dasar negara asean imran
Post on 07-Feb-2016
134 Views
Preview:
DESCRIPTION
TRANSCRIPT
DASAR NEGARA ASEAN (INDONESIA)
PANCASILA
Pancasila, mungkin sudah sering kita mendengar atau mempelajari tentang ini. Pancasila
terdiri dari dua kata, berasal dari bahasa Sanskrit: pañca bererti lima dan śīla bererti prinsip atau
asas. Ideologi dasar bagi negara Indonesia adalah Pancasila, merupakan rumusan dan pedoman
kehidupan berbangsa dan bernegara bagi seluruh rakyat Indonesia.
(Undang-Undang Dasar 1945 alenia ke-4) teks Pancasila adalah:
1. Ketuhanan Yang Maha Esa
2. Kemanusiaan yang adil dan beradab
3. Persatuan Indonesia
4. Kerakyatan yang dipimpin oleh hikmat kebijaksanaan dalam permusyawaratan/ perwakilan
5. Keadilan sosial bagi seluruh rakyat Indonesia
GARUDA PANCASILA
Garuda Pancasila merupakan lambang negara Indonesia. Dalam gambar burung garuda, pada
leher burung garuda terdapat gambar-gambar yang tergantung dalam sebuah perisai, yang
melambangkan Pancasila, yaitu:
Bintang: Ketuhanan Yang Maha Esa.
Rantai Baja: Kemanusiaan yang adil dan beradab.
Pohon Beringin: Persatuan Indonesia.
Kepala Banteng: Kerakyatan yang dipimpin oleh hikmat kebijaksanaan dalam
permusyawaratan/ perwakilan.
Padi dan Kapas: Keadilan sosial bagi seluruh rakyat Indonesia.
Fungsi Umum Pancasila
Pancasila Sebagai Panduan Hidup Bangsa Indonesia
Pancasila Sebagai Sumber Segala Sumber Hukum
Pancasila Sebagai Perjanjian Luhur
Pancasila Sebagai falsafah hidup bangsa Indonesia
Undang-Undang Dasar Negara Republik Indonesia Tahun 1945, atau disingkat UUD
1945 atau UUD '45, adalah hukum dasar Republik Indonesia.
UDD 1945 disahkan sebagai undang-undang dasar Republik Indonesia oleh PPKI pada
tarikh 18 Ogos 1945. Pada 27 Disember 1949, berlaku konstitusi RIS dan pada 17 Ogos 1950 di
Indonesia UDDS 1950 dilaksanakan. Pemilihan Presiden pada 5 Julai 1959 telah menyebabkan
berlakunya UDD 1945 sekali lagi malah dikukuhkan lagi dengan aklamasi oleh DPR pada 22
Julai 1959.
Naskah Undang-Undang Dasar 1945
Pada awalnya, UUD 1945 terdiri daripada (16 bab, 37 pasal, 65 ayat (16 ayat berasal dari
16 pasal yang hanya terdiri dari 1 ayat dan 49 ayat berasal dari 21 pasal yang terdiri dari 2 ayat
atau lebih), 4 pasal Aturan Peralihan, dan 2 ayat Aturan Tambahan), serta Penjelasan. Setelah
dilakukan 4 kali perubahan, UUD 1945 memiliki 16 bab, 37 pasal, 194 ayat, 3 pasal Aturan
Peralihan, dan 2 pasal Aturan Tambahan.
Sejarah Awal UDD
. Badan Penyelidik Usaha Persiapan Kemerdekaan Indonesia (BPUPKI) yang
dibentuk pada 29 April 1945 adalah badan yang menyusun rancangan UUD 1945. Pada masa
sidang pertama berlangsung pada 28 Mei hingga 1 Jun 1945, Ir.Soekarno menyampaikan
gagasan tentang “Dasar Negara” yang diberi nama Pancasila. Pada tanggal 22 Jun 1945, 38
anggota BPUPKI membentuk Panitia Sembilan yang terdiri dari 9 orang untuk
merancang Piagam Jakarta yang akan menjadi naskah Pembukaan UUD 1945. Setelah dibuang
ayat "dengan kewajiban menjalankan syariah Islam bagi pemeluk-pemeluknya" maka naskah
Piagam Jakarta menjadi naskah Pembukaan UUD 1945 yang disahkan pada tanggal 18 Ogos
1945 oleh Panitia Persiapan Kemerdekaan Indonesia (PPKI). Pengesahan UUD 1945
dikukuhkan oleh Komite Nasional Indonesia Pusat (KNIP) yang bersidang pada tanggal 29 Ogos
1945. Naskah rancangan UUD 1945 Indonesia disusun pada masa Sidang Kedua Badan
Penyelidik Usaha Persiapan Kemerdekaan (BPUPKI). Nama Badan ini tanpa kata "Indonesia"
karena hanya diperuntukkan untuk tanah Jawa saja. Di Sumatera ada BPUPKI untuk Sumatera.
Masa Sidang Kedua tanggal 10-17 Julai 1945. Tanggal 18 Ogos 1945, PPKI mengesahkan UUD
1945 sebagai Undang-Undang Dasar Republik Indonesia.
UUD 1945 (18 Ogos 1945 - 27 Desember 1949)
Pada tahun 1945-1950, UUD 1945 tidak dapat dilaksanakan sepenuhnya kerana
Indonesia sedang melakukan perjuangan mempertahankan kemerdekaan. Maklumat Wakil
Presiden Nombor X pada tanggal 16 Oktober 1945 memutuskan bahawa kekuasaan legislatif
diserahkan kepada KNIP , kerana MPR dan DPR belum terbentuk. Tanggal 14 November 1945
dibentuk Kabinet Semi-Presidensial ("Semi-Parlimen") yang pertama, sehingga peristiwa ini
merupakan perubahan pertama dari sistem pemerintahan Indonesia terhadap UUD 1945.
Konstitusi RIS 1949 (27 Disember 1949 - 17 Agustus 1950
Pada masa ini sistem pemerintahan indonesia adalah parlimen. Bentuk pemerintahan dan
bentuk negaranya federasi iaitu negara yang di dalamnya terdiri dari setiap negara yang setiap
satu negara memiliki kedaulatan sendiri untuk mengurus urusan dalam negerinya. Ini merupakan
perubahan dari UUD 1945 yang menjadikan Indonesia sebagai Negara Kesatuan.
UUDS 1950 (17 Ogos 1950 - 5 Julai 1959)
Pada masa UUDS 1950 ini diberlakukan sistem Demokrasi Parlimen yang sering disebut
Demokrasi Liberal. Pada masa ini pula kabinet selalu silih berganti, akibatnya pembangunan
tidak berjalan lancar, masing-masing parti lebih mementingkan parti atau golongannya. Setelah
negara RI dengan UUDS 1950 dan sistem Demokrasi Liberal yang dialami rakyat Indonesia
selama hampir 9 tahun, maka rakyat Indonesia sedar bahawa UUDS 1950 dengan sistem
Demokrasi Liberal tidak sesuai, kerana tidak sesuai dengan jiwa Pancasila dan UUD 1945.
UUD 1945 (5 Julai 1959 - 1966)
Disebabkan situasi politik pada Sidang Konstituante 1959 dimana banyak saling tarik
ulur kepentingan parti politik sehingga gagal menghasilkan UUD baru, maka pada tanggal 5
Julai 1959, Presiden Sukarno mengeluarkan Dekrit Presiden yang salah satu isinya menyebabkan
berlakunya kembali UUD 1945 sebagai undang-undang dasar, menggantikan Undang-Undang
Dasar Sementara 1950 yang berlaku pada waktu itu.
Pada masa ini, terdapat berbagai penyimpangan UUD 1945, di antaranya:
Presiden mengangkat Ketua dan Wakil Ketua MPR/DPR dan MA serta Wakil Ketua DPA
menjadi Menteri Negara
MPRS menetapkan Soekarno sebagai presiden seumur hidup.
UUD 1945 masa Pemerintahan baru (11 Mac 1966 - 21 Mei 1998)
Pada masa Pemerintahan Baru (1966-1998), Pemerintah menyatakan akan menjalankan UUD
1945 dan Pancasila secara murni dan saksama.
Pada masa Pemerintahan Baru, UUD 1945 juga menjadi konstitusi yang sangat "sakral", di
antara melalui sejumlah peraturan:
MPR Nombor I/MPR/1983 yang menyatakan bahwa MPR berketetapan untuk
mempertahankan UUD 1945, tidak berkehendak akan melakukan perubahan terhadapnya
MPR Nombor IV/MPR/1983 tentang Referendum yang antara lain menyatakan bahawa bila
MPR berkehendak mengubah UUD 1945, terlebih dahulu harus minta pendapat rakyat
melalui referendum.
Undang-Undang Nombor 5 Tahun 1985 tentang Referendum, yang merupakan
pelaksanaan Ketetapan MPR Nombor IV/MPR/1983.
21 Mei 1998 - 19 Oktober 1999
Pada masa ini dikenal masa transisi iaitu masa sejak Presiden Soeharto digantikan oleh
B.J.Habibie sampai dengan lepasnya Provinsi Timur dari NKRI.Perubahan UUD 1945
Salah satu tuntutan Reformasi 1998 adalah dilakukannya perubahan (amendemen)
terhadap UUD 1945. Latar belakang tuntutan perubahan UUD 1945 antara lain kerana pada masa
Pemerintahan Baru, kekuasaan tertinggi di tangan MPR (dan pada kenyataannya bukan di tangan
rakyat), kekuasaan yang sangat besar pada Presiden, adanya pasal-pasal yang terlalu "luwes"
(sehingga dapat menimbulkan salah faham), serta kenyataan rumusan UUD 1945 tentang
semangat penyelenggara negara yang belum cukup didukung ketentuan konstitusi.
Tujuan perubahan UUD 1945 waktu itu adalah menyempurnakan aturan dasar seperti tata
negara, kedaulatan rakyat, HAM, pembahagian kekuasaan, negara demokrasi dan negara hukum,
serta hal-hal lain yang sesuai dengan perkembangan aspirasi dan keperluan bangsa. Perubahan
UUD 1945 dengan kesepakatan di antaranya tidak mengubah Pembukaan UUD 1945, tetap
mempertahankan susunan kenegaraan kesatuan atau selanjutnya lebih dikenali sebagai Negara
Kesatuan Republik Indonesia (NKRI), serta memperkukuhkan sistem pemerintahan berpresiden.
Pada tahun 1999-2002, UUD 1945 mengalami 4 kali perubahan (amendemen) yang ditetapkan
dalam Sidang Umum dan Sidang Tahunan MPR:
Sidang Umum MPR 1999, tanggal 14-21 Oktober 1999 → Perubahan Pertama UUD 1945
Sidang Tahunan MPR 2000, tanggal 7-18 Agustus 2000 → Perubahan Kedua UUD 1945
Sidang Tahunan MPR 2001, tanggal 1-9 November 2001 → Perubahan Ketiga UUD 1945
Sidang Tahunan MPR 2002, tanggal 1-11 Agustus 2002 → Perubahan Keempat UUD 1945
Perpaduan Kaum Di Indonesia
Masalah politik dan ekonomi sesebuah negara akan menjadi kayu pengukur kepada
keamanannya. Jelas sekali sewaktu keadaan ekonomi di Indonesia mengalami masalah dengan
kejatuhan nilai mata wang rupiah. Maka timbulkan masalah konflik perkauman yang serius di
Indonesia. Politik perkauman yang telah wujud di kalangan-kalangan etnik boleh menjadi punca
kepada konflik perkauman ini. Dasar kerajaan yang melihat masalah politik dan ekonomi di
negara ini sebagai masalah ethik.
Ketidakseimbangan ekonomi di kalangan rakyatnya menjadi punca utama penyebab konflik ini.
Ini dapat dilihat dengan timbulnya golongan perniagaan dan perusahaan yang tidak sama besar
antara kaum, maka ketidak wujudnya perseimbangan ekonomi di kalangan rakyat boleh
membawa kepada masalah perkauman. Masalah kepincangan ekonomi di kalangan rakyat ini
sebagai masalah keturunan atau masalah perpaduan kaum. Boleh dikatakan bahawa masalah
ekonomi dan politik memberi kesan yang mendalam kepada keamanan sesebuah negara.
Dasar-dasar kerajaan yang mengutamakan kepentingan kumpulan kaum tertentu dan
mengabaikan kepentingan kumpulan kaum lain bukan saja tidak akan berjaya menimbulkan
keseimbangan ekonomi di antara kumpulan kaum itu sahaja, tetapi tidak akan berjaya
mewujudkan persefahaman dan perpaduan yang tulen di kalangan rakyatnya. Sebaliknya dasar
yang demikian akan melebarkan lagi jurang perbezaan ekonomi di antara kaum itu dan
seterusnya akan menimbulkan pula jurang ekonomi dalam tiap-tiap kumpulan kaum itu sendiri.
Dasar perjuangan parti-parti politik perkauman yang lebih mengutamakan perjuangan untuk
kepentingan satu-satu kumpulan kaum tertentu daripada kepentingan negara dan rakyat secara
umunnya. Keadaan ini telah menyebabkan perpaduan dan persefahaman di kalangan rakyat yang
berbagai etnik gagal mencapai tujuannya.
Kecenderungan mahu mengasingkan dan memisahkan rakyat mengikut garis etnik itu
sebenarnya lebih kuat daripada kecenderungan yang mahu menyatupadukan mereka. Keadaan ini
menimbulkan perasaan tidak puas hati, curiga mencurigai dan permusuhan sesama kaum
berterusan dan mengugat keamanan.
Konflik di antara kaum di Indonesia bukan berpunca dari faktor keturunan atau fizikal tetapi
berpunca dari faktor politik, ekonomi dan kebudayaan. Ketiga-tiga faktor ini menarik kumpulan-
kumpulan tersebut ke arah yang berlainan dan mendorong mereka membentuk kumpulan-
kumpulan berdasarkan kepada garis etnik. Dengan demikian maka kerenggangan dan
pengasingan yang sedia wujud di kalangan mereka itu akan bertambah kritikal lagi. Selanjutnya
perbezaan-perbezaan ini boleh menimbulkan perbezaan dalam kepentingan, nilai dan
penentangan dalam cita-cita.
Manifestasi perbezaan kelas dalam tiap-tiap kumpulan kaum itu juga boleh menyebabkan
berlakunya konflik. Tiap-tiap kaum itu mempunyai kedudukan yang berbeza-beza berdasarkan
kepada kelas ekonomi dan status sosial mereka. Penggolongan diri mereka ke dalam kelas-kelas
yang berbeza ini boleh menimbulkan masalah etnik.
Dasar yang memupuk perpaduan kaum di Indonesia
Nasionalisme Indonesia bersumber kepada Pancasila, sedangkan semangat keagamaan
bersumber kepada ajaran islam yang menjadi agama majoriti masyarakat. Antara nilai-nilai
pancasila dan islam dapat saling dikaitkan dan tidak saling berlawanan. Kedua unsur tersebut
saling mengisi yang melahirkan semangat nasionalisme yang beragama dan semangat beragama
yang nasionalis. Selain itu, nasionalisme juga disebutkan sebagai prinsip, rasa dan usaha yang
patriotik serta dengan segala daya siap pula untuk mempertahankannya. Semangat nasionalisme
sebagai sesuatu yang telah diterapkan dalam diri setiap individu untuk mempunyai sifat cinta
akan bangsa dan negara, yang diimplementasikan dalam bentuk kesedaran dan perilaku yang
cinta tanah air, kerja keras untuk membangun, membina dan memelihara kehidupan yang
harmoni dalam rangka memupuk dan memelihara persatuan dan kesatuan, serta rela berkorban
harta, benda malah jiwa dan raga dalam membela bangsa dan negara.
KENEGARAAN MALAYSIA
Dasar negara ASEAN kecuali Malaysia
Nama : Khairul Imran Bin Khamal Idris
No. Matrik : 235100
Nama Pensyarah : Ahmad Zaharuddin Sani Bin Ahmad
Sabri
top related