amanah dan tanggungjawab
TRANSCRIPT
AMANAH DAN TANGGUNGJAWAB
AMANAHBahasa : Setia, kebaktian, tidak belot.
Istilah Akhlak : Gerak/kehendak hati yang mengajak menuruti apa yang telah ditetapkan sebagai kewajipan dan mesti dilaksanakan.
TANGGUNGJAWAB
- Mempunyai pengertian dan hubungan yang sungguh rapat, kerana tanggungjawab hanya lahir dari perasaan amanah.
-Sifat amanah akan sia-sia tanpa perlaksanaan tanggungjawab.
DALIL
a) Al-Quran
Surah An-Nisaa’ ayat 58 bermaksud :
“ Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya……..”
b) DALIL HADIS
- Hadis diriwayatkan oleh Abu Daud bermaksud:
“ Tunaikanlah amanah kepada orang yang memberi amanah kepada mu dan jangan pula kamu khianati orang yamg maengkhianati diri mu ”
- Hadis Rasulallah S.A.W
“ Tidak sempurnalah keimanan seseorang yang tidak bersifat amanah dan tidakalah sempurna
agama seseorang yang tidak dapat menepati janjinya.
BAHAGIAN AMANAH
a. Amanah pada Bicara/Lisan.
b. Amanah pada Janji.
c. Amanah pada Amanah.
d. Amanah pada Mata.
e. Amanah pada Farji (Maruah)
f. Amanah pada Tangan (Kuasa)
Hadis Rasulallah S.A.W
“ Tanda orang munafiq ialah tiga, iaitu bila bercakap ia dusta, ketika berjanji ia mungkar dan bila diamanahkan ia khianati ”
Harus Berdusta:
- Bertujuan memperbaiki hubungan dan mendamaikan dua golongan yang berselisih faham.
- Bertujuan mewujudkan keharmonian di dalam rumah tangga bagi yang beristeri lebih dari seorang.
- Dusta dalam peperangan.
KESAN AMANAH
a. Tanda kesempurnaan Iman
b. Disegani / Kepercayaan Masyarakat
c. Membina Keharmonian Manusia
d. Meneruskan Ketamadunan Umat Maanusia
Sabda Rasulallah : “Apabila telah disia-siakan / diabaikan amanah maka tinggalkan saat kehancuran”
PENUTUP
Kesungguhan menghayati sifat amanah dan menjadikan diri bertanggungjawab akan membari kesan kebaikan pada induvidu dan masyarakat.
TAMAT