borang pengesahan status tesis - fp.utm.my · merupakan pemain-pemain pilihan universiti yang...
Post on 25-Aug-2019
249 Views
Preview:
TRANSCRIPT
PSZ 19 : 16 ( Pind. 1/97)
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
CATATAN * Potong yang tidak berkenaan ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa / organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS ♦
JUDUL: PERBANDINGAN TAHAP DAYA TAHAN KARDIOVASKULAR ANTARA PEMAIAN BOLA SEPAK DAN PEMAIN HOKI LELAKI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA ( UTM ) MELALUI UJIAN BLEEP
SESI PENGAJIAN: 2003/2004 Saya ROSELIZA BINTI RAWI @ CHE TEH Mengaku membenarkan tesis ( PSM / Sarjana / Doktor Falsafah )* ini disimpan di perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi. 4. ** Sila tandakan ( √ )
SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktud di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972 ) TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan
Oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan ) √ TIDAK TERHAD Disahkan Oleh TANDATANGAN PENULIS TANDATANGAN PENYELIA Alamat Tetap 4A JALAN SEK. MEN. SRI NERING ENCIK YUNOS BIN HAJI DAHLAN 22000 JERTEH TERENGGANU DARUL IMAN Tarikh : FEBRUARI, 2004 Tarikh : FEBRUARI, 2004
♦ Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan, atau disertai bagi pengajian secara kerja khusus dan penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda ( PSM )
“ Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pandangan saya terhadap karya
ini adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah
Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan ( Sains Sukan )”.
Tandatangan : ………………………………….....
Nama Penyelia : Encik Mohd Yunos Bin Haji Dahlan
Tarikh : …………………………………….
PERBEZAAN TAHAP DAYA TAHAN KARDIOVASKULAR DI ANATARA
PEMAIN BOLA SEPAK DAN PEMAIN HOKI LELAKI UNIVERSITI
TEKNOLOGI MALAYSIA MELALUI UJIAN BLEEP
ROSELIZA BINTI RAWI @ CHE TEH
Tesis ini dikemukakan sebagai memenuhi syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Muda
Sains Serta Pendidikan (Sains Sukan)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
FEBRUARI, 2004
“ Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang
tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya ”
Tandatangan : ……………………………
Nama penulis : Reliza Binti Rawi @ Che Teh
No K/P : 810518-11-5350
Tarikh : 24 Februari 2003
DEDIKASI
“…………………….istimewa buat ayahanda, bonda dan keluarga tercinta yang selama
ini banyak memberi dorongan, nasihat, semangat dan tunjuk ajar kepada anakanda terus
berjaya dalam menempuh bahtera kehidupan. Terima kasih kerana memberi sepenuh
kepercayaan dan harapan terhadap anakanda. Tidak lupa juga buat insan tersayang yang
banyak membantu dan memberi semangat dalam meneruskan perjuangan hidup
sepanjang empat tahun di UTM ini. Kesabaran dan tunjuk ajar yang diberikan amat
bermakna buat diriku. Ketahuilah kalian semua adalah nadi bagiku untuk meneruskan
perjalanan hidup yang masih jauh ini. Kepercayaan dan harapan kalian adalah
pembimbing perjalananku…………………….”
PENGHARGAAN
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasih. Alhamdulillah
dipanjatkan kesyukuran ke hadrat Illahi kerana limpah kurnia dan rahmat-Nya dapat saya
menyiapkan dan menghasilkan projek penyelidikan ini.
Di kesempatan ini saya ingin megucapkan jutaan terima kasih dan setinggi-tinggi
penghargaan kepada En. Yunos Dahlan selaku penyelia dan pensyarah yang telah banyak
memberikan tunjuk ajar dalam usaha saya menyiapkan Projek Sarjana Muda (PSM) ini.
Tidak lupa juga buat Muhammad Safwan Jamaludin yang sentiasa memberi
dorongan dan semangat selama pengajian saya di UTM ini. Tunjuk ajar, bantuan,
kesabaran dan keyakinan yang diberikan akan abadi dihayat ini.
Ucapan terima kasih juga buat pensyarah-pensyarah Sains Sukan, pemain-pemain
bola sepak dan hoki lelaki UTM yang sudi menjadi subjek dalam kajian ini juga buat
rakan-rakan terutamanya Veronica, Nooraini, Nur Syaziah, Nor Hafizah, Amy, pelajar
tahun 4 Sains Sukan dan pihak-pihak yang terlibat secara langsung atau tidak yang telah
memberi bantuan dan kerjasama bagi tujuan ini.
Segala jasa baik kalian semua amat dihargai. Sesungguhnya hanya Tuhan dapat
membalasnya. Ingatlah yang baik itu datangnya dari Allah S.W.T dan yang buruk itu
adalah daripada kelemahan diri saya sendiri.
ABSTRAK
Kajian yang dijalankan ini adalah bertujuan untuk mengkaji perbandingan tahap
daya tahan kardiovaskular melalui ujian bleep di antara pemain-pemain hoki lelaki dan
bola sepak Universiti Teknologi Malaysia. Seramai 36 orang pemain terlibat sebagai
responden. Julat umur mereka adalah di antara 20 hingga 30 tahun. Mereka yang terpilih
merupakan pemain-pemain pilihan universiti yang berbakat dan menjalani latihan di
bawah kendalian jurulatih masing-masing untuk persedian ke Kejohanan Intervasiti
(MASUM. Ujian yang digunakan bagi mengukur tahap kecergasan para pemain ialah
Ujian 20 meter Bleep. Pengukuran dibuat terhadap bilangan denyutan kadar nadi rehat,
latihan, pemulihan dan tahap larian yang di ambil untuk menamatkan ujian bleep. Data
mentah yang diperolehi dianalisa dengan menggunakan SPSS 11.5. Ujian-t digunakan
untuk mendapatkan perbandingan di antara kedua-dua sampel. Hasil yang di perolehi
menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan dari segi kadar denyutan nadi
rehat, latihan dan pemulihan. Namun terdapat perbezaan yang signifikan dalam tahap
daya tahan kardiaovaskular antara kedua-dua pemain melalui pengujian tahap larian
(level) ujian Bleep. Ujian-t ialah 5.102, p< 0.05 iaitu 0.000.
ABSTRACT
The main aim of this research is to identify the differences in cardiovascular
endurance between male hockey players and soccer players of Universiti Teknologi
Malaysia. 36 players between the age of 20 to 30 years had been identified as respondent.
Players selected are based on their talent and currently undergoing trainning in
preparetion for the Intervarsity ( MASUM) tournament. The Bleep test is used to test the
cardiovascular endurence of these palyers. Measurement of pulse heart rate before,
during and after are obtain from the testS. Beside that, the time taken to complete the
level of the bleep test are also recorded. All the data obtained were anlyzed using SPSS
version 11.5. T-test are used to abtain the differences between these two sports. The
result show that there are no significant difference in pulse heart rate before, during and
after from the testS. However the t-test showed that were significant difference in
cardivascular endurence between players of in the level of bleep test. The result of t-test
is 5.102, p< 0.05 was 0.000.
KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT
JUDUL i
PENGAKUAN ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL x
SENARAI RAJAH xii
SENARAI LAMPIRAN xiii
I PENDAHULUAN 1
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 3
1.3 Penyataan Masalah 4
1.4 Persoalan Kajian 5
1.5 Kepentingan Kajian 5
1.6 Objektif Kajian 6
1.7 Hipotesis Kajian 7
1.8 Limitasi Kajian 7
1.9 Dilimitasi Kajian 8
1.10 Definisi Operasional 8
II SOROTAN KAJIAN 11
2.1 Pengenalan 11
2.2 Program Latihan Fizikal 12
III METODOLOGI KAJIAN 22
3.1 Pengenalan 22
3.2 Rekabentuk Kajian 22
3.3 Pemilihan Sampel 23
3.4 Instrumen Kajian 24
3.5 Prosedur Kajian 24
3.5.1 Pemilihan Subjek 25
3.5.2 Penyerahan Surat Perlantikan 25
3.5.3 Surat Perjanjian 25
3.5.4 Taklimat Kajian 25
3.5.5 Fasa Permulaan 26
3.5.6 Fasa Ujian 26
3.5.7 Fasa Pengumpulan Data 26
3.5.8 Fasa Analisis Data 27
3.5.9 Prosedur Menjalankan Ujian Bleep 27
IV PENGANALISAAN DATA 28
4.1 Pengenalan 28
4.2 Dapatan Skor Mentah Ujian Pencapaian 29
Pemain Bagi Setiap Pasukan
4.3 Analisis Bagi Setiap Item 32
4.4 Penganalisaan Data Secara Statistik Deskriptif 32
4.4.1 Analisis Biodata Subjek 32
4.4.1.1 Analisis Subjek Mengikut Umur 33
4.4.1.2 Analisis Subjek Mengikut Berat Badan 35
4.4.1.3 Analisis Subjek Mengikut Ketinggian 37
4.4.1.4 Analisis Subjek Mengikut Posisi 39
4.4.1.5 Analisis Subjek Mengikut Kadar Nadi
Rehat 41
4.4.1.6 Analisis Subjek Mengikut Kadar Nadi
Latihan 44
4.4.1.7 Analisis Subjek Mengikut Kadar Nadi
Pemulihan 47
4.4.1.8 Analisis Subjek Mengikut Tahap
Kecergasan (Level) 49
4.5 Penganalisaan Data Secara Statistik Inferential 51
V PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN 63
5.1 Pengenalan 63
5.2 Perbincangan 64
5.3 Rumusan 67
5.4 Masalah-Masalah Yang Dihadapi 68
5.4.1 Subjek 68
5.4.2 Tempat Kajian 68
5.5 Cadangan 69
5.5.1 Subjek kajian 69
5.5.2 Pentadbiran Ujian 69
5.5.3 Instrumen Kajian 70
5.5.4 Pengawalan Pembolehubah Luar 70
5.6 Penutup 71
BIBLIOGRAFI 72
LAMPIRAN 75
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL JADUAL MUKA SURAT
1 Skor Mentah Ujian Pencapaian Pasukan Hoki Lelaki UTM 30
2 Skor Mentah Ujian Pencapaian Pasukan Bola Sepak UTM 31 3 Taburan Bilangan Subjek Mengikut Umur 33 4 Taburan Bilangan Subjek Mengikut Berat Badan 35 5 Taburan Bilangan Subjek Mengikut Ketinggian 37 6 Taburan Bilangan Subjek Mengikut Posisi 39
7 Taburan Bilangan dan Peratusan Responden Mengikut Bilangan Denyutan Kadar Nadi Rehat Pemain Hoki Lelaki UTM. 41
8 Taburan Bilangan dan Peratusan Responden
Mengikut Bilangan Denyutan Kadar Nadi Rehat Pemain Bola Sepak UTM. 42
9 Taburan Bilangan dan Peratusan Responden
Mengikut Bilangan Denyutan Kadar Nadi Latihan Pemain Hoki Lelaki UTM. 44
10 Taburan Bilangan dan Peratusan Responden
Mengikut Bilangan Denyutan Kadar Nadi Latihan Pemain Bola Sepak UTM. 45
11 Min Kadar Nadi Pemulihan 1, 2 dan 3 Bagi
Pemain Hoki Lelaki dan Bola Sepak UTM 47
12 Taburan Tahap Daya Tahan Responden
Mengikut Norm Bagi Pemain Hoki Lelaki Dan Bola Sepak UTM. 49
13 Analisis Ujian-t Tahap Daya Tahan
Kardiovaskular Antara Pemain Hoki Lelaki dan Pemain Bola Sepak UTM Dari Segi Kadar Nadi Rehat 51
14 Analisis Ujian-t Tahap Daya Tahan
Kardiovaskular Antara Pemain Hoki Lelaki dan Pemain Bola Sepak UTM Dari Segi Kadar Nadi Latihan. 53
15 Analisis Ujian-t Tahap Daya Tahan
Kardiovaskular Antara Pemain Hoki Lelaki dan Pemain Bola Sepak UTM Dari Segi Kadar Nadi Pemulihan 1 55
16 Analisis Ujian-t Tahap Daya Tahan
Kardiovaskular Antara Pemain Hoki Lelaki dan Pemain Bola Sepak UTM Dari Segi Kadar Nadi Pemulihan 2 57
17 Analisis Ujian-t Tahap Daya Tahan Kardiovaskular Antara Pemain Hoki Lelaki dan Pemain Bola Sepak UTM Dari Segi Kadar Nadi Pemulihan 3 59
18 Analisis Ujian-t Tahap Daya Tahan
Kardiovaskular Antara Pemain Hoki Lelaki dan Pemain Bola Sepak UTM Dari Segi Tahap Larian Ujian Bleep (lavel) 61
SENARAI RAJAH
NO. JADUAL JADUAL MUKA SURAT 1 Graf Peratusan Subjek Mengikut Umur 34 2 Graf Peratusan Subjek Mengikut Berat Badan 36 3 Graf Peratusan Subjek Mengikut Ketinggian 38 4 Graf Peratusan Subjek Mengikut Posisi 40
5 Graf Peratusan Subjek Mengikut Kadar Nadi Rehat 43
6 Graf Peratusan Subjek Mengikut Kadar
Nadi Latihan 46
7 Graf Peratusan Subjek Mengikut Kadar Nadi Pemulihan 1, 2 dan 3 48
8 Graf Peratusan Tahap Daya Tahan Responden
Mengikut Norma Bagi Pemain Hoki Lelaki dan Pemain Bola Sepak UTM 50
9 Kedudukan Nilai-t Dalam Pengujian Hipotesis
Kadar Nadi Rehat 52
10 Kedudukan Nilai-t Dalam Pengujian Hipotesis Kadar Nadi Latihan 54
11 Kedudukan Nilai-t Dalam Pengujian Hipotesis
Kadar Nadi Pemulihan 1 56
12 Kedudukan Nilai-t Dalam Pengujian Hipotesis Kadar Nadi Pemulihan 2 58
13 Kedudukan Nilai-t dalam Pengujian Hipotesis
Kadar Nadi Pemulihan 3 60
14 Kedudukan Nilai-t Dalam Pengujian Hipotesis Tahap Larian Ujian Bleep (level) 62
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT A Analisis Subjek Mengikut Umur 75
B Analisis Subjek Mengikut Berat Badan 76 C Analisis Subjek Mengikut Ketinggian 78
D Analisis Subjek Mengikut Posisi 80 E Analisis Subjek Mengikut Kadar Nadi Rehat 81 F Analisis Subjek Mengikut Kadar Nadi Latihan 83 G Analisis Subjek Mengikut Kadar Nadi Pemulihan 85 H Analisis Subjek Mengikut Masa Larian
Ujian Bleep (level) 89 I Analisis Ujian-t tahap Daya Tahan Kardiovaskular Antara Pemain Hoki Lelaki dan Pemain Bola sepak
UTM Dari segi Kadar Nadi Rehat, Kadar Nadi Latihan, Kadar Nadi Pemulihan Serta Skor Ujian. 90
J Borang Rekod Kecergasan Diri 93 K Borang Skor Ujian Bleep 94 L Borang Pemilihan Sujek 95
M Surat Perlantikan 96 N Surat Perjanjian 97 O Jadual Nilai Kritikal-t 98
BAB 1
PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan
Dewasa ini, bersenam, bersukan dan beriadah merupakan rutin bagi masyarakat
kita. Kesedaran tentang betapa pentingnya mengamalkan aktiviti bersukan dan bersenam
merubah persepsi lama masyarakat kita yang menganggap senaman bukan suatu sosial
yang harus di ambil berat. Kesihatan dan kecergasan badan nyatanya merupakan elemen
penting bagi setiap individu untuk menjalani kehidupan yang sihat dan menjalankan
tanggungjawab dengan sempurna. Masa yang berlalu bak persis kijang dan urusan harian
yang di pertanggungjawabkan bukanlah penyebab untuk kita tidak melakukan aktiviti
kecergasan dan senaman.
Terdapat pelbagai aktiviti senaman dan sukan yang boleh kita lakukan sama ada
aktiviti lasak mahupun sebaliknya. Kebiasaanya aktiviti sukan yang lasak, memerlukan
tahap kecergasan fizikal yang kuat dan mantap.Tahap kecergasan fizikal seseorang itu
berkait rapat dengan sistem respirasi manusia. Semasa paru-paru menyerap oksigen
pembakaran bahan kimia telah berlaku bagi menghasilkan tenaga untuk badan melakukan
aktiviti yang memerlukan daya tahan kardiovaskular, memerlukan daya tahan yang tinggi
dan memerlukan daya tahan otot.
Adalah penting untuk kita memahami konsep kecergasan dengan betul sebelum
kita melakukan sebarang aktiviti kecergasan. Nyatanya kecergasan untuk sukan seperti
bola sepak dan permain hoki memerlukan daya tahan untuk menahan keseluruhan
permainan dan kebolehan seseorang melakukan semua kemahiran dengan sempurna. Ini
memerlukan lebih banyak kekuatan dan kepantasan untuk menetapkan langkah dan
bermain secara agresif. Ia memerlukan ketangkasan dan kefleksibelan untuk menukar
arah dengan pantas dan serta merta. Ia juga memerlukan kecergasan yang menyeluruh
untuk membolehkan seseorang itu bermain dan melakukankan aktiviti dalam keadaan
tenang. Dalam istilah kecergasan terdapat beberapa komponen yang terlibat di antaranya
ialah daya tahan, kekuatan, kelajuan, kuasa, kordinasi, kefleksibelan, ketangkasan dan
lemak badan.
Salah satu komponen yang penting dalam kecergasan ialah keupayaan
kardiovaskular. Iaitu kebolehan untuk meneruskan atau melakukan aktiviti yang
berintensiti tinggi dengan melibatkan kumpulan otot yang besar dalam jangka yang lama.
Aktiviti berintensiti tinggi memerlukan keupayaan jantung dan paru-paru yang cekap
kerana situasi seperti ini memerlukan tenaga yang banyak dan hanya pengaliran darah
yang kaya dengan oksigen membolehkan otot-otot menjalankan aktiviti tersebut.
Kecergasan kardiovaskular boleh menurunkan kadar nadi rehat serta menjadikan
jantung lebih sihat. Dengan itu, peredaran darah menjadi lebih cekap serta peningkatan
kebolehan paru-paru ke kapasiti penggunaan yang optimum diteruskan dan oksigen boleh
dibekalkan keotot-otot untuk melambatkan keletihan dan kelesuan.
Kadar nadi rehat bagi individu yang aktif atau terlatih selalunya adalah rendah
iaitu di antara 20 hingga 30 denyutan berbanding individu yang tidak terlatih. Kadar nadi
akan sentiasa meningkat jika jumlah kerja yang dilakukan ditambah. Individu yang sihat
dan cergas fizikalnya mengambil masa yang singkat untuk pulih ke tahap denyutan nadi
normal jika dibandingkan dengan individu yang tidak cergas. Hal ini boleh dijadikan
sebagai garis panduan kepada seseorang atlit untuk mengatahui tahap kecekapan sistem
kardiovaskularnya.
Melalui kecergasan kardiovaskular juga, kadar pengambilan oksigen maksimum
(VO2 max) seseorang boleh diukur. Kewujudan peralatan senaman seperti basikal
ergometer, tredmill dan polar heart rate dapat digunakan untuk mengukur kadar
pengambilan VO2 max dengan merekod kadar denyutan jantung bagi menentukan berapa
banyak oksigen yang boleh digunakan atau diperlukan dalam masa satu minit semasa
menjalani latihan fizikal (maximal)
Kecanggihan peralatan sukan dan senaman yang wujud pada hari ini haruslah
diambil peluang oleh atlit terutamanya bagi meningkatkan kecergasan mahupun prestasi
latihan. Peralatan sedemikian sememangnya penting bagi meningkatkan lagi mutu sukan
negara. Walau bagaimanapun, kewujudan peralatan senaman yang berteknologi tinggi
dan canggih juga bukanlah satu jaminan untuk melihat berlakunya ledakan peningkatan
mutu sukan negara kita. Oleh itu, atlit perlu sentiasa mengekalkan tahap kecergasannya
terutama sistem kardiovaskular kerana ia dapat membantu seseorang pemain bermain
dengan baik tanpa sebarang gangguan serta kecederaan di sepanjang tempoh permainan
seterunya meningkatkan kualiti permainan..
1.2 Latar Belakang Masalah.
Aset yang paling penting bagi seseorang pemain bola sepak dan hoki tidak kira
dimana posisi pemain itu berada ialah tahap kecergasan fizikalnya. Setiap tahun, Sukan
Antara Universiti Malaysia (MASUM) akan menganjurkan kejohanan antara universiti
yang akan berlangsung pada setiap hujung tahun. Ke semua universiti di Malaysia wajib
dan harus melibatkan diri dalam kejohanan ini. Bola sepak merupakan salah satu
permainan yang dipertandingkan dan pasukan bola sepak UTM merupaka salah satu
pasukan pilihan. Mereka mampu menempatkan nama di MASUM, namun setakat
manakah kejayaan yang mampu dipertaruhkan.
Masalah utama yang dihadapai oleh mereka ialah mereka tidak ada tahap
kecergasan yang cukup. Nyatanya daya tahan kardiovaskular menentukan prestasi
pemain bola sepak kerana ia merupakan asas dalam segala jenis sukan. Tambahan pula
bola sepak merupakan satu aktiviti yang memerlukan penggunaan aerobik iaitu
penggunaan oksigen yang berpanjangan untuk sepanjang tempoh permainan tersebut.
Seperti bola sepak juga, pemain hoki juga menghadapi masalah dan situasi yang
sama memandangkan mereka juga memerlukan komponen pergerakan yang hampir sama
dengan bola sepak. Kemahiran hoki melibatkan penggunaan kayu hoki serta koordinasi
mata juga tangan yang baik. Tahap kecergasan seseorang pemain hoki terutamnya sistem
kardiovaskular juga perlu ada pada tahap yang tinggi. Faktor ini membolehkan seseorang
pemain beraksi selama 70 minit di dalam sesuatu tempoh perlawanan dengan lebih baik.
Bertepatan dengan permasalahan ini, kajian yang dijalankan ini adalah untuk
mengukur perbezaan tahap kecergasan daya tahan kardiovaskular setiap pemain bola
sepak dan pemain hoki lelaki UTM melalui ujian Bleep yang dijalankan ke atas mereka.
1.3 Penyataan Masalah.
Berdasarkan pemerhatian dan keputusan yang terdahulu yang diberikan oleh
pihak Unit Sukan UTM, kebanyakan daripada atlit bola sepak UTM kurang dari segi
kecergasan terutamanya dari segi komponen aerobik, dimana ia terdiri daripada kapasiti
aerobik dan kekuatan aerobik. Secara umumnya pemain-pemain bola sepak mesti
mempunyai kecergasan aerobik yang baik, iaitu mempunyai daya tahan kardiovaskular
yang baik memandangkan pemain bola sepak mengambil masa yang agak lama untuk
menghabiskan sesuatu perlawanan.
Namun pasukan bola sepak nyatanya lebih cemerlang dari pasukan hoki dalam
menghadapi kejohanan Sukan Antara Universiti ( MASUM ) jika dilihat dari segi
keputusannya berbanding pasukan hoko. Namun masa yang agak lama dalam
menghadapi sesuatu perlawanan memaksa mereka mempunyai ketahanan kardiovaskular
yang tinggi.
Berlandaskan fenomena ini, penyelidik melakukan kajian yang hanya tertumpu
kepada satu aspek utama sahaja iaitu perbandingan tahap kecergasan daya tahan
kardiovaskular di antara pemain-pemain bola sepak dan pemain hoki lelaki UTM melalui
ujian Bleep.
1.4 Persoalan Kajian.
Persoalan yang mungkin timbul semasa kajian dijalankan adalah seperti berikut:
1.4.1 Adakah bilangan kadar denyutan nadi rehat, kadar nadi latihan, kadar nadi
pemulihan dan masa yang diambil untuk menamatkan ujian Bleep berbeza di
antara pemain bola sepak dan pemain hoki lelaki.
1.4.2 Adakah terdapat perbezaaan tahap kecergasan daya tahan kardiovaskular di antara
pemain-pemain bola sepak dan hoki lelaki Universiti Teknologi Malaysia.
1.5 Kepentingan Kajian.
Melalui kajian yang dijalankan ini, diharap setiap pemain dapat mengatahui tahap
daya tahan kardiovaskular masing-masing dalam sukan bola sepak dan hoki. Moga ia
dapat memberi kesedaran kepada setiap pemain untuk meningkatkan lagi dan
memperbaiki tahap daya tahan kardiovaskular mereka bagi membentuik satu pasukan
bola sepak dan hoki yang mantap untuk menghadapi perlawanan mendatang.
Berdasarkan keputusan kajian yang dilakukan ini, setiap pemain dapat
memperbaiki dan meningkatkan lagi mutu persembahan masing-masing berpandukan
rekod mereka.di harapkan juga ia dapat memberi panduan kepada jurulatih dan pihak-
pihak yang terlibat untuk merancang program latihan dan latihan yang bersesuian untuk
pasukan kelolaannya. Dengan cara ini program latihan dapat diubahsuai dan
diperkembangkan dari masa ke semasa berpandukan kadar peningkatan pencapaian
individu mahupun berpasukan.
1.6 Objektif Kajian
Objektif utama kajian ini dijalankan ialah untuk;
1.6.1 Mengenalpasti tahap daya tahan kardiovaskular di kalangan pemain-pemain bola
sepak dan hoki lelaki Universiti Teknologi Malaysia.
1.6.2 Membuat perbandingan bilangan kadar denyutan nadi rehat, kadar nadi latihan,
kadar nadi pemulihan dan tahap larian (level) melalui ujian bleep terhadap pemain
bola sepak dengan hoki.
1.6.3 Mengatahui bilangan denyutan kadar nadi rehat, kadar nadi latihan, kadar nadi
pemulihan dan tahap larian (level) yang mampu untuk menamatkan larian.
1.7 Hipotesis Kajian 1.7.1 Ho 1
Tidak terdapat perbezaan yang signifikan dalam tahap daya tahan kardiovaskular
dari segi kadar nadi rehat (KNR), kadar nadi latihan (KNL), kadar nadi pemulihan
(KNP), dan tahap larian (level) pemain-pemain bola sepak serta hoki lelaki di
antara kedua-dua pasukan.
1.7.2 HA 1 Terdapat perbezaan yang signifikan dalam tahap daya tahan kardiovaskular dari
segi kadar nadi rehat (KNR), kadar nadi latihan (KNL), kadar nadi pemulihan
(KNP) dan tahap larian (level) pemain-pemain bola sepak serta hoki lelaki di
antara kedua-dua pasukan.
1.8 Limitasi Kajian Untuk melakukan kajian ini, secara keseluruhannya terbatas kepada beberapa
perkara berikut:
1.8.1 Kajian ini hanya tertumpu kepada ujian daya tahan kardiovaskular sahaja. 1.8.2 Kajian yang dijalankan hanyalah menggunakan sempel pelajar-pelajar lelaki iaitu
atlit bola sepak dan hoki UTM sebagai subjek iaitu 18 orang sampel dari pasukan
bola sepak dan 18 orang sampel dari pasukan hoki yang berumur di antara 20-30
tahun.
1.8.3 Subjek yang dipilih untuk kajian ini bebas daripada sebarang penyakit yang
merbahaya dan sihat.
1.8.4 Pengukuran untuk melihat kadar daya tahan kardiovaskular hanya dilakukan
melalui ujian Bleep.
1.9 Delimitasi Kajian ini tidak terbatas kepada perkara-perkara berikut: 1.9.1 Semangat dan usaha yang gigih subjek sepanjang program latihan dan ujian . 1.9.2 Subjek tidak semestinya tidak menghisap rokok dan minum minuman keras. 1.10 Definisi Operasional
Dalam usaha melaksanakan kajian ini, terdapat pelbagai termonologi yang
digunakan. Di antara pengertian termonologi yang membatu dalam menjalankan
kajian ini adalah seperti berikut:
1.10.1 Daya tahan kardiovaskular
Keupayaan jantung untuk berkerja keras mengepam darah beroksigen kebahagian
tubuh badan manusia apabila melakukan aktiviti daya tahan.
1.10.2 Daya Tahan
Kebolehan atlit untuk melakukan aktiviti yang berterusan dalam jangka masa
yang lama.
1.10.3 Kecergasan Fizikal.
Fisiologi yang cergas atau keupayaan fizikal seseorang untuk melakukan kerja
harian tanpa merasa letih atau penat dan masih mempunyai tenaga untuk
melakukan aktiviti riadah dan mengahadapi kecemasan dengan tenang dan penuh
tenaga.
1.10.4 Kadar Denyutan Nadi (KDN)
Bilangan denyutan nadi dalam jangka masa seminit. Denyutan nadi ini dikesan di
arteri karotid pada leher selama 30 saat. Untuk memperolehi jumlah denyutan
seminit, bilangan yang diperolehi didarab dengan dua. Bacaan denyutan nadi
diambil semasa subjek berada dalam keadaan duduk.
1.10.5 Kadar Nadi Rehat (KNR)
Bilangan denyutan nadi dalam jangkamasa seminit yang diambil semasa subjek
dalam keadaan rehat sebelum latihan. Bacaaan diambil sebanyak tiga kali dan jika
ianya tidak berubah, maka ia dikira sebagai kadar nadi rehat.
1.10.6 Kadar Nadi Latihan (KNL)
Bilangan denyutan nadi yang diambil dalam jangka masa seminit yang diambil
sebaik sahaja selepas subjek berhenti daripada melakukan aktiviti.
1.10.7 Kadar Nadi Pemulihan (KNP)
Kadar denyutan nadi kembali ke paras normal atau kadar rehat berbanding dengan
masa selepas aktiviti tamat.
1.10.8 Ujian Bleep Ujian larian yang berteruasan di antara 2 orang atlit yang berjarak 20 meter. Ianya dijalankan dengan menggunakan keset yang telah direkodkan dengan bunyi bleep. Masa akan bertambah bagi setiap peningkatan tahap. Setiap tahap menggunakan 60 saat dan terdapat 23 tahap. Kelajuan tahap permulaan ialah 8.5 km/j dan ianya akan bertambah 0.5 km/j bagi setiap tahap yang seterusnya.
top related