karya ini adalah karya pelajar 1. . · pdf file1.konsep manusia 2.konsep alam sekitar...
Post on 01-Feb-2018
241 Views
Preview:
TRANSCRIPT
1
Karya ini adalah karya pelajar
1.0 PENGENALAN.
Hidrosfera adalah salah satu daripada subsistem dalam ekosistem yang
melibatkan air sebagai kompenan utama sistem tersebut. Air memainkan peranan
penting dalam setiap hidupan di muka bumi yang juga merupakan unsur semulajadi
bagi hidupan untuk meneruskan kehidupan seharian. Selain itu, air juga berperanan
sebagai salah satu daripada agen yang menggalakkan berlakunya proses luluhawa
terhadap batuan yang mana ianya penting dalam pembentukan tanah (oleh proses
hakisan dan pemendapan). Sebahagian besar permukaan bumi kita dilitupi oleh air
iaitu sebanyak 70% manakala 30% lagi dilitupi oleh kawasan daratan. Air di bumi
sentiasa berkitar dan jumlahnya sentiasa tetap walaupun melalui pelbagai proses
yang berbeza dan mengalami penukaran sama ada kepada bentuk wap, air
mahupun pepejal (ais).
Bagi manusia, air sangat berperanan sebagai nadi utama dalam sesuatu
perkerjaan. Misalannya, dalam bidang pertanian air sangat diperlukan bagi tujuan
pengairan tanaman sama ada secara komersial ataupun untuk kegunaan sendiri. Air
bukan sahaja digunakan bagi kerja-kerja seharian seperti memasak, mandi, mencuci
tetapi juga penting dalam melicinkan segala tugasan dan aktiviti dalam
perindustrian termasuk sebagai agen penyejuk kepada mesin-mesin penjana di
dalam kilang
Namun begitu, menyedari hakikat kepentingan air kepada hidupan, manusia
semakin alpha dalam mengejar kemajuan ekonomi dan kemewahan hidup. Pelbagai
pembangunan alam di lakukan sehingga menjejaskan sumber dan kualiti air dunia
sehinggakan kini kita berdepan dengan pelbagai konflik dan krisis air yang semakin
meruncing. Kesan ini dapat dilihat terutamanya di negara-negara maju seperti
Amerika Syarikat dan Jepun tidak terkecuali juga negara membangun seperti
Malaysia sendiri yang kini berdepan dengan krisis air yang semakin
membimbangkan. Menyedari hakikat tersebut, pelbagai langkah diambil bagi
Comment [N1]: Bincang secara umum apa yang ingi dibincangkan dalam teks. Bincang berkaitan Perubahan Alam sekitar, kesan dan kaitannya dengan manusia
Generated by Foxit PDF Creator © Foxit Softwarehttp://www.foxitsoftware.com For evaluation only.
2
membendung masalah ini daripada terus berlarutan sehingga mendatangkan impak
yang sangat besar kepada manusia dan alam sekitar. Perancangan yang mampan
harus diambil segera sebelum masalah menjadi lebih teruk pada masa akan datang.
2.0 MANUSIA DAN KETERUBAHAN ALAM SEKITAR.
2.1 Manusia Dan Alam Sekitar : Kesepaduan Atau Konflik.
Bumi kini sudah menjadi semakin kecil. Hal ini disebabkan beberapa
tekanan yang dihadapi termasuk faktor utamanya adalah oleh pertambahan
penduduk manusia yang begitu cepat. Masalah yang sukar diatasi sekarang
ialah perubahan iklim, krisis air, pencemaran yang meningkat, penebangan
hutan dan kepupusan spesies. Faktor ini semuanya berkaitan dengan
penambahan penduduk. Dengan pertambahan penduduk dunia dan
kemajuan teknologi yang tinggi serta canggih, manusia telah mengubah
bentuk dunia dengan kadar yang berlebihan.
Jika dahulunya, aktiviti manusia hanya menukarkan kawasan hutan
menjadi kawasan pertanian dan kawasan bandar, tetapi sekarang lebih
dahsyat apabila tidak ada ekosistem yang terlepas daripada ancaman
pencerobohan manusia. Manusia telah menukarkan fungsi dan struktur
suatu ekosistem apabila mengubah suatu kawasan hutan menjadi kawasan
pertanian atau untuk tujuan pembangunan.Walaupun setiap ekosistem
mempunyai daya tekanan yang tersendiri, tetapi ia agak terhad pada tahap
yang tertentu sahaja. Kalau melebihi tahap kritikal, ekosistem tersebut akan
hancur. Sebagai contoh jikalau hutan kita ditebang ataupun menjadi rosak
oleh eksploitasi berlebihan, maka tekanan yang dialami oleh ekosistem
tersebut akan menjadi kronik dan seterusnya akan mengalami kehancuran.
Comment [N2]: Bahagian ini sepatutnya membincangkan 1.Konsep Manusia 2.Konsep Alam Sekitar 3.Kedudukan Manusia pada pandangan Alam Sekitar – Contoh aktiviti 4.Kedudukan Alam Sekitar pada pandangan Manusia – Contoh Aktiviti 5.Daripada aktiviti 4 dan 5 : Berpadu atau Konflik 6.Jika berpadu, apa yang jadi dan Jika KONFLI, apa yang jadi. Berikan Contoh yang berkaitan dengan isu-isu ekosistam
Generated by Foxit PDF Creator © Foxit Softwarehttp://www.foxitsoftware.com For evaluation only.
3
Manusia dan alam sekitar sebenarnya sangat berkait rapat dan saling
bergantung diantara satu dengan yang lain. Alam sekitar pada zaman lalu
dianggap sebagai `makro' kepada manusia dan manusia ialah alam `mikro'
kepada alam sekitar. Kedua-duanya saling menyayangi satu sama lain. Jika
yang satu binasa maka yang satu lagi kehilangan makna. Namun disebabkan
oleh ketamakan manusia mengeksploitasi alam terutamanya hutan secara
tidak terkawal, hubungan diantara manusia dan alam sekitar kini dilihat
menjadi seakan-akan musuh yang sering bertelagah. Kesepaduan yang
dulunya dicapai antara sumber (alam sekitar) dan manusia kini sudah
bertukar menjadi konflik.
Konflik diantara manusia dengan alam dapat dilihat dengan jelas pada
hari ini. Alam ditarah, diterokai, dikerat, diperalatkan tanpa belas kasihan.
Kini sudah tiba masanya alam sekitar pula membalas dendam terhadap
segala tingkah laku terkutuk manusia. Bumi kini seakan mengamuk kepada
golongan manusia yang sebenarnya ditugaskan oleh tuhan untuk menjaga
segala bentuk ciptaan-Nya di dunia ini. Satu demi satu bencana meletus
sehingga mengorbankan jutaan ribu nyawa.
Sebagai contoh, kesemua bukti ini dapat dilihat melalui bencana-
bencana alam yang berlaku
pada awal tahun 2008 ini.
Bermula dengan kes letusan
gunung berapi di Chile pada 2
Mei 2008 yang lalu.
Penduduk-penduduk di
bahagian selatan negara itu
lari bertempiaran
meninggalkan rumah dan
Generated by Foxit PDF Creator © Foxit Softwarehttp://www.foxitsoftware.com For evaluation only.
4
haiwan peliharaan sebaik saja Gunung Chaiten memuntahkan laharnya. Di
bandar Futaleufu, asap tebal dan abu hitam menutupi kebanyakan kawasan.
Hanya 400 daripada 1,500 penduduk di kawasan itu dibenarkan tinggal di
rumah masing-masing meskipun bekalan air sudah terputus. Sesetengah
pakar ekologi berpendapat, bencana ini meninggalkan kesan perubahan yang
ketara ke atas alam semula jadi seperti hutan pokok sipres dan pain di
samping spesies rusa yang jarang ditemui. Chile merupakan 'rumah' kepada
2,000 gunung berapi, di mana 500 daripadanya masih aktif dan hampir 60
gunung berapi ini telah meletus sejak 450 tahun yang lalu. Chaiten buat
pertama kali meletus dalam tempoh beribu tahun.
Di Myanmar, hampir 30,000 nyawa hilang sebaik Siklon Nargis
melanda pada hari yang sama dengan kekuatan tiupan angin selaju 120 batu
sejam dan ribut taufan. Secara rasminya 33,000 penduduk dipercayai maut
dengan lebih 50,000 masing hilang. Dalam situasi genting sebegini, lebih
daripada dua juta
Penangan Taufan Nargis di Myammar
penduduk memerlukan bantuan segera dari segi makanan, minuman dan pakaian
tetapi usaha untuk mencapai ke kawasan-kawasan luar bandar memang sukar. Di
kawasan yang paling teruk ditimpa malapetaka, Delta Irrawaddy, penduduknya
Generated by Foxit PDF Creator © Foxit Softwarehttp://www.foxitsoftware.com For evaluation only.
5
hidup dalam keadaan serba kekurangan dengan beratus-ratus orang mendapatkan
teduhan di dalam biara. Selebihnya mereka cuba mendirikan khemah di luar tanpa
bekalan air bersih kerana telah dicemari najis dan mayat yang bergelimpangan.
Sementara itu, satu gempa bumi yang
kuat menggegarkan bumi China, berdekatan
dengan bandar Sichuan. Bermagnitud 7.8 pada
skala Richter, ia menyebabkan kematian kira-
kira 10,000 orang penduduk dan ramai lagi
yang masih terperangkap di bawah ranapan
bangunan konkrit.
Gempa bumi ini dilaporkan yang terburuk dalam tempoh tiga dekad. Di bandar
Juyuan, sebuah bangunan sekolah bertingkat tiga runtuh lalu memerangkap 900
pelajar hidup-hidup dan 50 lagi terbunuh. Seramai 1,000 lagi pelajar dan guru
dipercayai tertanam atau terbunuh di sekolah menengah yang runtuh di Beichuan.
Selain di wilayah Sichuan, angka korban juga tinggi di Gansu, Yunnan dan
juga Chongqing yang berjiran dengan Sichuan, lapor akhbar harian Xinhua. Pusat
gegaran tertumpu di daerah Wenchuan di Sichuan dan kekuatannya menyebabkan
bangunan-bangunan tinggi di seluruh China bergoyang.Gempa bumi itu yang
berlaku pada pukul 2.28 petang (waktu tempatan), dirasai selama beberapa minit di
Bangkok, Thailand, yang jaraknya kira-kira 3,300 kilometer ke barat daya China.
Bangunan di ibu negara Vietnam, Hanoi, juga dilaporkan bergegar. (
http://kekalkankeindahanbumi.blogspot.com/ )
Generated by Foxit PDF Creator © Foxit Softwarehttp://www.foxitsoftware.com For evaluation only.
6
SICHUAN, China: Seorang lelaki menangis selepas
ahli keluarganya menjadi korban gempa.
2.2 Perubahan Systemic Dan Cumulative.
Menurut Turner et al., (1990), terdapat 2 komponen utama dalam perubahan
persekitaran global. Komponen yang pertama adalah perubahan Systemic iaitu
beroperasi dalam skala yang besar dan dalam masa yang sama memberi kesan
kepada kawasan-kawasan yang besar dan luas, contoh yang terbaik adalah
pemanasan global. Komponen yang kedua pula adalah perubahan Cumulative yang
menerangkan jaringan kesan kepada perubahan skala tempatan (local-scale) dalam
kawasan-kawasan berbeza yang mungkin lebih kepada perbezaan alasan tempatan,
contoh yang terbaik adalah peyahutanan.
2.3 Ciri-ciri Perubahan Lembangan Dan Kesan.
Lembangan saliran merujuk kepada suatu kawasan yang meliputi rangkaian
sungai di dalam lingkungan sempadannya yang mengalir dari suatu kawasan tinggi
ke satu poin terendah. Sistem lembangan boleh dibahagikan kepada beberapa
Comment [N3]: Terangkan juga apa, perubahan lembangan ini merujuk kepada perubahan Systemic atau Cumulative
Generated by Foxit PDF Creator © Foxit Softwarehttp://www.foxitsoftware.com For evaluation only.
7
subsistem yang utama iaitu subsistem tumbuhan, subsistem permukaan tanah,
subsistem tanih, subsistem zon pengudaraan , subsistem alur sungai, dan subsistem
air bawah tanah dan jauh dalam tanah. Keenam-enam sistem ini saling berkaitan
diantara satu dengan yang lain dan sekiranya salah satu daripadanya terganggu,
subsistemnya yang lain juga akan turut terjejas. Aktiviti-aktiviti manusia pada hari
ini sama ada untuk tujuan pembangunan atau memenuhi permintaan yang semakin
meningkat oleh pertambahan penduduk dunia menyebabkan kawasan lembangan
saliran semakin terancam. Terdapat banyak ciri perubahan lembangan pada hari ini
yang pada akhirnya mendatangkan implikasi negatif pula kepada manusia itu
kembali.
Konflik manusia dan alam sekitar memberi kesan kepada perubahan ke atas
lembangan saliran. Ciri- ciri perubahan lembangan saliran yang diperhatikan
adalah perubahan vegetasi. Perubahan vegetasi merujuk kepada perubahan
terhadap spesis tumbuhan semulajadi yang dilakukan oleh manusia. Perubahan
tersebut disebabkan oleh aktiviti-aktiviti penerokaan hutan untuk pertanian dan
penebangan pokok untuk pembalakan Perubahan vegetasi menyebabkan
perubahan ke atas spesies tumbuhan dan kehilangan sesetengah spesies tumbuhan
hutan yang mempengaruhi proses dan simpanan dalam kitaran hidrologi
lembangan. Hal ini akan menyebabkan gangguan ke atas proses-proses larian
permukaan, penyusupan, inflitrasi, sejatpeluhan, dan menganggu setiap simpanan
dalam kitaran hidrologi lembangan iaitu simpanan intersepsi, simpanan permukaan,
simpanan lembapan tanih, simpanan air bawah tanah dan simpanan air dalam
tanah. Seterusnya akan menyebabkan perubahan fizikal ke atas lembangan saliran
dan akibatnya berlaku banjir, kemarau, tanah runtuh, hakisan, pemendapan,
pencemaran dan sebagainya.
Ciri-ciri perubahan lembangan juga dapat dilihat melalui perubahan
gunatanah yang melibatkan perubahan fizikal lembangan sungai. Hakisan
merupakan salah satu daripada agen yang menyebabkan perubahan gunatanah
yang mana ianya berlaku apabila litupan tumbuhan mengalami gangguan. Gangguan
Generated by Foxit PDF Creator © Foxit Softwarehttp://www.foxitsoftware.com For evaluation only.
8
ke atas litupan tumbuhan akan merubah ketelapan permukaan tanah yang akan
meningkatkan aliran permukaan disamping menjejaskan secara negatif imbuhan air
tanah (groundwater recharge). Akibatnya struktur dan komposisi tanah berubah
apabila pokok-pokok yang pada awalnya berperanan sebagai pengcengkam tanah
dimusnahkan dan menyebabkan hakisan serta mendakan sungai. Sebagai
contohnya aktiviti pembangunan sekitar kawasan sungai menyebabkan litupan
tumbuhan yang berada disekitar sungai dimusnahkan bagi tujuan tersebut.
Akibatnya, berlaku perubahan ke atas kualiti air sungai apabila sidment-sidment
tanah dan bahan kimia hasil daripada proses pembangunan menyerap masuk ke
dalam tanah dan seterusnya mengalir ke dalam sungai. Proses yang berterusan akan
menyebabkan sungai tercemar.
Selain daripada itu, ciri-ciri perubahan lembangan yang dapat diperhatikan
adalah perubahan alur sungai. Perubahan alur sungai termasuklah proses
penjajaran alur, pelapisan alur dengan bahan lain dan pengalian alur. Perubahan ini
dilakukan bagi mengelakkan limpahan ke atas dataran banjir. Proses perubahan
alur akan menyebabkan hakisan dan gangguan fizikal seterusnya akan
mengakibatkan kenaikan dan kemasukan sediment ke dalam sungai. Proses ini
berlaku apabila pemusnahan litupan tumbuhan mendedahkan permukaan tanah
kepada agen hakisan dan menyebabkan struktur tanah turut berubah. Akhirnya
sediment dan bahan-bahan toksik tidak dapat diperangkap oleh tumbuhan lalu
mengalir ke dalam sungai apabila hujan turun. Proses yang berlarutan akan
menyebabkan pemendapan sungai dan boleh mengakibatkan banjir berlaku.
Contohnya, Brookes (1987), menjumpai kenaikan kemasukan sediment ke dalam
alur hilir sungai sebanyak 40%. Sementara Sear et al. (1998) menganggarkan
kenaikan adalah 150% melalui projek pemulihan hilir sungai yang dijalankan.
Walau bagaimana pun, nisbah bagi jumlah sidement yang berlebihan adalah hasil
daripada pemendapan hilir sungai.
3.0 KESAN PERUBAHAN.
Generated by Foxit PDF Creator © Foxit Softwarehttp://www.foxitsoftware.com For evaluation only.
9
3.1 Kesan Perubahan Litupan Tumbuhan.
Kerosakan hutan (kawasan tadahan air) akitbat aktiviti manusia seperti
kegiatan pembalakan boleh mengakibatkan hakisan tanah dan degradasi alam
sekitar yang serius seperti tanah runtuh, peningkatan pengaliran air terus di
permukaan bumi (“increase water runoff”) dan peningkatan kadar kelajuan
pemendapan sungai.
Malangnya kerosakan hutan bukan sahaja berlaku di tebing-tebing bukit,
malah hutan yang menjadi kawasan tadahan air di mana terdapat tumbuh-
tumbuhan dan pelbagai spesis haiwan. Habitat hutan amat mudah terancam kerana
kadar pemulihan semula hutan memakan masa yang lama. Oleh itu, pemusnahan
kawasan ini akan mendatangkan kesan yang amat buruk kepada kita dan fungsi
hutan itu sendiri.
Generated by Foxit PDF Creator © Foxit Softwarehttp://www.foxitsoftware.com For evaluation only.
10
Sumber : www.sabah.gov
Penyahutanan.
Penyahutanan adalah proses pemindahan litupan tumbuhan hutan
yang asal (hutan dara). Penyahutanan atau pemusnahan hutan ini boleh
berlaku sama ada secara disengajakan ataupun semulajadi. Pembukaan
jumlah terbesar kawasan hutan ini kebanyakannya adalah bagi tujuan
pembukaan kawasan perladangan (kelapa sawit, getah, koko), kawasan
perumahan (perbandaran) atau aktiviti pembalakan. Namun kadang kala
berlaku juga pemusnahan hutan oleh kejadian alam seperti petir dan
kemarau yang boleh menyebabkan berlakunya kebakaran hutan dalam
skala yang besar.
Kesan utama penyahutanan adalah meningkatkan jumlah keseluruhan
larian air permukaan (Bosch & Hewlett, 1982). Pemusnahan pokok-
pokok hutan mengurangkan jumlah intersepsi air dan jumlah
pemeluwapan kembali kepada atmosfera serta ketersampaian air pada
permukaan tanah lebih cepat. Kesan penyahutanan bergantung kepada 3
faktor utama iaitu kawasan pemusnahan hutan tersebut (keluasan), jenis
hutan (kon atau tebal) dan iklim (sejuk,luruh,panas,bunga). Hal ini dapat
dilihat daripada kajian-kajian yang dilakukan oleh
Stednick, 1996 mengumpul keputusan daripada kajan lembangan di
Amerika Syarikat , dan mendapati kesan penyahutanan boleh diketahui
pada kawasan Pergunungan Rocky yang mana lebih daripada 15%
daripada kawasan tadahan itu sudah diterokai (dibersihkan), namun
lebih daripada 50% daripada kawasan tadahan perlu dibersihkan bagi
membolehkan pengenalpastian perubahan ke atas Great Plains (padang
datar yang luas). hal ini dibangunkan sebahagiannya disebabkan oleh
perbezaan percampuran pokok-pokok di dua kawasan berbeza, namun
Generated by Foxit PDF Creator © Foxit Softwarehttp://www.foxitsoftware.com For evaluation only.
11
sebahagiannya lagi disebabkan oleh perbezaan iklim. Kebanyakan
kandungan air di kawasan Pergunungan Rocky ini jatuh pada musim
sejuk sebagai salji dan timbunan salji. Keadaan ini lebih cenderung
meningkat jika hutan dibersihkan (Troendle & Reuss, 1997),
membuktikan bahawa penyahutanan telah memberi kesan yang besar
keatas larian air permukaan. Perbezaan dari segi iklim ini menyukarkan
perbandingan kesan pemusnahan hutan dalam jenis hutan yang berbeza.
Both Bosch & Hewlett and Sahin & Hall (1996) menyampaikan
pengetahuan mengenai hubungan diantara jumlah pembersihan kawasan
hutan dan peningkatan dalam larian air permukaan. Didapati bahawa,
berlaku peningkatan ke atas larian air permukaan dalam pengurangan
10% litupan tumbuhan. Namun peningkatan larian air permukaan pada
pemusnahan kawasan hutan konifer (pokok kon) tidak lah begitu tiggi
jika dibandingkan dengan hutan yang mempunyai jenis pokok berdaun
lebat dan pelbagai saiz. Hal ini kerana hutan jenis konifer sememangnya
mempunyai kadar pintasan hujan yang sedikit oleh saiz pokok dan
daunnya yang kecil serta mempunyai kadar larian air permukaan yang
lebih banyak berbanding hutan jenis tropika (pokok besar, pelbagai
siaiz,padat).
Kesan penyahutanan kepada keseluruhan larian air permukaan
adalah tidak tetap, yang mana ianya juga turut bergantung kepada kaedah
yang digunakan untuk membersihkan hutan. Semakin banyak bilangan
campur tangan peralatan mesin dan kaedah pemusnahan hutan yang
sangat ‘kejam’, semakin meningkat larian air permukaan di kawasan
tersebut.
Penyahutanan meningkatkan aliran puncak bukit iaitu juga
keseluruhan bilangan larian air permukaan, yang mana banjir kecil lebih
mempengaruhinya berbanding banjir besar. Hal ini kerana lebih kecil
Generated by Foxit PDF Creator © Foxit Softwarehttp://www.foxitsoftware.com For evaluation only.
12
bilangan keseluruhan simpanan pintasan dalam lembangan relatif kepada
jumlah keseluruhan curahan hujan, lebih kurang kesan simpanan
pintasan tersebut ke atas jumlah air yang sampai ke permukaan tanah.
Banjir kecil boleh menjadi besar dengan adanya penyahutanan dan banjir
baru mungkin boleh terhasil oleh jatuhan hujan yang sebelum ini tidak
pernah menghasilkan maklum balas hidrologikal.
Penyahutanan turut memberi kesan terhadap kelajuan aliran air
permukaan. Hal ini kerana penyahutanan telah memusnahkan fungsi
utama popok-pokok sebagai pemintas kepada jatuhan hujan daripada
jatuh terus kepada permukaan lantai hutan. Halajua air hujan ini
diperlahankan oleh aliran daun ke daun, daun ke ranting, ranting ke
batang dan akhirnya jatuh ke lantai hutan. Kehilangan pokok oleh
penyahutanan menyebabkan air hujan jatuh terus ke permukaan dengan
kadar yang laju dan hanya menyusup sedikit ke dalam tanah dan
selebihnya mengalir sebagai larian air permukaan yang mempunyai
kadar halaju yang tinggi serta terus mengalir masuk ke dalam sungai. Hal
ini menyebabkan aliran air sungai menjadi semakin deras.
Proses penyahutanan bukan sahaja mendatangkan kesan terhadap
kuantiti dan halaju air yang mengalir namun turut mempengaruhi tahap
kualiti air tersebut. Proses penyahutanan melepaskan nutrien kepada
sungai. Peningkatan jumlah nutrien seperti natrium nitrat, kalium dan
bromin adalah disesabkan oleh beberapa faktor termasuk proses
pereputan tumbuhan yang dipotong, pemecahan kitaran nutrien dan
peningkatan dalam kandungan mineral bahan organik (Neal et al.,1997).
Pembersihan litupan hutan turut menyebabkan peningkatan suhu tanah
dan air yang mana ianya menggalakkan lagi proses pereputan bahan
organik.
Generated by Foxit PDF Creator © Foxit Softwarehttp://www.foxitsoftware.com For evaluation only.
13
Kuantiti sediment turut meningkat selepas proses penyahutanan yang
mana permukaan tanah berisiko tinggi terdedah kepada jatuhan hujan
dan terganggu. Aliran air hujan membawa sisa sedimen ini masuk ke
dalam sungai dan mengakibatkan peningkatan jumlah kelodak di dalam
sungai yang menyebabkan air sungai menjadi keruh. Peningkatan
berterusan kandungan sediment ke dalam sungai boleh menyebabkan
paras dasar sungai menjadi semakin tinggi dan secara tidak langsung
sungai menjadi cetek. Namun, jumlah sediment yang diangkut tidak
semestinya jatuh terus ke dalam outlet lembangan. Ianya bergantung juga
kepada jumlah yang mampu diangkut oleh aliran air permukaan dan
sudut kecondongannya yang mana kadar angkutan sediment pada
kawasan tanah pama lebih sedikit.
Akhir sekali, penyahutanan di kawasan tanah kering dengan
kandungan garam yang tinggi seperti di Australia telah meningkatkan
konsentrasi garam dalam tanah (Smith, 1998). Hal ini berlaku kerana
pemusnahan hutan meningkatkan pengecasan semula air yang mana
membenarkan peningkatan paras air bawah tanah. Sekiranya air bawah
tanah ini masin, maka tanah akan turut mengandungi garam dan begitu
juga dengan air yang akan mengalir terus ke sungai.
Generated by Foxit PDF Creator © Foxit Softwarehttp://www.foxitsoftware.com For evaluation only.
14
Sumber : www.sabah.gov.my
Pertanian.
Tanah telah sekian lama digunakan bagi tujuan kegiatan aktiviti
pertanian. Namun, pada zaman dahulu, aktiviti pertanian ini tidak begitu
mendatangkan impak yang besar terhadap kualiti alam sekitar kerana
ianya dijalankan dengan menggunakan kaedah tradisional.
Terdapat 3 dimensi utama pertanian yang mana mempengaruhi
kuantiti kitaran air simpanan lembangan iaitu jenis litupan tumbuhan,
aktiviti fizikal dan kerja-kerja berkenaan penanaman, dan pemindahan
air bagi tujuan pengairan. Jenis litupan tumbuhan mempunyai dua kesan
yang utama. Pertama, tumbuhan yang berlainan menggunakan
kandungan air yang berbeza melalui jangkawaktu pembesaran yang
berbeza. Kadar transpirasinya juga turut berbeza dan begitu juga dengan
Generated by Foxit PDF Creator © Foxit Softwarehttp://www.foxitsoftware.com For evaluation only.
15
jangkawaktu keseluruhan proses transpirasi dan evaporasi (penyejatan).
Keduanya, tanah mungkin ditinggalkan kosong dalam beberapa tahun
yang mengakibatkan permukaan tanah terdedah kepada jatuhan hujan.
Pada waktu ini, transpirasi mungkin tidak berlaku langsung dan kapasiti
infiltrasi berkurangan akibat ketiadaan tumbuhan menyebabkan
berlakunya aliran air permukaan.
Aktiviti penanaman turut melibatkan banyak aktiviti fizikal dan
gangguan. Pembajakan struktur tanah, dan pemadatan oleh mesin akan
mengurangkan kapasiti penyerapan dan meningkatkan frenkusi ke atas
aliran air permukaan. Pada kebiasaannya, penyerapan tersebut hanya
berlaku disebabkan oleh gangguan ke atas tanah pertanian terutamanya
pada musim sejuk. Sebagai contohnya, perladangan almond di Sepanyol
Tenggara menunjukkan bagaimana frenkusi perubahan ruang yang
merangkumi struktur dan kepadatan tanah menyebabkan berlaku corak
perubahan dalam penyerapan dan penyejatan. ( van Wesemeal et.al,
2000). Kadar penyerapan air hujan lebih cepat beraku pada kawasan
tanah pertanian yang poros iaitu partikel tanah yang membenarkan
kemasukan air secara menegak menuju kepada air simpanan bawah
tanah. Namun, keadaan tanah pertanian yang dipadatkan oleh peralatan
dan jentera pertanian telah menggalakkan lagi berlaku aliran air
permukaan kerana kadar kebolehpegangan air yang dapat ditangkap
lebih kecil bilangannya.
Aktiviti pertanian juga memberi kesan ke atas kualiti air sama ada
secara langsung ataupun tidak langsung. Pembajakan dan pemadatan
tanah oleh peralatan mesin dan hakisan tanah mampu meningkatkan
frenkunsi aliran tanah. Walaubagaimanapun, bukan semua hakisan dapat
menghakis alur sungai terutama dikawasan cerun bukit dan dataran
banjir. Sebahagian sidement yang terkandung dalam alur sungai terhasil
daripada sidement jalan raya dan tapak pertanian ( hasil kajian di
Generated by Foxit PDF Creator © Foxit Softwarehttp://www.foxitsoftware.com For evaluation only.
16
Thailand oleh Ziegler& Giambelluca (1997) atau dari aliran longkang.
Empat aspek kimia yang dinilai bagi melihat tahap kualiti air termasuklah
kandungan nutrien, bahan organik, patologi dan bahan pencemar organik
.
Penggunaan racun serangga meningkat sejak kewujudan sektor
peladangan pada tahun 1970. Pada tahun 1980 dan 1990 dalam satu
kajian kes telah mengesan tahap penggunaan racun serangga yang tinggi
dalam tadahan air bagi tujuan pertanian. Air hujan yang membawa sisa-
sisa racun serangga boleh menyebabkan perubahan yang mendadak ke
atas sungai. Ianya berlaku apabila saluran parit dibina di kawasan sungai.
Akhirnya sungai akan dicemari oleh bahan kimai yang terdapat dalam
racun serangga.
Perbandaran dan pembangunan industri.
Proses perbandaran mengubah ciri-ciri fizikal lembangan dan
sekiranya kawasan perbandaran tersebut cukup besar, ia turut
mempengaruhi iklim setempat (Barry & Chorley, 1998). Aktiviti
pembangunan bagi tujuan perbandaran bukan sahaja memberi kesan
terhadap kuantiti malah kualiti air di hilir. Begitu juga yang berlaku oleh
proses perindustrian, namun impaknya lebih kepada perubahan terhadap
kualiti air.
Generated by Foxit PDF Creator © Foxit Softwarehttp://www.foxitsoftware.com For evaluation only.
17
Pada dasarnya, perbandaran melibatkan proses menggantikan
kawasan litupan asal tumbuhan hutan dengan kawasan ‘hutan konkrit’.
Jaringan aliran air turut meningkat dan amat berkesan termasuk bukan
sahaja melalui kemasukan pantas air daripada tali-tali air, tetapi juga
jalanraya dan saluran parit bangunan-bangunan serta rumah-rumah.
Kesan hidrologikal terpenting perbandaran adalah larian air hujan
lebih cepat dan banyak berbanding hanya sedikit proses infiltrasi,
pengeluwapan dan pergerakan beransur-ansur menuju air bawah tanah
atau sungai. Litupan tanah mempunyai kesan yang paling kurang
sebagaimana peningkatan dalam magnitud jatuhan hujan kerana jumlah
simpanan tadahan yang sedia ada (contohnya dalam tanah). Perbezaan
diantara perbandaran dan lembangan ‘semulajadi’ ke atas kapasiti
simpanan lembapan tanah sedia ada adalah pada tahap terbaik pada
musim panas semasa kelembapan tanah berkurang pada kadar
maksimum. Kesan perbandaran bergantung kepada tahap semulajadi
kawasan tadahan yang telah dibangunkan.
Hilir sungai kawasan bandar mempunyai aliran puncak yang tinggi
dan aliran bawah yang rendah. Bagaimanapun, persekitaran bandar turut
Generated by Foxit PDF Creator © Foxit Softwarehttp://www.foxitsoftware.com For evaluation only.
18
mengandungi jaringan paip perhubungan yang mengangkut air minum
dan sisa buangan kumbahan. Kerap kali berlaku kebocoran pada paip-
paip ini (terutamanya paip yang mengangkut aliran air untuk pengguna
yang mempunyai tekanan tinggi) yang boleh menyumbang kepada aliran
dasar tanah bandar dan pengecasan semula air bawah tanah.
Aktiviti perbandaran dan perindustrian melepaskan pelbagai jenis
bahan pencemar kepada persekitaran. Hidrokarbon dan logam berat yang
dihasilkan oleh kenderaan bermotor disebarkan diatas jalanraya, dan
kadangkala dalam sesetengah kes, garam ditabur diatas jalan raya pada
musim sejuk bagi memperlahankan proses pembekuan salji pada
jalanraya. Bahan-bahan asing diatas jalanraya ini akan di basuh oleh air
hujan yang jatuh dan terus masuk ke jaringan sungai yang akhirnya
menyebabkan tahap kualiti air sungai menjadi tercemar teruk. Bahan-
bahan terampai sama ada di atmosfera atau permukaan jalanraya dan
tanah yang berbahaya (zink, nikel, karbon monoksida, tar, sulfer dioksida,
dan lain-lain lagi) akan dilarutkan oleh air hujan membentuk hujan asid
dan aliran air tercemar yang mana akhirnya akan menyerap masuk
kedalam air bawah tanah dan sungai, mengakibatkan berlakunya
pencemaran air serta merosakkan kualiti tanah secara tidak langsung.
Perlombongan dan pengekstrakan mineral.
Aktiviti perlombongan dan pengekstrakan boleh mendatangkan kesan
yang signifikan keatas kualiti dan kuantiti air dalam pelbagai cara. Ianya
dapat dibezakan diantara perlombongan mineral dalam tanah dan
pengekstrakan mineral di atas permukaan tanah.
Perlombongan mineral bawah tanah memberi kesan terhadap
kuantiti dan kualiti air keatas sungai setempat yang mana sebahagian
besarnya melalui kesan buangan daripada lombong. Semasa aktiviti
Generated by Foxit PDF Creator © Foxit Softwarehttp://www.foxitsoftware.com For evaluation only.
19
perlombongan dijalankan, adalah perlu untuk memastikan paras air
rendah dengan cara mengepam air keluar. Hal ini boleh menyebabkan
wujudnya kawasan paras air rendah, memberi kesan kepada
pengurangan air bawah tanah, serta pengepaman keluar (dinyahcas) air
secara langsung ke sungai. Kualiti air yang dipamkan adalah baik kerana
ianya pada asalnya adalah air bawah tanah yang biasa. Namun, apabila
perlombongan tidak lagi dijalankan dan pengepaman air diberhentikan,
paras air bawah tanah akan meningkat semula. Hal ini akan
mengakibatkan penyumbangan air bawah tanah kepada ‛streamflow’ ,
dan kesan yang utama adalah ke atas kualiti air.
Apabila paras air bawah tanah meningkat, air akan mengisi ruang-
ruang yang kosong dan membenarkan bahan mudah larut terlarut
dengan kadar yang lebih cepat, menggalakkan peningkatan konsentrasi
larutan bahan pepejal dalam air, dan potensi tahap ketoksidan
sesetengan bahan dalam air yang disedut keluar daripada lombong.
Namun, ketepatan kesan pemberhentian proses pengepaman ini
bergantung secara singnifikan ke atas kriteria geologi (lapisan batuan)
kawasan lombong tersebut. Jangkawaktu kesan tersebut juga adalah
pelbagai bergantung kepada masa yang diambil oleh paras air bawah
tanah untuk memperolehi dan mencapai bahan mudah larut.
Perlombongan dalam dasar tanah boleh membawa kepada
pengurangan tanah iaitu perubahan permukaan topografi dan rangkaian
saliran, dan bahan-bahan termendap pada permukaan (sediment) ini juga
boleh dibasuh atau dibersihkan semasa kerja-kerja perlombongan
dijalankan (termasuk longgokan hakisan) mengakibatkan penurunan
kualiti air.
Generated by Foxit PDF Creator © Foxit Softwarehttp://www.foxitsoftware.com For evaluation only.
20
Pengekstrakan mineral pada permukaan tanah (perlombongan yang
tidak jauh sehingga ke dalam dasar tanah) mendatangkan kesan yang
lebih ketara kepada landskap permukaan dan lebih mendatangkan kesan
langsung ke atas aliran sungai, aliran air bawah tanah setempat dan
kualiti air. Pokok-pokok ditebang untuk memudahkan aktiviti
perlombongan dijalankan, tanah terdedah kepada jatuhan hujan secara
terus, dan akhirnya membawa bahan kelodak masuk ke dalam sungai.
Kebanyakan sediment hasil daripada aktiviti perlombongan ini
mencemarkan kualiti air untuk jangka masa yang lama walaupun selepas
aktiviti perlombongan ini sudah lama ditamatkan.
3.2 Kesan Perubahan Kegunaan Air.
Air digunakan oleh manusia untuk pelbagai tujuan yang mana
ianya dipindahkan daripada sungai dan akuifer sama ada untuk
tujuan penggunaan domestik dan perbandaran, industri, serta
pertanian. Air ini akan dipulangkan kembali melalui pelbagai proses
sama ada melalui proses transpirasi, penyaluran semula air terpakai
ke sungai, penyejatan dan sebagainya. Perubahan kegunaan air
merujuk kepada penggunaan untuk tujuan pembandaran dan
domestik, industri, pertanian dan pembinaan takungan air/ reseboir.
Pemindahan domestik dan perbandaran serta pemulangannya
kembali.
Pemindahan domestik dan perbandaran menyediakan air kepada
rumah-rumah, kedai-kedai, perniagaan minuman, mencuci dan
Comment [N4]: Apa kaitan dengan PERUBAHAN LITUPAN TUMBUHAN
Generated by Foxit PDF Creator © Foxit Softwarehttp://www.foxitsoftware.com For evaluation only.
21
pengepam tandas. Kesemua air terpakai ini akan dikembalikan ke
sungai semula.
Dalam negara maju, kebanyakan air domestik disediakan melalui
sistem bekalan air awam dimiliki dan dioperasikan oleh autoriti
tempatan atau sektor swasta, walaupun masih ada sesetengah
pengguna domestik di kawasan luar bandar memperolehi air mereka
sendiri daripada perigi dan mata air. Penggunaan air bagi skala
individu tidak mendatangkan impak yang besar keatas kuantiti aliran
sungai atau pengisian semula air bawah tanah kerana jumlahnya
sedikit. Namun penggunaan untuk bekalan air awam mendatangkan
impak hidrologikal yang besar kerana kuantitinya yang besar. Bekalan
air boleh diambil sama ada melalui kolam air, secara terus daripada
sungai atau air bawah tanah yang mana kesemuanya mendatangkan
kesan yang berbeza kepada lembangan.
Pengekstrakan air bawah tanah didapati mampu meningkatkan
pendedahan kepada kemarau semasa musim panas. Ia juga boleh
merendahkan aliran sungai dengan cara mengurangkan pengisian
semula air, disamping memberi kesan kepada aliran dengan
menyediakan paras air bawah tanah yang rendah (sekitar telaga) dan
dengan itu merubah tekanan (naik turun) hadraulik air. Sekiranya
pengekstrakan air lebih banyak daripada pengisian semula (recharge)
air tersebut, maka paras air dalam akuifer secara tidak langsung akan
berkurang.
Air yang dibekalkan untuk kegunaan awam biasanya akan dirawat
terlebih dahulu dengan bahan kimia bagi menyingkirkan kandungan
bahan yang boleh memudaratkan pengguna. Namun penggunaan air
bawah tanah contohnya daripada perigi tidak memerlukan proses
rawatan air ini.
Generated by Foxit PDF Creator © Foxit Softwarehttp://www.foxitsoftware.com For evaluation only.
22
Penggunaan air untuk tujuan domestik dan perbandaran ini perlu
dikembalikan kepada sistem lembangan dengan berpendapat supaya
tidak berlaku pengurangan punca sumber air. Sisa buangan biasanya
dinyahcas secara terus melalui rangkaian-rangkaian longkang awam
atau sistem perumahan seperti jamban (tandas) dan tangki septik
terus kepada sungai atau laut. Hal ini menyebabkan sungai tercemar
dengan pelbagai sisa buangan manusia (kumbahan), bahan organik,
bahan pencuci, dan segala bentuk bahan kimia yang digunakan sekitar
rumah-rumah , kedai-kedai dan premis-premis perniagaan. Sisa
kumbahan mentah boleh mencapai nilai BOD sekitar 300 mg 1‾ ¹ yang
boleh mengakibatkan sungai tercemar teruk.
Proses menyahcas air terpakai semula ke sungai ini boleh
menambahkan kelajuan aliran air oleh pertambahan isipadu air.
Kesan bahan kumbahan yang dilepaskan kesungai menjadi semakin
teruk pada musim panas disebabkan kekurangan penerimaan hujan
dan sekaligus menambahkan kepekatan bahan pencemar dalam air.
Pemindahan perindustrian dan pemulangannya kembali.
Pemindahan perindustrian termasuk air yang diambil dalam usaha
bagi memenuhi proses-proses industri (contohnya, memproses
makanan, membuat keluli) atau sebagai cecair penyejuk dalam alat
penjana kuasa. Kadar ‘proses’ air yang digunakan adalah berbagai-
bagai begantung kepada proses industri tersebut, dan kadar ‘cecair
penyejuk’ yang digunakan bergantung kepada bagaimana penyejukan
dilakukan. Sistem penyejukan terbuka akan kehilangan air melalui
sejatpeluhan ke atmosfera manakala sistem penyejukan tertutup akan
mengitar semula cecair penyejuk (air) dan kembalikan ia semula ke
sungai dalam suhu yang tinggi (dalam bentuk air panas) yang mana
Generated by Foxit PDF Creator © Foxit Softwarehttp://www.foxitsoftware.com For evaluation only.
23
boleh menyebabkan ‘pencemaran termal serta boleh meningkatkan
suhu air sehingga beberapa darjah.
Pertambahan penduduk telah meningkatkan pertumbuhan aktiviti
perindustrian di seluruh dunia. Sumber air digunakan bagi pelbagai
tujuan dan diambil sama ada daripada sungai mahupun sumber air
bawah tanah. Masalah yang kian meningkat dalam kebanyakan
bandar industri lama termasuk London dan Birmingham adalah
peningkatan paras air bawah tanah yang disebabkan oleh
perpindahan dan penutupan kebanyakan kilang-kilang industri yang
suatu ketika dahulu menggunakan air bawah tanah sebagai
sumbernya. Hal ini mendatangkan implikasi terhadap pembinaan
bangunan dan infrastruktur di kawasan bandar, disamping berpotensi
mendatangkan kesan terhadap aliran sungai dan kualiti air .
Pemprosesan kilang industri melepaskan pengaliran keluar
kumbahan kepada sumber air. Mengikut sejarahnya, kebanyakan sisa
kumbahan industri dilepaskan tanpa rawatan terus ke sungai, namun
ianya kini semakin jarang berlaku. Kandungan bahan buangan
industri adalah sangat stabil antara industrinya, namun termasuk juga
logam berat, bahan pencemar semulajadi dan sintatik organik yang
mana akhirnya akan mempengaruhi kualiti air sungai semulajadi.
Pemindahan pertanian dan pemulangannya kembali.
Secara mejoritinya, pemindahan air untuk pengairan adalah
terpeluwap ke udara dan tidak kembali secara langsung ke sungai.
Rancangan pengairan disusun daripada telaga seorang petani kepada
sistem kolam air besar keatas sungai-sungai utama. Pengairan untuk
pertanian mendatangkan impak yang signifikan ke atas aliran sungai
dan paras air bawah tanah di kebanyakan negara. Penggunaan
Generated by Foxit PDF Creator © Foxit Softwarehttp://www.foxitsoftware.com For evaluation only.
24
berlebihan air bawah tanah sebagai contoh telah membawa kepada
kehilangan kawasan paya (wetland) di Spanyol serta beberapa negara
Mediterranean.
Aktiviti penanaman kapas dan padi yang giat dijalankan sekitar
tahun 1950 hingga 1990 memerlukan sistem pengairan yang cekap
dengan penggunaan kuantiti air yang banyak sehingga menyebabkan
sungai menjadi kering seperti yang berlaku pada sungai Amu Darya
dan Syr Darya (terletak di pertengahan negara Asia – Laut Aral).
Kedua-dua sungai ini mengalir hasil daripada jatuhan dan cairan salji
sebagai punca airnya. Sungai Syr Darya kering sepenuhnya diantara
tahun 1974 dan 1986 dan begitu juga yang berlaku pada Sungai Amu
Darya sekitar tahun 1980-an. Laut Aral yang mendapat air daripada
kedua-dua sungai ini turut menjadi kering sehingga ke hari
ini(Micklin,1988).
Apabila air dipindahkan daripada sungai atau air bawah tanah,
pengairan air diagihkan merentasi permukaan tanah dengan pelbagai
kaedah daripada membanjiri, semburan sehinggalah kepada kaedah
titisan air. Pada kawasan-kawasan kering dan separuh kering kaedah
pengairan air untuk tujuan pertanian boleh mengakibatkan
peningkatan dalam kandungan garam tanah. Keadaan ini pada
awalnya berlaku disebabkan oleh pengairan air yang mengandungi
larutan bahan, yang ditinggalkan semasa air ditransprasikan oleh
tumbuh-tumbuhan. Aplikasi pengairan air dengan paras saliniti
(garam) 500mg 1‾ ¹ boleh bertambah diantara 3 dan 12 tan per
hektar garam setahun (Smith, 1998). Masalahnya ialah percampuran
oleh aplikasi pengairan yang tidak cekap, yang mana memberi kesan
dalam membenarkan infiltrasi air kepada air bawah tanah dan
menyebabkan paras air bawah tanah meningkat (membawa sekali
garam yang berada didalamnya). Bergantung kepada pengaplikasian
Generated by Foxit PDF Creator © Foxit Softwarehttp://www.foxitsoftware.com For evaluation only.
25
kaedah yang digunakan, boleh dikatakan 50% daripada kaedah
pengairan air boleh menambahkan isian semula air bawah tanah.
Kandungan garam daripada penyaluran air tanah ini boleh
merosakkan kualiti tanah dengan kandungan garam yang tinggi. Hal
ini bukan sahaja boleh mendatangkan kesan ke atas produktiviti
tanaman tetapi juga kesan keatas sebarang air yang mengalir
daripada aliran air tanah ke sungai. Aliran kembali air ini turut
mengandungi konsentrasi yang tinggi hasil daripada bahan kimia
pertanian dan sediment.
3.3 Kesan Perubahan Fizikal Sungai.
Perubahan fizikal sungai merujuk kepada kerja-kerja pengubahan
jaringan alur. Ia meliputi kerja-kerja dalam alur dan kerja-kerja di
dataran banjir untuk mengelakkan ditenggelami air.
Perubahan alur sungai itu sendiri juga boleh mempengaruhi regim
hidrologikal sesuatu kawasan tersebut. Pengubahsuaian alur termasuk
penyusunan semula alur, pelapisan semula alur dengan bahan lain, dan
penggalian dalam lingkungan kawasan alur tersebut (Sear et al.,2000).
Perubahan-perubahan ke atas alur ini berlaku dalam usaha untuk
mencegah air bah (banjir) pada dataran banjir, meningkatkan potensi
navigasi (perbuatan, pelayaran kapal), pengekstrakan batu kelikir, dan
memulihkan alur-alur sungai dalam keadaannya yang asal. Kesan fizikal
yang utama kepada pengubahsuaian alur sungai termasuk bukan sahaja
pada perubahan ketara kepada alur itu sendiri tetapi juga kepada
pemisahan alur itu daripada dataran banjir.
Pengubahsuaian alur sungai yang menukar bentuk alur adalah
dilakukan untuk mengubah bentuk aliran hidrografi, bertujuan untuk
Generated by Foxit PDF Creator © Foxit Softwarehttp://www.foxitsoftware.com For evaluation only.
26
menggerakkan air lebih cepat dan mengelakkan limpahan air dalam
dataran banjir. Kesan pemisahan sungai daripada dataran banjirnya
boleh membawa kepada impak yang besar disebabkan oleh kesan
kekurangan ruang simpanan air pada sungai tersebut. Semakin banyak
perubahan dilakukan ke atas kapasiti pengubahsuaian alur, semakin
banyak mendatangkan kesan keatas magnitud (kadar) banjir.
Proses pengubahsuaian alur menwujudkan peningkatan ke atas
kandungan sediment, dijangka sesetengahnya kepada gangguan fizikal
dan sesetengahnya lagi kepada hakisan oleh pengubahan alur.
Perlindungan banjir ini kadang kala disediakan dengan membina
tetambak (benteng) banjir luar daripada alur sungai dan ini tidak
meninggalkan pengubahsuaian ke atas alur. Oleh itu, ianya tidak
mendatangkan kesan bebanan sediment dan kurang aliran laju (iaitu
tidak menyebabkan simpanan melebihi tahap tampungan banjir), tetapi
memberi kesan kepada aliran yang mana kebiasaannya akan melimpah
pada dataran banjir.
Kedua-dua proses pengubahsuaian alur dan pembinaan benteng
banjir mengaitkan hubungan diantara sungai dan dataran banjirnya.
Mengubah frekuensi air bah (banjir) akan memberi kesan kepada
vegetasi dataran banjir, yang mana boleh mengurangkan tahap air sungai
dan merendahkan aras air bawah tanah (water table) dataran banjir.
Dataran banjir ‘wetlands’ mempunyai banyak fungsi hidrologikal dan
ekologikal termasuk menyediakan simpanan kepada air dan sediment,
berperanan utama keatas kitaran nutrient dan karbon kepada kawasan
lembangan saliran serta sebagai zon penampan (‘buffer’) diantara cerun
bukit dan alur sungai.
4.0 KESAN-AKIBAT PERUBAHAN ALAM SEKITAR.
Comment [N5]: Buat tambahan seperti mana yang dibincangkan oleh Arnell. Bincang bahagian CATCHMENT-SCALE EFFECT dan CONSEQUENSES IN THE CATCHMENT seperti dalam rajah yang di lampirkan
Generated by Foxit PDF Creator © Foxit Softwarehttp://www.foxitsoftware.com For evaluation only.
27
Manusia pada azalinya sangat bergantung kepada alam sekitar untuk
keperluan asas iaitu udara, air dan makanan. Alam sekitar sangat penting untuk
manusia bagi memastikan manusia mendapatkan keperluan asas yang berterusan
untuk hidup. Bagi memastikan keperluan asas yang berterusan, manusia mula
membangunkan sumber alam. Pelbagai usaha yang dilakukan untuk tujuan
pembangunan sumber tersebut. Namun begitu, pembangunan sumber alam yang
dijalankan menyebabkan pelbagai sumber alam dieksplotasi tanpa henti. Manusia
membangunkan sumber tersebut tanpa perancangan yang mampan sehingga
menyebabkan perubahan alam sekitar secara besar-besaran dan mendatangkan
kesan serta akibat yang negatif kepada ekologi bumi. Kesan ini dapat dilihat dengan
jelas melaui pendekatan sistem yang mana mengaitkan semua sistem bumi yang
saling bergantung diantara satu dengan yang lain termasuk sistem atmosfera,
biosfera, hidrosfera, pedosfera dan litosfera.
Generated by Foxit PDF Creator © Foxit Softwarehttp://www.foxitsoftware.com For evaluation only.
28
Pelepasan gas pencemar daripada asap kilang.
Perubahan alam sekitar memberi kesan kepada atmosfera bumi. Atmosfera
ialah satu lapisan gas yang menyelubungi atau merangkumi bumi. Kawasan
trofosfera adalah kawasan dimana berlakunya tiupan angin, hujan dan sajli, ribut
hurikan dan tornado . Di sinilah terhimpunnya pencemaran, sama ada kerana
perbuatan manusia atau fenomena semulajadi. Perubahan alam sekitar termasuklah
pemusnahan hutan untuk tujuan pertanian, pembalakan, perindustrian,
perbandaran dan perternakan menyebabkan pencemaran udara. Pemusnahan
hutan menghalang penyerapan gas karbon dioksida dan menyebabkan perubahan
iklim. Pembuangan karbon dioksida ke dalam udara (sebanyak enam juta setahun)
berkeupayaan mengubah iklim dunia. Ia mengancam keseimbangan oksigen di
dalam udara yang perlu bagi berlakunya proses-proses yang penting bagi
kehidupan di bumi seperti proses fotosintesis dan sebagainya. Akibatnya berlaku
pemanasan global ( global warming) yang mempengaruhi manusia dan alam
sekitar. Sebagainya contoh, peningkatan purata suhu atmosfera bumi akan
mengubah cuaca ( climate change) di bumi. Pemanasan global juga menyebabkan
pencairan ais dan glasier di kawasan Antrik dan Antartika dan menyebabkan
peningkatan dalam aras laut.
Pencemaran air merupakan salah satu daripada kesan perubahan alam
sekitar dalam cabang hidrosfera. Air ialah sumber alam yang utama dan merupakan
Generated by Foxit PDF Creator © Foxit Softwarehttp://www.foxitsoftware.com For evaluation only.
29
bahan yang terpenting untuk menampung kehidupan di bumi. Pencemaran air
adalah hasil daripada aktiviti-aktiviti manusia yang menjejaskan kualiti air.
Misalnya aktiviti pertanian melibatkan pemusnahan hutan secara besar-besaran
untuk tujuan pembukaan tapak pertanian. Proses ini mendedahkan permukaaan
bumi kepada hakisan tanah yang seterusnya akan menyebabkan tanah yang
terhakis mengalir ke sungai. Proses yang berterusan akan menyebabkan dasar
sungai menjadi cetek apabila bahan-bahan termendak dan kelodak sungai
mencemari sungai melalui proses susupan dan larian air permukaan. Potensi untuk
berlakunya banjir adalah sangat tinggi. Aktiviti pertanian ini juga melibatkan
penggunaan baja kimia yang tinggi. Penggunaan baja kinia yang terlalu banyak
menimbulkan beberapa banyak masalah kerana baja-baja itu diserap ke dalam
tanah menerusi proses larut serap yang dapat mencemarkan air. Misalnya selepas
hujan lebat, bahan-bahan hasil daripada baja kimia di permukaan tanah
dihanyutkan oleh air hujan ke permukaan bumi dan meresap ke dalam sungai. Hal
ini akan meningkatkan lagi pencemaran air akibat daripada penerimaan baja kimia
yang terlalu banyak. Akibat daripada pencemaran air, manusia berdepan dengan
pelbagai masalah seperti penyakit, kekurangan air bersih untuk tujuan domestik
dan perindustrian, pertanian dan sebagainya.
Biosfera merujuk kepada hidupan di dalam bumi. Gangguan ke atas biosfera
menyebabkan manusia dan alam sekitar berdepan dengan gangguan ekologi. Dalam
ekologi, manusia dan alam sekitar saling berinteraksi di antara satu sama lain bagi
memastikan kitaran rantaian makanan dan siratan makanan sentiasa berkitar
mengikut hukum alam. Hal ini bagi memastikan manusia dan alam sekitar
mendapat bekalan nutrien dan makanan yang secukupnya bagi mengelakkan
berlakunya kepupusan spesies-spesies tertentu. Perubahan alam sekitar pada
dasarnya telah mengubah ekologi manusia. Pembangunan sumber alam yang
dijalankan secara berleluasa mengakibatkan sesetengah spesies haiwan dan
tumbuhan pupus dan hal ini menyebabkan gangguan ke atas sumber makanan.
Akibatnya, berlaku kekurangan bekalan makanan bagi menampung keperluan
setiap benda hidup di bumi. Misalannya,sumber protein iaitu ikan yang terjejas
Generated by Foxit PDF Creator © Foxit Softwarehttp://www.foxitsoftware.com For evaluation only.
30
teruk akibat aktiviti pemusnahan hutan yang mana sejumlah besar kelodak tanah
yang dihanyutkan dari kawasan pembalakan memasuki anak sungai dan
menyebabkan paras mendapan sungai yang tinggi dan air sungai menjadi keruh.
Akhirnya akan menghalang kemasukan cahaya matahari ke dalam dasar sungai bagi
proses fotosintesis tumbuhan hijau yang merupakan makanan utama bagi spesies
ikan. Faktor ini juga akan menganggu rantaian makanan dalam ekosistem sungai
yang mempengaruhi keseluruhan ekologi bumi.
Perubahan alam sekitar memberi kesan kepada litosfera dan pedosfera
bumi. Tanih dan tumbuhan berkait rapat dan saling berhubungan di antara satu
sama lain. Jika perlindungan tumbuhan diubah sifat asas dan ciri tanih juga berubah.
Pembukaan hutan untuk pertanian cenderung mendedahkan tanih kepada hakisan
titisan hujan, angin dan juga daya-daya meteorologi yang lain. Kesannya akan
menyebabkan perubahan kepada struktur tanih dan kandungan nutrien dalam
tanah. Sebagai contoh, pada abad ke 18 di China Selatan petani-petani telah
menanam jagung dan ubi kentang di cerun-cerun bukit (Chan Ngai Weng et.al
1993). Hal ini telah menyebabkan kadar hakisan yang teruk yang memusnahkan
bukan sahaja tanih di cerun tetapi juga tanih di kawasan dataran. Di Amerika
Syarikat pula, penyalahgunaan tanih pada tahun 1930-an telah mengakibatkan
fenomena ’mangkuk debu’ menyebabkan tumbuhan Steppe dimusnahkan dan
digantikan oleh gurun. Tanih subur juga menjadi tandus akibat layangan angin
(Chan Ngai Weng et.al 1993) . Akibatnya, manusia berdepan dengan pelbagai
bencana alam seperti banjir. Banjir berlaku apabila air hujan tidak dapat diserap ke
dalam tanah akibat daripada kehilangan litupan tumbuhan yang menghalang air
hujan menyusup ke dalam tanah. Hal ini akan menghasilkan air larian permukaan
yang berlebihan dan menyebabkan banjir apabila sungai tidak dapat menampung
lebihan air hujan yang mengalir ke dalam sungai tersebut. Faktor tanah yang
terdedah dengan agen-agen hakisan juga menyebabkan keadaan banjir apabila
struktur dan komposisi tanah tidak dapat menahan air hujan yang turun dan
menyebabkan tanah runtuh. Akibatnya sungai akan dicemari oleh kelodak dan
mendorong kepada keadaan banjir yang berterusan.
Generated by Foxit PDF Creator © Foxit Softwarehttp://www.foxitsoftware.com For evaluation only.
31
5.0 KESIMPULAN.
Secara kesimpulannya, manusia telah banyak mengubah alam semulajadi
ciptaan tuhan. Kesejahteraan alam yang dahulunya boleh dicapai tidak lagi dapat
dinikmati oleh dunia pada hari ini. Kealpaan kita menjaga alam sekitar termasuk
yang hidup (biotik) dan yang bukan hidup (abiotik) menjadikan bumi kini berada
dalam keadaan yang tidak stabil. Pelbagai konflik timbul diantara manusia dengan
alam termasuk kewujudan pelbagai fenomena alam seperti banjir, ribut taufan,
gempa bumi, hujan batu, dan sebagainya menjadi pengajaran kepada manusia untuk
kembali sedar akan tanggungjawab mereka menjaga alam.
Perataan hutan bagi memberi laluan kepada aktiviti pembangunan negara
termasuk pertanian, perindustrian, pembalakan, pembinaan kawasan perumahan,
dan sebagainya telah mengganggu fungsi semulajadi hutan. Hutan yang penting
sebagai kawasan tadahan air hujan, penyerap suhu dan bahan pencemar, serta
berfungsi memperlahankan aliran hujan melalui proses infiltrasi dimusnahkan
tanpa memikirkan akibat yang bakal ditanggung oleh manusia kelak. Segala
pembagunan ini telah memyebabkan lembangan saliran mengalami beberapa ciri
perubahan dan akhinya mendatangkan kesan kepada perubahan litupan tumbuhan,
kegunaan air dan fizikal sungai. Perubahan-perubahan yang berlaku ini seterusnya
mendatangkan kesan dan akibat pula kepada alam sekitar secara keseluruhannya.
6.0 BIBLIOGRAFI.
6.1 Sumber buku.
Chan Ngai Weng et al, 1993. Pengantar Geografi. Selangor. Pencetakan Dewan
Bahasa
Generated by Foxit PDF Creator © Foxit Softwarehttp://www.foxitsoftware.com For evaluation only.
32
dan Pustaka.
Nigel Arnel. 2002. Hydrology And Global Environmental Change. Kuala Lumpur.
Prentice Hall.
[Senarai rujukan yang digunakan daripada buku ini ] ;
à Barry, R.G and Chorley. Atmosphere, Weather and Climate. 7th edition
Routledge,London
à Bosch,J.M. and Hewlett,J.D., 1982. A review of catchment experiments to
determine the effects of vegetation changes in the water yield and
evapotranspiration. Journal of hydrology.
à Micklin,P.P., 1988.Desiccation of the Aral Sea- a water management disaster in
the Soviet Union. Science.
à Neal, C.et al., 1997b. The hydrochemistry of the headwater of the River Severn,
Plynlimon. Hydrology and Earth System Sciences.
à Sahin, V. and Hall, M.J.,1996. The effect of afforestation on water yields. Journal Of
hydrology.
à Sear, D.A,. Wilcock, D.,Robinson , M.and Fisher ,K.,2000.River channel
modification in the UK. In : M.Acreman (ed.), The Hydrlogy of he UK: A Study of
Change. Routledge,London,
à Smith, D.I.,1998. Water in Australia: Resources and Management. Oxford
University Press, Melbourne.
Newson, M. 1995. Land, Water and Development River Basin System And Their
Sustainable Management. London : Routledge. (Bab 3 dan bab 4).
Zuraina Majid, 1989. Ekologi Manusia. Selangor. Penerbit Fajar Bakti Sdn.Bhd.
6.2 Sumber internet.
www.pkukmweb.ukm.my
Generated by Foxit PDF Creator © Foxit Softwarehttp://www.foxitsoftware.com For evaluation only.
33
www.efka.utm.my
www.sabah.gov.my
http://kekalkankeindahanbumi.blogspot.com/
www.sciencedirect.com
Generated by Foxit PDF Creator © Foxit Softwarehttp://www.foxitsoftware.com For evaluation only.
top related