113514975 sistem saluran dan peredaran darah
Post on 16-Jan-2016
66 Views
Preview:
DESCRIPTION
TRANSCRIPT
KUMPULAN 3:AJEERAH YAHYA
FATEHAH ZULKIFLINUR FADHILAH ABDULLAH
SISTEM SALURAN DAN PEREDARAN DARAH
ALIRAN DARAH DALAM JANTUNGVenakava membawa darah yang
mengandungi karbon dioksida ke atrium kanan.
Apabila atrium kanan menguncup, darah masuk ke ventrikal kanan melalui injap trikuspid.
Penguncupan ventrikal menolak darah melalui injap pulmonari ke dalam arteri pulmonari dan seterusnya ke paru-paru.
Pertukaran oksigen dan karbon dioksida berlaku di paru-paru.
Seterusnya darah mengalir melalui vena pulmonari ke atrium kiri.
Apabila atrium kiri menguncup, darah akan melalui injap mitral (bikuspid) masuk ke ventrikal kiri.
Dari ventrikal kiri darah mengalir melalui injap aorta ke salur aorta untuk dihantar ke seluruh tubuh.
SALURAN DARAHTerdapat 3 jenis salur darah utama:
ArteriVenaKapilari
Dinding salur darah arteri dan vena terbentuk oleh tiga lapisanTunica extema(lapisan luar)Tunica media (lapisan tengah)Tunica intima (lapisan dalam)
ARTERISalur darah yang membawa darah keluar
dari jantung ke bahagian-bahagian lain badan.
Dinding arteri tebal, berotot dan elastik supaya boleh tahan tekanan darah yang tinggi disebabkan oleh denyutan jantung.
Arteri bercabang dan membentuk arteriol.Semua arteri membawa darah beroksigen
kecuali arteri pulmonari.
ARTERI UTAMA
VENASalur darah yang membawa darah ke
jantung dan bahagian-bahagian lain badan.Vena mempunyai dinding yang nipis dan
saluran yang lebih besar jika dibandingkan dengan arteri.
Darah yang berada dalam vena berada dalam tekanan yang rendah dan oleh itu, dinding yang tebal tidak diperlukan.
Vena dilengkapi dengan injap-injap yang menentukan darah mengalir hanya dalam satu arah sahaja, iaitu ke jantung. Injap-injap ini akan tertutup jika darah mengalir ke belakang dalam alirannya.
Vena yang terkecil dinamakan venul.Semua vena membawa darah tidak
beroksigen kecuali vena pulmonari.
VENA UTAMA
KAPILARI DARAHMerupakan saluran darah yang terkecil
sekali.Kapilari darah menghubungkan arteriol
kepada venul.Dinding kapilari darah hanya setebal satu
sel.Dindingnya yang nipis serta telap
memudahkan resapan bahan-bahan antara darah dan tisu-tisu berlaku dengan cepat.
PEREDARAN DARAHsatu sistem yang penting dalam tunuh
badan. Sistem ini mengedarkan darah bermula daripada jantung ke seluruh tubuh badan dan masuk ke jantung semula.
Sistem peredaran darah juga dikenali sebagai sistem peredaran tertutup kerana darah mengalir di dalam salur darah yang tertutup.
Fungsi asas peredaran darah ialah menyampaikan zat-zat makanan dan oksigen kepada sel-sel di dalam badan dan mengeluarkan karbon dioksida dan bahan yang tidak dikehendaki dari sel.
Sistem darah manusia terdiri daripada dua jenis iaitu peredaran pulmonari dan sistemik.
PEREDARAN SISTEMIK◦Atrium kiri menerima darah beroksigen daripada paru-paru.
◦Ventrikel kiri mengepam darah tersebut ke seluruh tubuh melalui aorta
◦Oksigen dibekalkan kepada tisu-tisu tubuh dan karbon dioksida diangkut keluar.
PEREDARAN PULMONARI
◦ Atrium kanan menerima darah daripada tisu-tisu badan.
◦ Ventrikel kanan mengepam darah tersebut ke paru-paru melalui batang pulmonari
◦ Di paru-paru, darah mengambil oksigen dan melepaskan karbon dioksida.
KITARAN SISTEMIK DAN PULMONARI
TEKANAN DARAH SISTOLIK DAN HISTOLIKSalah satu komponen kecergasan fizikal
berlandaskan kesihatan ialah daya tahan kardiovaskular. daya tahan kardiovaskular sangat berkait rapat dengan jantung, paru-paru dan salur darah.
Selepas menjalani program latihan kardiovaskular selama 8 hingga 12 minggu secara berterusan, bacaan kadar nadi rehat akan turun. ini berkaitan dengan tekanan darah di jantung.
TEKANAN DARAH SISTOLIKTerhasil apabila berlaku penguncupan
ventrikel kiri jantung. Semasa rehat, purata tekanan ialah 120/70 mmHg. Kedaaan ini menggambarkan keadaan jantung yang berkerja atau tekanan darah pada dinding arteri.
TEKANAN DARAH DIASTOLIKMerupakan tekanan darah semasa jantung
rehat antara dua degupan. Purata bacaannya ialah 70/80 mmHg. Keadaan ini menggambarkan keefisienan darah mengalir dari arteriol ke kapilari darah.
KitaranKardiak
Kitaran kardiak merujuk kepada satu degupan jantung yang lengkap
Darah mengalir masuk ke dalam jantung dan dipam keluar dengan satu turutan koordinasi pengecutan otot-otot jantung.
.
Distolik Atria dan VentrikularAtrium dan ventrikel rehat
(distol)Darah mengalir daripada
atrium ka dalam ventrikalInjap AV terbukaInjap semilunar tertutup
Kitaran Kardiak
Sistolik ArtrialKedua-dua atrium
menguncup (sistol) secara serentak memaksa darah masuk ke dalam ventrikel.
Injap AV terbukaInjap semilunar
tertutup
Kitaran Kardiak
Sistolik VentrikularKedua-dua ventrikel menguncup (sistol)
secara serentak memaksa darah mengalir ke dalam batang pulmonari dan aorta.
Injap AV tertutupInjap semilunar terbuka
Kitaran Kardiak
top related