emas pertama - armadiahmad.files.wordpress.com filedalam menghadapi perlawanan akhir tenpin boling...
Post on 10-Sep-2019
17 Views
Preview:
TRANSCRIPT
KERJASAMA
BIL. 8 12 FEBRUARI 2014
EMAS PERTAMA lawan pedang milik Laura Simon
UiTM mengaum!
EMAS PERTAMA menembak
FAEEZ’S will achieved
UNIVERSITI MALAYAswooping ticket to final
Dengan berbekalkan pengalaman dan kesungguhan
dalam menghadapi perlawanan akhir tenpin boling SUKIPT
2014 bagi kategori lelaki berkumpulan dan all events,
pasukan UiTM sekali lagi memastikan kejayaan milik mereka
dalam genggaman. Dengan jatuhan pin sebanyak 5408,
UiTM telah mengalahkan Politeknik Selangor dengan
perbezaan mata 187 sekaligus memenangi pingat emas.
Walaupun salah seorang pemain UiTM, Yusuf Abdul Raof
mengalami demam, beliau tetap meneruskan cabaran
bagi kategori lelaki berpasukan.
Manakala, Jonanathan Ding Sagan dari UiTM juga telah
dinobatkan sebagai pemain terbaik dalam kategori all
event.
”Walaupun prestasi saya kurang memuaskan berbanding
sebelum ini, rakan sepasukan banyak memberi sokongan,”
menurut Jonathan yang akan beraksi pada Sukan Asia
akan datang.
“Kami bukan sahaja membuat latihan boling malah
diselitkan juga latihan renang untuk kekuatan stamina,“
kata jurulatih UiTM, Encik Onn Abdul Majid yang mengakui
persaingan mereka agak sengit dengan Politeknik
Selangor. Politeknik Melaka pula hanya sekadar berpuas
hati di tempat ketiga dengan jatuhan pin sebanyak 4929.
BILA UiTM MENGAUM!Wartawan : Sam Syadeed Samat, Nur Shaiqah Mohd Shamsul & Fatin Ainur Ramlee
Foto : Haiz, Hakiemienaam, Suzairi Haizi & Zulikhry
UKM TUNJUK TARING DI SAAT AKHIRWartawan : Nurul Husna Abdul Rahim
Foto : Khairulnizam bin Md Hairuddin
Acara bola tampar Temasya Sukan Institusi Pengajian Tinggi
(SUKIPT) 2014 melabuhkan tirainya dengan menyaksikan
Universiti Kebangsaan Malaysia(UKM) menguasai penuh
gelanggang A bola tampar Dewan MBSA, Shah Alam
sekaligus tampil sebagai juara bagi kategori lelaki.
Kehebatan UKM terserlah pada set masa kedua apabila
mempamerkan aksi garang mengasak lawan dari Universiti
Putra Malaysia(UPM) dan akhirnya mengutip mata
3-0 di mana sebelum ini UKM telah menumpaskan INTI
International University(INTIIU) pada separuh akhir kedua
dengan mata 2-0.
“Kami telah membuat persediaan untuk menghadapi
pihak lawan yang lebih bertenaga, namun persembahan
mereka tidak seperti yang kami jangkakan. Walau
bagaimanapun, kami telah melakukan yang terbaik dan
berpuas hati dengan permainan tadi dan perlu membuat
persediaan yang lebih lagi untuk acara bola tampar pantai
pula selepas ini,” kata kapten pasukan, Mohd Fitri Salim.
“Saya amat berpuas hati dengan aksi yang ditonjolkan
oleh pemain-pemain dan mereka meletakkan usaha yang
maksimum menentang UPM yang menjadikan pemain
kebangsaan sebagai tulang belakang dan penguat
pasukan mereka. Ini merupakan hasil kerjasama mereka
sebagai satu pasukan,” kata Mohd Jasmy Abdul Rahman,
pengurus pasukan UKM.
Menurut Mohd Fitri lagi, mereka mula melakukan latihan
sejak bulan Disember yang lalu di samping menyertai
kejohanan-kejohanan lain sebelum beraksi untuk SUKIPT.
Selain itu, beliau berharap agar promosi temasya SUKIPT
diperluaskan lagi untuk edisi yang seterusnya kerana ini
merupakan platform yang terbesar bagi pelajar untuk
menyerlahkan lagi bakat mereka.
EMAS PERTAMA MENEMBAKWartawan : Aainaa Nazirah Anuar & Amira SikunFoto : Awangku Hisyam
Universiti Malaya(UM) menambah bilangan pingat emas
pada fasa kedua kejohanan Sukan Institusi Pengajian
Tinggi(SUKIPT) selepas Muhamad Muhly berjaya
mengumpul mata tertinggi dalam acara menembak bagi
kategori 10 m Air Rile individu lelaki.
Muhamad Muhly yang memungut mata sebanyak 195.4
berdepan dengan saingan sengit dari atlet Universiti
Putra Malaysia(UPM), Muhamad Shahril Sahak dengan
perbezaan dua mata, 193.8. Pemenang pingat gangsa
pula, dimenangi oleh Muhamad Zubair Mohammad dari
Universiti Kuala Lumpur(UniKL) dengan pungutan mata
173.5.
“Saya tidak menyangka mampu meraih pingat emas,
kerana terdapat beberapa masalah yang dihadapi
sebelum pertandingan,” kata Muhamad Muhly yang
ditemui selepas tamat pertandingan.
Manakala, UPM mengungguli acara menembak kategori
10 m Air Rile berpasukan lelaki dengan pungutan mata
1676 jauh meninggalkan Universiti Teknologi MARA(UiTM)
dengan pungutan mata 1648 manakala Universiti
Pertahanan Nasional Malaysia(UPNM) telah memungut
mata sebanyak 1498.
EMAS PERTAMA LAWAN PEDANG MILIK LAURA SIMONWartawan : Ahmad Muzakkir Mohd ZukiFoto : Meor Sharifuddin bin Meor Shukri
Akhirnya UKM
dinobatkan
juara bola
tampar bagi
kategori lelaki
Atlet dari Universiti Malaysia Sabah(UMS), Laura Simon
berjaya merangkul pingat emas setelah mengalahkan
atlet dari Universiti Teknologi MARA(UiTM), Anis Syaqireen
dalam acara epee individu bagi kategori wanita dengan
keputusan 15-10 di Arena Lawan Pedang, Politeknik Shah
Alam.
“Untuk menghadapi SUKIPT kali ini saya telah melakukan
persiapan yang rapi seawal dua bulan yang lepas.
Walaupun saya sibuk dengan kelas, saya tetap menjalani
latihan seperti biasa,” ujar Laura.
Lawan pedang merupakan acara kali pertama
dipertandingkan di SUKIPT edisi kali ini yang menyaksikan
pingat gangsa dikongsi oleh dua atlet iaitu Nadzirah Mohd
Adzeman dan Yaminah Mohamed Yasin, masing-masing
dari Universiti Putra Malaysia(UPM).
Selain itu, acara foil individu bagi kategori lelaki
dimenangi oleh Muhamad Aqil Anuar dari Universiti Putra
Malaysia(UPM) dan pingat perak dimenangi oleh atlet Nilai
University(NILAI U) manakala pingat gangsa dikongsi oleh
dua atlet dari Universiti Teknologi Malaysia(UTM) iaitu Mohd
Najib Othman dan Mustafa Kamal Saedon.
JURUFOTO
Meor Sharifuddin bin Meor Shukri
Khairulnizam bin Md Hairuddin
Enamul Shah bin Abdul Halim
Mohd. Fauzan bin Md. Sardi
Noor Kasmara bin Mohd Sokarnor
Mohamad Amirul bin Mohd Adnan(UiTM)
Pelajar Kolej Komuniti Paya Besar
Pelajar Kolej Komuniti Jasin
PENYELARAS
Zaidi bin Shariff
EDITOR
Nor Azlina binti Mohd Zubaidi
Suraya binti Ismail@Shaari
GRAFIK
Faizal bin Ayob
Shahirah Haifah binti SangajiLily Haryanti binti Az Muzni
Muhamad Muhly melakukan aksi menembak bagi
kategori 10 m Air Rile individu lelaki
Penyampaian pingat
disampaikan oleh
Datuk Haji Omar Abd.
Rahman
Semangat berpasukan yang ditunjukkan oleh
Universiti Teknologi MARA(UiTM)
Pemenang tenpin
boling bagi kategori
lelaki berpasukan
dan all events,
Universiti Teknologi
MARA(UiTM)
Antara aksi sengit perlawanan bola tampar
di antara UKM dan UPM
4 5
6 7
FAEEZ’S WILL ACHIEVEDBy: Ainie Hananie Tauik & Nurfaizah Abdul RahmanPhoto: Syazwan Azli
The UniMAP tennis
player‘s will come true,
after winning over
Iskandar Aiq from Universiti Malaya(UM)
in inal set with 76(6),26,76(4).
“I feel contented from
the irst day of the game as I am able to compete
with good players and
win this category,” said
Mohd Faeez Said.
UM SWOOPING TICKETS TO BADMINTON’S FINALSBy: Farishah Hanem, Noor Aida & Nasra Naturhana Ahmad SuhaimiPhoto: Hakiemienaam
Multipurpose Hall, International Islamic University
Malaysia(IIUM) bears witness after Universiti Malaya(UM)
dominates all the inal rounds in all categories.
Muhammad Syawal Ismail rules the men’s single with
21-12, 7-21, 21-10 winning over Loo Yik Xiang from Universiti
Putra Malaysia(UPM) while Nurshahida Baharum leads the
women’s single after defeating Kolej Universiti Tunku Abdul
Rahman (KTAR) with a straight set 21-9, 21-15.
For men’s double, UM will ight against Kolej Komuniti Terengganu/Kelantan(KKTK) while in women’s double, UM
will face City University College Science and Technology
(CUST).
This 20 years old athlete who won gold for men’s double
with his brother, Mohd Fazree in SUKIPT 2012 aims to win
over both categories this year.
Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Malaysia(MITI),
YB Dato’ Ir. Haji Hamim Samuri melawat ke Sekretariat Sukan Institusi
Pengajian Tinggi(SUKIPT) di Kolej Mawar semalam.
Kesudian beliau hadir ke Sekretariat Induk disambut mesra oleh Encik
Hazally Jali, Setiausaha Bahagian Sukan Kementerian Pengajian Tinggi dan
juga para pegawai serta sukarelawan yang bertugas.
Dalam sesi lawatan tersebut, beliau diberi penerangan ringkas mengenai
fungsi sekretariat bagi kelancaran SUKIPT edisi kali ini.
LAWATAN TIMBALAN MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI MALAYSIA KE SEKRETARIAT SUKIPTWartawan : Nor ‘Adilah Abd RahimFoto : Adam Ghazali & Suzairi Haizi
YB Dato’ Ir. Haji Hamim Samuri
juga sempat beramah mesra
dengan semua warga
sekretariat sebelum berangkat
ke lokasi bagi acara tenpin
boling di Mega Lane, Sunway
Pyramid di mana beliau akan
menyempurnakan acara
penyampaian pingat kepada
atlet di sana.
Pendidikan Malaysia dan
.
8
11UiTM 32 23 14
UTM 7 2 8
UM 12 3 5
UTAR 5 0 0
UMS 3 6 8
UPM 26 21 22
UniSZA 6 6 3
UniMAP 9 3 6
SUNWAY UNIVERSITY 4 3 2
USM 3 4 3
MASUK PERCUMA
Seramai 22 orang anggota RELA Klang terlibat dalam
temasya Sukan Institusi Pengajian Tinggi (SUKIPT) kali ini
dalam membantu meringankan beban Polis Bantuan dan
Polis Diraja Malaysia (PDRM).
“Tugasan yang kami terima tidak ada sebarang halangan
daripada luar mahupun dalam” kata Encik Zainal Kamrin
bin Adam, Timbalan Penguasa Kanan RELA.
Menurut Zainal, dia berpuas hati dengan kelancaran
temasya SUKIPT kali ini dan berharap agar SUKIPT 2014 akan
berjalan dengan lebih lancar demi kebaikan semua pihak
yang terlibat.
Kumpulan sukarelawan diperkemas menjelang Fasa 2
kejohanan Sukan Institusi Pengajian Tinggi (SUKIPT) 2014
yang bermula 11 hingga 16 Februari 2014.
Setiausaha Jawatankuasa Sukarelawan SUKIPT, Ku Hadzrill
Jeeffry bin Ku Hamzah (gambar) berkata para sukarelawan
lebih bersedia untuk menghadapi Fasa 2 ini. “Kita akan
meneruskan sistem yang kita guna semasa Fasa 1 tempoh
hari (1-10 Februari) dan memperkemaskan serba sedikit
agar SUKIPT berjalan lebih lancar,” ujar beliau lagi.
Beliau yang ditemui semasa Taklimat Sukarelawan Fasa
2 berharap 450 orang sukarelawan yang terlibat mampu
menjalankan tugas masing-masing dengan penuh etika
dan ikhlas serta mempunyai semangat sukan yang tinggi.
RELA-SUKIPT BERJALAN LANCARWartawan: Yasmin Fairoz
Foto: Megat Mohd Raiezi Megat Mohd Rodzi
SUKARELAWAN DIPERKEMAS!Wartawan: Megat Mohd Raiezi Megat Mohd RodziFoto: Megat Mohd Raiezi Megat Mohd Rodzi
& PEGAWAI SUKIPT 2014
top related