kerja khursus gerko
Post on 05-Jul-2015
204 Views
Preview:
TRANSCRIPT
Soalan
Anda dilantik sebagai setiausaha untuk Majlis Sambutan Jubli Emas Persatuan Matematik di
sekolah anda. Majlis tersebut akan dirasmikan oleh YB Menteri Pelajaran Malaysia. Sediakan satu
kertas kerja yang lengkap untuk menyokong program yang akan dilangsungkan tersebut. Kertas
kerja tersebut perlu merangkumi perkara-perkara di bawah:
i) Objektif / tujuan
ii) Senarai AJK dan bidang tugas
iii) Anggaran perbelanjaan
iv) Aturan majlis
v) Lain-lain AJK yang berkaitan
1.0 Pengenalan
Malaysia sedang menuju ke arah sektor perindustrian untuk membentuk negara yang berteknologi
tinggi dan mewujudkan masyarakat makmur yang bermoral dan beretika. Bagi mencapai hasrat ini,
pendidikan yang berteraskan pembangunan keinsanan secara menyeluruh dan bersepadu perlu
diterjemahkan melalui kurikulum pelajaran formal yang bersifat futuristic, fleksibel dan dinamik.
Oleh itu, Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Jerkoh ingin mengadakan Majlis Sambutan Jubli Emas
Persatuan Matematik.
Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Jerkoh merupakan sekolah yang wujud sejak zaman
penjajahan British lagi. Sekolah yang lama ini menyimpan pelbagai sejarah dan warisan yang
amat mendalam. Salah satu pertubuhan yang sangat lama dan agak radikal ialah Persatuan
Matematik di sekolah ini. Walaupun ramai murid yang seketika dahulu yang menjadi ahli sudah
pun menjejak keluar daripada sekolah ini, namun mereka tetap mempunyai kenangan bersama
persatuan yang hampir berusia 50 tahun. Oleh itu, pihak Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Jerkoh
mengambil inisiatif untuk menganjurkan Majlis Sambutan Jubli Emas Persatuan Matematik di
sekolah ini. Pelbagai agenda yang dirancang untuk memeriahkan lagi majlis yang bersejarah ini.
Majlis akan dimeriahkan dengan mengadakan sesi interaksi bersama-sama dengan bekas
pengerusi Persatuan Matematik. Selain itu, ibu bapa juga dijemput untuk mengambil bahagian
dalam majlis ini. Segala maklumat berkaitan dengan majlis ini telah saya sertakan di dalam kertas
kerja ini.
2.0 RASIONAL
Sambutan Persatuan Matematik ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada semua warga
sekolah untuk mengambil bahagian dalam program sambutan ini. Selain itu, aktiviti-aktiviti yang
dirancangkan ini diharapkan dapat mencungkil kemahiran Matematik yang tersembunyi dalam diri
murid sekolah rendah. Program ini dapat meningkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran
Matematik agar menjadi lebih menarik, berkesan dan bermakna. Tambahan pula, aktiviti yang
dirancangkan diharapkan dapat mengeratkan hubungan silaturahim sesama bekas murid, para ibu
bapa dan komuniti sekolah. Murid-murid juga dapat mengenali secara lebih mendalam tentang
rakan-rakan sama ada dari sekolah yang sama ataupun dari sekolah yang berlainan. Seterusnya
program ini diharapkan dapat memperkembangkan kemahiran dan kreativiti murid dalam
merancang serta mengaplikasikan hasil pembelajaran mata pelajaran Matematik dalam kehidupan
seharian.
3.0 OBJEKTIF DAN TUJUAN
1. Memupuk minat murid-murid dalam mata pelajaran Matematik.
2. Memperkembangkan bakat dan potensi murid terhadap Matematik .
3. Menperkembangkan kemahiran Matematik dalam kemahiran berfikir melalui permainan
Matematik .
4. Memperkembangkan perasaan bersatu padu dan mengeratkan lagi persahabatan antara
murid-murid dalam sekolah.
5. Mengenali secara mendalam mengenai peranan guru panitia Matematik dalam
peningkatan pencapaian murid dalam matapelajaran Matematik.
6. Menghargai murid cemerlang dan mendorong murid yang lain untuk mencapai
kecemerlangan dalam Matematik .
7. Mewujudkan suasana persefahaman antara ibu bapa dengan guru besar dan guru-guru
sekolah.
8. Mengeratkan hubungan antara bekas pengerusi Persatuan Matematik dengan organisasi
sekolah
9. Mengambil langkah yang efisyen untuk memajukan Persatuan Matematik.
10. Memartabatkan Persatuan Matematik sebagai satu persatuan yang giat aktif di dalam
sekolah
11. Mencungkil bakat yang terpendam dalam diri seseorang murid
12. Mengambil jejak langkah orang yang berpengalaman sebagai teladan untuk memajukan
pendidikan Matematik pada peringkat sekolah.
4.0 Tema Majlis
Bersatu memartabatkan Persatuan Matematik demi kesejahteraan kita
5.0 Tempat
Dewan Bandaraya Kuala Lipis dan Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Jerkoh, Kuala Lipis
6.0 Tarikh
12 April 2008 (sabtu)
7.0 Anggaran pengunjung majlis
Kedatangan YB Menteri Pelajaran Malaysia merasmikan Sambutan Jubli Emas Persatuan
Matematik.
Bekas-bekas pengerusi Persatuan Matematik
Guru-guru dan murid Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Jerkoh
Para ibu bapa murid Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Jerkoh
8.0 AJK induk dan AJK sampingan
(Rujuk lampiran 1)
9.0 AJk dan bidang tugasnya
(Rujuk lampiran 2)
10.0 Aturcara program
(Rujuk lampiran 3)
11.0 Anggaran perbelanjaan dan pendapatan
(Rujuk lampiran 4)
12.0 Penutup
Kami amat mengharapkan pelaksanaan program ini dapat mencapai objektif yang telah
digariskan. Semoga segala usaha dapat memberi manfaat besar kepada semua pihak.
Setinggi harapan kami sekiranya program ini mendapat sokongan dan komitmen yang
menggalakkan daripada semua lapisan masyarakat. Segala perhatian dan komitmen pihak
tuan didahului dengan ucapan jutaan terima kasih.
SEKIAN TERIMA KASIH.
“MEMARTABATKAN MATEMATIK DEMI KESEJAHTERAAN KITA”
Saya yang Menjalankan Tugas,
………………………………………….
(GAN LI LIM )
SETIAUSAHA
SAMBUTAN MAJLIS JUBLI EMAS PERSATUAN MATEMATIK,
SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN (C) JERKOH, KUALA LIPIS.
disemak oleh :
…………………………………………
(Bong Koi Sin )
PENGERUSI
SAMBUTAN MAJLIS JUBLI EMAS PERSATUAN MATEMATIK,
SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN (C) JERKOH, KUALA LIPIS.
Dipanjangkan dan Disokong oleh :
...............................................................
(PN TAN MEI MEI )
GURU BESAR,
SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN (C) JERKOH, KUALA LIPIS.
LAMPIRAN 1
SENARAI AHLI JAWATANKUASA MAJLIS SAMBUTAN JUBLI EMAS
PERSATUAN MATEMATIK
AJK INDUK
Penaung : Pn. Tan Mei Mei
Penasihat : Pn. Kamalia Binti Hassan
Pengerusi : Bong Koi Sin
Timbalan Pengerusi : Gan Hui Peng
Setiausaha : Gan Li Lim
Naib Setiausaha : Maggie Goh May Gi
Bendahari : Honey Koh Peh Ni
Naib Bendahari : Chao Poh Ling
Jemputan : Beauty Lee Suh Yee
Buku Cenderamata : Ong Jen Lock
Sambutan : Chong Yan Tong, Chong Pok Ji
Kawalan & Keselamatan : Edickson Lin Hon Heng, Nick Pang Sok Fong
Hadiah : Siti Norhaliza
Keputusan : Yogus Venasuari
Jamuan : Alham binti Ahmad
AJK Buku Program : Yang Kok Keong, Lim Dan, Ang Long Joo
Pengerusi Majlis : Chew Meng Seng
Siaraya : Lee Tian Chye
Kebersihan : Jamaludin bin Haji Hussin
Jurugambar : Fan Li Hua
AJK-AJK LAIN YANG BERKAITAN DENGAN MAJLIS SAMBUTAN INI
AJK Persiapan Dewan
Ketua : Tan Poh Yoke
AJK Kecil : Wong Fong Mui
AJK Perhiasan
Ketua : Kamilah Binti Mohd. Saidi
AJK Kecil : Lee Li Cheng, Cheong Ai Chee
Persembahan
Ketua : Lam Kai Chee
AJK Kecil : Arnitta Laura Lagason, Shameron Vegessuatri
Paparan slaid
Ketua : Chew Yong Shen
AJK Kecil : Lim Tzeng Chyuan, Wuu Long Cha
Permainan Matematik
Ketua : Rostam Bin Ahmad
AJK Kecil : Goh Di Gi, Lee Chee Siong
Persembahan murid-murid
Ketua : Salmah Binti Abdullah
AJK Kecil : Syafih binti Shamsudin, Yang Shen Jiu
Peralatan
Ketua : Lee Choon Choy
AJK Kecil : Siti Aisyah binti Ahmad, Jamalia binti Ibrahim
LAMPIRAN 2
AHLI JAWATANKUASA DAN BIDANG TUGAS
PENGERUSI
Mengurus dan mentadbirkan persatuan mengikut perlembagaan persatuan atau
melaksanakan keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Kerja atau Mesyuarat Agong.
Mempengerusui Mesyuarat Jawatankuasa Kerja.
Merancang, melaksanakan dan menyelia aktiviti persatuan.
Menjalankan tugas seperti mana ketetapan yang diperuntukkan dalam perlembagaan
persatuan.
NAIB PENGERUSI
Membantu Pengerusi dalam pengurusan pentadbirkan persatuan.
Menjadi pengerusi mesyuarat dan menjalankan tugas pengerusi, apabila ketiadaan
pengerusi.
Menjalankan tugas sepertimana ketetapan yang diperuntukkan dalam perlembagaan
persatuan.
SETIAUSAHA
Menyimpan pendaftaran keahlian.
Bertanggungjawab bagi surat-menyurat dengan badan luar, pentadbir sekolah dan ahli
persatuan.
Menjemput dan mengedar surat panggilan semua mesyuarat iaitu Mesyuarat
Jawatankuasa Kerja, Mesyuarat Agong dan Mesyuarat Luar Biasa atau Tergempar.
Bekerjasama dengan pengerusi bagi mentadbir dan mengurus persatuan.
Menjalankan tugas seperti ketetapan yang diperuntukkan dalam perlembagaan persatuan.
PENOLONG SETIAUSAHA
Membantu setiausaha mentadbir dan mengurus persatuan.
Menjalankan tugas setiausaha, apabila ketiadaan setiausaha.
Menjalankan tugas sepertimana ketetapan yang diperuntukkan dalam perlembagaan
persatuan.
BENDAHARI
Menyimpan stok dan harta persatuan.
Memungut dan menyimpan kenyataan pembayaran yuran keahlian.
Mengurus dan mentadbir pembelia dan kewangan persatuan.
Menyimpan dan menyiapkan penyata kira-kira persatuan.
Menjalankan tugas sepertimana ketetapan yang diperuntukkan dalam perlembagaan
persatuan.
JAWATANKUASA KECIL JEMPUTAN
Menyediakan anggaran perbelanjaan.
Menyediakan surat jemputan.
Menyediakan senarai para jemputan khas.
mengedarkan surat jemputan kepada ibu bapa dan jemputan khas.
Menyediakan senarai kehadiran jemputan khas.
Menyelaras dengan Jawatankuasa Kerja.
JAWATANKUASA KECIL BUKU CENDERAMATA
Menentukan kandungan buku cenderamata.
Membuat contoh buku cenderamata.
Menyediakan anggaran perbelanjaan.
Mendapatkan kata-kata aluan.
Menyemak dan menyiapkan buku cenderamata.
Menyerahkan buku cenderamata kepada Jawatankuasa Kerja Sambutan.
JAWATANKUASA KECIL SAMBUTAN
Melantik penyambut tetamu.
Menyediakan anggaran perbelanjaan (jika ada).
Mendapatkan senarai kehadiran jemputan khas.
Menyediakan corsage & rosette untuk jemputan khas.
Memberi taklimat kepada penyambut tetamu.
Membuat penyelarasan dengan Jawatankuasa Kerja jemputan dan urusetia.
JAWATANKUASA KECIL KAWALAN DAN KESELAMATAN
Menyediakan anggaran perbelanjaan (jika ada).
Pengagihan tugas kepada pasukan-pasukan kawalan dan keselamatan.
Menyediakan alatan kecemasan.
Menyediakan tempat rawatan.
JAWATANKUASA KECIL HADIAH
Mengenal pasti jenis hadiah dan mengumpul hadiah-hadiah kejohanan yang sedia ada.
Membuat anggaran perbelanjaan.
Menempah hadiah setelah mendapat kelulusan.
Mendapatkan hadiah yang ditempah.
Mengatur hadiah mengikut susunan aturcara dan pemenang.
Menyediakan dulang dan pelamik hadiah.
JAWATANKUASA KECIL KEPUTUSAN
Menyediakan borang-borang khas untuk catatan.
Menyediakan kelengkapan bagi cacatan.
Merekod keputusan.
Menyerah keputusan kepada juruacara.
Menyerah keputusan kepada Setiausaha Majllis selepas kejohanan.
JAWATANKUASA KECIL JAMUAN
Menyediakan anggaran perbelanjaan.
Menetapkan menu dan bilangan tetamu.
Persiapan tempat ( kerusi, meja, alas meja, hiasan ).
Persiapan pinggan manggok.
Penyelarasan dengan Jawatankuasa Kerja Sambutan.
JURUACARA
Menyediakan skrip mengikut susunan atur cara dan program.
Memastikan pembesar suara boleh digunakan.
LAMPIRAN 3
Aturcara Majlis Sambutan Jubli Emas Persatuan Matematik.
12 APRIL 2008
8.00 pagi -Semua tetamu, guru, pelajar dan ibu bapa mengambil
tempat di dewan.
8.30 pagi - Ketibaan Yang Berhormat YB Menteri Pelajaran Malaysia
bersama pengiringnya
8.35 pagi - Ucapan alu-aluan oleh pengerusi majlis
8.40 pagi - Bacaan doa
8.45 pagi - Ucapan Puan guru besar sekolah
9.00 pagi - Upacara perasmian oleh YB Menteri Pelajaran Malaysia
9.10 pagi - Ucapan YB Menteri Pelajaran Malaysia
9.40 pagi - Persembahan Murid
( persembahan berunsur patriotik )
9.50 pagi - Ucapan Pegawai Pelajaran Daerah
10.10 pagi - Ucapan Pengerusi Persatuan Matematik sekolah
10.30 pagi - Paparan Slaid
(slaid merangkumi sejarah persatuan dari awalnya ia
ditubuhkan sampai hari ini dan aktiviti-aktiviti yang
dikendalikan olehnya selama ini )
10.50 pagi - Permainan Matematik
( murid-murid dari sekolah lain di daerah ini menyertai
pelbagai pertandingan seperti ‘Wheel of Mathematics’,
‘Solve In 1 Minute’ dan sebagainya di beberapa
stesen yang disediakan )
11.30 pagi - Upacara Penyampaian Hadiah oleh YB Menteri Pelajaran
Malaysia ( Hadiah diberi kepada pelajar cemerlang mengikut
darjah antara daerah )
12.00 t/hari - Sesi perbincangan ibu bapa dengan YB Menteri Pelajaran
Malaysia
1.00 t/hari - Ucapan penutup oleh ahli parlimen
- Makanan tengah hari
2.00 petang - Para tetamu berangkat keluar dari dewan
2.15 petang - Persidangan bekas-bekas pengerusi Persatuan Matematik
( perbincangan mengenai pendapat keadaan Persatuan
Matematik, langkah-langkah yang perlu diambil untuk
memantapkan Persatuan. Guru Besar dan guru sekolah ini
juga menyampaikan hasrat untuk memajukan Persatuan
Matematik di sekolah ini. Cabaran dan rintangan yang
Dihadapi dalam pentadbiran Persatuan Matematik juga
dititikberatkan.)
4.30 petang - upacara perasmian penutup sambutan Jubli Emas
5.00 petang - acara melepaskan ikan di kolam sekolah sebagai tanda
kenangan ‘Reunion’ bekas pengerusi Persatuan Matematik.
Aturcara Permainan Matematik
Check Point 1 = “Jigsaw Puzzle”
Check Point 2 = “Solve In 1 Minutes”
NAMA : Jigsaw Puzzle
OBJEKTIF :
- Menguasai operasi tambah, tolak, darab dan bahagi yang merupakan kekunci
Matematik.
- Menguji kepantasan dan kecekapan ahli kumpulan dalam menjawab soalan-
soalan Matematik.
PERATURAN :
- Suatu silang kata Matematik seperti mana yang disertakan akan disediakan.
- Kumpulan tertentu dikehendaki mengisi tempat kosong yang terdapat di atas
silang kata tersebut dengan jawapan yang sesuai.
-Setiap jawapan yang betul akan diberikan markah sebanyak 2 poin. Markah tidak akan dipotong
bagi mana-mana jawapan yang salah.
-Kumpulan tertentu harus menyiapkan silang kata tersebut dalam masa satu minit.
LAMPIRAN 4
ANGGARAN PERBELANJAAN:
BIl Senarai kos Anggaran
1 Kos Jemputan RM 200.00
2 Kos Sewaan Dewan RM 400.00
3 Kos Perhiasan Dewan RM 200.00
4 Kos Jamuan Makanan RM 2000.00
5 Kos peralatan RM 300.00
6 Kos cenderahati RM 300.00
7 Kos persediaan hadiah RM 300.00
8 Kos buku program RM 100.00
9 Kos kolam ikan RM 300.00
10. Kos perbelanjaan untuk 5 bekas Pengerusi Persatuan
Matematik
RM 500.00
Jumlah Anggaran RM 4600.00
PENDAPATAN
Bil Pendapatan Jumlah
1. Kutipan derma Persatuan Matematik RM 1000.00
2. Dermawan yang menyumbang kepada majlis RM 1000.00
3. Kos dewan ditaja oleh Dewan Bandaraya, Kuala Lipis RM 200.00
4. Kos kolam ikan ditaja oleh guru sekolah RM 300.00
5. Kos jamuan ditaja oleh Restoran Sin Hoi Kee RM 1000.00
Jumlah Besar RM 3500
Penghargaan
Selamat sejahtera. Sebagai pembuka bicara saya ingin memberitahu pihak tuan bahawa
kami dalam sekumplan telah melengkapkan kerja khusus ini dengan lengkapnya. Kami amatlah
bersyukur kepada tuhan kerana NYA mencucuri rahmat terhadap diri kami agar dengan
selamatnya melengkapkan kerja khusus ini.
Pertama sekali saya ingin memberitahu kepada pihak yang menghulurkan pertolongan
dalam menjayakan kerja khusus ini. Pensyarah kami, Dr. Wong Sien Biang memainkan peranan
penting dalam perkara ini. Beliau banyak memberi tunjuk ajar. Beliau memberi penjelasan yang
amatlah bernas sekali. Boleh dikatakan beliaulah faktor pertama dan dorongan bagi kami untuk
berjaya menyelesaikan kerja khusus kami.
Seterusnya kami ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada Pusat Sumber Institut
Perguruan Tengku Ampuan Afzan kerana pegawai-pegawainya tanpa puas jemu memberi tunjuk
ajar dalam mencari bahan-bahan dalam buku rujukan. Tanpa pertolongan mereka sudah tentu
keadaan kami dalam kemudaratan semasa mencari buku-buku rujukan yang diperlukan.
Kesepuluh jari kami berempat disusun untuk menunjukkan rasa terima kasih kami kepada
golongan ibu bapa kami kerana merekalah menjadi tempat inspirasi dan puncak datangnya daya
keemosian kami sekumpulan. Akhir sekali, kami ingin merenung kerjasama dalam sekumpulan.
Boleh dikatakaan kami seratus peratus menyumbang tenaga dalam menjalankan tugas ini. Semua
ahli kumpulan telah mendapat pengalaman yang baru dan mengeratkan hubungan silaturahim di
antara satu sama lain.
Saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang ikhlas menghulurkan
bantuan.
INSTITUT PERGURUAN TENGKU AMPUAN AFZAN
KERTAS KERJA
PENGURUSAN GERKO
NAMA PELAJAR : GAN LI LIM 820315-10-5282GOH MEI GEE 840527-01-5316GOH HWEE PHENG 840729-04-5230KOH PEI NEI 820622-01-5930
KUMPULAN/UNIT : KPLI-PC1-SR
NAMA M.P : PENGURUSAN GERKO
NAMA PENSYARAH : DR.WONG SIEN BIANG
TARIKH SERAHAN : 30-04-2008
SEKOLAH KEBANGSAAN (C) JERKOH ,
KUALA LIPIS
KERTAS KERJA:
MAJLIS SAMBUTAN JUBLI EMAS
PERSATUAN MATEMATIK
SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN (C) JERKOH
DIRASMIKAN OLEH:
YB Menteri Pelajaran MALAYSIA
ANJURAN:
PERSATUAN MATEMATIK
SEKOLAH KEBANGSAAN (C) JERKOH
ISI KANDUNGAN
Bil Perkara Muka surat
1 PENGHARGAAN i
2. ISI KANDUNGAN ii
3. SOALAN
4. 1.0) PENGENALAN
5. 2.0) RASIONAL
6. 3.0) OBJEKTIVE DAN TUJUAN
7. 4.0) TEMA MAJLIS
8. 5.0) TEMPAT
9. 6.0) TARIKH
10. 7.0) ANGGARAN PENGUNJUNG MAJLIS
11. 8.0) AJK INDUK DAN AJK SAMPINGAN (Lampiran 1)
12. 9.0) AJK DAN BIDANG TUGASNYA (Lampiran 2)
13. 10.0) ATURCARA PROGRAM (Lampiran 3)
14. 11.0) ANGGARAN PERBELANJAAN DAN PENDAPATAN
(Lampiran 4)
15. 12.0) PENUTUP
16. LAMPIRAN 1
17. LAMPIRAN 2
18. LAMPIRAN 3
19. LAMPIRAN 4
top related