jenis wayar dan kerja pendawaian

Post on 25-Jun-2015

2.984 Views

Category:

Education

13 Downloads

Preview:

Click to see full reader

DESCRIPTION

Bahan bantu mengajar guru KHB Tingkatan 1 bagi tajuk yang berkenaan.

TRANSCRIPT

Disediakan oleh:Renyold JisliPKG Telupid

ISI KANDUNGAN•Alat tangan dan fungsi.•Wayar dan kegunaan.•Plag dan kegunaan.•Pendawaian plag 3 pin 13 A.•Fius dan fungsi.•Bahagian lampu pendarflour.

ALATAN TANGAN DAN FUNGSIPenjalur Wayar

Kegunaan:Digunakan untuk menjalur dan memotong wayar.

ALATAN TANGAN DAN FUNGSIPena Ujian

Kegunaan:Mengesan kebocoran arus elektrik. (Pena ujian mempunyai lampu neon yang akan menyala apabila dikenakan kepada wayar hidup).

Memasang atau membuka skru kecil.

ALATAN TANGAN DAN FUNGSIPlayar Gabung

Kegunaan:Digunakan untuk kerja umum seperti memegang, mencengkam, memotong, membengkok, dan membentuk.

ALATAN TANGAN DAN FUNGSIPemotong Sisi

Kegunaan:Digunakan untuk memotong wayar elektrik dan memotong lebihan wayar pada punca tamatan.

ALATAN TANGAN DAN FUNGSIPlayar Muncung Tirus

Kegunaan:Playar ini mempunyai muncung tirus yang sesuai untuk mencapai sesuatu di ruang yang sempit.

WAYAR DAN KEGUNAANWayar Kuprum Berenamel

Kegunaan:Membuat gegelung pada motor elektrik dan transformer.

WAYAR DAN KEGUNAANWayar Lembar Tunggal

Kegunaan:Membuat pendawaian litar mudah seperti radio.

WAYAR DAN KEGUNAANWayar Teras Tunggal

Kegunaan:-Lembar halus : mudah lentur, untuk pendawaian di radio dan pembesar suara.

-Lembar kasar : untuk pendawaian litar elektrik di rumah.

WAYAR DAN KEGUNAANWayar Teras Kembar

Kegunaan:-Dua wayar teras tunggal yang dilekatkan.

- Untuk pendawaian radio, soket, dan televisyen.

WAYAR DAN KEGUNAANWayar 3 Teras

Kegunaan:- Berpenebat PVC – untuk pendawaian perkakas elektrik yang tak hasilkan haba(kipas angin, peti sejuk).

- Berpenebat PVC serta beranyaman benang – untuk pendawaian alat elektrik yang menghasilkan haba (ketuhar, seterika, cerek).

PLAG DAN KEGUNAANPlag 2 Pin Kegunaan:

Wayar teras kembar digunakan pada plag ini.

Terdapat hanya dua tamatan, iaitu teras Hidup (L) dan teras Neutral (N).

Plag ini digunakan untuk alatan berkuasa kecil seperti radio, pencukur elektrik, dan jam elektrik.

PLAG DAN KEGUNAANPlag 3 Pin 13 A Kegunaan:

Plag ini mempunyai tiga tamatan, iaitu Hidup (L), Neutral (N), dan Bumi (E).

Fius kartrij 13 ampere dipasangkan di dalam plag untuk tujuan keselamatan.

PLAG DAN KEGUNAANPlag 3 Pin 15 A Kegunaan:

Digunakan untuk kelengkapan yang berkuasa tinggi seperti seperti pendingin nudara dan pemanas air.

Mempunyai bentuk pin bulat dan tidak menggunakan fius.

PLAG DAN KEGUNAANPENDAWAIAN PLAG 3 PIN 13 A

Tamatan Neutral (N)

Tamatan Bumi (E)

Tamatan Hidup (L)

PLAG DAN KEGUNAANPENDAWAIAN PLAG 3 PIN 13 A

a. Buangkan penebat kabel kira-kira 4 cm.

b. Jalurkan hujung ketiga-tiga wayar.

c. Pintalkan ketiga-tiga hujung wayar.

d. Buka penutup plag.

e. Pasangkan teras pada tamatan mengikut kod wayar yang betul iaitu:

i. Wayar coklat/hitam - tamatan hidup(L) ii. Wayar biru/merah - tamatan neutral (N) iii.Wayar hijau/hijau-kuning -tamatan bumi (E)

f. Tutup semula plag dan pasangkan skru.

FIUS DAN KEGUNAANFius disambungkan secara siri di dalam litar dan dipasangkan pada wayar hidup (L).

Fius berfungsi untuk melindungi litar dan perkakas elektrik dengan memutuskan aliran elektrik jika arus itu terlalu tinggi.

Fius ditentukan mengikut kadaran seperti 2 A, 5 A, 10 A dan 13 A.

Terdapat dua jenis fius yang biasa digunakan, iaitu fius dawai dan fius kartij.

FIUS DAN KEGUNAANFIUS DAWAI

- Berbentuk dawai dan kadarannya tetap.

- Fius yang lebur boleh diganti.

- Pemegang fius diperbuat daripada seramik dan bakelit.

FIUS DAN KEGUNAANFIUS KATRIJ

- Fius katrij yang terbakar harus diganti dengan fius yang baru dengan kadaran yang betul.

BAHAGIAN LAMPU PENDARFLOURTiub Pendarflour

Diperbuat daripada kaca yang berisi merkuri dan gas argon.

Bahagian dalam tiub disalur dengan lapisan fosfor.

Terdapat dua pin elektrod pada kedua-dua hujung tiub.

Apabila arus elektrik mengalir melalui pin elektrod, tiub akan menghasilkan sinaran ultraungu.

Cahaya putih akan dihasilkan apabila terkena sinaran ultraungu.

BAHAGIAN LAMPU PENDARFLOURPerumah Lampu Pendarflour

Perumah lampu pendarflour mengandungi cok, pemegang tiub, pemegang suis penghidup, dan suis penghidup.

BAHAGIAN LAMPU PENDARFLOURCok

Digunakan untuk membekalkan voltan yang tinggi pada awal penyalaan dan menstabilkan voltan selepas lampu menyala.

BAHAGIAN LAMPU PENDARFLOURPemegang Tiub

Pemegang tiub terletak pada kedua-dua hujung perumah.

Pemegang tiub berfungsi untuk menyangga tiub pendarfluor.

BAHAGIAN LAMPU PENDARFLOURSuis Penghidup

Suis penghidup hanya berfungsi untuk menghidupkan lampu.

Lampu akan terus menyala walaupun suis penghidup ditanggalkan.

BAHAGIAN LAMPU PENDARFLOURPemegang Suis Penghidup

Pemegang suis penghidup berfungsi untuk menempatkan suis penghidup.

KEROSAKAN LAMPU PENDARFLOUR

KEJADIAN KEROSAKAN

1. Lampu tidak menyala. -Cok rosak.-Tiub rosak.-Suis penghidup rosak.

2. Lampu berkelip-kelip tetapi tidak menyala.

-Tiub rosak.-Suis penghidup rosak.

3. Kedua-dua hujung tiub merah dan lampu tidak menyala.

-Tiub rosak.-Sius penghidup rosak.

1. Nyatakan fungsi 6 alatan tangan yang digunakan dalam kerja pendawaian elektrik.2. Nyatakan 5 jenis wayar.3. Nyatakan 3 jenis plag.4. Nyatakan 3 jenis tamatan plag 3 pin 13 ampere.5. Apakah fungsi fius di dalam litar?

Selamat Maju Jaya!

top related