bab 1 - teknologi maklumat
Post on 24-Dec-2015
42 Views
Preview:
DESCRIPTION
TRANSCRIPT
TEKNOLOGI MAKLUMAT (DUM 1213)
KOLEJ PENGAJIAN ISLAM JOHOR
(MARSAH)
Teknologi Maklumat (Information Technology) atau IT dan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (Information and Communication Technology) atau ICT merupakan teknologi yang diperlukan untuk pemprosesan data.
Merujuk segala aspek dalam pengurusan dan pemprosesan maklumat.
Secara tepat dan mudah: penggunaan komputer dan perisian untuk mengubah, menyimpan, melindungi, memproses, memindah, melihat, dan mendapatkan maklumat tanpa mengira tempat dan waktu.
Teknologi Maklumat
Komponen Teknologi MaklumatKomponen tersebut adalah :- Teknologi, Organisasi Pengguna
Teknologi
Teknologi merujuk kepada Perkakasan, Perisian dan Sistem Telekomunikasi yang digunakan di dalam pengurusan dan pemprosesan maklumat.
Perkakasan komputer seperti unit pemproses pusat (CPU), ingatan (RAM), cakera keras (HDD), papan kekunci (keyboard), tetikus (mouse) dan sebagainya amat penting dalam proses kemasukan, pemprosesan dan penyimpanan maklumat.
Teknologi
Perisian komputer seperti sistem operasi (OS) yang popular termasuk Linux, UNIX, Mac OS dan Windows.
Perisian aplikasi produktiviti pejabat seperti OpenOffice atau Microsoft Office serta perisian Internet seperti pelayar web (Mozilla, Netscape Navigator, Safari dan Internet Explorer) memainkan peranan besar dalam teknologi maklumat.
Teknologi
Perisian Bebas / Sumber Terbuka - Secara amnya, boleh didapati secara PERCUMA atau dibeli berserta kod sumber seperti Linux, FreeBSD, dan OpenOffice.
Perisian Komersial / Sumber Tertutup - Secara amnya, lesen menggunakan perisian perlu dibeli manakala kod sumber tidak diberikan seperti Microsoft Windows dan Miscrosoft Office.
Sistem Telekomunikasi
Ia merupakan rangkaian dan jambatan yang menyambungkan semua sistem komputer dan sistem telekomunikasi di seluruh dunia seperti Internet, satelit, dan sistem telefon.
Ia merupakan kombinasi beberapa teknologi seperti: Protokol / Senibina Telekomunikasi - TCP/IP. Teknologi Telekomunikasi/ Rangkaian - ATM, X.25,
Frame Relay, 3G, SMS, MMS, Bluetooth. Teknologi Media Penghantaran - Wayar tembaga,
Gentian Optik, Gelombang Mikro, Radio dan Satelit
Organisasi
Merupakan tempat dimana teknologi maklumat digunakan, ia mempengaruhi pengurusan dan pemprosesan maklumat tersebut.
Pengguna
Pengguna teknologi maklumat: Pengguna sistem yang tidak mentadbir sistem tersebut seperti kerani, jururuwang, pengurus, dsb
Pentadbir teknologi maklumat: Juruteknik komputer, pengurus teknologi maklumat, juru analisa sistem , pengaturcara program , dsb
Sejarah teknologi maklumat Istilah "teknologi maklumat" muncul
pada sekitar dekad 1970-an. Komputer komersil yang pertama ialah
UNIVAC I yang direka bentuk oleh J. Presper Eckert dan John Mauchly untuk Biro Banci Amerika Syarikat. Akhir dekad 1970-an memperlihatkan kebangkitan mikrokomputer, diikuti dengan rapat oleh komputer peribadi IBM pada tahun 1981.
Sejarah teknologi maklumat Empat generasi komputer telah
berkembang, dengan setiap generasi melambangkan satu langkah yang dicirikan oleh perkakasan yang semakin kecil dan berupaya.
Generasi pertama - tiub vakum, Generasi kedua & ketiga - transistor dan
litar bersepadu. Generasi keempat (terkini) - menggunakan
sistem-sistem yang lebih rumit seperti penyepaduan skala sangat besar (VLSI).
Teknologi Maklumat Mengikut Bidang Sistem Maklumat Grafik & Multimedia Kejuruteraan Perisian Rangkaian Komputer
Pengenalan Kepada Komputer Komputer mula digunakan semenjak
tahun 1940-an untuk membantu manusia di dalam melaksanakan kerja – kerja seharian.
Istilah komputer berasal dari perkataan Latin iaitu Computare yang bermaksud menghitung.
Kira – kira 3000 tahun lalu, sebuah alat yang diberi nama abacus atau sempoa telah dicipta bagi tujuan pengiraan.
Asas Sistem Komputer
Komputer ialah sebarang peralatan, mesin atau alat yang digunakan untuk memproses maklumat, berpandukan kepada prosedur/arahan yang ditetapkan.
Asas Sistem Komputer
Pemproses
Control Control UnitUnit
Arithmetic Arithmetic Logic Unit (ALU)Logic Unit (ALU)
Unit Arithmetik dan Logik (ALU)
Peranti Input
Peranti Storan
Peranti OutputIngatanIngatanDataData MaklumatMaklumat
InstructionsData
Information
InstructionsData
Information
Unit Kawalan
Pemprosesan
Unit Aritmetik dan Logik (ALU), ialah alat yang melaksanakan operasi asas, seperti operasi aritmetik (tambah, tolak, darab, dan sebagainya), operasi logik (AND, OR, NOT) dan membandingkan operasi.
Ingatan
Di dalam sistem komputer, ingatan ialah jujukan bait (seperti sel), di mana setiap satunya mengandungi sebutir maklumat.
Maklumat tersebut mungkin adalah arahan untuk komputer, dan setiap sel menyimpan serpihan data yang diperlukan komputer untuk menjalankan arahan.
Input-Output
Unit Input-Output membenarkan komputer menerima maklumat dan memproses maklumat dan memaparkan maklumat yang telah diproses.
Komponen yang terlibat dalam Unit Input-Output adalah perkakasan komputer.
Fungsi dan Bahagian Utama Komputer
Perkakasan dalam case komputer Papan sistem/Papan induk Simpanan kekal
Pemacu liut Pemacu keras Pemacu CD-ROM
Bekalan kuasa Papan litar
CMOS (most CPUs) TTL (Transistor-to-Transistor Logic)
Kabel
Perkakasan dalam case komputer
Papan induk (Mainboard)
Microphone
Audio
Line In
Kabel IDE & Kabel Floppy Disc
Peranti Input
Peranti yang membolehkan pengguna memasukkan data ke dalam komputer.
Ia berperanan sebagai penyalur bagi membolehkan pengguna memberi arahan dan maklumat kepada sistem komputer.
Maklumat yang dimasukan ke dalam komputer untuk diproses akan melalui peranti input boleh berbentuk teks, data, grafik, imej dan bunyi.
Di antara contoh-contoh peranti input ialah: kayu ria / joystick tetikus / mouse papan kunci / keyboard kad tebuk menyentuh skrin monitor / touch screen
Peranti Input - Keyboard
Peranti yang berbentuk mesin taip diguna untuk memasuk data atau teks ke dalam kenyataan untuk diproses.
Terdapat tiga jenis papan kekunci: 84 kekunci 101 kekunci 102 kekunci
Peranti Input - Mouse
Sesuatu peranti penuding yang disambungkan pada komputer berupa seakan-akan seekor tikus yang mempunyai ekor yang panjang.
Tetikus ini sering digunakan dengan animasi, grafik dan program desktop publishing.
Dengan menggunakan tetikus, kita dapat meletakkan penunding di mana-mana kawasan pada skrin.
Terdapat 3 jenis tetikus: Tetikus 1 butang Tetikus 2 butang Tetikus 3 butang
Peranti Output
Peranti Output ialah dimana data dapat dikeluarkan atau dibaca daripada komputer. Contohnya: Monitor Pencetak Pembesar suara
Maklumat-maklumat yang dibaca melalui peranti input akan diproses oleh CPU dan dihantar kepada peranti output.
Maklumat yang dihasilkan boleh berbentuk: Teks Data Grafik / imej Bunyi / suara
Peranti Output - Monitor
Monitor juga dikenali dengan berbagai nama seperti VDU (Video/Visual Display Unit), Console, CRT ( Cathode Ray Tube ) atau skrin.
Fungsi monitor adalah untuk memaparkan maklumat. Apa yang ditaipkan pada papan kekunci akan dipaparkan pada skrin monitor.
Peranti Output - Monitor
Terdapat 3 jenis monitor iaitu: monokrom monitor warna skrin rata
Ketiga-tiga monitor ini memerlukan kad adapter yang disambungkan pada unit sistem sebelum ia dapat berfungsi sebagai unit paparan.
Berikut adalah beberapa jenis monitor warna yang terdapat di pasaran:
CGA (Color Graphic Adapter) EGA (Enhanced Graphic Adapter) VGA (Video Graphic Array)
Peranti Output - Pencetak
Pencetak adalah suatu peranti yang digunakan untuk menghasilkan maklumat di kertas.
3 jenis pencetak: Pencetak Matriks Bintik (Dot Matrix Printer) Pencetak Pancutan Dakwat (Ink jet Printer) Pencetak Laser (Laser Printer)
Pencetak laser paling mahal harganya berbanding pencetak matriks bintik.
Peranti Output - Pencetak
36
Pencetak Matriks Bintik(Dot Matrix Printer )
Pencetak Pancutan Dakwat( Ink jet Printer )
Pencetak Laser( Laser Printer )
Output daripada pencetak ini terdiri daripada bintik-bintik halus yang dicetak di kertas. Pencetak ini sesuai untuk kerja-kerja yang tidak memerlukan kehalusan.
Output daripada pencetak ini adalah hasil daripada pancutan dakwat daripada katrij.
Peranti Storan
Peranti storan boleh berfungsi sebagai input dan output.
Contohnya setiap kali peranti storan menghantar data, arahan dan maklumat dari perantara storan ke memori - proses ini dipanggil 'read' maka ia berfungsi sebagai input.
Sebaliknya bila peranti storan menghantar data dari memori ke perantara storan - proses ini dipanggil 'writing' maka ia berfungsi sebagai output.
2 jenis storan / memori: Primer Sekunder
Peranti Storan - Primer
Storan primer digunakan oleh CPU untuk memproses data dan arahan.
RAM (Random Acces Memory) Cip memori yang boleh dibaca dan ditulis
oleh pemproses. Kebanyakan RAM adalah volatile iaitu data
akan hilang apabila bekalan kuasa komputer diputuskan.
2 jenis RAM: DRAM SRAM
Peranti Storan - Primer
ROM (Read Only Memory) - Cip memori yang menyimpan data dan arahan tetap dalam komputer.
Nonvolatile memory, iaitu data tidak akan hilang walaupun komputer telah ditutup.
2 jenis yang utama: EEPROM PROM
Memori Cache - menyimpan operasi dan data komputer yang selalu digunakan supaya dapat mempercepatkan proses komputer.
Peranti Storan - Sekunder
Dalam storan sekunder, data kekal disimpan walaupun bekalan kuasa telah diputuskan.
Contoh peranti storan sekunder yang sering digunakan ialah: Cakera liut (Disket) Cakera keras (Hard Disk) Cakera Zip CD-ROM / CD-R / CD-RW Pita magnetik Handy Drive / pendrive / thumbdrive
DISKET Cakera liut atau disket ialah perantara
storan yang mudah dibawa dan murah. Ia boleh digunakan dari satu komputer
dengan komputer yang lain. Sebelum menyimpan data dalam disket ia
mestilah di format dahulu. 'Formatting' ialah proses memformat
sesuatu disket atau cakera keras dengan aplikasi tertentu.
PENDRIVE Memberikan lebih ruang saiz kapasiti
storan berbanding disket atau cakera zip Jenis pendrive yang terdapatpasaran:-
Kingston Kingmax Toshiba
CAKERA KERAS Memberikan lebih ruang saiz kapasiti
storan berbanding USB flash drive atau disket
Cakera keras terletak dalam unit sistem utama
Terdapat portable hardisk yang lebih ringan dan kecil yang boleh dibawa ke mana-mana tetapi penggunaannya masih kurang.
CD - ROM Compact Disc Read-Only Memory Ianya tidak boleh dipadamkan atau
diubahsuai. Oleh itu namanya hanya untuk baca sahaja.
CD - ROM boleh menyimpan 650 MB data hingga 100 GigaByte, pengajaran dan maklumat.
Saiz CD adalah bergaris pusat 4.6”
45
Disk Video Digital ( DVD )• Jenis DVD mengikut versi:
1. DVD-ROM. Boleh mencapai 2. 4.7 GBSaiz tertinggi sehingga
17 GB. 3. DVD-R (recordable) boleh
mencapai saiz 3.9 GB per side.
4. DVD RAM boleh tulis dan baca seperti HD
Zip disk
Zip Disk boleh menyimpan data sehingga 100MB hingga 750MB yang biasanya digunakan untuk menyimpan fail bagi tujuan backup
ExternalZip drive
Zip disk
Kelebihan penggunaan peranti storan sekunder :
Ekonomi Lebih jimat menyimpan data pada media
bermagnet berbanding kabinet atau pada storan utama
Muatan Terdapat lebih ruang kapasiti muatan dalam
storan sekunder berbanding storan utama Keselamatan Lebih selamat daripada gangguan pengguna
yang tidak sah atau pencerobohan data dan maklumat
Unit Pemprosesan - CPU
CPU – central processing unit yang juga disebut sebagai pemproses
Peranti perkakasan yang paling utama dalam motherboard
Menerima input dan menghantar output Menyimpan data dan arahan serta
melaksanakan pengiraan Terbahagi kepada 2 iaitu:
unit kawalan unit aritmetik dan logik
Unit Pemprosesan - CPU
UNIT KAWALAN Mengandungi litar yang mengarahkan keseluruhan
sistem untuk melaksanakan arahan Mengarah dan mengawal operasi dalam komputer Tidak menyimpan sebarang data dan aturcara
UNIT ARITMETIK DAN LOGIK (ALU) Melaksanakan operasi aritmetik, logik dan
perbandingan data berdasarkan arahan yang diterima dari unit kawalan
Mengawal kelajuan pengiraan
Unit Pemprosesan - CPU
Perisian Komputer
Perisian adalah satu set susunan arahan yang dapat difahami oleh komputer.
Ia dibuat untuk mengarahkan komputer melaksanakan sesuatu operasi.
Pengaturcara adalah orang yang mahir dalam pembangunan perisian.
Terbahagi kepada 3 bahagian: perisian sistem pengoperasian perisian aplikasi perisian pengaturcaraan
Perisian Sistem Pengoperasian Suatu aturcara yang menggerakkan sistem komputer
kerana ia mengandungi rutin yang membolehkan komputer digunakan secara maksimum.
Ia menghubungkan perisian aplikasi dengan komputer dan membantu menguruskan sumber dalaman dan luaran.
Perisian ini diperlukan oleh semua komputer peribadi (PC).
Contoh perisian sistem: MS-DOS UNIX LINUX WINDOWS 98, 2000, ME, XP
Perisian Aplikasi
Merupakan perisian aplikasi yang telah dibina untuk membantu pengguna menjalankan pelbagai tugas dalam bidang seperti matematik, perakaunan, saintifik dan kejuruteraan.
Contoh perisian aplikasi ialah: Microsoft Office Adobe Photoshop AutoCAD Lotus organizer Acrobat Reader Macromedia Dreamweaver
Perisian Pengaturaan
Digunakan untuk membangunkan sesuatu aplikasi perisian yang lain.
Contoh :- Notepad C++ – membangunkan aplikasi
web Visual basic – membangunkan sistem
maklumat pengkalan data
Tamat…………..
top related