iliiiifisin - uthm institutional repositoryeprints.uthm.edu.my/820/1/24_pages_from_kaedah... ·...
Post on 08-Mar-2020
11 Views
Preview:
TRANSCRIPT
iliiiifiSinUTHfi
*30000002103366*
KOLEJ UNIVERSITI TEKNOLOGI TUN HUSSEIN ONN
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS •
JUDUL: KAEDAH PENGURUSAN P E N G E T A H U A N DI K A L A N G A N PENSYARAH
POLITEKNIK
SESI PENGAJIAN : 2006 / 2007 Saya FAZLINDA BINTI AB HALIM (810308-02-5146)
(HURUF BESAR)
mengaku membenarkan tesis ( PSM/Sarjana/Doktor Falsafah ) ini disimpan di Perpustakaan Kolcj Universiti Teknologi Tun Hussein Onn dengan syarat-syarat seperti berikut:
1. Tesis adalah hakmilik Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn. 2. Perpustakaan Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn, dibenarkan membuat salinan untuk tujuan
pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran di antara institusi
pengajian tinggi. 4. ** Silatandakan ( V )
SULIT
TERHAD
TIDAKTERHAD
(Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AK.TA RAHSIA RASMI 1972)
(Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan )
Disahkan oleh:
(TAWDATANGAN PENULIS)
Alamat Tetap : 266 LORONG PULt, BATU 5 '/< TITI GAJAH, 06550 A L Q R SETAR KEDAH.
Ketua Jabalan Ikhtisas Pendidikan Fakulti Pendidikan Teknikal
(Nama Penyelia)
Tarikh : 1 NOVEMBER 2006 Tarikh : 1 NOVEMBER 2006
CATATAN: Potong yang tidak berkenaan. Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan atau disertai bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda ( PSM ).
"Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini
adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan
Ijazah Sarjana Pendidikan Teknik dan Vokasional"
Tandatangan
.. Dr. Baharom bin Mohamad N a m a P e n y e h a :
Tankh :
i i
KAEDAH PENGURUSAN PENGETAHUAN DI KALANGAN PENSYARAH
POLITEKNIK
FAZLINDA BT AB HALIM
Laporan projek ini dikemukakan
sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat
penganugerahan Ijazah Sarjana Pendidikan Teknik dan Vokasional
Fakulti Pendidikan Teknikal
Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn
NOVEMBER, 2006
iii
"Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang
tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya."
Tandatangan :
Nama Penulis : .$<%)W&M. Ab , Hal™.
Tarikh ' / u?. vC / >?.1 , .?.^... .i^?.°f.
DEDIKASI
iv
%has untuk^abah, !Hj\AbMaCim dan ma^ J{jh (Paridahyang tercinta
yang sentiasa mendoakan kejayaan anakjnu,
yang sentiasa memberi dbrongan dan Sim6ingan
Vntul^fcafcali, Tarhaftna dan adikj, JLhmad<Fitri
serta buat tunangyang tersayang, Ibrahim...
Terima kasih atas sokonganyang diberikan...Semoga sentiasa disinari cahaya kebahagiaan
(Dan
Vntuf^teman-teman seperjuangan,...
Semoga terus berjaya....
(Perjuangan ini takfy.n berakhir di sini...
Terima kasih atas segalanya...
V
PENGHARGAAN
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani, syukur
alhamdulillah saya ucapkan ke hadrat Allah kerana dengan rahmatNya, akhirnya
saya dapat menyiapkan tugasan Projek Sarjana ini walaupun menghadapi pelbagai
rintangan dan cabaran.
Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan
jutaan terima kasih buat Dr. Baharom bin Mohamad selaku penyelia dan juga
pembimbing semasa saya menjalankan Projek Sarjana ini. Segala tunjuk ajar,
nasihat, bimbingan dan komen yang diberikan amat berharga buat saya.
Ribuan terima kasih juga diucapkan kepada pihak pengurusan politeknik
yang terlibat dalam kajian saya iaitu Politeknik Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah,
Politeknik Seberang Perai, Politeknik Kulim dan Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin
serta kepada para pensyarah yang sanggup meluangkan masa membantu saya.
Terima kasih juga diucapkan kepada Kementerian Pengajian Tinggi kerana telah
membenarkan saya menjalankan kajian ini di politeknik.
Akhir sekali, tidak dilupakan kepada keluarga serta tunang yang tersayang,
setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kerana sentiasa mendoakan dan memberikan
sokongan semasa saya menjalankan projek ini. Pengorbanan kalian takkan dilupakan
sehingga ke akhir hayat. Buat teman-teman seperjuangan, terima kasih atas bantuan
pendapat dan nasihat yang dihulurkan. Semoga kejayaan sentiasa menjadi milik kita,
insyaallah. Sekian, Terima kasih.
A B S T R A K
vi
Masyarakat pada hari ini telah berubah dari zaman kerahsiaan (secrecy age)
kepada zaman maklumat yang melimpah ruah. Justeru, terdapat beberapa isu yang
timbul berkaitan dengan maklumat ini. Salah satunya ialah pada masa kini masalah yang
berlaku bukan hanya berkisar kepada bagaimana untuk mendapatkan maklumat tetapi
bagaimana untuk menguruskan maklumat tersebut. Cabaran besar kepada organisasi
ialah cara untuk memproses pengetahuan, mengenalpasti apa yang penting dan yang
tidak serta penggunaan maklumat dengan cara yang paling kreatif. Kajian ini dijalankan
bertujuan untuk mengenal pasti bagaimana pengurusan pengetahuan diamalkan oleh
pensyarah politeknik. Kajian ini juga cuba mengenalpasti samada terdapat hubungan di
antara kaedah pengurusan pengetahuan dengan prestasi kerja serta persekitaran kerja
pensyarah. Kajian ini adalah berbentuk kuantitatif dan menggunakan soal selidik sebagai
instrumen. Seramai 131 orang pensyarah dari empat buah politeknik di utara
Semenanjung Malaysia telah dipilih sebagai responden. Statistical Package For The
Social Science (SPSS) versi 11.0 digunakan dalam mengira min dan menganalisis
hubungan menerusi Ujian Korelasi Spearman . Dapatan kajian menunjukkan bahawa
pensyarah-pensyarah dari keempat-empat politeknik mengamaikan kaedah pengurusan
pengetahuan yang baik berdasarkan nilai min keseluruhan yang diperolehi adalah tinggi
iaitu 3.96. Di samping itu dapatan kajian juga menyatakan wujudnya hubungan yang
signifikan di antara kaedah pengurusan pengetahuan dengan prestasi kerja pensyarah di
mana nilai r = 0.567. Hubungan yang signifikan juga wujud di antara kaedah
pengurusan pengetahuan dengan persekitaran pensyarah dan mempunyai nilai r = 0.493.
A B S T R A C T
vii
People today have moved from the age of secrecy to the age of information
overload. Several issues arise according to this information. The problem today is not
how to find the information, but how to manage it. The challenge for the organization is
how to process knowledge, sorting out what is important from what is not and use the
best of it creatively. This research has been done to determine how knowledge
management is carried out by the lectures at the polytechnics. This research also tries to
determine whether there is a relationship between knowledge management methods with
the lectures' working achievement and their working environment. This quantitative
research uses questionnaire as its instrument. 131 lectures were selected from four
polytechnics in North of Malaysia. Statistical Package For The Social Science (SPSS)
version 11.0 is used in calculating mean and analyzing relation exists through Spearman
Correlation test. The result shows that all the polytechnics lectures have applied good
knowledge management methods according to the high total of mean that is 3.96. The
result also shows that there is a significance relation between the knowledge
management method with the lectures' working achievement where r = 0.567. A
significance relation also exist between the knowledge management method with
lectures' working environment where r = 0.493.
viii
K A N D U N G A N
JAB P E R K A R A M U K A S U R A T
J U D U L ii
P E N G A K U A N iii
D E D I K A S I iv
P E N G H A R G A A N v
A B S T R A K vi
A B S T R A C T vii
K A N D U N G A N viii
S E N A R A I J A D U A L xii
S E N A R A I R A J A H xiv
S E N A R A I S I N G K A T A N xv
S E N A R A I L A M P I R A N xvi
P E N D A H U L U A N 1
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 2
1.3 Pernyataan masalah 3
1.4 Tujuan Kajian 5
1.5 Objektif Kajian 5
1.6 Persoalan Kajian 5
1.7 Hipotesis Kajian 6
1.8 Kerangka Konsep 7
1.9 Kepentingan Kajian 8
1.10 Skop Kajian 8
1.11 Batasan Kajian
1.12 Defmisi Istilah
1.13 Rumusan
S O R O T A N K A J I A N
2.1 Pengenalan
2.2 Pengurusan Pengetahuan
2.3 Kaedah-kaedah Pengurusan Pengetahuan
2.3.1 Perolehan pengetahuan
2.3.1.1 Internet
2.3.1.2 L a m a n w e b
2.3.1.3 Intranet
2.3.1.4 Jurnal elektronik dan jurnal bercetak
2.3.2 Penyebaran pengetahuan
2.3.2.1 E-mel
2.3.2.2 Ruang sembang (chat room) di dalam
Internet
2.3.2.3 Secara terus (face-to-face)
2.3.3 Penciptaan pengetahuan
2.3.3.1 Perbincangan berkumpulan
2.3.4 Pendokumentasian pengetahuan
2.3.5 Pengaplikasian pengetahuan
2.3.5.1 Membuat keputusan
2.4 Teknologi maklumat dalam pengurusan pengetahuan
2.5 Hubungan di antara kaedah pengurusan pengetahuan
dengan prestasi kerja pensyarah
2.6 Hubungan di antara kaedah pengurusan pengetahuan
dengan persekitaran kerja pensyarah
2.7 Rumusan
M E T O D O L O G I KAJIAN
3.1 Pengenalan
3.2 Rekabentuk kajian
3.3 Populasi dan sampel kajian
3.4 Lokasi kajian
3.5 Proses kajian
3.6 Instrumen kajian
3.7 Kajian rintis
3.8 Kebolehpercayaan instrumen
3.9 Pembolehubah kajian
3.9.1 Pembolehubah bebas
3.9.2 Pembolehubah terikat
3.10 Tatacara pengumpulan data
3.10.1 Pembentukan soal selidik
3.10.2 Mentadbir soal selidik
3.11 Tatacara penganalisisan Data
3.11.1 Kaedah analisis statistik
3.11.1.1 S k o r m i n
3.11.1.2 Ujian Korelasi Spearman
3.12 Rumusan
ANALISIS DATA
4.1 Pengenalan
4.2 Analisis Bahagian A : Kaedah Pengurusan Peng
4.2.1 Perolehan pengetahuan
4.2.2 Penyebaran pengetahuan
4.2.3 Penciptaan pengetahuan
4.2.4 Pendokumentasian pengetahuan
4.2.5 Pengaplikasian pengetahuan
xi
V P E R B I N C A N G A N , K E S I M P U L A N DAN C A D A N G A N 77
5.1 Pengenalan 77
5.2 Kaedah pengurusan pengetahuan yang diamalkan oleh 78
pensyarah politeknik
5.3 Hubungan di antara kaedah pengurusan pengetahuan 84
dengan prestasi kerja pensyarah
5.4 Hubungan di antara kaedah pengurusan pengetahuan 86
dengan persekitaran kerja pensyarah
5.5 Cadangan kajian lanjutan 88
5.6 Penutup 89
R U J U K A N 92
4.3 Analisis Bahagian B : Hubungan antara Kaedah 71
Pengurusan Pengetahuan dengan Prestasi Kerja
4.4 Analisis Bahagian C : Hubungan antara Kaedah 74
Pengurusan Pengetahuan dengan Persekitaran Kerja
4.5 Rumusan 76
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL T A J U K M U K A SURAT
2.1 Teknologi maklumat yang menyokong transformasi 32
Pengetahuan
2.2 Peralatan pengurusan pengetahuan 33
3.1 Populasi pensyarah dari empat politeknik 45
3.2 Sampel pensyarah dari keempat-empat politeknik 47
3.3 Sampel pensyarah setelah menjalani persampelan kuota 48
3.4 Interpretasi skor Alpha Cronbach 51
3.5 Ringkasan hasil analisis koefisyen kebolehpercayaan 52
kajian rintis
3.6 Skala Likert lima mata 56
3.7 Skor Min bagi ukur tahap kecenderungan 58
3.8 Pekali korelasi berdasarkan skala pengukuran variabel 59
3.9 Kekuatan nilai pekali korelasi 60
4.1 Perolehan pengetahuan 63
4.2 Penyebaran pengetahuan 65
4.3 Penciptaan pengetahuan 66
4.4 Pendokumentasian pengetahuan 68
4.5 Pengaplikasian pengetahuan 70
4.6 Hubungan di antara kaedah pengurusan pengetahuan 73
Dengan prestasi kerja pensyarah
Hubungan di antara kaedah pengurusan pengetahuan
Dengan prestasi kerja pensyarah
SENARAI RAJAH
NO. RAJAH TAJTJK M U K A SURAT
1.1 Kerangka konsep 7
2.1 Hubungan antara data, maklumat dan 15
pengetahuan
2.2 Pencarian maklumat berdasarkan kata kunci 21
4.1 Carta min kaedah perolehan pengetahuan oleh 64
pensyarah
4.2 Carta min kaedah penyebaran pengetahuan oleh 65
pensyarah
4.3 Carta min kaedah penciptaan pengetahuan oleh 67
pensyarah
4.4 Carta min kaedah pendokumentasian pengetahuan oleh 69
pensyarah
4.5 Carta min kaedah pengaplikasian pengetahuan oleh 71
pensyarah
4.6 Graf serakan perhubungan di antara kaedah pengurusan 72
Pengetahuan dengan prestasi kerja pensyarah
4.7 Graf serakan perhubungan di antara kaedah pengurusan 74
Pengetahuan dengan persekitaran kerja pensyarah
XV
S E N A R A I S I N G K A T A N
KUiTTHO : Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn
POLJMAS : Politeknik Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah
PTSS : Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin
PSP : Politeknik Seberang Perai
PKU : Politeknik Kulim
LAN : Local Area Network
W A N : Wide Area Network
VPN : Virtual Private Network
xvi
S E N A R A I L A M P I R A N
L A M P I R A N T A J U K M U K A S U R A T
A Surat Pengesahan kajian 98
B Pengesahan soal selidik kajian 106
C Carta alir kajian 112
D Senarai politeknik di Malaysia 114
E Jadual persampelan 116
F Skala pengukuran 118
G Analisis Alpha Cronbach 120
H Borang soal selidik 128
I Analisis skor rain 134
J Ujian normaliti 137
K Ujian Korelasi Spearman (Hubungan di antara 140
kaedah pengurusan pengetahuan dengan prestasi
kerja pensyarah)
L Ujian Korelasi Spearman (Hubungan di antara 142
Kaedah pengurusan pengetahuan dengan
persekitaran kerja pensyarah)
BAB I
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Sejak manusia mengenali apa yang dikatakan tamadun mereka dengan secara
tidak langsung terdedah kepada aktiviti-aktiviti harian yang perlu dilakukan bagi
memastikan kehidupan dapat diteruskan. Pada zaman tamadun Mesir contohnya
masyarakat-masyarakat Mesir dikerahkan untuk membina piramid sebagai tempat
persemadian Firaun setelah mati. Piramid-piramid yang terdiri daripada blok batu
seberat 2.5 tan ini hanya dibina dengan menggunakan tenaga manusia (Jaafar
Muhamad, et al., 2000). Kenyataan ini menunjukkan kekuasaan raja yang mutlak
dan wujud satu sistem pengurusan yang berkesan di antara pemerintah dengan
rakyatnya. Semasa pembinaan piramid, beberapa orang penyelia dilantik bagi
memastikan pekerja menjalankan tugas masing-masing. Ini menunjukkan mereka
telah pun menggunakan konsep pengurusan.
Konsep pengurusan yang telah tercipta sejak beribu-ribu tahun dahulu tidak
dibiarkan begitu sahaja. Pemikiran pengurusan telah berkembang hasil daripada
cerusan-cetusan idea para tokoh di zaman perindustrian seperti Henry Fayol, Chester
Irving Barnard, Hugo Munsterberg dan ramai lagi. Pada masa kini konsep
pengurusan diaplikasikan dengan meluas dalam sektor-sektor perindustrian,
perdagangan dan juga pendidikan. Konsep pengurusan ini juga diperbaiki dari
2
semasa ke semasa bagi memastikan kejayaan sesebuah organisasi itu tercapai. Ini
menunjukkan betapa pentingnya aspek pengurusan ini untuk dipelajari dan didalami.
1.2 La ta r Belakang Masalah
Davies dan Sure (2005) dalam kajian mereka mendapati bahawa, beberapa
tahun kebelakangan ini, kejayaan sesebuah organisasi dalam era industri telah
dikenalpasti lebih bergantung kepada aset intelektual berbanding dengan sumber-
sumber fizikal yang lain. Permintaan kepada pekerja yang berkemahiran tinggi
dalam kebanyakan industri dan pembaharuan dalam teknologi komputer serta
telekomunikasi, telah menyebabkan perubahan yang besar dalam persaingan antara
satu organisasi dengan organisasi yang lain. Pengetahuan telah menjadi kunci
kepada persaingan tersebut.
Pada masa kini, isu-isu mengenai pengetahuan telah menjadi satu topik yang
amat popular dalam perbincangan semasa (Beijerse, 2003). Pelbagai pendapat
timbul dan perdebatan berlaku berkaitan dengan isu-isu mengenai pengetahuan.
Salah satunya menurut Nik Zafri Abdul Majid (2000), banyak tenaga kerja mahir
atau berpengetahuan tidak gemar diuruskan dengan cara lama. Mereka inginkan
pengetahuan yang sedia ada dapat diperkembangkan dan seterusnya menghasilkan
satu pengetahuan yang lebih bernilai. Walau bagaimanapun, menurut Nazmona Mat
Ali, et al. (2003) masih terdapat sesetengah organisasi yang tidak menyedari
kepentingan pengetahuan yang merupakan 'memori' dalam sesebuah organisasi.
Secara tidak langsung, memori (pengetahuan) ini disimpan dan diletakkan di dalam
organisasi dalam keadaan yang tidak berstruktur. Sallis dan Jones (2002) pula
berpendapat pengetahuan merupakan kunci kepada sumber zaman maklumat. Pada
hari ini, pengurusan maklumat organisasi adalah sangat diperlukan. Tanpa
kefahaman yang jitu mengenai proses pengurusan pengetahuan, organisasi tidak
dapat berfungsi dengan baik.
3
Menurut Davies dan Sure (2005), segala pengalaman dan pengetahuan
sebenarnya dapat dikumpulkan dan dijadikan satu disiplin ilmu pengetahuan dalam
pengurusan. Walaupun pengetahuan bersifat dinamik dan sentiasa mengalami
evolusi, pengetahuan yang amat bernilai ini boleh diuruskan dengan satu cara yang
bersistematik yang dikenali sebagai Pengurusan Pengetahuan (Rowley, 2002).
1.3 Pernyataan Masalah
Konsep pengurusan telah lama diaplikasikan dalam bidang perindustrian dan
perdagangan. Kebanyakan organisasi yang mencapai kejayaan dan kemajuan di
dalam perniagaan mereka adalah disebabkan oleh beberapa faktor. Salah satu faktor
yang menjadi teras kepada kejayaan sesebuah organisasi adalah konsep pengurusan
yang diamalkan oleh organisasi tersebut. Konsep pengurusan tersebut tidak
seharusnya hanya berkisar kepada pengurusan aset-aset fizikal, produk dan bahan
mentah, aspek pengurusan sumber manusia juga tidak terkecuali. Salah satu perkara
penting dalam pengurusan sumber manusia adalah pengurusan ke atas aset
intelektual para pekerja yang dikenali sebagai pengurusan pengetahuan.
Davies dan Sure (2005) telah mengemukakan satu persoalan iaitu pada masa
kini masalah yang timbul bukannya berkisar kepada bagaimana untuk mendapatkan
maklumat tetapi bagaimana untuk menguruskan maklumat?. Masyarakat kini telah
berubah dari zaman kerahsiaan (secrecy age) kepada zaman maklumat yang
melimpah ruah. Cabaran kepada organisasi adalah bagaimana untuk memproses
pengetahuan, mengenal pasti apa yang penting dan yang tidak serta penggunaan
maklumat dengan cara yang paling kreatif. Selain daripada itu, Samsilah Roslan, et
al. (2004) menambah, kekurangan aliran pengetahuan, perubahan dan pembangunan
dari setiap individu yang terlibat dalam organisasi serta kekreatifan penggunaan
pengetahuan untuk penyelesaian masalah yang relevan boleh menjurus kepada
4
kelemahan dalam pembangunan organisasi. Ini menunjukkan bahawa individu yang
terlibat dalam organisasi tidak tahu menguruskan pengetahuan yang dimiliki secara
kreatif untuk menyelesaikan masalah. Tiada aliran serta perkembangan pengetahuan
yang berlaku di dalam organisasi juga boleh melumpuhkan pembangunan organisasi
tersebut.
Adalah penting bagi sesebuah organisasi itu memiliki pengetahuan yang
dipunyai oleh para pekerjanya. Menurut Juhana Salim, et al. (2004), ini adalah untuk
mengelakkan individu dalam organisasi tersebut mengulangi kesalahan yang pernah
berlaku dan gagal untuk menyelesaikannya kerana pengetahuan yang diperlukan
untuk menyelesaikan permasalahan tersebut berada dalam organisasi tetapi mereka
gagal menemuinya. Di sinilah menunjukkan pentingnya pengetahuan diuruskan
dengan baik untuk kepentingan organisasi. Sekiranya organisasi tidak dapat belajar
daripada pengetahuan yang dimilikinya, peluang untuk organisasi tersebut
berkembang maju adalah terlalu nipis. Pengunaan pengetahuan yang baik boleh
menjadikan organisasi itu berjaya (Davies dan Sure, 2005).
Bidang pendidikan juga tidak dapat lari dari menghadapi masalah yang sama.
Namun begitu tidak banyak kajian dijalankan yang mengaitkan pengurusan
pengetahuan dengan bidang pendidikan. Ini adalah kerana pembangunan pangkalan
pengetahuan di sekolah bergerak dalam bentuk linear berbanding sektor lain dan
pengetahuan guru atau pensyarah dianggap tidak penting untuk dikaji secara serius
(Hargreaves, 2000). Justeru, kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti kaedah
pengurusan pengetahuan yang diamalkan oleh pensyarah politeknik. Di samping itu,
kajian ini juga akan mengenal pasti samada terdapat hubungan di antara kaedah
pengurusan pengetahuan dengan prestasi kerja pensyarah dan juga persekitaran kerja
pensyarah.
5
1.4 Tujuan Kajian
1.5 Objektif Kajian
Objektif-objektif kajian yang telah dikenalpasti adalah seperti berikut:
1. Mengenai pasti kaedah pengurusan pengetahuan yang diamalkan oleh
pensyarah.
2. Mengenai pasti samada terdapat hubungan antara kaedah pengurusan
pengetahuan dengan prestasi kerja pensyarah.
3. Mengenai pasti samada terdapat hubungan antara kaedah pengurusan
pengetahuan dengan persekitaran kerja pensyarah.
1.6 Persoalan Kajian
Terdapat beberapa persoalan kajian yang diutarakan di dalam kajian ini. Di
antara persoalan kajian yang telah dikenalpasti adalah seperti berikut:
1 . Apakah kaedah pengurusan pengetahuan yang diamalkan oleh pensyarah di
politeknik?
Kajian yang dijalankan ini bertujuan untuk mengkaji bagaimana pengurusan
pengetahuan diamalkan oleh pensyarah politeknik. Kajian ini cuba mengenai pasti
samada terdapat hubungan di antara kaedah pengurusan pengetahuan dengan prestasi
kerja dan persekitaran kerja pensyarah.
top related