amalan terbaik dalam pembangunan sosial

7
LMCP1552 PEMBANGUNAN MAPAN DALAM ISLAM “AMALAN TERBAIK DALAM PEMBANGUNAN SOSIAL” AMERAH AIMAN IZZATI BT. MAT JUSOH A152079

Upload: amerah-aiman

Post on 20-Mar-2017

125 views

Category:

Environment


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Amalan terbaik dalam pembangunan sosial

LMCP1552 PEMBANGUNAN MAPAN DALAM ISLAM

“AMALAN TERBAIK DALAM PEMBANGUNAN SOSIAL”

AMERAH AIMAN IZZATI BT. MAT JUSOHA152079

Page 2: Amalan terbaik dalam pembangunan sosial

Erti Kejayaan Dan Kecemerlangan Menurut Islam

◦ Kejayaan dan kecemerlangan dalam Islam bererti suatu kemenangan yang diperolehi daripada usaha yang gigih untuk mencapai segala yang dicita-citakan berasaskan strategi yang ditentukan.

◦ Orang yang cemerlang ialah orang yang menang, iaitu orang yang dapat mengatasi pelbagai rintangan. Kemenangan yang paling besar ialah kemenangan mengatasi nafsu-nafsu yang jahat yang ada dalam diri sendiri. Oleh kerana itulah kekuatan iman menjadi kunci utama bagi membebaskan diri dari penghambaan hawa nafsu.

◦ Orang yang berjaya dan cemerlang juga ialah orang-orang yang paling bertakwa di kalangan orang- orang yang beriman. Mereka sentiasa berhati-hati, menjaga diri, beriman dengan perkara-perkara ghaib, melaksanakan pokok-pokok ibadah dan selalu memohon keampunan (maghrifah) Allah iaitu bersegera memohon ampun kepada Allah s.w.t jika tersalah atau terlupa. Mereka juga sentiasa mengadakan hubungan kemanusiaan yang baik seperti beradab, bersopan-santun dan berbudi-bahasa dengan pelbagai manusia tanpa mengira kaum dan agama, rakyat dan pemimpin, pekerja dan majikan, pendidik dan pelajar, orang muda dan orang tua, ibu bapa dan anak, serta suami dan isteri. Takwa ialah satu motivasi moral yang sangat kuat untuk manusia membangunkan dirinya dan tamadun secara berakhlak dengan sifat-sifat mahmudah. Ia juga boleh membangun peradaban yang tinggi atas dasar tiada paksaan terhadap penganut mana-mana agama yang lain.

Page 3: Amalan terbaik dalam pembangunan sosial

Aspek-aspek kejayaan dan kecemerlangan yang dikehendaki oleh Islam

◦ Manusia dilarang bergaul menurut kehendak hawa nafsu kerana ini akan merosakkan kehidupan dan menjadikan hidup seperti haiwan.

◦ Islam menggalakkan semua orang hidup dengan bekerjasama dan tolong-menolong.

◦ Kebebasan beragama yang diberikan oleh Islam kepada seluruh manusia adalah bertujuan mencapai keharmonian dan ketenteraman dalam hidup.

◦ Islam menganjurkan persaudaraan bagi seluruh manusia tanpa mengira kedudukan, harta dan rupa.

◦ Pelaksanaan keadilan bagi semua manusia mestilah dilakukan bagi membina keamanan.

◦ Setiap orang bertanggungjawab menjaga keharmonian antara kaum dengan mengamalkan sifat hormat-menghormati antara satu sama lain.

Page 4: Amalan terbaik dalam pembangunan sosial

Kejayaan Dan Kecemerlangan Yang Meliputi Dunia Dan Akhirat

Di dalam surah al Mukminun: 1 hingga 11 Allah s.w.t. menjelaskan bahawa orang yang mempunyai sifat-sifat berikut adalah orang yang berjaya iaitu:◦ Khusyuk dalam solat.◦ Meninggalkan perkara-perkara yang sia-sia. (lagha)◦ Mengeluarkan zakat.◦ Menjaga kehormatan.◦ Memelihara amanah dan janji.◦ Memelihara solat.

Page 5: Amalan terbaik dalam pembangunan sosial

◦ Sentiasa menjadikan Allah s.w.t. dan rasulNya sebagai sumber rujukan dan pengharapan.

◦ Menghayati dan mengamalkan ajaran Islam sepenuhnya di dalam kehidupan. Mukmin yang teguh imannya akan bersedia menghadapi berbagai cabaran untuk mencapai kejayaan.

◦ Mengimbangi keperluan jasmani, rohani dan akal sehingga ketiga-tiganya berfungsi secara harmonis lalu mengiktiraf kedudukan Allah s.w.t. sebagai penguasa, pemilik, pentadbir seluruh alam dan sumber hukum sebaik-baiknya.

◦ Sentiasa menyedari dan menginsafi akan tugas dan tanggungjawab sebagai khalifah di muka bumi.

◦ Sentiasa berusaha untuk memahami dan menyebarkan ilmu di samping mengamalkannya untuk pembangunan ummah.

Page 6: Amalan terbaik dalam pembangunan sosial

◦ Menggunakan tenaga yang ada untuk berjihad dan membangunkan ummah.

◦ Berdisiplin dan berkhidmat di semua lapangan bagi melicinkan pergerakan untuk menjayakan pembangunan negara, masyarakat dan individu itu sendiri.

◦ Dedikasi dan kesungguhan dalam menjalankan tugas akan dapat menjamin keutuhan ummah dan membentuk perpadauan di antara satu sama lain.

◦ Umat Islam hendaklah bersifat sabar, tawakal serta berani menghadapi tentangan dan halangan dalam melaksanakan ajaran Islam dan menegakkan keadilan.

◦ Menyedari bahawa kejayaan yang diperolehi adalah kurniaan Allah s.w.t dan sentiasa berasyukur di atas nikmat yang telah dikurniakan oleh Allah s.w.t serta bijak menggunakan kurniaan itu ditempat yang wajar.

Page 7: Amalan terbaik dalam pembangunan sosial

KesimpulanKecemerlangan dan kejayaan mestilah dibangunkan sendiri dan bukannya dibangunkan oleh orang lain untuk kita tumpang kemegahannya. Bukan cemerlang namanya jika bangunan mencecah awan, atau kenderaan bagaikan peluru, atau peralatan yang cekap dan canggih itu didirikan oleh orang tetapi yang ada pada kita ialah modal sedangkan modal itu hanyalah hasil bumi tinggalan nenek moyang kita sendiri tetapi kita tidak tahu cara mengeluarkannya. Apa bentuk kejayaan sekalipun, terasnya ialah akidah dan ketaatan kepada Allah s.w.t., kemudian jika segenap kemampuan akal, jasmani dan rohani digilap dan dipergunakan maka wujudlah insan-insan yang cemerlang di dalam bidang masing-masing menurut bakat dan kemampuan yang dikurniakan Allah s.w.t.