garis panduan mengurus tatatertib biasa (am) …...perkhidmatan, jabatan perkhidmatan awam malaysia,...
Post on 16-Jul-2020
49 Views
Preview:
TRANSCRIPT
1
GARIS PANDUAN
MENGURUS TATATERTIB BIASA (AM)
AGENSI KELAYAKAN MALAYSIA
1 Oktober 2018 Bahagian Pengurusan Sumber Manusia
2
1. PENDAHULUAN
1.1. Peraturan 33 - 39, Akta Badan-badan Berkanun (Tatatertib dan Surcaj) 2000
(Akta 605), Kes Tatatertib Biasa (Am) adalah prosedur yang perlu dirujuk
apabila berlaku pelanggaran terhadap peraturan dan tatakelakuan pegawai
awam. Akta ini digubal bertujuan untuk mengatasi masalah yang dihadapi oleh
badan-badan berkanun Persekutuan yang tiada peraturan tatatertib,
menyeragamkan peraturan-peraturan tatatertib di semua badan berkanun
Persekutuan dan membantu semua badan berkanun.
1.2. Garis panduan ini disediakan berdasarkan Panduan Mengurus Tatatertib Biasa
(Am) Sektor Pembangunan Dasar Tatatertib dan Keutuhan, Bahagian
Perkhidmatan, Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia, Akta Badan-badan
Berkanun (Tatatertib dan Surcaj) 2000 (Akta 605) dan Peraturan-peraturan
Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993.
1.3. Garis panduan ini menjelaskan peranan dan tindakan Timbalan Ketua Pegawai
Eksekutif/Pengarah Kanan/Pengarah Bahagian/Ketua Unit/Pegawai penyelia
dalam melaksanakan urusan tatatertib.
2. PERANAN KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF/TIMBALAN KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF/PENGARAH KANAN/PENGARAH BAHAGIAN/KETUA UNIT/PEGAWAI PENYELIA
2.1. Ketua Pegawai Eksekutif/Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif/Pengarah
Kanan/Pengarah Bahagian/Ketua Unit/Pegawai penyelia hendaklah
bertanggungjawab sepenuhnya dalam melaksanakan kawalan dan pengawasan
tatatertib terhadap pegawai bawahannya. Kuasa ini diperuntukkan dalam
Peraturan 21 (1), Akta Badan-badan Berkanun (Tatatertib dan Surcaj) 2000
(Akta 605) dan kegagalan melaksanakan tanggungjawab ini boleh dikenakan
tindakan tatatertib.
2.2 Pelaporan awal dari Ketua Pegawai Eksekutif/Timbalan Ketua Pegawai
Eksekutif/Pengarah Kanan/Pengarah Bahagian/Ketua Unit/Pegawai penyelia
3
berkaitan pelanggaran mana-mana peraturan dalam Akta Badan-Badan
Berkanun (Tatatertib dan Surcaj) 2000 (Akta 605) adalah sangat penting bagi
membolehkan tatatertib diuruskan berdasarkan prosedur yang telah
ditetapkan.
3. KEWAJIPAN MEMATUHI ARAHAN
3.1. Peraturan-Peraturan dalam Akta Badan-badan Berkanun (Tatatertib dan
Surcaj) 2000 (Akta 605) hendaklah terpakai bagi seseorang pegawai badan
berkanun sepanjang tempoh perkhidmatannya dan berkenaan dengan
seseorang pegawai yang tidak memilih untuk memasuki Sistem Saraan Baru,
hendaklah terpakai dengan apa-apa ubahsuaian yang perlu dan patut dengan
mengambil kira syarat-syarat perkhidmatannya.
3.2. Berdasarkan Peraturan 1(2) Akta Badan-badan Berkanun (Tatatertib dan
Surcaj) 2000 (Akta 605), pelanggaran mana-mana peruntukan tatakelakuan
yang dinyatakan dalam Peraturan-peraturan Akta Badan-badan Berkanun
(Tatatertib dan Surcaj) 2000 (Akta 605) oleh seseorang pegawai boleh
menyebabkannya dikenakan tindakan tatatertib.
4. TAFSIRAN
“Badan Berkanun” ertinya suatu badan, walau dengan nama apa pun disebut, yang
diperbadankan oleh undang-undang persekutuan bagi maksud Kerajaan Persekutuan
tetapi tidak termasuk pihak berkuasa tempatan;
Akta Badan-badan Berkanun (Tatatertib dan Surcaj) 2000 (Akta 605)
Peraturan 21 (2), menyatakan bahawa seseorang pegawai yang tidak
menjalankan kawalan dan pengawasan tatatertib ke atas pegawai-pegawai
bawahannya, atau tidak mengambil tindakan terhadap pegawai bawahannya
yang melanggar mana-mana peruntukan Peraturan-Peraturan ini hendaklah
disifatkan cuai dalam melaksanakannya tugasnya dan tidak
bertanggungjawab, dan dia boleh dikenakan tindakan tatatertib.
4
“Jawatankuasa Rayuan Tatatertib” ertinya jawatankuasa yang disebut dalam seksyen 7
Akta Badan-badan Berkanun (Tatatertib dan Surcaj) 2000 (Akta 605);
“Jawatankuasa Tatatertib” ertinya jawatankuasa yang disebut dalam seksyen 6 Akta
Badan-badan Berkanun (Tatatertib dan Surcaj) 2000 (Akta 605);
“Ketua Pegawai Eksekutif” ertinya seseorang yang dilantik oleh Menteri berdasarkan
apa-apa terma dan syarat sebagaimana yang ditentukan oleh Menteri dan
bertanggungjawab bagi keseluruhan pentadbiran dan pengurusan fungsi dan hal
ehwal agensi;
“kesalahan tatatertib” ertinya pelanggaran mana-mana peruntukan tatakelakuan
yang ditetapkan dalam Peraturan-Peraturan dan termasuklah apa-apa perbuatan atau
peninggalan yang berkenaan dengannya tindakan tatatertib boleh diambil di bawah
Peraturan-Peraturan;
“Ketua Jabatan” ertinya Ketua Pegawai Eksekutif/Timbalan Ketua Pegawai
Eksekutif/Pengarah Kanan/Pengarah Bahagian/Ketua Unit atau seseorang pegawai
yang bertanggungjawab bagi sesuatu sektor, bahagian atau unit di MQA termasuklah
mana-mana pegawai yang diberi kuasa secara bertulis oleh Ketua Pegawai Eksekutif
untuk menjalankan fungsi-fungsi seseorang Ketua Jabatan bagi apa-apa tempoh masa;
“pegawai” ertinya seseorang yang dilantik secara tetap, sementara atau kontrak oleh
MQA dan dibayar emolumen oleh MQA, dan termasuklah seseorang yang dipinjamkan
ke mana-mana perbadanan subsidiari atau syarikat MQA atau mana-mana badan
berkanun yang lain atau mana-mana Kementerian, jabatan atau agensi Kerajaan
Persekutuan atau mana-mana jabatan atau agensi Kerajaan mana-mana Negeri atau
mana-mana syarikat yang dalamnya Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan mana-mana
Negeri mempunyai kepentingan; dan
“peraturan-peraturan” ertinya Peraturan-Peraturan Tatatertib Badan-badan
Berkanun, Jadual Kedua, Akta Badan-badan Berkanun (Tatatertib dan Surcaj) 2000
(Akta 605).
5
5. KATEGORI TATATERTIB
5.1. Tatatertib melibatkan:
i) tatakelakuan umum
ii) larangan/tegahan secara khusus
a. Larangan mutlak
b. Boleh dibuat dengan kebenaran
iii) ketidakhadiran tanpa cuti
iv) tertakluk kepada prosiding jenayah
Tatakelakuan Umum
Peraturan 3, Peraturan-peraturan Tatatertib Badan-badan Berkanun menyatakan
bahawa:
(1) Seseorang pegawai hendaklah pada setiap masa memberikan taat setianya yang
tidak berbelah bahagi kepada Yang di-Pertuan Agong, negara, Kerajaan dan badan
berkanun.
(2) Seseorang pegawai tidak boleh -
(a) Membelakangkan kewajipannya kepada badan berkanun demi kepentingan
peribadinya;
(b) Berkelakuan dengan sedemikian cara yang mungkin menyebabkan
kepentingan peribadinya bercanggah dengan kewajipannya kepada badan
berkanun;
(c) Berkelakuan dengan apa-apa cara yang mungkin menyebabkan syak yang
munasabah bahawa –
(i) dia telah membiarkan kepentingan peribadinya bercanggah dengan
kewajipannya kepada badan berkanun sehingga menjejaskan
kebergunaannya sebagai seorang pegawai badan berkanun; atau
6
(ii) dia telah menggunakan kedudukannya sebagai seorang pegawai badan
berkanun awamnya bagi faedahnya sendiri;
(d) berkelakuan dengan sedemikian cara sehingga memburukkan atau
mencemarkan nama badan berkanun;
(e) kurang cekap atau kurang berusaha;
(f) tidak jujur atau tidak amanah;
(g) tidak bertanggungjawab;
(h) membawa atau cuba membawa apa-apa bentuk pengaruh atau tekanan luar
untuk menyokong atau memajukan apa-apa tuntutan berhubung dengan
atau terhadap badan berkanun, sama ada tuntutan itu ialah tuntutan sendiri
atau mana-mana pegawai lain badan berkanun;
(i) ingkar perintah atau berkelakuan dengan apa-apa cara yang boleh ditafsirkan
dengan munasabah sebagai ingkar perintah; dan
(j) cuai dalam melaksanakan tugasan.
Larangan/Tegahan Khusus
Tatatatertib turut melibatkan tatakelakuan khusus seperti berikut:
i. Larangan Mutlak
a. Menyalahguna dadah
b. Menerima/Memberi keraian
c. Menyenggara taraf kehidupan yang melebihi emolumen dan
pendapatan persendirian yang sah.
d. Meminjam wang/menjadi penjamin
e. Keterhutangan kewangan yang serius
f. Meminjamkan wang dengan bunga
g. Penglibatan dalam pasaran niaga hadapan
h. Cabutan bertuah atau loteri
7
i. Penerbitan buku berdasarkan maklumat terperingkat
j. Penyunting akhbar/majalah/jurnal
k. Mengambil bahagian dalam politik (Pegawai Kumpulan Pengurusan
Tertinggi/Kumpulan Pengurusan dan Profesional)
l. Tidak hadir bertugas tanpa cuti/kebenaran/sebab-sebab yang
munasabah
m. Gangguan seksual
n. Skim Cepat Kaya
ii. Boleh dibuat dengan kebenaran
Peraturan
dalam
Akta 605
Jenis Larangan Kuasa Memberi
Kebenaran
4 Pekerjaan Luar Ketua Jabatan
5 Etiket Pakaian Ketua Pegawai Eksekutif
7 Hadiah Ketua Jabatan
9 Pemunyaan Harta Ketua Pegawai Eksekutif
18 Penyataan Awam Menteri
20 Kegiatan Politik
(Kumpulan
Sokongan/Cuti Sebelum
Bersara)
Ketua Jabatan
8
6. PROSES TINDAKAN
T/JAWAB TINDAKAN CATATAN
Urus setia
1. Menerima laporan kesalahan tatakelakuan
pegawai termasuk kelakuan atau kerja tidak
memuaskan daripada Ketua Jabatan.
Rujuk format
di Lampiran A
2. Menyemak dan buat kajian laporan kesalahan
tatakelakuan pegawai.
3. Mengambil tindakan seperti berikut:
i. sekiranya lengkap, terus ke tindakan 4, atau
ii. sekiranya tidak lengkap, mendapatkan
maklumat tambahan daripada bahagian/unit
berkaitan sebelum ke tindakan 4.
4. Menyediakan kertas untuk pertimbangan
Pengerusi Jawatankuasa Tatatertib (JKTT) untuk
penentuan sama ada jenis pelanggaran tatatertib
yang dilaporkan itu adalah dari jenis dikenakan:
a) hukuman lebih ringan daripada buang kerja
dan turun pangkat (Peraturan 34); atau
b) hukuman buang kerja atau turun pangkat
(Peraturan 35)
Rujuk format di Lampiran B
Pengerusi
Jawatankuasa
Tatatertib
5. Menentukan sama ada jenis pelanggaran
tatatertib adalah daripada jenis pelanggaran
yang patut dikenakan:
a) hukuman yang lebih ringan daripada buang
kerja atau turun pangkat; (terus ke tindakan
6a) atau
b) hukuman buang kerja atau turun pangkat
(terus ke tindakan 6b)
9
T/JAWAB TINDAKAN CATATAN
Urus setia 6. Menyediakan:
a) Kertas Penentuan Wujud Suatu Kesalahan
Tatatertib untuk pertimbangan Pengerusi
Jawatankuasa Tatatertib (tindakan 7a); atau
b) Kertas Penentuan Wujud Kes Prima Facie
untuk pertimbangan Pengerusi
Jawatankuasa Tatatertib (tindakan 7b)
Rujuk format di Lampiran C
Jawatankuasa
Tatatertib
7. Membuat keputusan sama ada:
a) wujud suatu kesalahan tatatertib atau tidak
wujud di bawah (selain buang kerja atau
turun pangkat), atau
b) wujud kes prima facie atau tidak di bawah
(buang kerja atau turun pangkat)
Rujuk format di Lampiran D
Urus setia 8. Sekiranya wujud, terus ke tindakan 10.
9. Sekiranya tidak wujud, kes ditutup. Makluman
kepada pihak yang berkaitan.
Jawatankuasa
Tatatertib
10. Mengemukakan surat pertuduhan (wujud
kesalahan tatatertib / kes prima facie) kepada
pegawai yang dituduh melalui ketua jabatan
pegawai dan memberi tempoh 21 hari untuk
pegawai membuat representasi bertulis
Rujuk format di Lampiran E1 dan E2
Urus setia 11. Sekiranya tiada jawapan bertulis daripada
pegawai yang dituduh, terus ke tindakan 13
12. Sekiranya ada, jika perlu Pengarah/ Ketua Unit/
Pengawai Penyelia mengemukakan jawapan
pegawai atas pertuduhan kepada Pengerusi
Jawatankuasa Tatatertib berserta ulasan.
13. Menyediakan kertas pertimbangan Jawatankuasa
Tatatertib untuk membuat keputusan
Rujuk format di Lampiran G
10
T/JAWAB TINDAKAN CATATAN
Jawatankuasa
Tatatertib
14. Menentukan keputusan bersalah atau tidak
a) jika tidak bersalah, pegawai dibebaskan
(tindakan 15)
b) jika bersalah menentukan jenis hukuman yang
dikenakan, terus ke tindakan 16.
Urus setia 15. Pegawai dibebaskan
a) Merekodkan keputusan Jawatankuasa
Tatatertib dalam minit mesyuarat.
b) Menghantar pemberitahuan kepada pegawai.
Jika pegawai ditahan kerja, arahkan pegawai
kembali bertugas.
Rujuk format di Lampiran H
16. Sekiranya disabitkan kesalahan:
a) Merekodkan keputusan Jawatankuasa
Tatatertib dalam minit mesyuarat yang
mengandungi:
i) asas-asas pegawai bersalah
ii) asas-asas JKTT menjatuhkan hukuman
b) Menghantar keputusan JKTT kepada pegawai
dengan menyatakan:
i. Hukuman tatatertib yang dikenakan -
sebutkan Peraturan 40 ( );
ii. Hak pegawai membuat rayuan dalam masa
14 hari kepada Jawatankuasa Rayuan
Tatatertib (JKRTT) dari tarikh penerimaan
surat keputusan mengikut peraturan 20(1),
Jadual Ketiga, Akta Badan-Badan Berkanun
(Tatatertib dan Surcaj) 2000 (Akta 605);
serta
iii. Surat akuan terima.
Rujuk format di Lampiran I
11
T/JAWAB TINDAKAN CATATAN
Urus setia 17. Mencatatkan hukuman dalam kenyataan
perkhidmatan pegawai setelah rayuan (jika ada)
diputuskan oleh Jawatankuasa Rayuan Tatatertib
(JKRTT).
7. PRINSIP RULE OF NATURAL JUSTICE
Mengikut prinsip Rule of Natural Justice (Undang-undang keadilan tabii), pertuduhan
tidak boleh dibuat secara umum. Pertuduhan yang umum boleh menyebabkan peluang
yang secukupnya tidak diberi kepada pegawai. Tatacara bagi mengambil tatatertib tidak
sah.
Hukum Undang-Undang Tabii
Hak untuk didengari (Right to be heard)
Hukum mencegah berat sebelah (Rule against bias)
12
CARTA ALIR PROSEDUR TATATERTIB BAGI KES BIASA (AM)
1
2
3
4A 4
5
6
6a 6b
7a 7b
8 8
Terima Laporan
Kaji/semak Laporan
Lengkap
Tidak Lengkap
Peraturan 34 (selain buang kerja dan turun pangkat)
Urus setia akan menyediakan kertas bagi menentukan sama ada jenis pelanggaran tatatertib yang dilaporkan adalah dari jenis:
i) patut dikenakan hukuman buang kerja atau turun pangkat (P.35); atau
ii) patut dikenakan hukuman selain buang kerja atau turun pangkat (P.34)
untuk pertimbangan Pengerusi JKTT Pengerusi JKTT membuat keputusan
kes tersebut diambil bawah peraturan 34 atau peraturan 35
Peraturan 35 (buang kerja dan turun pangkat)
Urus setia sediakan Kertas Penentuan Wujud Suatu Kesalahan Tatatertib untuk pertimbangan Pengerusi JKTT berkenaan
Urus setia sediakan Kertas Penentuan Wujud kes Prima Facie untuk pertimbangan Pengerusi JKTT berkenaan Pengerusi JKTT
membuat keputusan wujud satu kesalahan atau tidak wujud
Pengerusi JKTT membuat keputusan wujud kes Prima Facie atau tidak wujud
Tidak Wujud
Tidak Wujud
Wujud
Wujud
Rujuk Butiran 10 Rujuk Butiran 9 Rujuk Butiran 10
Dapatkan maklumat tambahan
Lengkap
13
11
13 12
14 15a
15b
16a
16b
17
18
Surat pertuduhan dikemukakan kepada pegawai. Dalam tempoh 21 hari pegawai perlu membuat representasi bertulis
Ulasan Ketua Jabatan
Sediakan kertas pertimbangan JKTT membuat keputusan
Tiada jawapan selepas 21 hari
Ada jawapan
Mesyuarat JKTT membuat keputusan/ hukuman
Dibebaskan
Disabit/hukuman
Keputusan JKTT direkod dalam minit mesyuarat yang mengandungi: a) Asas–asas pegawai
bersalah; b) Asas-asas JKTT
menjatuhkan hukuman
Beritahu pegawai, dia dibebaskan. Catatan: Jika pegawai ditahan kerja, arahkan pegawai bertugas semula.
Hantar keputusan JKTT kepada pegawai dan nyatakan peluang merayu. Tempoh merayu 14 hari.
Catatkan hukuman dalam kenyataan perkhidmatan pegawai, setelah rayuan (jika ada) diputuskan oleh JKRTT
Kes tutup. Makluman kepada yang berkenaan
Tamat
Rujuk Butiran 9
Keputusan JKTT direkod dalam minit mesyuarat
10 9
Jika perlu
Ada ulasan
14
LAMPIRAN A Rujukan : Tarikh : (ALAMAT KETUA JABATAN / PEGAWAI PELAPOR) JKTT Kumpulan …………………………………………………. Tuan/Puan, LAPORAN MENGENAI TATAKELAKUAN (NAMA PEGAWAI, SKIM PERKHIDMATAN,
GELARAN JAWATAN DAN JABATAN TEMPAT BERTUGAS)
Saya dengan segala hormatnya menarik perhatian tuan mengenai perkara tersebut di atas.
1. Dimaklumkan bahawa (NYATAKAN NAMA PEGAWAI, SKIM PERKHIDMATAN,
GELARAN JAWATAN DAN TEMPAT BERTUGAS) didapati tidak hadir bertugas tanpa cuti atau
tanpa mendapat kebenaran terlebih dahulu atau tanpa sebab yang munasabah pada
(NYATAKAN TARIKH). Pegawai berkenaan telah diarahkan kembali bertugas dengan segera
melalui surat berdaftar akuan terima bil………………… bertarikh …………………. dan beliau telah
menerima surat tersebut. Walau bagaimanapun, pegawai gagal mematuhi arahan tersebut.
(SILA SERTAKAN BUKTI-BUKTI LAIN YANG BERKAITAN BAGI MENUNJUKKAN PEGAWAI
TIDAK HADIR BERTUGAS SEPERTI KAD PERAKAM WAKTU DAN SEBAGAINYA).
2. Dengan ini pegawai telah melanggar Peraturan 23, Peraturan-Peraturan Tatatertib
Badan-badan Berkanun, Jadual Kedua, Akta Badan-badan Berkanun (Tatatertib dan Surcaj)
2000 (Akta 605) dan berkelakuan melanggar tatakelakuan di bawah Peraturan 3(2)(g),
Peraturan-peraturan yang sama iaitu tidak bertanggungjawab.
3. Inilah laporan saya untuk pertimbangan tuan. Bersama-sama ini disertakan Kenyataan
Perkhidmatan pegawai yang dikemas kini.
Sekian.
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
Saya yang menurut perintah,
t.t (NAMA PENUH DAN JAWATAN KETUA JABATAN / PEGAWAI PELAPOR)
15
LAMPIRAN B
CONTOH KERTAS PERTIMBANGAN PENGERUSI JAWATANKUASA TATATERTIB
KERTAS UNTUK PERTIMBANGAN PENGERUSI JAWATANKUASA TATATERTIB DI BAWAH PERATURAN 33, PERATURAN-PERATURAN TATATERTIB BADAN-BADAN BERKANUN, JADUAL KEDUA, AKTA BADAN-BADAN BERKANUN (TATATERTIB DAN SURCAJ) 2000
(AKTA 605) 1. TUJUAN
1.1 Kertas ini dikemukakan bertujuan untuk meminta Pengerusi Jawatankuasa
Tatatertib Kumpulan …………………….. menimbangkan dan menentukan sama ada
pelanggaran tatatertib yang diadukan itu adalah daripada jenis yang patut
dikenakan hukuman buang kerja atau turun pangkat atau dikenakan hukuman
yang lebih ringan daripada buang kerja atau turun pangkat mengikut Peraturan
33, Peraturan-peraturan Tatatertib Badan-badan Berkanun, Jadual Kedua, Akta
Badan-badan Berkanun (Tatatertib dan Surcaj) 2000 [Akta 605] terhadap
(NAMA, SKIM PERKHIDMATAN, GELARAN JAWATAN DAN TEMPAT BERTUGAS)
kerana berkelakuan melanggar tatakelakuan pegawai awam di bawah
Peraturan-peraturan Tatatertib Badan-badan Berkanun Jadual Kedua, Akta 605.
2. BUTIR-BUTIR PEGAWAI
Nama :
No. K/P :
Tarikh lahir/Umur :
Tarikh mula dilantik dalam perkhidmatan Kerajaan
:
Tarikh dilantik dalam jawatan sekarang
:
Tarikh disahkan dalam jawatan sekarang
:
Taraf jawatan :
Jawatan semasa pelanggaran
tatatertib dilakukan
Jawatan sekarang
: :
Gaji sekarang dan mata gaji :
Tarikh pergerakan gaji :
16
3. LATAR BELAKANG KES 3.1 Satu laporan telah diterima daripada (KETUA JABATAN / PEGAWAI PELAPOR)
mengenai kelakuan Encik/Cik (NAMA, SKIM PERKHIDMATAN, GELARAN
JAWATAN DAN JABATAN TEMPAT BERTUGAS) seperti berikut :
3.1.1 (Ringkasan laporan daripada Ketua Jabatan/Pegawai Pelapor). 3.1.2 ↓ 3.1.9
Salinan Laporan Ketua Jabatan / Pegawai Pelapor seperti di Lampiran ………
4. PERAKUAN
4.1 Pengerusi Jawatankuasa Tatatertib ……………………….. dengan ini diminta
menentukan sama ada pelanggaran tatatertib pegawai yang berkenaan adalah
daripada jenis yang patut dikenakan hukuman buang kerja atau turun pangkat di
bawah Peraturan 35, Peraturan-peraturan Tatatertib Badan-badan Berkanun,
Jadual Kedua, Akta Badan-badan Berkanun (Tatatertib dan Surcaj) 2000 [Akta
605] atau dikenakan hukuman yang lebih ringan daripada hukuman buang kerja
atau turun pangkat di bawah Peraturan 34, Peraturan-peraturan yang sama.
4.2 Penentuan hal ini hendaklah dibuat dalam borang penentuan di Lampiran ……….
17
BORANG PENENTUAN OLEH PENGERUSI JAWATANKUASA TATATERTIB DI BAWAH
PERATURAN 33, PERATURAN-PERATURAN TATATERTIB BADAN-BADAN BERKANUN,
JADUAL KEDUA, AKTA BADAN-BADAN BERKANUN (TATATERTIB DAN SURCAJ) 2000
[AKTA 605]
KEPUTUSAN
Saya, sebagai Pengerusi Jawatankuasa Tatatertib (NAMA PENUH JAWATANKUASA
TATATERTIB TERSEBUT) memutuskan pelanggaran tatatertib oleh (NAMA PENUH, KAD
PENGENALAN DAN JAWATAN PEGAWAI BERKENAAN) adalah daripada jenis yang patut
dikenakan
hukuman yang lebih ringan daripada buang kerja atau turun pangkat
mengikut Peraturan 34 Peraturan-peraturan Tatatertib Badan-badan
Berkanun, Jadual Kedua, Akta Badan-badan Berkanun (Tatatertib dan
Surcaj) 2000 [Akta 605].
hukuman buang kerja atau turun pangkat mengikut Peraturan 35,
Peraturan-peraturan Tatatertib Badan-badan Berkanun, Jadual Kedua, Akta
Badan-badan Berkanun (Tatatertib dan Surcaj 2000 [Akta 605].
Yang benar,
…………………. (NAMA PENUH) Pengerusi, Jawatankuasa Tatatertib ………………. Tarikh :
18
LAMPIRAN C
CONTOH KERTAS PERTIMBANGAN WUJUD KESALAHAN/PRIMA FACIE KERTAS UNTUK PERTIMBANGAN JAWATANKUASA TATATERTIB Penentuan wujud kes/prima facie ke atas Encik (NAMA, SKIM PERKHIDMATAN, GELARAN JAWATAN DAN JABATAN TEPAT BERTUGAS)
1. TUJUAN
1.1 Kertas ini dikemukakan kepada Jawatankuasa Tatatertib bagi menentukan sama
ada wujud kes/prima facie bagi mengambil tindakan tatatertib ke atas (NAMA,
SKIM PERKHIDMATAN, GELARAN JAWATAN DAN TEMPAT BERTUGAS) kerana
melanggar Peraturan-peraturan Tatatertib Badan-badan Berkanun (Tatatertib dan
Surcaj) 2000 [Akta 605].
2. BUTIR-BUTIR PEGAWAI
Nama :
No. K/P :
Tarikh lahir/Umur :
Tarikh mula dilantik dalam perkhidmatan Kerajaan
:
Tarikh dilantik dalam jawatan sekarang
:
Tarikh disahkan dalam jawatan sekarang
:
Taraf jawatan :
Jawatan semasa pelanggaran tatatertib dilakukan Jawatan sekarang
: :
Gaji sekarang dan mata gaji :
Tarikh pergerakan gaji :
Salinan Kenyataan Perkhidmatan pegawai seperti di Lampiran ………….
19
3. LATAR BELAKANG KES
3.1 Satu laporan telah diterima daripada (KETUA JABATAN / PEGAWAI PELAPOR)
mengenai kelakuan Encik/Cik (NAMA, SKIM PERKHIDMATAN, GELARAN JAWATAN
DAN JABATAN TEMPAT BERTUGAS) seperti berikut:
3.1.1 (Ringkasan laporan daripada Ketua Jabatan/Pegawai Pelapor). 3.1.2 ↓ 3.1.9
Salinan Laporan Ketua Jabatan / Pegawai Pelapor seperti di Lampiran ………
4. PERTIMBANGAN PENGERUSI JAWATANKUASA TATATERTIB
4.1 Pengerusi Jawatankuasa Tatatertib pada (NYATAKAN TARIKH) telah memutuskan
bahawa pelanggaran tatatertib oleh pegawai yang berkenaan diambil di bawah
Peraturan (NYATAKAN PERATURAN 34 ATAU 35) Peraturan-peraturan Tatatertib
Badan-badan Berkanun, Jadual Kedua, Akta Badan-badan Berkanun (Tatatertib dan
Surcaj) 2000 [Akta 605]
5. ULASAN URUS SETIA
5.1 Urus setia setelah mengkaji fakta-fakta dan keterangan-keterangan yang ada
mengenai kes ini berpendapat bahawa:
(Urus setia hendaklah memberi pandangan berdasarkan laporan dan dokumen
yang ada serta kaitkan dengan peraturan yang dilanggar bagi tiap kesalahan yang
dilaporkan).
5.1.1 5.1.2
↓ 5.1.9
6. PERAKUAN
6.1 Jawatankuasa Tatatertib dengan ini diminta menimbang dan membuat keputusan terhadap kes/prima facie ke atas (NAMA PENUH PEGAWAI DAN JAWATAN)
20
LAMPIRAN D
CONTOH MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA TATATERTIB MENENTUKAN WUJUD KESALAHAN/PRIMA FACIE
Minit Mesyuarat Jawatankuasa Tatatertib ….. yang ke …… yang telah diadakan pada hari ………. jam …….. 1. KEHADIRAN
Pengerusi i) Gelaran Jawatan : ii) Skim Perkhidmatan dan Gred : iii) Nama Jabatan / Bahagian : iv) Nama Pegawai :
Ahli (a) i) Gelaran Jawatan :
ii) Skim Perkhidmatan dan Gred : iii) Nama Jabatan / Bahagian : iv) Nama Pegawai :
Ahli (b)
i) Gelaran Jawatan : ii) Skim Perkhidmatan dan Gred : iii) Nama Jabatan / Bahagian : iv) Nama Pegawai :
Ahli (c)
i) Gelaran Jawatan : ii) Skim Perkhidmatan dan Gred : iii) Nama Jabatan / Bahagian : iv) Nama Pegawai :
Ahli (d) i) Gelaran Jawatan : ii) Skim Perkhidmatan dan Gred : iii) Nama Jabatan / Bahagian : iv) Nama Pegawai :
Turut hadir i) Gelaran Jawatan : ii) Skim Perkhidmatan dan Gred : iii) Nama Jabatan / Bahagian : iv) Nama Pegawai :
21
2. PERKARA-PERKARA YANG DIPERTIMBANGKAN 2.1 KERTAS JKTT BIL. 1/2004
Rujukan. SULIT.XXX.TT.888/(11) Kertas penentuan kes/prima facie dan menimbangkan untuk
mengeluarkan surat pertuduhan ke atas Encik XXX, Ketua Pembantu
Tadbir, Gred N22, Bahagian Pentadbiran, Universiti SSS.
(RINGKASAN LATAR BELAKANG KES)
3. KEPUTUSAN MESYUARAT 3.1 Mesyuarat Jawatankuasa Tatatertib setelah menimbangkan kertas-kertas
yang dikemukakan telah membuat keputusan seperti berikut:
3.1.1 KERTAS JKTT BIL. 1/2004
Rujukan. SULIT. XX. TT.888/(11)
Encik XXX
Ketua Pembantu Tadbir,
Gred N22, Bahagian Pentadbiran, Universiti SSS.
(a) Jawatankuasa Tatatertib memutuskan wujud kes/prima facie ke atas
Encik XXX kerana (NYATAKAN KESALAHAN YANG DILAKUKAN DAN
BUKTI). Perbuatan pegawai ini telah melanggar (NYATAKAN
PERATURAN-PERATURAN LAIN YANG DILANGGAR) di bawah
Peraturan 3 ( ) ( ),
Peraturan-peraturan Tatatertib Badan-badan Berkanun, Jadual
Kedua, Akta Badan-badan Berkanun (Tatatertib dan Surcaj) 2000
[Akta 605]
(b) Jawatankuasa Tatatertib seterusnya bersetuju surat pertuduhan di
Lampiran ‘…………’ dikemukakan kepada pegawai.
3.1.2 KERTAS JKTT BIL. 2/2004
Rujukan. SULIT. XXX. TT.999/(2)
Puan AAA,
Penolong Pendaftar,
Gred N41,
Bahagian …..
Universiti …..
22
(a) Jawatankuasa Tatatertib memutuskan wujud kes prima facie ke atas
Puan AAA kerana (NYATAKAN KESALAHAN YANG DILAKUKAN DAN
BUKTI). Perbuatan pegawai ini telah melanggar (NYATAKAN
PERINTAH AM ATAU PERATURAN-PERATURAN LAIN YANG
DILANGGAR) dan boleh diertikan sebagai (TATAKELAKUAN MANA
DILANGGAR) di bawah Peraturan 3 ( ) ( ) Peraturan-peraturan
Tatatertib Badan-badan Berkanun, Jadual Kedua, Akta Badan-badan
Berkanun (Tatatertib dan Surcaj) 2000 [Akta 605]
(b) Jawatankuasa Tatatertib seterusnya bersetuju surat pertuduhan di
Lampiran ‘ …………’ dikemukakan kepada pegawai.
4. HAL-HAL LAIN
t.t …………………….
(NAMA PENUH) Pengerusi J/Kuasa Tatatertib ……………………. ………………… (NAMA PENUH) (NAMA PENUH) Ahli J/Kuasa Tatatertib Ahli J/Kuasa Tatatertib ……………………. ………………… (NAMA PENUH) (NAMA PENUH) Ahli J/Kuasa Tatatertib Ahli J/Kuasa Tatatertib
23
LAMPIRAN E1
SULIT
Rujukan : XYZ.KL.SULIT/87/(80) Tarikh : 8 Disember 2004 Encik RST, Ketua Pembantu Tadbir Bahagian Hal Ehwal Pelajar Universiti XYZ Melalui dan Salinan ………….. ………….. Tuan, TINDAKAN TATATERTIB DENGAN TUJUAN BUANG KERJA ATAU TURUN PANGKAT Bahawa satu laporan telah diterima oleh Jawatankuasa Tatatertib yang menyatakan bahawa
tuan, Encik RST, Ketua Pembantu Tadbir, Gred N22, Bahagian Hal Ehwal Pelajar telah
berkelakuan yang melanggar tatakelakuan dan membolehkan tindakan tatatertib diambil
terhadap tuan.
2. Pihak Berkuasa Tatatertib, setelah menimbangkan segala maklumat yang
diterima, berpendapat bahawa tuan patut dikenakan tindakan tatatertib di bawah
Peraturan 35, Peraturan-peraturan Tatatertib Badan-badan Berkanun, Jadual Kedua, Akta
Badan-badan Berkanun (Tatatertib dan Surcaj) 2000 [Akta 605] atas pertuduhan berikut:
Pertuduhan
Bahawa tuan, Encik RST, (No. K.P. 490706-05-5244), Ketua Pembantu Tadbir, Gred 22,
semasa bertugas di Bahagian Hal Ehwal Pelajar telah didapati tidak dapat hadir bertugas
tanpa cuti atau tanpa kebenaran atau tanpa sebab munasabah mulai 1 September
2004 hingga sekarang.
Tuan dengan itu telah melanggar Peraturan 23, Peraturan-peraturan Tatatertib Badan-
badan Berkanun, Jadual Kedua, Akta Badan-badan Berkanun (Tatatertib dan Surcaj) 2000
[Akta 605]. Perbuatan tuan boleh diertikan sebagai berkelakuan tidak bertanggungjawab
iaitu melanggar tatakelakuan di bawah peraturan 3(2)(g) dan (i) peraturan yang sama
seperti berikut:
“3(2) Seseorang pegawai tidak boleh –
24
(g) tidak bertanggungjawab;
(i) ingkar perintah atau berkelakuan dengan apa-apa cara yang boleh ditafsirkan dengan
munasabah sebagai ingkar perintah.”
Jika tuan didapati bersalah atas pertuduhan di atas, tuan boleh dihukum mengikut
Peraturan 40, Peraturan-peraturan Tatatertib Badan-badan Berkanun, Jadual Kedua, Akta
Badan-badan Berkanun (Tatatertib dan Surcaj) 2000 [Akta 605].
3. Mengikut Peraturan 35, Peraturan-peraturan Tatatertib Badan-badan Berkanun,
Jadual Kedua, Akta Badan-badan Berkanun (Tatatertib Dan Surcaj) 2000 [Akta 605] tuan
adalah diminta membuat satu representasi secara bertulis yang mengandungi alasan-alasan
yang tuan hendak gunakan untuk membebaskan diri tuan. Representasi tersebut hendaklah
dikemukakan kepada Pengerusi Jawatankuasa Tatatertib bagi Kumpulan Sokongan,
Universiti XYZ melalui Ketua Jabatan tuan dalam tempoh 21 hari dari tarikh tuan menerima
surat ini.
4. Sekiranya tuan tidak membuat representasi tersebut dalam tempoh masa yang
ditetapkan itu, tuan akan dianggap sebagai tidak membela diri, dan perkara ini akan terus
diputuskan oleh Jawatankuasa Tatatertib bagi Kumpulan Pelaksana …… berdasarkan
keterangan-keterangan yang sedia ada sahaja.
5. Sila tuan akui penerimaan surat ini dengan menandatangani akuan terima yang
disertakan dan mohon dikembalikan.
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA” Saya yang menurut perintah, t.t (NAMA PENUH) Pengerusi, Jawatankuasa Tatatertib bagi Kumpulan Sokongan
25
LAMPIRAN E2
SULIT
Rujukan : XYZ.KL.SULIT/87/(80) Tarikh : 8 Disember 2004
Encik RST, Ketua Pembantu Tadbir Bahagian Hal Ehwal Pelajar Universiti XYZ Melalui dan Salinan ………….. ………….. Tuan, TINDAKAN TATATERTIB BUKAN DENGAN TUJUAN BUANG KERJA ATAU TURUN PANGKAT Bahawa satu laporan telah diterima oleh Jawatankuasa Tatatertib yang menyatakan bahawa
tuan, Encik RST (No. K.P), Ketua Pembantu Tadbir, Gred N22, Bahagian Hal Ehwal Pelajar
telah berkelakuan yang melanggar tatakelakuan dan membolehkan tindakan tatatertib
diambil terhadap tuan.
2. Jawatankuasa Tatatertib, setelah menimbangkan segala maklumat yang diterima,
berpendapat bahawa tuan patut dikenakan tindakan tatatertib di bawah Peraturan 34,
Peraturan-peraturan Tatatertib Badan-badan Berkanun, Jadual Kedua, Akta Badan-badan
Berkanun (Tatatertib dan Surcaj) 2000 [Akta 605] atas pertuduhan berikut:
Pertuduhan Pertama
Bahawa tuan, Encik RST, (No. K.P. 490706-05-5244), Ketua Pembantu Tadbir, Gred 22,
semasa bertugas di Bahagian Hal Ehwal Pelajar telah didapati tidak dapat hadir bertugas
tanpa cuti atau tanpa kebenaran atau tanpa sebab munasabah selama 5 hari pada tarikh
berikut:
Tarikh Hari
i. 5 Januari 2004 Isnin
ii. 6 Januari 2004 Selasa
iii. 7 Januari 2004 Rabu
iv. 8 Januari 2004 Khamis
v. 9 Januari 2004 Jumaat
26
Tuan dengan itu telah melanggar Peraturan 23, Peraturan-peraturan Tatatertib Badan-
badan Berkanun, Jadual Kedua, Akta Badan-badan Berkanun (Tatatertib dan Surcaj) 2000
[Akta 605]. Perbuatan tuan boleh diertikan sebagai berkelakuan tidak bertanggungjawab
iaitu melanggar tatakelakuan di bawah peraturan 3(2)(g) dan (i) peraturan yang sama
seperti berikut:
“3(2) Seseorang pegawai tidak boleh –
(g) tidak bertanggungjawab;
Pertuduhan Kedua
Bahawa tuan Encik RST (No K.P), Ketua Pembantu Tadbir Gred N22 Bahagian Pentadbiran
telah didapati datang lewat ke pejabat dan balik cepat dari pejabat pada tarikh berikut:
Ogos 2004
Tarikh Hari Waktu Datang Waktu Balik
3 Ogos 2004 Selasa 8.30 pagi 3.00 petang
4 Ogos 2004 Rabu 9.00 pagi 3.00 petang
5 Ogos 2004 Khamis 9.00 pagi 3.00 petang
September 2004
15 September 2004 Rabu 9.00 pagi 3.00 petang
16 September 2004 Khamis 9.00 pagi 3.00 petang
Walaupun nasihat dan surat-surat amaran dan peringatan telah dberikan kepada tuan
melalui surat bertarikh 23 Ogos 2004 tetapi tuan masih melakukan perbuatan yang sama.
Oleh kerana itu, tuan telah melanggar waktu pejabat iaitiu di bawah Perintah Am 1(b) Bab G
Waktu Bekerja dan Lebih Masa 1974.
Perbuatan tuan oti adalah diertikan sebagai tidak bertanggungjawab dan ingkat perintah
iaitu melanggar peraturan 3(2) (g) dan (i), Peraturan-peraturan Tatatertib Badan-Badan
Berkanun, Jadual Kedua, Akta Badan-badan Berkanun (Tatatertib dan Surcaj) 2000 [Akta
605] yang berbunyi;
“3(2) Seseorang pegawai tidak boleh –
(g) tidak bertanggungjawab;
27
(i) ingkar perintah atau berkelakuan dengan apa-apa cara yang boleh ditafsirkan
dengan munasabah sebagai ingkar perintah.”
Jika tuan didapati bersalah atas pertuduhan di atas, tuan boleh dihukum mengikut
Peraturan 40, Peraturan-peraturan Tatatertib Badan-badan Berkanun, Jadual Kedua, Akta
Badan-badan Berkanun (Tatatertib dan Surcaj) 2000 [Akta 605].
3. Mengikut Peraturan 34, Peraturan-peraturan Tatatertib Badan-badan Berkanun,
Jadual Kedua, Akta Badan-badan Berkanun (Tatatertib Dan Surcaj) 2000 [Akta 605] tuan
adalah diminta membuat satu representasi secara bertulis yang mengandungi alasan-alasan
yang tuan hendak gunakan untuk membebaskan diri tuan. Representasi tersebut hendaklah
dikemukakan kepada Pengerusi Jawatankuasa Tatatertib bagi Kumpulan Sokongan,
Universiti XYZ melalui Ketua Jabatan tuan dalam tempoh 21 hari dari tarikh tuan menerima
surat ini.
4. Sekiranya tuan tidak membuat representasi tersebut dalam tempoh masa yang
ditetapkan itu, tuan akan dianggap sebagai tidak membela diri, dan perkara ini akan terus
diputuskan oleh Jawatankuasa Tatatertib bagi Kumpulan Pelaksana …… berdasarkan
keterangan-keterangan yang sedia ada sahaja.
5. Sila tuan akui penerimaan surat ini dengan menandatangani akuan terima yang
disertakan dan mohon dikembalikan.
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA” Saya yang menurut perintah, t.t (NAMA PENUH) Pengerusi, Jawatankuasa Tatatertib bagi Kumpulan Sokongan
28
LAMPIRAN F
CONTOH SURAT AKUAN TERIMA (NAMA PEGAWAI DAN ALAMAT PENUH)
………………………………………………..
Tarikh: Pengerusi, Jawatankuasa Tatatertib …………… Melalui: (KETUA JABATAN / ALAMAT PENUH) Tuan, TINDAKAN TATATERTIB Saya (NAMA PENUH DAN NO. KAD PENGENALAN PEGAWAI) dengan ini mengesahkan
bahawa saya telah menerima surat tuan Bil. ………………. bertarikh ……….. pada ………….
Sekian. t.t (NAMA PENUH PEGAWAI)
29
LAMPIRAN G
KERTAS UNTUK PERTIMBANGAN JAWATANKUASA TATATERTIB MEMBUAT KEPUTUSAN
Cadangan untuk mengambil tindakan tatatertib ke atas Encik (NAMA, SKIM PERKHIDMATAN DAN TEMPAT BERTUGAS)
1. TUJUAN
Kertas ini dikemukakan untuk pertimbangan Jawatankuasa Tatatertib atas cadangan
untuk mengambil tindakan ke atas Encik (NAMA, SKIM PERKHIDMATAN, GELARAN
JAWATAN DAN TEMPAT BERTUGAS) kerana melanggar Peraturan-peraturan Tatatertib
Badan-badan Berkanun, Jadual Kedua, Akta Badan-badan Berkanun (Tatatertib dan
Surcaj) 2000 [Akta 605].
2. BUTIR-BUTIR PEGAWAI
Nama :
No. K/P :
Tarikh lahir/Umur :
Tarikh mula dilantik dalam perkhidmatan Kerajaan
:
Tarikh dilantik dalam jawatan sekarang
:
Tarikh disahkan dalam jawatan sekarang
:
Taraf jawatan :
Jawatan semasa pelanggaran tatatertib dilakukan
:
Gaji sekarang dan mata gaji :
Tarikh pergerakan gaji :
Salinan Kenyataan Perkhidmatan pegawai seperti di Lampiran ………….
30
3. LATAR BELAKANG KES
a. Satu laporan telah diterima daripada (KETUA JABATAN / PEGAWAI
PELAPOR) mengenai kelakuan Encik/Cik (NAMA, SKIM PERKHIDMATAN, GELARAN
JAWATAN DAN JABATAN TEMPAT BERTUGAS) seperti berikut:
3.1.1 (Ringkasan laporan daripada Ketua Jabatan/Pegawai Pelapor). 3.1.2 ↓ 3.1.9 Salinan Laporan Ketua Jabatan / Pegawai Pelapor seperti di Lampiran ………
4. SURAT PERTUDUHAN
5.1 Jawatankuasa Tatatertib …………………….. bersetuju wujudnya kesalahan/prima
facie ke atas pegawai tersebut. Berikutan dengan itu surat pertuduhan bertarikh
………. telah dikeluarkan kepada pegawai berkenaan.
Salinan Laporan Ketua Jabatan seperti di Lampiran …………
6. JAWAPAN KEPADA PERTUDUHAN
6.1 Pegawai dalam surat jawapan kepada pertuduhan memberi penjelasan
seperti berikut:
6.1.1 (Ringkasan jawapan pegawai). 6.1.2 ↓ 5.1.9 Salinan Laporan Ketua Jabatan / Pegawai Pelapor seperti di Lampiran ………
7. ULASAN KETUA CAWANGAN / BAHAGIAN / JABATAN KE ATAS JAWAPAN KEPADA
PERTUDUHAN JIKA PERLU.
7.1 Ketua Unit / Cawangan / Bahagian / Jabatan dalam ulasannya menjelaskan
bahawa:
7.1.1 (Ringkasan ulasan Ketua Unit / Cawangan / Bahagian / Jabatan)
7.1.2
↓
31
8. ULASAN URUS SETIA
7.1 Urus setia, setelah meneliti jawapan pegawai dan lain-lain maklumat yang
berkaitan berpendapat bahawa:
7.1.1 (Urus setia hendaklah memberi ulasan berdasarkan laporan surat
pertuduhan, jawapan pertuduhan, ulasan Ketua Unit / Cawangan / Bahagian/
Jabatan sekiranya ada, kepada jawapan pertuduhan dan dokumen-dokumen
lain. Urus setia TIDAK BOLEH mengesyorkan hukuman).
7.1.2
↓
7.1.9
9. PERAKUAN
9.1.1 Jawatankuasa Tatatertib adalah dengan ini diminta membuat keputusan.
32
LAMPIRAN H
Minit Mesyuarat Jawatankuasa Tatatertib ….. yang ke …… yang telah diadakan pada hari ………. jam …….. di ………. 1. KEHADIRAN
Pengerusi i) Gelaran Jawatan : ii) Skim Perkhidmatan dan gred : iii) Nama Jabatan / Bahagian : iv) Nama Pegawai :
Ahli (a)
i) Gelaran Jawatan : ii) Skim Perkhidmatan dan Gred : iii) Nama Jabatan / Bahagian : iv) Nama Pegawai :
Ahli (b)
i) Gelaran Jawatan : ii) Skim Perkhidmatan dan Gred : iii) Nama Jabatan / Bahagian : iv) Nama Pegawai :
Ahli (c)
i) Gelaran Jawatan : ii) Skim Perkhidmatan dan Gred : iii) Nama Jabatan / Bahagian : iv) Nama Pegawai :
Ahli (d) i) Gelaran Jawatan :
ii) Skim Perkhidmatan dan Gred : iii) Nama Jabatan / Bahagian : iv) Nama Pegawai :
Turut hadir i) Gelaran Jawatan : ii) Skim Perkhidmatan dan Gred : iii) Nama Jabatan / Bahagian : iv) Nama Pegawai :
2. PERKARA-PERKARA YANG DIPERTIMBANGKAN KERTAS LTT.BIL.2/2004 Rujukan. SULIT.ABC.TT.01111(11) Pegawai Tadbir Gred N41 Pejabat Bendahari,
33
Kolej Universiti XXXX KERTAS LTT.BIL.4/2004 Rujukan.SULIT.ABC.TT.00001/(12) Puan UVM, Jurutera, Gred J48, Bahagian Pembangunan, Kolej Universiti MMM
3. KEPUTUSAN MESYUARAT
Mesyuarat Jawatankuasa Tatatertib setelah menimbangkan kertas-kertas yang
dikemukakan telah membuat keputusan seperti berikut:
1. Asas-asas keputusan
1.1 Asas-asas bagaimana Jawatankuasa Tatatertib mendapati pegawai
bersalah atau tidak.
1.2 Asas-asas hukuman jika pegawai didapati bersalah.
2. Hukuman
Berdasarkan alasan-alasan di atas Jawatankuasa Tatatertib membuat
keputusan mengenakan hukuman …………. mengikut Peraturan 40,
Peraturan-peraturan Tatatertib Badan-badan berkanun, Jadual Kedua, Akta
Badan-badan Berkanun (Tatatertib dan Surcaj) 2000 [Akta 605]
KERTAS LTT.BIL.2/2004 Encik XYZ
1. Asas-asas keputusan
2. Hukuman
KERTAS LTT. BIL.4/2004
1. Asas-asas keputusan
2. Hukuman
4. HAL-HAL LAIN
t.t …………………….
(NAMA PENUH) Pengerusi J/Kuasa Tatatertib t.t ……………………. (NAMA PENUH)
34
Ahli J/Kuasa Tatatertib t.t ……………………. (NAMA PENUH) Ahli J/Kuasa Tatatertib
35
LAMPIRAN I
SURAT PEMBERITAHUAN KEPUTUSAN JAWATANKUASA TATATERTIB KEPADA YANG DITUDUH Nama Pegawai (ALAMAT PENUH) Melalui dan Salinan (NAMA PENUH KETUA UNIT / CAWANGAN / BAHAGIAN / JABATAN DAN ALAMAT
PENUH)
Tuan,
TINDAKAN TATATERTIB
Jawatankuasa Tatatertib di dalam mesyuarat yang ke ……….. pada …………. setelah
menimbangkan dengan teliti pertuduhan ke atas tuan dan jawapan yang diberi oleh
tuan, memutuskan bahawa tuan dikenakan hukuman (NYATAKAN HUKUMAN)
mengikut Peraturan 40 ( ), Jawatankuasa Rayuan Tatatertib Jadual Ketiga, Bahagian II
Akta Badan-badan Berkanun (Tatatertib dan Surcaj) 2000 [Akta 605].
2. Mengikut Peraturan 20, Jadual Ketiga, Akta Badan-badan Berkanun (Tatatertib
dan Surcaj) 2000 [Akta 605], tuan adalah dengan ini diberi peluang untuk membuat
rayuan kepada Jawatankuasa Rayuan Tatatertib melalui Ketua Jabatan tuan dalam
tempoh 14 hari dari tarikh penerimaan surat keputusan Jawatankuasa Tatatertib ini.
3. Sila tuan akui penerimaan surat ini dengan menandatangani surat akuan terima
yang diserahkan dan kembalikan.
t.t (NAMA PENUH) b.p. Pengerusi Jawatankuasa Tatatertib …………………
top related