amar crita spontan

13
KELUARGA Nama saya________________.Saya mempunyai sebuah keluarga yang bahagia.Keluarga saya terdiri daripada datuk,nenek,ayah,ibu, kakak dan abang. Saya merupakan anak ke _________ dalam keluarga. Nama ayah saya ialah ____________. Ayah saya bekerja sebagai _________.Ayah saya seorang yang penyayang. Nama ibu saya _____________. Ibu saya bekerja sebagai seorang guru.Ibu saya seorang yang tegas dan penyayang.Beliau sentiasa menasihati saya belajar bersungguh-sungguh supaya dapat berjaya dalam hidup dunia dan akhirat. Saya mempunyai seorang abang dan seorang kakak. Nama abang saya ialah ___________. Beliau seorang yang aktif dalam bidang sukan terutama bola sepak.Beliau sentiasa mewakali sekolah dalam pertandingan bola dan bercita-cita menjadi pemain bola sepak dunia suatu hari nanti. Kakak saya ialah ______________. Kakak saya seorang yang peramah dan amat rajin. Saya juga mempunyai datuk dan nenek yang penyayang.Nama datuk saya ialah ________. Manakala nama nenek saya ialah __________.

Upload: sairani-binti-saidol

Post on 13-Jul-2015

455 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

KELUARGA

Nama saya________________.Saya mempunyai sebuah keluarga yang

bahagia.Keluarga saya terdiri daripada datuk,nenek,ayah,ibu, kakak dan abang.

Saya merupakan anak ke _________ dalam keluarga.

Nama ayah saya ialah ____________. Ayah saya bekerja sebagai

_________.Ayah saya seorang yang penyayang.

Nama ibu saya _____________. Ibu saya bekerja sebagai seorang

guru.Ibu saya seorang yang tegas dan penyayang.Beliau sentiasa menasihati

saya belajar bersungguh-sungguh supaya dapat berjaya dalam hidup dunia dan

akhirat.

Saya mempunyai seorang abang dan seorang kakak. Nama abang saya

ialah ___________. Beliau seorang yang aktif dalam bidang sukan terutama

bola sepak.Beliau sentiasa mewakali sekolah dalam pertandingan bola dan

bercita-cita menjadi pemain bola sepak dunia suatu hari nanti.

Kakak saya ialah ______________. Kakak saya seorang yang peramah

dan amat rajin.

Saya juga mempunyai datuk dan nenek yang penyayang.Nama datuk

saya ialah ________. Manakala nama nenek saya ialah __________.

HOBI

Hobi ialah sesuatu yang gemar dilakukan pada masa lapang. Antara contoh-

contoh hobi ialah memancing, mengumpul setem, membaca, melukis dan bersukan.

Saya juga mempunyai hobi iaitu bermain bola sepak. Saya melakukan aktiviti ini pada

setiap petang.

Saya memilih bermain bola sepak sebagai hobi kerana minat saya yang

mendalam terhadap permainan ini. Oleh sebab itulah saya selalu menyaksikan

perlawanan bola sepak secara langsung di kaca televisyen. Selain itu, saya juga

pernah pergi ke studium Bukit Jalil dengan keluarga saya untuk menonton suatu

perlawanan akhir bola sepak .

Antara kebaikan hobi saya ialah mengisi masa lapang dengan aktiviti yang

berfaedah, menyihatkan badan, menjadikan saya cergas serta cerdas dan

menambahkan kenalan.

Selain itu, hobi ini juga dapat menyihatkan tubuh saya kerana permainan ini

menyebabkan badan saya berpeluh, jantung saya berfungsi dengan baik dan

melangsingkan badan saya. Oleh sebab itulah saya jarang terkena penyakit seperti

demam dan sebagainya.

Permainan bola sepak juga menyebabkan badan saya cergas dan otak saya

cerdas. Ini membantu saya sentiasa cergas semasa belajar di sekolah atau semasa

mengulang kaji pelajaran di rumah. Kesimpulannya, hobi yang baik dan sesuai akan

mendatangkan kebaikan kepada kita.

SUKAN TAHUNAN

Pada hari Ahad yang lepas,sekolah saya telah mengadakan temasya sukan

tahunan.Sukan tahunan tersebut diadakan di padang sekolah saya yang luas itu.

Sebelum sukan diadakan,semua guru dan murid sibuk membuat

persiapan.Padang dihiasi dengan panji-panji dan belon-belon yang berwarna-

warni.Beberapa buah khemah didirikan di tepi padang.Para peserta sukan berlatih

dengan bersungguh -sungguh pada setiap hari.

Pada hari sukan,semua murid dan guru hadir awal ke sekolah.Para

peserta sukan berkumpul di padang.Pengerusi PIBG sekolah merasmikan sukan

tersebut.Perbarisan peserta sukan juga diadakan.

Tujuan diadakan sukan adalah untuk mencungkil bakat dan

menyihatkan badan.Pelbagai acara sukan diadakan seperti lompat tinggi,lompat

jauh,lumba lari,tarik tali dan sebagainya.Acara lari berganti-ganti menjadi acara

kemuncak hari sukan.Para peserta berlari dengan pantas menuju ke garisan

penamat.Para penonton bersorak untuk memberi sokongan kepada peserta pasukan

masing-masing.Suasana di padang riuh-rendah dan meriah.

Acara sukan berakhir pada pukul 12.00 tengah hari.Rumah Merah

telah muncul sebagai juara. Zuhair telah terpilih sebagai olahragawan manakala

Fatihah dipilih sebagai olahragawati.Guru Besar menyampaikan piala kepada para

pemenang.Beliau mengucapkan tahniah kepada murid yang berjaya dan menasihati

murid yang tidak berjaya supaya tidak berputus asa.

Selepas majlis penyampaian hadiah tamat,murid-murid pulang ke

rumah dengan gembiranya walaupun kelihatan letih.

Menambung

Saya suka menabung. Menabung adalah satu sikap yang sangat baik dan mesti

kita amalkan.Setiap hari saya diberikan wang saku oleh ibu bapa saya untuk

dibelanjakan di sekolah. Saya berjimat cermat dengan tidak membelanjakan

kesemua wang saku tersebut.

Tahukah kawan-kawan, mengapa saya suka menabung. Sebahagian wang saku

itu boleh kita simpan di dalam tabung. Kata ibu saya, sedikit demi sedikit lama-lama

menjadi bukit.

Apabila tabung saya sudah penuh, saya akan meminta ibu atau ayah saya

membawa saya ke bank pula. Saya ke sana kerana ingin menyimpan wang saya itu ke

dalam akaun saya. Saya boleh menggunakan wang tersebut apabila saya

memerlukannya

Kita juga dapat membantu keluarga dengan meminjamkannya apabila keluarga

terdesak dan mengharapkan pertolongan.

Duit tabungan juga dapat digunakan untuk membeli buku-buku rujukan

sekolah dan keperluan secara spontan. Kita tidak perlu meminta-minta selalu

daripada ibubapa kita. Kita boleh berdikari.

Akhir sekali, orang yang berjimat-cermat akan senang kemudian hari. Oleh

itu marilah kita amalkan sikap suka menabung.

BERKELAH

Pada hari Ahad yang lalu,bapa membawa kami sekeluarga berkelah di Port Dickson.

Kami menaiki kereta bapa ke sana.Kami berbual-bual sepanjang perjalanan.

Setibanya di destinasi, kami menolong ayah mengangkat barangan lalu

meletakkan bekalan kami di bawah sepohon pokok yang rendang.Cuaca pada hari itu

cerah dan angin bertiup sepoi-sepoi bahasa.Kelihatan banyak pengunjung berada di

pantai.Suasana di sana riuh-rendah dan meriah.

Tanpa membuang masa lagi,saya dan abang segera menukar pakaian renang.Kami

membawa pelampung besar yang baru dibeli.Saya dan abang berenang dengan

gembira.Bapa membaca surat khabar manakala ibu mendengar muzik di pantai. Kakak

pula suka membina istana pasir di pantai.

Setelah penat berenang,kami menjamu selera di pantai.Ibu menyediakan

pelbagai hidangan di atas tikar mengkuang.Kami menikmati mi goreng,sate,kuih-

muih, tembikai dan jus oren.Kami makan dengan gelojohnya kerana terlalu

lapar.Tambahan pula,masakan ibu sungguh enak dan berkhasiat.

Kemudian,kami bermain bola di pantai.Kami sekeluarga mengambil gambar

sebagai kenang-kenangan.Ibu dan bapa juga bersiar-siar di pantai sambil berbual-

bual dengan mesranya.

Kami mengemaskan barangan dan membersihkan tempat perkelahan sebelum

pulang.Kami membuang sampah-sarap ke dalam tong sampah demi menjaga

kebersihan pantai.Selepas itu,kami pulang dengan gembiranya.Berkelah di pantai

merupakan aktiviti yang menyeronokkan

Kebun

Saya dan ayah suka berkebun.Kami menanam sayur-sayuran.Kami menanam

sawi,cili,kubis dan kacang panjang.Setiap hari, ayah menyiram sayur-sayuran

itu.Saya pula mencabut rumput-rumput di atas batas.Ibu memetik sayur-sayuran

yang sudah besar.Bapa menjual sayur-sayuran itu di pasar malam.Bapa mendapat

banyak duit.Bapa menyimpan duit ke dalam bank.Saya berasa sangat gembira kerana

dapat menolong bapa.

SAHABAT

Setiap orang pasti mempunyai sahabat. Saya juga mempunyai ramai sahabat. Nama

sahabat-sahabat saya ialah Zuhair, Qhairulzaman, Fezrul Badly dan Khairul Salleh.

Saya suka akan sahabat-sahabat saya ini kerana mereka amat baik dengan saya.

Antara kebaikan sahabat-sahabat saya ini ialah mereka suka membantu saya

dalam pelajaran. Misalnya, jikalau saya menghadapi masalah dalam menyelesaikan

soalan Matematik, mereka akan membantu saya mencari penyelesaiannya.

Selain itu, sahabat saya juga suka mengajak saya bermain bersama-sama mereka.

Contohnya saya suka bermain bola sepak bersama-sama mereka di padang permainan

berhampiran dengan rumah saya. Ini dapat mengeratkan hubungan persahabatan di

samping dapat menyihatkan tubuh badan kami.

Sahabat saya ini juga memberikan bantuan jika saya berada dalam

kesusahan. Misalnya, saya pernah kehilangan wang di kantin sekolah. Sahabat saya

telah bermurah hati memberikan sedikit wang kepada saya untuk dibuat belanja

membeli makanan.

Akhir sekali, sahabat dan sahabat saya ering bertukar-tukar buku cerita

atau komik yang kami beli di kedai buku. Ini secara tidak langsung dapat

menambahkan pengetahuan kami bersama.

Kesimpulannya, saya bersyukur kerana mempunyai sahabat-sahabat yang

baik hati.Bagai isi dengan kuku begitulah perumpamaan yang sesuai untuk

menggambarkan hubungan persahabatan saya ini. Harapan saya semoga

persahabatan saya ini akan berkekalan

MEMANCING

Semua orang mempunyai hobi termasuklah saya. Saya mempunyai hobi yang

amat berfaedah untuk dikongsi bersama kawan-kawan.

Hobi saya adalah memancing ikan bersama bapa saya di sungai ataupun laut.

Rakan-rakan saya turut serta bersama saya dan ayah untuk pergi memancing.

Saya juga suka beriadah bersama-sama keluarga di taman yang berhampiran

dengan rumah saya. Keluarga saya tidak suka membuang masa, begitu juga saya.

Jika tidak membuang masa, kita boleh membuat bermacam-macam aktiviti bersama

keluarga.

Setiap kali pergi memancing bersama ayah, kebiasaannya banyak ikan yang kami

perolehi. Sebahagiannya kami berikan kepada jiran-jiran yang berhampiran dan

sebahaginnya lagi kami bawa pulang untuk keluarga di rumah.

Saya amat suka memancing kerana ia member satu ketenangan pada diri saya.

Selain itu dapat merapatkan perhubungan saya dan ayah kerana kami berkongsi hobi

yang sama.

PEKERJAAN

Setiap orang mempunyai cita-cita. Cita-cita adalah keinginan ketika dewasa kita

nanti. Cita-cita ini biasanya bermula sejak sesorang itu kecil lagi. Saya seperti orang

yang lain juga mempunyai cita-cita saya sendiri. Cita-cita saya adalah menjadi

seorang polis.

Saya ingin menjadi seorang anggota polis kerana anggota polis boleh membantu

orang yang dalam kesusahan. Anggota polis boleh menangkap orang yang melakukan

kesalahan atau melanggar undang-undang. Kita boleh lebih berdisiplin apabila

menjadi seorang anggota polis.

Idola atau orang yang menjadi inspirasi saya adalah ibu saya. Ibu saya adalah

seorang anggota polis. Ibu saya berpangkat sarjan mejar. Ibu saya seorang yang

tegas dan berani. Beliau dihormati oleh pegawai polis yang lain di balai polis tempat

ibu saya bertugas,

Namun apabila saya besar nanti saya ingin menjadi pegawai polis yang lebih

tinggi pangkatnya daripada ibu saya. Saya ingin menjadi berani, tegas dan dihormati

oleh anggota polis yang lain seperti ibu saya. Saya akan belajar bersungguh-sungguh

dan mendapat keputusan yang baik. Saya akan membaca banyak buku penyiasatan

dan menjadi penyiasat yang hebat seperti di dalam rancangan kartun cerita 'Conan'.

Saya berharap saya akan mencapai cita-cita saya itu. Saya ingin membantu

menjaga keamanan dan keselamatan negara.

Contoh Karangan 3 : Cita-cita Sebagai Seorang Ahli bomba.

Isi : Mengapakah saya memilih cita-cita itu? Siapakah idola saya? Apakah yang saya

buat untuk mencapai cita-cita itu? Harapan saya.

Contoh Jawapan:

Setiap orang mempunyai cita-cita. Cita-cita adalah keinginan ketika dewasa kita

nanti. Cita-cita ini biasanya bermula sejak sesorang itu kecil lagi. Saya seperti orang

yang lain juga mempunyai cita-cita saya sendiri. Cita-cita saya adalah menjadi

seorang ahli bomba.

-------------------------------------------------------------------- 030303030303

Contoh Karangan 4 : Cita-cita Sebagai Seorang Juruterbang.

Isi : Mengapakah saya memilih cita-cita itu? Siapakah idola saya? Apakah yang saya

buat untuk mencapai cita-cita itu? Harapan saya.

Contoh Jawapan:

Setiap orang mempunyai cita-cita. Cita-cita adalah keinginan ketika dewasa kita

nanti. Cita-cita ini biasanya bermula sejak sesorang itu kecil lagi. Saya seperti orang

yang lain juga mempunyai cita-cita saya sendiri. Cita-cita saya adalah menjadi

seorang juruterbang.

-------------------------------------------------------------------- 040404040404

Contoh Karangan 5 : Cita-cita Sebagai Seorang Doktor.

Isi : Mengapakah saya memilih cita-cita itu? Siapakah idola saya? Apakah yang saya

buat untuk mencapai cita-cita itu? Harapan saya.

Contoh Jawapan:

Setiap orang mempunyai cita-cita. Cita-cita adalah keinginan ketika dewasa kita

nanti. Cita-cita ini biasanya bermula sejak sesorang itu kecil lagi. Saya seperti orang

yang lain juga mempunyai cita-cita saya sendiri. Cita-cita saya adalah menjadi

seorang doktor

-------------------------------------------------------------------- 050505050505

Contoh Karangan 6 : Cita-cita Sebagai Seorang Guru.

Isi : Mengapakah saya memilih cita-cita itu? Siapakah idola saya? Apakah yang saya

buat untuk mencapai cita-cita itu? Harapan saya.

Contoh Jawapan:

Setiap orang mempunyai cita-cita. Cita-cita adalah keinginan ketika dewasa kita

nanti. Cita-cita ini biasanya bermula sejak sesorang itu kecil lagi. Saya seperti orang

yang lain juga mempunyai cita-cita saya sendiri. Cita-cita saya adalah menjadi

seorang guru

BUAH-BUAHAN TEMPATAN

Buah-buahan tempatan ialah buah-buahan yang ditanam atau dihasilkan di

negara sendiri.

Ada bermacam-macam jenis buah-buahan tempatan. Antaranya ialah buah

mempelam, binjai, belunu, tembikai atau sikoi, nangka, rambutan, durian, langsat,

rambai, manggis dan lain-lain lagi. Rasanya ada yang pahit, masam dan manis. Buah

yang pahit biasanya mempunyai khasiat perubatan tetapi tidak ramai yang suka

memakannya. Buah petai misalnya boleh mengurangkan penyakit darah tinggi,

kencing manis dan lain-lain penyakit.

Kita boleh dapati buah-buahan tempatan yang masih segar. Oleh itu banyaklah

khasiatnya. Vitamin;-vitamin yang ada di dalamnya masih kekal.

Biasanya bila musim buah-buahan, harganya sangat murah. Kita boleh membeli

seberapa banyak yang kita suka. Di mana-mana boleh didapati. Biasanya kalau kita

pergi ke kampung-kampung kita mudah mendapatinya.

Sekarang ini beberapa pihak telah menyajikan buah-buahan tempatan untuk

majlis rasmi. Dihotel-hotel atau di tempat-tempat ramai, hidangan buah-buahan

tempatan akan kelihatan di atas meja. Para pelancong sangat mengemari buah-

buahan tempatan dan memuji kelazatan rasanya. Beberapa buah negara asing telah

berminat dan memesan buah-buahan tempatan seperti pisang dan nangka dengan

banyaknya.

Jelaslah bahawa buah-buahan tempatan tidak kalah jika dibandingkan dengan buah-

buahan dari negara lain.