dalam mahkamah tinggi di shah alam dalam negeri … · melupuskan hartanah-hartanah tersebut dengan...
Post on 18-Jul-2019
289 Views
Preview:
TRANSCRIPT
1
DALAM MAHKAMAH TINGGI DI SHAH ALAM DALAM NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN, MALAYSIA
SAMAN PEMULA NO. BA-24-430-04/2017
Dalam Perkara Seksyen 52(1),
24(4), 53(B) (1) & (2) dan 85(3)
Akta Kebankrapan 1967;
DAN Dalam Perkara Kaedah 263
Kaedah-Kaedah Kebankrapan
1969
DAN Dalam Perkara Seksyen 349
Kanun Tanah Negara 1965
DAN Dalam Perkara Aturan 7 Kaedah 2
Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012
ANTARA
2
MURUGAN A/L K.MUNUSAMY (NO. K/P: 720114-08-5387/ A2153089) … PLAINTIF
DAN
SOMY A/L SEETHIAH (NO. K/P: 600314-08-5449) ... DEFENDAN
ALASAN PENGHAKIMAN (Kandungan 4)
A. PENGENALAN
[1] Kandungan 4 ini adalah permohonan Defendan untuk membatalkan
Saman Pemula (Kandungan 1) Plaintif menurut Aturan 18 kaedah 19
(1)(b) Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 (KKM 2012).
[2] Plaintif di dalam kes adalah seorang individu bernama Murugan a/l
Munusamy. Defendan juga adalah seorang individu bernama Somy
a/l Seethiah.
[3] Plaintif telah memfailkan Saman Pemula (Kandungan 1) pada
17.4.2017 untuk mendapatkan perintah-perintah berikut:
3
i. satu deklarasi bagi membatalkan pindahmilik yang telah
dilaksanakan oleh Pentadbir Tanah pada 9.11.2004 ke atas
hartanah-hartanah di dalam GM 427, Lot 2953, Mukim Batang
Padang, Daerah Batang Padang, Tapah, Perak (Lot 2953) dan
GM 654, Lot 2974, Mukim Batang Padang Daerah Batang
Padang, Tapah, Perak (Lot 2974) (kedua-dua hartanah
tersebut) kepada Defendan (Somy a/l Seethiah).
ii. satu perintah untuk melarang/menahan Defendan daripada
melupuskan hartanah-hartanah tersebut dengan apa-apa cara
pun sehingga pelupusan tindakan ini.
(perintah-perintah tersebut)
[4] Bersandarkan intitulemen (intitulement) yang tertera di saman
pemulanya, Plaintif telah memohon mendapatkan perintah-perintah
tersebut bersandarkan kepada seksyen-seksyen 52(1), 24(4), 53(B)
(1) & (2) dan 85(3) Akta Kebankrapan 1967 (AK 1967) dan Kaedah
263 Kaedah-Kaedah Kebankrapan 1969.
4
B. LATAR BELAKANG KES
[5] Sebelum menimbangkan serta menentukan merit permohonan
Defendan, untuk mudah kefahaman molek kiranya Mahkamah ini
terlebih dahulu menggariskan dengan ringkas kes Plaintif.
5.1 Plaintif telah mendakwa bahawa kedua-dua hartanah tersebut
telah dilelong oleh pihak bank melalui lelongan awam di
perkarangan Pejabat Tanah Daerah Batang Padang, Tapah,
Perak masing-masing pada 09.06.2004 (Lot 2974) dan
29.07.2004 (Lot 2953).
5.2 Pada kedua-dua tarikh lelongan tersebut, Plaintif adalah
merupakan pembida yang berjaya membeli kedua-dua
hartanah tersebut pada harga-harga berikut:
a. Lot 2974 - RM55,000.00; dan
b. Lot 2953 - RM50,000.00.
5.3 Plaintif telah mendakwa bahawa deposit bagi pembelian kedua-
dua hartanah tersebut telah dibayar oleh beliau sendiri
daripada wang simpanannya. Manakala baki bayaran harga
5
belian bagi kedua-dua hartanah tersebut akan dibayar beliau
melalui pinjaman bank.
5.4 Namun, Plaintif mendakwa beliau telah tidak berjaya
mendapatkan sebarang pinjaman daripada bank-bank
berlesen. Plaintif kemudiannya telah dirujuk kepada Defendan
oleh seorang kawan di mana dikatakan Defendan sudi memberi
pinjaman kepadanya.
5.5 Defendan dikatakan telah memberi Plaintif pinjaman wang
sebanyak RM100,000.00. Untuk itu, dua perjanjian telah
ditandatangani oleh kedua mereka. Adalah menjadi dakwaan
Plaintif juga bahawa salah satu daripada perjanjian tersebut
adalah Perjanjian Pilihan Untuk Membeli (Option to Purchase).
5.6 Bagi Option to Purchase tersebut, terdapat persetujuan di
antara Plaintif dan Defendan bahawa sekiranya Plaintif gagal
membayar balik pinjaman tersebut dalam jangkamasa dua
belas (12) bulan atas kadar RM5,000.00 sebulan, maka kedua-
dua hartanah tersebut akan dipindahmilik kepada Defendan.
6
5.7 Selang lebih kurang dua minggu dari tarikh Option to Purchase
itu ditandatangani, satu Perjanjian Jual Beli (SPA) telah
dimasuki pula oleh Plaintif dan Defendan pada 2.9.2004.
5.8 Plaintif telah mendakwa bahawa Defendan telah memaklumkan
kepadanya bahawa SPA tersebut ditandatangani hanya
sebagai memenuhi syarat pinjaman tersebut.
5.9 Plaintif juga mendakwa bahawa peguamcara beliau telah
meminta beliau menandatangani Borang-Borang Pindah Milik
14A, KTN bagi kedua-dua hartanah tersebut.
5.10 Pinjaman yang diterima daripada Defendan tersebut telah
digunakan oleh Plaintif untuk membuat pembayaran penuh
bagi baki harga belian kedua-dua hartanah tersebut.
5.11 Selepas daripada itu, Pentadbir Tanah telah mengeluarkan
Perakuan Jual di dalam Borang 16 I KTN bagi Lot 2974
pada 6.9.2004 dan bagi Lot 2953 pada 21.9.2004 kepada
7
peguamcara Plaintif (Tetuan C.K. Leong & Co) telah
memindahmilk kedua-dua hartanah tersebut atas Plaintif.
5.12 Plaintif walau bagaimanapun telah gagal membuat bayaran
semula pinjaman yang diiperoleh daripada Defendan dalam
tempoh yang ditetapkan dan telah memohon jasa baik
Defendan untuk satu perlanjutan masa akan tetapi Defendan
enggan memberikan perlanjutan masa kepada Plaintif.
5.13 Memandangkan kedudukan kewangan Plaintif yang tidak baik,
Plaintif gagal melangsaikan pinjaman yang diperolehinya
daripada Defendan.
5.14 Dalam pada itu MBF Finance Berhad (MBF) telah memperoleh
suatu Penghakiman lngkar pada 01.03.1999 terhadap Plaintif,
5.15 Plaintif kemudiannya telah dijadikan bankrap pada 11.05.2005
melalui Petisyen Kebankrapan yang difailkan Mahkamah Tinggi
Shah Alam.
8
5.16 Plaintif telah mendakwa bahawa beliau tidak mengetahui
bahawa dirinya telah dijadikan bankrap sehinggalah tahun
2010. Beliau hanya mengetahui beliau adalah seorang bankrap
apabila permohonannya untuk membuka akaun semasa pada
tahun 2010 ditolak bank atas alasan bahawa beliau seorang
bankrap.
5.17 Kemudian itu, Plaintif telah menghubungi Pejabat lnsolvensi
dan telah mengemukakan Penyataan Hal Ehwal Kewangan
(PHEK) nya ke Pejabat Insolvensi.
5.18 Pada tahun 2011, Plaintif telah dipanggil sebagai saksi di
Mahkamah Tinggi lpoh untuk satu tuntutan sivil yang telah
dibawa oleh Defendan terhadap satu syarikat pihak ketiga.
5.19 Apabila berjumpa Defendan, Plaintif mendakwa beliau telah
memaklumkan kepada Defendan beliau adalah seorang
bankrap mulai 11.05.2005.
5.20 Namun, atas carian persendirian yang dibuat terhadap kedua-
dua hartanah tersebut pada 11.10.2013, Plaintif telah
9
mendapati bahawa kedua-dua hartanah tersebut telah
dipindahmilik kepada Defendan pada 9.11.2004.
C. KES DEFENDAN
[6] Defendan walau bagaimanapun telah menentang keras permohonan
Plaintif dan di dalam afidavit-afidavit jawapan dan balasannya,
Defendan telah membangkitkan pengataan-pengataan yang versinya
adalah bertentangan dengan apa yang dinyatakan oleh Plaintif.
[7] Di dalam afidavit jawapan 1nya juga, Defendan telah membuat
penyataan bahawa afidavit jawapan yang telah difailkannya ini tidak
akan menjejaskan hak beliau untuk memfailkan suatu permohonan
untuk membatalkan saman pemula Plaintif atas alasan-alasan
bahawa tindakan saman pemula Plaintif ini adalah dihalang oleh had
masa kerana pindakmilik kedua-dua hartanah tersebut telah
dilaksanakan pada tahun 2004 dan Plaintif adalah terikat dengan
keputusan di dalam kes Saman Pemula No.24-538-04/2015 (SP
538).
[8] Versi Defendan pula adalah seperti berikut:
10
8.1 Seorang broker bernama Mohan telah memaklumkan kepada
beliau bahawa terdapat dua keping tanah untuk dijual. Bagi
menguruskan dua keping tanah tersebut, Defendan telah
membayar RM3,000.00 kepada Mohan.
8.2 Defendan kemudiannya telah melantik Tetuan C.K. Leong & Co
untuk mewakilinya bagi menguruskan pembelian kedua-dua
hartanah tersebut.
8.3 Carian rasmi yang dibuat oleh Tetuan C.K. Leong & Co pada
27.8.2004 telah mendapati bahawa pemilik Lot 2953 adalah
Kalaivanan a/l Letchumanan, manakala pemilik Lot 2974
adalah Kumarasamy a/l Gopal.
8.4 Berdasarkan salinan suratan hakmilik kedua-dua hartanah
tersebut status kedua-dua hartanah tersebut pada 27.8.2004
menunjukkan bahawa pemilik Lot 2953 telah mencagar
hartanahnya kepada Bank Pertanian Malaysia, manakala
pemilik Lot 2974 telah mencagar hartanahnya kepada Bank
Pertanian Malaysia.
11
8.5 Tetuan C.K. Leong & Co telah memaklumkan kepada
Defendan bahawa Plaintif adalah pembida yang berjaya di
dalam lelongan-lelongan yang dijalankan dan telah membayar
10% harga lelong untuk kedua-dua hartanah tersebut.
8.6 Memandangkan Plaintif tidak dapat menjelaskan baki harga
belian untuk kedua-dua hartanah tersebut dalam tempoh 120
hari, Plaintif telah menjual kedua-dua hartanah tersebut kepada
Defendan. Jumlah wang yang diterima daripada Defendan
akan dijelaskan kepada Pejabat Tanah supaya kedua-dua
hartanah berkenaan dapat dipindahmilk kepada Defendan.
8.7 Plaintif telah meminta Defendan untuk menjelaskan bayaran
kepadanya sebanyak RM113,000.00. Jumlah RM113,000.00
adalah untuk bayaran-bayaran berikut:-
i. RM2,000.00 dibayar tunai kepada Plaintif.
ii. RM16,500.00 dibayar atas nama Intensiftek (M) Sdn Bhd;
dan
12
iii. RM94,500.00 dibayar ke atas nama Tetuan C.K Leong &
Co bagi menjelaskan baki bayaran kepada Pejabat
Tanah.
8.8 Defendan telah mendakwa beliau telah membayar wang tunai
sebanyak RM2,000.00 kepada Plaintif. Manakala bayaran
kepada Intensiftek (M) Sdn Bhd sebanyak RM16,500.00 telah
dibuat melalui demand draft dan demand draft tersebut telah
diserahkan kepada Plaintif. Defendan juga telah mengisu satu
Bankers cheque untuk jumlah RM99,245.00 atas nama Tetuan
C.K.Leong & Co untuk bayaran baki belian kedua-dua hartanah
tersebut dan fi guaman.
8.9 Atas bayaran penuh sebanyak RM113,000.00 yang telah dibuat
oleh Defendan, satu perjanjian jual beli (SPA) telah
dilaksanakan di antara beliau dan Plaintif pada 2.9.2004.
8.10 Tetuan C.K. Leong & Co kemudiannya telah mengemukakan
bayaran-bayaran berjumlah RM94,500.00 kepada Pejabat
Tanah untuk kedua-dua hartanah tersebut.
13
8.11 Selepas bayaran-bayaran tersebut dibuat oleh Tetuan C.K.
Leong & Co kepada Pejabat Tanah, Pejabat Tanah telah
mengeluarkan Borang 16 I KTN bagi kedua-dua hartanah
tersebut.
8.12 Plaintif kemudiannya telah menandatangani borang-borang
pindahmilik bagi kedua-dua hartanah tersebut untuk
memindahmilik kedua-dua hartanah kepada Defendan.
D. UNDANG-UNDANG MENGENAI PERMOHONAN DI BAWAH ATURAN 18 KAEDAH 19 KKM 2012
[9] Undang-undang mengenai kuasa budi bicara mahkamah di dalam
pembatalan tindakan di bawah Aturan 18 Kaedah 19 (A.18 k.19)
KKM 2012 adalah jitu dan mantap. Terlalu banyak otoriti yang telah
membincangkan dan memutuskan prinsip-prinsip pemakaian kuasa
budi bicara mahkamah di bawah A.18 k.19 ini. Memadai sekiranya
Mahkamah ini merujuk kepada beberapa kes sebagai panduan dan
rujukan.
14
[10] Di dalam kes Bandar Builder Sdn Bhd & Ors v United Malayan
Banking Corporation Bhd [1993] 4 CLJ 7, prinsip-prinsip undang-
undang mengenai kuasa budi bicara mahkamah di bawah A.18 k.19
ini telah diterangkan dengan begitu jelas oleh Mohamed Dzaiddin
HMA (YAA pada ketika itu) seperti berikut:
“It is only in plain and obvious cases that recourse should be had to the summary
process under this rule (per Lindley MR in Hubbuck & Sons Ltd v Wilkinson,
Heywood & Clark Ltd), and this summary procedure can only be adopted when it
clearly seen that a claim or answer is on the face of it “obviously unsustainable”
(see AG of Duchy of Lancaster v L & NWRly & Co). It cannot be exercised by a
minute examination of the documents and facts of the case, in order to see
whether the party has a cause of action or a defence (see Wenlock v Moloney &
Ors). The authorities further show that if there is a point of law which requires
serious discussion, an objection should be taken on the pleadings and the point
set down for argument under Order 33 r 3 (which is in pari material with our Order
33 r 2 of the RHC)(see Hubbuck & Sons Ltd v Wilkinson, Heywood & Clark Ltd).
The court must be satisfied that there is no reasonable cause of action or that the
claims are frivolous or vexatious or that the defences raised are not arguable.”
[11] Manakala Vincent Ng H (YA ketika itu) dalam kes Suppuletchemi v
Palmco Bina Sdn Bhd [1994] 2 AMR 1191, di muka surat 1205
penghakimannya telah berkata:
15
“But in an application under Order 18 r 19 or Order 14, it is still incumbent upon
the court to determine whether issues could more appropriately have been
decided, without the expence of a full trial with a witnesses and expenditure of the
court’s invaluable time. No party in a proceeding is entitled to require the court to
accord them valuable time of several days open court viva voce trial only upon
mere or bare assertions in their affidavits.
The crucial question the court would have to ask itself in applications under Order
14 or Order 18 r 19(1)-(d) is first, whether the piece or pieces of evidence essential
to make out the reasonable prima facie cause of action or a prima facie triable
issue of fact are of the nature such that they are adduceable by affidavit evidence;
and secondly – if the answer to this question is in the positive – whether such
essential prima facie evidence had been so adduced in the supporting affidavits.
Such affidavits ought not to contain bare averments but must condescend or
come definitely into particulars fro serious argument such that they are sufficient
to satisfy the court that there is a reasonable prima facie cause of action or triable
issue or issue of fact or law in the defence as the case may be.
…the court must and ought to look at the whole situation and ask itself whether
the plaintiff (in an application to strike off a claim) has satisfied the court that he
has a bona fide or prima facie cause of action,…”
16
[12] Di dalam kes Mooney & Ors v Peat Marwick Mitchell & Co & Anor
[1967] 1 MLJ 87 Raja Azlan Shah J (DYMM pada ketika itu) di muka
surat 88 telah menyatakan seperti berikut:
“It is firmly established that the power exercisable under r. 4 “is only appropriate
in cases which are plain and obvious so that a judge can say at once that a
statement of claim as it stands is insufficient, even if proved, to entitle the plaintiff
to the relief of which he ask for”: See the judgment of Lindley MR in Hubbuck &
Sons v Wilkinsons Heywood & Clark Ltd.(1) Where the situation arises, the
pleadings and particulars alone shall be considered and all the allegations in it
shall be presumed to be true, and it is only on that assumption that any statable
case can be made for this application: see Peck v Russell.(2) The court cannot and
indeed is not empowered to look behind the pleadings and particulars if it
discloses a reasonable cause of action. So long as the statement of claim
discloses some ground of action, the mere fact that the plaintiff is not likely to
succeed on it at trial is no ground for it to be struck out: see Boaler v Holder.(3) A
recent exposition of the law is afforded by the judgment of Danckwerts LJ in
Wenlock v Moloney.(4):
“Under the rule (ie. O. 25 r. 4) it had to appear on the face of the plaintiff’s
pleadings that the action could not succeed or was objectionable for some other
reason. Not evidence could be filed… But, as the procedure was of a summary
nature the party was not to be deprived of his right to have his case tried by a
proper trial unless the matter was clear.’’
17
After stating that the former rules are now incorporated in the revised Rules of the
Supreme Court, O. 18 r. 19, he continues:
“But this summary jurisdiction of the court was never intended to be
exercised by a minute and protracted examination of the documents and facts of
the case in order to see whether the plaintiff really has a cause of action. To do
that is to usurp the position of the trial judge.” …”
[13] Berbalik kepada permohonan di hadapan Mahkamah ini, benarkah
seperti yang dihujahkan oleh peguam bagi pihak Defendan bahawa
kes ini adalah suatu kes yang sesuai dan patut bagi Mahkamah ini
menggunakan kuasa budi bicaranya di bawah A.18 k.19 (1)(b) KKM
2012 untuk membatalkan tuntutan Plaintif atas alasan bahawa
Kandungan 1 Plaintif adalah suatu penyalahgunaan proses
mahkamah.
[14] Bagi menyokong permohonannya di Kandungan 4, Defendan telah
memfailkan afidavit sokongan yang diikrarkannya pada 5.5.2017
(Kandungan 5). Permohonan Defendan ini juga disokong oleh afidavit
balasan Defendan bertarikh 13.6.2017 yang membalas afidavit
jawapan Plaintif menentang Kandungan 4.
18
[15] Defendan telah memohon Mahkamah ini membatalkan tuntutan
Plaintif terhadap Defendan atas alasan-alasan berikut:
i. Saman Pemula Plaintif adalah tidak sah dan terikat kepada
prinsip res judicata dan estoppels kerana Jabatan Insolvensi
telahpun memfailkan Saman Pemula terhadap Defendan atas
peruntukan-peruntukan undang-undang yang sama yang
disandarkan oleh Plaintif di dalam Saman Pemulanya ini.
Saman Pemula yang telah difailkan oleh Jabatan Insolvensi
telahpun ditarikbalik oleh Jabatan Insolvensi tanpa kebebasan
memfailkan semula dan tanpa kos.
ii. Afidavit Sokongan Plaintif mengandungi semua dokumen yang
sama seperti Saman Pemula yang difailkan oleh Jabatan
Insolvensi.
iii. Tindakan Plaintif adalah dihalang oleh had masa.
Alasan i & Alasan ii
19
[16] Sebelum Plaintif memfailkan tindakan ini, pada 30.4.2015 Jabatan
Insolvensi (MDi) atas nama Ketua Pengarah Insolvensi telah
memulakan suatu tindakan saman pemula terhadap Defendan
melalui Saman Pemula 24-538-04/2015 (SP 538).
[17] Intitulement SP 538 adalah seperti berikut:
Dalam Perkara Seksyen 52(1), 24(4), 53(B) (1) & (2) dan 85(3) Akta Kebankrapan 1967; DAN
Dalam Perkara Kaedah 263 Kaedah-Kaedah Kebankrapan 1969
DAN
Dalam Perkara Seksyen 349 Kanun Tanah Negara 1965
DAN
Dalam Perkara Aturan 7 Kaedah 2 Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012
[18] Relif yang dipohon oleh Ketua Pengarah Insolvensi (KPI) dalam SP
538 adalah:
“Membatalkan pindahmilik yang telah didaftarkan pada 9.11.2004
oleh Pentadbir Tanah ke atas ke atas hartanah Murugan a/l
20
Munusamy iaitu GM 654, Lot 2974, Mukim Batang Padang Daerah
Batang Padang, Tanjung Lemboh, Perak dan GM 427, Lot 2953,
Mukim Batang Padang, Daerah Batang Padang, Tanjung Lemboh
Perak mengikut peruntukan di bawah Seksyen 52(1) Akta
Kebankrapan 1967.”
[19] Defendan telah menentang SP 538 ini dengan memfailkan Afidavit
Jawapan (1) bertarikh 2.6.2015.
[20] Walau bagaimanapun, selepas pemfailan afidavit jawapan oleh
Defendan, KPI pada 24.6.2015 telah menarikbalik SP 538 tanpa
kebebasan untuk memfailkan semula dan tanpa kos. Justeru itu,
suatu perintah pembatalan SP 538 tanpa kebebasan untuk
memfailkan semula dan tanpa kos telahpun direkodkan oleh
Mahkamah.
[21] Adalah dihujahkan seterusnya oleh peguam Defendan bahawa
Plaintif di dalam saman pemulanya ini telah bersandarkan kepada
peruntukan-peruntukan undang-undang sama seperti di dalam
tindakan KPI terhadap Defendan. Menurut peguam Defendan lagi,
apabila KPI menarikbalik SP 538 tanpa kebebasan untuk memfailkan
21
semula dan tanpa kos dan Mahkamah telah membuat perintah
bahawa SP 538 dibatalkan tanpa kebebasan untuk memfailkan
semula dan tanpa kos. Memandangkan perintah ini tidak diketepikan
/ diakas dan tiada rayuan difailkan terhadapnya, maka perintah yang
direkodkan oleh Mahkamah ini adalah satu keputusan yang
muktamad.
[22] Peguam Defendan telah seterusnya menghujahkan bahawa di dalam
menyokong saman pemulanya, Plaintif juga telah bersandarkan
kepada dokumen-dokumen yang sama disandarkan oleh MDi di
dalam memfailkan SP 538.
[23] Oleh itu, adalah menjadi hujahan peguam Defendan bahawa Plaintif
dengan ini adalah dihalang atau diestop dari memfailkan tindakannya
kerana terikat kepada prinsip-prinsip estopel dan res judicata.
[24] Mahkamah ini telah meneliti afidavit sokongan yang difailkan MDi di
dalam menyokong SP 538 mereka. Mahkamah ini bersetuju dengan
peguam Defendan bahawa MDi telah membawa SP 538 terhadap
Defendan menurut seksyen-seksyen yang tertera pada intitulement
22
SP 538 dengan bersandarkan kepada pengataan-pengataan Plaintif
di dalam Penyataaan Hal Ehwal Plaintif (PHEKP) bahawa kedua-dua
hartanah tersebut telah dipindahmilik kepada Defendan pada
9.11.2004 tanpa pengetahuannya (Plaintif).
[25] Perenggan-perenggan relevan di dalam afidavit sokongan MDi yang
diikrarkan oleh Noorhidayah binti Shamsuddin pada 28.4.2015
tersebut adalah seperti berikut:
4. Saya sesungguhnya menyatakan bahawa pada 21.9.2010 bankrap
telah memfailkan Pernyataan Hal Ehwal. Pada 22.10.2013 bankrap
telah memfailkan sekali lagi Pernyataan Hal Ehwalnya. Sesalinan,
Pernyataan Hal Ehwal bertarikh 21.9.2010 dan 22.10.2013 ditandakan
secara kolektif sebagai eksibit “NS-2” dan “NS-3”.
5. Saya sesungguhnya menyatakan bahawa pada 14.10.2013 Murugan
a/l Munusamy (selepas ini akan disebut sebagai bankrap) telah
membuat aduan kepada Ketua Pengarah Insolvensi melalui surat
bertarikh 14.10.2013 berkenaan hartanah beliau yang telah dipindah
milik kepada pemilik baru. Sesalinan surat bertarikh 14.10.2013 dan
Laporan Polis bertarikh 11.10.2013 ditandakan secara kolektif
sebagai eksibit “NS-4” dan “NS-5”.
23
6. Selanjutnya, merujuk kepada surat bankrap hartanah beliau yang
dikenalpasti sebagai GM654, Lot 2974, Mukim Batang Padang,
Tanjung Lemboh, Perak dan GM427, Lot 2953, Mukim Batang
Padang, Tanjung Lemboh, Perak yang telah dipindahmilik kepada
Somy a/l Seethiah di Pejabat Tanah Daerah Batang Padang, Tapah,
Perak di luar pengetahuan beliau pada 9.11.2004. Sesalinan carian
rasmi hartanah dan Borang 14A untuk Pindahmilik Tanah, Bahagian
atau pajakan ditandakan secara kolektif sebagai eksibit “NS-6” dan
“NS-7”.
7. Saya sesungguhnya menyatakan bahawa menurut rekod jabatan ini,
pindahmilik tersebut berlaku enam bulan sebelum perintah
penerimaan dan perintah penghukuman dibuat terhadap bankrap.
Oleh yang demikian pindahmilik ini adalah terbatal terhadap Ketua
Pengarah Insolvensi dan Ketua Pengarah Insolvensi mempunyai hak
untuk mendaftar hartanah tersebut ke atas nama Ketua Pengarah
Insolvensi bagi tujuan penghasilan. Hasil daripada jualan tersebut
akan dimajukan ke estet bankrap untuk tujuan pembahagian kepada
pemiutang-pemiutang yang telah memfailkan tuntutan di dalam kes
kebankrapan ini.
[26] Plaintif di dalam PHEKP telah menyatakan berikut:
G Harta
24
Penuh mengenai tiap-tiap jenis harta dalam milik dan perkembalian yang
tidak termasuk dalam mana-mana senarai lain hendak ditunjukkan dalam
senarai ini.
Butir-butir Pernyataan penuh dan jenis harta.
1) Pada 09-11-2004 jam 09:46:25 melalui no: perserahan: 1308/2004
pindahmilik tanah seluas 3 ekar kelapa sawit atas geran no: GM
427 LOT 2953 adalah milik saya.
2) Pada 09-11-2004 jam 09:46:25 melalui no: perserahan: 1305/2004
pindahmilik tanah seluas 3 ekar kelapa sawit atas geran no: GM
654 LOT 2974 adalah milik saya.
Saya dapat tahu melalui satu carian resmi pada 11-1-2013, bahawa kedua-
dua harta tanah saya tersebut di atas bukan milik saya dan saya tidak lagi
dan saya tidak tahu bagaimana tanah itu tukar milik dari nama saya semasa
saya dalam Perintah Penghakiman dan Perintah Penerimaan Kebankrapan.
[27] Di dalam membuat keputusan memfailkan atau membawa SP 538
terhadap Defendan, MDi telah mempercayai bahawa pindahmilik
kedua-dua hartanah tersebut telah dilaksanakan oleh Defendan
tanpa pengetahuan Plaintif dan memandangkan pindahmilik itu
berlaku pada tahun 9.11.2004 dan Plaintif telah dijadikan seorang
bankrap pada 11.5.2005, makanya MDi telah berpandangan bahawa
pindahmilik kedua-dua hartanah telah dilaksanakan enam bulan
25
sebelum tarikh perintah penerimaan dan perintah penghukuman
dikeluarkan terhadap Plaintif.
[28] Namun, apabila fakta sebenar telah dinyatakan oleh Defendan di
dalam afidavit balasannya menentang saman pemula MDi, MDi telah
menarikbalik saman pemulanya tanpa kebebasan untuk pemfailan
semula.
[29] Peguam Plaintif telah cuba menghujahkan bahawa keputusan MDi
menarikbalik saman pemulanya tanpa kebebasan pemfailan semula
tidak mengikat Plaintif kerana saman pemula tersebut telah
dimulakan oleh MDi dan bukan diri Plaintif secara individu. Di
samping itu, menurut Plaintif, MDi di dalam kes ini telah memberikan
sanksi bertarikh 11.4.2017 kepada Plaintif untuk Plaintif memulakan
tindakan terhadap Defendan.
[30] Mahkamah ini perlu menegaskan bahawa peruntukan undang-
undang yang disandarkan oleh MDi dan Plaintif di dalam memfailkan
saman pemula adalah peruntukan-peruntukan yang sama dan tidak
ada langsung yang berbeza.
26
[31] Relif yang sama telah dipohon oleh MDi dan Plaintif di dalam saman
pemula masing-masing.
[32] MDi telah memulakan tindakan terhadap Defendan atas PHEKP dan
kini Plaintif telah mengulangi pengataan-pengataan dan dakwaan-
dakwaan yang sama. Walaupun SP 538 dimulakan oleh MDi dan
saman pemula ini difailkan oleh Plaintif, hakikat yang tidak boleh
dipertikaikan adalah peruntukan-peruntukan undang-undang yang
digunakan oleh Plaintif adalah sama dengan MDi. Relif yang sama
dan sandaran pengataan-pengataan dan dokumen-dokumen yang
sama. Maka, pihak yang berbeza yang memfailkan tindakan tidaklah
bermakna menghalang penggunaan prinsip-prinsip estoppel dan res
judicata oleh Defendan.
[33] Plaintif tidaklah boleh menghujahkan tindakan yang diambil oleh MDI
adalah tindakan yang berbeza semata-mata dengan penyataan
bahawa MDI dan beliau adalah pihak yang berbeza. Hakikatnya relif
yang cuba diperoleh oleh MDi dan Plaintif adalah menurut seksyen-
seksyen 52(1) dan 53 AK 1967.
27
[34] Mahkamah ini merujuk kepada keputusan kes yang dikemukakan
oleh peguam Defendan iaitu kes Dato Sivanathan a/l Shanmugam
v. Artisan Fokus Sdn Bhd [2015] 3 AMR 104. Di dalam kes Dato
Sivanathan a/l Shanmugam telah diputuskan antara lain bahawa:
“The fact that the parties to this suit are different from HTF suit does not
disentitle the appellant from invoking the doctrine of issue estoppels to bar
the respondent from relitigating a specific issue that had been decided in
the prior separate action. The doctrine also applies to a non-party.”
[35] Adalah menjadi dapatan Mahkamah ini bahawa tindakan yang
dimulakan oleh Plaintif ini adalah tindakan yang sama dengan SP
538 dan malahan saman pemula Plaintif adalah merupakan tindakan
ulangan (repetitive action) terhadap Defendan.
[36] Justeru, Mahkamah ini tidak boleh membiarkan mana-mana pihak
untuk memfailkan tindakan ulangan terhadap pihak yang sama untuk
relif-relif yang sama walhal tindakan yang pertama telahpun
ditarikbalik tanpa kebebasan untuk memfailkan semula.
28
[37] Pemfailan tindakan yang sama untuk relif yang sama atas fakta-fakta
yang sama adalah merupakan suatu penyalahgunaan proses
mahkamah dan sewajarnya tidak boleh dibenarkan.
[38] Atas alasan ini sahaja tindakan Plaintif hendaklah dibatalkan menurut
Aturan 18 kaedah 19(1)(b) KKM 2012.
Alasan iii [39] Persoalan mengenai halangan had masa bukanlah suatu isu perlu
diputuskan oleh Mahkamah ini kerana Plaintif bukanlah memfailkan
satu tindakan terhadap Defendan yang mempersoalkan kesahan
transaksi-transaksi (dealings) antara Plaintif dan Defendan sama ada
terdapatnya frod, terdapatnya salahnyataan, samada terdapat
pinjaman wang, sama ada Plaintif hanya menggunakan wang
Defendan untuk membeli kedua-dua hartanah tersebut atau
disebaliknya, sama ada pindahmilik kedua-dua hartanah itu adalah
transaksi yang sah atau tidak. Sekiranya isu-isu timbul baharulah
tersebut isu had masa timbul dan perlu diputuskan.
29
[40] AKAN TETAPI saman pemula Plaintif adalah semata-mata
bersandarkan kepada seksyen 52 dan seksyen 53B AK 1967.
Seksyen 52 telah memperuntukkan berkenaan pengelakkan
penyelesaian sukarela.
[41] Seksyen 52 (1) AK 1967 memperuntukkan:
Avoidance of voluntary settlement
52. (1) Any settlement of property, not being a settlement made before and
in consideration of marriage or a settlement made in favour of a purchaser
or incumbrancer in good faith and for valuable consideration, or a
settlement made on or for the wife or children of the settlor of property
which has accrued to the settlor after marriage in right of his wife, shall, if
the settlor becomes bankrupt within two years after the date of the
settlement, be absolutely void against the Director General of Insolvency,
and shall, if the settlor becomes bankrupt any subsequent time within five
years after the date of the settlement, be void against the Director General
of Insolvency, unless the parties claiming under the settlement can prove
that the settlor was at the time of making the settlement able to pay all his
debts without the aid of the property comprised in the settlement, and that
the interest of the settlor in such property had passed to the trustee of
such settlement on the execution thereof.
30
[42] Seksyen 52 ini memperuntukkan bahawa mana-mana penyelesaian
harta (si bankrap) yang telah dilaksanakan yang bukan suatu
penyelesaian yang dibuat sebelum dan sebagai balasan kepada
perkahwinan atau suatu penyelesaian yang dibuat yang memihak
kepada pembeli atau penyandang dengan suci hati dan untuk suatu
balasan berharga, atau suatu penyelesaian yang dibuat pada atau
bagi isteri atau anak-anak penyelesai harta yang terakru ke atas
penyelesai setelah berkahwin yang isterinya adalah berhak, jika
penyelesai (si bankrap) menjadi bankrap dalam tempoh dua tahun
selepas tarikh penyelesaian, menjadi tidak sah secara mutlak
terhadap Ketua Pengarah Insolvensi, dan hendaklah, jika
penyelesai menjadi bankrap pada bila-bila masa yang berikutnya
dalam tempoh lima tahun selepas tarikh penyelesaian, menjadi
tidak sah terhadap Ketua Pengarah Insolvensi, …….
pelaksanaannya.
[43] Manakala seksyen 53B AK 1967 memperuntukkan bahawa mana-
mana harta atau hasil diperolehi dari transaksi-transaksi yang tak
sah, harta atau hasil tersebut adalah dianggap harta dan hasil KPI.
31
[44] Seksyen 53B AK 1967 memperuntukkan berikut:
Property or proceeds therefrom deemed to be property of Director General
of Insolvency
53B. (1) Where a person has acquired property of the bankrupt under a
transaction that is void or under a voidable transaction (that is
subsequently set aside) and sold, disposed of, realized or collected the
property or any part of it, the money or other proceeds from any such
dealing, whether further disposed of or not, shall be deemed to be the
property of the Director General of Insolvency.
(2) The Director General of Insolvency may recover the property referred to
in subsection (1) or its value or the money or other proceeds therefrom
from the person who acquired it from the bankrupt or from any other
person to whom the person may have sold, resold or transferred the
property or paid over the money or other proceeds therefrom as fully and
effectually as the Director General of Insolvency could have recovered the
property if it had not been so sold, transferred, disposed of, realized or
collected.
(3) Notwithstanding subsections (1) and (2), where any person, (not being
the person who acquired the property from bankrupt) to whom the property
was sold, resold or otherwise disposed of, had paid or given therefor
valuable consideration and acted in good faith such person shall not be
32
subject to the operation of this section and the Director General of
Insolvency’s recourse for recovery of the consideration so paid or given or
its value shall be solely against the person who entered into the
transaction with the bankrupt.
(4) Where the consideration payable for or upon any sale or resale of such
property or any part thereof remains unsatisfied the right of the Director
General of Insolvency shall be subrogated for that of the vendor to compel
payment or satisfaction.
[45] Had masa yang relevan berhubung dengan kes ini adalah semata-
mata menurut seksyen 52 (1) AK 1967 dan bukannya di bawah Akta
Had Masa 1953.
[46] Berdasarkan alasan-alasan di atas, Mahkamah ini membenarkan
Kandungan 4 Defendan dengan kos. Saman Pemula Plaintif di
Kandungan 1 dengan ini dibatalkan menurut Aturan 18 kaedah
(19)(1)(b) KKM 2012. Plaintif hendaklah membayar kos sebanyak RM
6000.00.
33
t.t.
.....................................................
(DATUK AZIMAH BINTI OMAR) Hakim
Mahkamah Tinggi Shah Alam (Saman Pemula)
Selangor Darul Ehsan
Bertarikh 30hb Oktober 2017
Peguam Plaintif - Tetuan Bas Vin Associates
Encik B. Manikam
Peguam Defendan - Tetuan Raj & Co.
Encik P. Selvaraj
top related