kebersihan rumah (pbsm)
Post on 03-Jul-2015
677 Views
Preview:
TRANSCRIPT
Unit 4 KEBERSIHAN
RUMAH
PendahuluanRumah merupakan satu keperluan yang sangat
penting bagi manusia. Kepentingan rumah tidakdapat dinafikan lagi terutama apabila bertambahnyabilangan penduduk yang kebanyakannya di kawasan
bandar. Keadaan ini sering berlaku dalam negaramembangun.
Fungsi Rumah• FizikalPerlindungan :
Daripada pihak lawan, binatang buas, angin, hujan dan pancaran matahari
yang terik.
Keselamatan :
Kekukuhan, kekuatan, tidak bocor dan tidak panas
• SosialAktiviti kemasyarakatan seperti berinteraksi dan berehat
• PsikologiIaitu dari segi ketenteraman jiwa
Rumah SempurnaMemenuhi prinsip dibawah :
1. Ventilasi : Peredaran haba dan pengaliran udara dalamrumah mestilah baik
2. Terang : Iaitu kedudukan tingkap dalam rumah mestilahmembolehkan cahaya matahari masuk ke dalam rumahterutama waktu pagi
3. Kering : Lantai dan dinding rumah yang basah tidakmenyegarkan pernafasan penghuni rumah
4. Sejuk : Mengekalkan suhu dalam rumah
Contoh : syiling tinggi untuk rumah rendah dan syilingrendah untuk rumah seperti di pergunungan
Tahap kebersihan yang baik• Peredaran udara
Udara segar mudah masuk dan udara kotor mudah keluar,
mengelakkan bau busuk dan menjamin kesihatan
Aktiviti : buka tingkap, kipas atau penghawa dingin
• Pencahayaan
Mendapat matahari yang cukup untuk mengelakkan
kelembapan, membunuh kuman dan serangga.
Aktiviti : bina rumah menghadap matahari terbit dan pastikan
tiada yang menghalang matahari seperti pokok
• Sistem air
Bekalan air bersih dan mencukupi untuk minuman, pembersihan dan persucian perlu ada.
Sumber air :
a) Air perigi : seeloknya jauh dari rumah dan tempatpembuangan najis untuk memastikan kebersihan air.
b) Air sungai : masih bersih terutama di kawasan hulu sungaikerana belum dicemari dengan aktiviti pembangunan.
c) Air hujan : air hujan yang turun di kawasan kampung belumterdedah dengan aktiviti industri, masih bersih dan bolehditakung untuk digunakan.
d) Air paip : bekalan air bersih pada masa kini senang didapatikerana dibekalkan oleh kerajaan dan kebersihannya terjamindari sebarang penyakit
e) Sistem pembuangan sampah : sampah boleh dilupuskandengan cara dibakar, ditanam atau dikitar semula. Namun, pencemaran air boleh berlaku sekiranya sampah dibuang kesungai dan dapat mengundang pelbagai penyakit.
f) Sistem tandas : untuk mencegah penyebaran kuman, pembuangan najis hendaklah dengan cara selamat iaitudengan menggunakan tandas yang sempurna.
Aktiviti : gunakan tandas yang curah yang dibina diluar rumahatau tandas tarik yang menggunakan tangki saptik. Pembinaannya perlu jauh dari punca air untuk mengelakkanpencemaran air.
Bilik mandi
Bilik air atau bilik mandi ialah bilik atau
ruang tempat mandi, membuang air,
membasuh dan sebagainya.
Kebersihan bilik mandi perlu diberi
perhatian kerana di ruang inilah manusia
terdedah secara langsung kepada
serangan kuman dan bakteria.
Bilik mandi juga merupakan kawasan
dalam rumah yang mudah menyebar
pelbagai penyakit.
Bilik tidur dan tempat tidur
Bilik tidur perlulah bersih agar
penghuninya dapat berehat dan tidur
dengan selesa begi menghilangkan
kelemahan fizikal dan mental serta
menjaga kesegaran badan.
Ventilasi dalam bilik tidur mesti mencukupi
bagi memastikan pengedaran dan
pengaliran udara yang bersih dan
keadaan bilik yang normal
Kita dapat tidur dengan selesa tanpa
gangguan daripada tikus, nyamuk dan
DapurKebersihan dapur sangat perlu dijaga kerana
dapur merupakan tempat penyediaanmakanan sajian setiap hari.
Dapur merupakan bahagian rumah yang paling senang untuk kotoran dan habukmelekat kerana permukaan peralatan masakdan dinding dapur yang selalu terdedahkepada asap yang berminyak.
Maka, dinding dapur perlulah dibersihkandengan pencuci setiap kalu selepasmemasak.
Sisa makanan juga perlu dibuang di dalamtong sampah bagi menjaga kebersihandapur.
Sistem pengedaran dan pengaliran udara
Halaman Rumah• Mestilah dijaga agar menjamin kesihatan ahli rumah
• Halaman yang lembap atau bersemak
– Memberi penurunan suhu dalam rumah pada siang hari
– Mengganggu pernafasan penghuni rumah
Sistem saluran longkang
• Perlu dibina bagi menjaga kebersihan dan pengaliranair longkang yang baik
• Air daripada bilik mandi, dapur, hujan dialirkandaripada halaman rumah melalui longkang
• Agar segala air yang kotor atau bersih tidakbertakung di kawasan rumah
Ancaman Habuk Rumah
• Pada asasnya, kegiatan pembersihan rumahbertujuan untuk mengelakkan habuk
• Habuk boleh mengancam kesihatan manusia• Habuk merupakan pembawa penyakit alahan
(asma)• Habuk rumah dihasilkan oleh : kapas, kain bulu,
sawang• Terdapat kewujudan ‘mite’ dalam habuk yang
antigenik dan membawa kesan alahan kepadakulit manusia
Pencemaran Dalam Rumah• Pembakaran untuk memanaskan, menerangkan rumah,
memasak dan penanaman tumbuhan dalam rumahmenyebabkan pembebasan gas
• Gas yang dibebaskan akan mengganggu sistem pernafasandan mengancam kesihatan
• Air dalam pasu bunga mesti ditukar supaya tidak berbaubusuk dan tempat pembiakan nyamuk
• Bagi mengelakkan pembiakan nyamuk denggi– Gunakan bahan pembunuh jentik-jentik dalam bekas takungan air
– Cnth: pelapik pasu, kolah
• Penggunaan racun serangga akan menyebabkan pencemaranudara
• Penyembur rambut dan semburan bahan kimia akanmenyebabkan reaksi alahan kepada manusia
Petua untuk Kebersihan Rumah• Kuasa Kopi Menghilangkan Bau Tandas:
Kopi bukan sahaja untuk diminum. Hampas kopi jangandibuang kerana ia dapat menghilangkan bau tandas.
Cara: masukkan hampas kopi ke dalam lubang tandas, biarkanbeberapa lama dan siram. Anda akan dapati bau tidakmenyenangkan itu akan hilang sama sekali.
Mengembalikan Seri Lantai Marmar• Bagi mengembalikan seri lantai marmar
Ambil setengah baldi air yang dicampurkan dengansemangkuk kecil kapur sirih serta lima sudu besar garamhalus. Gunakan campuran ini untuk membersihkanpermukaan marmar dan lakukan tiga kali seminggu untukmendapatkan hasil yang memuaskan.
Cicak Anti Kulit Telur Ayam• Elakkan kehadiran cicak
Menggunakan kulit telur ayam. Ini kerana cicak alergi denganmineral kulit telur ayam.
Cara : basuh dan keringkan kulit telur selama 2 atau 3 hari . Pecahkan kecil-kecil sehingga membentuk saiz lima atausepuluh sen. Lekatkan berapat-rapat pada kadbodmenggunakan gam dan tempatkan di mana-mana sudut yang anda ingin elakkan daripada di kunjungi cicak.
PenutupSebagai manusia kebersihan adalah sangat
penting kerana ia mencerminkan keperibadianseseorang. Jika kebersihan rumah tidak
terjaga, bukan sahaja dapat mengundangpersepsi buruk orang lain malah turut
mengundang penyakit dan menghilangkankeselesaan kita dan ahli rumah untuk tinggal
di dalam rumah tersebut.
Rujukan
• Sumber air :
http://tntigeofizik.blogspot.com/2011/03/sumber-air.html
• Petua untuk kebersihan rumah :
http://atieyusoffamily.blogspot.com/2014/03/petua-untuk-kebersihan-rumah.html
• Cara mencegah aedes dan denggi :
http://www.malaysiatercinta.com/2014/02/cara-mencegah-aedes-dan-denggi.html
• Habuk dan kesannya (MITE)
http://www.webmd.com/allergies/guide/dust-allergies
Sekian…
top related