adakah nabi s.a.w. tidak tahu membaca dan menulis?
Post on 30-May-2018
249 Views
Preview:
TRANSCRIPT
8/14/2019 Adakah Nabi s.a.w. Tidak Tahu Membaca Dan Menulis?
http://slidepdf.com/reader/full/adakah-nabi-saw-tidak-tahu-membaca-dan-menulis 1/23
ADAKAH NABI MUHAMMAD S.A.W. TIDAK TAHU MEMBACA
DAN MENULIS?
Dipetik dari web: www.darulkautsar.net
Prolog
Adakah mengakui Nabi s.a.w. seorang yang ummi ya`ni dengan erti tidak pandai membaca,
menulis dan menghitung merupakan sebahagian daripada aqidah? Adakah dianggap tidak
beriman jika seseorang jika tidak mengakuinya atau beri`tiqad dengannya?
Persoalan ini biasanya tidak timbul kepada masyarakat kita amnya kerana umumnya menerima
bahawa Nabi Muhammad s.a.w. adalah seoang yang ummi iaitu tidak boleh membaca dan
menulis bahkan ia dianggap sebagai satu keistimewaan dan mukjizat yang menunjukkan al-
Quran itu bukanlah dari rekaannya tetapi daripada Allah s.w.t
Ironinya jika dia diterima bulat-bulat maka ia boleh menjadi dalil kepada karaguan yang
ditimbulkan orientalis untuk menggoyah akidah ummat Islam. Tambahan pula dalil-dalil yang
biasanya dikemukakan tidak jelas dan tidak kuat untuk menjadi sandaran kepada dakwaan ini. Ini
diikuti pula oleh beberapa hadits dan dalil al-Quran yang menampakkan percanggahan sekiranya
diterima bulat-bulat. Antaranya hadits ini dan beberapa ayat al-Quran yang akan dibincangkan di
akhir perbahasan ini.
ععا3336 مي ج ص صي م ل ب نا ج د م ح و أ ظ ن ل هي ر إ ق س إ نا ث ح د - ر ععاء ك ز ر ععا خ أ عع ى ي ر ا خ أ ق س ف لو ى ي د نعع عس و يع ع ع ى ل ع عع ر ل ن ص ح أ ل ما ا ء ر ل ق س إ أ
ععا إ ا خ د عع و ثععا ث ععا يعع ي ا خ د أ ى ة ه أ ل ا ت ي ل ععا عع م د حعع أ ن م و ا ه أ د ح ر و ر و ي ل لععا ذ ه حي ل ر م ح ل ر ل نا ن ي ط ر ل ش ك ل ا كا م ل عع ععس أعع عع ل ك ر ش م ل ل ا ل س د م ي ضى ا
عع ععا هععا ا م أ يععا ر عع د ل عع عع د م ك و ل نا ا
8/14/2019 Adakah Nabi s.a.w. Tidak Tahu Membaca Dan Menulis?
http://slidepdf.com/reader/full/adakah-nabi-saw-tidak-tahu-membaca-dan-menulis 2/23
عع ععا ا عع أ ععس و يعع ى ل عع ل س ا ها ا أ لو ل ل ا كا أ ما أا ة ث ث ا ا ل د ك و ها ا م ا ا ععا ل ذ ر خ ر ي ر ح ا ط ر ر خ ذ آ ه ل ل ا
نا ا نا ا ا و ب نا ج ا و ر
Ishaq bin Ibrahim al-Hanzoli dan Ahmad bin Janab al-Mishshishiy, semuanya meriwayatkan
daripada Isa bin Yunus dan lafaz hadits adalah melalui Ishaq, katanya: ‘Isa bin Yunus telah
menceritakan kepada kami, katanya: Zakariyyaa` telah menceritakan kepada kami daripada Abi
Ishaq daripada al-Baraa`, beliau berkata: “Apabila Nabi s.a.w. terhalang daripada pergi ke
Baitillah, penduduk Mekah tellah berdamai dengan Rasulullah s.a.w. dengan perjanjian Nabi
s.a.w. akan dapat memasukinya dan berada di sana selama tiga hari/malam dan Nabi s.a.w.
tidak boleh memasukinya dalam keadan pedang bersarung dan Nabi s.a.w. tidak boleh
mengeluarkan sesiapa bersamanya dari kalangan penduduk Mekah dan Nabi s.a.w. tidak boleh
menghalang sesiapa yang duduk di Mekah dari kalangan orang Islam. Nabi s.a.w. berkata
kepada ‘Ali: “Tulis syarat itu1. Bismillahirrahmanirrahim. Ini apa yang dipersetujui dan diputuskan
oleh Muhammad Rasulullah.” Ketika itu orang-orang Musyrikun berkata: “Kalau kami
yakin/percaya tentu kami telah mengikutmu tetapi engkau tulislah Muhammad bin ‘Abdullah.”
Maka Nabi s.a.w. menyuruh ‘Ali menghapuskannya/memadamkannya.” Maka ‘Ali berkata: “Tidak.
Demi Allah! Aku tidak akan memadamkannya.” Ketika itulah Rasulullah s.a.w. bersabda:
“Tunjukkan kepadaku tempat itu.” ‘Ali pun menunjukkan tempatnya dan Nabi s.a.w. pun
menghapuskannya/menghilangkannya/memadamnya dan menulis2 ‘Ibnu ‘Abdillah’3. Kemudian4
Nabi s.a.w. berada di Mekah selama tiga hari. Apabila tiba hari yang ketiga. Penduduk Mekah
berkata kepada ‘Ali: “Ini adalah hari yang terakhir mengikut perjanjian sahabatmu, suruh lah dia
supaya dia keluar.” Maka ‘Ali pun menceritakan kepada Nabi s.a.w. apa yang dikatakan oleh
penduduk Mekah itu. Nabi s.a.w. pun berkata: “Baiklah,” lalu Baginda s.a.w. pun keluar. Ibnu
Janab dalam riwayatnya berkata ‘ نا ا ’ di tempat ‘ نا ا ’(nescaya kami telah berbai`ah
kepadamu).
[ Riwayat Muslim ]
1 Ya`ni sebagai syarat yang dipersetujui dalam perjanjian2 Inilah yang menjadi dalil kepada golongan yang berpendapat Nabi s.a.w. boleh membaca dan menulisselepas kenabiannya.3 Ya`ni sebagai gantian di tempat ‘Rasulullah’4 Ya`ni pada tahun berikutnya iaitu pada tahun ketujuh dinamakan tahun Umratul Qada`
8/14/2019 Adakah Nabi s.a.w. Tidak Tahu Membaca Dan Menulis?
http://slidepdf.com/reader/full/adakah-nabi-saw-tidak-tahu-membaca-dan-menulis 3/23
8/14/2019 Adakah Nabi s.a.w. Tidak Tahu Membaca Dan Menulis?
http://slidepdf.com/reader/full/adakah-nabi-saw-tidak-tahu-membaca-dan-menulis 4/23
Kebanyakan ulamak berpendapat demikian dan mereka mengatakan bahawa pendapat golongan
yang kedua terbatal kerana Allah telah mensifatkan Nabi s.a.w sebagai Nabi yang ummi dengan
firman Allah:
م ل ب ا إ ن مي ي و ب ا ك ت ن ك ا و
Maksudnya: Dan engkau (Wahai Muhammad) tidak pernah tahu membaca sesebuah Kitab pun
sebelumnya dan tidak pula tahu menulisnya dengan tangan kananmu; (Kalaulah engkau dahulu
pandai membaca dan menulis) tentulah ada alasan bagi orang-orang kafir yang menentangmu
akan merasa ragu-ragu (tentang kebenaranmu). [Al-‘Ankabut:48]
Dan sabda Nabi s.a.w:
و ةيأ ةأ اإ
Sesungguhnya kita adalah ummat Ummi, tidak boleh menulis dan menghitung [Riwayat Bukhari
dan Muslim]
Mereka berpendapat ‘menulis’ bermakna: Nabi s.a.w menyuruh supaya ditulis seperti juga dalam
hadits lain: Nabi s.a.w merejam Ma`iz bermakna Nabi s.a.w menyuruh orang merejam Ma’iz dan
begitu juga dengan memotong tangan pencuri dan menyebat peminum arak bukanlah bermaknaNabi melakukannya sendiri tetapi Nabi s.a.w menyuruh orang lain bermakna ia dipakai dengan
erti majaz bukan hakikat.
Hujjah Golongan Kedua
Mereka berpegang dengan hadits yang lain:
ل د دم ك ن ىلا ل ض ل ا
Maka Nabi s.a.w berkata kepada ‘Ali r.a.: “Tuliskan Muhammad bin ‘Abdillah”.
Perintah dalam riwayat ini ditujukan kepada Saidina ‘Ali maka dengan sebab itu mereka
mengatakan ‘Ali yang menulis.
8/14/2019 Adakah Nabi s.a.w. Tidak Tahu Membaca Dan Menulis?
http://slidepdf.com/reader/full/adakah-nabi-saw-tidak-tahu-membaca-dan-menulis 5/23
Jawapan Dari Golongan Pertama
Qadhi ‘Iyad berkata: Golongan pertama (iaitu golongan yang berpendapat Nabi s.a.w bolehmenulis, membaca dan mengira) menjawab begini:
Memang Baginda tidak tahu membaca dan tidak tahu menulis sebelum Allah s.w.t
mengajarkannya kerana Allah s.w.t berfirman: (bermaksud) sebelumnya iaitu sebelum
diutuskan sebagai Nabi.
Ya`ni kita tidak mengatakan sejak dari awal lagi dia pandai membaca dan menulis. Ini bermakna
sehinggalah Nabi s.a.w berumur 40 tahun Baginda di maklumi sebagai orang yang tidak boleh
membaca dan menulis tetapi ini bukanlah bermakna untuk sepanjang hidupnya bahkan selepas
berumur 40 tahun Baginda boleh menulis dengan tiba-tiba dan bukannya dengan pembelajaran
dan inilah yang dikatakan mukjizat.
Sepertimana boleh dikatakan dia membaca maka boleh juga dikatakan dia boleh menulis dan ini
tidak merobohkan kedudukan Baginda yang tidak boleh membaca dan menulis kerana mukjizat
bukan terletak kepada tidak boleh membaca dan menulis semata-mata
Qadi ‘Iyad berkata: Golongan pertama (yang berpendapat Nabi s.a.w. boleh menulis dan
membaca selepas kenabian) inilah yang zahir daripada hadits. dalam hadits ada menyebut:
‘ أ و ’
“..dia tidak tahu menulis tetapi dia menulis.” [riwayat Bukhari]
Ini adalah nash yang terang menunjukkan Nabi s.a.w. boleh menulis kerana sudah dimaklumi
bahawa ‘Ali boleh menulis dan ini tidak membawa apa-apa makna yang pelik jika dikatakan yang
menulis itu adalah ‘Ali dan bukan Baginda s.a.w.
Qadhi ‘Iyad berkata: Mengelakkan diri daripada ini kepada yang lain (daripada zahir kepada
makna yang lain) adalah majaz sedangkan tidak perlu kepada majaz.
Beberapa Penilaian Terhadap Dalil Golongan Pertama
8/14/2019 Adakah Nabi s.a.w. Tidak Tahu Membaca Dan Menulis?
http://slidepdf.com/reader/full/adakah-nabi-saw-tidak-tahu-membaca-dan-menulis 6/23
1) Daripada sini dapat kita ketahui bahawa bukan seorang dua yang berpendapat demikian
bahkan ramai dari kalangan salaf turut berpendapat bahawa Nabi s.a.w boleh membaca dan
menulis tetapi kita tidak menyokong pendapat orientalis yang mengatakan Nabi boleh membaca
dan menulis sejak awal lagi dan mendakwa kebolehannya itu sebenarnya telah dirahsiakan.
Mereka cuba mendakwa bahawa Nabi s.a.w telah lama membaca Taurat dan Injil dan oleh sebab
itulah banyak persamaan antara kandungan Taurat, Injil dan al-Quran
2) Selain itu pendapat yang mengatakan Nabi s.a.w. adalah ummi untuk sepanjang hayatnya
juga adalah suatu yang menunjukkan kekurangan Nabi s.a.w. dan kelemahan dalam Islam
3) Kalau diperhatikan dalil ayat: ب ا ك ت ن ك ا و tidak terang untuk
membuktikan Nabi itu seorang yang Ummi bahkan kalau diteliti ia sebenarnya menjadi dalil
kepada golongan pertama yang berpendapat sebaliknya.
Ini dapat dibuktikan dengan perkaitan ayat tadi dengan ayat yang lain iaitu:
عع ل و مععا و ب ا ل ا د ت ن ك ا ر ا أ حا و ي ل إ نا ي ح و أ ل ذ ك و ي ط ر لى إ د ل إ و ا ا ء شا د نا ج
Dan demikianlah Kami wahyukan kepadamu (wahai Muhammad) Al-Quran sebagai roh (yang
menghidupkan hati) dengan perintah Kami; engkau tidak pernah mengetahui (sebelum
diwahyukan kepadamu): Apakah Kitab (Al-Quran) itu dan tidak juga mengetahui apakah iman
itu; akan tetapi Kami jadikan Al-Quran: Cahaya yang menerangi, Kami beri petunjuk dengannya
sesiapa yang Kami kehendaki di antara hamba-hamba Kami dan sesungguhnya engkau (wahai
Muhammad) adalah memberi petunjuk dengan Al-Quran itu ke jalan yang lurus [ al-Syuraa:52 ]
Menilai Hadits Dari Sudut Dirayah Dan Riwayah:
و ةيأ ةأ اإ س و ي ل ى لو
Sesungguhnya kita adalah ummat Ummi , tidak boleh menulis dan menghitung [Riwayat Bukhari
dan Muslim]
8/14/2019 Adakah Nabi s.a.w. Tidak Tahu Membaca Dan Menulis?
http://slidepdf.com/reader/full/adakah-nabi-saw-tidak-tahu-membaca-dan-menulis 7/23
i. Hadits ini tidak tepat kerana bukan semua ummat Nabi s.a.w tidak boleh membaca dan
menulis
ii. Kalau dimaksudkan ‘kami’ di sini adalah para sahabat maka ia juga tidak tepat dengan
kenyataan kerana tidak semua sahabat tidak dapat membaca dan menulis bahkan ramai
dari kalangan sahabat yang pandai membaca dan menulis termasuklah Abu Bakar,
Umar, Utsman, ‘Ali dan lain-lain. Firman Allah s.w.t:
آ ا ي ن س يي ذ ل ه
Dia-lah yang telah mengutuskan dalam kalangan orang-orang (Arab) yang Ummiyyin, seorang
Rasul (Nabi Muhammad s.a.w) dari bangsa mereka sendiri, yang membacakan kepada mereka
ayat-ayat Allah (yang membuktikan keesaan Allah dan kekuasaanNya) [ Al-Jumu`ah:2 ]
Adakah mereka tidak termasuk dalam kalangan Ummiyyin ini yang diutuskan Nabi kepada
mereka? Kerana kalau dianggap Ummyyin adalah orang yang buta huruf maka tentunya mereka
tidak termasuk dalam kalangan ini kerana mereka boleh membaca dan menulis bahkan hadits:
‘ و ةيأ ةأ اإ’ yang mula-mula memasyhurkan perkataan Ummi untuk
makna ‘buta huruf’ kerana dalam al-Quran tidak ada ayat yang jelas yang menunjukkan
Ummiyyin atau Ummiyyun dengan makna ‘buta huruf’.
Padahal hadits tersebut hanya diriwayatkan oleh Aswad seorang sahaja. Kalau dikatakan hadits
ini sahih sekalipun tetapi ia hanya sekadar hadits Aahad dan kalau ia bercanggah atau tidak
tepat dengan istilah al-Quran maka ia tidak boleh dipakai. Apalagi jika bercanggah dengan
hadits-hadits sahih lain.
ععث ثيعع ث ععن ذ عع ه و ذ عع ه و ذ عع ه ر ل ش س و ي ل ى ل ن ا
ر ش و ا ن ذ ه و ذ ه و ذ ه و ا
Nabi s.a.w bersabda: Bulan itu ada kalanya begini, begini, begini iaitu tiga puluh hari kemudian
Baginda bersabda: begini, begini dan begini iaitu dua puluh sembilan hari. [Riwayat Bukhari]
Dalam hadits ini Nabi s.a.w. menjelaskan kepada ummatnya bilangan hari dalam sebulan sambil
mengisyaratkan dengan tangannya. Bagaimana Nabi s.a.w. dikatakan tidak pandai menghitung
dalam keadaan dia boleh menjelaskan bilangan hari dengan menggunakan tangannya.
8/14/2019 Adakah Nabi s.a.w. Tidak Tahu Membaca Dan Menulis?
http://slidepdf.com/reader/full/adakah-nabi-saw-tidak-tahu-membaca-dan-menulis 8/23
Ada banyak ayat al-Quran menjelaskan tentang perutusan Rasul, antaranya:
ب ا ل م و كي و نا آ ا ي ن س ي نا س أ ما ك
م ل ا م و ة م ل و
(Nikmat berkiblatkan Kaabah yang Kami berikan kepada kamu itu), samalah seperti (nikmat)
Kami mengutuskan kepada kamu seorang Rasul dari kalangan kamu (iaitu Muhammad), yang
membacakan ayat-ayat Kami kepada kamu, dan membersihkan kamu (dari amalan syirik dan
maksiat), dan yang mengajarkan kamu kandungan Kitab (Al-Quran) serta hikmat kebijaksanaan,
dan mengajarkan kamu apa yang belum kamu ketahui. [Al-Baqarah:151]
Dan Firman Allah s.w.t:
م و كي و آ ا ي ن س يي ذ ل ه ي ض ف ل كا إ و ة م ل و ب ا ل
Dia lah yang telah mengutuskan dalam kalangan orang-orang (Arab) yang Ummiyyin, seorang
Rasul (Nabi Muhammad s.a.w) dari bangsa mereka sendiri, yang membacakan kepada mereka
ayat-ayat Allah (yang membuktikan keesaan Allah dan kekuasaanNya), dan membersihkan
mereka (dari iktiqad yang sesat), serta mengajarkan mereka Kitab Allah (Al-Quran) dan Hikmah
(pengetahuan yang mendalam mengenai hukum-hukum syara ). dan Sesungguhnya mereka
sebelum (kedatangan Nabi Muhammad) itu adalah dalam kesesatan yang nyata. [Al-Jumuah:2]
Dan firman-Nya lagi:
آ ععا عع ي ف أ س ي إ ني ؤ م ل ى ل د ل
ي
ض ف ل
كا إو
ة م ل و
ب ا ل
م و
كي و
Sesungguhnya Allah telah mengurniakan (rahmat-Nya) kepada orang-orang yang beriman,
setelah ia mengutuskan dalam kalangan mereka seorang Rasul dari bangsa mereka sendiri,
yang membacakan kepada mereka ayat-ayat Allah (kandungan Al-Quran yang membuktikan
keesaan Allah dan kekuasaan-Nya), dan membersihkan mereka (dari iktiqad yang sesat), serta
mengajar mereka Kitab Allah (Al-Quran) dan Hikmah (pengetahuan yang mendalam mengenai
8/14/2019 Adakah Nabi s.a.w. Tidak Tahu Membaca Dan Menulis?
http://slidepdf.com/reader/full/adakah-nabi-saw-tidak-tahu-membaca-dan-menulis 9/23
hukum-hukum syari`at). dan Sesungguhnya mereka sebelum (kedatangan Nabi Muhammad) itu
adalah dalam kesesatan yang nyata. [Aali-Imran:164]
Dan banyak lagi ayat yang membuktikan kedatangan Rasul sebagai mengajar dan memberi
penjelasan tentang kepada ummatnya dan bagaimana pula dia hendak menjelaskan jika dia
sendiri tidak tahu tentang kitab itu sendiri?
Dalil-dalil bahawa Rasulullah s.a.w. boleh mengira
Dan dalam al-Quran ada menyebutkan banyak tentang bilangan dan angka. Sekiranya Nabi
s.a.w. tidak tahu menghitung maka bagaimana pula Baginda hendak menjelaskannya? Misalnya:
ل ه د ح أ
Katakanlah (Wahai Muhammad): "(Tuhanku) ialah Allah yang Maha Esa (Satu atau Tunggal);
[ Al-Ikhlas:1 ]
ف خ د ح و ا ل أ و ا ج و ز ا ن ج ث ة ي ما ث
و ز أ
Dia menciptakan kamu dari diri yang satu (Adam), kemudian ia menjadikan daripadanya -
isterinya (Hawa); dan ia mengadakan untuk kamu binatang-binatang ternak lapan ekor: (empat)
pasangan (jantan dan betina). [ Al-Zumar : 6 ]
Contoh angka dalam bentuk muannats (kata nama untuk perempuan) :
ل ك د إ دو ح إ ي ف ئ ا ل
Dan (ingatlah) ketika Allah menjanjikan kepada kamu salah satu dari dua angkatan [ Al-Anfaal:7 ]
Contoh angka dalam bentuk muzakkar :
نا ث ن د و
8/14/2019 Adakah Nabi s.a.w. Tidak Tahu Membaca Dan Menulis?
http://slidepdf.com/reader/full/adakah-nabi-saw-tidak-tahu-membaca-dan-menulis 10/23
Dua orang yang adil di antara kamu [ Al-Ma`idah:106 ]
Contoh angka yang sama dalam bentuk muannats:
ا كا ي ن ث Jika ada dua orang perempuan [ Al-Nisaa`:176 ]
Adakah Nabi s.a.w. memang tidak pandai menghitung? Kalau tidak tentu Baginda tidak akan
faham sebab-sebab penggunaan angka ini, samada muzakkar atau muannatsnya.
Dan firman-Nya lagi:
ف ص ر ا م ل وة ث روءث Dan isteri-isteri yang diceraikan itu hendaklah menunggu dengan menahan diri mereka (dari
berkahwin) selama tiga kali suci (dari haid) [ Al-Baqarah:228 ]
ما ق خ د ا خ ا أ ث ل ل ل ر ص ى ه إ ل إ م ل
Dia menciptakan kamu dalam kandungan ibu kamu (berperingkat-peringkat) dari satu kejadian ke
satu kejadian. dalam tiga suasana yang gelap-gelita. yang demikian (kekuasaanNya) ialah Allah
Tuhan kamu; bagiNyalah kekuasaan yang mutlak; tiada Tuhan melainkan dia; oleh itu
Bagaimana kamu dapat dipesongkan (dari mematuhi perintahNya)? [ Az-Zumar:6 ]
Dan bagaimana pula Baginda s.a.w. akan menerangkan perbezaan antara keduanya kalau
sekiranya ada orang bertanya.
Contoh bilangan mengikut tertib/urutan (‘adad tartibi):
ة ث ث ل ي س ة م خ ل و ك س سا ي غ ل ا ما ج ك ة س ل ن و ثا و ك
8/14/2019 Adakah Nabi s.a.w. Tidak Tahu Membaca Dan Menulis?
http://slidepdf.com/reader/full/adakah-nabi-saw-tidak-tahu-membaca-dan-menulis 11/23
(Sebahagian dari) mereka akan berkata: "Bilangan Ashaabul Kahfi itu tiga orang, yang
keempatnya ialah anjing mereka "; dan setengahnya pula berkata:"Bilangan mereka lima orang,
yang keenamnya ialah anjing mereka" - secara meraba-raba dalam gelap akan sesuatu yang
tidak diketahui; dan setengahnya yang lain berkata: "Bilangan mereka tujuh orang, dan yang
kelapannya ialah anjing mereka". [ al-Kahfi : 22 ]
أ أ د أ إ دا ح ر إ ج أ ى ي ها ن ما ث ح
Bapa perempuan itu berkata (kepada Musa): "Aku hendak mengahwinkanmu dengan salah
seorang dari dua anak perempuanku ini, dengan syarat Bahawa Engkau bekerja denganku
selama lapan tahun [ Al-Qashash : 27 ]
ة ي ما ث ل و ز أ ي ن ث م ل و ي ن ث
(Binatang ternak itu) lapan ekor - (empat) pasangan; dari kambing biri-biri dua ekor (sepasang
jantan betina), dan dari kambing biasa dua ekor (sepasang jantan betina). [ Al-An`aam : 143 ]
Contoh ‘Adad dalam bentuk tamyiz 6 :
ف ك ل ةو وث ز و ني س ا
Dan mereka telah tinggal tidur dalam gua mereka: tiga ratus tahun dengan kiraan ahli Kitab), dan
sembilan lagi (dengan kiraan kamu). [ Al-Kahfi : 25 ]
ن نا و ئي ر س إ ن ا ي ل ذ خ أ د ل ر و ش ن ث ا ي
Dan demi sesungguhnya! Allah telah mengambil perjanjian setia Bani Israil (supaya mereka
menjunjung perintah-Nya dan menjauhi larangan-Nya), dan Kami telah utuskan dari kalanganmereka dua belas ketua (untuk memimpin golongan masing-masing) [ Al-Ma`idah : 12 ]
ة ن ل ا ء جا رش ل ا اأ
6 Tamyiz: Kata nama yang disebutkan untuk menjelaskan sesuatu yang tidak jelas (at-Tuhfah as-Saniyyah-
Syarah al-Tsamaraat al-Janiyyah – Abd al-Wasif Muhammad) hal.126
8/14/2019 Adakah Nabi s.a.w. Tidak Tahu Membaca Dan Menulis?
http://slidepdf.com/reader/full/adakah-nabi-saw-tidak-tahu-membaca-dan-menulis 12/23
Sesiapa yang membawa amal kebaikan (pada hari kiamat), maka baginya (balasan) sepuluh kali
ganda (dari kebaikan) yang sama dengannya. [ Al-An`aam : 160 ]
ل د ن ش ل د ناإ ث رش و ما ل ق خ ل ب ا ك ر ا ن وة أ ر ح
Sesungguhnya bilangan bulan-bulan di sisi (hukum) Allah ialah dua belas bulan, (yang telah
ditetapkan) dalam Kitab Allah semasa ia menciptakan langit dan bumi, di antaranya empat bulan
yang dihormati. [ At-Taubah : 36 ]
ر ( ف ل و۱ يا ل و ر ) ش )٢(Demi waktu fajar. Dan malam yang sepuluh (yang mempunyai kelebihan di sisi Allah) [ Al-Fajr :
1-2 ]
ت أ إ ت أ ا ي س ا دإ ح أ شر أ ر م ل و م ول ش ا ك ك د ج سا ل
(Ingatlah peristiwa) ketika Nabi Yusuf berkata kepada bapanya: "Wahai ayahku! Sesungguhnya
Aku mimpi melihat sebelas bintang dan matahari serta bulan; Aku melihat mereka tunduk
memberi hormat kepadaku". [ Yusuf : 4 ]
ا ي ة رش
Pengawal dan penjaganya adalah sembilan belas (malaikat). [ Al-Muddassir : 30 ]
Contoh angka dengan makna berganda:
ء ا ل ن ل ب ا ا ا ى ا ي ل أ ف خ إ نىو و و ث ا
8/14/2019 Adakah Nabi s.a.w. Tidak Tahu Membaca Dan Menulis?
http://slidepdf.com/reader/full/adakah-nabi-saw-tidak-tahu-membaca-dan-menulis 13/23
Dan jika kamu takut tidak berlaku adil terhadap perempuan-perempuan yatim (apabila kamu
berkahwin dengan mereka), maka berkahwinlah dengan sesiapa yang kamu berkenan dari
perempuan-perempuan (lain): dua-dua, tiga-tiga atau empat-empat. [ An-Nisaa` : 3 ]
ل أ
د ح ظ أ
ما إ ىن Katakanlah (Wahai Muhammad): "Aku hanyalah mengajar dan menasihati kamu dengan satu
perkara sahaja, iaitu: hendaklah kamu bersungguh-sungguh berusaha mencari kebenaran
kerana Allah semata-mata, sama ada dengan cara berdua (dengan orang lain) [ Saba` : 46 ]
ة ن ج أ ل وأ س ة ئ م ل جا و و ما ر ل ا ل د م ل ىن و ث و ا
Segala puji tertentu bagi Allah yang menciptakan langit dan bumi, yang menjadikan malaikat
utusan-utusan yang bersayap: dua, tiga dan empat [ Fatir : 1 ]
Contoh angka pecahan:
يعع ن ث عع ععاء ععك ي ي ح ر ك ل ذ ك و أ ل ي
ا ععاث د حعع و ت كععا إ و ر ا صعع مععال ن ن د حعع و عع ل عع
و د ل أ ث و و د ل و ل ل د ل و ل كا إ ر ما عع ل خ إ ل كا د ل
Allah perintahkan kamu mengenai (pembahagian harta pusaka untuk) anak-anak kamu, Iaitu
bahagian seorang anak lelaki menyamai bahagian dua orang anak perempuan. tetapi jika anak-
anak perempuan itu lebih dari dua, maka bahagian mereka ialah dua pertiga dari harta yang
ditinggalkan oleh si mati. dan jika anak perempuan itu seorang sahaja, maka bahagiannya ialah
satu perdua (separuh) harta itu. dan bagi ibu bapa (si mati), tiap-tiap seorang dari keduanya: satu
perenam dari harta yang ditinggalkan oleh si mati, jika si mati itu mempunyai anak. tetapi jika si
mati tidak mempunyai anak, sedang yang mewarisinya hanyalah kedua ibu bapanya, maka
bahagian ibunya ialah satu pertiga. kalau pula si mati itu mempunyai beberapa orang saudara
(adik-beradik), maka bahagian ibunya ialah satu perenam. [ An-Nisaa` : 11 ]
8/14/2019 Adakah Nabi s.a.w. Tidak Tahu Membaca Dan Menulis?
http://slidepdf.com/reader/full/adakah-nabi-saw-tidak-tahu-membaca-dan-menulis 14/23
و ل ص ع د لع و ع ل كعا ع د لع و ع ل ل إ ج و ز أ ر ا ر ل و ل و أ ا ي ة ي و د ك ر ما ر ل ل إ ك ر ما
د ل و ل كا د ل و ل م ل عع ة ي و د ك ر ما
د حعع و عع ت خعع أ و أ أ لعع و أ ر عع و أ ة لعع ك ج كا إ و و أ ا ما ن د ل ء كا ر ل ر ك أ كا ةل عع ي و د عع عع
ي ح ي لو ل ة ي و ا ر ي و أ ا ى Dan bagi kamu satu perdua dari harta yang ditinggalkan oleh isteri-isteri kamu jika mereka tidak
mempunyai anak. tetapi jika mereka mempunyai anak maka kamu beroleh satu perempat dari
harta yang mereka tinggalkan, sesudah ditunaikan wasiat yang mereka wasiatkan dan sesudah
dibayarkan hutangnya. dan bagi mereka (isteri-isteri) pula satu perempat dari harta yang kamu
tinggalkan, jika kamu tidak mempunyai anak. tetapi kalau kamu mempunyai anak maka bahagian
mereka (isteri-isteri kamu) ialah satu perlapan dari harta yang kamu tinggalkan, sesudah
ditunaikan wasiat yang kamu wasiatkan, dan sesudah dibayarkan hutang kamu. dan jika si mati
yang diwarisi itu, lelaki atau perempuan, yang tidak meninggalkan anak atau bapa, dan ada
meninggalkan seorang saudara lelaki (seibu) atau saudara perempuan (seibu) maka bagi tiap-
tiap seorang dari keduanya ialah satu perenam. kalau pula mereka (saudara-saudara yang seibu
itu) lebih dari seorang, maka mereka bersekutu pada satu pertiga (dengan mendapat sama
banyak lelaki dengan perempuan), sesudah ditunaikan wasiat yang diwasiatkan oleh si mati, dan
sesudah dibayarkan hutangnya; wasiat-wasiat yang tersebut hendaknya tidak mendatangkan
mudarat (kepada waris-waris). (Tiap-tiap satu hukum itu) ialah ketetapan dari Allah. dan
(ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Penyabar. [ An-Nisaa` : 12 ]
Bagaimana Rasulullah s.a.w. akan faham dan membahagikan jika datang satu kes kepadanya
jika benar baginda tidak pandai menghitung dan bagaimana pula dia akan mengajarkan kaedah
membahagikan pesaka sedangkan Baginda sendiri tidak tahu mengenainya? Adakah logik
sahabat-sahabat lebih tahu tentang ini semua sedang Nabi yang membawa dan
memperkenalkannya kepada mereka. Dan firman-Nya:
عع ن عع إ ععا ل ىعع ني ؤ معع ل ح ر ا ل ن أ
روا شعع رو ععا غ ي ئ ا ن إ و ة غ فععا ل أ عع عع ور فعع ك ذ لعع عع
ف Wahai Nabi, peransangkanlah orang-orang yang beriman itu untuk berperang. jika ada di antara
kamu dua puluh yang sabar, nescaya mereka dapat menewaskan dua ratus orang (dari pihak
musuh yang kafir itu); dan jika ada di antara kamu seratus orang, nescaya mereka dapat
8/14/2019 Adakah Nabi s.a.w. Tidak Tahu Membaca Dan Menulis?
http://slidepdf.com/reader/full/adakah-nabi-saw-tidak-tahu-membaca-dan-menulis 15/23
menewaskan seribu orang dari golongan yang kafir, disebabkan mereka (yang kafir itu) orang-
orang yang tidak mengerti. [ Al-Anfaal : 65 ]
ل صععا و م ح و ها ر ك ض و و ها ر ك أ م ح ا ا ح إ د ل ا ان ي و و
ث ث و د أ إ ح ى ر ي ةأ ن س Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah
mengandungnya dengan menanggung susah payah dan telah melahirkannya dengan
menanggung susah payah. sedang tempoh mengandungnya beserta dengan tempoh
menceraikan susunya ialah dalam masa tiga puluh bulan. setelah ia besar sampai ke peringkat
dewasa yang sempurna kekuatanNya dan sampai ke peringkat umur empat puluh tahun.
[ Al-Ahqaaf : 15 ]
إ ة ن س ل أ
ي لى إ حا نا س أ
د ل يو م اخ ا Dan sesungguhnya Kami telah mengutus Nabi Nuh kepada kaumnya, maka Tinggalah ia dalam
kalangan mereka selama sembilan ratus lima puluh tahun; [ Al-‘Ankabut : 14 ]
ل م سا ما أ ي ا ر يا ص د ل م
ا ي سان ي Kemudian, sesiapa yang tidak dapat (memerdekakan hamba), maka hendaklah ia berpuasa dua
bulan berturut-turut sebelum mereka (suami isteri) itu bercampur. akhirnya sesiapa yang tidak
sanggup berpuasa, maka hendaklah ia memberi makan enam puluh orang miskin.
[ Al-Mujadalah : 4 ]
ا ة س ث س س ا ا Selain dari itu, masukkanlah Dia dalam (lingkaran) rantai besi yang ukuran panjangnya tujuh
puluh hasta, (dengan membelitkannya ke badannya)! [ Al-Haaqqah : 32 ]
ه دو ج ا ء د ة
ل ث نا ص م ل ر ذ يول ما ث د ج
Dan orang-orang yang melemparkan tuduhan (zina) kepada perempuan yang terpelihara
kehormatannya, kemudian mereka tidak membawakan empat orang saksi, maka sebatlah
mereka lapan puluh kali sebatan. [ An-Nur : 4 ]
ل خ أ ذ ه إ د ح و ة و ل ة و
8/14/2019 Adakah Nabi s.a.w. Tidak Tahu Membaca Dan Menulis?
http://slidepdf.com/reader/full/adakah-nabi-saw-tidak-tahu-membaca-dan-menulis 16/23
“Sebenarnya orang ini ialah (seorang sahabat sebagai) saudaraku; dia mempunyai sembilan
puluh sembilan ekor kambing betina dan Aku mempunyai seekor sahaja. [ Shaad : 23 ]
لى إ نا س أ ةو ل أ
دو و أ
Dan (Nabi Yunus yang tersebut kisahnya itu) Kami utuskan kepada (kaumnya yang seramai)
seratus ribu atau lebih. [ As-Shaffaat : 147 ]
Dan dakwaan tidak boleh mengira juga memasukkan kita, ummatnya yang kemudian sebagai
orang yang tidak boleh menghitung
Ada ulamak cuba menakwilkan hadits tersebut dengan mengatakan tidak boleh mengira
mengikut ilmu falak. Itu yang Nabi nafikan tetapi pendapat ini juga tidak tepat kerana pada zaman
ini sudah terbukti ramai dari kalangan ummat Islam yang pakar dalam falak sehingga terhasilnya
taqwim waktu sembahyang dan ramai juga yang menjadi pakar dan guru dalam bidang
matematik.
Dengan kerana sesetengah ulamak berkata lafaz ‘ و ةيأ ةأ اإ’ bukan
sabda Nabi s.a.w. lafaz yang dimasukkan oleh perawi. Lafaz Nabi s.a.w. hanyalah ‘ ‘ةأ اإ’أية sahaja.
Dan buta huruf itu adalah satu kekurangan walaupun hanyalah seorang tetapi jika satu ummat
digelar buta huruf maka adakah masih kita menganggap ia satu keistimewaan dan kalau ia satu
kelebihan maka kenapa tidak dibiarkan sahaja ummatnya dalam keadaan tidak tahu membaca,
menulis dan menghitung?
Dalam sebuah hadits Nabi s.a.w. juga ada mensyaratkan kepada tawanan perang yang ingin
melepaskan diri supaya mengajarkan menulis dan membaca kepada kanak-kanak. Ini
menunjukkan Nabi s.a.w. tahu ‘buta huruf’ itu satu kekurangan dan kebolehan untuk membacadan menulis adalah sebaliknya yang menjadi keperluan ummat Islam.
Kesungguhan Nabi s.a.w. menjadikannya sebagai syarat pembebasan mereka adalah bukti
bahawa inilah yang Baginda s.a.w. mahukan untuk ummatnya.
8/14/2019 Adakah Nabi s.a.w. Tidak Tahu Membaca Dan Menulis?
http://slidepdf.com/reader/full/adakah-nabi-saw-tidak-tahu-membaca-dan-menulis 17/23
Golongan Pertama Berpegang Dengan Ayat:
ل ن س ل ر ذ ل عع ل عع ه د نعع ععا ود عع ذ ل عع ر و ععا ي ل عع ل عع و ر
ن م ل
ه ا ن و رو م ل ا ه ر ي
و
ن آ ذ ال ي ت كا ل و ه ر إ ن و ئ ا ل ي ) ف م ل ه ل أو أ ذ ن ل ل و رو ص و و ١٥٧ و عع (
و و ما ل عع ل ذ ا ل مي ج ي ل إ ل س إ ا ل نا أ ا عع ل ن ل ععس و لا ن ت مي و ي ه إ ل عع إ لاعع ؤ عع ذ لعع
) دو ل و ما ك )١٥٨و
Iaitu orang-orang yang mengikut Rasulullah (Muhammad s.a.w) Nabi yang Ummi, yang merekadapati tertulis (namanya dan sifat-sifatnya) di dalam Taurat dan Injil yang ada di sisi mereka. Dia
menyuruh mereka dengan perkara-perkara yang baik dan melarang mereka daripada melakukan
perkara-perkara yang keji dan dia menghalalkan bagi mereka segala benda yang baik dan
mengharamkan kepada mereka segala benda yang buruk dan dia juga menghapuskan dari
mereka beban-beban dan belenggu-belenggu yang ada pada mereka. Maka orang-orang yang
beriman kepadanya, dan memuliakannya, juga menolongnya, serta mengikut nur (cahaya) yang
diturunkan kepadanya (Al-Quran), mereka itulah orang-orang yang berjaya. Katakanlah (wahai
Muhammad): Wahai sekalian manusia! Sesungguhnya aku adalah Pesuruh Allah kepada kamu
semuanya, (di utus oleh Allah) yang menguasai langit dan bumi, tiada Tuhan (yang berhak
disembah) melainkan Dia; yang menghidupkan dan mematikan. Oleh itu, berimanlah kamu
kepada Allah dan RasulNya, Nabi yang Ummi yang beriman kepada Allah dan Kalimah-kalimah-
Nya (Kitab-kitabNya) dan ikutilah dia, supaya kamu beroleh hidayat petunjuk ( al-A`raaf:157-158 )
Kebiasaannya Ummi ditafsir dan diterjemahkan sebagai ‘buta huruf’ sedangkan tidak semestinya
begitu bahkan sebenarnya dalam ayat ini Allah s.w.t hendak mengggambarkan kelebihan dengan
maqam madh / tsanaa` dan tidak logik untuk memuji seseorang dengan menyebut
kekurangannya.
Bermakna jelaslah Ummi di situ bukanlah bermakna buta huruf bahkan sebenarnya adalah
nisbah kepada Ummul Qura iaitu Mekah. Nabi Ibrahim dan juga Nabi Ismail pernah berdoa di
Ummul Qura supaya akan ada keturunannya yang menjadi Rasul dan ia merupakan satu
kelebihan di kalangan orang-orang Arab kerana mereka adalah anak-anak cucu Nabi Ibrahim
dan Nabi Ismail.
8/14/2019 Adakah Nabi s.a.w. Tidak Tahu Membaca Dan Menulis?
http://slidepdf.com/reader/full/adakah-nabi-saw-tidak-tahu-membaca-dan-menulis 18/23
Dalam bahasa Arab kerap menggunakan ringkasan, sebagai contoh; ‘Ubaidulah (Pengasas
kepada kerajaan Fatimiyyah) ketika mana dinisbahkan kepadanya maka orang Arab mengatakan
Ubaidiyyun dan tidak pula mengatakan Ubaidullahiyyun. Maka begitu juga dengan perkataan
Ummat apabila di nisbahkan menjadi Ummi dan Ummul Qura bemakna penduduk Mekah yang
lebih istimewa di kalangan Arab sebab mereka itu anak cucu dari keturunan Nabi Ismail yang
mana adalah hasil doa oleh Nabi Ismail dan Nabi Ibrahim di situ.
Dan orang-orang Mekah ketika mana pergi ke luar Mekah maka mereka berbangga dengan
Ummi yang menunjukkan mereka adalah orang Arab. Firman Allah s.w.t:
ذ ن ل و د ي ذ ل ص د ا نا ل أ ب ا ك ذ ه رو ل اأ ل ح و ظ ا
ى
ه و
ن ؤ ر خ ا
ن ؤ
ذ ول
Dan ini ialah Kitab (Al-Quran) yang Kami turunkan, yang mengandungi berkat (banyak faedah-
faedah dan manfaatnya), lagi mengesahkan kebenaran (Kitab-kitab Suci) yang diturunkan
sebelumnya, dan supaya Engkau memberi peringatan kepada penduduk "Ummul-Qura"
(Makkah) serta orang-orang yang tinggal di kelilingnya; dan orang-orang yang beriman kepada
hari akhirat, mereka beriman kepada Al-Quran, dan mereka tetap mengerjakan dan memelihara
sembahyangnya. [ Al-An`am:92]
Dan Firman-Nya lagi:
ذ ن ل ر يا آ ا ر ي ل إ نا ي ح و أ ل ذ ك رو ل أ م ل ذ ن و ا ل ح و ر ي ل ق ر و ة ن ل ق ر ي
Dan sebagaimana Kami tetapkan Engkau hanya penyampai, Kami wahyukan kepadamu Al-
Quran Dalam bahasa Arab, supaya Engkau memberi peringatan dan amaran kepada (penduduk)
"Ummul-Qura" dan sekalian penduduk dunia di sekelilingnya, serta memberi peringatan dan
amaran mengenai hari perhimpunan (hari kiamat) - yang tidak ada syak tentang masadatangnya; (pada hari itu) sepuak masuk syurga dan sepuak lagi masuk neraka. [ As-Syura:7]
‘Ummul-Qura dan sekalian penduduk dunia di sekelilingnya’ dalam ayat ini adalah tanah Hijaz.
8/14/2019 Adakah Nabi s.a.w. Tidak Tahu Membaca Dan Menulis?
http://slidepdf.com/reader/full/adakah-nabi-saw-tidak-tahu-membaca-dan-menulis 19/23
Atau dengan makna yang lebih tepat, ummi juga boleh dikatakan kepada orang yang tidak tahu
apa-apa tentang kitab yang diturunkan oleh Allah s.w.t ya`ni orang yang sudah putus
hubungannya dengan kitab daripada langit.
Sebab itu al-Quran juga menyebutkan orang Yahudi yang tidak tahu tentang kitab juga sebagai
Ummi : firman-Nya:
ن يو أ ن ظ إ ه إ و ا أ إ ب ا ل م
Dan di antara mereka pula ada orang-orang Ummi , mereka tidak mengetahui akan isi Kitab
Taurat selain dari penerangan-penerangan bohong (dari ketua-ketua mereka), dan mereka
hanyalah berpegang kepada sangkaan-sangkaan sahaja. [al-Baqarah:78]
Dengan itu kaum Arab yang sudah lama tidak diutuskan kepada mereka Nabi tidak digelar
dengan Ahlul Kitab berbanding Yahudi dan Nasara yang mendapat Nabi sehingga Nabi Isa a.s
iaitu Nabi sebelum diutusnya Nabi Muhammad s.a.w. manakala kaum Arab tidak ada lagi Nabi
selepas Nabi Ismail a.s. kecuali Nabi Muhammad s.a.w.
Dalam al-Quran tidak ada ayat menyebutkan dengan jelas bahawa Ummi dengan makna ‘buta
huruf’ dan ayat:
ذ ل ه يي آ ا ي ن س
Dia lah yang telah mengutuskan dalam kalangan orang-orang (Arab) yang Ummiyyin, seorang
Rasul (Nabi Muhammad s.a.w) dari bangsa mereka sendiri, yang membacakan kepada mereka
ayat-ayat Allah (yang membuktikan keesaan Allah dan kekuasaanNya) [ Al-Jumu`ah:2 ]
Adakah ayat ini tidak memasukkan Abu Bakar dan sahabat-sahabatnya yang lain yang boleh
membaca? Adakah Nabi Muhammad s.a.w. tidak diutuskan untuk mereka? Bagaimana pula
dengan ‘Abdullah bin Salam dan lain-lain yang sangat pandai tentang kitab? Ayat ini jelas
menunjukkan pertentangan dengan ayat sebelum ini jika tidak dipakai dengan makna penduduk
Mekah.
Sekiranya benar Nabi itu tidak tahu membaca dan menulis maka pastinya ramai pula dari
kalangan ahlul kitab yang mengatakan: “Buat apa kami hendak ikut Nabi yang tidak tahu apa-apa
sedangkan kami sendiri telah menjadi ahlul kitab sekian lama,” sebagai alasan untuk mengikut
8/14/2019 Adakah Nabi s.a.w. Tidak Tahu Membaca Dan Menulis?
http://slidepdf.com/reader/full/adakah-nabi-saw-tidak-tahu-membaca-dan-menulis 20/23
Nabi tetapi tidak pernah pula ada riwayat hadits maupun sirah yang menunjukkan mereka ada
mengatakan demikian.
Dan tidak ada pula ayat al-Quran maupun nukilan yang menunjukkan perkara ini menjadi
masalah kepada mereka bahkan yang menjadi masalah adalah kerana iri hati disebabkan
semangat kebangsaan mereka sebagaimana firman Allah s.w.t:
د ن د ح ك فا ما إ د و ر ل ب ا ل ه أ ر ي ك و إ ر ل ح ى ف و ف ا ق ل ل ي ا د ف أ
ر د ء ك ى ل
Banyak di antara ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani) suka kalaulah kiranya mereka dapat
mengembalikan kamu menjadi kafir setelah kamu beriman, kerana dengki yang timbul dari diri
mereka sendiri, sesudah nyata kepada mereka kebenaran (Nabi Muhammad s.a.w). oleh itu,
maafkanlah dan biarkanlah oleh kamu (akan mereka), sehingga Allah datangkan perintah-Nya.
Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu. [ Al-Baqarah:109 ]
Dan firman-Nya lagi:
ل ا و
ر ي سا
أ
لي و ك
ا
ى م
ي أ و
ر ي
Dan mereka berkata lagi: "Al-Quran itu adalah cerita-cerita dongeng orang-orang dahulu kala,
yang diminta oleh Muhammad supaya dituliskan, kemudian perkara yang ditulis itu dibacakan
kepadanya pagi dan petang (untuk dihafaznya)". [al-Furqaan:5 ]
Kebiasaannya ahli Tafsir menafsirkannya begini iaitu menterjemahkan ك dengan makna
س iaitu dengan makna ‘diminta oleh Muhammad supaya dituliskan’ padahal ada juga ahli
tafsir yang mengatakan Nabi yang tulis sendiri berdasarkan makna perkataan mengikut
spesifikasinya. Ini bermakna orang kafir tahu yang dulu memang Nabi s.a.w. tidak boleh menulis
tetapi kemudiannya Baginda menulis sendiri.
ك memberi makna takalluf dan takalluf ada dua makna, salah satunya dengan makna
susah dan yang kedua dengan makna bersungguh-sungguh dan elok-elok contohnya:
8/14/2019 Adakah Nabi s.a.w. Tidak Tahu Membaca Dan Menulis?
http://slidepdf.com/reader/full/adakah-nabi-saw-tidak-tahu-membaca-dan-menulis 21/23
مس bermaksud mendengar manakala مس bermaksud dengar dengan bersungguh-
sungguh sepertimana firman-Nya:
ر آ ل ر إ و م س ) ا م ح ر ل ص أ و ل ٢۰٤(
Dan apabila Al-Quran itu dibacakan, maka dengarlah dengan bersungguh-sungguh akan Dia
serta diamlah (dengan sebulat-bulat ingatan untuk mendengarnya), supaya kamu beroleh rahmat
[ al-A`raaf:204 ]
Dan firman-Nya:
عع ب ر ض ا ل نا أ ا م سعع ا لعع ل عع و عع د عع ذ لعع إ لعع
ضعع نعع ذو ن ا ي ب ا ذ ل إ و ل م ج ل و ا ا ب ( م ل و ل ا )٧٣ل
Wahai umat manusia, Inilah diberikan satu misal perbandingan, maka dengarlah mengenainya
dengan bersungguh-sungguh. sebenarnya mereka yang kamu seru dan sembah, yang lain dari
Allah itu, tidak sekali-kali akan dapat mencipta seekor lalat walaupun mereka berhimpun
beramai-ramai untuk membuatnya; dan jika lalat itu mengambil sesuatu dari mereka, mereka
tidak dapat mengambilnya balik daripadanya. (Kedua-duanya lemah belaka), lemah yang
meminta (dari mendapat hajatnya), dan lemah yang diminta (daripada menunaikannya) [ al-Haj:73 ]
Manakala perkataan ي ى م berasal dari perkataan إء – م – أععى yang
bermaksud menulis berdasarkan bacaan orang lain manakala kata ganti diri dalam perkataan
ي yang memberi makna kepadanya / kepada dia merujuk kepada Nabi Muhammad s.a.w. Ini
bermakna Malaikat membacakan kepada Nabi Muhammad supaya dia menuliskannya apa yang
didengarnya dan bukannya sebagaimana sesetengah tafsiran Al-Quran yang menafsirkannya
dengan makna sebagai ‘cerita-cerita dongeng orang-orang dahulu kala, yang diminta olehMuhammad supaya dituliskan, kemudian perkara yang ditulis itu dibacakan kepadanya pagi dan
petang (untuk dihafaznya)’ kerana إء tidak memberi makna mendengar dan menghafaz.
8/14/2019 Adakah Nabi s.a.w. Tidak Tahu Membaca Dan Menulis?
http://slidepdf.com/reader/full/adakah-nabi-saw-tidak-tahu-membaca-dan-menulis 22/23
Dari segi tulisan bahasa Arab biasa dengan bahasa dalam al-Quran, penggunaan huruf kadang-
kadang berbeza dan bagaimana pula Nabi s.a.w tahu yang mana satu yang dikehendaki Allah
seperti صل dalam al-Quran berbanding tulisan Arab yang biasa ditulis صل
Dengan sebab itu maka wajarlah kita katakan Nabi s.a.w. lah yang memilih dan menentukan
penggunaan huruf tersebut dalam al-Quran. Adapun sekiranya Nabi s.a.w tidak tahu maka itu
hanyalah sebelum kenabiannya tetapi bukan selepas kenabia Baginda s.a.w
Jika dipersoalkan kenapa Baginda menyuruh orang lain menulis maka itu sebenarnya sebagai
kebesaran seorang pemimpin agung sepertimana pembesar-pembesar dan raja-raja yang lain.
Mereka tidak menulis sendiri tidak menunjukkan yang mereka tidak pandai menulis.
Antara dalil lain ialah hadits ‘ustuwanah mushaf’ riwayat Muslim yang menunjukkan sahabat-
sahabat sering menyalin dari mushaf tersebut yang diletakkan di satu tiang sehingga terkenal
tiang tersebut dengan nama ‘ustuwanah mushaf’ . maka timbullah persoalan; siapakah penulis
mushaf tersebut dan kenapakah mushaf tersebut sahaja yang paling penting sehingga dijaga dan
disalin sedemikian rupa?
Kesimpulan
Maka dari sini dapat kita simpulkan bahawa antara sebab utama kita tidak menerima ummi
dengan makna buta huruf ialah:
I. Dalil ummi yang tidak jelas dalam al-Quran menunjukkan ianya bermakna ‘buta huruf’
II. Percanggahan antara hadits dengan hadits dan hadits dengan al-Quran
Dalil yang tidak jelas dan tidak kuat tidak boleh menjadi pegangan apatah lagi untuk menjadi
akidah manakala percanggahan pula membawa kepada keraguan seterusnya memberi imej dan
gambaran yang tidak jelas tentang ajaran Islam itu sendiri. Tambahan pula perkara ini
membabitkan kesucian dan kehormatan Nabi s.a.w. dan sahabat-sahabatnya yang mana wajibuntuk kita memelihara dan mempertahankannya. Atas dasar ini, sebagai ummat Islam yang
bertanggungjawab terhadap agamanya maka kita wajib mengelakkan diri kita dari keraguan yang
boleh menjebakkan kita ke dalam kesesatan. أ لو
8/14/2019 Adakah Nabi s.a.w. Tidak Tahu Membaca Dan Menulis?
http://slidepdf.com/reader/full/adakah-nabi-saw-tidak-tahu-membaca-dan-menulis 23/23
Di saring dari kuliah Maulana Asri Yusuf – Sahih Muslim Kitab Jihad Sesi 16 280508 Bab
Perjanjian Damai Hudaibiah bertempat di Masjid Langgar untuk www.darulkautsar.net
Sumber: http://www.darulkautsar.net/article.php?ArticleID=1493
top related