insan berjasa muliajaik.gov.my/wp-content/uploads/2018/khutbah/khutbah...2jabatan hal ehwal agama...
Post on 05-Jan-2020
18 Views
Preview:
TRANSCRIPT
1
Insan Berjasa Mulia
Oleh :
Ustaz Mohd Hazli Bin Ismail Al-Hafiz
2 Khutbah Jumaat 2018 Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah
16 November 2018/08 Rabiul Awwal 1440
Insan Berjasa Mulia
ل رحسل رسوحي أ د هلل الذ هح ،الح ق ولوح بالحهدى وديحو الح يحو ك هره لع ادل لظح
ن، كوح يحك ل، لره الحهشح ده ل ش نح آل إل إلذ اهلل وحح
هد أ شح
نذ سيدىا أ
هد أ شح
وأ
د، ولع ل، امهلل صل وسلمح لع سيدىا وحبيحبيا وىبييا مهذ دا عبحده ورسوح مهذ
يحو، سان إل يوحم ادل ونوح تبعهمح بإحح حاب صح آل وأ
د، ا بعح نذوى اهلل، فقدح أ سح بتقح وحصيحكمح ونفح
قوحا اهلل أ ن، اتذ وح اض
حها ال ي
فيا أ
ن، حهتذقوح فاز ال
ڃ ڃ ڃ چ چ
ٹچ ٿ ٿ ٿ ٿ ٺ ٺ ٺ ٺ ٹ ٹڀ ڤ ڤٹ
٨١ :احلرش چڤ ڤ ڦ ڦ ڦ
Maksudnya:
"Wahai orang-orang yang beriman, bertaqwalah kamu kepada Allah, dan hendaklah
setiap daripada kamu melihat apakah yang telah kamu sediakan daripada bekalan amal
kamu untuk hari esok, dan bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah amat men-
getahui akan apa yang kamu kerjakan"
3
Saudara-saudaraku sidang jumaat yang dikasihi sekalian,
Rabiul Awwal yang merupakan bulan ketiga di dalam kalendar Islam memiliki kelebihan
serta keistimewaannya yang tersendiri. Allah SWT memilih bulan ini sebagai bulan kela-
hiran junjungan besar Nabi Muhammad SAW yang merupakan utusanNya yang terakhir.
Baginda diutuskan untuk membawa risalah kepada umat yang terakhir.
Baginda dilahirkan daripada semulia-mulia bangsa, semulia-semulia keturunan dan se-
mulia-mulia keluarga. Lahir pula di tengah-tengah masyarakat jahiliah yang telah hidup
dalam suasana kejahilan mereka sejak ratusan tahun. Menjadi satu tugas yang amat be-
rat dan besar kepada baginda Nabi SAW untuk mengubah masyarakat yang telah lama
menjadi penyembah berhala kepada penyembah Allah SWT. Ini bukan suatu tugas yang
mudah kerana telah sekian lama mereka hidup dalam suasana tersebut.
Ja'far bin Abi Thalib RA pernah menegaskan ketika mana beliau ditanya oleh Raja Al-
Najasyi tentang siapakah Nabi Muhammad SAW. Kata Ja'far bin Abi Thalib RA; bermak-
sud :
“Wahai Tuanku, kami dahulu adalah bangsa jahiliah, hidup kami menyembah berhala,
kami makan bangkai, kami melakukan perbuatan yang keji, kami memutuskan tali sila-
turrahim, kami menyakiti jiran tetangga, golongan yang kuat dan kaya di kalangan kami
menindas golongan yang miskin dan lemah. Kami hidup seperti itu sehinggalah Allah
SWT mengutuskan kepada kami seorang Rasul dari kalangan kami sendiri. Kami menge-
tahui dan mengenali nasab keturunannnya, juga kejujurannya dan sifat amanahnya. Lalu
dia menyeru dan mengajak kami untuk mengesakan Allah dan mengabdikan diri
kepadaNya, meninggalkan apa yang kami dan nenek moyang kami sembah dahulu dari-
pada batu-batu berhala, dan dia menyuruh kami agar jujur dalam percakapan, menunai-
kan amanah, menyambung tali silaturrahim, berbuat baik kepada jiran tetangga, men-
jauhi perkara yang diharamkan. Dia juga melarang kami untuk melakukan perbuatan
yang keji seperti bercakap bohong, memakan harta anak yatim, menuduh sembarangan
seseorang dengan tuduhan zina. Dia menyuruh kami untuk mengabdikan diri kepada
Khutbah Jumaat 2018 Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah
16 November 2018/08 Rabiul Awwal 1440
4
Allah semata-mata dan tidak menyekutukanNya dengan sesuatu yang lain. Dia juga
menyuruh kami solat, berzakat dan berpuasa. Lalu kami membenarkannya, dan kami
beriman kepadanya, mengikuti ajarannya, kami mengabdikan diri kepada Allah semata-
mata, dan tidak menyekutukanNya dengan sesuatu yang lain. Kami juga mengharamkan
apa yang haram, dan menghalalkan apa yang halal. Tiba-tiba kaum kami memusuhi
kami, dan menyeksa kami, memfitnah kami, agar kami kembali menyembah berhala,
dan menghalalkan kembali apa yang dahulu kami halalkan, maka kami datang kepada
Tuanku, mudah-mudahan kami mendapat perlindungan daripada Tuanku".
(Riwayat Imam Ahmad 1740)
Saudara-saudaraku sidang jumaat yang dikasihi,
Hampir 23 tahun baginda Nabi SAW berjuang untuk menegakkan agama Allah bersama-
sama dengan para sahabat. Berbagai onak dan duri telah mereka tempuhi. Peperangan
demi peperangan Baginda sertai hingga ke akhir hayat Baginda tanpa mengenal erti
jemu, penat dan letih. Perjuangan mereka bukannya sesuatu yang mudah. Ini semua
adalah demi untuk memastikan Islam dapat bertapak dengan gagahnya di atas muka
bumi Allah SWT. Maka dengan sebab jasa dan budi mereka semualah, kita pada hari ini
dapat mengecapi nikmat hidayah Allah, iaitu agama Islam yang merupakan satu-satunya
agama yang diredhai dan diterima di sisi Allah SWT.
Firman Allah SWT;
ڃ ڃ ڃ چ چ
چ چ چ ڃ ڃ ڃ ڃ ڄ ڄ ڄ ڄ ڦ ڦ ڦ
١٨: آل غىران چچ
Khutbah Jumaat 2018 Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah
16 November 2018/08 Rabiul Awwal 1440
5
Maksudnya;
"Dan barangsiapa yang mencari selain dari Islam sebagai agama, maka nescaya tidak
akan diterima darinya, dan dia di akhirat termasuk dalam kalangan orang-orang yang
rugi" (Surah Ali Imran : 85)
Muslimin sidang Jumaat yang dikasihi,
Umat Islam saat ini dan ketika ini berdepan dengan cabaran dan ujian yang sangat he-
bat. Terutama ujian dan cabaran terhadap akidah. Musuh-musuh Islam sama sekali tidak
akan berdiam diri selagi mana umat Islam tidak mengikut jejak langkah mereka. Sikap
permusuhan ini adalah semata-mata berpunca daripada hasad dengki yang tebal dalam
diri mereka terhadap umat Islam sejak dahulu lagi. Allah SWT mengingatkan kita semua
tentang sikap mereka ini melalui firmanNya;
ڃ ڃ ڃ چ چ
ک ک ک ک گ گ گ گ ڳ ڳ ڳ چ
٨٠١: ابلقرة چ ڻڳ ڱ ڱ ڱ ڱ ں ں ڻ ڻ ڻ
Maksudnya;
"Ramai dari kalangan ahli kita suka sekiranya mereka dapat mengembalikan kamu
menjadi kafir setelah kamu beriman disebabkan dengki yang timbul dalam diri mereka
sendiri sesudah nyata kepada mereka kebenaran yang dibawa oleh Nabi Muhammad
SAW". (Al-Baqarah : 109)
Mereka akan cuba mempopularkan cara hidup yang sesat dan songsang di dalam kalan-
gan masyarakat Islam semata-mata untuk menjauhkan kita daripada pegangan agama.
Cara hidup yang songsang, fahaman liberal, hiburan melampau, filem-filem yang meng-
gambarkan Islam sebagai agama pengganas, maka semua ini adalah agenda dan peran-
cangan jahat yang dimainkan oleh mereka dan perangkap yang akan menjahanamkan
kita semua. Amat malang sekali jika kita tidak menyedarinya.
Khutbah Jumaat 2018 Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah
16 November 2018/08 Rabiul Awwal 1440
6
Hari ini kita melihat semua agenda ini berkembang dan membiak dengan cepat dalam
negara kita khususnya, dan apa yang lebih malangnya ialah apabila ianya diterima den-
gan baik oleh segelintir masyarakat kita. Kononnya ini adalah hak kebebasan masing-
masing yang tidak boleh dipertikaikan oleh sesiapa pun. Maka ini menjadi bukti bahawa
perancangan dan percaturan musuh-musuh Islam telah pun berjaya. Oleh itu, menjadi
tugas kita semua untuk sama-sama bertindak membendung serta menyekat wabak
merbahaya ini daripada terus merosakkan kita dan jugak anak-anak cucu kita semua.
Sidang Jumaat yang dirahmati Allah sekalian,
Sayang dan cinta kita kepada Baginda Nabi SAW tidak cukup hanya dengan ungkapan di
lidah semata-mata. Jika benar kita cintakan Baginda, maka menjadi tanggungjawap ke
atas diri kita untuk menyambung dan meneruskan tugasan yang telah ditinggalkan oleh
Baginda dan para sahabat kepada kita semua, iaitu memastikan agama Allah terus
tertegak dengan gagahnya di atas muka bumi Allah ini. Menjadi tugas kita juga untuk
mengajak kepada kebaikan dan mencegah daripada kemungkaran. Adalah menjadi
tanggungjawap kita semua juga untuk menolong agama Allah. Ingatlah, Allah SWT telah
memuliakan kita dengan Islam yang diberikan kepada kita, maka jika seandainya kita
mencari kemuliaan dengan sesuatu yang lain dan meninggalkan Islam, maka kita akan
dihina oleh Allah SWT.
ڃ ڃ ڃ چ چ
٧: حمىد چڭ ڭ ۇ ۇ ۆ ۆ ۈ ۈ ٴۇ ۋ چ
Maksudnya;
"Wahai orang-orang yang beriman, jika sekiranya kamu menolong agama Allah maka
nescaya Allah akan menolong kamu dan meneguhkan kedudukan kamu"
Khutbah Jumaat 2018 Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah
16 November 2018/08 Rabiul Awwal 1440
7
وي إ بارك اهلل ل ومكه ىف امقرآن امػظيه، ونفػن و ياكه بىا في
ىيع و الس إ ووكه تلوت كر احلكيه، وتقبل ون يات واذلال
ستغفر اهلل امػظيه ل ومكه ولسائر الىسنىني . امػنيه ذا وأ قول قول
أ
ني والىؤوات، فاستغفروه، فيا فوز الىستغفريي ويا والىسنىات والىؤو
.ناة اتلائبني
Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah Khutbah Jumaat 2018
16 November 2018/08 Rabiul Awwal 1440
top related