assignment moral sem sept 2009 zamrahman
Post on 27-Jun-2015
74 Views
Preview:
TRANSCRIPT
HBME3203 PENDIDIKAN MORAL TAHUN 5 & 6SEPTEMBER 2009
PENGENALAN
Sebagai manusia yang sentiasa mengharapkan kebahagian hidup dan menjalani
kehidupan dengan penuh keselesaan, kita haruslah mensyukuri dan menghargai setiap pemberian
nikmat dari Allah s.w.t. yang menjadi keperluan asas bagi kehidupan dengan sebaik mungkin.
Terutamanya, nikmat air, udara, tumbuhan-tumbuhan, haiwan dan sebagainya yang merupakan
ciptaan Allah sebagai pelengkap kepada kelangsungan kehidupan manusia di atas muka bumi ini.
Sememangnya Allah s.w.t. menjadikan alam ini sebagai kemudahan dan keperluan bagi
kehidupan hambanya. Segala kemudahan dan ciptaan Allah sama ada di langit mahupun di bumi
merupakan nikmat Allah kepada hambanya. Dan dalam masa yang sama manusia diamanahkan
menjadi khalifah untuk memikul tanggungjawab mengurus dan mengatur alam ini dengan baik.
Disamping menggunapakai segala kemudahan tersebut untuk urusan keperluan hidup dengan
faedah yang terbaik. Hal ini sebagaimana firman Allah dalam surah al-A’raf ayat 56 :
Maksudnya : “ Dan janganlah kamu berbuat kerosakan di bumi sesudah Allah menyediakan segala yang membawa kebaikan kepadanya. Dan berdoa’lah kepadanya dengan perasaan bimbang (kalau-kalau tidak diterima) dan juga dengan perasaan terharap-harap (supaya makbul). Sesungguhnya rahmat Allah itu dekat kepada orang-orang yang memperbaiki amalannya ”.
Sehubungan firman Allah di atas, sewajarnya pelajar diasuh dan dididik supaya
mempunyai kesedaran dan kepekaan terhadap isu alam sekitar. Perasaan sayang dan cinta
kepada alam sekitar perlu ditanam dijiwa pelajar sejak dari kecil melalui pendidikan yang
berkesan. Pendidikan adalah penting untuk mempertingkatkan dan memperbaiki keupayaan
manusia untuk menangani isu-isu alam sekitar.
Alam sekitar dan pembangunan perlu digabungkan sebagai komponen penting dalam
pembelajaran. Pendidikan formal dan tidak formal adalah penting untuk menukar sikap manusia
agar mereka mempunyai keupayaan untuk menilai dan menghadapi kepekaan mereka terhadap
Tengku Zamrah CheKu Abd Rahman620904115140002
1
HBME3203 PENDIDIKAN MORAL TAHUN 5 & 6SEPTEMBER 2009
pemasalahan isu-isu alam sekitar. Ianya juga penting untuk mencapai kesedaran alam sekitar dan
etika, nilai dan sikap, kemahiran dan tingkah laku yang konsisten, juga melihat keberkesanan
penglibatan awam dalam membuat keputusan terhadap peri perlunya pendidikan alam sekitar.
Pendidikan yang dimaksudkan ini juga adalah dengan tujuan untuk berusaha mencapai perolehan
pendidikan alam sekitar dan pembangunan, yang dikaitkan dengan pendidikan sosial, daripada
peringkat umur sekolah rendah dan tadika hingga kepada setiap orang dewasa.
Dalam proses pengajaran dan pembelajaran, bahan Bantu mengajar (BBM) atau alat
bantu mengajar (ABM) digunakan bagi menjelas dan mengukuhkan isi pelajaran yang ingin
disampaikan oleh kita untuk mencapai objektif pembelajaran moral yang menjurus kepada
kesedaran peri pentingnya menjaga alam sekitar. Kajian telah membuktikan bahawa
keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran bertambah jika bahan Bantu mengajar (BBM)
yang digunakan itu sesuai, jelas menarik dan berkesan. Mengikut kajian, 75% daripada
maklumat yang diperolehi oleh pelajar adalah melalui deria penglihatan, 13% melalui deria
pendengaran, 4% melalui deria sentuh, 4% deria lagi melalui deria bau. Deria penglihatan dan
pendengaran merupakan dua saluran deria manusia yang penting sekali untuk memperolehi
maklumat. Oleh yang demikian, bahan bantu mengajar, khasnya alat pandang dengar memainkan
peranan penting dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran dengan tujuan memperolehi ilmu
pengetahuan, menguasai kemahiran dan berlakunya perubahan tingkah laku. Dalam masa yang
sama ianya dapat meningkatkan kesedaran dalam isu-isu alam sekitar
Kepekaan guru dalam memilih, membina dan mengguna sumber amat penting kerana
setiap sumber yang digunakan dengan baik akan memberi kesan dalam proses pengajaran dan
pembelajaran. Kesesuaian setiap sumber tidak hanya terletak kepada kos yang mahal tetapi ia
amat penting dalam mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang interaktif dan
berkesan. Kebolehan guru merealisasikan penggunaan sumber dengan baik akan membantu
memperjelaskan dan menambah keyakinan pelajar.
Bahan pengajaran dan pembelajaran biasanya digolongkan sebagai media pengajaran
atau instructional media. Gerlach dan Ely (1980) melihat media pengajaran sebagai sumber-
sumber seperti manusia, bahan atau suasana yang boleh menimbulkan iklim pembelajaran untuk
merangsangkan pelajar mendapat ilmu pengetahuan, kemahiran serta pembentukan sikap positif.
Tengku Zamrah CheKu Abd Rahman620904115140002
2
HBME3203 PENDIDIKAN MORAL TAHUN 5 & 6SEPTEMBER 2009
Reiser dan gagne (1983) membuat kesimpulan bahawa media pengajaran merangkumi bahan
bercetak, rakaman audio dan visual, filem, slaid serta alatan yang digunakan bagi menyampaikan
isi pengajaran. Manakala Atan Long (1982) mengatakan bahawa alat-alat yang menyokong
penyampaian pembelajaran diberi nama “alat Bantu mengajar”. Bahan-bahan itu mungkin dalam
bentuk buku, carta atau slaid yang dipancarkan pada layar. Thomas, R. Murray dan Swartout,
Sherwin G. (1963) menjelaskan bahawa hanya alat Bantu mengajar yang mempunyai
komunikatif tinggi mampu membantu pelajar memperolehi pengalaman belajar yang berfaedah
bagi mengembangkan sikap ilmiah dan sikap sosial, kemantapan emosi dan daya penghargaan.
Sumber pengajaran, alat dan bahan bantu mengajar adalah istilah yang selari dan saling
melengkapi antara satu sama lain. Keupayaan guru merancang, mengurus dan menggunakan
setiap bahan, alat dan sumber pengajaran akan menjadikan setiap pengajaran dan pembelajaran
berkesan. Penyepaduan unsur pedagogi, bahan, sumber dan alat dalam proses pengajaran dan
pembelajaran akan memungkinkan proses pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih menarik
serta berkesan dan ada kejelasan.
1.0. Sediakan satu bahan membantu mengajar untuk mengajar nilai 4.3 Peka terhadap isu alam sekitar ( Tahun 5 ). Huraikan dengan jelas cara penggunaan bahan tersebut untuk menjalankan pengajaran dan pembelajaran secara berkesan.
Dalam kerja kursus ini, Penggunaan komputer dan Perisian Powerpoint bertajuk “
Bersama Menjaga Kebersihan Alam “dipilih sebagai bahan Bantu mengajar untuk mata
pelajaran Moral Tahun lima. Pemilihan ini dibuat adalah kerana di sekolah, penggunaannya
dilihat sebagai alat pedagogi atau pengupaya yang boleh digunakan oleh guru untuk membantu
meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran.
Perisian ini mengandungi kepelbagaian ‘variasi’ aplikasi dalam bidang pendidikan dalam
kuantiti yang tinggi. Selain daripada itu, ianya dapat bertindak sebagai ‘pengaturan’ kursus atau
“media direktif”. Perisian ini mengandungi perisian simulasi yang dapat memotivasi pelajar di
samping ‘membangkitkan’ minat seterusnya meningkatkan kefahaman mereka. Simulasi ini
membantu pelajar memerhati fenomena yang kurang tampak secara fizikal atau fenomena yang
sukar dihasilkan semula.
Tengku Zamrah CheKu Abd Rahman620904115140002
3
HBME3203 PENDIDIKAN MORAL TAHUN 5 & 6SEPTEMBER 2009
Melalui teknologi multimedia, pelbagai perisian kursus multimedia bagi matapelajaran
pendidikan moral dapat dibangunkan dengan penyepaduan pelbagai media seperti teks, grafik,
animasi, video, audio dan interaktiviti dapat meningkatkan keberkesanan pengajaran dan
pembelajaran pendidikan Moral.
Menurut Jonassen (1996), persembahan multimedia adalah lebih attention-getting dan attention-
holding kerana ia adalah multimode iaitu rangsangan yang berlaku adalah lebih dari satu deria
pada satu masa. Menurut beliau lagi, kajian tentang kesan multimedia ke atas pembelajaran
menunjukkan bahawa peningkatan pembelajaran berlaku apabila saluran (media) yang berlainan
menyediakan maklumat yang saling melengkapi antara satu sama lain. Malah, multimedia dapat
memainkan peranan untuk menyediakan persekitaran yang kaya dengan sumber bagi
membolehkan pengajaran guru berorientasikan pelajar dan diamalkan secara lebih berkesan.
1.1. Garis panduan menggunakan Bahan Bantu Mengajar untuk aktiviti pengajaran dan pembelajaran.
1. Bahan Bantu Mengajar hendaklah disimpan di suatu tempat yang sesuai supaya
pelajar boleh melihatnya dengan mudah. Semasa menggunakannya, kita seharusnya
membimbing pelajar-pelajar meneliti fakta yang penting supaya tidak membazirkan
masa serta boleh mencapai hasil pembelajaran yang dikehendaki. Jika ia
mengandungi banyak segmen, tunjukkan hanya bahagian yang ingin disampaikan
terlebih dahulu, jangan tunjukkan keseluruhan segmen. Cara ini akan membangkitkan
rasa ingin tahun pelajar kesudahan kandungan perisian power point.
2. Sebelum bahan digunakan, edarkan kepada pelajar bahan kerja praktis atau kertas
tugasan. Guru harus memberi arahan yang tegas dan jelas supaya aktiviti
pembelajaran itu dapat dijalankan dengan tepat, berdisiplin dan mengikut masa yang
ditetapkan.
3. Guru harus menunjukkan BBM kepada pelajar hanya pada masa yang diperlukan
sahaja. Jika sesuatu BBM ditunjukkan lebih awal, pelajar akan asyik tumpukan
perhatian mereka kepada alat itu dan kurang memberi perhatian kepada aktiviti
pengajaran.
4. Guru harus membimbing pelajar-pelajar membincangkan fakta-fakta atau isi penting
yang terkandung dalam BBM. Selepas itu guru boleh menggadakan aktiviti penilaian Tengku Zamrah CheKu Abd Rahman
6209041151400024
HBME3203 PENDIDIKAN MORAL TAHUN 5 & 6SEPTEMBER 2009
terhadap tindakbalas pelajar tentang hasil penggunaan BBM itu dengan tujuan untuk
mengetahui pencapaian objektif pengajaran dan pembelajaran.
5. BBM yang telah selesai digunakan haruslah dikumpul semula dan disimpan dengan
baik di tempat yang selamat.
6. BBM haruslah digunakan untuk membantu guru dalam aktiviti pengajaran dan
pembelajaran dan ia tidak boleh menggantikan tempat guru. Penggunaan BBM
haruslah sesuai dengan aktiviti pengajaran dan pembelajaran supaya mencapai
objektif pelajaaran yang telah ditetapkan.
1.2. Cara-cara menggunakan perisian power point dalam pengajaran dan
pembelajaran.
Pengajaran ini menggunakan pendekatan Induktif yang mana ianya lebih memusatkan
kepada penyertaan murid dalam semua aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Pengajaran ini
berlangsung selama 60 minit. Tajuk pengajaran ini ialah “ Bersama Menjaga Kebersihan Alam ”.
Pengajaran bermula dengan bacaan doa mengikut agama masing-masing bagi
mendapatkan keberkatan. Murid-murid juga digalakan bertafakur sebentar untuk memperingati
dan menghormati keluarga dan sahabat yang telah meninggal dunia.
Dengan menggunakan perisian power point, guru memulakan pengajaran dengan
menayangkan video tentang pencemaran alam sekitar yang mencakupi pencemaran air,
pencemaran udara, punca-punca pencemaran, kesan pencemaran kepada hidupan dan cara-cara
mengatasi masalah pencemaran. Video ini mengandungi lagu “ Ikan Kekek” yang berlatar
belakangkan isu pencemaran yang melanda Bumi. Nyanyian lagu “ Ikan Kekek “ yang telah
diubah suai liriknya dengan memasukkan isu-isu pencemaran. Pada permulaannya guru meminta
murid-murid mendengar dan membaca lirik baris demi baris dan kemudian menyanyi bersama-
sama. Video ini adalah berbentuk karaoke. Setelah selesai menyanyi guru bersoaljawab tentang
lagu dan kandungan video yang telah ditayang.
Tengku Zamrah CheKu Abd Rahman620904115140002
5
HBME3203 PENDIDIKAN MORAL TAHUN 5 & 6SEPTEMBER 2009
Lirik lagu “ Ikan Kekek ”
Di antara soalan yang dikemukakan oleh guru ialah:
Apakah jenis-jenis pencemaran yang terdapat dalam lagu “Ikan Kekek”?
Apakah punca-punca yang menyebabkan berlakunya pencemaran tersebut?
Siapakah yang melakukan perbuatan mencemarkan sungai?
Tujuan guru bersoaljawab adalah untuk menimbulkan kesedaran bahawa pencemaran
yang berlaku di persekitaran murid adalah berpunca dan hasil perbuatan murid-murid sendiri dan
Tengku Zamrah CheKu Abd Rahman620904115140002
6
Ikan oh ikan Ikan kekek mak iloi-iloi,Mengapa engkau lembik? Ikan gelama rasa berbisaMacam mana aku tak lembik Tabiat ‘tak pa’ tak berbaloiAir sungai kotor. Angkara kita Bumi binasa
Sungai oh sungai kenapa engkau kotor? Atuk oh atuk kenapa atuk batuk?Macam mana aku tak kotor Macam mana atuk tak batukDepa buang sampah Tanah gambut kena bakarDepa kata ‘ tak pa’. Udara pun tercemar.
Ikan kekek mak iloi-iloi Atuk oh atuk kenapa makin panas?Ikan gelama hidup merana Ha,,,,la,,,kau jawabla aku letih laBuang sampah berbakul-bakul Macam mana tak panasTabiat ‘tak pa’ jadi budaya Orang makin lalai, orang dah tak kisah
Atuk oh atuk, kenapa jadi banjir? Ikan kekek si ikan keliHai macam mana tak jadi banjir Ikan gelama tak bermayaOrang tebang pokok, Hentikanlah cemari BumiOrang potong bukit. Angkara kita Bumi binasa
Bumi oh bumi, kenapa makin panas?Macam mana aku tak panas?Kesan asap toksikKesan asap toksik
HBME3203 PENDIDIKAN MORAL TAHUN 5 & 6SEPTEMBER 2009
kesan buruk akibat perbuatan murid-murid akan ditanggung oleh mereka semua seperti wabak
penyakit. Guru seterusnya membacakan satu firman Allah yang bermaksud:
“ Telah timbul berbagai kerosakan dan bala’ bencana di darat dan di laut dengan sebab-sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia: (timbulnya yang demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat)”. surah ar-Ruum ayat 41 :
Tujuan guru membacakan surah ini adalah untuk memboleh murid-murid mengambil
ikhtibar daripada bala-bala yang diturunkan Allah seperti banjir, kebakaran kemarau, ribut dan
sebagainya adalah akibat daripada perbuatan manusia. Melalui aktiviti ini, nilai murni seperti
menjaga kebersihan, sikap bertanggungjawab dan bersyukur diterapkan kedalam diri murid-
murid.
Dengan berbantukan komputer dan perisian power point, guru menerangkan definisi
pencemaran dengan menggunakan gambar-gambar pencemaran yang berlaku di seluruh
Malaysia. Gambar-gambar yang ditayangkan adalah dalam bentuk slaid. Murid-murid
mengenalpasti dan menamakan objek yang terdapat dalam gambar tersebut. Gambar-gambar ini
mencakupi jenis-jenis bahan pencemar seperti sampah sarap. Murid-murid dijelaskan bahawa
pembuangan bahan pencemar ini akan mengakibatkan persekitaran manusia menjadi tercemar
dan ianya tidak boleh digunakan lagi, sekiranya digunakan ia akan memudaratkan manusia
bahkan boleh menyebabkan kematian kepada manusia dan hidupan lain. Dalam aktiviti ini juga,
guru meminta murid-murid menyata dan menyenaraikan beberapa contoh lain bahan-bahan
pencemar yang diketahui. Guru mencatat contoh-contoh yang diberikan murid di papan hitam.
Aktiviti ini dapat memberi pengetahuan tentang bahan-bahan yang boleh memudaratkan alam Tengku Zamrah CheKu Abd Rahman
6209041151400027
HBME3203 PENDIDIKAN MORAL TAHUN 5 & 6SEPTEMBER 2009
sekitar serta melalui aktiviti ini juga, murid-murid diharapkan dapat meningkatkan kesedaran
mereka tentang amalan pelupusan dan pembuangan sampah dengan cara yang betul bagi
memelihara alam sekitar serta bersederhana dalam menggunakan sumber alam bernilai seperti
petroleum untuk mengelakkan kehabisan sumber tersebut. Nilai murni seperti berterima kasih
kepada kerajaan kerana menyediakan kemudahan untuk melupuskan sampah dan bersikap
prihatin terhadap masalah dan isu semasa yang berlaku dalam masyarakat dan alam sekitar.
Guru sekali lagi menggunakan video “ Ikan Kekek ” bagi aktiviti berkumpulan. Guru
membahagikan murid kepada 4 kumpulan dan setiap kumpulan perlu melantik seorang ketua dan
juga seorang pencatat bagi melancarkan perjalanan aktiviti.
Kumpulan 1: Pencemaran air – Punca-punca pencemaran
Kumpulan 2: Pencemaran air - Kesan-kesan pencemaran kepada hidup dan alam sekitar
Kumpulan 3: Pencemaran udara - Punca-punca pencemaran
Kumpulan 5:Pencemaran udara- Kesan-kesan pencemaran kepada hidup dan alam sekitar
Guru mengedarkan pelajar kertas tugasan dan memberi arahan yang terang dan jelas
tentang aktiviti pembelajaran itu agar dapat dijalankan dengan tepat, berdisiplin dan mengikut
masa yang ditetapkan. Video “ikan kekek”, ditayangkan dan murid-murid diminta
menyelesaikan tugasan yang telah diberikan berdasarkan maklumat yang terdapat dalam video
‘Ikan Kekek” mengikut kumpulan masing-masing. Setiap murid dalam kumpulan memainkan
peranan masing-masing mengikut tugasan yang telah ditetapkan oleh kumpulan. Melalui aktiviti
seperti ini semangat kerjasama dan tolong menolong diterapkan kepada murid-murid bagi
mendapat satu hasil kerja yang baik. Selain daripada itu, aktiviti ini juga melatih murid patuh dan
Tengku Zamrah CheKu Abd Rahman620904115140002
8
HBME3203 PENDIDIKAN MORAL TAHUN 5 & 6SEPTEMBER 2009
taat kepada perintah ketua serta membentuk rasa tanggungjawab terhadap kumpulan. Setiap
kumpulan akan melaporkan hasil dapatan yang diperolehi mereka.
Guru menayangkan video kempen kebersihan melalui perisian power point. Guru
kemudiannya bersoal jawab tentang video yang ditayangkan. Aktiviti ini adalah untuk
membolehkan murid menjana idea mereka tentang cara menangani isu kebersihan alam sekitar.
Guru seterusnya meminta murid untuk menyumbang pendapat tentang cara-cara untuk menjaga
kebersihan kawasan tempat tinggal mereka. Guru mencatat semua pendapat murid di papan
hitam tanpa mengubah atau meminda pendapat mereka. Guru dan murid memilih serta membuat
rumusan beberapa pendapat yang terbaik. Berdasarkan kepada hasil rumusan tentang cara-cara
menjaga kebersihan alam sekitar. Murid kemudiannya diminta membina peta minda tentang isu-
isu pencemaran alam sekitar yang telah diperolehi dengan dibantu oleh guru. Murid-murid
menggunakan semua maklumat yang diperolehi hasil laporan perbincangan dan mencatatnya di
atas kertas manila dengan menggunakan kreativiti masing-masing. Guru kemudiannya
mempamerkan hasil kerja murid di papan pameran. Menerusi aktiviti ini murid-murid diasuh
untuk berani mengeluarkan pendapat dan menghormati pendapat orang lain serta menerima
keputusan yang munasabah walaupun mereka ada pendapat sendiri. Murid-murid juga diterapkan
tentang pentingnya nilai kebersihan dalam kehidupan mereka. Mereka juga dinasihatkan agar
mengelakkan diri daripada terlibat dalam kegiatan yang boleh mencemarkan alam sekitar.
Sebagai tugasan susulan, guru mengedarkan lembaran yang mengandungi gambar
sekumpulan murid yang sedang bergotong royong membersihkan kawasan sekolah. Guru
meminta murid-murid mewarna gambar tersebut. Setelah murid selesai mewarna lukisan, guru
Tengku Zamrah CheKu Abd Rahman620904115140002
9
HBME3203 PENDIDIKAN MORAL TAHUN 5 & 6SEPTEMBER 2009
mengadakan sesi apreasiasi hasil kerja murid. Guru dan murid kemudiannya memilih beberapa
lukisan yang terbaik kemudian melekatkan lukisan tersebut pada papan pameran sebagai
motivasi untuk menghasilkan kerja yang kemas, bersih dan menarik. Melalui aktiviti ini murid-
murid diterapkan dengan nilai kerajinan, sukakan kebersihan dan menyayangi sekolah sebagai
tempat memperolehi ilmu.
Sebagai penutup guru membuat kesimpulannya:
1. Manusia sebagai makhluk yang diamanah oleh Allah untuk memakmur dan membangunkan bumi, hendaklah sentiasa mematuhi peraturan-peraturan yang ditetapkan bagi mengelak berlakunya kerosakan dan kemusnahan terhadap alam sekitar.
2. Nikmat air dan udara yang bersih adalah anugerah Allah s.w.t. untuk kita gunakan dan mengurusnya dengan penuh bijaksana.
3. Janganlah kita menggadaikan segala kurniaan Allah ini hanya untuk mengejar kemajuan dan kemewahan hidup tanpa memikirkan hak-hak makhluk lain seperti haiwan dan tumbuh-tumbuhan yang menumpang seperti kita di atas bumi Allah ini.
1.3. Pengajaran dan Pembelajaran Yang Berkesan.
Koh Boh Boon ( 1992 ) menyatakan bahawa proses pengajaran dan pembelajaran di
sekolah melibatkan dua pihak iaitu guru dan murid. Justeru, pengajaran yang ideal haruslah
membawa kesan penuh ke atas pembelajaran yang berlaku. Menurut Sharifah Alwiah Alsagoff
( 1983 ) pengajaran yang berkesan adalah merujuk kepada guru yang dapat membawa pelajar
kepada hasil pembelajaran terakhir yang diinginkan. Hal ini melibatkan corak pengajaran
berstruktur dari segi organisasi bilik darjah serta mementingkan isi pelajaran. Selain itu, ia juga
merujuk kepada perihal pengajaran guru yang lebih memusat kepada para pelajarnya sehingga
mereka tertarik mengikuti aktiviti pembelajaran.
Untuk memastikan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran, guru perlu
membahagikan tugas pengajaran kepada tiga bahagian iaitu sebelum proses pengajaran, semasa
pengajaran dan selepas proses pengajaran dan pembelajaran.
1.3.1. Sebelum proses pengajaran dan pembelajaran
Tengku Zamrah CheKu Abd Rahman620904115140002
10
HBME3203 PENDIDIKAN MORAL TAHUN 5 & 6SEPTEMBER 2009
1.3.1.1 Rancangan Pengajaran.
Proses pengajaran yang berkesan memerlukan persediaan dan perancangan yang mantap
dan teliti oleh seorang guru sebelum ia terlibat secara langsung dalam proses pengajaran dan
pembelajaran. Guru perlu tahu kelompok pelajar yang hendak diajar, isi kandungan pelajaran dan
matlamat serta objektif yang hendak dicapai. Perancangan pengajaran yang teliti akan membantu
guru melangsungkan pengajaran dan pembelajaran dengan lancar dan cukup berkesan seperti
kata perpatah : “ Sekiranya kamu gagal untuk merancang, maka kamu merancang untuk gagal,”.
1.3.1.2 Membuat Rujukan
Seorang guru mestilah mempunyai pengetahuan yang lebih mendalam berbanding
pelajar. Kepakaran di dalam bidang yang diajar atau subject content adalah faktor dominan yang
menyumbang kearah keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran. Perpatah Arab ada
berkata “Orang yang tidak apa-apa, ia tidak akan dapat memberi apa-apa pun.”
1.3.1.3 Persiapan Emosi
Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud “ Bukan daripada golongan kami, orang yang
tidak menghormati orang tua dan tidak mengasihani orang muda”. Proses pengajaran dan
pembelajaran yang berkesan tidak akan terhasil tanpa emosi yang stabil daripada kedua-dua
belah pihak iaitu guru dan murid kerana pendidikan itu merupakan satu seni yang melibatkan
hati dan perasaan.
1.3.2. Semasa Proses Pengajaran dan Pembelajaran
1.3.2.1.Komunikasi yang Berkesan
Menurut Sulaiman Md. Yassin (2002) Komunikasi adalah merupakan satu proses
pemindahan makna iaitu maklumat, idea, pengetahuan, persefahaman atau penyampaian kepada
penerima melalui saluran-saluran tertentu dengan harapan mewujudkan persamaan. Untuk
memastikan pelajar memahami pengajaran guru, maka guru harus menggunakan laras bahasa
yang sesuai dengan kemampuan kognitif mereka. Allah juga berfirman dengan maksud: “ Maka
rahmat Allah yang menyebabkan kamu berlemah lembut terhadap mereka. Sekiranya kamu
bersifat kasar lagi berhati keras, tentulah mereka menjauhkan diri dari sekeliling kamu.” ( Ali
I’mran: 159). Dengan ini jelaslah kepada kita bahawa hikmah, kebijaksanaan, lemah-lembut dan
Tengku Zamrah CheKu Abd Rahman620904115140002
11
HBME3203 PENDIDIKAN MORAL TAHUN 5 & 6SEPTEMBER 2009
percakapan yang baik sememangnya menjadi asas mewujudkan komunikasi yang baik dan
berkesan.
1.3.2.2 Penggunaan Teknologi Pendidikan
Charles B. Klasek (1972) menyatakan bahawa pengajaran guru boleh dianggap teratur
sekiranya mereka dapat menggabungkan pengajarannya dengan bahan bantu mengajar.
Pengajaran guru menjadi lebih berkesan dan berjaya meruntun fikiran pelajar terhadap pelajaran
mereka.
1.3.2.3 Memberi bantuan klinikal
Kebolehan guru untuk mendiagnostik keupayaan pelajar menguasai ilmu pengetahuan
dan kebolehan menyediakan pengalaman pembelajaran baru yang boleh memenuhi keperluan
mereka secara individu. Guru hendaklah bertindak sebagai seorang doktor iaitu merawat dan
menyediakan ubat untuk pesakitnya. Oleh itu peranan guru adalah membantu, memulih dan
membimbing sesuatu kemahiran sehingga mereka mampu melakukannya
1.3.3 Selepas Proses Pengajaran dan Pembelajaran.
1.3.3.1.Refleksi
Menurut Hanipah (1999) refleksi bermaksud proses merenung, menganalisis, mencari
alasan, membuat cadangan dan tindakan untuk membaiki diri yang dilakukan berterusan.
Apabila proses pengajaran dan pembelajaran telah selesai guru perlu membuat refleksi terhadap
pengajaran yang telah disampaikan untuk mengetahui sama ada pelajar dapat memahami
isikandung yang telah disampaikan. Proses ini amat penting untuk menentukan keberkesanan
proses pengajaran dan pembelajaran.
1.3.1.2 Memantau kemajuan
Menilai dan melaporkan secara sistematik pencapaian setiap pelajar termasuk catatan
maklumat dan latar belakang peribadi. Pelaporan ini berguna kepada guru, ibubapa dan pelajar
sendiri bagi memantau dan menilai peningkatan pencapaian pelajar dari semasa ke semasa.
Penilaian secara bertulis ini juga akan dapat digunakan oleh guru lain untuk mdapatkan
maklumat awal mengenai diri pelajar.
Tengku Zamrah CheKu Abd Rahman620904115140002
12
HBME3203 PENDIDIKAN MORAL TAHUN 5 & 6SEPTEMBER 2009
2.0. Sediakan 15 soalan untuk menilai penguasaan murid-murid Tahun 5 tentang nilai 4.2 Menyayangi alam sekitar dan 4.3 Peka terhadap isu alam sekitar.
2.1. Soalan Berbentuk Pengetahuan
2.1.1 Lalat mudah menghinggapi sampah sarap yang tidak___________
A. dibakar dengan sempurnaB. berbau busukC. dikutip oleh pemungut sampahD. diurus secara betul.
2.1.2 Lori pengangkut sampah membawa sampah sarap ke_________ untuk dilupuskanA. kawasan lapangB. tapak pelupusan sampahC. kilang pelupusan sampahD. kawasan perumahan
2.1.3. Tong-tong sampah disediakan untuk___________ sampah sarap.A. membersihkanB. menyimpanC. melupuskanD mengitar semula
( 6 markah )
2.2. Soalan Berbentuk Kefahaman
2.2.1 Antara yang berikut, yang manakah bukan usaha kerajaan bagi mengatasi masalah pencemaran alam?A. Menganjurkan kempen kesedaran alam sekitar.B. Memberikan ceramah tentang alam sekitarC. Menguatkuasakan undang-undang.D. Mengadakan tunjuk perasaan
2.2.2. Pilih pernyataan yang benar tentang cara mengatasi masalah pencemaran alami. Pembakaran secara terbukaii. Membuang sisa toksik ke dalam lautiii. Tidak membuang sampah sarap ke dalam sungaiiv. Menanam semula pokok selepas aktiviti penebangan
A. i dan iiB. i dan iiiC. ii dan iiiD. iii dan iv
Tengku Zamrah CheKu Abd Rahman620904115140002
13
HBME3203 PENDIDIKAN MORAL TAHUN 5 & 6SEPTEMBER 2009
2.2.3. Pembakaran terbuka menyebabkan pembebasan asap yang banyak. Hal ini akanmengakibatkan___________
A. udara di kawasan sekitar tercemar.B. kenderaan di jalan raya berhenti untuk melihat kawasan pembakaran.C. pihak bomba pergi ke tempat pembakaran.D. orang ramai berkumpul ke tempat pembakaran.
2.2.4. Yang berikut ialah amalan baik yang harus ada pada diri setiap individu dalamMenjaga alam sekitar, kecuali
A. membersihkan longkang yang tersumbatB. memotong dahan-dahan pokok yang tumbuh berselerakC. tidak membakar sampah di halaman rumahD. membuang surat khabar lama yang tidak digunakan
( 8 markah )
2.3. Soalan Berbentuk Aplikasi
2.3.1 Pencemaran air yang berlaku adalah akibat dari pembuangan sampah sarap ke dalam sungai. Ramalkan apa yang akan berlaku sekiranya sampah sarap terus dibuang ke dalam sungai
i. __________________________________________________________ii. __________________________________________________________iii. __________________________________________________________
( 3 markah )
2.3.2. Nyatakan tiga tindakan kamu dalam menyokong usaha mengitar semulabahan buangan
i. __________________________________________________________ii. __________________________________________________________iii. __________________________________________________________
( 3 markah )
2.3.3. Pada tahun 1997 dan 2005 darurat jerebu telah diisytiharkan. Berikan 3 cara untuk menyelesaikan masalah jerebu yang melanda Malaysia.
i. __________________________________________________________ii. __________________________________________________________iii. _________________________________________________________
( 3 markah )
Tengku Zamrah CheKu Abd Rahman620904115140002
14
HBME3203 PENDIDIKAN MORAL TAHUN 5 & 6SEPTEMBER 2009
2.3.4. Nyatakan 3 faedah mengitar semula bahan buangan.
i. __________________________________________________________ii. __________________________________________________________iv. _________________________________________________________
( 3 markah )
2.4. Soalan Berbentuk Analisis
2.4.1 Terangkan bagaimana keindahan dan keceriaan pantai di gambar B boleh
dipulihkan.
i. __________________________________________________________ii. __________________________________________________________iii. __________________________________________________________
2.4.2.
2.5. Soalan Berbentuk Sintesis
2.5.1 Kamu dan rakan melihat kegiatan pihak yang tidak bertanggungjawab mecemarisungai dengan sisa toksik. Apakah tindakan yang akan kamu lakukan?
(
2.6 Soalan Berbentuk Penilaian
2.6.1. Sekiranya kamu seorang pelancong, adakah kamu akan mengunjungi pantaidi gambar A atau B? Berikan alasan kamu.
Penutup
Bagi mencapai kepekaan tentang periperlunya kesedaran alam sekitar, penggunaan
teknologi pendidikan adalah satu bidang yang berkaitan dengan usaha-usaha memudahkan
pembelajaran kita termasuklah mengenai pasti semua bahan-bahan pembelajaran,
mengembangkan sistem-sistem pengajaran, menyampaikan sumber-sumber ini kepada pelajar-
pelajar. Penggunaan bahan Bantu mengajar telah mengurangkan beban guru dalam penyampaian
pengajaran dan pembelajaran murid. Pembudayaan teknologi maklumat dan komunikasi bukan
lagi dalam sektor ekonomi tetapi ia berperanan besar dalam pendidikan. Penggunaan E-
pembelajaran walaupun bukan penyelesaian menyeluruh tetapi adalah pilihan yang baik untuk
Tengku Zamrah CheKu Abd Rahman620904115140002
15
HBME3203 PENDIDIKAN MORAL TAHUN 5 & 6SEPTEMBER 2009
kita merealisasikan pengajaran dan pembelajaran menggantikan kaedah tradisi ‘chalk and talk’.
Dengan itu, penggunaan perisian power point serta komputer dalam pendidikan membawa kita
banyak perkembangan kepada sistem pendidikan yang semakin canggih. Ia juga membawa
reformasi serta perkembangan yang baru dalam pelbagai bidang pendidikan.
Kesedaran tentang penanaman nilai-nilai murni seperti menyayangi alam sekitar dan peka
kepada isu-isu alam sekitar perlu disemai dan dibajai mulai zaman kanak-kanak lagi. Ibubapa,
guru-guru dan masyarakat masing-masing berperanan dalam memberi teladan kepada kanak-
kanak agar mereka dapat menyesuaikan dan mempersembahkan diri mereka berdasarkan kepada
nilai murni yang ditonjolkan kerana mereka ibarat kain putih yang perlu dicorakkan dengan
warna-warna nilai yang baik. Bak kata pepatah, "melentur buluh biarlah dari rebungnya".
Dengan berbekalkan kesedaran inilah maka segala tindakan atau aktiviti yang diambil
terhadap alam sekitar adalah merupakan sebahagian daripada usaha untuk mengingatkan
manusia dalam menyempurnakan tanggungjawabnya sebagai khalifah di mukabumi. Begitu juga
dengan jalan penyelesaian yang diambil terhadap masalah alam sekitar yang timbul tidak
seharusnya bertujuan untuk memenuhi tuntutan lahiran dan fizikal manusia yang tidak terbatas
itu sahaja.
Kerana itu, kita harus ingat bahawa setiap bencana alam yang berlaku adalah kerana
sikap dan perbuatan manusia itu sendiri. Hal ini, al-Quran sendiri telah menerangkan kepada
kita bahawa kemusnahan dan kerosakan yang berlaku di muka bumi ini adalah disebabkan oleh
perbuatan tangan-tangan manusia. Sebagaimana firmannya dalam surah ar-Ruum ayat 41 :
Maksudnya : “ Telah timbul berbagai kerosakan dan bala’ bencana di darat dan di laut dengan
sebab-sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia: (timbulnya yang demikian) kerana
Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk yang
mereka telah lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat)”.
Tengku Zamrah CheKu Abd Rahman620904115140002
16
HBME3203 PENDIDIKAN MORAL TAHUN 5 & 6SEPTEMBER 2009
Krisis alam sekitar yang telah melanda manusia ini sebenarnya memerlukan kepada jalan
penyelesaian yang lebih bersifat ketauhidan/rabbani. Kaedah penyelesaiannya hendaklah
berasaskan kepada kefahaman manusia itu sendiri terhadap sejauh mana peranan yang perlu
dimainkannya sebagai khalifah di alam ini. Sebagai khalifah yang dipertanggungjawabkan untuk
memakmurkan alam ini, sudah pastilah manusia itu dituntut untuk mengetahui isi kandungannya
dan memahaminya sebagai satu jalan untuk menjadikannya sebagai seorang khalifah yang
sempurna. Hal ini telah dijelaskan oleh Allah s.w.t. di dalam al Quran yang bermaksud:
“Kami akan memperlihatkan kepada mereka tanda-tanda (kekuasaan) Kami di segenap
ufuk (penjuru), dan pada diri mereka sendiri, sehingga jelaslah bahawa al Quran itu adalah
benar. Dan apakah Tuhanmu tidak cukup (bagi kamu) bahawa sesungguhnya Dia menyaksikan
segala sesuatu?? Fussilat – 53
Hanya asas yang sebegini sahajalah yang mampu untuk membangunkan dunia yang
selamat dan sejahtera, yang dapat membentuk sains dan teknologi yang bersopan, membina
peradaban yang tinggi, dan mencorakkan pandangan dan cara hidup yang sihat.
Tengku Zamrah CheKu Abd Rahman620904115140002
17
top related