assignment 2.sem 4 talak
Post on 09-Dec-2014
234 Views
Preview:
TRANSCRIPT
1
KOD & NAMA KU
RIS
SEMESTER 1 SESI 2010/2011
KOD & NAMA KURSUS
AL FIQH AL ISLAMI (HIS 3073)
TAJUK TUGASAN
KUMPULAN
GROUP UPSI- 103 (A121 PJJ)
DISEDIAKAN OLEH :
NAMA NO. ID NO. TELEFON
SABARINA BINTI MD GHANI D20102043795 019 4769713
NAMA TUTOR E-LEARNING : DR MOHD NOOR BIN DAUD
TARIKH SERAH: 23 /11 / 2012
ASSIGNMENT( 2)
Talak melalui sms dan tulisan menurut pandangan ulama.
2
Isi Kandungan
1. Sekapur Sirih
2. Pengenalan
3. Kisah rumahtangga para sahabat
4. Tanggungjawab suami
5. Konflik dalam rumahtangga
6. Definisi /hukum talak
7. Hukum talak
8. Hukum talak tanpa sebab
9. Hukum lafaz talak dan jenis talak
10. Lafaz talak melalui sms menurut pendapat ulama
11. Lafaz talak melalui tulisan
12. Kesimpulan
13. Tinggalkan jawapan
14. Bibit-bibit negatif yang mula dirasai suami isteri
15. Doa-doa harian
16. Petua rumahtangga bahagia
17. Ciri-ciri lelaki pilihan untuk dijadikan suami
18. Ciri-ciri wanita pilihan untuk dijadikan isteri
19. Isu suami suka memaki dan mencarut
20. Penutup
3
PENGHARGAAN
Saya bersyukur kepada Allah kerana telah memberikan kesihatan dan
kekuatan untuk saya menyiapkan tugasan Al Fiqh Al Islami ini. Dengan limpah dan
kurnia-Nya, saya mampu menyiapkan tugasan dengan lancar dan tuntas. Saya juga
turut mengucapkan jutaan terima kasih kepada Dr. Mohd Noor b. Daud, selaku
Pensyarah Al Fiqh Al Islami kerana beliau telah banyak memberikan tunjuk ajar
kepada saya. Di samping itu, beliau juga telah banyak memberikan buah fikiran
kepada saya dalam memperkemas lagi tugasan saya.Tanpa bantuan beliau, nescaya,
saya keliru dan mengalami kesukaran dalam menyiapkan tugasan ini. Akhir sekali,
saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada ahli keluarga dan rakan
seperjuangan kerana banyak memberikan sokongan moral dan memberikan
kerjasama yang sangat ternilai. Tanpa bantuan mereka semua, saya pasti
mengalami banyak kesulitan sepanjang menyiapkan tugasan ini. Sekian.
4
ASSIGNMENT 2.
Talak melalui SMS dan tulisan menurut pandangan ulama.
Pengenalan
Iman boleh teruji apabila terjadinya konflik antara suami dan isteri. Dalam urusan rumah tangga,
kehebatan seseorang sentiasa diuji apakah dia layak untuk menjadi raja atau permaisuri di
singgahsana hati pasangan dan pada pandangan mata zuriat sebagai rakyat jelata, walaupun
keduanya mungkin berilmu, kuat berpegang kepada agama, bijak dan cukup profesional dalam
kerjaya.
Orang mukmin memandang ujian dengan pandangan positif, selagi mana ujian itu tidak
menjejaskan agamanya, maka tidak ada perkara perlu dirisaukan kerana agama adalah
kekuatan terakhir yang membentengi jiwa setiap mukmin.
Jika tercabut agama akibat ujian, maka gelaplah masa depan dunia dan akhirat. Gejala
kemungkinan terfitnahnya iman kerana urusan rumah tangga pernah disentuh dalam hadis
Rasulullah SAW seperti pernah terjadi ke atas rumah tangga puteri Rasulullah SAW, Fatimah
dan Ali ketika Ali bercadang mahu memadukan Fatimah dengan anak perempuan Abu Jahal.
Rasulullah SAW bersabda bermaksud: Sesungguhnya Fatimah adalah sebahagian diriku, dan
aku tidak suka jika ada sesuatu yang menyakitinya. Menurut suatu riwayat: Dan sesungguhnya
aku khuatir jika agamanya terfitnah, aku tidak mengharamkan sesuatu yang halal, tetapi demi
Allah, tidak akan berkumpul puteri Rasulullah dengan puteri musuh Allah sama sekali. Lalu Ali
membatalkan lamarannya.” (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Ramai suami dan isteri lupa bahawa mendirikan rumah tangga adalah suatu wasilah untuk
menjaga agama mereka daripada terfitnah. Tetapi sebaliknya terjadi, ada disebabkan
perkahwinan agama mereka menjadi rosak, iman semakin surut dan tidak tercapai ketenangan
jiwa yang menjadi matlamat mendirikan rumah tangga.
5
Firman Allah bermaksud: “Dan di antara tanda kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan untukmu
isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan
dijadikan-Nya di antara kamu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu
benar-benar terdapat tanda bagi kaum yang berfikir.” (Surah al-Rum, ayat 21)
Ketenangan dalam rumah tangga hanya dapat diwujudkan dengan merealisasikan prinsip
keadilan, sentiasa meraikan cinta sebagai amal salih dan menyatukan matlamat kehidupan
suami dan isteri. Agama juga tidak memaksa seseorang mempertahankan perkahwinan apabila
tiada harapan lagi untuk membina ketiga prinsip itu dalam alam perhubungan suami isteri.
Kisah rumahtangga para sahabat
Hal itu pernah terjadi dalam rumah tangga anak angkat Baginda SAW, Zaid bin Harithah yang
berkahwin dengan seorang wanita terkemuka daripada kalangan bangsa Quraisy, Zainab yang
tidak mencintai Zaid atas sebab tertentu, tetapi Baginda SAW menasihati Zaid supaya menahan
Zainab sebagai isteri sehingga turun teguran dari langit suruhan menceraikan Zainab, kemudian
Allah menguji Rasulullah SAW dengan suruhan menjadikan Zainab sebagai Ummahatul
Mukminin.
Allah berfirman bermaksud: “Dan (ingatlah), ketika kamu berkata kepada orang yang Allah
sudah melimpahkan nikmat kepadanya (Zaid bin Harithah) dan kamu (juga) berbuat baik
kepadanya (beliau diangkat oleh Rasulullah sebagai anak): Tahanlah terus isterimu dan
bertakwalah kepada Allah, sedang kamu menyembunyikan di dalam hatimu apa yang Allah
akan menyatakannya, dan kamu takut kepada manusia, sedang Allah yang lebih berhak untuk
kamu takuti. Maka tatkala Zaid mengakhiri keperluan terhadap isterinya (menceraikannya),
Kami kahwinkan kamu dengan dia supaya tidak ada keberatan bagi orang mukmin untuk
(mengahwini) isteri anak angkat mereka, apabila anak angkat itu sudah menyelesaikan
keperluannya daripada isterinya dan adalah ketetapan Allah itu pasti terjadi.” (Surah Al-Ahzab,
ayat 37)
Ayat ini secara langsung menegur sesiapa saja yang menyusahkan proses perceraian yang
halal di sisi Allah kerana memaksa lelaki dan wanita untuk mempertahankan perkahwinan
walaupun konflik terlalu kusut untuk dileraikan, perbuatan ini nyata menjejaskan iman, agama
dan masa depan mereka.
6
Bahtera perkahwinan yang tidak menegakkan prinsip keadilan akan goyah, tetapi tidaklah boleh
meletakkan neraca keadilan itu mengikut akal fikiran dan hawa nafsu manusia tanpa bimbingan
wahyu dan sunnah Rasulullah SAW.
Mengikut akal manusia, keadilan bererti sama rata dalam pembahagian hak dan
tanggungjawab. Maknanya jika suami bekerja dan isteri juga bekerja, masing-masing mesti
berkongsi memberi nafkah.
Tanggungjawab suami
Tetapi wahyu menyatakan yang bertanggungjawab memberi nafkah hanya suami, lalu orang
lelaki berasakan perkara ini tidak adil kepada lelaki, mereka mahu wanita juga mengeluarkan
hartanya untuk nafkah keluarga. Akhirnya ada suami mengambil kesempatan menggunakan
harta isteri untuk berkahwin baru.
Dalam hal kasih sayang dan khidmat layanan kepada pasangan, Islam sama sekali tidak
pernah merestui pemerintahan kuku besi dalam rumah tangga. Isteri mengawal suami atau
suami mengongkong isteri, kedua-duanya tidak sesuai dengan prinsip keadilan Islam.
Isteri wajib taat kepada suami dan suami pula wajib menyayangi isteri. Ramai suami yang mahu
isteri memberi ketaatan seratus peratus, tetapi dia tidak mampu menyayangi isteri seratus
peratus. Begitu pula ramai isteri yang mahu suami sayang tidak berbelah-bagi, tetapi mereka
enggan taat kepada suami.
Akhirnya suami menjadi liar dan isteri pula bertambah degil. Sesungguhnya bertepuk sebelah
tangan tidak akan melahirkan cinta yang ikhlas. Mereka dituntut untuk pandai memberi dan
reda menerima pasangan secara adil tanpa diskriminasi dan eksploitasi terhadap pasangan.
Hal sebegini pernah dilalui Rasulullah SAW dan sahabat dalam kehidupan rumah tangga
mereka.
Keadilan yang saksama dalam rumah tangga mengikut bimbingan wahyu dan sunnah
Rasulullah SAW nyata memberi gambaran harmoni dalam kehidupan suami dan isteri. Ada
beberapa prinsip keadilan dikutip daripada ayat Allah dan sunnah Nabi SAW.
Suami wajib berbuat baik kepada isteri seperti suruhan Allah yang bermaksud: “Dan bergaullah
dengan mereka secara makruf. Kemudian bila kamu tidak menyukai mereka, (maka
7
bersabarlah) kerana boleh jadi kamu tidak menyukai sesuatu, padahal Allah menjadikan
padanya kebaikan yang banyak.” (Surah Al-Nisa, ayat 19)
Nabi SAW juga mengingatkan suami dalam hal ini seperti sabda Baginda SAW yang
bermaksud: “Sebaik-baik kamu adalah yang paling baik terhadap isterinya, dan aku adalah
sebaik-baik lelaki kepada isteriku.” (Hadis riwayat Ibnu Majah)
Rasulullah SAW menyuruh suami melayan isteri dengan baik dan penuh kasih sayang sehingga
ke tahap menyuapkan makanan ke mulut isteri. Sabda Baginda SAW bermaksud: “Dan
sesungguhnya jika engkau memberi nafkah, maka itu adalah sedekah, hinggakan setiap
suapan yang kamu suapkan ke mulut isterimu adalah sedekah.” (Hadis riwayat Imam Al-
Bukhari dan Muslim)
Rasulullah SAW pernah menyediakan kain yang empuk sebagai tepat duduk isterinya di atas
unta dan meletakkan lutut Baginda untuk isterinya, Safiyyah ketika mahu naik ke atas unta.
(Hadis riwayat Imam Al-Bukhari)
Isteri Rasulullah SAW, Aisyah menceritakan keadaan Rasulullah SAW di rumah, beliau berkata:
“Rasulullah SAW membantu pekerjaan keluarganya di rumah.” (Hadis riwayat Imam al-Bukhari)
Aisyah juga berkata: “Rasulullah SAW mencium seorang isterinya kemudian pergi
bersembahyang ke masjid.” (Hadis riwayat al-Tirmizi)
Bukan hanya suami yang dituntut melayan dan menumpahkan kasih sayang kepada isteri
bahkan isteri pun wajib memberi layanan yang sama kepada suami seperti dilakukan isteri
Rasulullah SAW dan sahabatnya.
Menyikat rambut suami seperti dinyatakan Aisyah menjadi kebiasaan isteri Nabi. Katanya: “Nabi
SAW menghulurkan kepalanya dari masjid ketika Baginda sedang beriktikaf lalu saya
mencucinya. Dalam satu riwayat lain, lalu saya menyikat rambutnya.” (Hadis riwayat Al-Bukhari
dan Muslim)
Kisah sahabat wanita, Ummu Sulaim yang amat cintakan suaminya dan melayannya sebaik
mungkin walaupun ketika itu bayi lelaki mereka baru meninggal dunia. Dia tidak mahu suaminya
terkejut dengan berita kesedihan itu, dia merahsiakan dulu, dia melakukan sesuatu sehingga
suaminya tidur dalam keadaan puas dan tenang.
8
Dia menutupi berita kematian anak mereka dengan sebaik mungkin dan berkata dengan penuh
kelembutan kepada suaminya keesokan harinya: “Apa pandanganmu jika suatu hari seseorang
menitipkan hartanya kepada orang lain dan selepas berlalu masa pemilik harta itu mahu
mengambil kembali harta dititipkannya kepada sahabatnya? Suaminya pun menjawab tanpa
mengesyaki sesuatu: “Dia berhak mengambil miliknya.” Lalu Ummu Sulaim menasihati
suaminya: “Bersabarlah suamiku, sesungguhnya Allah sudah mengambil anak lelaki kita.”
Isteri dituntut untuk memberi keikhlasan ketika berkhidmat kepada suami. Sabda Rasulullah
SAW bermaksud: “Adalah kebahagiaan ialah memiliki isteri yang solehah, jika engkau
memandangnya ia menyenangkanmu. Jika engkau meninggalkannya dia menjaga diri dan
hartamu. Dan kecelakaanlah mempunyai isteri jika engkau pandang mengecewakanmu, kata-
katanya menyakitimu dan jika engkau pergi dia tidak menjaga diri dan hartamu.” (Hadis riwayat
Ibnu Hibban, dinilai sahih oleh al-Albani)
Konflik dalam rumahtangga
Setiap kali konflik rumah tangga terjadi, kebiasaannya semua pihak mencari siapa bersalah,
menyerang pasangannya dengan untaian keaiban didedahkan. Tetapi hakikatnya, siapa yang
melempar batu dalam rumah tangganya, maka kepala dia sendiri akan berdarah.
Suami yang menghina isteri sebenarnya menghina dirinya sendiri, isteri mengaibkan suami
dengan sengaja, maka aibnya sendiri akan menjadi tontonan orang ramai. Inilah perbuatan
syaitan jantan dan betina kerana punca keretakan adalah tidak pandai membahagi keadilan
kepada jiwa masing-masing
Semua yang terjadi dalam perjalanan hidup seorang manusia merupakan kehendak Rabbnya
Yang Maha Agung. Seorang manusia tidak akan selamanya merasa bahagia dan juga tidak
akan selamanya menanggung nestapa. Dari semua perputaran kejadian yang kita temui pada
setiap episode kehidupan membawa pelajaran dan hikmahnya masing-masing agar kita
semakin mengerti hakikat penciptaan kita selaku hamba di muka bumi ini.
Allah ta’ala telah menciptakan segala sesuatunya berpasang-pasangan, ada laki-laki dan ada
perempuan, ada suka dan ada duka, ada pertemuan dan ada perpisahan. Sudah lumrah bagi
setiap hal yang memiliki awal pasti juga memiliki akhir, tidak terkecuali dalam ikatan pernikahan.
Ada waktunya untuk kita bertemu dengan seseorang yang kita cintai dan ada pula waktunya
9
ketika kita harus berpisah dengan seseorang yang disayangi. Perpisahan yang terjadi bukanlah
akhir dari sebuah perjalanan hidup, melainkan sebuah pembelajaran untuk pendewasaan diri.
Kali ini, kita akan berbicara tentang perpisahan antara dua insan yang mencinta, antara
sepasang suami isteri. Berpisahnya sepasang suami dan isetri disebabkan oleh dua hal umum
iaitu, kematian dan perceraian.
Ikatan pernikahan yang dipisahkan kerana kematian, adalah suatu hal lumrah yang dapat kita
fahami bersama. Namun, perpisahan antara suami dengan istri dapat juga disebabkan oleh
perceraian. Bagaimanakah Islam mengatur masalah perceraian ini? Kemudian, apa yang
sajakah yang harus dilakukan oleh seorang wanita ketika perpisahan itu terjadi?
Ketika Harus Berpisah
Perpisahan yang diakibatkan oleh perceraian memiliki ruang lingkup bahasan yang lebih luas
daripada perpisahan yang diakibatkan oleh kematian. Untuk itu, kita harus mengetahui
beberapa masalah yang dibahas dalam ruang lingkup perceraian terlebih dulu, sebelum kita
membahas hal-hal apa saja yang harus dilakukan oleh seorang wanita setelah terjadinya
perpisahan.
A. Definisi dan Hukum Talak
Talak ( menurut bahasa adalah melepaskan ikatan. Kata tersebut diambil dari lafazh (الطالق
إلطالق yang maknanya adalah melepaskan dan meninggalkan. Sedangkan talak menurut istilah
hukum syara’ adalah melepaskan atau memutuskan ikatan pernikahan. [Lihat Terj. Al-Wajiz
(hal. 627), Ensiklopedi Fiqh Wanita (II/383), dan Terj. Subulus Salam (III/12)]
Hukum Talak
Pada talak berlaku hukum taklifi (pembebanan) yang lima, iatu: [Lihat uraiannya dalam
Ensiklopedi Fiqh Wanita (II/383-385)]
1. Talak hukumnya menjadi wajib, apabila dalam hubungan berumah tangga, pasangan
suami istri sering bertikai. Kemudian seorang hakim mengutus dua orang juru damai dari
kedua belah pihak untuk mendamaikan keadaan keduanya. Namun, setelah juru damai
melihat keadaan keduanya, mereka berpendapat bahwa perceraian adalah jalan terbaik
10
bagi keduanya. Maka, ketika itu suami wajib menceraikan istrinya. Dan keadaan ini
hampir sama seperti seorang suami yang menjatuhkan iilaa’ ketika dia tidak ingin rujuk
dengan istrinya setelah masa ‘iddah istrinya habis. Demikian menurut pendapat
kebanyakan ulama.
2. Talak hukumnya menjadi mustahab (dianjurkan), manakala seorang istri melalaikan
hak-hak Allah seperti shalat, shaum, dan yang semisalnya. Sementara suami tidak
memiliki kemampuan lagi untuk memaksanya atau memperbaiki keadaannya. Talak
seperti ini juga dapat dilakukan manakala istri tidak bisa menjaga kehormatannya.
3. Talak hukumnya menjadi mubah (diperbolehkan), ketika perceraian itu sendiri
dibutuhkan. Misalkan suami mendapati akhlak istrinya buruk, sehingga suami merasa
dipersulit olehnya. Sementara suami tidak mendapatkan harapan dari kebaikan istrinya.
Hal ini berkaitan dengan sikap nusyuz (kedurhakaan) seorang istri terhadap suami, dan
masalah ini akan dijelaskan pada tempatnya tersendiri, insyaallah.
4. Talak hukumnya menjadi makruh, ketika tidak ada alasan kuat untuk menjatuhkan talak
karena hubungan keduanya harmonis. Sebagaimana diriwayatkan dari ‘Amr bin Dinar
radhiyallahu ‘anhu, ia berkata, “Ibnu ‘Umar menceraikan istrinya, kemudian istrinya
berkata, ‘Apakah kamu melihat sesuatu yang kamu benci dariku?’ ‘Tidak,’ jawabnya. Ia
berkata, ‘Lalu kenapa kau mentalak seorang muslimah yang menjaga kehormatannya?’
‘Amr bin Dinar berkata, “Akhirnya beliau rujuk kembali dengannya.” [Sunan Sa'id bin
Manshur (no. 1099) dengan sanad yang shahih]
5. Talak hukumnya menjadi haram, manakala seorang suami mentalak istrinya dalam
keadaan haidh atau dalam keadaan suci setelah menggaulinya. Dan ini dinamakan talak
bid’ah/talak bid’i, sebagaimana akan datang penjelasannya.
B. Hukum Talak tanpa Sebab
Dari Jabir, Nabi ‘alaihis shalatu was salam bersabda:
“Sesungguhnya iblis singgasananya berada di atas laut. Dia mengutus para pasukannya. Setan
yang paling dekat kedudukannya adalah yang paling besar godaannya. Diantara mereka ada
yang lapor: Saya telah melakukan godaan ini. Iblis berkomentar: Kamu belum melakukan apa-
apa. Datang yang lain melaporkan: Saya menggoda seseorang, sehingga ketika saya
meninggalkannya, dia telah bepisah (talak) dengan istrinya. Kemudian iblis mengajaknya untuk
duduk di dekatnya dan berkata: Sebaik-baik setan adalah kamu.” (HR. Muslim 2813)
11
Dalam hadis ini, iblis memuji dan berterima kasih atas jasa tentaranya yang telah berhasil
menggoda manusia, sehingga keduanya bercerai tanpa sebab yang dianggap dalam syariat. Ini
menunjukkan bahwa perceraian suami istri termasuk diantara perbuatan yang disukai iblis.
Iblis menjadikan singgasananya di atas laut untuk menandingi Arsy Allah ta’ala, yang berada di
atas air dan di atas langit ketujuh.
Pada dasarnya talak adalah perbuatan yang dihalalkan. Akan tetapi, perbuatan ini disenangi
iblis, karena perceraian memberikan dampak buruk yang besar bagi kehidupan manusia.
Terutama terkait dengan anak dan keturunan. Oleh karena itu, salah satu diantara dampak
negatif sihir yang Allah sebutkan dalam al-Qur’an adalah memisahkan antara suami dan istri.
Allah berfirman:
قون بھ بین المرء وزوجھ فیتعلمون منھما ما یفر
Mereka belajar dari keduanya (harut dan marut) ilmu sihir yang bisa digunakan untuk
memisahkan seseorang dengan istrinya. (QS. Al-Baqarah: 102
Hukum talak
Hukum Penjelasan
Wajib
a) Jika perbalahan suami isteri tidak dapat didamaikan lagi
b) Dua orang wakil daripada pihak suami dan isteri gagal membuat kata sepakat untuk
perdamaian rumahtangga mereka
c) Apabila pihak kadi berpendapat bahawa talak adalah lebih baik
d) Jika tidak diceraikan keadaan sedemikian, maka berdosalah suami
Haram
a) Menceraikan isteri ketika sedang haid atau nifas
b) Ketika keadaan suci yang telah disetubuhi
c) Ketika suami sedang sakit yang bertujuan menghalang isterinya daripada menuntut
harta pusakanya
d) Menceraikan isterinya dengan talak tiga sekali gus atau talak satu tetapi disebut
berulang kali sehingga cukup tiga kali atau lebih
Sunata) Suami tidak mampu menanggung nafkah isterinya
b) Isterinya tidak menjaga maruah dirinya
12
MakruhSuami menjatuhkan talak kepada isterinya yang baik, berakhlak mulia dan mempunyai
pengetahuan agama
HarusSuami yang lemah keinginan nafsunya atau isterinya belum datang haid atau telah
putus haidnya
Rukun talak
Perkara Syarat
SuamiBerakal
Baligh
Dengan kerelaan sendiri
IsteriAkad nikah sah
Belum diceraikan dengan talak tiga oleh suaminya
LafazUcapan yang jelas menyatakan penceraiannya
Dengan sengaja dan bukan paksaaan
Contoh lafaz talak
Talak sarih
Lafaz yang jelas dengan bahasa yang berterus-terang seperti “Saya talak awak” atau “Saya
ceraikan awak” atau “Saya lepaskan awak daripada menjadi isteri saya” dan sebagainya.
Talak kinayah
Lafaz yang digunakan secara sindiran oleh suami seperti “Pergilah awak ke rumah mak awak”
atau “Pergilah awak dari sini” atau “Saya benci melihat muka awak” dan sebagainya. Namun,
lafaz kinayah memerlukan niat suaminya iaitu jika berniat talak, maka jatuhlah talak tetapi jika
tidak berniat talak, maka tidak berlaku talak
Jenis talak
Talak raj’i
13
Suami melafazkan talak satu atau talak dua kepada isterinya. Suami boleh merujuk kembali
isterinya ketika masih dalam idah. Jika tempoh idah telah tamat, maka suami tidak dibenarkan
merujuk melainkan dengan akad nikah baru.
Talak bain
Suami melafazkan talak tiga atau melafazkan talak yang ketiga kepada isterinya. Isterinya tidak
boleh dirujuk kembali. Si suami hanya boleh merujuk setelah isterinya berkahwin lelaki lain,
suami barunya menyetubuhinya, setelah diceraikan suami barunya dan telah habis idah dengan
suami barunya.
Talak sunni
Suami melafazkan talak kepada isterinya yang masih suci dan tidak disetubuhinya ketika dalam
tempoh suci
Talak bid’i
Suami melafazkan talak kepada isterinya ketika dalam haid atau ketika suci yang
disetubuhinya.
Talak taklik
Talak taklik ialah suami menceraikan isterinya bersyarat dengan sesuatu sebab atau syarat.
Apabila syarat atau sebab itu dilakukan atau berlaku, maka terjadilah penceraian atau talak.
Contohnya suami berkata kepada isteri, “Jika awak keluar rumah tanpa izin saya, maka jatuhlah
talak satu.” Apabila isterinya keluar dari rumah tanpa izin suaminya, maka jatuhlah talak satu
secara automatik.
Ia juga boleh berlaku selepas akad nikah (ia dipraktikkan di Malaysia dan wajib oleh semua
pengantin lelaki untuk melafaznya), berkata, “Jika saya menyeksa isteri saya dengan sengaja,
atau saya meninggalkan isteri saya selama empat bulan berterusan dengan sengaja tanpa
kerelaannya, dan jika ia mengadu kepada kadi atau naib kadi, apabila disabitkan oleh kadi atau
naib kadi maka jatuhlah talak satu ke atas isteri saya.”
14
Menurut Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984 Malaysia,
Cerai taklik (seksyen 50)
Taklik adalah perjanjian yang ditandatangani semasa pernikahan. Ia membenarkan siisteri
memohon perceraian sekiranya sisuami melanggar mana-mana syarat yang terdapat dalam
taklik tersebut, misalnya, jika dia tidak membayar nafkah, atau sisuami menyebabkan
kemudaratan dengan mencederakan isteri. Mahkamah akan membuat siasatan akan kesahihan
kenyataan dan sekiranya berpuas hati mahkamah akan mengesahkan dan merekodkan
perceraian tersebut. Bukti seperti laporan polis dan laporan hospital boleh membantu dalam hal
ini
Contoh taklik berlaku dengan cara, “Jika saya menyeksa isteri saya dengan sengaja, atau saya
meninggalkannya selama empat bulan berterusan tanpa kerelaannya, dan jika ia mengadu
kepada kadi atau naib kadi serta membayar RM 1.00 sebagai tebus talak, apabila disabitkan
oleh kadi atau naib kadi maka jatuhlah talak satu ke atas isteri saya dengan nilai tebus talak
tersebut.”
Lafaz cerai melalui SMS menurut pendapat ulama
Lafaz cerai menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) telefon bimbit dikira sah mengikut
hukum syarak, kata Mufti Terengganu, Sheikh Abdul Halim Abdul Kadir.
Beliau berkata, lafaz cerai boleh dilakukan dengan direkod atau tanpa rekod, atau sama ada
dilakukan di khalayak atau sebaliknya.
“Masyarakat perlu faham, suami mempunyai kuasa melafazkan cerai dan tindakan itu tidak
hanya tertakluk di hadapan isteri.
“Kemudahan penggunaan teknologi komunikasi maklumat membolehkan perceraian dilakukan
ke atas pasangan yang tinggal berjauhan,” katanya ketika diminta mengulas permintaan Puteri
Umno, semalam, supaya pihak berkuasa di negara ini tidak membenarkan lafaz cerai melalui
khidmat SMS seperti yang diiktiraf di Singapura dan beberapa negara Arab.
Ketua Penaja Puteri Umno, Azalina Othman Said, dalam kenyataannya berkata, kebenaran
lafaz talak menerusi SMS telefon selular itu boleh disalahgunakan.
15
Abdul Halim berkata, masyarakat tidak boleh melarang sesuatu perkara atau melatah sekiranya
ia mengikut hukum syarak kerana itu adalah peraturan dan hukum Allah.
“Tugas umat Islam hanya mematuhi hukum dan peraturan yang ditetapkan Allah,” katanya.
Bagaimanapun katanya, lafaz cerai itu perlu mendapat pengesahan daripada Mahkamah
Syariah dan sekiranya suami mengaku bahawa dia berniat untuk menjatuhkan talak kepada
isterinya maka, lafaznya itu dikira sah tanpa perlu dipertikaikan.
“Manakala bagi suami yang tidak mengaku berbuat demikian
5. Talak Melalui Tulisan (Bil Kitabah)
5.3 Mazhab Syafie dan Maliki
al-Syafi’iyyah dan al-Malikiyyah berpendapat talak melalui tulisan walaupun dalam bentuk soreh
tidak menjatuhkan talak dan tidak mendatangkan kesan kecuali disertakan dengan niat.
Sebagai contoh suami yang menulis catatan perbincangan dan menguji dakwat pen dengan
menulis secara soreh (contoh :“Aku ceraikan kamu”) atau kinayah menceraikan isterinya maka
tidak jatuh talak melainkan memang suami berniat berbuat demikian.
Mazhab Syafie juga berpendapat bahawa talak melalui tulisan yang sama statusnya dengan
lafaz, adalah tulisan yang disertai dengan niat. Ini kerana talak melalui tulisan dianggap sama
dengan lafaz talak secara kinayah. Selain daripada tulisan yang disertai dengan niat sebagai
syarat jatuh talak, Syafie juga mensyaratkan bahawa tulisan tersebut juga hendaklah ditulis
sendiri oleh suami kepada isterinya.
(al-Jaziri : 253)
Al-Mawardi mengulas pandangan al-Syafie )اھیتأي ىتحف یباتآ كءاج اذإ بتآ اذإف(
Berpendapat bahawa talak melalui tulisan bukanlah soreh, ia adalah sama dengan lafaz
kinayah yang memerlukan kepada niat. Talak melalui penulisan ada tiga keadaan :
i. Tulisan yang disertai dengan lafaz
ii. Tulisan yang disertai dengan niat
16
iii. Semata-mata tulisan; tanpa disertai dengan niat dan lafaz. Sekiranya disertai dengan
lafaz maka jatuh talak kerana lafaz meskipun tanpa niat talak akan jatuh.
(al-Mawardi :169)
Mengenai masalah suami yang menulis kepada isterinya, talak secara taklik melalui tulisan
sama ada soreh atau kinayah dengan niat untuk menceraikan isterinya seperti ditulis “Apabila
sampai tulisan ini ke tangan kamu maka jatuh talak”. al-Syafie berpendapat bahawa apabila
sampai sahaja surat tersebut kepada isterinya maka jatuhlah talak. Ini bermakna secara ringkas
dapat disimpulkan bahawa bagi Syafie dan Maliki talak melalui tulisan hanya berlaku apabila
disertakan dengan niat.
(Wahbah al-Zuhaily : 6897)
6. Kesimpulan
Perceraian perlu dilakukan dengan ma’ruf. Perceraian tidak sepatutnya digunakan untuk
menjatuhkan martabat isteri. Memandangkan ramai suami yang dengan mudah menggunakan
kuasa talak dengan sewenang wenang, langkah pengawal perceraian di luar mahkamah adalah
langkah yang menetapi kaedah fiqhiyyah iaitu al-siasah al-Syariyyah.
Islam menetapkan peraturan perceraian dengan begitu halus dan teliti agar tidak ada mana-
mana pihak yang teraniaya.
Dalil al-Quran,Maksudnya :
Hai Nabi! apabila kamu menceraikan isteri-isterimu hendaklah kamu ceraikan mereka pada
waktu mereka (dapat menghadapi) iddah mereka, dan hitunglah waktu iddah itu.
(Surah al-Talak ayat 1)
Perceraian yang tanpa bersemuka dengan pihak isteri menipiskan peluang perdamian di antara
pasangan dan memungkinkan berlaku kemudharatan di pihak isteri.
17
Hakim Syarie kemudiannya mensabitkan gugur talak tiga terhadap si isteri. Merujuk kepada isu
itu, Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan yang bersidang pada 27 Julai 2003 membuat
penelitian mendalam dan mengeluarkan fatwa iaitu :
lTalak dalam bentuk tulisan yang jelas daripada suami yang ditujukan kepada isteri secara
khusus seperti melalui faks, SMS, e-mel dan sebagainya adalah talak berbentuk kinayah dan
sah sekiranya disertai dengan niat.
lSemua perceraian perlu dikemukakan ke Mahkamah Syariah untuk mensabitkan talak tersebut.
lTalak yang dilakukan dengan menggunakan alat komunikasi moden adalah kaedah perceraian
yang tidak menepati adab perceraian yang digariskan oleh syarak.
Untuk mengesahkan sama ada suami berniat atau tidak ketika menulis ayat cerai berkenaan,
Mahkamah Syariah adalah tempat mencari keadilan.
Oleh itu, apabila seorang isteri menerima SMS sebegitu, dia atau suami perlu membawa
kesnya ke Mahkamah Syariah untuk mengesahkan kedudukan lafaz tersebut.
Pihak terbabit tidak boleh mendiamkan diri atau memutuskan kes sendirian sama ada si suami
ada niat atau tidak atau mengambil keputusan sendiri mengatakan tidak jatuh talak.
Enakmen Undang-undang Keluarga Negeri Selangor 2003 memperuntukkan dalam Seksyen 56
bahawa tiada apa-apa lafaz talak atau perintah perceraian atau pembatalan boleh didaftarkan
melainkan Ketua Pendaftar berpuas hati bahawa mahkamah membuat perintah muktamad
berhubung dengannya.
Seksyen 57 pula menyebut sekiranya seseorang menceraikan isteri dengan lafaz talak di luar
mahkamah dan tanpa kebenaran mahkamah, hendaklah dalam masa tujuh hari daripada lafaz
talak itu, melaporkan kepada mahkamah. Apabila menerima laporan, mahkamah perlu
mengadakan siasatan untuk memastikan sama ada talak yang dilafazkan itu adalah sah
mengikut hukum syarak.
Apabila mahkamah berpuas hati bahawa talak yang dilafazkan itu sah mengikut hukum syarak,
mahkamah hendaklah tertakluk kepada Seksyen 125 berkenaan penalti melafazkan cerai di
luar mahkamah.
18
Kesimpulannya, jika berlaku perkara seperti itu, segeralah ke Mahkamah Syariah untuk
mengesahkan kedudukan perceraian tersebut.
Jangan ambil mudah sesuatu perkara dan suami juga janganlah mengambil tindakan tidak
bertanggungjawab dengan menyalah guna teknologi untuk meruntuhkan sesebuah masjid
dengan sewenang-wenangnya.
Tinggalkan Jawapan
Ikatan perkahwinan merupakan rahmat Allah kepada hambanya. Ia telah digambarkan melalui
surah Al-Baqarah: 187, Isteri kamu pakaian kamu, kamu pula pakaian mereka.
Perkara utama yang harus ditentukan di sini ialah sama ada talak telah jatuh melalui pesanan
SMS. Mahkamah Syariah mempunyai bidang kuasa menentukan kesahihan sesuatu lafaz cerai.
Ini adalah berdasarkan Seksyen 45 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah
Persekutuan) 1984.
Terdapat dua jenis perceraian iaitu di dalam (dengan izin) dan di luar (tanpa izin) mahkamah.
Puan harus memohon pengesahan perceraian tersebut di bawah Seksyen 55A. Seksyen
tersebut memperuntukkan kepada mahkamah kuasa untuk mengesahkan dan mendaftarkan
perceraian yang berlaku di luar mahkamah.
Pihak mahkamah dalam membuat pengesahan perceraian terlebih dulu mengadakan siasatan
bagi memastikan lafaz talak itu sah mengikut hukum syarak. Sekiranya mahkamah berpuas
hati mengenai lafaz cerai tersebut, maka ia adalah tertakluk di bawah Seksyen 124 untuk
membuat perintah membenarkan perceraian, merekodkan dan memberitahu kepada pendaftar.
Berbalik kepada persoalan bagaimana hendak menentukan sah atau tidaknya sesuatu
perceraian di luar mahkamah. Mahkamah akan melihat kepada rukun-rukun perceraian atau
talak.
Apabila sempurna kesemua rukun talak maka sabitlah perceraian. Di dalam kitab Banatu ak-
Talibin telah dinyatakan mengenai lima rukun talak iaitu, suami, lafaz yang digunakan,
19
diqasadkan (diniatkan) kepada siapa talak itu, isteri dan talak itu dijatuhkan dengan kekuasaan
suami.
Asas mensabitkan berlaku atau tidak perceraian melalui pesanan SMS memerlukan kepada
keyakinan daripada suami bahawa sememangnya beliau yang menulis pesanan SMS tersebut
secara sengaja tanpa paksaan dan ditujukan khas kepada isteri.
Ini bertepatan dengan kaedah Fekah, iaitu tulisan itu adalah diiktibarkan syarak sama seperti
perkataan yang dilafazkan di dalam perceraian. Menjadi suatu kewajipan untuk menghilangkan
sebarang perasaan was-was atau ketidakpastian dalam menjatuhkan talak.
Jika wujud ketidakpastian dalam salah satu daripada kelima-lima syarat talak maka perceraian
tersebut tidak jatuh. Kebiasaannya mahkamah akan meminta suami melakukan sumpah syarie
terhadap pesanan SMS yang dimaksudkan.
Jika telah sabit kepastian melalui lafaz sumpahnya maka jatuhlah talak tersebut. Adalah
menjadi tanggungjawab puan dan suami untuk berlaku jujur di dalam perkara ini demi
menghilangkan perkara subahat yang melingkari ikatan pernikahan puan.
Mengenai perceraian dalam keadaan marah, timbul perbezaan pendapat di kalangan ulamamengenai sama ada gugur atau tidak talak itu.
Mengikut sebahagian ulama, jatuh talak yang dilafazkan dalam keadaan marah kerana
perasaan tersebut masih boleh dikawal oleh seseorang. Antara lain, orang yang dalam keadaan
marah tidak termasuk dalam golongan orang yang terkeluar daripada beban taklif.
Manakala mengikut pendapat Ibnu Qayyim, beliau telah membahagikan marah ini kepada tiga
keadaan yang berbeza dan turut berbeza hukum talak pada ketika itu.
Keadaan pertama, marah yang dapat dikawal perasaan dan fikiran sepenuhnya. Talak yang
dilafazkan pada ketika ini dihukumkan jatuh.
Kedua, keadaan marah yang sampai ke tahap seolah-olah hilang akal, iaitu tidak sedar
mengenai apa yang diperkatakan. Jumhur Ulama sepakat berpendapat talak yang dilafazkan
tidak gugur kerana disamakan dengan orang gila yang hilang akal dan tidak lagi memikul beban
20
taklif.
Ketiga ialah marah yang berada antara tahap pertama dan kedua. Marah pada tahap ini
diperselisihkan ulama pada hukumnya dan perlu juga dilihat kepada aspek dalil, selain
mempertimbangkan suasana perceraian ini berlaku serta maslahah dan kepentingan anak-
anak.
Justeru, sebagai langkah menentukan sama ada jatuh atau tidak lafaz perceraian dalam
keadaan marah, hendaklah dimaklumkan kepada Mahkamah Syariah memandangkan ia
mempunyai bidang kuasa menentukan kesahihan perceraian yang dilafazkan di dalam keadaan
marah.
. Talak dalam bentuk tulisan yang jelas daripada suami yang ditujukan kepada isterinya secara
khusus seperti melalui faksimili, SMS, e- mail dan sebagainya merupakan talak secara kinayah
dan ianya adalah sah sekiranya disertai dengan niat.
ii. Semua penceraian hendaklah dikemukakan kepada Mahkamah Syariah untuk menthabitkan
talak tersebut.
iii. Talak yang dilakukan dengan menggunakan alat komunikasi moden adalah kaedah
penceraian yang tidak menepati adab penceraian yang digariskan oleh syarak.
Berdasarkan keputusan yang telah diputuskan oleh para Mufti di Malaysia di dalam Muzakarah
tersebut, jelaslah kepada kita bahawa Talak melalui SMS atau apa saja alat perhubungan
adalah dianggap sah dan dikira jatuh talak sekiranya disertai dengan niat.
Walaubagaimanapun, kaedah talak melalui SMS dan alat perhubungan moden adalah tidak
menepati adab perceraian dalam Islam.
Oleh itu, berwaspadalah dan janganlah kita meringan- ringankan soal talak ini. Ini disebabkan
Talak merupakan satu peraturan yang telah ditetapkan oleh Allah SWT di dalam SyariatNya.
Arahan Allah yang dirakamkan dalam Al Quran sangat penting kita jadikan peringatan buat kita
semua.
” Talak (yang boleh dirujuk kembali itu hanya) dua kali, setelah itu boleh lah ia (rujuk dan)
21
dipegang terus (isterinya) dengan cara yang sepatutnya (makruf) atau dilepaskannya
(menceraikannya) dengan cara yang baik…” – Surah al- Baqarah; ayat 229
Seperkara lagi, Talak juga merupakan jalan terakhir kepada perselisihan dan pertelingkahan
antara suami dan isteri. Pilihlah jalan- jalan lain dahulu dalam menjernihkan hubungan antara
suami dan isteri. Pilihlah jalan perdamaian, permuafakatan, merendahkan ego diri, menerima
kesalahan diri, menerima kelemahan pasangan dan sebagainya.. Janganlah kita ditipu dengan
fitnah dunia, hawa nafsu yang dirasuk oleh syaitan laknatullah, rasukan nafsu gelojak, terburu-
buru, sikap percaya bulat2 fitnah orang tanpa usul periksa dan lain- lain. Janganlah sang suami
menggunakan kuasa talak yang ada pada dirinya sebagai alat untuk menjatuhkan martabat si
isteri. Perbuatan menjatuhkan ketinggian martabat isteri sangatlah dikutuk oleh agama.
Sesungguhnya ikatan pernikahan itu sangat utuh tautannya. Ikatan itu ditaut dengan erti kasih
sayang, hormat menghormati, kesabaran dan selainnya.
“Ya Allah, Engkau selamatkanlah isteri dan anak- anak kami daripada segala bencana”
Perceraian itu berlaku disebabkan pelbagai faktor, antaranya arus modenisasi yang menghakis
nilai tradisional, mendahulukan material daripada menyelamatkan perkahwinan, tahap
pendidikan dan pendedahan yang diperoleh membuatkan suami isteri terlalu objektif dalam
menangani masalah.
Keretakan rumah tangga boleh berlaku apabila pasangan terbabit terlalu mementingkan
kewangan sehingga mengabaikan tanggungjawab mereka, timbul rasa kecewa terhadap
pasangan disebabkan gagal berbincang sebelum berkahwin, tiada kemahiran komunikasi,
campur tangan pihak ketiga dan masalah sampingan seperti dadah.
Ahmad Shukri yang juga Perunding Motivasi Fitrah Power Resources berkata, perceraian
bukan perkara yang boleh dianggap remeh sebaliknya ia adalah jalan terakhir kepada
sesebuah rumahtangga.
“Sebelum memikirkan dan melafazkan cerai banyak lagi kaedah lain yang boleh difikirkan,
seperti perbincangan di antara pasangan suami isteri secara baik tanpa membabitkan
pihak lain, jika tidak dapat diselesaikan baru dilantik wakil dari pihak ketiga untuk mencari
penyelesaian.
22
“Jika tidak dapat diselesaikan juga walaupun dengan pelbagai kaedah, barulah difikirkan jalan
terakhir itu,” katanya.
Satu hadis diriwayat Abu Daud dan al-Hakim, maksudnya: “Perkara halal yang paling dibenci
Allah ialah talak.”
Perkahwinan bukanlah semata-mata satu ikatan yang menghalalkan perhubungan di antara
dua jantina lelaki dan perempuan, tetapi kesinambungan institusi kekeluargaan.
Perkahwinan adalah suatu ikatan perkongsian hidup yang perlu kepada semangat
kebersamaan, saling menghormati dan rasa penuh tanggungjawab, yang perlu dipertahankan
dalam apa juga keadaan.
“Bergaullah dengan mereka secara baik dan mungkin kamu benci kepada isteri-isteri kamu.
Mungkin kamu benci kepada sesuatu sedangkan Allah menjadikan padanya kebaikan yang
baik.” (an-Nisa’:19)
Menurut Ahmad Shukri, sesetengah masalah tidak boleh dipendam tetapi perlu diluahkan bagi
mengelak masalah lebih besar.
“Dalam rumah tangga, perlu ada konsep sabar dan muhasabah. Jika sewaktu bujang kita
seorang pemarah, cepat melenting dan panas baran, apabila beristeri atau bersuami ubahlah
sikap itu perlahan-lahan,” katanya.
Beliau mendapati banyak pasangan yang tidak tahu matlamat rumah tangga sehingga apabila
bergaduh kecil pun mengungkapkan cerai.
“Justeru, perkahwinan memerlukan kepada beberapa unsur iaitu sakinah (ketenangan),
mawaddah (kasih sayang) dan rahmat (kasihan belas).
“Ketiga-tiganya perlu digaul bagi menjadi makanan pasangan suami isteri sepanjang hidup
bersama,” katanya.
Menurutnya, anak muda sekarang hanya tahu bercinta dan berkahwin, tetapi apabila
memperoleh cahaya mata menjadi buntu seolah-olah anak menjadi beban.
“Anak memang satu beban tetapi ia juga amanah yang besar.
23
“Orang kita sesetengahnya apabila ada masalah mulalah jadi tidak menentu dan gelabah tetapi
sedar atau tidak masalah yang dihadapi itu sendiri yang mematangkan diri,” katanya.
Bibit –bibit negatif yang mula dirasai suami isteri
KUALA LUMPUR: Golongan isteri yang menyedari bibit perubahan negatif sikap baran
pasangan hingga mula rasa tidak selamat perlu mengambil langkah awal dengan mendapatkan
nasihat ahli keluarga sebelum membuat aduan kepada mahkamah bagi mengelak menjadi
mangsa dera ‘suami Firaun’.
Pakar motivasi dan penceramah terkenal, Zawawi Yusof berkata, wanita perlu tahu hak mereka
serta mendapatkannya melalui rujukan ke mahkamah supaya nasib mereka terbela dan tidak
terus-terusan menjadi mangsa dera suami yang tidak berperikemanusiaan.
Beliau berkata, di sebalik kes yang dipaparkan di dada akhbar, masih ramai suami di negara ini
yang mendera isteri masing-masing walaupun tanggungjawab sebenar mereka menjaga isteri
dengan baik.
“Tugas sebenar suami menyelamatkan isteri masing-masing dan menjaganya bukan
menganiaya isteri hingga memperlakukan pasangan dengan kejam.
“Sepatutnya suami perlu bersyukur jika isteri menjaga makan minum mereka kerana tugas itu
tidak wajib untuk dilaksanakan isteri, tetapi ia dilakukan sebagai pengorbanan isteri berkhidmat
kepada suaminya.
“Dalam Islam, suami yang mampu perlu menyediakan pembantu untuk memasak dan
sebagainya tetapi jika tidak mampu, maka isteri boleh berkorban dengan melakukannya untuk
suami dan suami sepatutnya menghargainya,” katanya.
Doa2 Harian;
Doa utk mohon keselamatan dlm segala urusan (Mengadakan kendurikahwin,bermusafir, bekerja dll): Ya Allah segala puji bagimu, yang dengan izin Muberlaku segala kebaikan (Hadis Sahih)
24
Doa jika ditimpa kesusahan (Masalah tempat kerja, suami isteri dll): Ya Allah berilahganjaran dari ujian ini dan kurniakanlah yang lebih baik dari ini. (Hadis sahih)
Pelik hal orang beriman ini, jika diberi nikmat dia akan bersyukur dan jika diberi ujian diabersabar. (Hadis Sahih). Komen:dalam kedua2 keadaan, sentiasa baik baginya.
Petua Rumah Tangga Bahagia
1- Sering melakukan kegiatan bersama-sama seperti makan bersama, keluar berjalan berdua-
duaan, beriadah dan mandi bersama.
2- Galakkan isteri tidur di atas lengan suami. Isteri yang penyayang akan berada di belakang
bahu sebelah kanan suami ketika berjalan.
3- Jaga agar mulut dan badan tidak berbau agar suami sentiasa mahu berseronok dengan
isteri.
4- Isteri yang hangat dan romantis sentiasa mengharapkan suaminya berada di rumah
bersama-samanya.
5- Tukar gaya penampilan setelah beberapa ketika untuk mengelakkan jemu kepada pasangan.
6- Kreatif mencipta suasana yang harmoni dan tenang dalam rumah tangga.
7- Sekiranya ada pergaduhan atau pertengkaran, cuba ingat kembali kenangan manis semasa
bercinta dan berbulan madu.
8-Kenangkan jasa dan susah payah isteri mengandung dan melahirkan anak.
9- Sekiranya berlaku penceraian (bagi pasangan Islam untuk talak satu dan dua saja) jangan
mudah menghalau isteri keluar dari rumah sebelum habis edah kerana mungkin suami isteri
berminat untuk bersatu kembali (rujuk).
25
10- Suami kena lebih mesra dengan keluarga mentua kerana sekiranya rumah tangga
menghadapi masalah, ibu bapa mentua boleh membantu dari segi nasihat.
11- Suami jangan tumpu perhatian yang berlebihan kepada dunia luar berbanding keluarga
sendiri.
12- Isteri jangan lebih banyak masa menyibukkan diri dengan dunia luar, seperti aktif dengan
kegiatan persatuan, berpolitik atau terbabit dengan jualan langsung.
13- Sentiasa berlembut dari segi percakapan, layanan kepada pasangan dan pergaulan
sesama ahli keluarga.
14- Isteri perlu berhias lebih kepada suaminya berbanding apabila keluar rumah.
15- Menjawab setiap pertanyaan suami dengan lembut.
16- Pasangan tua, terutama isteri jangan terlalu rapat dengan cucu, tidur dengan cucu dan
tinggalkan suami tidur sendirian.
17- Sekiranya ada masalah, bawalah berbincang. Jangan bertengkar dan masing-masing
menegakkan pendapat sendiri.
18- Fahami dan hayati sifat pasangan dan anak-anak. Suami disifatkan seperti matahari
sentiasa panas, isteri bulan; cantik, lembut dan indah dipandang, manakala anak-anak pula
umpama bintang iaitu sifatnya sebagai penghibur dalam rumah tangga.
19- Suami isteri perlu mengekalkan sifat romantis dan sentiasa berhati muda walaupun masing-
masing sudah berusia.
20- Anak-anak jangan dipaksa mengikut telunjuk dan kehendak ibu bapa tetapi beri mereka
pilihan yang sesuai tetapi sentiasa awasi mereka.
21- Ketua rumah tangga yang bijak sentiasa ada perancangan jangka panjang untuk ahli
keluarganya. Sama ada dari segi kewangan, pelajaran dan tempat percutian.
22- Keluarga Islam, pastikan sekurang-kurangnya dua waktu sembahyang berjemaah bersama-
sama ahli keluarga – merapatkan hubungan dan kemesraan.
26
23- Jangan beri ahli keluarga makanan yang tidak halal atau diragui kehalalannya kerana
bermula dari makanan membentuk air mani dan melahirkan generasi seterusnya.
Ciri Lelaki pilihan untuk dijadikan suami
iri-Ciri Suami yang Baik dari Sudut Islam
Memetik kertas kerja Dasar Pembentukan Rumahtangga serta Adat-adat Yang Bercanggah
tulisan Kadi Kuala Selangor, Haji Asmungi Mohd Sidek, “Sebagai seorang gadis apabila mula
memikirkan alam dewasa dan ingin menggantungkan nasib dirinya kepada lelaki melalui
rumahtangga, hendaklah membuat pemilihan teliti, seeloknya pilihlah lelaki;
1. Yang berkemampuan sebagaimana hadis Nabi Riwayat Ahmad Bukhari dan Muslim dari Abu
Hurairah yang bermaksud:
“Wahai permuda-pemuda; barang siapa diantara kamu bernikah, maka hendaklah ia bernikah,
yang demikian itu amat menundukkan pandangan dan amat memelihara kehormatan, tetapi
barang siapa yang tidak mampu, maka hendaklah berpuasa kerana puasa itu menahan nafsu.”
Mampu yang dimaksudkan, berupaya menyediakan tempat tinggal, saraan hidup yang biasa
mengikut suasana sekarang, serta pakaian untuk menutup aurat. Perkara-perkara ini wajib
dilaksanakan suami dan kegagalan menyempurnakannya boleh mendatangkan kesan buruk
dan mudah berlaku perceraian.
2. Boleh dijadikan sebagai ganti ayah bonda. Sanggup melindungi wanita daripada segala
bahaya dan kecelakaan yang menimpa kerana apabila seorang wanita rela dinikahi, bererti ia
rela melepaskan dirinya daripada ayah bonda yang selama ini menjadi tempat pergantungan
hidup. Kini berpindah kepada lelaki yang bakal menjadi suaminya.
3. Pandai menjaga darjat diri; apabila bercakap dikota dan diamalkan. Selain daripada itu suami
yang baik akan sentiasa mengajak isteri ke arah kebaikan, menjauhkan yang mungkar dan
mendahului perbuatan itu.
27
4. Berkebolehan didalam urusan rumahtangga. Kebolehan memasak, menjahit juga membasuh
akan membantu kerana lelaki yang biasa membuat kerja begini, tidak akan membebankan
isterinya membuat kerja rumah sekiranya isteri tiada kemampuan.
5. Mempunyai penuh kepercayaan kepada perempuan dan tidak mudah bersangka buruk.
Biasanya apabila suami bertugas mencari nafkah maka isteri akan menjaga segala amanah
harta dan anak di rumah. Sekiranya suami tidak mempunyai kepercayaan kepada isteri, ini
bererti suami akan sentiasa menyangka buruk.
6. Rajin, berpemikiran luas dan tidak memakan harta perempuan. Lelaki begini adalah ciri-ciri
lelaki yang tidak pemalas, inginkan kemajuan serta tidak mengharapkan titik peluh isteri. Allah
sangat tidak menyukai manusia yang hanya bertawakal dan menyerah diri tanpa usaha
sedangkan kejayaan dicapai melalui usaha.
7. Mudah memaafkan. Sifat ini adalah sebahagian daripada sifat terpuji Rasullah ketika
menegakkan agama Islam. Oleh itu suami bertanggungjawab sepenuhnya kepada isteri dan
anak.
8. Datang daripada keturunan orang yang baik-baik lagi rajin beribadah. Seelok-eloknya,
mempunyai akhlak dan budi bahasa mulia, berpegangan agama lagi rajin beribadah dan tidak
berpenyakit keturunan seperti gila atau penyakit merbahaya yang boleh membawa kepada
kesengsaraan hidup.
Dalam konteks ini, wanita sebenarnya tidak mempunyai banyak pilihan jika Ibu bapa yang
mencarikan jodoh untuk wanita itu. Tetapi jika wanita itu dalam keadaan yang dia sendiri boleh
memilih bakal suaminya, maka bolehlah jika memilih calon yang memiliki sifat2 seperti berikut:
a) Beragama. Sentiasa menjaga tanggungjawabnya sebagai seorang islam dan dalam
perhubungan itu sendiri dia menjaga dari membuat maksiat terhadap pasangannya seperti
berpegangan tangan dan membuat perkara yang tidak senonoh.
b) Mempunyai akhlak yang baik. Bercakap jujur dan menghormati orang lain.
28
c) Mempunyai status ekonomi yang bagus sekurangnya mempunyai pekerjaan atau rajin
bekerja sendiri.
d) Tidak panas baran.
Ciri Wanita pilihan untuk dijadikan isteri
“Janganlah kamu kahwini wanita kerana kecantikan mereka,kerana kemungkinan kecantikan itu
akan menghancurkan mereka sendiri.Dan janganlah kamu kahwini kerana harta mereka,kerana
mungkin harta itu menyebabkan mereka derhaka.Tetapi kahwinilah mereka atas dasar
agama.Sesungguhnya hamba yang berkulit hitam,tetapi beragama adalah lebih baik”-(riwayat
Ibnu Majah).
Jelas hadis diatas menyarankan kita supaya memilih calon isteri dari kalangan wanita wanita
solehah. Ada juga dari kalangan wanita2 pilihan ini nampak dari luarnya seperti muslimah dan
berlatarbelakangkan pendidikan agama tetapi bukan terdiri dari wanita solehah dalam kes2
terpencil. Jadi sebelum memilih,check dahulu “target” anda walaupun nampak luarannya sudah
ok. Tanya sahabat2 dan orang disekeliling mereka untuk memastikan anda tidak menyesal di
kemudian hari.
Tetapi setiap pilihan tu tidak selalunya dapat disandarkan dengan maklumat yang cukup. Dalam
banyak keadaan, petunjuk dari Allah sahaja yang boleh kita pinta supaya pilihan kita buat itu
adalah tepat. Caranya, banyakkan doa ini” Ya Allah, berikan daku Ilham dan jauhkan aku dari
kejahatan diri aku sendiri” dan bersembahyang istikarah.
Isu suami suka memaki dan mencarut
Lelaki disyaratkan lindungi wanita, hindari kekerasan. Dalam institusi perkahwinan, lelaki ialah
ketua keluarga sesuai dengan fitrah kejadiannya yang lebih gagah dan beberapa kelebihan lain
berbanding wanita. Tanggungjawab lelaki sebagai ketua (pemimpin) kepada perempuan
ditegaskan oleh Allah melalui firman-Nya bermaksud:
“Lelaki ialah pemimpin bagi perempuan oleh kerana Allah melebihkan sebahagian mereka
29
(lelaki) atas sebahagian yang lain (perempuan), dan kerana lelaki selepas menafkahkan
sebahagian daripada harta mereka.” (Surah an-Nisa, ayat 34)
Islam mensyaratkan lelaki sentiasa menjadi pelindung dan berbuat baik terhadap wanita.
Sebagai pemimpin, lelaki dipertanggungjawabkan menjaga keselamatan, kebajikan dan
menyediakan keperluan hidup untuk isteri dan anak mereka. Islam melarang sama sekali
kekerasan dalam rumah tangga. Rasulullah memberi ingatan dengan sabda bermaksud:
“Mengapa ada lelaki di kalangan kamu yang suka memukul isterinya seperti memukul seorang
hamba, padahal dia akan menyetubuhi isterinya itu pada hari lain.” (Hadis riwayat Ahmad).
Isteri mempunyai hak untuk mendapat layanan sebaik-baiknya. Pada suatu ketika, ramai isteri
datang menemui isteri Rasulullah mengadu mengenai layanan buruk yang diterima daripada
suami mereka. Apabila Rasulullah mengetahuinya, baginda pun bersabda maksudnya:
“Sesungguhnya ramai wanita datang menemui isteriku mengadu mengenai suami mereka.
Sesungguhnya suami kepada wanita itu bukanlah orang yang terbaik daripada kalangan kamu.”
(Hadis riwayat Abu Daud).
Rasulullah memberi contoh bagaimana menjadi seorang suami yang baik. Rasulullah sering
menolong isterinya melakukan kerja di rumah yang baginda dapat melakukan sendiri seperti
menjahit baju yang koyak, memasak, membersihkan laman dan kerja lain. Sifat ringan tangan
suami membantu isteri melakukan kerja rumah bukan semata-mata meringankan tugas isteri,
tetapi menimbulkan rasa hormat isteri. Isteri berasakan dirinya lebih disayangi dan dihormati.
Amalan melakukan kerja rumah secara bersama dapat membentuk kerjasama, persefahaman,
keceriaan dan menghargai apa yang dilakukan bersama-sama. Suami yang sama-sama
membersihkan rumah tentu tidak akan melakukan perbuatan yang menyebabkan keadaan
menjadi kotor. Bagaimanapun, ramai suami yang secara sengaja mengotorkan kawasan rumah
dengan habuk dan puntung rokok yang dibuang merata-rata dan kemudian menyuruh si isteri
pula membersihkannya.
Melakukan kebaikan kepada isteri adalah sebahagian tanda muslim sejati. Suami yang baik
sedar bahawa dirinya menanggung amanah besar dalam soal menjaga kepentingan isteri.
Sabda Rasulullah SAW bermaksud:
“Orang yang baik antara kamu adalah orang paling berlaku baik terhadap isterinya dan akulah
orang paling baik terhadap isteri dari kalangan kamu.” (Hadis riwayat at-Tirmizi).
Sikap baik sebenarnya bukan terhad kepada isteri. Semua orang berhak dilayan dengan baik,
terutama ahli keluarga dan sesiapa yang diamanahkan kepada kita menjaganya. Orang gaji dan
30
sesiapa yang tinggal bersama kita perlu dilayan dengan sebaik-baiknya. Sikap baik Rasulullah
terhadap isteri diakui oleh isteri baginda, Siti Aisyah. Diriwayatkan oleh Bukhari bahawa Aisyah
pernah berkata:
“Rasulullah tidak pernah sekalipun memukul isteri dan pembantunya.”
Menjaga dan berbuat baik terhadap isteri juga dilakukan dengan cara menyediakan apa yang
suami mampu untuk dirinya, maka itulah juga seharusnya untuk isteri. Adalah menjadi hak isteri
mendapat pemberian yang mampu disediakan oleh suaminya. Sabda Rasulullah SAW
bermaksud:
“Tanggungjawab suami terhadap isterinya adalah apabila kamu makan, hendaklah kamu beri
makanan untuk isterimu. Apabila kamu memakai pakaian, kamu berikan pakaian untuk isterimu.
Jangan kamu pukul isterimu pada bahagian muka. Jangan kamu keluarkan perkataan yang
jahat di hadapannya iaitu perkataan yang menyakiti hati dan dibenci. Jangan kamu tinggalkan
isterimu seorang diri kecuali dalam rumah.” (Hadis riwayat Abu Daud)
Islam menggesa si suami agar berurusan dan bermuamalah bersama isteri dengan adab yang
baik, memandangkan pertimbangan akal kaum wanita dianggap kurang berbanding kaum lelaki.
Allah befirman di dalam al-quran:
“Gauli mereka dengan adab yang baik.” (An-Nisa’: ayat 19)
Ini merangkumi tutur kata yang lunak, bersikap adil bersama isteri sekiranya si suami
berpoligami, memberi nafkah, bermesyuarat dengan isteri dalam urusan rumahtangga, menutup
kelemahan isteri dan lain-lain lagi. Mengelak daripada mengatakan perkara buruk terhadap
isteri adalah sebahagian sikap baik yang perlu diamalkan oleh suami. Ada suami yang sering
dan gemar mengeluarkan perkataan tidak enak terhadap isteri disebabkan sesuatu perkara
tidak disenangi. Perkataan buruk yang dikeluarkan terhadap isteri juga satu penderaan iaitu
penderaan mental. Isteri yang selalu diherdik, dihina dan dimarahi akan menghadapi tekanan
perasaan dan mudah timbul perasaan takut untuk berdamping dengan suami. Sesiapa yang
suka mengamalkan sikap bengis dan suka menakut-nakutkan isteri dengan perkataan kasar
akan terlepas daripada rahmat Allah dan menanggung kerugian di dunia dan akhirat.
Sesungguhnya Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam adalah teladan yang paling baik.
Meskipun baginda membolehkan memukul isteri setelah nasihat dan memulaukannya di tempat
tidur tidak berkesan, namun baginda tidak pernah memukul isterinya. Islam mengharuskan
suami memukul isteri dengan pukulan ringan yang tidak menyakitkan walaupun ke atas bayi,
sekadar amaran agar si isteri tidak mengulangi kesilapannya. Islam telah menetapkan garis
panduan yang cermat berkaitan keharusan memukul, agar tidak mendatangkan mudharat lain
31
yang tidak diundang, seperti menegah memukul bahagian muka serta jangan memukul dengan
pukulan yang mencederakan. Pukulan ini juga dibenarkan setelah isteri dipisahkan tempat tidur
dan masih belum bersedia untuk mengubah tabiat buruknya.
Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam juga pernah menyatakan di dalam hadis baginda, agar
kita berlemah lembut melayani wanita dan jangan mengasari mereka. Sabda baginda:
“Wahai Anjasyah, perlahan sedikit memacu unta kerana yang menunggang sekarang adalah
bekas kaca (wanita yang sifatnya lembut).”
Demikianlah Rasulullah mengumpamakan kelembutan wanita. Sekiranya si suami tidak
bijaksana, nescaya banyak kecelakaan yang tidak diduga akan menimpa, bahkan sampai tahap
runtuhnya rumah tangga.
Rasulullah sentiasa menjaga perasaan para isteri baginda dan pandai menambat hati mereka
dengan bergurau senda dan bermesra. Rasulullah menggesa para suami agar bijak
menyesuaikan diri,ketika berada di samping isteri. Rasulullah bersifat keanak-anakan ketika
berada di samping isteri baginda, meskipun baginda seorang pahlawan yang handal di medan
jihad.
Sememangnya wanita suka dimanjai dan dibelai. Rasulullah menghendaki para suami agar
pandai meletakkan taraf dirinya sedarjat dengan isteri, untuk mengelakkan rasa canggung dan
janggal ketika bersama isteri. Pernah diriwayatkan dalam sunan Abu Daud dan Al-Nasa’ie,
Rasulullah berlumba lari dengan isteri baginda Saidatina Aisyah. Meskipun Rasulullah pesuruh
Allah yang sibuk dengan urusan menyebarkan dakwah dan berjuang di medan jihad, namun
baginda masih ada kelapangan untuk bermesra bersama isteri baginda dan ini bukanlah suatu
yang menyalahi etika. Rasulullah bersabda di dalam riwayat Tarmizi dan Muslim:
“Mukmin yang paling sempurna ialah yang paling baik akhlaknya dan paling berlemah lembut
bersama isterinya.”
Islam menggambarkan mukmin yang paling sempurna ialah mereka bijaksana melayani isteri
dan berbudi pekerti mulia. Satu contoh petunjuk Rasul yang menggambarkan baginda beradab
sopan bersama isteri baginda ialah hadis yang diriwayat oleh Ibn Abi Dunya, Saidatina Aisyah
memberitahu bahawa:
“Segala urusan dan perlakuan Baginda amat menakjubkan, sehingga ketika baginda bersama
isterinya pada suatu malam dan telah bersentuhan kulit, baginda meminta izin dari isterinya
Aisyah untuk beribadat menemui Tuhannya.”
32
Demikianlah adab Rasul bersama isteri baginda, meminta izin untuk meninggalkannya
meskipun untuk bertemu Tuhan.
Penutup
Penceraian melalui sms atau tulisan menurut pandangan ulama di atas dapatlah
dirumuskan mahawa adalah sah mengikut niat sang suami itru sendiri.Jadi berhati-hatilah
janganlah mempermainkan soal penceraian ini.
BIBLIOGRAFI
1. Abd Fatah Abdal-Ghani–Qadhi (2004) Al-Kaherah :Dar al-Salam2. Subhi al-Salih (1990) Mabahith fi’ Ulum al-Quran .Beirut ;Dar al –ilmi li al –
Malayin.3. Rosmawati Ali @ Mat Zin ,Penghantar Ulum al-Quran ,Ilham Abati Enterprise
,Kuala Lumpur ,19974. Asnawi Haji Ehsan ,Ulum Al Quran Pustaka Haji Abdul Majid ,Selangor Darul
Ehsan ,20045. Wahbah Al-Zuhayli(2000).al fiqh al-islami Wa adillatuhu ,Beirut :Dar al-Fikr6. Maryam Ibrahim Hindi (t.th)al-aqiqah fi al-fiqh al-islami .Kaherah :Jamiah al –
azhar7. Al-sayyid Sabiq (2000) .Fiqh al-sunnah .Beirut :Dar al-fikr8. Abd al-Rahman al-jaziri(19 99) .fiqh ‘ala Mazahib al-Arbaah .Dar Fikr9. Teungku Muhammad Hasbi Ash Shiddieqy.(2000) Pedoman puasa Semarang : Pt
Pustaka Rizki Putra.10. Hassan Muhammad Ayub.(1996) Puasa dan iktikaf dalam Islam
(Terj.Wardana),Jakarta .Bumi Akasara.
33
top related