hai dan salam sejahtera kepada semua…. ebook 5 angka.pdf · cara paling mudah untuk membuat surat...
Post on 27-Oct-2020
10 Views
Preview:
TRANSCRIPT
Hai dan Salam Sejahtera kepada semua….
Terima Kasih kerana mendapatkan Ebook Blueprint Ebook 5 Angka ini…
Dalam ebook ini saya nak ceritakan bagaimana perjalanan dan strategi yang saya
gunakan untuk menjana pendapatan 5 angka dengan menjual produk digital saya iaitu
RAHSIA SUBLET PREMIUM (ebook).
Saya pasti anda dah tak sabar-sabar untuk mengetahui bagaimana saya sebagai
seorang yang newbie dalam bidang Internet Marketing ini dapat menjana 5 angka
dalam masa 2 hari.
Kalau ikut pada pengalaman saya benda ini memang tahyul (bak kata mentor saya Cikgu
Hafis)..Mana ada bisness yang boleh jana INCOME 5 angka dalam masa yang pendek?
Kalau anda tahu boleh bagitau saya juga..sebab saya pun nak join sama…hehe..
Tapi selepas saya buat dan follow betul-betul apa yang diajarkan oleh kepada saya..
Saya amat TERKEJUT…
Betul saya tak tipu …sebab biasanya 5 angka ni saya dapat setiap hujung tahun jer
(itupun waktu bonus tahunan syarikat)..ini dapat dalam masa 2 hari (untuk pre-launch
ebook)…PERGHHH..memang best giler…kalau anda dapat RM 12k dalam masa dua
hari apa yang anda nak buat agaknya?
Screenshot Penjulan ebook dalam masa 2 hari= RM 12640.00
Mesti banyak benda kan boleh settle dengan kalau ada RM 12k ni.
Jangan salah sangka yer…saya bukan nak anda semua meletakkan duit itu sebagai satu
keUTAMAan..tapi bila kita mempunyai duit,sekurang-kurangnya banyak perkara yang
selama ini kita tak boleh nak buat,dapat dilaksanakan.
Bila banyak benda boleh buat dan boleh settle kita pun senang hati..bila senang hati
takde la nak marah-marah orang setiap hari..tak de la nak stress setiap hari..barulah kita
boleh beribadat dengan tenang dan khusyuk..dan pengharapan kita kepadaNYA lebih
sempurna…Itu yang saya hendak anda semua fikirkan..
Baiklah sebelum kita pergi lebih jauh mari kita berkenalan terlebih dahulu yer…
(Baiklah gambar di atas tu adalah gambar saya waktu muda-muda dulu…kalau jumpa
sekarang dah lain dah…heheh)
Nama diberi ialah Mohd Fairuz Bin Abd Razak.
Saya merupakan seorang Jurutera Elektrik di salah sebuah syarikat pengendali Elektrik
terbesar di Malaysia (rasanya semua dapat agak kan?)
Berusia 30 tahun dan sekarang menetap di Bandar Baru Bangi.
Mula berjinak-jinak dengan dunia Internet Marketing (IM) ni dah lama sebenarnya..Dari
zaman universiti lagi.Saya ingat lagi waktu tu femes dengan Youtube Marketing. Waktu
tu saya ada lebih dari 50 akaun Youtube sahaja untuk buat marketing.
Tetapi macam biasa la …buat marketing separuh jalan sahaja.sebab waktu tu memang
takde orang nak guide dan tak banyak panduan/kelas yang ada macam sekarang ni..jadi
saya lost..bila lost memang tak sambung buat selepas tu..
Jadi selepas tu memang saya ke laut entah kemana…kemudian dalam tahun 2014 baru
nak start balik berjinak-jinak dalam dunia IM (Internet Marketing).Saya memang berminat
dengan IM ni sebab kerjaya ni nampak rilek jer…duduk rumah pakai kain pelikat pun
boleh buat jualan…
Memang banyak sangat panduan,ebook,video,yang saya dah beli berkaitan dengan IM
ni..tapi memang tak menampakkan hasil..ada yang beli sahaja..tak baca/tengok pun
produk yang dibeli…lebur duit macamtu sahaja.NO ACTION TAKEN.
Saya juga seorang suka dan passionate dalam bidang hartanah.
Sebab itulah ebook pertama yang saya buat adalah berkaitan dengan har tanah iaitu
Rahsia Sublet Premium..(boleh ke www.rahsiasubletpremium.com untuk mengetahui
detail berkaitan dengan ebook best seller saya ni)
Anda nampak tak apa yang saya nak tunjukkan?
Sebenarnya anda boleh convert anything yang anda minat kepada bentuk digital
dan jual untuk menambah pendapatan anda. Itu yang saya cuba highlightkan dalam
ayat di atas.
Yup memang saya maksudkan ANYTHING…
(Tak kira lah sama ada anda seorang yang suka kucing, suka menanam pokok
strawberry, suka membela kambing, suka main kereta Tamiya (Dash Yan kuro) dan lain-
lain lagi)
Okay jadi anda dah bersedia nak tahu TEKNIK SIMPLE TAPI POWER yang saya
gunakan dalam pemasaran ebook saya?
Kalau dah sedia cakap…SAYA DAH BERSEDIA!
(pastikan tiada orang berhampiran dengan anda,takut-takut nanti di cop orang gil*
pula…heheh)
Untuk strategi ebook ini saya pecahkan kepada tiga fasa penting iaitu :
Fasa 1 : Proses Membuat Ebook.
Fasa 2 : Proses Pemasaran Ebook.
Fasa 3 : Proses Pelancaran Ebook
FASA PERTAMA : PROSES MEMBUAT EBOOK
1) Tajuk
Apa yang penting untuk mula menulis sesebuah ebook adalah anda kena tahu apa
topik/tajuk yang sesuai untuk menulis ebook yang mudah dijual.
Perkara ini sangat penting..kerana anda mesti tahu apakah USP (unique selling point)
untuk ebook anda.USP ini ialah ciri-ciri unik yang ada pada ebook anda yang tidak ada
pada mana-mana penulisan yang lain.
Dalam ebook Rahsia Sublet Premium., saya mendedahkan teknik Sublet Premium yang
jarang dilakukan oleh orang ramai (ini adalah antara USP saya).
Sebab market ketika itu adalah mereka yang membuat sublet biasa sahaja.Jadi dengan
membuat ebook berkaitan dengan Sublet Premium, saya telah menawarkan satu nilai
yang tidak pernah orang dengar sebelum ini.
Anda tak perlu risau,yang penting anda tulis ahaja.Sebab setiap penulis akan menulis
berdasarkan pengalaman masing-masing.Jadi mesti ada kekurangan dalam penulisan
buku/ebook yang beliau telah tulis dan telah ada dipasaran sekarang ini.
Antara ebook yang menjadi permintaan ramai ketika ini adalah dalam bidang menjana
duit tambahan dan bisnes.Sekiranya anda mahir dalam sesuatu bidang dan bisnes
mungkin anda boleh tulis satu ebook berkaitan dengan perkara yang anda mahir tersebut.
Contohnya anda mahir dalam penternakan ikan,anda boleh tulis ebook berkaitan dengan
“Panduan A-Z yang simple buit duit RM 4k sebulan dengan ikan arowana”.
2) Tetapkan Matlamat (Dateline)
Anda mesti letakkan satu matlamat yang jelas bila yang anda akan selesaikan ebook
tersebut.Sekiranya anda tiada matlamat,pasti sukar untuk anda menyiapkan ebook anda.
Pengalaman saya menulis ebook Rahsia Sublet Premium adalah selama 3 bulan.(lama
kan?).Tetapi kalau saya hitung betul-betul sebenarnya ebook RSP boleh siap dalam
masa 1 bulan sahaja.
Dalam bab ini anda perlu disiplinkan diri anda untuk memastikan ebook tersebut siap
pada masa yang ditetapkan.Selagi anda lengahkan,selagi itulah anda lambat untuk
menjana pendapatan melalui ebook tersebut.Anda harus ingat bahawa ebook tersebut
adalah salah satu dari mesin ATM anda
Nak tak saya kongsikan apakah motivasi saya untuk menyiapkan ebook tersebut?
Motivasi saya waktu itu adalah tak lain dan tak bukan saya ingin menjana duit
tambahan.Itu sahaja.
Dan saya yakin bila saya siap sahaja ebook ini , ia akan menjadi satu PERKONGSIAN
yang sangat berguna kepada semua orang.Saya jual nilai dan pengalaman saya selama
2 tahun mengendalikan bisness Sublet Premium supaya orang lain juga boleh buat
seperti saya.
Alhamdulillah .hasilnya kini sudah lebih dari 5 orang membuat Sublet Premium di tempat
yang sama dengan saya buat.
Menarik Bukan?
3) Mesti tahu apa yang hendak ditulis (pakar dalam bidang tersebut)
Maksud pakar di sini bukan lah anda mesti ada degree / PHD dalam bidang tersebut.Tapi
cukuplah sekadar anda mempunyai pengalaman yang cukup dalam penulisan ebook
anda.
Sebenarnya anda boleh dapatkan kepakaran tersebut dari orang lain.Contohnya anda
hendak bercerita tentang bisnes menjahit,tapi anda tak pernah pun buat bisnes
tersebut.Jadi bagaimana anda nak tulis berkaitan dengan bisnes tersebut?
Senang sahaja ,apa yang anda perlu lakukan adalah anda approach mereka yang telah
lama buat bisness jahit dan minta mereka kongsikan pengalaman mereka.Teknik ini
dipanggil teknik JV (Joint Venture).
Anda hanya akan menulis dan isinya anda perolehi dari pemilik bisnes tersebut.
Jadi tiada alasan untuk tidak menulis ebook lagi..heheh.
FASA KEDUA : PROSES PEMASARAN EBOOK
1) Kumpul Database
Database is KING !
Apa yang saya lakukan adalah saya menggunakan teknik mengumpul database semua
prospek-prospek yang berminat untuk mengetahui berkaitan dengan ebook saya.
Saya menggunakan Landing Page/Squeeze Page untuk tujuan mengumpulkan database
ini.
Squeeze page diterjemahkan sebagai sesuatu yang dikompakkan.Ia seakan-akan
minisite tetapi di sini anda akan masukkan nama dan email anda.Kalau anda perasan
sebelum anda dapat free report ini anda ada masukkan nama dan email pada satu
website.Itu dinamakan “Squeeze Page”.
Fungsi “Squeeze Page” ini adalah untuk menyimpan email dan nama prospek yang
berminat.Prospek ini dinamakan sebagai Subscriber
Di atas adalah contoh “squeeze page” yang saya gunakan untuk tarik orang untuk
memasukkan nama dan email mereka. Selepas mereka memasukkan email dan
nama,mereka akan terus mendapat ebook “Real Case Study: Buat Duit tanpa memiliki
hartanah sendiri”.
Mestilah boleh…
Terdapat 3 laman web yang boleh membuat squeeze page secara mudah tanpa perlu
anda perlu tahu teknikal.untuk design laman web tersebut ialah:
1) Instaspages. (https://instapage.com)
2) Optimizepress. (https://www.optimizepress.com)
3) Leadspage (http://www.leadpages.net)
Ketiga-tiga laman web ini tidak memerlukan anda melanggan Domain atau hosting dan
membuat squeeze page semudah drag n drop sahaja.
Apakah ciri2 yang perlu ada pada sesebuah Squeeze page?
Ada 4 perkara yang perlu ada dalam sesebuah Squeeze page:
1) Headline : Nyatakan secara terang-terangan mengenai produk yang akan anda
berikan.
2) Teaser : Boleh letakkan screenshot video, E-cover dan sebagainya.
3) Button “KLIK SEKARANG”,”AKSES PERCUMA”,”GET INSTANCE ACCESS”
dan sebagainya.
4) Call To Action : Arahan pelawat untuk isikan Email.
Bagaimana sistem squeeze page ini berfungsi?
Saya pasti anda semua telah experience perkara ini disebabkan sebelum anda
mendapatkan ebook yang sedang and baca ini.,anda juga ada memasukkan nama dan
email yang kemudiannya meminta anda COMFIRM SUBSCRIPTION..selepas itu satu
email akan dihantar kepada anda untuk download link ebook ini.
Apa yang bestnya ,selepas anda menyimpan database anda..anda dapat email mereka
berkali-kali.Anda dapat membuat engagement dengan mereka melalui email tersebut
dengan AUTORESPONDER.(email anda boleh di schedulekan mengikut masa yang
anda suka)
Oh ya…sebelum pergi jauh anda juga perlu ada satu Autoresponder akaun untuk
menyimpan database anda. Proses untuk menyimpan database prospek anda adalah
seperti dalam gambarajah berikut :
Terdapat pelbagai Autoresponder di luar sana…ada yang free dan ada yang
berbayar…antara autoresponder berbayar yang terkenal adalah seperti :
1) Getrespond.
2) Aweber
3) Mail chimp
4) Emailmatik
Anda boleh dapatkan autoresponder ini dengan type nama-nama di atas menggunakan
google.
2. Engagement
Selepas saya telah memiliki email dan nama setiap prospek, saya akan educate
subscriber saya dengan menghantar info, tips dan panduan yang berguna kepada
mereka berkaitan dengan sublet.
Tips-tips dan info ini hendaklah dihantar sekurang-kurangnya sekali sehari untuk
memastikan hubungan anda dengan subscriber anda akan semakin rapat.Perlu
diingatkan bahawa anda perlulah nampak sebagai seorang yang pakar pada pandangan
subscriber anda.
Subscriber akan mudah bertukar sebagai buyer sekiranya rate of engagement antara
danda dan buyer meningkat.
FASA KETIGA : PROSES PELANCARAN EBOOK
Untuk pemasaran ebook Rahsia Sublet Premium saya menggunakan dua kali pelancaran
produk iaitu pra-pelancaran dan mega pelancaran
1. Pra-Pelancaran
Sebelum kedua–dua pelancaran ini anda perlulah menyiapkan terlebih dahulu surat
jualan (Sales Copy).Surat jualan adalah merupakan salah satu faktor yang penting yang
menyumbang kepada kejayaan sesebuah produk digital.
Dengan kata lain, surat jualan ini seolah-olah menjadi jurujual bagi pihak anda yang akan
memancing prospek untuk membeli produk anda.Sekiranya anda mempunyai surat
jualan yang bagus, maka kebarangkalian produk anda terjual adalah amat tinggi.
Sebenarnya untuk membuat surat jualan ini anda mestilah mahir dalam menggunakan
ayat-ayat yang memujuk prospek.Ia lebih dikenali sebagai Copywriting. Copywriting
adalah salah satu skill yang powerful untuk mempengaruhi prospek untuk membuat apa
sahaja hanya dengan menggunakan perkataan.
Cara paling mudah untuk membuat surat jualan adalah dengan melihat surat jualan orang
lain. Sekiranya anda membaca sesebuah surat jualan,dan anda terasa hendak membeli
produk tersebut maka surat jualan tersebut memang betul-betul powerful.
Anda boleh ke www.rahsiasubletpremium.com untuk melihat contoh surat jualan yang
saya gunakan untuk ebook Rahsia Sublet Premium.
Di dalam pra-pelancaran ebook Rahsia Sublet Premium saya menggunakan teknik
Scarcity. Iaitu saya hanya membuka jualan untuk 50 naskhah terpantas dan selepas itu
dibuka selama 2 hari sahaja. Selepas kuota (50 naskhah) penuh maka saya akan
menghentikan menamatkan jualan.
2. Mega-Pelancaran
Untuk Mega – pelancaran saya menggunakan strategi Affiliate. Saya menggunakan
affiliate supaya saya dapat memperluaskan lagi pemasaran ebook melalui ejen-ejen
affiliate yang mendaftarkan diri mereka secara sukarela ke dalam sistem affiliate yang
telah saya tetapkan. Setiap affiliate akan diberikan link affiliate dalam sistem tersebut.
Affilate ini mudah sahaja. untuk memudahkan pemahaman saya tunjukkan gambar
dibawah.
Ali menyertai satu pertandingan affiliate dan mendaftar menerusi satu sistem (katakan
sistem affiliate ONPAY).Selesai pendaftaran Ali akan menerima LINK AFFILATE KHAS
dimana sekiranya ada pembeli membeli menerusi LINK KHAS tersebut,Ali akan
menerima komisyen.
Ada bermacam-macam sistem affiliate yang anda boleh gunakan untuk tujuan affiliate
ini.Untuk sistem affiliate RSP saya menggunakan sistem onpay.my (https://onpay.my/)
Terdapat juga sistem sistem affiliate yang lain seperti Aztetic (https://aztetic.my/) dan
juga sistem affiliate lite (http://www.sistemaffiliate.com/)
Komisyen adalah yang ditetapkan oleh pemilik produk sendiri.Dalam kempen affiliate
RSP saya ada membuat cabaran affiliate.Cabaran ini bermula dari 29 Disember 2015
hingga 29 Januari 2016 selama 30 hari.Selain daripada mendapat komisyen, mereka
juga akan mendapat hadiah berdasarkan preastasi jualan masing-masing.
Berikut adalah hadiah-hadiah yang ditetapkan bagi cabaran affiliate Rahsia Sublet
Premium.
Hadiah yang ditawarkan perlulah sesuatu yang mampu untuk menarik minat affiliate.
Seperti contoh di atas,saya menawarkan iphone 6 untuk affiliate yang mendapat sales
lebih daripada 70 sales ke atas. Hadiah yang menarik seperti ini akan menjadi motivasi
dan pembakar semangat kepada affiliate untuk bersama-sama mempromosikan produk
anda.
Kesimpulannya..
Tak susah kan untuk membuat sebuah ebook dan menjana pendapatan melalui ebook
tersebut?
Sebenarnya yang susah adalah diri kita sendiri, macam saya bagitau awal-awal untuk
membuat ebook RSP saya memerlukan sekurang-kurangkan 3 bulan untuk siap.Tetapi
kalau saya fokus dan tulis dengan berdisiplin dalam 3 minggu pun dan boleh siap.
Saya berharap apa yang saya kongsikan sedikit sebanyak dapat memberi manfaat
kepada anda semua.Terima Kasih di atas kesudian anda semua membaca dari awal
sehingga habis free report ini.
ANDA SEMUA BETUL-BETUL OHSEM
Pertemuan kita bukan berakhir disini sahaja. Saya akan terus-menerus memberikan info
dan perkongsian yang terbaik dalam bidang Internet Marketing (khas buat newbie)
kepada anda semua melalui email–email saya yang akan datang.
Dan saya amat-amat berharap agar dapat membantu anda semua untuk mencapai apa
yang anda inginkan, jadi kalau ada apa-apa pertanyaan dan soalan anda bolehlah ajukan
kepada saya melalui email. Jangan malu-malu dan jangan segan-segan. Kenalkan diri
anda sebagai pembaca free report RSP (Rahsia Sublet Premium).
Keep in touch dan jumpa anda dalam Email nanti ya.
Terima Kasih…
Mohd Fairuz Bin Abd Razak
Penulis ebook RSP @ Ebook 5 angka dalam 2 hari
mfairuzar2202@gmail.com
testing
https://www.facebook.com/sharer/sharer.php?u=http%3A//fairuzrazak.my/downloadebo
ok
top related