bahagian perkhidmatan farmasi jabatan kesihatan...
Post on 22-Sep-2019
91 Views
Preview:
TRANSCRIPT
BAHAGIAN PERKHIDMATAN FARMASI
JABATAN KESIHATAN NEGERI JOHOR
UNTUK EDARAN DALAMAN SAHAJA
DARI MEJA TIMBALAN PENGARAH KESIHATAN NEGERI (FARMASI)
TN. HJ. SHA’ARI BIN ABD RAHMAN
AHLI-AHLI SIDANG REDAKSI
Yee Chiou Yann
Nur Amaleena Azlee
Norhafizah Ab Rahim
Chia Wei Ling
Tan Hui Yng
Siaw Jia Yi
Disclaimer: While all care is taken to ensure that the information presented in this bulletin is accurate, the board of editors and authors of this bulletin disclaim all responsibilities
for any liability, loss or harm incurred as a result of misinterpretation or inaccuracies within the bulletin. The content of the bulletin is provided for general informational purposes
only and is not intended as, nor should it be considered substitute for professional medical advice.
DARI PENA KETUA EDITOR
PN. SITI ASMAH BINTI BASIMIN
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.
Sekalung penghargaan dan tahniah diucapkan kepada sidang pengarang atas berkat usaha dalam penerbitan Tinta
Farmasi yang merupakan hasil kerjasama dan komitmen jitu warga farmasi Negeri Johor. Dalam Tinta Farmasi ini
tercatatnya segala coretan aktiviti dan pencapaian warga farmasi Negeri Johor sepanjang Januari—Jun 2019 dan
merupakan cerminan aspirasi warga farmasi Negeri Johor dalam memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada
masyarakat. Saya amat berbangga dengan komitmen dan kerjasama padu yang diberikan serta kejayaan yang dicapai
hasil daripada titik peluh dan lontaran idea yang bernas daripada semua warga farmasi yang terlibat secara langsung
atau tidak langsung.
Akhir kata, saya mendoakan semoga semua warga farmasi Negeri Johor akan terus cemerlang dan Tinta Farmasi terus
manjadi wadah ilmu yang bermanfaat kepada semua. Sekian, terima kasih.
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.
Syukur Alhamdulillah dengan izinNya, Tinta Farmasi Negeri Johor Volume 9 2019 berjaya diterbitkan. Tinta Farmasi ini
merupakan gambaran kecemerlangan warga Farmasi Negeri Johor dalam pelbagai sudut pada Januari—Jun 2019.
Saya selaku Ketua Editor mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada penasihat kami iaitu Tn. Hj. Sha’ari bin
Abd Rahman atas kepercayaan yang diberikan kepada kami dalam penerbitan Tinta Farmasi Johor.
Tahniah kepada ahli-ahli Sidang Redaksi yang bertungkus lumus menerbitkan Tinta Farmasi ini. Tidak lupa juga semua
warga Farmasi Negeri Johor yang telah memberi kerjasama dalam penyumbangan segala maklumat untuk dimuatkan
di dalam Tinta Farmasi ini.
Akhir kata, saya mewakili Sidang Redaksi memohon maaf jika terdapat kelemahan dan kekurangan dalam penghasilan
buletin ini.
Semoga dengan penghasilan Tinta Farmasi ini, semua kenangan dan memori indah warga farmasi Negeri Johor dapat
dipotretkan untuk tatapan masa yang akan datang. Selamat membaca dan sekian, terima kasih.
Tajuk Muka surat
1. Personaliti Tinta —
Pn. Fajaratunur Binti A. Sani 4
2. Kursus Anjuran Bahagian Perkhidmatan
Farmasi Johor (Januari — Jun 2019) 5
3. Persidangan Farmasi Johor 2019 6 — 7
4.
Johan Kategori Inovasi Persidangan Farmasi
Johor 2019
(D-SMART — Hospital Sultan Ismail)
8 — 9
5.
Johan Kategori KIK Persidangan Farmasi
Johor 2019
(METHA Safe Box — PKD Pontian)
10 — 11
6. Projek KIK Pejabat Kesihatan Daerah Johor
Bahru (FAST-MEDS) 12 — 13
7. Senarai Penerima Anugerah Perkhidmatan
Cemerlang (APC) Tahun 2018 14
8. Creative Corner 15
ISI KANDUNGAN
PERSONALITI TINTA
KELAYAKAN AKADEMIK:
1991-1995 : B.Pharm(Hons) Universiti Sains
Malaysia , Penang
2002-2004 : M(Sc) Public Health Sciences
Universiti Kebangsaan Malaysia
SEJARAH TEMPAT BERTUGAS:
1995-1996 : Pegawai Farmasi Pelatih di
Hospital Muar
1996-1999 : Hospital Segamat
1999-2001 : Hospital Mersing
2001-2002 : Hospital Kota Tinggi
2002-2004 : Hospital Sultan Ismail
2004-2006 : Cawangan Penguatkuasa
KLIA
2006-2009 : Hospital Kluang
2009-2015 : Pejabat Kesihatan Daerah
Muar
2015-2016 : Pegawai Farmasi
Simpanan Latihan, Bahagian Latihan
Pengurusan KKM, Putrajaya
2016-2017 : Bahagian Perkhidmatan
Farmasi, KKM
2017-Kini : Pegawai Farmasi
Kesihatan Daerah di Pejabat
Kesihatan Daerah Johor Bahru
PUAN FAJARATUNUR BINTI A. SANI
PEGAWAI FARMASI KESIHATAN DAERAH UF54
PEJABAT KESIHATAN DAERAH JOHOR BAHRU
TARIKH LAHIR: 28 OKTOBER 1971
TEMPAT LAHIR: MERSING, JOHOR
PENGLIBATAN DALAM PENYELIDIKAN:
1. Persidangan Penyelidikan & Pembangunan
Farmasi 2002 (Pembentang Oral)
2. Ahli Jawatankuasa Kualiti Farmasi Negeri
Johor (2007-2008)
3. Ahli Jawatankuasa Quality Assurance (QA)
Bahagian Perkhidmatan Farmasi, JKNJ
(2008)
4. Johor Scientific Meeting 2009 : Terbitan
Abstrak Persembahan QA Lisan
5. Konvensyen Inovasi & Kreativiti Farmasi
KKM 2009,2011 – Pengerusi JK Pengadilan
6. 13th Scientific Meeting of the National
Institutes of Health dan 4th National
Conference for Clinical Research (NCCR
2010)
7. Konvensyen Inovasi & Kreativiti Farmasi
KKM 2013 – Ahli Jawatankuasa JK
Pengadilan
8. 4th International Conference On
Pharmaceuticals, Neutraceuticals and
Cosmetic Science (IPNaCS), Melaka 2015
9. Konvensyen Inovasi & Kreativiti Farmasi
KKM 2017 (6 – 8 Ogos 2017) – AJK Saintifik &
Persembahan
10. Abstract Judging (19 abstrak kategori Oral &
Poster) untuk Persidangan R&D Farmasi
Kebangsaan ke-10 Tahun 2018
TINTA FARMASI JOHOR VOL.9/2019 4
Nama Kursus Tarikh
Kursus Motivational Interviewing For Pharmacists 2019 18 – 19 Mac 2019
Kursus Komunikasi Berkesan Bagi Anggota Farmasi Tahun 2019 15 – 16 April 2019
Kursus Pengukuhan Duta Kenali Ubat Anda Negeri Johor 2019 14 April 2019
Bengkel Budget Impact Analysis (BIA) Negeri Johor Tahun 2019 22 April 2019
Bengkel Metodologi Penyelidikan Bagi Pegawai Farmasi
Negeri Johor Tahun 2019 21 – 22 April 2019
Bengkel Quality Assurance (QA) Bahagian Perkhidmatan
Farmasi Negeri Johor Tahun 2019 24 – 25 April 2019
Bengkel Audit Dalam Amalan Farmasi (ADAF) Siri I & II Tahun
2019 23 - 24 April 2019
Kursus Farmakoterapi: Updates On Cardiovascular And
Pulmonary Medicines 26 Jun 2019
KURSUS ANJURAN BAHAGIAN PERKHIDMATAN FARMASI JOHOR
(JANUARI - JUN 2019)
TINTA FARMASI JOHOR VOL.9/2019 5
Bahagian Perkhidmatan Farmasi, Jabatan
Kesihatan Negeri Johor dengan kerjasama
Malaysian Pharmaceutical Society (MPS)
telah menganjurkan Persidangan Farmasi
Johor 2019 yang bertemakan “Enhancing
P h a r m a c y S e r v i c e s T h r o u g h
Collaboration, Digitalization and
Innovation” di Fraser Place, Puteri
Harbour Johor Bahru pada 6 dan 7 April
2019 yang lalu.
5 kategori pertandingan telah diadakan
semasa Persidangan Farmasi Johor iaitu
pertandingan Kajian Penyelidikan (R&D)
kategori poster dan lisan, pertandingan
KIK, QA lisan dan Inovasi yang melibatkan
jabatan farmasi dari fasiliti-fasiliti di
seluruh negeri Johor. Melalui
pertandingan ini, warga farmasi
berpeluang untuk berinteraksi dan
berkongsi maklumat berkaitan usaha-
usaha yang telah dijalankan ke arah
peningkatan kualiti perkhidmatan melalui
budaya inovasi dan kreativiti di tempat
kerja. Selain itu, pelbagai tajuk ceramah
yang berinformasi turut disampaikan
semasa persidangan tersebut untuk
memberikan maklumat terkini tentang isu
-isu kesihatan semasa kepada para
peserta.
TINTA FARMASI JOHOR VOL.9/2019 6
SENARAI PEMENANG PERTANDINGAN INISIATIF KUALITI (R&D, QA, KIK & INOVASI)
Kategori Pencapaian Pemenang Tajuk
R&D
(Poster)
Pertama Hospital Enche’ Besar
Hajjah Khalsom
Patient’s perception on the features of interest and barriers of
Smartphone Medication Adherence application
Kedua
Hospital Temenggong
Seri Maharaja Tun
Ibrahim
Prescribing Trend Of Antihypertensive Agents In Medical Ward
Of Hospital Temenggong Seri Maharaja Tun Ibrahim And
Adherence To Standard Treatment Guidelines
Ketiga Hospital Sultanah
Aminah
The Incidence of Acute Kidney Injury (AKI) In ICU Patients
Treated With Piperacillin/Tazobactam And Meropenem - An
Observational Study
R&D
(Lisan)
Pertama Hospital Enche’ Besar
Hajjah Khalsom
Evaluation of Patient Awareness and Practice to Adverse Drug
Reaction Reporting in a Malaysian Tertiary Care Hospital
Kedua Hospital Tuanku
Fauziah, Perlis
Exploring the Healthcare Professionals’ Experience of
Interdisciplinary Collaboration in Medical Department,
Hospital Tuanku Fauziah, Malaysia
Ketiga Hospital Mersing
A Randomized Control Trial Study on the Use of Multimedia
during Insulin Counselling in Patients with Type 2 Diabetes
Mellitus
R&D
People’s
Choice
Award
Hospital Sultan Ismail
Impact of Antimicrobial Stewardship on Management of
Pseudomonas sp (Beta lactamase inducer) Infection in
Orthopedic Patients
QA
(Lisan)
Pertama PKD Pontian Mengurangkan Peratusan Kos Pembaziran Daripada Ubat
Yang Dipulangkan Ke Farmasi Klinik Kesihatan Pontian
Kedua PKD Kluang
Re-engineering of SPUB System (Value-Added Service) at
Outpatient Pharmacy, Klinik Kesihatan Simpang Renggam due
to Unstandardized Workflow
Ketiga
Bahagian
Perkhidmatan Farmasi
Johor
Meningkatkan Kawalan Iklan Ubat/ Perkhidmatan Kesihatan
Di Media Baru
KIK
Pertama PKD Pontian METHA SAFE BOX
Kedua PKD Johor Bahru FAST-MEDS
Ketiga PKD Johor Bahru Perkhidmatan Kad VIP
Inovasi
Pertama Hospital Sultan Ismail D-SMART
Kedua Hospital Sultanah Nora
Ismail ECO BOX
Ketiga PKD Mersing SMART DISPLAY CART (SmaDiC)
TINTA FARMASI JOHOR VOL.9/2019 7
PENGENALAN INOVASI
D-SMART merupakan satu inovasi teknologi dalam format application (app) yang akan
menunjukkan formula penyediaan drip tanpa pengiraan secara manual. App ini boleh dimuat
turun ke dalam Android smartphone secara percuma dan boleh digunakan tanpa talian internet.
Pengguna hanya perlu memasukkan kepekatan Sodium Chloride (NaCl) atau/dan
Dextrose (D), serta jumlah isipadu yang dikehendaki. Kemudian, senarai botol drip yang boleh
digunakan, isipadu NaCl 20% dan D50% yang perlu ditambah akan ditunjukkan dengan serta-
merta secara automatik.
SEBELUM DAN SELEPAS INOVASI DIHASILKAN
Sebelum inovasi ini, tiada panduan penyediaan drip yang boleh dirujuk. Pengiraan
secara manual adalah rumit dan mengambil masa yang lama. Staf yang menerima pertanyaan
mengenai penyediaan drip perlu membuat pengiraan manual. Tidak semua staf mempunyai
kepakaran dalam bidang ini. Setiap orang mempunyai cara pengiraan sendiri, oleh itu jawapan
yang berbeza-beza akan diperolehi.
Selepas inovasi ini, pengguna boleh mendapatkan formula penyediaan drip dalam masa
yang singkat tanpa pengiraan secara manual. Dengan menggunakan app ini, jawapan yang
diperolehi adalah tepat dan selaras.
KRITERIA PENILAIAN
D-SMART merupakan satu ciptaan baru yang masih di dalam proses pendaftaran MyIPO.
App ini menggunakan susun atur yang jelas serta kombinasi warna yang sesuai. Ini memudahkan
pengguna untuk melihat dan mentafsirkan jawapan yang diperolehi.
Selepas inovasi ini diperkenalkan, purata masa yang digunakan untuk menyelesaikan
pengiraan telah dikurangkan sebanyak 88-92%. Ini dapat meningkatkan tahap produktiviti
kerana anggota farmasi mempunyai lebih banyak masa untuk menyelesaikan kerja-kerja lain.
Terdapat 95% responden berpuas hati dengan D-SMART.
D-SMART berjaya mengurangkan jumlah perbelanjaan drip bulanan di wad NICU kerana
pengguna boleh memilih gabungan drip yang paling sesuai daripada senarai drip yang
dipaparkan. Jumlah penggunaan drip, NaCl 20% dan D50% dapat dijimatkan dan seterusnya
mengurangkan kos perbelanjaan secara keseluruhan.
Penggunaan D-SMART boleh disebarkan ke fasiliti KKM yang lain dan boleh digunakan
oleh semua pekerja dalam bidang kesihatan.
INOVASI D-SMART HOSPITAL SULTAN ISMAIL JOHOR BAHRU
TINTA FARMASI JOHOR VOL.9/2019 8
CARA PENGGUNAAN D-SMART
Pengguna hanya perlu memasukkan:
Nilai Kepekatan Sodium Chloride (NaCl) yang dikehendaki
Nilai Kepekatan Dextrose (D) yang dikehendaki
Jumlah isipadu yang dikehendaki
Formula penyediaan cecair intravena akan ditunjukkan dengan serta- merta secara
automatik termasuk:
Senarai botol drip yang boleh digunakan
Isipadu NaCl 20% untuk ditambah
Isipadu D50% untuk ditambah
Kepekatan Osmotik larutan
Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi: jasminetxw@hsi.gov.my
TINTA FARMASI JOHOR VOL.9/2019 9
METHA SAFE BOX
FARAHATIN U, M.REDZUAN MR, s. Eliana s, ZULKIFLI K, Norafiqahassyirah MA
Fokus utama projek ini adalah untuk menyediakan tempat penyimpanan ubat sirap methadone yang
betul dan selamat kepada klien methadone DBB serta mengikut indikator QAP 1 iaitu peratusan
preskripsi diisi salah dan ditemui sebelum proses pendispensan yang ditetapkan sasarannya adalah
0 peratus. Impak yang dijangkakan adalah peningkatan keselamatan sirap DBB di rumah dan juga
pengurangan risiko penyalahgunaan dan kecurian DBB. Ini seiring dengan matlamat dan objektif
Malaysian Patient Safety Goal untuk memastikan keselamatan pesakit terjamin.
RASIONAL PROJEK
Pejabat Kesihatan Daerah Pontian mempunyai 8 Klinik Kesihatan yang menawarkan perkhidmatan
rawatan methadone. Salah satu kelebihan dalam rawatan methadone adalah dos bawa balik (DBB)
sirap methadone ke rumah oleh klien methadone yang telah memenuhi syarat kriteria untuk
membawa pulang sirap methadone. Sirap methadone merupakan ubat psikotropik yang membantu
mengawal ketagihan opiat dan perlu disimpan dengan baik.
Didapati sirap methadone adalah merupakan sediaan yang serupa dengan sediaan ubat sirap kanak-
kanak, justeru risiko untuk tersalah minum adalah sangat tinggi. Tambahan pula, tempat
penyimpanan sirap methadone yang tidak sesuai mendedahkan klien methadone kepada risiko salah
minum. Selain itu, penyalahgunaan dan salah laku seperti menjual atau kecurian sirap methadone
semakin meningkat. MSB bertujuan untuk menyimpan DBB methadone untuk 3 hari sahaja dengan
baik di rumah klien methadone bagi meningkatkan mutu dan kualiti program Harm Reduction
methadone.
PENGENALAN
SIGNIFIKASI PROJEK
Terdapat kes kematian kanak-kanak umur 7 tahun yang
melibatkan tersalah minum methadone yang dianggap ubat
demam ketika musim perayaan di Rompin, Pahang pada
tahun 2015. Terdapat beberapa kes tersalah minum sirap
methadone yang diberikan oleh ibu bapa kepada anaknya
yang berlaku di beberapa buah negeri seperti di Selangor,
Perak, Kelantan dan Pahang pada tahun 2012 hingga 2016.
Unit farmasi PKD Pontian juga menghadapi masalah ini di
mana didapati tempat penyimpanan DBB methadone pesakit
adalah tidak sesuai dan bercampur dengan sirap ubatan
lain. Ini mendedahkan ahli keluarga pesakit kepada risiko
tersalah minum. Terdapat juga klien yang melakukan
penyalahgunaan terhadap dos bawa balik seperti
mengumpul stok untuk dijual dan pemalsuan kecederaan
bagi menyimpan DBB methadone di rumah secara
berlebihan.
(MSB)
TINTA FARMASI JOHOR VOL.9/2019 10
Penyediaan Inovasi dan Fungsi MSB
Impak Klinikal Positif
Meningkatkan keupayaan sosio ekonomi
pesakit
Mengurangkan penyalahgunaan dadah
opiat dan kesan sampingan
M e n i n g k a t k a n k e s e l a m a t a n
masyarakat dan mengurangkan kegiatan
jenayah
IMPAK PROJEK
Impak Luar Jangka Projek
Penyeragaman Projek
Kolaborasi bersama Agensi Anti
Dadah Kebangsaan (AADK)
Kolaborasi bersama Jabatan Kebajikan
Masyarakat (JKM)
Keberhasilan Projek
Meningkatkan keselamatan penyimpanan methadone di rumah
Mengurangkan risiko, salah laku dan kecurian
Menjimatkan kos dan produk berkonsepkan “Go Green”
POTENSI PERKEMBANGAN PROJEK
8
6
2 23
21
0 0 00
2
4
6
8
10
Masalah perubatan akut
Penyakit hati akut
Depresi pernafasan
akut
Asma akut Kekejangan (spasm)
Kesan Sampingan Penggunaan Opiat dan Polisubstan
2017 2018 2019
0 0 0 0
18
13
3
0
11
9
15
221 1 1
0
5
10
15
20
Opioid Cannabis ATS Benzodiazepines
Bilangan Kes Positif Ujian Urin
2016 2017 2018
TINTA FARMASI JOHOR VOL.9/2019 11
Selain pendaftaran Hak Cipta MSB yang telah dipohon, perluasan
inovasi turut dibentangkan semasa Hari Kualiti dan Inovasi Jabatan
Kesihatan Negeri Johor 2018. Pengarah Kesihatan Negeri Johor
menyambut baik MSB sebagai cara penyimpanan methadone di
rumah.
Sehubungan itu, Pejabat Kesihatan Daerah Pontian melalui Bahagian
Perkhidmatan Farmasi, JKNJ telah mencadangkan agar MSB ini
diimplementasi di seluruh negeri Johor. Timbalan Pengarah
Kesihatan Negeri (Farmasi) Johor telah meluluskan sokongan
perluasan penggunaan projek MSB ini di semua fasiliti farmasi negeri
Johor, seterusnya meningkatkan kualiti penyampaian perkhidmatan
farmasi kepada pesakit khususnya.
PERKHIDMATAN TAMBAH NILAI : PROJEK KIK FAST–MEDS
PEJABAT KESIHATAN DAERAH JOHOR BAHRU
Fast-Meds merupakan Inovasi Penyampaian Perkhidmatan yang diperkenalkan di Unit
Farmasi, Klinik Kesihatan Sultan Ismail bagi mengurangkan purata masa menunggu pesakit
mendapatkan ubat susulan di kaunter farmasi. Ia juga menambahbaik proses kerja di kaunter yang
seterusnya dapat meningkatkan peratus preskripsi yang berjaya didispen dalam tempoh 30 minit
selaras dengan Piagam Pelanggan Teras KKM.
Daripada kajian latar belakang yang dilakukan untuk perbandingan bilangan preskripsi
yang diterima dari tahun 2015 hingga 2018, didapati terdapat peningkatan sehingga 10% dalam
bilangan preskripsi yang diterima setiap tahun, namun purata masa menunggu pesakit
dengan sasaran < 30 minit masih tidak tercapai. Hasil analisa juga mendapati bahawa masa
menunggu yang lama di kaunter farmasi Klinik Kesihatan Sultan Ismail bermula sejak penggunaan
Pharmacy Information System (PhIS) untuk prescription recording (menaip semula ubat-ubatan
yang telah dipreskrib oleh doktor ke dalam sistem) pada bulan Mei tahun 2018. Selain itu, punca
masalah masa menunggu yang lama di kaunter farmasi Klinik Kesihatan Sultan Ismail adalah
kaunter ekspres yang tidak digunakan secara optimum, masa pendaftaran perkhidmatan tambah
nilai yang lama, beban kerja yang tinggi dan perkhidmatan tambah nilai sedia ada yang tidak
dapat mengurangkan masa menunggu di klinik ini.
Sasaran Fast-Meds adalah untuk mengurangkan purata masa menunggu pesakit untuk
mendapatkan ubat di Farmasi Klinik Kesihatan Sultan Ismail dari 27 minit (2017) kepada 19 minit
(2018). Dengan ini pesakit dapat menjimatkan masa menunggu sehingga 8 minit dengan
menggunakan Fast-Meds manakala purata masa menunggu paling lama dialami pesakit juga
dapat dikurangkan dari 92 minit kepada 62 minit. Sasaran masa menunggu dapat ditingkatkan
sebanyak 7.16% iaitu dari purata 83.81% pada tahun 2017 kepada 90.97% pada tahun 2018.
Piagam Pelanggan Teras KKM dan Objektif Kualiti Unit Farmasi MS ISO 9001: 2015 iaitu 95%
preskripsi didispen dalam
tempoh 30 minit telah tercapai
mulai bulan Julai hingga
Disember 2018. Selain itu,
peratus preskripsi susulan
yang didispen dengan
perkhidmatan tambah nilai
telah meningkat sehingga
37.46% pada bulan Ogos 2018
berbanding sebelum Fast-
Meds diperkenalkan iaitu
25.57% pada bulan Mac 2018.
SEBELUM SELEPAS
TINTA FARMASI JOHOR VOL.9/2019 12
Sebanyak 7 minit dapat dikurangkan bagi masa pendaftaran baru perkhidmatan tambah
nilai manakala masa menunggu pesakit dengan preskripsi susulan tiga (3) ubat dan ke bawah
dapat dikurangkan sebanyak 17 minit. Pengurangan kesesakan kenderaan di Kiosk Farmasi Pandu
Lalu antara 12-15 pesakit dalam masa 1 jam pada waktu puncak telah dicapai dengan
peningkatan peratusan Perkhidmatan Fast-Meds di Klinik Kesihatan Sultan Ismail. Melalui Fast-
Meds, terdapat penjimatan kos dokumentasi di mana satu borang digunakan untuk pendaftaran 15
pesakit dan penjimatan adalah sebanyak RM180.00 dalam masa setahun.
Ini secara tidak langsung telah meningkatkan tahap kepuasan hati pelanggan di mana 100%
pesakit adalah berpuas hati dengan perkhidmatan Fast-Meds. Seramai 24 (68.57%) orang pesakit
yang sangat berpuas hati, 11 (31.43%) orang pesakit yang berpuas hati dan kebanyakan pesakit
mendapati penurunan purata masa menunggu sebanyak 90% dari 44 minit kepada 4 minit.
Secara keseluruhannya, Fast-Meds berjaya mengurangkan masa menunggu yang lama di
kaunter farmasi Klinik Kesihatan Sultan Ismail. Pesakit mempunyai pelbagai pilihan untuk
mengambil ubat susulan dengan kaedah yang fleksibel di samping pesanan ringkas sebagai
peringatan untuk mengambil ubat (infoblast) bagi mengurangkan lambakan ubat yang tidak
dituntut.
PENDAFTARAN FAST-MEDS:
PEMILIHAN : PRESKRIPSI KRONIK ≤ 3 ITEM DAN
MEMERLUKAN BEKALAN SUSULAN
PRESKRIPSI DIMASUKKAN DALAM SISTEM PHIS
PRESKRIPSI AKAN DICOPKAN DENGAN COP “FAST-
MEDS”
DIDAFTAR KE DALAM BUKU REKOD KAD TEMUJANJI
(FAST-MEDS)
NOMBOR PENDAFTARAN YANG TELAH DIDAFTAR
DALAM BUKU REKOD DITULIS DI ATAS PRESKRIPSI
PRESKRIPSI AKAN DIPULANGKAN KEPADA PESAKIT
SEMASA PROSES PENDISPENSAN
Rak khas untuk penyimpanan ubat Fast-
Meds. Ubat disusun mengikut lokasi
penyimpanan. Lokasi penyimpanan dilabel
mengikut bulan pesakit didaftar. Oleh itu,
terdapat 12 lokasi penyimpanan.
Contohnya, no. siri FM 13/04/18. Maka
lokasi penyimpanan berada di no. 4.
PENYIMPANAN UBAT FAST-MEDS
PENYEDIAAN UBAT FAST-MEDS
TINTA FARMASI JOHOR VOL.9/2019 13
Projek KIK Fast-Meds PKD Johor Bahru telah memenangi tempat
kedua dalam pertandingan KIK Persidangan Farmasi Johor 2019
BAHAGIAN PERKHIDMATAN FARMASI JOHOR 1. MASLIZA BINTI ARIP 2. NORAIMI BINTI NGARIP 3. NOR AINA BTE KAMARUDIN 4. ROZIANI BTE MOHD DZAHARI 5. NOR AKMALTULZUHRA BTE CHE NIK 6. MOHD AFFENDI BIN ISMAIL 7. MOK WUAI KIT PKD JOHOR BAHRU 1. AZIZUL BIN MOHD RASHIDI 2. TING SHEE HUI 3. O FUI KIM 4. NURUL NADHIRAH BINTI AWIN 5. HIDAYAWATI BINTI MADI 6. WINIFRED PERERA A/P WILLIAM PER-
ERA 7. NOORSHAKILA BINTI MUHAMAD 8. MOHAMAD SHAHMIM BIN ISUAN 9. NUR AIMAN BIN MOHD AMIN 10. ANU PRIYA A/P MUKUNAN 11. WONG XIAO LIAN 12. AMIR HARITH BIN ALI 13. ELAINE THAN MEI FERN PKD MUAR 1. MUHAMMAD SHAFIEE BIN ZAINAL
ABIDIN 2. LIM KY YING 3. LAU CHIN HWEE 4. AHMAD AMIRUDDIN BIN ABD HALIM 5. JULIANA BINTI MOHD AJIS PKD KLUANG 1. PERIANAIGEE A/P MUNIANDY 2. MOHD HAFIZ BIN MOHD SAIF 3. SYAFIQ BIN YA'ACOB 4. MOHD ZAHARIN BIN ZAINAL ABIDIN PKD BATU PAHAT 1. MOHAMAD ZAFIFI BIN OMAR 2. NUR SYARIFAH KHAIRINA BINTI
MASHOD 3. SOH ING LING 4. MOHD YUSOF BIN NGADIRIN 5. NORLINA BINTI LAN 6. NUR ASIAH BINTI ISMAIL H. SEGAMAT 1. NOORULHIDA BINTI ISHAK 2. GAN SU LING 3. NUR HATEIKAH BINTI OTHMAN 4. LIM SOON HONG 5. HASIDAH BINTI SARJU H. MERSING 1. NAJWA IZZATI BINTI MD SHARIFF
PKD TANGKAK 1. HAZIYAH BINTI HAJALI 2. NORFARUZA BINTI MOHD AMIN PKD KOTA TINGGI 1. RUZIA HANIM BINTI MOHD ISA 2. JANET NG SHU HWEE 3. PREESHA A/P NAGALINGAM 4. NURUL HAFIZA SAIDA BINTI MOHD
RAMDZAN 5. SITI NOORAINUN BINTI AB RAHIM PKD PONTIAN 1. MUHAMMAD AZHAR BIN JAAFAR 2. NUR SAFIAH BINTI JAMIL PKD KULAI 1. NURUL AMIRAH BT YUSOF 2. THANUSHA A/P MOHAN 3. UNGKU ZETI AKHTAR BINTI UNGKU
MUHAMMAD PKD SEGAMAT 1. SHALINY A/P SIVALINGAM 2. NUR FADIRZA BINTI ABD KADIR 3. TAN YONG SHENG 4. HAILESA BINTI TOMIN H. SULTANAH AMINAH, JB 1. SITI ROSNAH BINTI SURADI 2. FOO PEI CHIN 3. KOH CHANG HENG 4. OOI CHIN SIAN 5. NAEMAH BINTI MAT IDRIS 6. ONG JIA HUI 7. NURUL FARAHIN BINTI IKHSAN 8. SITI KHADIJAH BINTI MOHAMMAD
FAWZI 9. TAN GHIM SIONG 10. GAN LI WEN 11. LEE CHON HONG 12. AHTHEEMATHURRA A/P BALLASINGAM 13. NOORAZIAH BINTI ZULKEFLE 14. INDIRANI A/P M VADIVELU CHETTIAR 15. NORAINI BINTI ABDUL KARIM 16. MOHD DARWIN HAKIM BIN MOHD ESA
H. SULTANAH NORA ISMAIL, BATU PAHAT 1. AMINUDDIN BIN A.AZMAN TAN 2. ER SU LING 3. SIM SEE YEAN 4. CHOO WENDY 5. TAVAMALAR A/P KRISHNASAMY 6. SIM LI WEE 7. FATIN AFIQAH BINTI SHAMSUL AZHAR 8. NORAINI BINTI KASBI 9. NOR JAMILAH BINTI ABU AMIN
H. SULTAN ISMAIL, JB 1. NEO SUK XIAN 2. TAN SIOK YEAN 3. NURUL BALQIS RIZA BINTI BAKRI 4. NOORAFINAH BINTI MOHD ZUDIN 5. AZWAN HANIF BIN ALI 6. NURSYAFIQAH BINTI MA'ON 7. SOONG PEI LING 8. NORASYIKIN BINTI OSMAN 9. NURFAZILAH BINTI ARSAT 10. ZALIFAH BT MATURIDI H. PERMAI, JB 1. WONG AI LI 2. LOH HUI MIN 3. NOORANI SALIMAH BINTI SAKHON 4. NORFIKA BINTI AHMAD H. PAKAR SULTANAH FATIMAH, MUAR 1. NOR NADIAH BINTI SAAT 2. NOOR SALEHA BINTI MOHD SALLEH 3. CHEONG LI WEN 4. HENG YI LIAN 5. NUR SYAMIMI BINTI MOHD SALLEH 6. TENG MENG SHENG 7. NURUL NABILA HUDA BINTI
MOHAMAD SURAHMAN 8. MUHAMMAD AMIR NURHAQIM BIN
ROSLI 9. WAN NABILAH NAJWA BINTI
ABDULLAH SANI H. TEMENGGONG SERI MAHARAJA TUN IBRAHIM, KULAI 1. HAZIMAH BINTI RASUDIN 2. SEE SAY LI H. ENCHE' BESAR HAJJAH KHALSOM, KLUANG 1. SYAROJA BINTI MD. JEMU 2. SAKINAH BINTI MOHAMED SAAT 3. NUR ZAWANI BINTI MINHAT 4. CHUA WEI WEI 5. JAURIAH BINTI MUDA 6. SHAHILA BINTI KAMALUDIN H. KOTA TINGGI 1. THANUJAH A/P KAISBAIN H. PONTIAN 1. FAZIDAH BINTI FADZIL PKD MERSING 1. NAZARIZA BINTI MUNJIYAT @ ESA 2. SHAFIEE BIN ISHAK
TINTA FARMASI JOHOR VOL.9/2019 14
Creative Corner Crossword Puzzle
Comic Corner
TINTA FARMASI JOHOR VOL.9/2019 15
top related