akta akta-pendidikan-khas

Post on 10-Jun-2015

443 Views

Category:

Documents

16 Downloads

Preview:

Click to see full reader

TRANSCRIPT

AKTA PENDIDIKAN 1996

Peruntukan bahagian IV ( sistem pendidikan kebangsaan), Bab 8 - pendidikan khas diperturunkan seperti berikut: .

a) Menteri hendaklah mengadakan

pendidikan khas di sekolah khas yang

ditubuhkan di bawah perenggan 34 (1)

(b) atau dimana-mana sekolah rendah

atau menengah yang difikirkan oleh

menteri suaimanfaat.

b) (1) Tertakluk kepada subseksyen (2) dan (3). Menteri boleh melalui peraturan-peraturan yang menetapkan :-

a.Tempoh pendidikan rendah dan menengah yang sesuai dengan keperluan murid yang menerima pendidikan khas;

b.Kurikulum yang digunakan hendaklah berhubung dengan pendidikan khas;

b) (1) Tertakluk kepada subseksyen (2) dan (3). Menteri boleh melalui peraturan-peraturan yang menetapkan :-

c. Kategori murid yang memerlukan pendidikan khas dan kaedah yang sesuai bagi pendidikan murid dalam setiap kategori sekolah khas; dan

d. Apa-apa perkara lain yang difikirkan oleh menteri suaimanfaat perlu bagi maksud bab ini.

(2) Tempoh yang ditetapkan oleh menteri di

bawah perenggan (1) (a) tidak boleh

kurang daripada tempoh minimum

pendidikan rendah atau menengah

mengikut mana-mana yang berkenaan

yang diperuntukkan di bawah akta ini.

(3) kurikulum yang ditetapkan di bawah

perenggan (1) (b) hendaklah

mematuhi kehendak kurikulum

kebangsaan setakat yang munasabah

dan praktik.

PERATURAN PENDIDIKAN.

Bagi tujuan pelaksanaan pula, Kementerian Pendidikan telah mengadakan Peraturan-Peraturan Pendidikan (Pendidikan Khas) 1997 seperti berikut:

BAHAGIAN 1

1.Peraturan-peraturan ini bolehlah dinamakan Peraturan-Peraturan Pendidikan ( Pendidikan Khas ) 1997 dan hendaklah mula berkuatkuasa pada 1 Januari 1998.

2. Dalam peraturan – peraturan ini, melainkan jika konteksnya mengkehendaki makna yang lain:-

“ murid-murid dengan keperluan khas “ ertinya murid-murid yang mempunyai kecacatan penglihatan atau kecacatan pendengaran atau mempunyai masalah pembelajaran;

“program pendidikan khas ” ertinya:-

a.Suatu program yang disediakan di sekolah khas bagi murid-murid yang mempunyai kecacatan penglihatan atau kecacatan pendengaran;

b. Suatu program percantuman di sekolah biasa bagi murid-murid yang mempunyai kecacatan penglihatan atau kecacatan pendengaran atau mempunyai masalah pembelajaran ; atau

c. Suatu program pendidikan inklusif bagi murid-murid dengan keperluan khas yang boleh menghadiri di dalam kelas biasa bersama-sama dengan murid biasa.

PENDIDIKAN KHAS

(1) A) Bagi sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan, murid-murid dengan keperluan khas yang boleh dididik adalah layak untuk menghadiri program pendidikan khas kecuali murid-murid berikut:

a. Murid yang cacat anggota tetapi mempunyai kebolehan mental untuk belajar seperti murid biasa, dan

b. Murid yang mempunyai pelbagai kecacatan atau yang sangat cacat anggotanya atau yang terencat akal yang berat

1B) Seseorang murid dengan keperluan khas adalah boleh didik jika dia mampu untuk mengurus diri sendiri tanpa bergantung kepada bantuan orang lain dan disahkan oleh suatu panel yang terdiri daripada pengamal perubatan, pegawai daripada Kementerian Pendidikan dan pegawai daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat, sebagai berupaya mengikut program pendidikan kebangsaan.

2.Dalam melaksanakan kurikulum pendidikan khas , guru-guru boleh mengubahsuai kaedah atau teknik pengajaran atau pembelajaran, masa bagi aktiviti, dan susunan aktiviti, mata pelajaran dan bahan bantu mengajar bagi mencapai tujuan dan matlamat pendidikan khas.

top related