 4 280
Penghutang 1 500 Sewa terakru 700
Stok 9 600
Pelaburan 5 000
Bank 22 100
94 980 94 980
Perkara-perkara berikut berlaku semasa proses pembubaran:
(i) Kenderaan direalis pada harga RM35 000.
(ii) Perabot dan stok dijual pada harga RM12 000.
(iii) Pelaburan diambil alih oleh Encik Badrol pada harga RM5 000.
(iv) Encik Fendi bersetuju mengambil alih alatan pejabat bernilai RM7 100.
(v) Baki penghutang telah dikutip kecuali RM200 dihapuskan sebagai hutang lapuk.
(vi) Belanja realisasi sebanyak RM800 telah dibayar.
(vii) Pemiutang dijelaskan sebanyak RM3 980 dan sewa terakru dijelaskan sepenuhnya.
(viii) Penerimaan dan pembayaran menggunakan cek.
Anda dikehendaki menyediakan:
(a) Akaun Realisasi
(b) Akaun Modal setiap pekongsi
(c) Akaun Bank
(d) Berikan 2 sebab berlakukan pembubaran
55
Nota ringkas:
Format Akaun Realisasi
Dt. Akaun Realisasi Kt.
Aset yang ditutup Belanja Realisasi Untung realisasi
Hasil realisasi Rugi realisasi
Hasil realisasi ialah:
i. Jualan aset bukan semasa ketika pembubaran
ii. Aset yang diambil alih oleh pekongsi
iii. Kutipan daripada penghutang
iv. Diskaun diterima daripada pemiutang
Belanja realisasi ialah:
i. Butiran belanja realisasi
ii. Belanja lain yang baru ditemui sewaktu pembubaran
Langkah menjawab:
LANGKAH 1: Buka ketiga-tiga Akaun Realisasi, Akaun Modal dan Akaun Bank serentak. Ini
kerana kebanyakan catatan adalah bergu, jadi pelajar boleh merekod terus ke dalam dua
akaun dan menjimatkan masa. Juga masukkan baki-baki akaun tersebut (rujuk Kunci Kira-
kira)
a) Akaun Realisasi
RM
RM
b) Akaun Modal
Badrol Fendi Badrol Fendi
Baki b/b 60 000 30 000
c) Akaun Bank
Baki b/b
RM 22 100
RM
56
LANGKAH 2: Rekodkan proses pembubaran. Ikuti prosedur yang akan diterangkan.
Langkah 1 pembubaran: Menutup semua akaun aset di dalam Kunci Kira-kira kecuali tunai
dan bank seperti berikut.
a) Akaun Realisasi
Kenderaan Perabot Alatan Pejabat Penghutang Stok Pelaburan
RM 40 000 8 400 8 380 1 500 9 600 5 000
RM
Langkah 2 pembubaran: Selesaikan satu-persatu proses pembubaran di dalam soalan.
Kenalpasti setiap satu proses itu sama ada ianya Hasil Realisasi (Realisasi - Kredit),
Belanja Realisasi (Realisasi – Debit) atau pembayaran hutang.
(i) Kenderaan direalis* pada harga RM35 000.
Huraian: Ini adalah hasil realisasi (Realisasi – Kredit). Bergunya adalah Akaun Bank
(debit) kerana melibatkan penerimaan tunai (cek). *Perkataan direalis bermaksud dijual.
a) Akaun Realisasi
Kenderaan Perabot Alatan Pejabat Penghutang Stok Pelaburan
RM 40 000 8 400 8 380 1 500 9 600 5 000
Bank
RM 35 000
c) Akaun Bank
Baki b/b Realisasi
RM 22 100 35 000
RM
(ii) Perabot dan stok dijual pada harga RM12 000.
Huraian: Ini adalah hasil realisasi (Realisasi – Kredit). Bergunya adalah Akaun Bank
(debit) kerana melibatkan penerimaan tunai (cek).
a) Akaun Realisasi
Kenderaan Perabot Alatan Pejabat Penghutang Stok Pelaburan
RM 40 000 8 400 8 380 1 500 9 600 5 000
Bank Bank
RM 35 000 12 000
57
c) Akaun Bank
Baki b/b Realisasi Realisasi
RM 22 100 35 000 12 000
RM
(iii) Pelaburan diambil alih oleh Encik Badrol pada harga RM5 000.
Huraian: Ini adalah hasil realisasi (Realisasi – Kredit). Bergunya adalah Akaun Modal
(debit) kerana pekongsi mengambil alih aset.
a) Akaun Realisasi
Kenderaan Perabot Alatan Pejabat Penghutang Stok Pelaburan
RM 40 000 8 400 8 380 1 500 9 600 5 000
Bank Bank Modal Badrol
RM 35 000 12 000 5 000
b) Akaun Modal
Badrol Fendi Badrol Fendi Realisasi
5 000 Baki b/b 60 000 30 000
(iv) Encik Fendi bersetuju mengambil alih alatan pejabat bernilai RM7 100.
Huraian: Ini adalah hasil realisasi (Realisasi – Kredit). Bergunya adalah Akaun Modal
(debit) kerana pekongsi mengambil alih aset.
a) Akaun Realisasi
Kenderaan Perabot Alatan Pejabat Penghutang Stok Pelaburan
RM 40 000 8 400 8 380 1 500 9 600 5 000
Bank Bank Modal Badrol Modal Fendi
RM 35 000 12 000 5 000 7 100
b) Akaun Modal
Badrol Fendi Badrol Fendi Realisasi Realisasi
5 000 7 100
Baki b/b 60 000 30 000
58
(v) Baki penghutang telah dikutip kecuali RM200 dihapuskan sebagai hutang lapuk.
Huraian: Ini adalah hasil realisasi (Realisasi – Kredit). Bergunya adalah Akaun Bank
(debit) kerana melibatkan penerimaan tunai (cek).
a) Akaun Realisasi
Kenderaan Perabot Alatan Pejabat Penghutang Stok Pelaburan
RM 40 000 8 400 8 380 1 500 9 600 500
Bank Bank Modal Badrol Modal Fendi Bank
RM 35 000 12 000 5 000 7 100 1 300
c) Akaun Bank
Baki b/b Realisasi Realisasi Realisasi
RM 22 100 35 000 12 000 1 300
RM
(vi) Belanja realisasi sebanyak RM800 telah dibayar.
Huraian: Ini adalah belanja realisasi (Realisasi – Debit). Bergunya adalah Akaun Bank
(kredit) kerana melibatkan pembayaran tunai (cek).
a) Akaun Realisasi
Kenderaan Perabot Alatan Pejabat Penghutang Stok Pelaburan Bank
RM 40 000 8 400 8 380 1 500 9 600 5 000 800
Bank Bank Modal Badrol Modal Fendi Bank
RM 35 000 12 000 5 000 7 100 1 300
c) Akaun Bank
Baki b/b Realisasi Realisasi Realisasi
RM 22 100 35 000 12 000 1 300
Realisasi
RM 800
(vii) Pemiutang dijelaskan sebanyak RM3 980 dan sewa terakru dijelaskan
sepenuhnya.
Huraian: Butiran ini ialah perniagaan mejelaskan hutangnya kepada pemiutang dan juga
menbayar sewa terakru (Akaun Bank – Kredit). Diskaun diterima daripada pemiutang ialah
hasil realisasi (Realisasi – Kredit).
RM1500 – RM200
59
a) Akaun Realisasi
Kenderaan Perabot Alatan Pejabat Penghutang Stok Pelaburan Bank
RM 40 000 8 400 8 380 1 500 9 600 5 000 800
Bank Bank Modal Badrol Modal Fendi Bank Diskaun diterima
RM 35 000 12 000 5 000 7 100 1 300 300
c) Akaun Bank
Baki b/b Realisasi Realisasi Realisasi
RM 22 100 35 000 12 000 1 300
Realisasi Pemiutang Sewa terakru
RM 800
3 980 700
Langkah 3 Pembubaran: Setelah selesai merekod proses pembubaran soalan, sekarang
pelajar perlu mengira untung atau rugi realisasi. Langkahnya sama seperti
mengimbangkan akaun dan angka pengimbang itu kemudiannya perlu dibahagikan kepada
para pekongsi mengikut nisbah kongsi untung rugi yang dinyatakan di dalam soalan.
a) Akaun Realisasi
Kenderaan Perabot Alatan Pejabat Penghutang Stok Pelaburan Bank
RM 40 000 8 400 8 380 1 500 9 600 5 000 800
Bank Bank Modal Badrol Modal Fendi Bank Diskaun diterima Modal Badrol Modal Fendi
RM 35 000 12 000 5 000 7 100 1 300 300
9 735 3 245
73 680 73 680
Nota jawapan:
Berdasarkan Akaun Realisasi di atas, jumlah debit (Belanja Realisasi) ialah RM73 680.
Jumlah kredit (Hasil Realisasi) pula ialah RM60 700. Jadi, angka pengimbang akan berada
di sebelah kredit.
Belanja Realisasi melebihi Hasil Realisasi, oleh itu pekongsi akan berkongsi Rugi
Realisasi sebanyak RM12 980 (RM60700 – RM73680).
Agihan rugi realisasi kepada pekongsi dikira seperti berikut:
Badrol = RM12 980 x ¾ = RM9 735
Fendi = RM12 980 x ¼ = RM3 245
RM4280 – RM3980
RM73 680 RM60 700
Badrol : Fendi
3 : 1
60
Langkah 4 Pembubaran: Rugi realisasi (atau untung realisasi) tersebut akan dipindahkan ke
Akaun Modal pekongsi secara bergu seperti dibawah:
a) Akaun Realisasi
Kenderaan Perabot Alatan Pejabat Penghutang Stok Pelaburan Bank
RM 40 000 8 400 8 380 1 500 9 600 5 000 800
Bank Bank Modal Badrol Modal Fendi Bank Diskaun diterima Modal Badrol Modal Fendi
RM 35 000 12 000 5 000 7 100 1 300 300
9 735 3 245
73 680 73 680 *Akaun Realisasi telah siap pada langkah ini.
b) Akaun Modal
Badrol Fendi Badrol Fendi Realisasi Realisasi Realisasi
5 000
9 735
7 100 3 245
Baki b/b 60 000 30 000
Langkah 5 Pembubaran: Sekarang pelajar perlu mengira modal dibayar balik kepada
pekongsi (atau pekongsi membawa masuk modal). Caranya ialah dengan mengimbangkan
Akaun Modal dan dibergukan dengan Akaun Bank.
b) Akaun Modal
Badrol Fendi Badrol Fendi Realisasi Realisasi Realisasi Bank
5 000
9 735 45 265
7 100 3 245
19 655
Baki b/b 60 000 30 000
60 000 30 000 60 000 30 000
c) Akaun Bank
Baki b/b Realisasi Realisasi Realisasi
RM 22 100 35 000 12 000 1 300
Realisasi Pemiutang Sewa terakru Modal Badrol Modal Fendi
RM 800
3 980 700
45 265 19 655
70 400 70 400
Jumlah Akaun Bank akan sama debit dan kredit. Selesai proses menjawab.
angka imbang
top related