dasar pendidikan dan pelaksanaan hak kanak-kanak di · pdf filerawatan pemulihan bukan ... kpd...
Post on 01-Feb-2018
261 Views
Preview:
TRANSCRIPT
Dasar Pendidikan dan Pelaksanaan Hak Kanak-kanak di Sekolah
Chiam Heng Keng
SUHAKAMSimposium Hak Kanak-kanak: Menjana Pemikiran
7-8 April 2008, Kuala Lumpur
Dasar
Merupakan prinsip-prinsip untuk membuat keputusan, merancang program dan sebagainya pada peringkat kementerian atau sekolah
Konvensyen mengenai hak
kanak-kanak (CRC)
Konvensyen ini diratifikan oleh kerajaan pada 17 Februari 1995.
Kerajaan dikehendaki melaksanakan semua artikel dalam CRC.
CRC
Hak-hak kanak-kanak dikelaskan kepada:
KehidupanPerlindunganPerkembanganPenyertaan
Pendidikan wajib tetapi tak
percuma
Akta Pendidikan 1966 dipinda pada 2002 untuk mewajibkan pendidikan sekolah rendah.
Artikel 28 dalam CRC menyatakan kerajaan dikehendaki menyediakan pendidikan wajib dan percuma.
Kerajaan meletakkan reservasi pada Artikel 28.
Dasar pendidikan dan hak
kanak-kanak
Adakah dasar pendidikan menafikan kanak-kanak hak mereka?
Soalan ini akan diteliti dari 4 aspek:PerkembanganPerlindunganKehidupanPenyertaan
Perkembangan
Perkembangan merupakan hak kanak-kanak yang amat penting dalam konteks sekolah.
Tanpa perkembangan masa depan kanak-kanak suram.
Pendidikan merupakan pembuluh yang memboleh kanak-kanak berkembang.
Hak untuk pendidikan
Artikel 29: pendidikan hendaklah untuk mengembangkan personaliti, bakat, kebolehan mental dan fizikal kanak-kanak pada tahap potensi yang paling tinggi.
Fokus terhadap perkembangan kebolehan akademik sahaja menunjukkan amalan diskriminasi.
Kesan Kecenderungan terhadap
kecemerlangan Akademik
Personaliti tidak dikembangkan.Kanak-kanak yang mempunyai
kecerdasan dalam domain yang lain tidak dapat mengembangkan potensi mereka.
Kanak-kanak ini biasanya mempunyai harga diri yang rendah, merasa tak diterima, kecewa dan sebagainya.
Masalah disiplin
Diwujudkan oleh keperluan yang tidak dipenuhi terutama keperluan untuk kejayaan.
Program pendidikan yang gagal mengembangkan potensi mereka.
Pelajar ini menggunakan cara yang tidak diterima oleh masyarakat untuk menyelaikan masalah dan menenuhi keperluan mereka.
Pemindahan pelajar yang
bermasalah disiplin
Sekolah gagal dalam mengembangkan tret personaliti yang positif atau membantu mereka menyelesaikan masalah peribadi.
Jika sekolah yang kedua juga gagal dalam tugas ini, pelajar akan dipindah ke sekolah yang lain.
Pemindahan pelajar yang
bemasalah disiplin
Selain Artikel 29, barangkali Artikel 2 dan 39 juga dicabuli.
Artikel 2: Kerajaan ada obligasi melindungi semua kanak-kanak dari apa-apa bentuk diskriminasi.
Artikel 39: Mangsa termasuk mangsa pengabaian, diberi rawatan pemulihan bukan hukuman.
Kanak-kanak kurang upaya
Kanak-kanak OKU mempunyai hak yang sama dengan kanak-kanak yang bukan OKU.
Artikel 23: OKU mempunyai hak kpd penjagaan, pendidikan dan latihan khas supaya mereka menikmati maruah dan integrasi sosial yang boleh.
… kanak-kanak kurang
upaya
Kajian SUHAKAM: 90.0% murid, 92.0% guru dan 92.3% pentadbir sekolah ingin pelajar OKU ditempatkan di sekolah khas.
Aduan diterima oleh SUHAKAM: seorang murid ADHD dibuli dan diusik rakan sekelas.
Hak untuk Perlindungan
Ada beberapa kejadian di sekolah yang menyebabkan kanak-kanak merasa tidak selamat.
buli
Buli – ada 2 jenis: fizikal dan psikologi
Buli psikologi: mengumpat, ditolak oleh rakan, dipulaukan dan diejak.
Kesan buli psikologi mungkin lebih teruk daripada kesan buli fizikal.
/2
… buli
Kesan psikologi termasuk harga diri yang rendah, ketakutan dan ketidakupayaan (helplessness)
Di Amerika Syarikat, pelajar yang membunuh rakan dan staf biasanya mempunyai masalah kesihatan mental yang merupakan kesan buli.
/3
… buli
Di Malaysia Seorang murid yang membunuh
anak guru tusyennya kerana dia diusik olehnya.
Kes murid ADHD. Murid ini menggunakan pisau lipat untuk mengancam rakan yang membuli dia.
Penggunaan ejakan sebagai
dorongan
Kajian SUHAKAM menunjukkan 39.2% murid, 28.8% guru dan 14.1% pentadbir sekolah berpendapat guru tidak salah jika mereka mempersendakan murid untuk mendorong mereka untuk belajar.
Teknik ini hanya berkesan untuk murid yang yakin dan menganggap ejakan sebagai satu cabaran.
… penggunaan ejakan
sebagai dorongan
Ejakan merendahkan konsep kendiri dan keyakinan murid dengan menyebabkan mereka merasa malu.
Tugas dan tanggungjawab guru ialah untuk melindungi murid daripada membentuk personaliti negatif .
Merotan
Datuk Noh Omar pada 3 Sept 2007 dalam menjawab soalan dalam parlimen menyatakan penggunaan merotan secara awam dirancangkan.
Salah satu resolusi dibuat oleh peserta dalam seminar untuk memperhaluskan Peraturan Pendidikan (Disiplin Sekolah 2007) ialah merotan murid perempuan.
… merotan
Datuk Noh Omar dan para peserta seminar tersebut tidak tahu pindaan Akta Kanak-kanak 2001.
Perlindingan dari
Penganiayaan
Jika sekolah tahu muridnya ialah mangsa sumbang muhrim tetapi tidak membuat lapor polis, pihak sekolah bukan sahaja tidak melindungi murid itu tetapi juga terbabit dalam penganiayaan.
Sekolah juga boleh menyebabkan murid menyalahgunakan dadah.
Salah guna dadah
Murid poteng sekolah kerana pelajaran sukar difahami, boring, tidak relevan serta mereka selalu dimarahi dan dihukum.
Kejadian poteng sekolah merokok cuba dadahpenagih dadah.
Kehidupan
Kekuatan mental diperlukan dalam dunia yang global dan bersaing.
Ramai ahli sukan di Malaysia tidak mencapai taraf antara bangsa atau jika berjaya, tidak boleh mengekalkan prestasi mereka kerana kekurangan kekuatan mental.
… kehidupan
Untuk bertahan dan berjaya dalam situasi amat tekanan atau amat bersaign, murid perlu mempunyai
ketabahan, kebolehan berfikir secara terbuka
dan kreatif,menyesaikan masalah secara bebas, berdikari
Penyertaan
Artikel 12: Hak untuk menyatakan pendapat kanak-kanak yang perlu diambil kira dalam apa-apa perkara yang menyentuh mereka.
Kajian SUHAKAM menunjukkan 45.9% guru dan 26.1% pentadbir mahu hak untuk melantik ketua kelas; 70.4% guru dan 53.6% pentadbir hendak kuasa yang penuh untuk melantik pengawas.
Penyertaan
Artikel 12: Kanak-kanak mempunyai hak untuk menyatakan pandangnya, menerima maklumat , memberitahu idea atau maklumat.
Tanggungjawab: menghormati hak dan reputasi orang lain; melindingi keselamatan negara, ketenteraman awam, kesihatan awam & kemoral.
Penyertaan
Jika kanak-kanak digalakkan meluahkan kekecewaan, ketakutan, masalah emosi dan sebagainya, masalah sosial boleh dikurangkan.
Emosi yang ditahankan (suppress) mungkin diletup dalam bentuk serangan, pembunuhan dan gangguan mental.
Kesimpulan
Kerajaan telah meratifikan Konvensyen Mengenai Hak Kanak-kanak.
Konvensyen ini ialah untuk kesejahteraan kanak-kanak, terutama untuk perkembangan & perlindungan mereka.
Dasar Kementerian dan sekolah perlu selaras dengan CRC.
top related