kenegaraan malaysia
Post on 05-Jan-2016
280 Views
Preview:
DESCRIPTION
TRANSCRIPT
PENGENALAN
MAJLIS RAJA-RAJAUPJJ-UUM
_______________________________________________________________________________________________________MAJLIS RAJA-RAJAUPJJ-UUM
_______________________________________________________________________________________________________
ISI KANDUNGAN
PENGENALAN...........................................................................................................1
STRUKTUR PASARAN............................................................................................2
PASARAN PERSAINGAN SEMPURNA (PPS).................................................... 3
PASARAN MONOPOLI............................................................................................6
PERSAINGAN MONOPOLISTIK............................................................................ 9
PASARAN OLIGOPOLI............................................................................................12
PENUTUP....................................................................................................................15
BIBLIOGRAFI............................................................................................................16
LAMPIRAN.................................................................................................................17
PENGENALANMASYARAKAT MALAYSIA SEBELUM MENCAPAI KEMERDEKAANLATAR BELAKANG MASYARAKAT MALAYSIA
Ciri-ciri masyarakat Melayu tradisional ialah:- Wujudnya golongan memerintah dan diperintah Hidup berkelompok Komuniti kecil Berasaskan wilayah yang sama Wujud di kawasan pesisiran Wujud perbezaan sosial disebabkan oleh faktor pembahagian kerja, status dan kuat
Perkataan tradisional menggambarkan entiti atau sifat sesuatu masyarakat sebelum kuatnya pengaruh modenisasi
Dihubungkan dengan masa lampau Dikatakan istilah yang subjektif dan juga sesuatu yang relatif
Corak masyarakat Melayu tradisional-masyarakat feudalWujud zaman kerajaan Melayu Melaka
Dikatakan masyarakat yg wujud sebelum campur tangan British
Melaka contoh masyarakat Melayu feudal kerajaan pesisir
Didirikan di tepi laut berasaskan ekonomi perdagangan(spt jg masy di Makasar dan Jawa)
Bergantung pada perdagangan secara besar-besaran yg kemudiannya menjadikan Melaka kerajaan bersifat kosmopolitan
Perdagangan menimbulkan golongan sosial tertentu yang berpengaruh
Tumpuan taat setia hanya kepada seorang raja(feudalistik)
Sebelum abad ke 19, struktur masyarakat tradisional belum dipengaruhi oleh kuasa British walaupun kuasa luar yang terawal telah ada
Struktur masyarakat Melayu traisional merupakan lanjutan cara pemerintahan Hindu-mengakibatkan perpecahan masyarakat berasaskan golongan bangsawan dan golongan rakyat
Pembahagian kerja membezakan aktiviti antara unit sosial
Status memperlihatkan nilai prestij sosial yang berbeza dalam struktur keseluruhan. Dalam hierarki, golongan bangsawan mempunyai prestij yang tinggi daripada orang lain Kuasa golongan bangsawan cerminan peranan mereka dalam membuat keputusan terhadap org lain dan melahirkan perbezaan
Struktur msyarakat Melayu tradisional digambarkan sebagai satu piramid yang besar menunjukkan perbezaan, kedudukan, peranan dan kuasa lapisan masyarakat.
Merupakan ciri sistem monarki dan feudal yang kuatPEMBENTUKAN MASYARAKAT MAJMUK DI MALAYSIA
Masyarakat Majmuk di Malaysia
Malaysia pada hari ini didiami oleh pelbagai bangsa, kaum dan etnik dari Perlis hingga ke Sabah. Kepelbagaian kaum dan etnik inilah maka wujud pula kepelbagaian budaya, bahasa, agama dan adat resam. Corak masyarakat Malaysia seperti ini berlaku disebabkan oleh perubahan masa dan keadaan, seperti yang berlaku terhadap perubahan struktur politiknya. Sebelum abad ke-18 dan ke-19, masyarakat Malaysia tidak begini coraknya. Sebaliknya boleh dikatakan bahawa, semenanjung Tahan Melayu ketika itu didiami oleh orang Melayu dan Orang Asli bersama sebilangan kecil bangsa atau kaum lain. Tetapi kini coraknya telah berubah dan wujudlah pembentukan masayarakat majmuk.
J.S.Furnivall merupakan orang pertama yang mengemukakan konsep masyarakat majmuk berdasarkan kajiannya di Indonesia dan Burma. Menurut Furnivall (1967:54), masyarakat majmuk terdiri daripada pelbagai kaum yang mempunyai kebudayaan, agama, bahasa dan adat resam yang tersendiri. Walaupun pelbagai kaum berganding bahu di bawah sistem politik yang sama tetapi kehidupan mereka adalah berasingan dan interaksi sosial dalam kalangan mereka amat berkurangan dan hubungan mereka hanya terbatas kepada hal ekonomi dalam jual beli. Pembahagian tugasan dilakukan atas garis-garis ras.
Idea Furnivall mengenai masyarakat majmuk telah banyak dibincangkan oleh tokoh-tokoh sosiologi yang terkemudian. M.G. Smith merupakan salah seorang yang telah memberikan satu analisis yang panjang lebar mengenai konsep ini. M.G. Smith juga menganggap masyarakat majmuk sebagai masyarakat yang mempunyai pelbagai budaya, perpecahan sosial dan perselisihan. Dari segi politik pula, masyarakat majmuk dikuasai oleh satu kelompok minoriti yang mempunyai kebudayaan yang tersendiri. Smith juga berpendapat bahawa masyarakat wujud atas dasar konflik dan paksaan, bukannya atas dasar nilai bersama. Selain daripada Furnivall dan Smith, P.L. Van Den Berghe juga memberikan sumbangan terhadap perbincangan mengenai konsep masyarakat majmuk. Beliau membezakan kemajmukkan sosial iaitu masyarakat dipecahkan kepada kelompok korporat dan bukannya budaya daripada kemajmukkan budaya iaitu wujud daripada beberapa kelompok etnik.
Ketiga-tiga tokoh ini menekankan konflik dan perpecahan sebagai unsur ketara dalam masyarakat majmuk. Pendirian ini amat bertentangan dengan pendekatan fungsional yang mendakwa bahawa masyarakat majmuk wujud atas dasar konsensus dan nilai bersama. Oleh yang demikian, tidak hairanlah beberapa kritikan mengenai idea atau teori masyarakat majmuk juga datang daripada ahli fungsional. Walau bagaimanapun, teori ini mempunyai kelebihannya iaitu salah satu percubaan untuk membentuk satu teori secara umum mengenai hubungan ras. Teori ini cuba memasukkan pentingnya unsur ras dan etnik ke dalam satu rangka dasar berbentuk konseptual dan merupakan satu syarat asas untuk memahami sifat hubungan ras.
Sebelum abad ke-18, penduduk di Tanah Melayu dan kepulauan borneo ketika itu didominasi oleh orang Asli, orang Melayu dan kaum bumiputera Sabah dan Sarawak. Migrasi daripada luar juga berlaku tetapi jumlahnya terhad. Selain itu, terdapat juga kaum pendatang daripada Sumatera, Indonesia. Tetapi tidak menjejaskan corak masyarakat ketika itu kerana kaum pendatang ini adalah daripada rumpun bangsa yang sama (James P. Ongkili, 1985:4).
Pada awal abad ke-18, perubahan dalam struktur masyarakat berlaku di Malaysia disebabkan oleh fenomena migrasi dari luar yang berlaku akibat faktor penarik yang ada di bumi mahupun faktor penolak di negara asal masing-masing yang bertanggungjawab mencernakan perubahan yang berkekalan sehingga ke hari ini. Struktur masyarakat di Malaysia berubah adalah disebabkan migrasi daripada luar dan juga faktor penolak dan penarik. Migrasi ini berlaku sedikit demi sedikit sebelum penjajahan barat, tetapi berleluasa setelah penjajahan berlaku. Aktiviti ekonomi dan perladangan menjadi faktor utama dalam aktiviti migrasi daripada luar terutamanya daripada China dan India.
Menurut B.W. Andaya dan L.Y Andaya (1983:159), masyarakat Cina daripada negara China sebenarnya ingin keluar daripada hidup penuh dengan kemiskinan dan penderitaan. Oleh itu, mereka terpaksa keluar berhijrah sehingga ke Tanah Melayu. Kemasukan buruh-buruh Cina ke Tanah Melayu melalui beberapa cara yang dikenalpasti diusahakan oleh orang Cina sendiri yang telah menetap lama di Tanah Melayu melalui sistem tiket yang sangat popular. Menurut W.L. Blythe (1953:3), bilangan buruh Cina yang berhijrah memang ramai dan sentiasa bertambah dari semasa ke semasa. Namun angka yang tepat sukar ditentukan kerana ketiadaan dokumen yang sah dan kemasukan secara haram ke Tanah Melayu.
Kemasukkan masyarakat Cina ke Tanah Melayu menunjukkan bermulanya proses pembentukan masyarakat majmuk daripada pengaruh masyarakat Cina yang semakin bertambah. Pengaruh masyarakat Cina ke Tanah Melayu telah mengubah corak dan sistem sosial Alam Melayu dan juga masyarakat Melayu ketika itu. Kedatangan masyarakat Melayu ke Tanah Melayu akhirnya telah membentuk satu masyarakat baru iaitu Baba Nyonya dan Cina Muslim. Wujudnya golongan baru ini membawa kepelbagaian atau kemajmukkan masyarakat di Malaysia dan mengambarkan keunikannya pada pandangan masyarakat luar.
Migran kedua terbesar selepas China adalah kelompok daripada India. Kebanyakan mereka berasal daripada India Selatan iaitu dari Negapatam dan Madras. India juga mengalami masalahnya tersendiri yang menyebabkan penduduknya berhijrah ke luar. Suasana di negara itu yang dilanda kemiskinan dan kebuluran yang mendorong penduduknya berhijrah keluar ke negara-negara lain termasuk ke Tanah Melayu ketika itu. Migran India datang sejak pembukaan Pulau Pinang oleh Inggeris. Pada waktu itu bilangan mereka masih kecil dan bertambah setelah Inggeris berjaya benguasai negeri-negeri Melayu.
Selain migran daripada negara China dan India, Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak juga menjadi tumpuan daripada masyarakat luar seperti dari Indonesia dan Ceylon. Namun, bilangan mereka jauh lebih rendah berbanding dengan buruh daripada China dan India. Kebanyakan pendatang Indonesia berasal daripada Jawa, Kalimantan (Banjarmasin), Celebes, Timor dan Sulawesi serta beberapa bahagain kepulauan yang berhampiran dengan Selat Melaka.. Pendatang daripada Indonesia juga berbilang suku kaum dan etnik antaranya orang Jawa, Bugis, Minang dan Banjar. Menurut S.N. Arseculeratne (1991:8), pendatang dari Ceylon kebanyakannya terdiri daripada kaum Sinhalese. Mereka datang dari kawasan pantai selatan negara tersebut. Mereka datang dengan jumlah yang agak ramai selepas abad ke-19 berterusan hingga abad ke-20. Kedatangan berterusan ini disebabkan penjajahan British di Ceylon. Faktor ekomoni adalah bukan faktor utama penghijrahan mereka, sebaliknya mereka ingin mencari rezeki yang lebih berbanding apa yang mereka dapat di negara asal mereka (S.N. Arseculeratne,1991:10).
Setelah kemasukan migran daripada luar, bermulalah proses pembentukan masyarakat majmuk yang berbilang kaum seperti sekarang. Proses pembentukan masyarakat pada mulanya sukar kerana berbeza fahaman, amalan, ras dan etnik serta kehidupan seharian. Banyak konflik yang berlaku dalam proses pembentukan ini seperti peristiwa 13 mei 1969. Apabila konflik berlaku dalam masyarakat majmuk, konflik berkenaan mengikut garisan pemisah ras, bukan garisan kelas. Pengambilan pekerja buruh daripada luar di buat secara tetap sudah pasti akan menimbulkan masalah sosio-ekonomi dan politik yang lebih membimbangkan dan bagi mengelak pembentukan masyarakat majmuk pelbagai etnik atau heterogeneous seperti mana yang cuba dielak oleh negara-negara Eropah Barat dan Telok (Weiner, 1990:143).
Campur tangan Inggeris di Tanah Melayu bermula apabila Francis Light menduduki Pulau Pinang pada Ogos 1786, menyebabkan kemasukkan migran secara besar-besaran daripada luar. Dalam jangka masa yang panjang semasa pemerintahan kolonial British di Malaysia iaitu selama lebih satu ratus lima puluh tahun bermula 1786 hingga 1957. Antara tahun itu, Malaysia telah diduduki oleh Jepun semasa perang dunia kedua. Walau bagaimanapun, jangka masa singkat itu dianggap tidak mempunyai signifikan yang besar kepada komposisi dan mobiliti penduduk. Masyarakat homogenis Melayu Tanah Melayu telah mengalami transformasi kepada masyarakat heterogenios Malaysia yang mengandungi etnik-etnik Melayu, Cina dan India sebagai komponen utamanya.
Setelah kemasukan migran dari luar akhirnya lahirnya kelompok dari keturunan Cina dan India yang berasimilasi dengan budaya tempatan seperti kelompok Baba-Nyonya yang berketurunan Cina dan kelompok Chitty yang berketurunan India. Asimilasi bangsa juga turut berlaku apabila perkahwinan antara orang asing dengan penduduk tempatan, maka wujud beberapa sub-kategori penduduk berdarah campuran seperti kelompok Peranakan, kelompok Syed dan lain-lain. Kini kebanyakan penduduk Malaysia mempunyai darah kacukan Melayu-Arab, Melayu-India, Melayu-Cina dan lain-lain.
Kesimpulannya, pembentukan masyarakat majmuk di Malaysia bermula apabila kemasukan migran daripada luar. Proses ini berterusan sehingga penjajahan British di Tanah Melayu. Oleh itu, wujud masyarakat berbilang kaum, ras, etnik dan bangsa di Malaysia. Kehadiran kelompok-kelompok ini menjadikan Malaysia sebuah negara yang kaya dengan budaya, adab resam, bahasa dan latar berlakang kebudayaan yang berlainan. Kemajmukan masyarakat Malaysia menjadikan negara ini menjadi tarikan masyarakat luar.ADAT MASYARAKAT MELAYU
Dalam masyarakat Malaysia banyak adat yang digunapakai sehingga hari ini yang akhirnya
lebih dikenali sebagai adat resam.
Walau bagaimanapun, dalam masyarakat Melayu konsep adat berteraskan kepada 4 jenis adat yang mesti dipatuhi oleh setiap individu dalam masyarakat tersebut.
Dalam masyarakat Melayu terdapat empat jenis adat :-1) Adat yang sebenarnya adat
2) Adat yang diadatkan
3) Adat yang teradat
4) Adat istiadat
1. Adat yang sebenarnya adat
sebelum masuk agama Islam, adat yang sebenarnya adat adalah aturan dalam masyarakat yang dicontoh dan dipelajari
adat ini diterapkan dari hukum alam (undang-undang) atau hukum tabii atau natural law seperti adat api panas, adat air adalah basah, terkena hujan lapuk, terkena panas lekang
Adat yang sebenarnya adat ini tidak boleh berubah lantaran peraturannya diambil daripada tabii alam Terungkap dalam peraturan-peraturan pepatah-petitih seperti :
Nan setitik jadikan laut
Nan sekepal jadikan gunung
Alam terkembang jadikan guru
2. Adat yang diadatkan
Pada mulanya adat yang diadatkan ini adalah adat yang sebenarnya adat
diadatkan oleh kata sepakat anggota masyarakat sehingga ia menjadi sebagai undang-undang masyarakat
Adat yang diadatkan ini tetap berkuasa dalam masyarakat selama ia ditaati oleh orang ramai tetapi ia dapat berubah menurut keadaan
Adat yang diadatkan terungkap dalam kata pepatah seperti contoh berikut :-Bulat air ke pembuluh, Bulat kata ke mufakat, Berat sama dipikul
Ringan sama dijinjing dan sebagainya.3. Adat yang teradat
Adat yang teradat ialah adat yang telah diterima oleh masyarakat sebagai kebiasaan hidup sehari-hari tanpa ditetapkan lebih dahulu. Seperti kata pepatah :-
Adat sepanjang jalan
Lain padang lain belalang
Lain lubuk lain ikan
Lain negeri lain adat
Patah tumbuh hilang berganti
4. Adat istiadat
Adat istiadat ialah adat yang bersifat upacara-upacara seperti pertabalan, nikah kahwin, berkhatan dan lain-lain
Adat istiadat akan dan sentiasa diamalkan oleh sesuatu masyarakat atau sesuatu institusi.
Misalnya :-
a) Adat istiadat Hari Keputeraan Rasmi DYMM Seri Paduka Yang Dipertuan Agong
b) Hari Kebangsaan Malaysia 31 Ogos 1957c) Sambutan Maulud Nabi SAW
d) Adat istiadat Pertabalan Raja dan SultanLain-lain Adat Yang Diterima Sebagai Peraturan Masyarakat
5. ADAT RESAM
Terhasil daripada adat yang diadatkan
Terdapat dalam setiap lapisan masyarakat berdasarkan ajaran agama dan juga kepercayaan bangsa yang akhirnya diterima sebagai satu kebiasaan yang dipanggil resam.
Hingga hari ini ia dipanggil Adat Resam
Dalam masyarakat Melayu terdapat banyak adat resam yang mesti dipatuhi sebagai satu kebiasaan / kelaziman Sumber : (Tamadun Rumpun Budaya Melayu; Abdul Rahman Al-Ahmadi; KEKkWA, hal.173)MASYARAKAT PERIBUMI NEGERI SARAWAKSARAWAK Sarawak negeri terbesar di Malaysia
negeri yang paling ramai etnik dan suku-suku kaum dalam etnik besar tersebut. mempunyai 28 etnik yang pelbagai
Iban (30.1%), Cina (26.7%), Bidayuh dan Melayu
MELAYU
Masyarakat Melayu di Sarawak masyarakat keempat terbesar di negeri Sarawak Mewakili 25% daripada penduduk di negeri tersebut
Bercakap dalam dialek Bahasa Melayu yang berbeza daripada Bahasa Melayu penduduk Melayu di Semenanjung Malaysia Dikenali sebagai Bahasa Melayu Sarawak
Sesetengah budaya dipengaruhi oleh kebudayaan Melayu Brunei (sebelum British menjajah, Sarawak adalah sebahagian daripada wilayah Brunei)
Budaya yang dipengaruhi kebanyakannya budaya dan adat suku kaum Melanau (banyak mendiami kawasan pesisiran pantai di bahagian tengah negeri Sarawak) Penduduk di kawasan pesisiran pantai-nelayan
di bahagian tengah negeri Sarawak dan duduk di pesisiran pantai -kegiatan ekonomi perikanan di kawasan pedalaman - bekerja sebagai petani dan pengusaha kebun buah-buahan (kebiasaannya mengusahakan penanaman padi buk
kini ramai yangbekerja sebagai pegawai dan kakitangan kerajaan dan swasta di bandaraya Kuching Majoriti masyarakat Melayu Sarawak beragama Islam
IBAN Etnik terbesar di Sarawak
Populasi 30% daripada keseluruhan penduduk Sarawak dahulu dikenali sebagai pahlawan yang gagah dan garang
dikatakan suku kaum yang mengumpul kepala musuh dan dijadikan piala kemenangan (ngayau) Penduduk Iban tradisi duduk di kawasan sepanjang lembah sungai
Seni bina yang terkenal dalam kalangan orang Iban adalah rumah panjang-terletak di sepanjang sungai dan dibahagikan kepada beberapa unit rumah individu antara 6 100 unit di rumah panjang, wujud sistem demokrasi tersendiri dengan melantik seorang ketua rumah panjang (Tuai Rumah)
Fungsi Tuai Rumah =seperti Ketua Kampung/Penghulu bertutur dengan bahasa dan dialek yang tersendiri
Bahasa Iban banyak persamaan dengan bahasa Melayu Perbezaan -intonasi, sebutan dan istilah mengikut daerah masing-masing
Perayaan terbesar =Gawai Dayak yang disambut pada 1 & 2 Jun setiap tahun
BIDAYUH Dikenali sebagai Dayak Darat
Dipercayai penduduk awal menduduki Sarawak Bidayuh terdiri daripada banyak kumpulan dan sub kumpulan:-
i) Bukar Sadung : Daerah Serianii) Bau Jagoi : Daerah Bauiii) Salako Lara : Daerah Lundu
Kumpulan ini bertutur dalam bahasa yang berbeza Ekonomi masa dahulu bertani, melakukan sistem pertanian pindah (padi bukit) dan brburu
Masyarakat Bidayuh dikatakan suku kaum yang penuh kemanisan, lemah lembut, sederhana, peramah dan mempunyai senyuman yang mesraMELANAU
Orang Melanau dipercayai sebagai suku kaum terawal yang menduduki Sarawak sebelum orang-orang Bidayuh
Mewakili 6% populasi penduduk Mendiami kawasan pesisiran tengah negeri Sarawak di antara Sg. Rajang dan Baram
Majoriti beragama Islam dan Kristian Sumber ekonomi nelayan
MASYARAKAT PERIBUMI NEGERI SABAH
Negeri Sabah merupakan negeri kedua terbesar di Malaysia selepas negeri Sarawak
Dikenali dengan nama Negeri Di Bawah Bayu dan merupakan sebuah negeri yang unik dan terkenal dengan kepelbagaian kebudayaan suku kaumnya.
Terletak di utara pulau Borneo, pulau ketiga terbesar di dunia. Sabah meliputi kawasan seluas 72,500 kilometer persegi dengan pantai sepanjang 1,440 kilometer dengan Laut Cina Selatan terletak di pantai barat, Laut Sulu di sebelah timur laut dan Laut Celebes di sebelah selatan.
Sabah adalah kaya dengan berbagai-bagai jenis tumbuhan. Bunga terbesar di dunia Rafflesia dengan kuntumnya berukuran tiga meter garis pusat ditemui di Sabah.Banyak spesies anggerik/ orkid, periok kera yang didapati tumbuh di Sabah
DAERAH-DAERAH DI SABAH Daerah Kudat Daerah Bahagian Pantai Barat
Daerah Pedalaman Daerah Sandakan
Daerah Tawau
Gunung Kinabalu yang tertinggi di Asia Tenggara tersergam indah dengan ketinggian 4,101 meter di Sabah
Kumpulan bukan penduduk asli yang terbesar di Sabah ialah masyarakat Cina. Mereka telah menetap di Sabah sejak abad yang lalu dan mereka merupakan kumpulan etnik yang terbesar selepas kaum Dusun/Kadazan.
Terdapat kira-kira 2.5 juta penduduk Sabah merangkumi lebih daripada 30 suku kaum dan kira-kira 80 dialek bahasa.
Penduduknya terdiri daripada kaum Kadazan atau Dusun, Bajau, Murut, Kelabit, Rungus dan lain-lain
Selain itu terdapat juga suku Kimarang, Kwijau, Lundayeh, Ubian, Binadan, Orang Sungai, Tatana, Tagaas, Brunei, Suluk dan lain-lain.
Perbezaan di antara berbagai-bagai suku kaum tersebut adalah ketara terutama sekali dari segi bahasa, agama, adat istiadat, corak dan pegangan hidup termasuklah pakaian tradisi mereka.KEUNIKAN MASYARAKAT MALAYSIA
SISTEM POLITIK DAN PEMERINTAHAN
Malaysia merupakan sebuah negara yang mengamalkan sistem Demokrasi berasaskan kepada sistem Persekutuan. Sehubungan dengan itu, ia bermakna negeri-negeri Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak , Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Pahang, Terengganu, Kelantan, Sarawak dan Sabah telah bersetuju dengan konsep penubuhan Negara Malaysia.
Setiap negeri yang terbabit telah menyerahkan sebahagian kuasa masing-masing, seperti kewangan, pertahanan, pelajaran, luar negara dan lain-lain lagi seperti mana yang telah tercatat di dalam Perlembagaan Malaysia yang ditadbir oleh Kerajaan Pusat. Ada perkara-perkara yang dijadikan kuasa negeri dan negeri akan mentadbirkan kuasa. Malaysia mengamalkan Sistem Demokrasi Berparlimen
Ia bernaung di bawah pentadbiran Raja Berperlembagaan dengan Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong sebagai Ketua Negara. Perlembagaan negara telah digubal dengan mengadakan syarat-syarat untuk pengalaman sistem ini.
Salah satu syarat sistem Demokrasi Berparlimen adalah pembahagian kuasa kepada tiga bahagian di dalam pemerintahan, iaitu :- Perundangan (Legislatif),
Kehakiman (judisiari) dan
Pentadbiran (Eksekutif.)
PRINSIP DEMOKRASI BERPARLIMEN
Raja Berperlembagaan
Parlimen
Perlembagaan
Sistem pemerintahan
Kebebasan asasi
PARLIMENParlimen diperkenalkan pada 1909 perhimpunan perundingan bagi tujuan membuat undang-undang rasmi negara
KERAJAAN BERPARLIMEN
Satu sistem kerajaanDiwakili ahli-ahli eksekutifHasil pilihanraya umumLATARBELAKANG PARLIMEN
Majlis Persekutuan 1909Crown ColonyMalayan UnionMajlis Perundangan Persekutuan 1948
Sistem Ahli (Member System) 1951
Dewan Undangan Persekutuan 1955
Parlimen 19 Ogos 1959
PARLIMEN
Wujud hasil pilihanraya umum 19 Ogos 1959(selepas pembubaran Dewan Undangan Persekutuan pada 27 Jun, 1959) terdiri dari 104 orang ahli yang dipilih.
STRUKTUR PARLIMENUnikameral - 1 dewan
Bikameral - 2 buah dewan
contoh: Malaysia - Dewan Negara & Dewan Rakyat Amerika - House of Representatives & House of Senate Britain - House of Commons & House of Lords
STRUKTUR & KEANGGOTAAN PARLIMEN
# Yang diPertuan Agong
# Dewan Negara
# Dewan Rakyat
KUASA PARLIMEN
1. Senarai Persekutuan
(keadilan, kewangan, pertahanan, hal ehwal luar negara dan pendidikan)
2. Senarai Negeri
(tanah, perlombongan, pertanian, perhutanan, hal ehwal agama Islam dan adat resam)
3. Senarai Bersama
(kebajikan masyarakat, biasiswa, perlindungan hidupan liar)
KEISTIMEWAAN PARLIMEN
Perjalanan di dalam Dewan tidak boleh didakwa di mahkamah.
Tidak boleh didakwa terhadap ucapan dalam Parlimen.
Hanya kalau menimbulkan isu2 sensitif boleh didakwa di bawah Akta Hasutan 1948.
Tidak boleh dibicarakan di mahkamah terhadap apa yang diterbit dalam Dewan Parlimen.
Malaysia mengamalkan sistem demokrasi berparlimen.
Sistem ini mendapat sokongan dan penglibatan pihak pemerintah dan rakyat jelata.
Sistem Parlimen dan pilihanraya di Malaysia akan terus kekal dan bertambahKEUNIKAN MASYARAKAT MALAYSIA
BUDAYA
AGAMA DAN KEPERCAYAAN
Kebudayaan dan adat resam masyarakat Malaysia dapat dikaji dari pelbagai amalan yang diamalkan dalam hidup seharian, dalam perlakuan masyarakat dan dalam pergaulan pelbagai kaum itu sendiri.Hidup beradat resam dalam masyarakat Malaysia dapat dilihat adanya kesetiaan mereka untuk mematuhi adat resam masyarakat atau norma masyarakat.
1. ORANG MELAYU
Dalam masyarakat Melayu terdapat banyak adat resam yang mesti dipatuhi sebagai satu kebiasaan / kelaziman
Antara contoh adat resam Melayu :-memberi salam sebelum masuk rumah orang menunduk kepala ketika lalu di depan orang ramai atau orang lebih tua, berjabat tangan dengan mencium tangan orang tua
2. MASYARAKAT CINA
Adat berkunjung ke rumah orang Cina
1. Tetamu duduk sebelah kiri untuk menghormati tuan rumah2. Jangan terus makan sebelum dipelawa
3. Pantang berkunjung sewaktu tuan rumah sedang makan3. MASYARAKAT INDIA
Adat berkunjung ke rumah orang India
1. Pantang berkunjung pada hari Khamis
2. Pantang bayar hutang waktu malam
3. Beri salam vanakam (tamil) dan Namasthe (Hindi)
4. Tanggalkan kasut bila masuk rumah
5. Tidak boleh menolak pelawaan makan minum
Penduduk di Malaysia terdiri daripada kepelbagaian kaum yang menganuti pelbagai agama
Kebanyakan perayaan di Malaysia berkait rapat dengan agama dan kepercayaan yang dianuti oleh masyarakatnya
Antara agama dan kepercayaan yang diamalkan: Islam, Buddha, Kristian, dan Hindu
Kepelbagaian perayaan ini turut di sambut dan di rai oleh setiap kaum tidak mengira agama dan kepercayaan masing-masing
Tahun Baru Cina
menandakan hari pertama kalendar Bulan dan perayaan ini disambut selama 15 hari
Limau Mandarin dan putik pohon plum, yang melambangkan kemewahan serta nasib baik, menghias rumah penduduk berbangsa Cina
Tarian naga dan tarian singa
Pada malam sebelum Tahun Baru, ahli keluarga berkumpul menikmati jamuan makan malam, diikuti dengan rumah terbuka meraikan sanak saudara dan sahabat handai pada keesokkan harinya.
Thaipusam
Perayaan ini disambut sebagai tanda kesyukuran oleh penganut agama Hindu, serta sebagai tanda penghormatan kepada tuhan Muruga atau Subramaniam
kenderaan berhias tuhan Muruga dibawa berarak menerusi jalan-jalan tertentu di bandaraya sebelum berakhir di Batu Caves, Selangor
Ribuan penganut berarak sambil memikul Kavadi
Tadau Kaamatan
disambut setiap tahun oleh komuniti etnik terbesar di Sabah, iaitu kaum Kadazan Dusun
Perayaan kesyukuran ini diadakan sebagai tanda penghormatan kepada semangat padi yang digelar Bambaazon, atas hasil tuaian padi yang lumayan
Kemuncak perayaan : termasuk jamuan minuman tuak, makanan serta tarian tradisional, pertandingan Ratu Cantik, perlumbaan kerbau dan sebagainya
Hari Raya Aidil Fitri
Hari Raya Aidil Fitri disambut setelah tamatnya bulan puasa (Ramadhan)
Penduduk Islam di Malaysia memulakan hari raya dengan menziarahi kubur diikuti sembahyang sunat hari Raya dan saling bermaafan antara satu sama lain
Sanak-saudara serta sahabat handai dijemput ke rumah terbuka dan disajikan dengan pelbagai hidangan
Deepavali
diraikan oleh penganut Hindu
Deepavali dikenali juga sebagai Perayaan Cahaya pada setiap bulan ke-7 mengikut kalendar Hindu
upacara sembahyang serta pembersihan dijalankan di kuil-kuil serta tempat-tempat pemujaan penganut Hindu
Krismas
Diraikan pada 25 Disember setiap tahun
Menandakan kelahiran Jesus Christ
Keluarga, sanak saudara dan sahabat berkumpul bagi meraikan perayaan ini
Wesak
Penganut Buddha memperingati kelahiran, kesedaran dan kematian Buddha
Para penganut mempersembahkan pemberian mereka dan menjalankan upacara seperti mandian patung Buddha, pembacaan mentera dan membakar colok
Upacara perlantikan sami biasanya dilangsungkan di kuil-kuil Buddha dan pada sebelah malam diadakan perarakanBibliografiUnit Pendidikan Jarak Jauh, 2008. Modul MGR 2213 : Pengurusan Pejabat, Sintok: Universiti Utara Malaysia.
Kamus Dewan. (2002). Dewan Bahasa dan Pustaka. Kuala Lumpur.Kenyataan Akhbar Pengurusan Pejabat. 2002. Kenyataan akhbar mengenai Pengurusan Pejabat. 20 Julai. (atas talian) http://www.moe.gov.my (30 Julai 2004)`___________________________________________________________________________
GMGA2013 Perlembagaan MalaysiaPAGE ___________________________________________________________________________
GMGA2013 Perlembagaan Malaysia| 25
top related