-soalan-latihan-mte-3112-q 2
Post on 24-Nov-2015
56 Views
Preview:
TRANSCRIPT
MTE 3112 : Amalan Pentaksiran Dalam Matematik
MTE 3112 : Amalan Pentaksiran Dalam Matematik
Soalan Latihan
Contoh 1:
BAHAGIAN A
(20 markah)
Jawab semua soalan
1.Tujuan utama pengukuran dalam bilik darjah ialah
Amemilih murid dalam jurusan tertentu
Bmemperbaiki aktiviti pengajaran dan pembelajaran
Cmenentukan peringkat pencapaian dan kedudukan murid
Dmemberi pensijilan kepada murid dalam sesuatu peperiksaan
2.Penilaian membawa maksud
Aproses mentafsir keputusan
Bproses mengumpul maklumat
Cproses menentukan pencapaian murid
Dproses menentukan perubahan tingkah laku
3.Kegunaan ujian rujukan kriteria ialah
Iuntuk penilaian formatif
IIuntuk peperiksaan awam
IIIuntuk membezakan pencapaian antara murid
IVuntuk menguji penguasaan sebahagian kecil isi kandungan
AI dan III
BI dan IV
CII, dan IV
DII , III dan IV
4.Jadual 1 menunjukkan hirarki kognitif dan kata kunci yang relevan dengan hirarki yang dinyatakan.
Hirarki KognitifKata Kunci
X
Menggunakan maklumat dalam situasi yang baru, termasuk menyelesaikan masalah menggunakan prinsip, kaedah, hukum,teori, formulaselesaikan,
ramalkan, cari,
kesilapan, bina alat.
Y
Membuat pertimbangan termasuk memberi rasional atas alasan dalaman atau luaran, mentafsir dan mengkritikpilih, berikan
alasan, kritikan, buktikan
Apakah hirarki kognitif yang ditunjukkan oleh X dan Y masing-masing ?
ASintesis dan analisis
BAplikasi dan penilaian
CPenilaian dan sintesis
DPengetahuan dan pemahaman
5.Penilaian sumatif merupakan suatu ujian untuk
Amengenal pasti kelemahan murid
Bmemberi pemeringkatan gred kepada murid
Cmembetulkan kelemahan dengan serta merta
Dmengesan penguasaan murid dalam sesuatu tempoh masa singkat
6.Suatu ujian digubal berdasarkan tajuk atau topik yang telah diajar oleh guru
Ciri tersebut menepati salah satu prinsip pembinaan item ujian iaitu
Akesahan
Bkeobjektifan
Ckebolehtadbiran
Dkebolehpercayaan
7.
Apakah jenis ujian yang dimaksudkan di sini ?
AUjian prestasi
BUjian diagnostik
CUjian kecerdasan
DUjian saringan
8.Jadual Spesifikasi Ujian (JSU) yang dibina dengan baik akan membantu penggubal kertas ujian dalam pembinaan item atau soalan ujian. Apakah maklumat yang terkandung dalam JSU ?
IObjektif penilaian
IIBilangan item mengikut konteks
IIITajuk pengajaran yang akan diuji
IVPengetahuan dan kemahiran yang perlu diuji
AI dan III
BII dan IV
CI, II dan III
DII, III dan IV
9.Ujian diagnostik adalah ujian yang penting dalam Program Pendidikan Pemulihan Khas. Antara berikut, yang manakah merupakan fungsi ujian diagnostik?
IMenilai peringkat pencapaian murid
IIMembantu guru merancang satu program pengajaran yang khusus
IIIMemberikan anugerah dan pengiktirafan kepada murid yang layakIVMembantu mengesan kawasan-kawasan kelemahan dan kekuatan yang dihadapi oleh seseorang murid
AII
BI dan III
CII dan IV
DI, III dan IV
10.Dalam satu temubual dengan menggunakan kaedah analisis kesilapan Newman, seorang murid gagal menukarkan sebuah cerita kepada ayat matematik.
Masalah yang mungkin dihadapi oleh murid tersebut ialah
Akurang motivasi
Bcuai menjawab soalan
Cmelakukan kesilapan komputasi
Dkegagalan membuat transformasi
11.
ItemIndeks KesukaranIndeks Diskriminasi
I0.90.1
II0.20.4
III0.60.7
IV0.10.8
Jadual 2 menunjukkan analisis item yang dibuat terhadap empat item ujian objektif. Item manakah yang paling sesuai disimpan dalam bank item ?
AI
BII
CIII
DIV
12
Pernyataan di atas merujuk kepada masalah pembelajaran
Adisgrafia
Bdisleksia
Cdiskalkulia
Ddispraksia
13.Yang manakah di antara berikut bukan dianggap sebagai pentaksiran alternatif ?
ARefleksi
BE-portfolio
CPeperiksaan
DPemerhatian
14.Berikut adalah ciri-ciri murid yang memenuhi keperluan pendidikan khas
kecualiA kecacatan fizikal
B keadaan kesihatan
C masalah pembelajaran
D kemahiran intelek terhad
15.Aktviti-aktiviti pengayaan berikut sesuai untuk eksplorasi matematik mengikut minat dan kebolehan murid kecuali
Alatihan
Bprojek
Ctugasan
Drekreasi matematik
16.Susunkan proses perlaksanaan Program Pemulihan Khas mengikut turutan pelaksanaan yang betul.
ISaringan
IIPenyediaan Rancangan Pengajaran
IIIUjian Diagnostik dan Ujian Pengamatan
IVPencalonan dan Pengumpulan Maklumat
AI, II, III dan IV
BIII, I, IV dan II
CIV, I, III dan II
DII, I, IV dan III
17.Murid-murid disleksia memperlihatkan ciri-ciri berikut kecuali
A kesukaran mengeja
B daya tumpuan yang terhad
C sukar menyusun sesuatu secara bersiriD lebih kerap dalam kalangan murid perempuan
18.Microsoft Excel merupakan satu aturcara hamparan elektronik yang dapat menyusun, manipulasi dan menggraf maklumat numerik.
Antara simbol operator berikut, yang manakah digunakan untuk menunjukkan fungsi operasi darab dalam Microsoft Excel ?
A^
B*
CX
Dx
19.Aplikasi dalam perisian Hot Potatoes yang membolehkan seseorang membina soalan teka silang kata ialah
AJ Quiz
BJ Cross
CJ Cloze
DJ Match
20.Analisis item perlu dijalankan selepas setiap kali peperiksaan dalaman selesai bagi setiap kelas dan setiap mata.
Berdasarkan keputusan analisis item, seseorang guru itu perlu
Amembuat ujian susulan
Bmembuat kajian tindakan
Cmencadangkan pengasingan murid mengikut aliran (streaming)Dmengenal pasti masalah-masalah khusus yang dihadapi oleh murid
BAHAGIAN B
(40 markah)
Jawab semua soalan
aSatu perkara yang penting dalam perancangan ujian ialah pembinaan Jadual Spesifikasi Ujian (JSU)
iJelaskan apakah yang dimaksudkan dengan JSU ?
___________________________________________________
___________________________________________________
___________________________________________________
[ 2 markah ]
iiNyatakan empat kepentingan pembinaan JSU yang baik.
___________________________________________________
___________________________________________________
___________________________________________________
___________________________________________________
[ 4 markah ]
bItem yang sering digunakan dalam ujian pencapaian di peringkat sekolah rendah ialah item ujian subjektif. Terangkan secara ringkas dua kelebihan dalam penggubalan item ujian subjektif.
i___________________________________________________
___________________________________________________
___________________________________________________
ii___________________________________________________
___________________________________________________
[ 4 markah ]
2.aUjian diagnostik merupakan satu instrumen pengukuran yang boleh
digunakan oleh guru.
iTerangkan secara ringkas definisi ujian diagnostik.
__________________________________________________
___________________________________________________
___________________________________________________
___________________________________________________
[ 2 markah ]
iiNyatakan dua ciri ujian diagnostik.
___________________________________________________
___________________________________________________
___________________________________________________
___________________________________________________
[ 4 markah ]
bUjian diagnostik hendaklah dilaksanakan setelah guru mengenal pasti murid-murid yang dipilih mengikuti program pemulihan Matematik.Nyatakan dua perkara utama yang harus diambil kira dalam pelaksanaan pentadbiran ujian diagnostik.
i___________________________________________________
___________________________________________________
___________________________________________________
ii___________________________________________________
___________________________________________________
___________________________________________________
[ 4 markah ]
3.aAktiviti pengayaan boleh diberikan kepada kumpulan murid yang
tertentu dalam bilik darjah.
(i)Terangkan secara ringkas apa yang dimaksudkan dengan aktiviti pengayaan.
___________________________________________________
___________________________________________________
___________________________________________________
___________________________________________________
[ 2 markah ]
iiSenaraikan dua objektif akiviti pengayaan dalam pengajaran matematik.
___________________________________________________
___________________________________________________
___________________________________________________
___________________________________________________
[ 4 markah ]
bTerdapat kanak-kanak yang menghadapi masalah diskalkulia yang serius.
Senaraikan dua tanda masalah diskalkulia di kalangan kanak-kanak.
i___________________________________________________
___________________________________________________
ii___________________________________________________
___________________________________________________
[ 4 markah ]
4.aSalah satu daripada strategi yang dapat digunakan oleh guru
untuk menghadapi perubahan dari segi model dan amalan pengajaran dan pembelajaran di sekolah ialah dengan mengintegrasikan teknologi dalam pentaksiran.Terangkan secara ringkas dua kebaikan menggunakan teknologi dalam pentaksiran. i___________________________________________________
___________________________________________________
___________________________________________________
___________________________________________________
ii___________________________________________________
___________________________________________________
___________________________________________________
___________________________________________________
[ 4 markah ]
bJadual 3 menunjukkan hasil analisis item ke atas suatu ujian matematik dengan menggunakan program Quest. Nyatakan nilai serta maksud maklumat berikut :
imean ability__________________________________________________
___________________________________________________
iiindeks diskriminasi
___________________________________________________
___________________________________________________
___________________________________________________
iiicount untuk kategori 4
___________________________________________________
___________________________________________________
[ 6 markah ]
BAHAGIAN C
(40 markah)
Jawab dua soalan
1. aPenilaian merupakan aspek penting untuk memperolehi
maklumat bagi mengesan pencapaian objektif pembelajaran. Secara umumnya, terdapat dua jenis penilaian iaitu penilaian formatif dan penilaian sumatif yang dijalankan bagi tujuan tersebut.
Terangkan lima perbezaan di antara penilaian formatif dan penilaian sumatif.
[ 10 markah ]
bSetelah item dibina,digubal dan ditadbirkan , analisis indeks kesukaran item dan indeks diskriminasi item perlu dibuat untuk memastikan soalan dan ujian yang dihasilkan itu sesuai digunakan.
Jelaskan maksud indeks kesukaran item dan indeks diskriminasi item.
Kumpulan Pencapaian TinggiKumpulan Pencapaian Rendah
A*BCDA*BCD
163027725
* Respon yang betul
Jadual 4
Jadual 4 menunjukkan analisis item bagi suatu item ujian aneka pilihan.
Hitungkan indeks kesukaran dan indeks diskriminasi untuk item tersebut dan berdasarkan indeks-indeks yang diperolehi, berikan ulasan tentang mutu item tersebut.
[ 10 markah ]
2.
aUjian diagnostik merupakan satu instrumen pengukuran yang
digunakan oleh guru . Bincangkan lima tujuan mengadakan ujian diagnostik.
[ 10 markah ]
bProses Analisis Kesilapan Newman digunakan untuk mengenal
pasti kesilapan pelajar dalam penyelesaian masalah matematik.
Berdasarkan soalan latihan di atas, huraikan bagaimana anda dapat mengenal pasti kesilapan murid mengikut hieraki dalam prosedur Newman.
[ 10 markah ]
3.aMasalah disleksia mempengaruhi pencapaian pelajaran murid-
murid dan harus dikenal pasti seawal mungkin.
Terangkan lima simptom masalah pembelajaran disleksia.
[ 10 markah ]
b
Bahar , seorang murid tahun dua tidak boleh menambah sebarang dua nombor tanpa mengumpul semula seperti contoh di atas. Bahar keliru dengan operasi dua digit tambah dua digit.
Dengan bantuan bahan bantu mengajar yang sesuai, huraikan satu strategi pengajaran pemulihan untuk mengatasi masalah Bahar dalam matematik ini.
[ 10 markah ]
Cadangan Jawapan
C
A
B
B
B
A
B
D
C
D
C
D
C
B
A
C
D
B
B
D
BAHAGIAN B
(40 markah)
1. (a)(i)JSU ialah carta dua-hala yang mengaitkan pengajaran dengan
kandungan pengajaran. Carta ini menyenaraikan objektif-
objektif pengajaran serta merangkumi kandungan pengajaran dan konsep-konsep utama yang hendak diukur.
[ 2 markah ]
(ii) -Ujian akan dibina secara sistematik.-Keesahan dari segi penyampelan sukatan pelajaran adalah
terjamin. -Taburan tajuk adalah seimbang, dan pelajar diuji pada
keseluruhan kurikulum.
-Taraf, mutu dan aras keskaran ujian dapat dikekalkan dari setahun ke setahun, walaupun dibina oleh pembina yang berlainan.
- Jawapan lain yang sesuai
[ 4 kepentingan x 1 markah = 4 markah ]
(b)Memberi kebebasan pada murid untuk memilih, merancang dan menyusun isi jawapan mengikut pendapat dan idea sendiri.
Dapat menguji aras kemahiran pembelajaran yang lebih tinggi.
Jawapan lain yang sesuai[ 2 kelebihan x 2 markah = 4 markah ]
2.(a)(i)Ujian diagnostik adalah satu alat pengukuran yang
membolehkan guru pemulihan khas mengesan punca dan kawasan kelemahan secara terpeinci yang dihadapi oleh seseorang murid.[ 2 markah ]
(ii)Ciri-ciri ujian diagnostik
Membolehkan guru untuk mengesan punca dan kawasan kelemahan secara terperinci yang dihadapi oleh seseorang murid
Membantu guru merancang satu program pengajaran yang khusus pada individu atau kumpulan dengan lebih tepat dan sistematik.
Membantu guru mengenal pasti kumpulan tertentu mengikut kebolehan dan kawasan-kawasan kesukaran yang dihadapi oleh murid.
Jawapan lain yang sesuai[2 ciri x 2 markah = 4 markah ]
(b)Berikan masa yang cukup kepada murid untuk menjawab soalan supaya mereka dapat menjawab dengan tenang dan selesa.
Markah uijan yang diberi tidak penting, tetapi yang penting ialah keterangan-keterangan atau data-data yang diberi yang dapat menunjukkan cara mana murid belajar.
Jawapan lain yang sesuai[ 2 perkara x 2 markah = 4 markah ]
3.(a)(i)Pengayaan merupakan aktiviti tambahan kepada aktiviti
asas pembelajaran yang dilakukan sama ada semasa sesi persekolahan atau di luar waktu persekolahan yang bertujuan untuk meluaskan pengetahuan dan pengalaman di samping mengukuhkan kemahiran yang sedang dipelajari.[ 2 markah ]
(ii)Membolehkan murid menjalani aktiviti yang lebih mencabar kebolehan mereka
Menambahkan minat dan pengalaman yang boleh membantu ke arah perkembangan diri dan bakat
Berminat untuk belajar sendiri dan boleh berdikari
Melahirkan daya kreativiti
Jawapan lain yang sesuai[ 2 objektif x 2 markah = 4 markah ]
(b)
Masalah mengira wang atau melihat masa
Masalah mengikut peraturan dan prosedurKesukaran membaca peta dan jadualLemah dalam pengiraan spontan.
Sukar memahami konsep matematik dalam ayat
Jawapan lain yang sesuai[ 2 tanda x 2 markah= 4 markah ]
4.(a)(i)Maklumat pencapaian pelajar dapat disimpan dalam pangkalan
data secara automatik untuk diakses oleh guru pada bila-bila masa.
(ii)Pelbagai set ujian dapat disediakan dengan menggunakan bank item yang telah disediakan dalam pangkalan data
(iii)Dapat memberi maklum balas pencapaian murid dengan serta merta.
(iv)Jawapan lain yang sesuai[ 2 kebaikan x 2 markah = 4 markah ]
(b)(i)Mean ability item ialah -0.22; menunjukkan paling ramai calon
memilih jawapan yang betul
[ 2 markah ]
(ii)Indeks diskriminasi item ialah 0.36; menunjukkan bahawa item ini mempunyai diskriminasi positif yang sederhana yang memerlukan pengubahsuaian item.
[ 2 markah ]
(iii)Seramai 1541 calon memilih jawapan yang betul.
[ 2 markah ]
BAHAGIAN C
(40 markah)
1.(a)
Perkara Penilaian Formatif Penilaian Sumatif
KonsepPenilaian yang boleh dibuat secara formal/tidak formal untuk mengesan penguasaan/ kelemahan pelajar bagi setiap tajuk pengajaran.Penilaian yang dijalankan
secara formal bagi menentukan pencapaian pelajar di akhir pengajaran,seperti pada
hujung penggal/akhi tahun.
WaktuSepanjang proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung.Pada akhir penggal atau akhir tahun persekolahan.
KaedahFormal : Ujian pensel kertas
Tidak formal:Pemerhatian,soal
jawab,tugasan,latihan.
Dibuat secara individu/
kumpulan.
Formal :Ujian pensel ke atas, ujian lisan.
Ditadbir secara berkumpulan
TujuanSelepas tahap kemajuan/
penguasaan pelajarr ditentukan,
tindakan susulan perlu diambil
untuk mengatasi kelemahan
pelajar.Selepas pencapaian pelajar ditentukan bagi tempoh persekolahan tertentu,gred
pencapaian diberikan kepada pelajar.
Selepas penilaian dijalankanMengatasi kelemahan pelajar
dengan mengulang semula topik atau mengadakan pemulihan.
Menjalankan aktiviti pengayaan
bagi pelajar yang tiada masalah.Menempatkan murid mengikut
pencapaian.Memberi
pengiktirafan sijil,hadiah
dan sebagainya.Membaiki
kurikulum.
Jawapan lain yang sesuai[ 5 perbezaan x 2 markah = 10 markah ]
(b)(i)Indeks kesukaran item menunjukkan aras kesukaran sesuatu
item,iaitu sama ada sesuatu item itu mudah dijawab atau susah dijawab. Bagi ujian berbentuk objektif, indeks ini dikira dengan menggunakan nisbah bilangan calon yang memberi jawapan betul bagi item tertentu kepada jumlah calon yang menjawab item tersebut.
[ 2 markah ]
Indeks diskriminasi item mempunyai kuasa atau fungsi membezakan calon-calon daripada kumpulan cerdas dengan kumpulan lambat.
[ 2 markah ]
(ii)Indeks kesukaran item
=
[ 2 markah ]
Indeks diskriminasi item
[ 2 markah ]
(iii)Indeks kesukaran item adalah pada aras sederhana manakala indeks diskriminasi item ialah pada aras diskriminasi yang tinggi. Ini menunjukkan bahawa item ini amat sesuai diterima.
[ 2 markah ]
.2.(a)Tujuan ujian diagnostik :-
i.Ujian diagnostik bertujuan membantu guru mengenalpasti secara khusus kesulitan-kesulitan yang dihadapi oleh murid
ii.Ujian diagnostik bertujuan membantu guru mengenal pasti punca kegagalan murid untuk menguasai sesuatu kemahiran.
iii.Ujian diagnostik bertujuan membantu guru mengenal pasti kumpulan tertentu mengikut kebolehan dan kawasan-kawasan kesukaran yang dihadapi oleh murid.
iv.Ujian diagnostik bertujuan membantu guru merancang satu program pengajaran yang khusus pada individu atau kumpulan dengan lebih tepat dan sistematik.
v.Ujian diagnostik bertujuan membolehkan guru merancang dan membina program dan bahan bantu mengejar yang bersesuaian mengikut tahap murid
[ 5 tujuan x 2 markah = 10 markah ]
(b)Proses Analisis Kesilapan Newman
i.Membaca masalah
Cuba anda baca soalan latihan yang dikemukakan ini?
ii.Memahami apa yang dibaca
Apakah yang perlu dicari dalam soalan ini?
iii.Membuat transformasi pemikiran
Tukarkan masalah ini kepada ayat matematik yang mudah.
iv.Komputasi
Seterusnya, cuba selesaikan masalah ini.
v.Membuat pengkodan
Tuliskan jawapan yang betul dengan jelas
[ 5 arahan/soalan x 2 markah = 10 markah ]
3. (a) Lima simptom masalah pembelajaran disleksia :
(i)Kesukaran belajar berbahasa
(ii)Ketidakseimbangan dan kebolehan intelektual
(iii)Tidak lancar membaca sesuatu bahan bercetak
(iv)Tidak dapat menulis dengan lancar dan tepat (kesukaran meniru tulisan dari papan hitam atau buku)
(v)Mata menjadi penat setelah beberapa minit menumpu pada tulisan, dan tumpuan yang terhad (pendengaran dan pengamatan visual)
[ 5 simptom x 2 markah = 10 markah ]
(b)Strategi pemulihan
(i)Gunakan lagu berunsurkan cerita penolakan untuk menarik perhatian murid
(ii)Sediakan dua bekas lutsinar yang mengandungi bilangan objek
tertentu; contohnya guli. Bilangan guli yang tertentu diambil dari satu balang dan dimasukkan (ditambah) ke dalam balang kaca yang kedua untuk menunjukkan konsep penambahan.
(iii) Seterusnya, gunakan kad imbasan (flash cards) untuk menunjukkan
konsep tambah dalam matematik.
(iv)Murid kemudiannya bermain permainan bowling dengan menggunakan bola tenis untuk menjatuhkan botol air dengan menambah bilangan botol yang dijatuhkan
(v)Murid diberikan lembaran kerja operasi tambah.[ 5 langkah x 2 markah = 10 markah ]
Contoh 2:
BAHAGIAN A
( 20 markah )
Jawab semua soalan.
Penilaian yang dijalankan di sekolah berbeza daripada pengukuran kerana tujuan penilaian adalah untuk
Amenentukan takat pencapaian nilai moral dan etika murid
Bmenentukan tahap pencapaian objektif sesebuah sekolah
Cmentaksir penguasaan murid berdasarkan kriteria tertentu
Dmembandingkan prestasi murid dengan prestasi piawai kebangsaan
Kesukaran item ujian aneka pilihan bergantung pada
Abilangan respon
Bpetanda-petandanya
Cbahasa pokok soalannya
Ddarjah perbezaan antara respon-responnya
Apakah tujuan seseorang guru mengadakan penilaian formatif kepada muridnya selepas mengajar sesuatu topik matematik?
AMenentukan taraf kedudukan murid dalam kelasnya
BMendapat maklumat tentang kefahaman topik oleh murid
CMembandingkan pencapaian dalam kalangan murid-muridnya
DMembiasakan murid dengan cara-cara menjawab soalan-soalan matematik
4.Semasa merancang sesuatu ujian, guru harus mengikut prosedur atau langkah tertentu. Nyatakan urutan prosedur dalam merancang sesuatu ujian.
IMembentuk JPU
IIMenentukan Isi kandungan
IIIMenentukan tujuan ujian
IVMembina item
AI ii iii iv
Bii i iii iv
Ciii i ii iv
Diii ii i iv
Analisis item merupakan satu kajian yang sistematik terhadap item yang telah digunakan dalam sesuatu ujian. Seorang guru matematik telah menjalankan analisis item dan mendapati indeks diskriminasi bagi satu item ujian itu ialah
Tentukan apa kesimpulan yang boleh dibuat terhadap item ini?
AItem ini boleh diubah suai dan disimpan
BItem ini terlalu sukar untuk kumpulan-kumpulan murid
CLebih ramai murid kumpulan lemah dapat menjawab item ini dengan betul
DItem ini tidak dapat membezakan kumpulan murid cerdas dari kumpulan murid lemah
Untuk menjamin kesahan dan kebolehpercayaan sesuatu ujian, guru haruslah
Amenentukan soalan-soalan susah
Bmenjadikan masa ujian itu panjang
Cmenyediakan jadual spesifikasi ujian
Dmenyediakan skim pemarkahan yang lengkap
7. Untuk membina satu ujian Matematik dalam bilik darjah yang baik, aspek yang manakah perlu anda memberi pertimbangan yang sewajarnya ?
Prinsip Keanjalan
Prinsip Perantaraan
Prinsip Kematangan
Prinsip Keseimbangan
8. Ujian diagnostik penting kepada seorang guru di dalam bilik darjah. Yang manakah antara berikut merupakan tujuan utama ujian diagnostik?
Auntuk menilai kelemahan murid
Buntuk mentaksir kesilapan murid
Cuntuk mentaksir kelemahan murid
Duntuk menganalisis kelemahan murid
9.Sebelum membina sesuatu ujian diagnostik, beberapa perkara utama perlu ditentukan kecuali
Aobjektif ujian
Bbilakah ujian hendak diuji
Ckemahiran yang hendak diuji
Dbagaimana hendak menguji individu
10. Salah tanggapan konsep matematik sentiasa berlaku dalam kalangan murid. Kenyataan yang manakah mempunyai kaitan dengan salah tanggapan konsep matematik?
A Salah tulis
B Salah baca
C Salah tafsir
D Salah penggunaan rumus
11. Empat orang murid yang berikut telah menyusun beberapa nombor perpuluhan mengikut susunan menaik. Rangkaian yang manakah mengikut urutan yang betul?
A 2.42 2.17 2.26 2.38 2.66
B 2.17 2.26 2.38 2.42 2.66
C 2.38 2.42 2.17 2.66 2.26
D 2.26 2.66 2.42 2.17 2.38
12. Berikut merupakan sebahagian daripada kerja latihan seorang murid.
0.3 + 0.5 = 0.8
0.5 + 0.4 = 0.9
0.6 + 0.5 = 0.11
0.7 + 0.5 = ?
Mengikut corak kesilapan di atas, jawapan yang paling mungkin bagi IV ialah
A 1.2
B 0.12
C 0.102
D 0.012
13.Berikut merupakan ciri-ciri yang dikenal pasti sebagai kod latihan untuk keperluan Pendidikan Khas kecuali
Aderia fizikal
Bintrapersonal
Cinteraksi dan komunikasi
Dtingkah laku, emosi dan perkembangan sosial
14.Diskalkulia merujuk kepada ketidakupayaan pembelajaran yang melibatkan matematik. Untuk meningkatkan tahap pembelajaran pelajar ini, guru perlu
Amembimbing pelajar secara individu.
Bmengulang arahan untuk beberapa kali
Cmemberi peluang pelajar mengambil bahagian
Dmemberi lebih banyak kerja rumah dan latihan untuk meningkatkan kefahaman pelajar
15.Bahan bantu mengajar adalah penting untuk menjalankan aktiviti pengayaan apabila mengajar topik bentuk dua matra. Tentukan apakah bahan bantu mengajar yang paling sesuai untuk mengajar topik tersebut di atas?
Asudoku
Btangram
Cpembilang
Dcuisenaire rod
16.Dalam pengajaran pemulihan Matematik, ujian diagnostik selalu digunakan untuk
Auntuk mengenal pasti kelemahan pelajar
Buntuk membetulkan salah tanggapan murid
Cuntuk membaiki keberkesanan pengajaran guru
Duntuk menggalakkan pelajar berusaha bersungguh-sungguh
17.Antara kenyataan berikut, yang manakah bukan petanda disleksia pada seseorang murid?
AKesukaran beritma
BKesukaran untuk berfikir atau memahami idea yang kompleks
CKesukaran belajar untuk mengenali perkataan-perkataan tertulis
DKesukaran menentukan pengertian idea (kandungan) ayat yang mudah
18.Penggunaan Teknologi Maklumat & Komunikasi (TMK) dalam pentaksiran membolehkan guru Matematik
Amenyelesaikan soalan yang susah
Bmengenal pasti kemahiran berfikir pelajar
Cmengkaji pola dan hubungan masalah pelajar
Dmengenal pasti strategi penyelesaian masalah pelajar
19.Salah satu ciri ujian yang baik dengan menggunakan TMK ialah kesahan. Sesuatu ujian matematik dikatakan mempunyai kesahan yang baik sekiranya ia dapat
Ameramalkan kompetensi pelajar
Bmentafsirkan hasil pembelajaran
Cmengukur apa yang sepatutnya diukur
Dmendiskriminasi pelajar melalui pencapaian tinggi dan rendah
20.TMK dapat digunakan dalam analisis item selepas pentaksiran dijalankan. Tentukan kegunaan TMK yang paling sesuai dalam analisis item?
AMembina JSU yang tepat
BMempercepatkan pemeriksaan ujian
CMenggubal item ujian dengan lebih cepat
DMembaiki item ujian untuk digunakan pada masa hadapan
BAHAGIAN B
( 40 markah )
Jawab semua soalan.
1.
Penilaian merupakan satu komponen yang penting dalam proses pengajaran
dan pembelajaran metamatik. Biasanya penilaian dijalankan dalam bentuk formatif dan sumatif.
aNyatakan dua perbezaan antara penilaian formatif dan sumatif.
______________________________________________________________
[ 4 markah ]
bAnalisis item merupakan satu kajian yang sistematik terhadap item yang telah digunakan dalam sesuatu ujian. Dua nilai statistik yang penting dalam analisis item ialah indeks kesukaran dan indeks diskriminasi.
Huraikan kenapa kedua-dua nilai indeks ini penting dengan memberi contoh yang sesuai
iIndeks Kesukaran
________________________________________________________
________________________________________________________
________________________________________________________
________________________________________________________
________________________________________________________
________________________________________________________
iiIndeks Diskriminasi
______________________________________________________
______________________________________________________
______________________________________________________
______________________________________________________
________________________________________________________
________________________________________________________
[ 6 markah ]
2.aSeorang guru ingin merancang satu ujian diagnostik untuk sesuatu kumpulan murid dalam kelas matematik.
Nyatakan dua sebab mengapa ujian diagnostik penting.
[ 4 markah ]
b Nyatakan dua contoh tentang salah tanggapan murid berhubung dengan topik-topik matematik yang berikut
i perpuluhan
ii pecahan
[ 6 markah ]
3.aAktiviti pengayaan yang boleh digunakan oleh seorang guru apabila mengajar mata pelajaran matematik untuk topik bentuk dua matra.
Kemukakan dua aktiviti yang paling sesuai untuk pengayaan.
___________________________________________________________
[ 4 markah ]
bMurid yang mengalami simptom Disleksia memerlukan strategi pengajaran Matematik yang berlainan.
Banding bezakan dua strategi pengajaran yang boleh digunakan untuk membantu murid yang mengalami simptom Disleksia dengan murid biasa.
______________________________________________________________
___________________________________________________________
[ 6 markah ]
4.
Penggunaan Teknologi Maklumat & Komunikasi (TMK) dalam pentaksiran
mempunyai potensi yang luas, terutamanya matematik di sekolah rendah.
a Huraikan dua cara bagaimana TMK dapat digunakan dalam pentaksiran dengan memberikan contoh yang sesuai.
[ 4 markah ]
bBanding beza dua faedah menggunakan Teknologi Maklumat & Komunikasi dengan cara biasa dalam pentaksiran.
[ 6 markah ]BAHAGIAN C
( 40 markah )
Jawab dua soalan
1aSeorang guru telah menjalankan satu ujian matematik beraneka pilihan
kepada 20 orang muridnya. Keputusan skor ujian kesemua murid di catatkan.
Guru juga telah memilih 3 item dari ujian untuk dijalankan penganalisisan item . Kesemua maklumat ditunjukkan dalam Jadual 1 di bawah
Kedudukan Murid Dalam KelasItem No. 1Iten No.5Item No. 7Skor Murid
196
2X90
390
4X88
584
6XX 82
7XX78
8XX70
9XX68
10X66
1164
12X58
13XX58
14XX56
15X54
16XXX44
17X XX44
18XX40
19X34
20XX30
Petunjuk : = jawapan betul X = jawapan salah
Jadual 1
i Nyatakan tujuan guru menjalankan analisis item
ii Hitungkan indeks kesukaran bagi 3 item tersebut
iii Dengan mengambil 6 orang murid teratas sebagai kumpulan cerdas dan 6 orang murid terbawah sebagai kumpulan lemah, hitungkan indeks diskrminasi untuk 3 item tersebut
iv Berdasarkan nilai indeks kesukaran dan indeks diskriminasi serta corak jawapan murid, yang mana satukah item di atas baik dan boleh disimpan? Beri penjelasan anda
[ 10 markah ]
bSeringkali didapati bahawa penilaian dalam bentuk ujian mewujudkan ketegangan di kalangan murid, guru atau ibubapa.
iSebagai seorang guru matematik, huraikan bagaimana anda dapat memberi penerangan yang boleh mengurangkan pandangan negatif dan menunjukkan ujian memang bermanfaat kepada murid, guru atau ibubapa.
iiPenilaian alternatif juga disarankan untuk mengganti ujian yang biasa dijalankan di sekolah. Apa yang dimaksudkan dengan penilaian alternatif? Huraikan dua contoh penilaian alternatif tersebut.
[ 10 markah ]
2.aSeorang guru matematik telah menggunakan Analisis Ralat Newman ( Newman Error Analysis ) untuk mengetahui kenapa muridnya membuat kesilapan dalam menyelesaikan masalah matematik.
Kemukakan langkah-langkah yang telah digunakan oleh guru
tersebut dengan contoh-contoh yang sesuai.
[ 10 markah ]
bBerikan dua contoh tentang salah tanggapan (misconception) murid dalam topik nombor bulat yang melibatkan operasi asas. Untuk setiap contoh, beri pendapat anda kenapa salah tanggapan tersebut sering dilakukan oleh murid dalam kelas. Cadangkan cara-cara untuk membantu murid membetulkan salah tanggapan tersebut.
[ 10 markah ]
3.aSemasa ujian matematik, seorang murid menjawab soalan dari topik pecahan yang melibatkan penambahan dengan penyebut berbeza. Cara murid tersebut menyelesaikan masalah tersebut adalah seperti berikut:
,
Huraikan kesalahan murid tersebut dan cadangkan satu aktiviti pemulihan untuk mengatasi masalah ini dengan menggunakan bahan bantu mengajar yang sesuai.
[ 10 markah ]
b Diskalkulia merujuk kepada individu yang mengalami kesukaran dalam pembelajaran matematik.
Nyatakan dua simptom diskalkulia. Bincangkan bagaimana simptom ini dapat mempengaruhi pembelajaran matematik dan cadangkan cara-cara untuk membantu murid tersebut.
.
[ 10 markah ]
Ujian ini digunakan untuk mengenal pasti masalah dan punca masalah yang dihadapi pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Gangguan atau ketidakmatangan dalam mengorganisasikan gerakan.
Clumsy Child Syndrome.
Muthu ada 27 ekor kambing. Ibrahim ada lebih 11 ekor kambing daripada Muthu. Berapa jumlah kambing yang Muthu dan Ibrahim ada ?
23 + 14 =
1
_1234567891.unknown
_1234567893.unknown
_1234567894.unknown
_1234567892.unknown
_1234567890.unknown
top related