kajian pembentukan dan penilaian kesesuaian … · instructional module (sim) entitled “ diode”...
Post on 22-Jul-2019
241 Views
Preview:
TRANSCRIPT
KAJIAN PEMBENTUKAN DAN PENILAIAN KESESUAIAN MODUL
PENGAJARAN KENDIRI DIOD BAGI PERINGKAT
TINGKATAN EMPAT
MOHD HELMI BIN MEHAT
Laporan Projek Ini Dikemukakan
Sebagai Memenuhi Sebahagian Daripada Syarat
Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan
(Kejuruteraan Elektrik)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
2004
DEDIKASI
Pensyarah
Jutaan Terima kasih diatas bimbingan yang telah diberikan.
En. Shahrin B. Hashim (Penyelia)
Pfor Madya Dr Shaharom B.Nordin (Pembimbing)
serta Pensyarah-pensyarah yang memberi sumbangan idea dan rujukan
dan siapa juga yang terlibat dalam menjayakan kajian yang dilakukan ini.
Ayah dan ibu
Terima kasih atas doa dan sokongan mu
Adik-adik
Semoga kejayaan ini menjadi pendorong kepada adik-adik ku
di masa hadapan.
Buat Rakan-Rakan
Terima Kasih atas sokongan yang diberi.
Buat insan yang dikenang
NURUL IZA BT. LEMAN
Terima kasih atas penghargaan dan harapan darimu
Buat insan yang Tersayang
*****
ii
PENGHARGAAN
Segala puji dan syukur dipanjatkan kehadrat Ilahi kerana dengan limpah dan
kurnia-Nya kajian ini dapat disiapkan. Selawat dan salam ditujukan kepada Rasulullah
S.A.W. yang membawa rahmat ke seluruh alam.
Tiada kata seindah bahasa yang dapat diucapkan melainkan ucapan terima kasih
dan setinggi-tinggi penghargaan kepada Pensyarah Pembimbing iaitu En.Shahrin Bin
Hashim yang telah banyak memberi tunjuk ajar, cadangan serta bimbingan tanpa rasa
jemu dalam menyiapkan kajian ini. Ucapan terima kasih juga kepada Pengetua Sekolah
Menengah Teknik Johor Bharu. dan Sekolah Menengah Teknik Jalan Stadium Alor Star
serta guru-guru yang telah banyak memberi kerjasama semasa kajian ini dijalankan.
Tidak dilupakan juga sekalung penghargaan kepada individu-individu yang
terlibat secara tidak langsung dalam menyiapkan kajian ini.
iii
ABSTRAK
Bahan pengajaran yang dihasilkan dengan terancang dan sistematik adalah
pilihan sebagai bahan pengajaran yang sesuai untuk digunakan di dalam bilik darjah.
Pemilihan bahan pengajaran yang menepati kehendak sukatan mata pelajaran dan
memenuhi keperluan setiap pelajar adalah diantara faktor yang mempengaruhi
keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran. Penggunaan kaedah Pengajaran
Bermodul (PB) terutamanya penggunaan MPK merupakan satu alternatif dalam proses
pengajaran dan pembelajaran. Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk membentuk dan
menilai kesesuaian tiga MPK Diod yang digunakan dalam mata pelajaran Pengajian
Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik di tingkatan empat. Seramai 14 orang guru PKEE
terlibat dalam kajian ini. Kesesuaian MPK yang dihasilkan ditentukan dengan
menggunakan penilaian formatif pada dua peringkat iaitu Penilaian Formatif Satu
dengan Satu (PFSS) dan Penilaian Formatif Kelompok Kecil (PFKK). Satu kajian rintis
telah dijalankan sebelum melakukan penilaian sebenar. Satu set soal selidik digunakan
sebagai alat kajian dan dapatan data dianalisis dengan menggunakan statistik diskriptif.
Keputusan penilaian kesesuaian terhadap MPK yang dihasilkan adalah amat sesuai
digunakan sebagai bahan pengajaran dan pembelajaran bagi mata pelajaran Pengajian
Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik pada peringkat Tingkatan Empat.
iv
ABSTRACT
Teaching materials, which were designed by systematically and well organized,
would be the most suitable selection of teaching materials in classroom. Selection of
teaching materials which occupy the needs syllabus and fulfill the needs of very
different level of individual were the main factors that would dominant the effectiveness
of learning and teaching process. The use Module Instruction (MI) especially with Self-
Instruction Module (SIM) was an alternative in our teaching and learning process. The
purpose of this research were to produce and evaluates the suitability of the three Self-
Instructional Module (SIM) entitled “ DIODE” which be used in PKEE subject.
Fourteen teachers specialized in PKEE were involved in the formative evaluation and
the small group formative evaluation .Instrument used in this study cases was a set of
questionnaire entitled “Soal Selidik Kesesuaian Modul Pengajaran
(Guru)(Shaharom,1994) and descriptive statistics was used to analyzed the data. Result
reviewed that SIMs were most suitable to be used in PKEE subject as teaching and
learning materials in secondary form four level.
v
KANDUNGAN
PERKARA MUKA SURAT
HALAMAN JUDUL i
PENGAKUAN ii
PENGESAHAN PENSYARAH iii
DEDIKASI iv
PENGHARGAAN v
ABSTRAK vi
ABSTRACT vii
KANDUNGAN viii
SENARAI JADUAL ix
SENARAI SINGKATAN x
SENARAI LAMPIRAN xi
vi
BAHAGIAN SATU
PENGENALAN
BAB 1 PENGENALAN
1.1 Pendahuluan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 3
1.2.1 Bahan pembelajaran 6
1.2.2 Kualiti bahan Pembelajaran 7
1.2.3 Persembahan Dan Kandungan Modul 7
1.3 Pernyataan Masalah 8
1.4 Objektif Kajian 8
1.5 Persoalan Kajian 10
1.6 Modul Pengajaran Kendiri (MPK) 11
1.7 Objektif Penggunaan MPK 14
1.8 Ciri-Ciri Modul Pengajaran Kendiri 15
1.9 Model Teras-Cabang Shaharom 16
1.10 Rasional Penggunaan Medel Teras-Cabang Shaharom 18
1.11 Penilaian Formatif 19
1.12 Kepentingan Kajian 20
1.13 Skop Kajian 21
1.14 Terminologi 22
1.15 Ringkasan 24
1.16 Kepentingan Kajian 10
vii
BAHAGIAN DUA
SOROTAN PENULIS
BAB II SOROTAN PENULISAN
2.1 Pendahuluan 25
2.2 Kajian Tentang Pembinaan Dan Penilaian Kesesuaian Modul
Pengajaran Kendiri (MPK) Dalam Pengajian Kejuruteraan
Elektrik. 26
2.3 Kajian Tentang Pembinaan Dan Penilaian Kesesuaian
Modulpengajaran Kendiri (MPK) Dalam Pengajian Kemahiran
Hidup 30
2.4 Model-Model Pengajaran Kendiri 32
2.4.1 Model Burns 33
2.4.2 Model Klingstedt 34
2.4.3 Model Eijl 26
2.4.4 Model Meyer 37
2.5 Ringkasan 39
viii
BAHAGIAN TIGA
METODOLOGI KAJIAN
BAB III METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pendahuluan 40
3.2 Rekabentuk Kajian 40
3.3 Modul-Modul Pengajian Kendiri 41
3.4 Subjek Kajian 42
3.5 Alat Kajian 43
3.5.1 Kajian Tahap Satu: Merekabentuk Modul
Pengajaran Kendiri 47
3.5.2 Kajian Tahap Dua : Kajian Rintis Dan
Penilaian Formatif 47
3.5.3 Kajian Tahap Tiga : Analisis Data dan
Maklumat 49
3.6 Tempat Kajian 52
3.7 Kajian rintis 52
3.8 Andaian 53
3.9 Ringkasan 54
ix
BAHAGIAN EMPAT
ANALISIS DATA DAN KEPUTUSAN
BAB IV ANALISIS DAN KEPUTUSAN KAJIAN
4.1 Pendahuluan 55
4.2 Hasil Kajian Rintis 56
4.3 Penilaian Formatif Terhadap Modul Pengajaran Kendiri (MPK) 56
4.3.1 Persoalan Kajian 1 57
Adakah Penilaian Formatif Satu Dengan Satu (PFSS) oleh
guru ke atas MPK Diod yang dihasilkan sesuai sebagai bahan
P&P untuk mata pelajaran PKEE Tingkatan Empat?
4.3.2 Persoalan Kajian 2 59
Adakah Penilaian Kelompok Kecil (PFKK) oleh guru ke atas
MPK Diod yang dihasilkan sesuai sebagai bahan P&P
untuk mata pelajaran PKEE Tingkatan Empat?
4.4 Pernilaian Formatif Merentas Jantina 61
4.4.1 Persoalan Kajian 3 61
Adakah terdapat perbezaan status kesesuaian MPK Diod
yang dihasilkan dalam Penilaian Formatif Satu Dengan Satu
(PFSS) oleh guru merentasi jantina?
4.4.2 Persoalan Kajian 4 63
Adakah terdapat perbezaan status kesesuaian MPK Diod
yang dihasilkan dalam Penilaian Formatif Kelompok Kecil
(PFKK) oleh guru merentasi jantina?
x
4.5 Penilaian Formatif Merentasi Lulusan Akademik 65
4.5.1 Persoalan Kajian 5 65
Adakah terdapat perbezaan status kesesuaian MPK Diod
yang dihasilkan dalam Penilaian Formatif Satu Dengan Satu
(PFSS) oleh guru merentasi lulusan akademik?
4.5.2 Persoalan Kajian 6 68
Adakah terdapat perbezaan status kesesuaian MPK Diod yang
dihasilkan dalam Penilaian Formatif Kelompok Kecil (PFKK)
oleh guru pakar merentasi lulusan akademik?
4.6 Penilaian Formatif Merentasi Tempoh Mengajar 70
4.6.1 Persoalan Kajian 7 70
Adakah terdapat perbezaan status kesesuaian MPK Diod
yang dihasilkan dalam Penilaian Formatif Satu Dengan Satu
(PFSS) oleh guru merentasi tempoh mengajar?
4.6.2 Persolaan Kajian 8 72
Adakah terdapat perbezaan status kesesuaian MPK Diod
yang dihasilkan dalam Penilaian Formatif Kelompok Kecil
(PFKK) oleh guru merentasi tempoh mengajar?
4.7 Ringkasan 74
xi
BAHAGIAN LIMA
RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN
BAB V RUMUSAN, PERBINCANGAN, KESIMPULAN DAN
CADANGAN
5.1 Pendahuluan 76
5.2 Ringkasan Dan Perbincangan 77
5.3 Kesimpulan 81
5.4 Implikasi 84
5.5 Cadangan 85
5.6 Cadangan Penyelidikan Masa Hadapan 87
5.7 Ringkasan 88
xii
BAHAGIAN ENAM
SENARAI DOKUMEN RUJUKAN
RANGKA KERJA KAJIAN KESELURUHAN 45
RANGKA KERJA PEMBINAAN MPK 46
RANGKA KERJA KAJIAN RINTIS 48
RANGKA KERJA PENILAIAN FORMATIF 49
SKALA PEMERINGKATAN SOAL SELIDIK (GURU) 51
SENARAI DOKUMEN BIBLIOGRAFI 89
LAMPIRAN A-E 91
xiii
SENARAI JADUAL
NO JADUAL TAJUK MUKA SURAT
4.1 Penilaian Formatif Satu Dengan Satu (PFSS) 58
4.2 Penilaian Formatif Kelompok Kecil (PFKK) 60
4.3 Penilaian Formatif Satu Dengan Satu (PFSS) oleh guru
merentasi jantina 62
4.4 Penilaian Formatif Kelompok Kecil (PFKK) oleh guru
merentasi jantina 63
4.5 Penilaian Formatif Satu Dengan Satu (PFSS) oleh guru merentasi
lulusan akademik 67
4.6 Penilaian Formatif Kelompok Kecil (PFKK) oleh guru merentasi
lulusan akademik 68
4.7 Penilaian Formatif Satu Dengan Satu (PFSS) oleh guru merentasi
tempoh mengajar 71
4.8 Penilaian Formatif Kelompok Kecil (PFKK) oleh guru merentasi
tempoh mengajar 73
xiv
SENARAI SINGKATAN
MPK - Modul Pengajaran Kendiri
P&P - Pengajaran dan Pembelajaran
PFKK - Penilaian Formatif Kelompok Kecil
PFSS - Penilaian Formatif Satu Dengan Satu
PKE - Pendidikan Kejuruteraan Elektrik
PKPG - Program Khas Pensiswazahan Guru
UTM - Universiti Teknologi Malaysia
ABM - Alat Bantu Mengajar
EPRD - Educational Planning and Research Department
IPTA - Institut Pengajian Tinggi Awam
IPTS - Institut Pengajian Tinggi Swasta
JPN - Jabatan Pendidikan Negeri
JPT - Jabatan Pendidikan Teknik
KPM - Kementerian Pendidikan Malaysia
PB - Pengajaran Bermodul
SPM (T) - Sijil Pelajaran Malaysia (Aliran Teknik)
SPM (V) - Sijil Pelajaran Malaysia (Vokasional)
S - Sisihan min
X - Nilai min
Xi - Setiap Markat
% - Peratus
n - Jumlah Bilangan Markat
Σ - Perjumlahan / Hasil Tambahan
< - Lebih Kecil
> - Lebih Besar
xv
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK
A Pengesahan Bahan Kajian
B Pengesahan Pakar Bidang
C Soal Selidik
E Jadual Pemeringkatan Kesesuaian MPK untuk Guru
BAB I
PENGENALAN
1.1 Pendahuluan
Guru-guru merupakan penggerak utama kepada penjanaan Pendidikan Negara.
Guru-guru sentiasa berusaha mempertingkatkan ilmu pengetahuan , kemahiran,
pengalaman kreativiti dan komitmen untuk bekerja dengan tekun dan bersungguh-
sungguh. Tanggapan bahawa cabaran dalam bidang pendidikan akan semakin
berkurangan di negara ini adalah salah.
Pengakuan Menteri Pendidikan Malaysia, Tan Sri Musa Mohammad dalam
perutusan tahun baru 2002,menyatakan bahawa bahawa “(Sistem pendidikan yang kita
amalkan selama ini mendukung dasar wawasan negara)”jelas menggambarkan fungsi
dan peranan bidang pendidikan dalam pembangunan negara. Diperakui juga bahawa
“Pendidikan adalah penting bagi membangunkan kemampuan untuk
mencipta,menyesuaikan dan menyebarkan pengetahuan baru.Pendidikan asas yang
kukuh adalah teras bagi melahirkan tenaga buruh yang sihat,berkemahiran ,dan pintar
2
yang membolehkan negara bersaing dengan jayanya dipasaran dunia.” (buku Rangka
Rancangan jangka panjang ketiga 2001-2010;m.s. 168). Jesteru itu, Sistem pendidikan
dalam penyampaian dan pengajaran perlu dikembangkan ,dimodenkan ,dan direkayasa
secara berterusan bagi memainkan fungsi dan menunaikan peranan yang diperakukan itu
dengan cekap dan berkesan.
Guru sebagai golongan pendidik yang terlatih dan berwibawa, seharusnya lebih
peka kepada perubahan zaman dan kehendak semasa. Mereka sewajarnya berganding
bahu memikirkan sumbangan yang boleh diberikan ke arah pencapaian matlamat dan
hasrat Falsafah Pendidikan Negara yang murni ini. Dalam hal ini, mengembangkan
potensi pelajar, merupakan hasrat yang murni dan seharusnya diberikan sokongan.
Proses ini akan mengalami perubahan yang pesat terutama sekali menerusi penggunaan
teknologi maklumat yang sedang berkembang di negara kita. Ia akan lebih bersifat
individu dan menekankan pada pembelajaran mampu diri. (Tengku Mohd. Azman,
1991, dalam Shaharom, 1991, halaman 89).
Bagi membantu proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) didalam kelas bagi
sesebuah mata pelajaran yang diajar di sekolah, sebuah modul pengajaran yang lengkap
dan mantap harus diterbitkan bagi membantu proses P&P di dalam kelas. Disini
difokuskan kepada mata pelajaran aliran teknikal yang diajar disekolah-sekolah
menengah teknik di Malaysia yang menwarkan kursus berkenaan. Mata pelajaran ini
ialah mata pelajaran Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik (PKEE). Fokus
mudul ini pada Bab 8 didalam silibus PKEE iaitu Diod. Pembinaan modul ini adalah
bertujuan bagi membantu guru dan pelajar bagi memlancarkan dan mempercepatkan
serta memantapkan lagi daya pemahaman dan penguasaan terhadap sesuatu bab.
3
Menurut G. Rex Meyer (1988), Modul Pembelajaran adalah satu bahan
pengajaran yang menitik beratkan pembelajaran secara individu dengan mengambil kira
perbezaan latar belakang, minat, gaya belajar, nilai, motivasi dan lain-lain.Modul
Pengajaran Kendiri (MPK) telah terbukti mempunyai kebaikan dan kekuatan. Modul
Pengajaran Kendiri (MPK) adalah satu pakej pembelajaran yang lebih bersifat individu
dan menekankan pada pembelajaran mampu diri (Self-paced learning)
(Shaharom & Yap, 1992)
Guru perlu merekayasa kaedah dan pendekatan proses P&P yang dilaksanakan
supaya lebih berkesan , tetapi juga memastikan ilmu pengetahuan dan maklumat yang
dibekalkan kepada pelajar adalah pelbagai,berkualiti,tepat,relevan dan boleh digunakan
sebagai “bahan mentah” kepada usaha menghasilkan produk dan perkhidmatan baru.
Guru berkualiti aspirasi negara.
1.2 Latar Belakang Masalah
Malaysia merupakan sebuah negara membangun yang sedang menuju ke arah
sebuah negara yang maju setanding dengan negara maju yang lain. Untuk berdiri sama
tinggi dan duduk sama rendah dengan negara maju lain Malaysia perlulah mengorak
langkah dan melakukan anjakan paradigma bagi merealisasikan hasrat ini. Bagi
merealisasikan hasrat ini guru-guru juga telibat secara langsung dan bertanggungjawab
terhadapnya kerana guru merupakan penjana utama dalam pendidikan. negara yang
memerlukan tenaga mahir dan terlatih serta pakar di dalam bidang sains dan teknologi
untuk memajukan negara seterusnya menjayakan matlamat ini.
4
Justeru itu, untuk mencapai hasrat ini, maka Kerajaan Malaysia melalui
Kementerian Pendidikan telah mengambil langkah menaikkan taraf Sekolah Menengah
Vokasional kepada Sekolah Menengah Teknik pada tahun 1998. Apa yang diharapkan
agar dapat menampung keperluan tenaga mahir yang terlatih seperti mana yang
diperlukan oleh negara.
Guru-guru perlu melaksanakan proses P&P yang tersusun bersistematik dan
mampu menarik minat pelajar dan seterusnya mampu menarik perhatian serta
memudahkan daya pemahaman pelajar. Oleh itu guru seharusnya mencari satu
pendekatan yang membolehkan proses P&P itu berjalan dengan lancar serta tahap
pemahaman pelajar berada pada paras maksima.Pengajaran yang menarik serta berkesan
perlu mengambil kira aspek-aspek seperti penentuan strategi pengajaran dan
pembelajaran yang berkesan dan menarik. Pemeringkatan isi kandungan dari yang
mudah kepada yang kompleks, pemilihan bahan pengajaran dan pembelajaran yang
dapat meransangkan pelajar untuk terus belajar. (Ee Ah Meng, 1988),
Modul-modul yang diterbitkan adalah untuk membantu guru dan pelajar untuk
memudahkan proses P&P berlangsung. Modul ini mampu menjadikan proses P&P lebih
berkesan. ( Peterline 1967, dalam: Mohd Faudzi, 1989), berpendapat bahawa besar
kemungkinan penggunaan buku teks terancang jenis modul akan merupakan satu usaha
yang paling berkesan dalam pengajaran terancang. (Lange 1967, dalam: Mohd Faudzi,
1989) menegaskan bahawa terdapat beberapa kelebihan dalam penggunaan modul yang
berkesan dan boleh digunakan untuk tujuan dan keadaan khusus tanpa mencetuskan satu
revolusi kecil ataupun besar.Oleh yang demikian, guru-guru sewajarnya menerbitkan
lebih banyak modul pengajaran bagi mata pelajaran tertentu melalui bab-bab yang
tertentu disekolah untuk memastikan proses P&P dan tahap pengetahuan pelajar adalah
tinggi disamping pengguasan terhadap teknologi maklumat pada tahap optium.
5
Penggunaan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang mengutamakan aktiviti
pelajar serta penggunaan pelbagai bahan bantu mengajar di dalam kelas semakin kurang
diamalkan oleh guru-guru (Asiah, 1990). Dalam kajian oleh (UNESCO, 1990),
kebanyakan negara dirantau ini termasuk negara Malaysia, masih menggunakan kaedah
pengajaran guru yang autokratik, formal dan tradisional. Guru masih lagi menggunakan
kaedah, guru bercakap dan murid mendengar. Interaksi dua hala tidak wujud disini dan
pertukaran idea atau pandangan tidak berlaku dan pemikiran tidak akan berkembang.
Pembelajaran berorentasikan modul ini bertujuan untuk membolehkan para
pelajar meneruskan proses pembelajaran mereka mengikut kebolehan dan kadar sendiri
(Shaharom dan Yap, 1991). Pembelajaran bermodul dapat meringankan beban tugas
guru dalam persediaan mengajar dan persediaan bahan bantuan mengajar. Meringankan
beban disini tidak bermaksud guru itu inginkan kerja yang mudah ataupun tidak
mencabar, tetapi ia adalah sebagai pelancar untuk mencepatkan lagi proses P&P.
Dengan ini faktor masa dapat ditadbir dengan baik.Bagi merealisasikan hasrat dan cita-
cita Kementerian Pendidikan Malaysia. Pembinaan modul ini adalah wajar dilaksanakan
dengan bersistematik dan terancang bagi memenuhi kehendak semua pihak sama ada
pihak pelajar mahupun guru.
6
1.2.1 Bahan Pembelajaran
Modul Pembelajaran Kendiri (MPK) merupakan bahan pembelajaran bermodul
yang bertujuan untuk membolehkan pelajar belajar sendiri. Ia berbeza dari segi panjang,
kandungan serta formatnya (Shaharom & Yap, 1992). Daripada pemerhatian dan
tinjauan yang dibuat oleh penyelidik mendapati, bahan pembelajaran bermodul bagi
mata pelajaran Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik (PKEE) tidak terdapat di
pasaran. Kekurangan bahan pengajaran ini boleh menyukarkan pembelajaran pelajar
untuk memantapkan lagi daya pemahaman dan pengetahuan di dalam mata pelajaran ini.
Mereka hanya bergantung kepada buku teks dan nota yang telah disampaikan oleh guru
di dalam kelas sahaja.
Bahan pembelajaran bermodul ini bukan sahaja merupakan bahan pembelajaran
yang boleh digunakan pada semua mata pelajaran, malahan di semua peringkat dari
sekolah rendah hingalah ke peringkat universiti (Shaharom & Yap, 1992). Bahan
pembelajaran bermodul ini dapat membantu pelajar memahami serta menambahkan lagi
penguasaan terhadap sesuatu topik yang terdapat di dalam modul ini. Pelajar juga
berpeluang meneroka terlebih dahulu kandungan pelajaran yang terdapat sebelum guru
menyampaikannya di dalam kelas.
7
1.2.2 Kualiti Bahan Pembelajaran.
Bahan pembelajaran yang terdapat dipasaran sekarang khususnya kepada mata
pelajaran Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik tidak begitu berkualiti atau
memenuhi standart atau piawai yang ditetapkan mengikut huraian sukatan mata
pelajaran (PKEE). Selain itu, bahan pembelajaran ini kebanyakkan ditulis didalam
bahasa inggeris. Ini kerana bahan pembelajaran ini diimport dari luar dan tidak mengikut
huraian sukatan mata pelajaran Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik
Kementerian Pendidikan Malaysia, (2000).
Jika tidak diwujudkan suatu bahan pembelajaran atau modul ini di dalam bahasa
melayu dan mengikut huraian sukatan mata pelajaran yang ditetapkan, pelajar akan
menghadapi masalah dalam menyelaraskan pembelajaran yang telah dipelajarinya
dengan apa yang dirujuk. Kesinambungan terhadap apa yang diajar oleh guru dengan
apa yang dirujuk daripada bahan pembelajaran ada penting bagi mengelakkan
berlakunya kekeliruan dan salah faham.
1.2.3 Persembahan Dan Kandungan Modul.
Modul Pengajaran Kendiri adalah bahan untuk membolehkan pelajar itu
meneroka dan belajar secara individu. Modul yang dihasilkan mestilah menarik minat
pelajar untuk belajar dengan sendiri. Modul yang dihasilkan juga mestilah mengandungi
isi pelajaran yang padat dan tepat. Skop yang dibuat mestilah bertepatan. Pembelajaran
berorentasikan modul ini bertujuan untuk membolehkan para pelajar meneruskan proses
pembelajaran mereka mengikut kebolehan dan kadar sendiri (Shaharom dan Yap, 1991).
8
Modul yang mempunyai ciri-ciri seperti diatas masih lagi tidak wujud di pasaran.
Modul yang dimaksudkan ialah Modul Pengajaran Kendiri (MPK) bagi mata pelajaran
Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik.
1.3 Pernyataan masalah
Kajian ini adalah untuk menentukan kesesuaian Modul Pengajaran Kendiri
(MPK) bagi topik Diod yang dibina untuk mata pelajaran Pengajian Kejuruteraan
Elektrik dan Elektronik sebagai bahan pengajaran dan pembelajaran oleh pelajar
tingkatan empat yang mengikuti aliran teknikal yang mengambil jurusan Kejuruteraan
Elektrik dan Elektronik di peringkat Sekolah Menengah Teknik (SMT).
1.4 Objektif Kajian
Objektif Kajian ini ialah:
1.4.1 Membina tiga MPK bagi topik Diod untuk mata pelajaran Pengajian
Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik (PKEE) mengikut huraian Sukatan
Pelajaran Tingkatan Empat ( Kementerian Pendidikan, 2000)
1. MPK 1 : Diod (binaan)
a. Modul Pengajaran Kendiri ini menerangkan tentang binaan diod, jenis
diod, simbol dan kendalian.
9
2. MPK 2 : Diod ( Lengkung ciri I-V)
a. Modul Pengajaran Kendiri ini menerangkan tentang lengkung ciri I-V
Diod, perhitungan litar asas diod dan lain-lain diod.
3. MPK 3 : Diod (Kendalian)
a. Modul pengajaran Kendiri ini menerangkan tentang penggunaan diod
dalam litar elektronik sebagai penerus voltan dan pengatur voltan.
1.4.2 Menilai status kesesuaian MPK yang dibina berdasarkan huraian Sukatan
Pelajaran pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik (PKEE) bagi
Tingkatan Empat.
1.4.3 Mengenalpasti status kesesuaian MPK yang dibina berdasarkan huraian Sukatan
Pelajaran Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik (PKEE) bagi
Tingkatan Empat merentas jantina.
1.4.4 Mengenalpasti status kesesuaian MPK yang dibina berdasarkan huraian Sukatan
Pelajaran Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik (PKEE) bagi
Tingkatan Empat merentas kelulusan akademik.
1.4.5 Mengenalpasti status kesesuaian MPK yang dibina berdasarkan huraian Sukatan
Pelajaran Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik (PKEE) bagi
Tingkatan Empat merentas tempoh mengajar.
10
1.5 Persoalan kajian
Persoalan kajian:-
Dalam kajian ini terdapat lapan persoalan kajian telah diutarakan didalam kajian
ini. Kelapan-lapan persoalan kajian ini dipecahkan kepada dua penilaian iaitu dengan
menggunakan kaedah penilaian formatif analisis diskriptif yang dibahagi kepada dua
penilaian iaitu yang pertama Penilaian Formatif Satu dengan Satu (PFSS) dan yang
kedua Penilaian Formatif Kelompok Kecil (PFKK)..
Persoalan Kajian (PFSS):
1.5.1 Adakah Penilaian Formatif Satu Dengan Satu (PFSS) oleh guru keatas
tiga MPK Diod yang telah dibina menunjukkan ia sesuai digunakan
sebagai bahan Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) untuk mata pelajaran
PKEE Tingkatan Empat?
1.5.2 Adakah terdapat perbezaan status kesesuaian MPK diod yang dibina
dalam Penilaian Formatif Satu Dengan Satu (PFSS) oleh guru merentas
jantina?
1.5.3 Adakah terdapat perbezaan status kesesuaian MPK diod yang dibina
dalam Penilaian Formatif Satu Dengan Satu (PFSS) oleh guru merentas
akdemik?
1.5.4 Adakah terdapat perbezaan status kesesuaian MPK Diod yang dibina
dalam Penilaian Formatif Satu Dengan Satu (PFSS) oleh guru merentas
tempoh mengajar ?.
11
Persoalan Kajian (PFKK)
1.5.5 Adakah Penilaian Formatif Kelompok Kecil (PFKK) oleh guru ke atas
tiga MPK Diod yang dibina menunjukkan ia sesuai digunakan sebagai
bahan P&P untuk mata pelajaran PKEE Tingkatan Empat?
1.5.6 Adakah terdapat perbezaan status kesesuaian MPK Diod yang dibina
dalam Penilaian Formatif Kelompok Kecil (PFKK) oleh guru merentas
jantina?
1.5.7 Adakah terdapat perbezaan status kesesuaian MPK Diod yang dibina
dalam Penilaian Formatif Kelompok Kecil (PFKK) oleh guru merentas
akademik?
1.5.8 Adakah terdapat perbezaan status kesesuaian MPK Diod yang dibina
dalam Penilaian Formatif Satu Dengan Satu (PFKK) oleh guru merentas
tempoh mengajar?
1.6 Modul Pengajaran Kendiri (MPK)
Modul Pengajaran Kendiri diwujudkan untuk membantu pelajar dalam
memahami serta menambah pengetahuan pelajar dalam proses pembelajaran. Modul
yang dihasilkan dapat memudahkan pelajar untuk menggunakannya kerana ia dibina
mengikut teras cabang yang mudahkan pelajar untuk meneroka dan mengikut langkah
yang telah disediakan. Ini membolehkan pelajar belajar sendiri mengikut kebolehan dan
top related