info bahasa part 4

Post on 06-Jul-2015

335 Views

Category:

Education

0 Downloads

Preview:

Click to see full reader

TRANSCRIPT

Kesalahan Umum Tatabahasa

Keterangan : Pangkal huruf bagi kata nama khas perlu dieja dengan huruf besar.

Ayat Salah Ayat Betul

Saya ke sekolah dengan kereta perodua myvi.

Saya ke sekolah dengan kereta Perodua Myvi.

Keterangan : Pangkal huruf bagi kata nama am perlu dieja dengan huruf kecil.

Ayat Salah Ayat Betul

Ayah Muthu bekerja sebagai guru di Sekolah.

Ayah Muthu bekerja sebagai guru di sekolah.

Keterangan : Kata kerja transitif “menyangkut” tidak boleh dipisahkan

daripada objek.

Ayat Salah Ayat Betul

Emak menyangkut ke dalam almari bajunya.

Emak menyangkut bajunya ke dalam almari.

Keterangan : Kata ganda “bersalam-salaman” telah

membawa saling. Jadi, tidak perlu hadir

sebelumnya.

Ayat Salah Ayat Betul

Ai Ling dan Mei Li saling bersalam-salaman.

Ai Ling dan Mei Li bersalam-salaman.

Keterangan : Kata tanya “apa” digunakan untuk

nama benda atau binatang.

Ayat Salah Ayat Betul

Mei Chin kakak apa? Mei Chin kakak siapa?

Keterangan : Kata nama “siapa” digunakan untuk

manusia sahaja.

Ayat Salah Ayat Betul

Arnab itu makan siapa? Arnab itu makan apa?

Sekian terima kasih

top related