ikan pekasam ppt
Post on 11-Dec-2014
150 Views
Preview:
TRANSCRIPT
IKAN PEKASAM
Pekasam Warisan Utara dari syarikat Johar Food Enterprise sangat mengkagumkan. Teknologi pembikinan mencapai tahap layak untuk pasaran eksport ke luar negara. Ikan yang digunakan ialah jenis ikan liar segar. Ikan ini diperolehi daripada nelayan tasik sekitar Tasik Chenderoh, Tasik Raban, Tasik Lenggong dan Grik. Ikan liar mempunyai kualiti lebih baik berbanding ikan air tawar yang dibela dalam sangkar.
Ikan Pekasam adalah ikan yang diawetkan agar boleh disimpan lama dengan menggunakan teknologi pengawetan. Proses pengawetan ikan pekasam menggunakan bahan seperti garam, asam keping atau asam jawa, gula merah dan bertih goreng serta air. Proses membuat ikan pekasam juga mudah serta tidak memerlukan kos tinggi disamping menjamin kualiti ikan yang sedap
Ikan pekasam dianggap sebagai pelengkap makanan dan pernah dijadikan menu utama sepanjang musim banjir akibat kekurangan bekalan makanan, ia kini ditambah nilai komersial yang mampu memberikan pulangan lumayan kepada pengusahanya.
JENIS IKAN
Ikan Air Tawar adalah sering dijadikan ikan pekasam kerana ianya mudah didapati.
IKAN AIR TAWAR
Ramai yang tidak suka akan bau tanah ikan air tawar tetapi atas faktor harga yang murah dan mudah di dapati di sungai-sungai di pendalaman, maka permintaan untuk ikan pekasam dari spesis ikan air tawar masih tinggi dalam kalangan pengguna di Malaysia.
JENIS IKAN
Ikan Puyu
JENIS IKAN
Ikan Sepat Padi
JENIS IKAN
Ikan Tilapia
JENIS IKAN
Ikan Terbul
JENIS IKAN
Ikan Lampam Jawa
JENIS IKAN
Ikan Sepat Siam
JENIS IKAN
Ikan Ketutu
JENIS IKAN
Ikan Kepar
JENIS IKAN
Ikan Kalui
MENU IKAN PEKASAMIkan Pekasam sedap di makan dengan menggoreng dalam minyak panas sehingga sederhana garing. Makan bersama nasi putih dengan sayur masak air atau lain-lain kombinasi lauk. Ada juga yang masukkan ikan pekasam dalam resepi 'Kailan Ikan Masin' yang dihidangkan bersama masakan TomYam ala-thai. Memang sedap dimakan ikan pekasam jika dipicitkan limau kasturi atau limau nipis diatasnya menghasilkan rasa masin, masam dan lemak.
CARA MEMBUAT IKAN PEKASAM
CARA MEMBUAT IKAN PEKASAMProses pertama yang perlu dilakukan ialah ikan disiang dan perutnya dibuang sebelum diletak garam dan diperam selama dua minggu.
Gunakan garam yang bersih sederhana halus. Sukatan garam disyorkan pada kadar satu kilogram ikan diberikan sebanyak seratus gram garam (Kadar 1,000 : 100).
Beras perlu disangan atau digoreng tanpa minyak dalam kuali sehingga berwarna kekuningan dan rangup. Kemudian beras ini di tumbuk sampai sederhana lumat menggunakan lesung batu, lesung kayu atau alat mesin blender kering.
CARA MEMBUAT IKAN PEKASAMAsam jawa atau Asam Keping dicampukan dalam pembuatan ikan pekasam untuk mengekalkan rasa dan ikan tidak busuk.Sebenarnya pun sudah memasamkan ikan melalui cara penapaian
Pastikan bekas yang bertutup sangat rapat dan susun ikan ke dalam bekas dimana setiap susunan ikan tadi letakkan asam keping 1-2 keping. Pastikan susunan ikan dalam keadaan teratur dan taburan agak rata.
CARA MEMBUAT IKAN PEKASAM
Masukkan air garam yang di simpan dengan ikan malam tadi. Sebelum tu masak dahulu air garam tersebut di atas api sederhana. Dah sejuk air garam tu masukkan ke dalam bekas ikan tu sehingga kesemua ikan tadi terendam
Kalau ada lagi saki baki beras goreng bertumbuk tadi perlu tuang dalam bekas.Akhir sekali tutup bekas dengan rapat. Letak plastik kat bawah penutup tu supaya betul betul ketat.
CARA PENYIMPANAN AGAR
TIDAK ROSAK
•Semua bekalan itu diisi di dalam tong plastik bertutup kerana ia mudah diurus terutama daripada aspek kualiti dan kebersihan.
•Selepas tempoh perap kedua itu selesai, barulah ikan dikeluarkan untuk proses pembungkusan
•Ikan yang sudah siap akan disalut dengan beras goreng lain untuk kali kedua bagi memastikan kualiti tahan lama.
•Bungkusan itu kemudian akan menjalani proses vakum menyedut udara keluar dari plastik bungkusan bagi memastikan udara kedap di dalamnya. Keadaan itu menghalang angin masuk ke dalam plastik dan membolehkan pekasam tahan lebih lama.
TEMPOH MASA
DISIMPAN
• Bekalan ikan segar yang diterima akan terus disiang, diproses dan dibersihkan sebelum diletak garam untuk diperam dalam tempoh dua minggu hingga 12 bulan.
• Lagi lama diperam lagi bagus tetapi permintaan tinggi menjadikan ikan tidak diperap terlalu lama bagi memenuhi permintaan. Ketika itu juga tahap kemasinan akan diambil kira supaya tidak terlalu masin atau kurang dan boleh merosakkan kualiti ikan.
•Ikan yang sudah diperap akan
dikeluarkan dan dibersihkan
garamnya untuk diperap kali
kedua menggunakan beras goreng
kira-kira seminggu. Sebelum itu,
beras goreng yang digunakan
sudah dianggap masak selepas
digoreng selama empat jam dan
dikisar halus.
•Air rendaman ikan juga boleh
dijadikan petunjuk. Jika air
rendaman tersebut berubah
menjadi kelabu , itu menandakan
pekasam tersebut tidak menjadi
atau busuk dan sebaliknya
berwarna cerah menandakan ikan
pekasam dalam keadaan sedia
untuk dijual.
KOS MEMBUAT
IKAN PEKASAM
•Setiap bungkus ikan pekasam
dianggarkan seberat antara 180
hingga 200 gram
•Sukatan garam pula adalah pada
kadar 100g garam : 1 kilogram ikan
•1 kg ikan yang bersaiz kecil (sepat,
kalui,kepar) mencecah bilangan 30
ekor = RM10.00
•Satu Pek (10-15 ekor) dijual dengan
harga RM 8.00 - RM 10.00
•Kos membuat ikan pekasam bagi tujuan komersial dan kecil-kecilan adalah seperti berikut:
•100 kg ikan = RM1000.00
•3000g garam halus = RM 30.00
•10 kg asam jawa = RM 20.00
•1000g beras goring = RM 10.00
•RM1060.00 untuk jualan kadar RM10.00
untuk 10 ekor
•300 peket pada harga RM10/sepeket =
RM3000.00
•Keuntungan melebihi 200%
SEKIAN
top related